Monday,26 June,2017

Cara Membeli Di Poké Shop

Membeli Di Poké Shop

Pokemon Go adalah game yang percuma untuk dimuat turun dan dimainkan. Namun, ini tidak bermakna anda tidak akan mengeluarkan belanja langsung untuk bermain game ini. Lebih-lebih lagi buat mereka yang teruja  sangat mahu naik level  (level up) sehingga tidak sedar banyak wang yang telah digunakan.

Oleh itu boleh kita katakan bahawa game ini boleh menguji tahap kesabaran dan nafsu anda.

Jika banyak duit habis digunakan untuk Pokemon, maka akui sahajalah anda adalah seorang yang tidak penyabar dan suka bertindak mengikut hawa nafsu!

monkey shy

Untuk mengelakkan ini terjadi, ikutilah panduan Pokemon Go kami.

Items Dalam Pokemon Go

Dalam game ini items amat penting sekali. Cuba periksa apa ada disana. ia termasuklah:-

  • Poke Ball
  • Lure Module
  • Egg Incubator
  • Potion
  • dan lain-lain lagi

items

Jika beg anda dalam game ini kosong (tiada item langsung), maka tiada apalah sangat yang boleh dibuat. Oleh itu ia perlu diisi semula (reload). Ini terutamanya bila anda kehabisan Poke Ball.

Tanpa Poke Ball, anda tidak boleh menangkap MENANGKAP POKEMON

Cara yang jimat adalah dengan mengisi semula (reload) di Poke Stop.

Mengapa? sebab anda boleh dapatkan hampir kesemua bahan-bahan di atas itu secara PERCUMA!.

Masaalahnya cuma:

  • Di setengah-setengah tempat, terutama di kawasan luar bandar – tidak banyak Poke Stop; dan
  • Adakalanya bila anda spin, anda tidak dapat apa yang anda mahukan. Cotohnya: Di kawasan padat dengan Poke Stop dan Pokemon, kan seronok kalau ada Lucky Egg? Dapat XP berganda! Tapi bila spin, ia tidak keluar.

Oleh itu, anda akan merasa terpanggil untuk pergi ke Poke Shop. Lebih-lebih lagi bila kawan-kawan anda sudah jauh meninggalkan dalam game ini. Maka, tanpa disedari kad kredit di cari dan butiran dimasukkan dan bermulalah episod shopping di Poké Shop.

Sekiranya ada duit lebih, mungkin tiada masalah lah kan? Anggaplah macam bayar Astro, Broadband dan sebagainya. Semuanya untuk tujuan hiburan.

Tapi kalau cukup-cukup makan.. aduh bahaya tu!

Cara Membeli Di Poké Shop

Pertamanya anda perlu ada Credit Card. Saya tidak pasti kalau Debit Card. Macam tidak boleh kalau di Apple Store dan Google Play.

Pergi ke Apple Store atau Google Play dan isikan maklumat di bahagian billing/payment. Alternatifnya, anda terus  pergi sahaja ke Poke Shop dan pilih item yang mahu dibeli dan isikan maklumat pembayaran anda bila ditanya. Anda perlu log in dalam akaun anda. Maka password diperlukan.

Bila membeli, anda perlu beli Pokecoins dulu.

Lihat harganya di bawah:

pokecoins

Semua dalam USD. Check nilai tukaran dan gunakan kalkulator untuk mengetahui nilai dalam Ringgit Malaysia. Anda perlu juga mengesahkan transaksi (confirm in-app purchase) dengan klik butang ‘Buy‘:

confirm purchase

Jika tiada masaalah kepada kad kredit anda dan transaksi itu berjaya, maka pembelian anda dikira berjaya. Dalam screenshot di atas, 100 PokeCoins dimasukkan dalam akaun Pokemon anda untuk digunakan bagi tujuan menukar dalam pelbagai items/tools di PokeShop.

transaksi berjaya

Resit akan dihantar ke email anda:

resit pokemon

Anda boleh terus menggunakan PokeCoins untuk ditukarkan dengan apa-apa sahaja barangan yang tersenarai di PokeShop. Contohnya, anda boleh pilih 20 Pokeball untuk ditukarkan dengan 100 PokeCoins:

tukar pokecoin dengan pokeball

Mudahkan membeli belah di PokeShop. Selamat mencuba.

This Article Was Written By

ISMAIL N is the 'de facto' owner and editor-in chief of DuluLainSekarangLain.Com. A Human Resource practitioner in his normal daily life and consummate blogger in his free time. He is addicted to coffee and Manchester United. Most easily accessed via his Twitter account.

Ismail N

Leave a Comment

Like Our Facebook Page close[x]
Or wait 15 seconds