Please disable Ad Blocker before you can visit the website !!!

Panduan Pokémon Go Malaysia

by Ismail N   ·  8 years ago   ·  
thumbnail

apps pokemon

Majoriti rakyat Malaysia pasti tahu tentang permainan Pokémon Go. Samada anda hanya mendengar cerita atau main game ini, ia sudah menjadi fenomena antarabangsa dan mencetuskan isu hangat terutama dari segi kesannya terhadap masyarakat.

Kami akan membiarkan pakar-pakar debat membahaskan isu-isu tersebut. Artikel ini akan cuba memberi panduan kepada bakal-bakal pemain aplikasi ini dan melihatnya dari sudut yang positif dan menarik.

Antara yang positif bagi saya adalah setelah mencubanya, saya kini mendapat ilham untuk menulis satu artikel di blog ini. 😀

Latar Belakang Pokémon Go

Pokémon Go adalah satu GAME/permainan. Ia dibangunkan oleh Niantic bagi perkakasan (device) iOS dan Android. Oleh itu, ia boleh dimuat turun di Apple Store dan Google Play secara PERCUMA. Konsep permainan ini berasaskan ‘augmented reality‘ yang mana character dalam game ini muncul pada skrin anda seolah-olah ia berada di hadapan anda di dunia yang sama.

Menarik bukan?

Atas sebab itu, periksa dahulu smartphone anda samada ia cukup syarat untuk digunakan bagi permainan ini. Aktifkan GPS, muat turun permainan dan sedia untuk memulakan jelajah mencari Pokémon.

Panduan Pokémon Go

Muat Turun Game

Game ini dilancarkan pada 6hb Julai 2016. Namun di Malaysia, ia lambat sedikit muncul di Apple Store & Google Play Malaysia, iaitu pada bulan Ogos 2016.

Yang otak hackers sedikit tahu lah cara memuat turun secara direct dari laman web Pokémon dan memasangnya. Yang lain-lain cuma mula bermain dari awal bulan ini.

download pokemon go

Professor Willow

Ini adalah watak pertama yang anda akan jumpa dalam game ini. Professor Willow akan guide anda dalam permainan ini dan Poké Balls pertama anda akan diberi oleh beliau.

Professor Willow

Jika anda ada lebihan Pokemon yang sama, anda juga boleh tukarkannya dengan Prof bagi mendapatkan Candy yang boleh digunakan untuk evolve Pokemon anda. (Baca bahagian evolve di bawah).

Kemaskini Profail Anda

Selepas install game ini, anda perlu mendaftar dengan menggunakan email yang sah. Set kan profail anda dengan ‘username‘ pilihan anda.

Kemudian customize Avatar anda mengikut citarasa masing-masing:

avatar

Bab muat turun dan pasang apps, pasti ramai yang tahu, kan? Sama sahaja dengan applikasi yang lain. Yang penting ada internet dan tahu isi maklumat dalam kotak-kotak yang disediakan.

Mudah sahaja…

Matlamat Pemainan

Dalam game ini, anda akan cuba mencari seberapa banyak Pokémon yang ada dan daftarkan dalam Pokédex. Ada spesis yang sukar dicari dan akan memakan masa anda.

pokedex

Selain dari itu, anda juga mahu meningkatkan kekuatan anda dan menaikan level serta ikut serta dalam pertarungan (battle). Ini bagi status Pokémon Trainer terhebat dalam game ini.

Apa-apa pun matlamat anda, ia perlu dicapai secara beransur-ansur. Jangan bazirkan wang dan masa anda dalam permainan ini dan cuba bina kekuatan dalam game ini secara perlahan-lahan. Yang penting sekali ia adalah satu bentuk hiburan.

So enjoy the game ya…

Items

Ia adalah alatan yang digunakan dalam permainan ini termasuklah yang asas seperti:

  • Poké Ball
  • Incense
  • Camera
  • Egg Incubator

Sepanjang permainan ia boleh dinaik taraf (upgrade) atau ditambah. Yang mahu jalan pintas (cepat) boleh gunakan kad kredit dan berbelanja di Poké Shop.

Poké Shop

Matawang di sini adalah Pokécoins. Oleh itu, anda perlu beli dulu Pokécoins pada harga termurah US$0.99 bagi 100 Pokécoins. Ia boleh digunakan untuk tujuan upgrade atau jika kehabisan Poké Ball dan anda malas mahu mencari Pokéstop, maka gunalah cara ini.

pokeshop

Jenis-Jenis Pokémon

Sebelum anda memulakan jelajah mencari Pokémon dan menangkap mereka, apa kata kita lihat dahulu jenis-jenis Pokémon yang wujud dalam permainan ini.

Asasnya ada 18 jenis iaitu:

Jenis Pokemon

Setiap jenis ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Ada antara mereka yang tergolong dalam dua ketegori/jenis. Bila anda terlibat dalam battle, pastikan anda memilih Pokémon yang sesuai. Ini akan kita kupas dalam artikel Battle nanti.

Mencari Pokémon

Pokémon ada di sekeliling kita. Cuma anda perlu bergerak ke tempat lain untuk mencari jenis-jenis yang berbeza bagi melengkapkan Pokedex anda. Di rumah saya misalnya ada banyak Zubat yang liar.

zubat

Di kawasan yang sunyi seperti di jalanraya agak kurang Pokémon berbanding di tengah bandar. Jika mahu tahu ada banyak tak di sekeliling anda, check pada bahagian ‘Sighting‘. Namun, kita perlu juga ke tempat-tempat yang kurang Pokémon ni bagi mencari spesis yang rare atau susah dijumpai.

Menangkap Pokémon

Bagi mereka yang baru bermain (Level 1), maka isikan dahulu masa anda dengan mempelajari teknik menangkap Pokémon. Tidak seperti dalam siri Pokémon asal, anda tidak perlu bertarung untuk menangkap mereka. Apa yang anda perlu hanyalah menggunakan Poké Ball. Ia dibekalkan kepada anda dipermulaan permainan dan boleh direload di Poké Shop atau di Pokéstop. Gunakan ia dengan sebaiknya agar tidak kehabisan nanti.

tips

CARA MENANGKAP POKEMON

Poké Ball

Poké Ball (モンスターボール Monster Ball) adalah alat yang digunakan oleh pemain untuk menangkap dan menyimpan Pokémon. Dalam siri asal Pokémon, ada banyak jenis Poké Ball, namun bagi tujuan game ini, kita lihat pada 3 sahaja:

pokeball ultra ball

  • PokeBall (biasa) – Berwarna merah dan digunakan untuk menangkap Pokémon biasa yang lemah dengan CP yang rendah.
  • Great Ball (biru) – Boleh didapati di Poké Shop bila anda anda mencapai Level 12. Amat berguna untuk menangkap Pokémon yang berkuasa tinggi.
  • Ultra Ball (Hijau Kuning) – Muncul bila anda tiba di Level 20 di Pokéstop.

Terdapat khabar angin yang menyatakan ada satu lagi yang akan muncul iaitu Master Ball yang merupakan Poké Ball terkuat dan mampu menangkap segala macam Pokémon biarpun ada tersilap baling. 😀

Melontar Poké Ball

Apabila ada Pokémon berdekatan dengan anda, ia akan muncul dalam skrin. Tap Pokémon tersebut dan anda dalam mode camera dan Pokémon itu seolah-olah berada di hadapan anda. Baling Poké Ball ke arah Pokémon untuk menangkapnya.

Membaling Poké Ball perlu sedikit skill dan latihan. Cuba masukkan dalam bulatan dan ia sebaiknya jatuh di belakang Pokémon. Pokémon akan disedut oleh Poké Ball dan anda perlu cepat-cepat menguncinya dengan menekan butang pada Poké Ball.

tips

CARA MENANGKAP POKEMON

Lain Pokémon lain tahap kesusahannya. Tapi jangan risau, lama-lama anda akan biasa dan menjadi pakar menangkap mahluk ini. Gunakan ibu jari untuk tekan dan tolak Poké Ball ke arah bulatan yang saya sebut tadi. Untuk Pokemon yang kuat, Pokeball biasa tidak akan menangkapnya. Ia perlukan Great atau Ultra Ball.

Setelah Pokémon liar ditangkap, maka ia menjadi milikan anda sebagai pemain game ini.

Tips/Panduan Menggunakan Poké Ball

Apabila berhadapan dengan Pokémon liar, anda perlu tenang dan jangan bazirkan ball anda. Adjust handphone anda agar ia selari dengan Pokemon dan mudah untuk ditangkap. Apabila sudah tiba di Level 12, pilih ball yang sesuai kerana ada Pokemon yang tidak lagi boleh ditangkap dengan ball yang biasa.

Baling semasa bulatan masih kecil dan anda dekat dengan Pokemon. Berhati-hati dengan Pokemon yang menyerang. Ia tidak akan mencederakan anda tetapi ia boleh membuat hadangan (block) apabila dalam keadaan begini.

Adakala bila anda miss, cepat-cepat ambil semula bola sebelum ia tidak digunakan lagi.

Candies Dan Stardust

Anda juga akan diberi candies dan stardust. Ini akan diterangkan dalam artikel akan datang. Yang penting ia boleh digunakan untuk meningkatkan ‘combat power‘ (CP) Pokémon anda.

Setelah anda berjaya menangkap Pokemon, anda akan mendapat Candies dan Stardust ini. Anda boleh gunakan pada Pokemon yang anda baru tangkap atau kumpul dahulu dan gunakan untuk Pokemon anda yang digunakan untuk tujuan battle.

Anda boleh pilih samada mahu level up atau evolve. Ia pilihan yang agak taktikal. Level Up dan CP ini akan menguatkan Pokémon anda untuk bertarung nanti.

Evolve

Evolve digunakan untuk menukarkan Pokemon yang kurang kuat dengan CP maksima tidak lebih 1000 ke Pokemon yang lebih power yang mempunyai CP sehingga 2000.

Contohnya:

Dengan menggunakan candy, anda boleh evolve Zubat kepada Golbat.

Zubat to Golbat

Pokéstop

Seperti kebanyakan pemain lain, di peringkat permulaan, saya pun bazirkan banyak Poké Ball tanpa sebarang hasil. Akibatnya apabila kehabisan Poké Ball, makhluk-makhluk yang muncul selepas itu tidak dapat ditangkap lagi.

Lebih mendukacitakan bila yang muncul secara tiba-tiba itu yang rare (jarang dijumpai). Oleh itu, pandai-pandailah menggunakan Poké Ball anda. Apabila sudah habis, opsyen paling cepat adalah ke Poké Shop (rujuk kembali di perenggan atas). Gunakan kuasa beli anda!

Pokestop

Opsyen kedua ialah mencari Pokéstop. Boleh dilihat dalam map di skrin anda. Ia berbentuk empat segi dan berwarna kebiruan. Tap untuk melihat lokasi sebenar Pokéstop tersebut.

Bergerak ke arah Pokéstop sehingga hampir dengannya. Jika masih belum cukup dekat, anda tidak boleh menggunakan Pokéstop ini. Apabila sudah hampir pusingkan Pokéstop dengan jari anda. Poké Ball dan lain-lain items akan keluar dan anda mesti menangkapnya cepat-cepat dengan tap setiap satu yang keluar itu.

Untuk periksa berapa banyak yang anda perolehi, tap imej Poké Ball dan kemudian tap “Items“.

Camera

Camera ini tiada function sangat selain dari berseronok-seronok dan berkongsi pengalaman anda di media sosial. Bila makhluk yang pelik dan rare keluar, mungkin sebelum menangkapnya, kita ambil gambar dulu.

Incense

Jika anda ada banyak Poké Ball dan tiba di kawasan yang banyak ‘Sightings‘ Pokémon, maka anda mungkin mahu menggunakan tool ini. Anda cuma perlu ke bahagian ‘Items‘ dan tap Incense.

