Wednesday,26 July,2017

Cara Menangkap Pokémon

Cara Menangkap Pokémon

Cara menangkap Pokémon telah diterangkan dengan ringkas dalam artikel Panduan Pokémon Go Malaysia.  Artikel ini pula akan memberi panduan yang lebih terperinci dan mendalam.  Aspek utama permainan ini adalah mencari dan menangkap Pokémon.

Oleh itu, skill ini wajib dikuasai oleh semua Pokémon Trainer.

Mencari Pokémon

Pokémon ada di mana-mana. Ini termasuklah dalam rumah anda, di pejabat, jalan raya mahupun di dalam hutan atau di tengah laut. Oleh itu, tidak susah untuk mencari Pokémon. Yang susahnya adalah mencari Pokémon yang ‘rare‘ atau jarang ditemui di tempat anda. Maka, terpaksalah anda bergerak ke sana ke mari mencari spesis ini bagi melengkapkan Pokedex anda.

pokedex

NOTE: Perlu diingat Pokémon yang ditangkap merujuk kepada Pokémon liar (Wild Pokémon) yang belum dimiliki oleh sesiapa pun. Anda tidak boleh menangkap Pokémon yang sudah ada tuan punya.

Cara-cara mencari Pokémon

Ada beberapa cara mencari Pokémon yang boleh anda praktikkan, bergantung kepada kesesuaian serta item dalam beg anda. Beg yang saya maksudkan ini adalah beg yang dikendong oleh Avatar anda dalam game ini.

Ada had jumlah items yang boleh anda bawa dalam beg. Jika perlu, keluarkan yang tidak penting atau ‘upgrade‘ atau naik taraf beg di Poké Shop. Harganya 200 Pokécoins.

bag upgrade

Antara cara-cara yang biasa digunakan adalah:

  • Bergerak ke sana sini samada dengan cara berjalan atau menaiki kenderaan. Jika menaiki kenderaan sebaiknya lantik seorang pembantu samada menjadi driver atau menangkap Pokémon. Don’t drive and Pokémon Go!;
  • Menggunakan Incense;
  • Menggunakan Lure Modules

Incense dan Lure Modules adalah alatan (tools) yang boleh digunakan untuk menarik Pokémon kepada anda. Ia boleh didapati di Poké Shop atau di Pokéstop.

tips

CARA MENGGUNAKAN INCENSE

 

Incense Lure Modules

Selalunya Pokémon banyak di kawasan yang berkepadatan tinggi dengan pengguna smartphone yang ramai. Di kawasan bandaraya, shopping mall dan sebagainya ada banyak Pokémon dan Pokéstop. Untuk level bawahan, anda boleh duduk berjam-jam di sini untuk level up dengan mudah.

Cuma untuk melengkapkan Pokedex, anda perlu keluar dari kawasan ini dan mencari spesis yang tidak ada di sana.

Di sini lah SERONOK bermain Pokémon. Bila bertemu spesis yang ‘rare‘ dan Pokémon lagenda (bagi peminat siri Pokémon), maka ia akan membuatkan anda amat teruja.

Contohnya: Apabila dapat tangkap si Pikachu yang amat ‘famous‘ itu. Apalagi bila anda berjaya tangkap Articuno, Zapdos mahupun Moltres.

pikachu

Menghadapi Pokémon

Apabila Pokémon berada hampir dengan anda dan boleh ditangkap, maka handphone anda akan ‘vibrate‘ (atau berbunyi). Tapi, pastikan apps ini sedang aktif.

Anda akan nampak Pokémon dalam skrin handphone anda, tidak jauh dari Avatar anda. Tap pada Pokémon tersebut. Jika ada lebih dari satu, pilih yang mana anda mahu dahulu. Camera Mode akan secara automatik diaktifkan. Anda akan lihat seolah-olah Pokémon berada di hadapan anda.

Luruskan handphone anda agar selari dengan Pokémon tersebut. Berikan sedikit ruang untuk melontar Poké Ball ke bahagian badan (belakang) Pokémon. Ia perlu sentuh bahagian ini kecuali dalam situasi tertentu, ini tidak memadai.

lontar poke ball

Melontar Poké Ball

Sebagaimana yang diterangkan dalam artikel lepas, ada tiga jenis Poké Ball iaitu Poké Ball biasa, Great Ball dan Ultra Ball. Dikatakan terdapat juga Master Ball yang digunakan bagi menangkap Pokémon lagenda.

pokeball ultra ball

Dipermulaan game, anda akan diberikan Poké Ball oleh Professor Willow untuk memulakan permainan. Ia disimpan dalam bag anda. Boleh cari dibahagian ‘Items’.  Apabila ada Pokémon muncul, default yang keluar adalah Poké Ball biasa (warna merah). Klik items untuk tukar ke Poké Ball lain.

Namun, anda cuma jumpa Poké Ball Great selepas Level 12. Ultra di level lebih tinggi lagi.

Sekiranya kehabisan Poké Ball, anda tidak boleh menangkap Pokémon. Kena bersabar lah sehingga anda reload kembali. Poké Ball boleh didapati dengan tiga cara:

  • Beli di Poké Shop
  • Ambil di Pokéstop
  • Apabila anda naik satu level (Level up)

Poké Ball dilontar dengan menekan Poké Ball dengan jari (biasanya ibu jari) di skrin tanpa dilepaskan dan gerakkanya ke arah target sambil melepaskan jari anda dari skrin. Skill ini ambil sedikit masa untuk dikuasai. Namun, lama kelamaan anda akan faham  juga.

