\"\"
Sunday,20 August,2017

Cara Gunakan Razz Berry Dalam Pokemon Go

Razz Bery

Di dalam artikel cara menangkap Pokemon, ada disentuh mengenai penggunaan Razz Berry. Ia berbentuk buah seperti di atas dan boleh di dapati dengan banyaknya di Pokestop. Razz Berry ini cuma muncul di Level 8 apabila semakin banyak Pokemon yang tinggi CP muncul.

CARA MENANGKAP POKEMON

Cara Menggunakan Razz Berry

Razz Bery cuma digunakan untuk satu tujuan iaitu memudahkan anda menangkap Pokemon. Oleh itu, ia cuma aktif semasa anda berhadapan dengan Pokemon. Oleh itu bila Pokemon sudah di hadapan anda:

  • Klik ‘Items’ dan tap Razz Berry
  • Ia akan muncul di hadapan Pokemon.
  • Tap untuk menggunakannya.
  • Jangan risau tentang target. Razz Berry adalah 100% akan kena pada sasaran.
  • Apabila Poke Ball muncul, lontarkan seperti biasa.

cara guna Razz Berry

Kesan Penggunaan Razz Berry

Menggunakan Razz Berry tidak menjamin tangkapan akan berjaya 100%. Ia membantu menjinakkan sedikit Pokemon agar:-

  1. Tidak menepis Poke Ball yang dilontar kepada mereka
  2. Tidak cuba keluar dari Poke Ball bila ditangkap

Namun, anda masih perlu melontar Poke Ball dengan tepat dan kemungkinan masih ada Pokemon yang kuat dan mampu keluar dari Poke Ball walaupun telah dikenakan Razz Berry terhadapnya.

PANDUAN POKEMON GO MALAYSIA

Gunakan Razz Berry bila berhadapan dengan Pokemon yang tinggi CPnya dan oren warna gelung/bulatannya. Dengan ini anda akan dapat menyimpan Great Ball atau Ultra Ball untuk Pokemon yang lebih perkasa.

Jika Pokemon berjaya ditangkap dan berjaya keluar, anda boleh lontarkan satu lagi Razz Berry kepadanya. Ulang proses sehingga ia lemah dan mengalah.

Namun, masih juga ada kes Pokemon dan keluar dan kemudian memecut lari. 😀

Keberkesanan Razz Berry ini sukar diukur dengan jelas. Akan tetapi, saya akui ia ada kesan kepada sesetengah Pokemon.

This Article Was Written By

ISMAIL N is the 'de facto' owner and editor-in chief of DuluLainSekarangLain.Com. A Human Resource practitioner in his normal daily life and consummate blogger in his free time. He is addicted to coffee and Manchester United. Most easily accessed via his Twitter account.

Ismail N

Leave a Comment

  • titan Reply

    setakat ni tak guna lagi berry nih.

    lepak dulu.

    August 23, 2016, 6:22 pm