Friday,28 April,2017

Cara Menggunakan Lucky Egg Dalam Pokemon Go

Lucky Egg

Sekiranya anda tidak sabar untuk naik Level dengan segera, maka Lucky Egg adalah tool yang anda perlukan. Ia boleh didapati dengan serta-merta di Poke Shop pada harga 80 PokeCoins. Anda juga boleh mendapat telur ini di Level 9 dan beberapa Level lagi selepas itu.

Kelebihan Lucky Egg

Yang UTAMA mengenai Lucky Egg ini adalah ia membuatkan apa-apa sahaja mata XP yang anda dapat menjadi berganda.

Contohnya:

  • Jika anda evolve Weedle kepada Kakuna, biasanya XP yang diberi adalah 500.
  • Akan tetapi, bila Lucky Egg diaktifkan, ia akan berganda menjadi 1000.
  • Begitu juga bila anda menangkap Pokemon, biasanya di beri 100XP. Dengan Lucky Egg, ia menjadi 200XP

Cara Terbaik Menggunakan Lucky Egg

Lucky Egg jika digunakan dengan sebaiknya akan membantu anda naik Level dengan segera. Oleh itu, anda perlu faham, bagaimana mata XP ini diberi:

  • Menangkap Pokemon – 100XP
  • Singgah di Pokestop – 50XP
  • Menetaskan telur – 400XP hingga 2000XP
  • Evolve Pokemon – 500XP ++
  • Menang pertarungan di Gym – 250XP ++ (bergantung pada Level Gym)

Melihat pada cara pemberian XP di atas, rangka strategi anda. Simpan semua Pokemon yang cukup Candy untuk elvove dan tunggu bila hari dan masa anda mahu aktifkan Lucky Egg.

Siap sedia untuk menetaskan telur.

Cari kawasan yang banyak Pokestop dan aktifkan Lure Module dan Incense untuk menarik Pokemon kepada anda. Kemudian aktifkan Lucky Egg anda dan mulakan operasi anda. [* Pastikan anda telah sediakan cukup PokeBall untuk misi ini].

Singgah ke Pokestop dan tangkap Pokemon yang muncul. Dalam masa yang sama bergerak-gerak untuk menetaskan telur serta evolve semua Pokemon yang siap sedia untuk evolve.

Nah, pasti meletup-meletup XP anda.

Lucky Egg Timer

Anda cuma ada 30 minit sahaja sebelum Lucky Egg expired. Rancang sebaiknya.

This Article Was Written By

ISMAIL N is the 'de facto' owner and editor-in chief of DuluLainSekarangLain.Com. A Human Resource practitioner in his normal daily life and consummate blogger in his free time. He is addicted to coffee and Manchester United. Most easily accessed via his Twitter account.

Ismail N

Leave a Comment

  • OYONG ILHAM Reply

    sayang nya saya tdk pernah main pokemon go …tapi tampaknya seru juga ni games nya

    October 11, 2016, 3:27 pm
    • Ismail N Reply

      Ha ha.. so skrg sudah main?

      October 20, 2016, 11:51 pm
  • titan Reply

    haha..

    memang aku wat cara nih.

    memang leh naik level terus kalau kena cara.

    September 24, 2016, 2:15 pm
    • Ismail N Reply

      Sekarang level brp bro?

      October 20, 2016, 11:51 pm
Like Our Facebook Page close[x]
Or wait 15 seconds