Selepas Incense diaktifkan, Pokémon akan tertarik kepada anda selama 30 minit. Tangkaplah sebanyak yang boleh di kala ini.

tips

CARA MENGGUNAKAN INCENSE

Egg Incubator

Di Pokéstop, anda mungkin akan dapat telur (egg). Gunakan Egg Incubator untuk menetaskannya. Tap tool ini di Items dan anda perlu berjalan mengikut jarak yang ditetapkan sebelum telur itu menetas.

Berapa jauh?

Bergantung kepada jenis egg itu. Ada perlu 2km dan ada yang perlu 5km dan sebagainya.

Level 5

Ok, bab terakhir untuk artikel ini ialah Level 5. Kalau mahu cerita semua dalam satu artikel, pasti tidak cukup. Malah, boleh buat buku tebal untuk game ini. Ini adalah level minima untuk masuk ke battle.  Sesiapa yang tiba di level ini akan dijemput menyertai team-team yang ada.

Level ini boleh dicapai dalam masa beberapa jam sahaja:-

  • Pergi ke kawasan bandar yang ramai pengguna smartphone;
  • Tangkap seberapa banyak Pokemon yang boleh.
  • Untuk re-load adalah mudah sebab area begini pun banyak Pokestop

Sertai Team Yang Sesuai

Setelah mencapai Level 5, anda tap pada gym berhampiran. Tidak perlu pergi dekat untuk tujuan ini. Asal nampak gym di skrin anda, tap dan Professor Willow akan muncul dan memperkenalkan anda dengan setiap pasukan.

Ada 3 pasukan iaitu:

team

Pilihan pasukan yang sesuai dengan anda dan have fun main game ini.

17 Comments

  1. dulu awal2 keluar igt lagi, punyalah kecoh, macam2 pandangan….. skang nampak lemau dah.. ramai kawan2 dah uninstall atau tak bukak langsung huhu, maybe malas kot nak gi pokestop terdekat haha, takpun kena ada something update yang menarik balik org nak main

  2. Wah.. game ini nge-buming juga lho di semua negara… dan di negara indonesia juga…
    makasih tipsnya kakak….
    http://alimpolos.blogspot.co.id/2016/12/tips-cara-mengembalikan-file-terhapus.html

  3. sekarang lagi trend pokemon go

    1. Ismail N

      Skrg dah slow down sikit maybe. Tunggu second generation Pokemon masuk, baru hot semula.. Then again, ramai yang masih belum dapat cukupkan Pokedex lagi, termasuk saya 😀

  4. best juga nampak games pokemon tu..

    1. Ismail N

      Bergantung kepada individu. Bagi saya ia agak fun. Di samping dapat spend quality time dengan anak-anak saya. 😀

  5. rajin betul hang cerita pasal pokemon sekarang.

    hoho..

    1. Ismail N

      Mau tulis yg berat-berat kureng masa nak karang..
      so ringan-ringan dulu.

  6. antara game yang paling berjaya yang pernah dihasilkan

    1. Ismail N

      Ya. Berjaya dan menarik bukan sahaja budak2 tetapi juga ibu bapa budak 😀

  7. Nice tips saya juga main pokemon Go cuma belom begitu paham cara bermian nya..

    1. Ismail N

      Ya. Ambil masa untuk pelajari cara dan strateginya.
      Tapi bagus untuk menjana otak berfikir dan mencari jalan penyelesaian.

  8. yeah team mystic!

    1. Yes Mystic.
      Tahu di sana mcm mana tapi di KK ni banyak team Valor. Mungkin sebab warna merah kot? Anyway, kami pilih mystic sebab profile/personaliti fit kami. 😀

  9. Tudia ada panduan lengkap nak main Pokemon Go. 🙂

    1. Ismail N

      Belum lengkap lagi bro. Banyak lagi kalau nak cerita.
      Ini baru mukadimah je.

  10. macam menarik game pokemon go ini..sayangnya dah fatwakan haram oleh para ulamak kerana boleh memdatangkan kemudaratan kepada keselamatan negara..

    benar atau tidak dakwaan itu saya tak benari nak komen

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.