Untuk lebih mudah, rujuk video di bawah ini:

Sebagaimana yang diterangkan tadi Poké Ball perlu dilontar ke bahagian belakang dan jatuh tepat di badan Pokémon. Lontaran tepat ke sasaran akan menghasilkan perkataan ‘Nice‘ dan ‘Great‘ yang membawa kepada tambahan Experience Point (XP).

XP dikumpul bagi tujuan level up.

Tahap Kesukaran

Tahap kesukaran adalah berbeza bagi setiap Pokémon. Pokémon yang telah evolved (berubah) ke bentuk yang lebih tinggi dan mempunyai CP yang lebih besar akan lebih sukar ditangkap berbanding dengan Pokémon yang CP rendah dan masih pada bentuk terawal.

Rujuk evolusi di bawah:

krabby kingler

Pidgley Pidgeto

Tahap kesukaran juga boleh dilihat pada gelang/bulatan berwarna hijau, oren dan merah.

  • Hijau – Paling mudah
  • Oren – Pertengahan
  • Merah – Amat Susah

gelang merah

Akan tetapi, ini tidak bermakna gelang hijau boleh ditangkap dengan mudah terutama jika Pokémon yang muncul adalah jenis yang boleh terbang dan suka bergerak-gerak.

Yang paling menyakitkan hati pastinya adalah Zubat dan Golbat. Saya percaya ramai yang bazirkan banyak Poké Ball untuk menangkap mereka. Zubat ada hampir di mana-mana dan mungkin fungsinya untuk menghabiskan Poké Ball anda. Berhati-hati dengan mereka.

Selalunya, kami buat tidak peduli dengan Zubat, lebih-lebih lagi apabila sudah berjaya menukar (evolved) Zubat kepada Golbat.

Zubat to Golbat

Ada juga Pokémon yang pandai menepis dan mengelak Poké Ball.

Contohnya: Kingler dan Elkans. Dalam skrin, mereka seperti menyerang anda. Tapi, jangan risau, tiada siapa yang akan tercedera. Cuma serangan ini menyukarkan anda menangkap mereka.

Cara yang boleh disarankan adalah menggunakan Razz Berry (jika ada) untuk ‘cool down‘ mereka. Serta baling ketika gelang dalam keadaan paling kecil.

tips

CARA MENGGUNAKAN RAZZ BERRY

 

razz berry

Pokémon Degil

Ada Pokémon yang agak degil sedikit. Walaupun sudah ditangkap, ia mampu keluar dari Poké Ball. Pokémon cuma telah berjaya ditangkap selepas keluar perkataan ‘Gotcha‘. Jika tidak, ada kemungkinan ia keluar semula. Apabila ia terlepas anda terpaksa menangkapnya semua.

gotcha

Anda boleh cuba memberinya Razz Berry lagi untuk menjinakkannya. Jika perlu, tukar ke Poké Ball yang lebih power. Ada kalanya anda terpaksa menghabiskan beberapa Poké Ball dan Razz Berry untuk berjaya.

Malah, ada juga Pokémon yang berjaya keluar dari Poké Ball dan terus cabut lari.

Pokémon Storage

Pokémon yang ditangkap akan disimpan dalam Pokémon Storage. Dalam satu masa, anda cuma boleh menyimpan 250 Pokémon sahaja. Jika mahu lebih, anda perlu upgrade ke storage yang lebih besar. Kosnya 200 Pokécoins dan boleh didapati di Poké Shop.

Oleh itu, anda perlu buat keputusan – Pokémon mana yang perlu disimpan dan yang mana tidak.

Anda boleh:

  • Transfer Pokémon yang lemah (CP rendah) yang berlebihan ke Professor Willow untuk mendapatkan Candy (penting untuk tujuan evolve); atau
  • Letakkan di Gym untuk membantu mempertahan Gym anda atau rakan sepasukan anda (Jangan risau ia akan kembali kepada anda jika Gym ditawan oleh team lain).

transfer pokemon

Bab ini, anda perlu rancang strategi sebaiknya, terutama bab meletakkan Pokémon di Gym dan yang mana perlu dibawa bersama anda.

Experience Point, Candy dan Stardust

Apabila anda berjaya menangkap Pokémon anda akan mendapat Experience Point, Candy dan Stardust. Nilai adalah berbeza bagi setiap Pokémon. Yang lebih power pastinya beri nilai yang lebih tinggi.

  • Experience Point – dikumpul untuk tujuan Level Up
  • Candy – untuk evolve
  • Stardust – untuk Power Up (menaikkan Combat Power (CP) Pokémon anda)

Semoga artikel ini dapat membantu anda menangkap Pokémon dengan jayanya. Komen dan pandangan amat digalakkan. Terima kasih.

This Article Was Written By

ISMAIL N is the 'de facto' owner and editor-in chief of DuluLainSekarangLain.Com. A Human Resource practitioner in his normal daily life and consummate blogger in his free time. He is addicted to coffee and Manchester United. Most easily accessed via his Twitter account.

Ismail N

Leave a Comment

  • mrhanafi Reply

    rasa berminat pula nak install game ini namun tak jadi sebab dah difatwakan haram main Pokemon Go

    August 15, 2016, 6:39 pm
    • Ismail N Reply

      Tinggal kat Kedah ke bro? Agama ialah state matter (kuasa negeri). So far, cuma negeri Kedah sahaja yg offcially haramkan. WP tarik balik statement kata haram – cuma dijauhkan sahaja.

      Anyway, mcm saya kata dlm artikel lepas, kami tak discuss this issue. Ini article utk mereka yg main Pokemon game. Agar org ramai faham dan tak sembrono je bila main 😀

      August 16, 2016, 1:48 am
Like Our Facebook Page close[x]
Or wait 15 seconds