Wednesday,26 July,2017

Cara Menggunakan Incense Dalam Pokemon Go

Incense Pokemon Go

Satu lagi tool menarik dalam game Pokemon Go adalah Incense. Ia digunakan sama seperti Lures untuk menarik Pokemon dan mendapatkan Pokemon yang susah di cari.

Di permulaan permainan, anda akan dibekalkan dua Incense dan ia akan diberikan lagi kepada anda sebagai ‘reward‘ di Level 5, 7, 10, 15, 20 dan seterusnya. Ia tidak ada di Pokéstop, namun boleh di beli di Poké Shop pada harga 80 Pokécoins.

Harga Incense

Berbeza dengan Lures yang diaktifkan di Poké Shop dan menarik Pokemon di kawasan berdekatan, lantas menjadikan kawasan tersebut tempat pemburuan Pokemon, Incense hanya akan menarik Pokemon kepada anda sahaja dan boleh diaktifkan di mana-mana.

Malah, ia juga mampu menarik Pokemon yang jarang ditemui kepada anda.

Incense

Mengaktifkan Incense

Periksa Items anda dan jika ada tool ini, tap untuk mengaktifkannya. Ia akan berkesan selama 30 minit dengan asap berwarna ungu mengelilingi Avatar anda.

Cara Menggunakan Incense

Cara Menggunakan Incense Dengan Berkesan

Sebelum menggunakan Incense, pastikan anda cukup Poké Ball dalam beg. Jika ada beberapa biji sahaja, lebih baik anda ke Pokéstop dahulu dan reload.

Gunakan Incense dengan Lures dan Lucky Egg di tempat berdekatan dengan Poké Shop untuk hasil maksima. Anda akan mendapati begitu banyak Pokemon yang hampir kepada anda.

Masa tu, anda akan rasa macam stampede. 😀

Oleh sebab itu, Lucky Egg jika ada hendaklah diaktifkan sekali untuk memungut XP berganda (double XP). Sekiranya XP biasa adalah 4000, maka dengan Lucky Egg ia menjadi 8000. Baru cepat anda Level Up.

Satu lagi tip adalah bergerak/berjalan bila menggunakan Incense. Kajian menunjukkan Pokemon akan lebih kerap hadir dekat dengan anda bila anda berjalan dari duduk statik di satu tempat.

Untuk tip asas permainan Pokemon Go ini, anda boleh rujuk artikel kami yang lepas: Panduan Pokémon Go Malaysia. Jika anda salah seorang Pokemon Trainer di Malaysia dan ada pengalaman yang mahu dikongsikan, jangan malu ya.

Sudi-sudikan berkongsi di sini.

 

This Article Was Written By

ISMAIL N is the 'de facto' owner and editor-in chief of DuluLainSekarangLain.Com. A Human Resource practitioner in his normal daily life and consummate blogger in his free time. He is addicted to coffee and Manchester United. Most easily accessed via his Twitter account.

Ismail N

Leave a Comment

Like Our Facebook Page close[x]
Or wait 15 seconds