50 Brilliant Portrait Ideas

Brilliant-Portrait-Ideas

Bagi mereka yang berminat dengan fotografi atau sekadar gemar mengambil gambar secara suka-suka, pastinya anda tidak lari dari mengambil gambar manusia sebagai subjek atau focal point  dalam hasil fotografi anda. Ada banyak sebab mengapa gambar manusia diambil dari pelbagai sudut, mood dan ekspresi. Ini menjadikan seni fotografi portrait lebih unik dan menarik.

Ia bukan sekadar menggunakan peralatan canggih dan meletakkan model-model jelita bagi menarik minat orang ramai. Ia adalah ekspresi idea yang hebat dan dibantu oleh seni atau teknik mengambil gambar portrait itu sendiri.

brett-harkness

50 Brilliant Portrait Ideas

Bagi membantu anda mempertingkatkan kemahiran mengambil gambar portrait, majalah Digital Camera Magazine telah menjemput dua orang pakar dalam seni ini di UK, iaitu Brett Harkness dan Jeff Meyer bagi membantu anda semua memperbaiki lagi kemahiran yang ada. Kedua-dua pakar ini bukan sahaja memberi  tips berguna, malah telah memberikan 50 idea yang hebat untuk anda cuba dan praktikan dalam mengambil gambar portrait.

Digital Camera Magazine

Idea-idea ini boleh dibaca dalam majalah Digital Camera Magazine, Julai 2011, Issue 67. Ia boleh di beli pada harga RM 9.00 di Semenanjung dan RM 11 di Sabah dan Sarawak di kedai-kedai buku tertentu seperti di Times Book Store dan Popular Book Store.

Fotografi-3

Dalam artikel “50 Brilliant Portrait Ideas”, kedua-dua jurufoto profesional itu memberikan nasihat yang baik sekali. Ada yang simple tetapi jarang diambil kisah oleh kita semua. Namun perlu di praktikan dalam mencapai hasil yang labih baik.

Antara tips yang diberikan termasuklah memastikan subject matter (anak-anak kita atau model?) memakai pakaian yang sesuai dengan musim atau tempat shooting dibuat. Jika anda mengambil gambar di rumah pastikan background adalah “clean” atau tidak berserabut. Jangan pula dinding anda penuh dengan wallpaper atau apa-apa yang menggangu tumpuan.

Aperture

Gunakan juga “Aperture” yang sesuai terutama bila mengambil gambar di luar rumah yang mana background adalah berwarna-warna. Menggunakan aperture yang besar (f/2 misalnya) lebih sesuai dari yang kecil (f/8). Ini kerana ia dapat mengkaburkan background dan menyebabkan subjek utama lebih jelas dan menonjol.

aperture
Gambar kredit kepada simplephotographyguide.com

Kreatif Dan Yakin

Selain dari itu, jurufoto-jurufoto professional ini juga menasihatkan anda agar menjadi lebih kreatif dan YAKIN pada subjek anda. Jika perlu minta lakonkan gaya yang sepontan atau candid. Dapatkan expressi muka yang terbaik dari mereka. Jika ada dua subjek atau lebih, cuba dapatkan situasi yang memperlihatkan pertalian antara mereka. Gambar yang lucu juga boleh jadi menarik, jadi cuba dapatkan mereka lakukan sesuatu yang lucu.

Plus, bila mengatur  kedudukan subjek-subjek anda, aambil juga perhatian kepada kombinasi warna agar subjek-subjek yang punya warna yang bertentangan dikedudukan bersebelahan.

Natural Light

Dalam banyak hal, jurufoto digalakkan menggunakan cahaya yang sedia ada (natural light). Penggunaan flash dan lampu studio cumalah pada situasi tertentu seperti di studio atau kawasan yang kurang cahaya. Anda juga digalakkan menggunakan “reflector”  (jika ada)  yang berdekatan untuk dapat kesan menarik. Air, cermin, salji, dsb boleh digunakan.

Cuma  anda diingatkan bahawa lebih berkilat reflector, maka lebih sukar untuk anda dapatkan hasil yang terbaik.

Bila Subjek Fotografi Adalah Remaja

Apabila subjek anda adalah remaja, mungkin lebih baik dijauhkan ibubapa mereka di set fotografi. Ini kerana perbezaan usia akan mengakibatkan ibubapa campur tangan dalam sesi fotografi. 😉 Ia juga akan buat remaja kurang selesa bila berposing. Biarkan remaja menjadi remaja.

Pakaian mereka juga harus menonjolkan ciri-ciri remaja. Aksi mereka juga harus aksi remaja.

Gunakan Tripod Jika Perlu

Mengambil gambar portrait perlukan keSABARAN, terutama jika subjek anda adalah bayi atau kanak-kanak kecil. Sabar dan dapatkan aksi terbaik dari mereka. Gunakan tripod jika perlu. Ianya berbaloi kerana kanak-kanak dan bayi punyi ekspressi yang lebih berbanding dengan orang dewasa kerana mereka tidak sedar lagi akan apa yang berlaku disekeliling mereka.

Terdapat banyak lagi tips-tips yang anda boleh baca dari artikel tersebut. Sila dapatkan majalah Digital Camera Magazine dari kedai yang berdekatan. Enjoy ambil gambar portrait dan tunjukkan hasil anda di blog masing-masing. Selamat mencuba.

50 Brilliant Portrait Ideas

14 Comments

  1. sayangnya majoriti telefon kamera tak ada setting aperture. Apa yang ada di skrin telefon itulah juga gambar yang kita dapat.

    Kadang-kadang tu digital kamera biasa pun belum tentu ada setting manual. Jadinya, usaha nak belajar tu kadang kalanya tersangkut di tengah jalan.

    1. banyak tips boleh guna tu tanpa dslr. In fact, kawe pon selalu snap pakai camera handphone jugak sbb bukan senang nak usung dslr yg gedabak tu ke sana sini 😉

  2. As Salam bro…
    Lama rasanya tak ke udara kan! hehehe~

    Nice tips bro n kalau hubby bEe tgk ni sure suka!
    Btw kesian kat gambo itik tu mcm leher itik kuat kena pegang dek budak itu sehingga terkulai… 😆

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons