Friday,23 June,2017

Panduan Menjana Pendapatan Dari Fotografi

asas fotografi

Pembaca setia dan rakan-rakan blogger pastinya tahu yang saya minat dengan seni fotografi. Hebat tidaklah, namun ada juga pengetahuan dalam bidang ini serta pengalaman mengendalikan kamera DSLR. Ini semua ada saya kongsikan di dalam blog ini.

Jika berminat, anda boleh baca artikel-artikel ini:

Akan tetapi, kebelakangan ini, saya amat kurang berdampingan dengan kamera DSLR, sebaliknya mengambil jalan mudah mengambil gambar menggunakan telefon pintar sahaja. Ringan dan pantas dan sesuai dengan keperluan saya iaitu gambar peribadi dan untuk blog sahaja.

SonyWorldPhotographyAwards3

Mungkin ada rezeki nanti, saya sambar satu EOS 100D yang ringan itu dan boleh kembali aktif dalam bidang ini.

Itupun jika tidak menggangu tugasan harian di pejabat.

Fotografi Sebagai Sumber Pendapatan

Baru-baru ini, saya ada terbaca satu artikel lama di internet yang mana ramai pasangan di negara China sanggup terbang ke London untuk mengambil gambar perkahwinan mereka.

Ini menunjukkan industri fotografi semakin berkembang dan tidak hanya dilihat sebagai kerja sambilan sahaja.

Saya ada ramai rakan-rakan yang berkecimpung dalam bidang ini dan menjadikannya sebagai sumber pendapatan utama.

Yang menariknya (dan with due respect) bukan semuanya hebat sangat. Yang penting ialah aksesori mesti lengkap dan pandai promosi diri. Sambil itu, rajin-rajinlah membaca majalah fotografi terbaru untuk mendapat idea-idea yang berguna yang boleh diaplikasikan nanti.

Fotografi-2

Lightworks Picture

Bercakap mengenai ilmu dan idea, mungkin juga saya boleh tolong promosikan di sini e-book yang dihasilkan oleh usahawan muda dari Krew Lightworks Picture.

Lightworks Picture

Usahawan tempatan, perlulah kita tolong support kan?

Panduan Bisnes Fotografi

Krew Lightworks Picture terdiri anak-anak muda yang berpengalaman selama lebih lima tahun dalam industri fotografi dan videografi di seluruh Malaysia.

Mereka sudah pun berjaya dalam bidang ini dan punyai ramai pelanggan di seluruh negara.

Oleh itu, mereka pun berkongsi ilmu dengan menerbitkan e-book Panduan Bisnes Fotografi.

Klik gambar di bawah untuk muat turun:

Pendapatan Dari Fotografi

Komen saya:

Buku ini cuma sesuai jika and SERIUS dalam bidang fotografi dan mahu menjana pendapatan (samada sepenuh masa atau sambilan) darinya. Jika anda sekadar suka-suka hendak belajar fotografi, lebih baik anda anda pergi perpustakaan dan baca artikel saya di blog ini sahaja. 😀

Apa yang menarik tentang e-book ini adalah ia mengajar anda cara-cara mengurus dan mengembangkan perniagaan fotografi. Sesuatu yang agak sukar di google di internet. Bagi yang berminat, muat turun e-book tersebut, baca dan praktikkan!

Mana tahu, jika rezeki anda adalah dalam bidang ini.

Alternatif Jana Pendapatan Dari Fotografi

Laman Web Royalty Free Image

Jika anda tidak berminat buat bisnes fotografi, anda masih boleh gunakan skill fotografi dan pelaburan pada kamera DSLR anda untuk menjana pendapatan secara pasif.

Ramai travel blogger misalnya menghantar karya-karya menarik mereka ke laman web seperti Getty Image, Fotolia, CanStockPhoto dan sebagainya bagi mendapat pendapatan menerusi komisyen bila gambar tersebut dimuat turun dan digunakan oleh pelanggan. Contohnya: gambar di bawah ini,saya beli dari CanStockPhoto. Jurugambar mendapat komisyen dari CanStockPhoto dari hasil jualan ini.

Gaya Street

Inilah diam-diam berisi. Cukup bulan dapat komisyen lagi!

Pengiklanan Dari Blog

Satu cara untuk memikat pengiklan bagi mengiklan di blog anda selain dari trafik yang tinggi adalah ‘presentasi‘ yang menarik. Guna tema blog yang menarik – premium kalau boleh. Saya sarankan muat turun dari MyThemeShop.

Dan keduanya gunakan imej-imej yang berkualiti yang perlukan skill fotografi.

Macro Photography

Atas sebab itu, mempelajari seni fotografi amat penting dan boleh membantu menjana pendapatan sampingan buat anda.

Terdapat juga cara-cara lain lagi yang boleh anda gunakan bagi menjana pendapatan dari fotografi, namun yang utama tetaplah dengan menjalankan bisnes mengambil gambar secara komersial. Harapan saya artikel ini dapat membantu anda.

Terima kasih kerana membaca blog ini.

This Article Was Written By

ISMAIL N is the 'de facto' owner and editor-in chief of DuluLainSekarangLain.Com. A Human Resource practitioner in his normal daily life and consummate blogger in his free time. He is addicted to coffee and Manchester United. Most easily accessed via his Twitter account.

Ismail N

Leave a Comment

  • Hairul HIssam Reply

    org yg minat fotografi mmg wajib beli ebook tu….

    August 4, 2016, 5:30 am
    • Ismail N Reply

      Ni bukan setakat minat bro.
      Ni untuk tujuan bisness buku ni. Mcm mana nak set-up bisness jana pendapatan dari fotografi 😀

      August 10, 2016, 12:10 am
  • Ipa Suheti Reply

    boleh juga nih
    good i suka

    June 17, 2016, 7:03 pm
    • Ismail N Reply

      Good sebab suka 😀

      August 10, 2016, 12:08 am
  • Mus Reply

    memang bagus jika kita tahu ‘lubang’ untuk jual gambar.. boleh juga approach akhbar tempatan untuk jadi stringer..

    June 16, 2016, 2:17 am
    • HRM Reply

      Hang boleh la bro. Gajet cukup. Kamera power. 😀

      June 17, 2016, 2:05 am
  • Amelia Reply

    Kawan I jual foto di istockphoto dan dapat keuntungan sambilan yang baik. Beberapa ratus USD setiap bulan.

    May 11, 2016, 9:01 am
    • Ismail N Reply

      Wah! not bad tu. USD converts to RM..lumayan jugak. Sekejap sahaja modal beli kamera dan lensa terbayar semula. Well done u r friend.

      May 21, 2016, 7:53 am
  • Adara Reply

    Pakai kualiti camera bersama dengan keterampilan yang baik adalah penting untuk mengambil foto yang cantik.

    May 7, 2016, 8:31 am
    • Ismail N Reply

      Setuju. Kamera yang bagus adalah faktor dalam mendapatkan hasil yang lebih baik. Namun, skill fotografi tetap paling utama.

      May 21, 2016, 7:52 am
  • mrhanafi Reply

    Tidak dinafikan bidang fotografi amat menarik untuk diterokai bagi mereka yang berminat.. Tidak keterlaluan juga minat dalam bidang boleh menjana pendapatan sampingan

    March 7, 2016, 8:25 am
    • Ismail N Reply

      Hobi yang amat menarik. Cuma kos yang agak tinggi terutama untuk modal asas membeli kamera yang berkualiti menjadi kekangan. Itu belum masuk lagi kos aksesori yang canggih.

      March 16, 2016, 7:43 am
      • mrhanafi Reply

        saya juga berharap dapat beli satu set kemera yang baik untuk aktiviti blogger

        July 21, 2016, 11:10 pm
  • cik tom Reply

    wah sanggup pergi london semata2 nak snap gambar kahwin..memang boleh pergi jauh buat duit dari kemahiran fotografi..lagi2 kalau musim kahwin..xmenang tangan..

    February 28, 2016, 4:16 am
    • Ismail N Reply

      News tu dua tahun lepas. Mungkin akan datang, ada yang ke angkasa untuk ambil gambar kawin 😀 Apa-apa pun, hobi fotografi ni jika dapat dikembangkan boleh membawa hasil yang lumayan.

      March 16, 2016, 7:40 am
  • akubiomed Reply

    Dari minat boleh menjanakan pendapatan selepas serius didalam fotografi.

    February 14, 2016, 3:30 pm
    • Ismail N Reply

      Berbaloi kan minat Fotografi ni? 😀

      February 15, 2016, 7:39 am
  • Raihanah Ahmad Reply

    masyuk juga sebenarnya kalau dengan fotografi ni ya. apa pun kena belajarlah

    February 12, 2016, 1:57 am
    • Ismail N Reply

      Yup. Yang paling penting skali ialah ilmu.

      February 15, 2016, 7:38 am
  • Noriza Rahman Reply

    Memang masyuk juga menjana pendapatan dengan fotografi ni kan?

    February 11, 2016, 10:02 am
    • Ismail N Reply

      Jika kena pada caranya, sudah tentu.
      Rezeki ada di mana-mana, insya-allah…

      February 14, 2016, 5:22 am
  • Datin Tyka Reply

    DT pon minat tapi takde time la nak belajar.
    DSLR pon tah ke mana.
    sedih je

    February 11, 2016, 4:15 am
    • Ismail N Reply

      Betul gak tu.
      Zaman dulu banyak masa, tapi kurang akses pada ilmu.
      Zaman skrg maklumat dihujung jari, tapi masa pula jadi kangkangan.
      Dulu lain sekarang lain 😀

      February 14, 2016, 5:21 am
Like Our Facebook Page close[x]
Or wait 15 seconds