Ukuran Kejayaan

Manchester-United-Youth 92
Gambar kredit kepada stretford-end.com

Saya tertarik dengan artikel yang ditulis oleh bekas pemain bolasepak Sabah, Scott Ollerenshaw mengenai perkembangan bolasepak peringkat remaja di negara ini. Scott yang menyentuh mengenai persembahan baik skuad Piala President negeri Sabah bertanya kepada pembaca apakah ukuran kejayaan bagi sesuatu pasukan diperingkat ini? Adakah dengan menjulang piala maka kejayaan telah dapat dicapai? Atau adakah bukan setakat itu?

 Bila bercakap tentang skuad remaja, Scott membawa pembaca kepada skuad yang menjadi “benchmark” kepada mana-mana pasukan bolasepak remaja di seluruh dunia iaitu skuad remaja Manchester United awal tahun 90-an.  Skuad ini bukan sahaja menyapu bersih semua piala-piala diperingkat remaja, malah melahirkan bakat-bakat seperti David Beckham, Ryan Giggs, Paul Scholes, Gary Neville, Phil Neville dan Nicky Butt yang menjadi tunggak pasukan Manchester United selama beberapa tahun.

Jika kita buat ukuran dari sudut mana sekalipun, kita akan kata skuad remaja ini mencapai kejayaan. A Huge Success!

Tapi kejayaan yang dicapai sebagaimana oleh skuad remaja Manchester United awal tahun 90-an itu adalah satu yang jarang dan sukar berlaku. Seringkali kita melihat skuad remaja yang menjadi juara akan tetapi tak ramai pemain-pemain yang mampu diketengahkan diperingkat lebih tinggi lagi.

Kebijaksanaan Bolasepak

Pemain-pemain yang dihasilkan mungkin mempunyai skill dan fizikal yang baik akan tetapi tidak mempunyai “intelligent” dalam bidang bolasepak (bezakan dengan intelligent dalam bidang lain)  untuk pergi lebih jauh lagi. Seringkali mereka yang punyai kebijaksanan dalam bidang tertentu ini sukar dilatih dan dipinggirkan kerana mereka banyak kerenah dan karektor. Lihat sahaja football geniuses seperti Eric Cantona, Deigo Maradona dan Wayne Rooney. Bukan senang nak jaga kan?

Semasa saya menjadi Timbalan Presiden bagi sebuah persatuan sukan negeri Sabah, saya sering ditanya oleh ibubapa mengapa anak-anak mereka tidak terpilih mewakili skuad negeri Sabah sedangkan mereka menang kejohanan itu dan ini? Ini satu soalan yang sukar dijawab kerana untuk menjelaskan kepada ibubapa yang A punyai potensi lebih tinggi dari B adalah lebih sukar dari memberitahu ibubapa yang A lebih handal dari B.

Biasanya, kita rumuskan persoalan handal itu dari keputusan –keputusan kejohanan yang mereka sertai. Tapi bagaimana pula kita mahu terangkan soal potensi? Ia amat subjektif dan tidak mudah diterima oleh semua pihak.

Pada masa ini kita harus punyai objektif dan cita-cita yang tinggi dalam bidang sukan kerana ia mampu mengharumkan nama negara, selain dari memberi karier alternative yang baik buat anak-anak kita. Namun, mengenalpasti bakat-bakat bukanlah sesuatu tugas yang mudah dan melatih bakat-bakat dan potensi yang ada juga memerlukan minat dan dedikasi dari semua pihak – dari jurulatih kepada semua pihak yang terlibat dalam sukan negara.

Selain dari itu, kita juga harus kenal pasti ukuran kejayaan yang kita mahu. Adakah cukup dengan menjulang piala? Atau kita cuma boleh berpuashati apabila dapat melahirkan satu lagi Lee Chong Wei atau AzizulHusni Awang atau Nicol David? Tepuk Dada Tanyalah Selera…..

Ukuran Kejayaan

15 Comments

  1. Antara resepi kejayaan skuad jurulatih Rajagopal adalah pemain mendengar kata apa yang direncanakan. Tidak guna kalau mempunyai kemahiran tinggi tapi keras kepala dan tidak mendengar kata

  2. Bagi saya: ukuran kejayaan bukan sahaja perlu dinilai dengan kejayaan yang dikecapi, tetapi juga dengan persoalan sejauh mana seseorang itu mampu pergi. Hal ini mungkin berkait rapat dengan potensi yang mana ianya merupakan persoalan yang subjektif.

    Saya mementingkan potensi. 😉

    1. kawe pun go for potensi utk level ni..
      trofi biarlah diperingkat senior kan?
      cuma nak pahamkan org ramai bab potensi ni mmg payah. percayalah..kawe dah lalui ni dulu dlm persatuan sukan 😀

    1. tak abaikan Suri >> cuma tak sanggup tgk mesej server error tu kuar lagi. Kawe bukan 24/7/365 jaga blog. So kalau time kawe sibuk atau OS ke, terbenkalai lah dia lama-lama dgn mesej server error tu. That’s why pindah sini. Masih stabil lagi … 😀

        1. kawe pun bukan expert TE. Mungkin sebab kawe install mulitsites kat domain tu tapi then ada yg tersilap. Satu cara ialah sacrifice custom permalink.. tapi yg tu kawe tak sanggup buat 😀

          so, kawe bawak lari blog BM ke sini tanpa isinya.. 😆

  3. malaysia pun harus ada club begini bagi mengilap bakat2 anak ,malaysia…

    alangkah bagusnya jika kita fokus sukan ni melebihi dari dunia nyanyian hee bukankah ia akan menaikan nama Malaysia di mata dunia 😉

  4. bukan setakat merangkul piala, tapi sejauh mana pasukan itu mampu berjaya di masa akan datang, dan bagaimana mereka berdepan jatuh bangkitnya prestasi dalam satu2 musim..

    pendapat TE la..he (nampak tradisi tu dalam MU)

    1. dalam kata lain TE rasa priority adalah utk pasukan senior la kan? Skuad remaja punya objektif adalah melahirkan pemain-pemain berbakat dan bukannya merangkul piala?

      1. bg TE penting untuk gabungan dua2 tu, lebih kepada maksud kejayaan yang berpanjangan, jika skuad remaja tu punya potensi yg besar pastinya lebih baik, bila soal tu diambil berat impian capai piala boleh dicapai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons