\"\"
Sunday,20 August,2017

Cara Menggunakan Egg Incubator Dalam Pokemon Go

Egg Incubator

Antara tool yang saya suka dalam Pokemon Go adalah Egg Incubator. Ia membantu saya mendapat Pokemon yang jarang ditemui tanpa perlu mencarinya. Yang paling seronok adalah apabila tiba masa telur mahu menetas.

Berdebar-debar rasa mahu tahu Pokemon apa yang akan keluar.

Mendapatkan Egg Incubator

Setiap Pokemon Trainer akan diberikan satu Egg Incubator yang boleh digunakan tanpa hadnya. Jika mahu incubator tambahan, anda boleh dapatkan di Pokestops (jika bernasib baik) atau membelinya di Poké Shop pada harga 150 Pokécoins. Ia juga diperolehi semasa Level Up di level tertentu.

Tidak seperti Egg Incubator yang anda dapat secara default, incubator yang lain ada HAD limit penggunaanya. Bila sudah digunakan beberapa kali, ia akan expired dan hilang dari beg anda.

Menggunakan Egg Incubator

Sebelum anda boleh menggunakan tool ini, anda perlu juga ada egg. Item ini tidak sukar didapati. Ia berada di Pokestops dan boleh juga dibeli di Poké Shop pada harga 80 Pokécoins satu biji.

Apa yang perlu lakukan adalah tap pada Poke Ball >> Pokemon >> Eggs

Egg Incubator process

Kemudiannya tap pada salah sebiji egg anda mahu masukkan dalam incubator dan tap ‘Start Incubating‘.

start incubation

Seterusnya anda perlu berjalan sehingga mencapai kilometer yang ditetapkan berdasarkan telur tersebut. Ada yang 2km, 5km dan 10km. Lebih jauh jarak yang diperlukan, maka lebih kuat Pokemon di dalamnya. Jika anda menggunakan kenderaan seperti kereta, apps ini mampu mengesan dan membuat adjustment. Oleh itu, tidak usah hendak menipu game ini.

Bila tiba mahu menetas, telur akan muncul di skrin anda. Tap pada telur dan ia akan menetas. 😀

This Article Was Written By

ISMAIL N is the 'de facto' owner and editor-in chief of DuluLainSekarangLain.Com. A Human Resource practitioner in his normal daily life and consummate blogger in his free time. He is addicted to coffee and Manchester United. Most easily accessed via his Twitter account.

Ismail N

Leave a Comment