Pokemon Go 2019

Pokemon go 2019

Artikel berkenaan Pokemon Go (POGO) saya tulis lebih dua tahun lalu di blog. Isi kandungannya sudah lapuk (obsolete) dan tidak sesuai digunakan sebagai bahan rujukan lagi. Namun yang pasti, saya masih bermain POGO sehingga kini dan makin aktif dengan aktiviti yang berkaitan dengannya. POGO kini telah diberi nafas baru oleh Niantic dengan memperkenalkan lebih banyak Pokemon Lagenda dan Shinny, PvP, EX Raid dan lain-lain lagi.

 

Oleh itu, jom kita lihat apa yang menarik dalam permainan ini sekarang.

 

Raid Dan EX Raid

Setahun selepas POGO dilancarkan, ramai yang berhenti bermain kerana kurangnya pengemaskinian (update) dari Niantic. Walau bagaimanapun, setahun kebelakangan ini, ramai pula yang kembali aktif apabila Niantic rancak melancarkan pelbagai aktiviti dan menukar Raid Boss dari semasa ke semasa. Kini wujud pelbagai kumpulan POGO di Whatsapp, Telegram dan Discord. Ini memudahkan serangan terancang ke atas Raid Boss, terutama Tier 5 yang memerlukan 5 orang atau lebih pemain.

 

Raid Battle Palkia

 

Suatu yang menarik bagi saya ialah peluang untuk berkawan dan networking yang muncul dari situasi ini. Apabila anda menganggotai kumpulan-kumpulan ini dan aktif, pastinya anda akan cepat memperolehi rakan atau kenalan baru. Semasa menunggu telur untuk menetas, anda dan rakan-rakan baru bolehlah duduk bersembang di kedai kopi dan kupi-kupi dahulu. Lebih mesra begitu dan boleh mewujudkan satu persahabatan yang lebih akrab.

 

Fungsi AR Dalam Pokemon Go’

Antara ciri utama yang menjadi tarikan utama POGO di waktu awal pengenalannya adalah ciri  ‘augmented reality‘ yang membolehkan Pokemon kelihatan di alam realiti. Bagi mereka yang kreatif dan suka mengambil gambar, ciri terus menjadi teras utama mereka bermain POGO dan ramai yang menggunakan kesempatan ini menampilkan kreativiti di media sosial seperti Instagram.

 

Saya juga sesekala menggunakan AR mode bila menangkap Pokemon dan mengambil gambar untuk dikongsi bersama rakan-rakan. Ia sememangnya menarik dan membina kreativiti.

 

zangroose

 

 

Community Day

Satu lagi aktiviti menarik iaitu pada hari-hari tertentu di setiap bulan akan ada satu hari yang jumlah Pokemon tertentu akan bertambah dengan banyaknya untuk anda tangkap. Ini memberi peluang yang lebih cerah untuk mendapatkan Pokemon dengan IV yang tinggi dan dari jenis yang Shinny. Selain dari insentif tersebut, insentif lain seperti double XP dan double Stardust juga ditawarkan.

 

POGO community day

 

Selalunya aktiviti Community Day hanya berlangsung selama 3 jam sahaja. Oleh itu, pemain-pemain akan pergi ke tempat-tempat tertentu yang mempunyai banyak Pokestop dan Gym. Adakalanya, ada juga kumpulan tertentu akan menganjurkan aktiviti seperti pertandingan PvP dan menjual ‘Mystery Box‘. Ia cukup meriah dan menarik. Satu lagi faktor yang membuatkan lebih ramai tertarik untuk bermain POGO.

 

Trade, PvP Dan Lucky Pokemon

Tiga fungsi terbaru dalam POGO yang menambah tarikan bermain permainan ini. Trade membenarkan pemain-pemain bertukar Pokemon mereka dan membantu memudahkan pemain-pemain mengisi Pokedex mereka dengan Pokemon yang sukar dijumpai. Anda disarankan aktif dalam kumpulan dan menambah kawan-kawan bagi mengoptimakan fungsi ini. Jika bernasib baik, Pokemon boleh bertukar menjadi ‘Lucky Pokemon‘ yang lebih kuat dari asal.

 

Dengan trade juga tahap persahabatan akan meningkat dan boleh membantu anda di Raid Gym iaitu bola tambahan bila menangkap Raid Boss. Semakin tinggi tahap persahabatan semakin banyak faedah diperolehi.

 

friendship

 

PvP ialah singkatan bagi ‘Player versus Playerbattle. Ia membolehkan pemain-pemain menguji skill mereka dalam pertempuran satu lawan satu. Ia adalah salah satu fungsi yang amat ditunggu-tunggu terutama bagi yang gemarkan permainan bercorak pertarungan.

 

Spoofing Dan Flyers

Ini adalah satu kesalahan dalam permainan ini. Boleh menyebabkan akaun anda digantung atau dibatalkan terus. Oleh itu, lakukan atas risiko sendiri.

Selalunya pemain akan membuat akaun-akaun kecil bagi tujuan ini dan tidak akan menggunakan akaun utama mereka. Apabila mereka meninggalkan lokasi mereka dan ‘teleport‘ ke tempat lain, mereka dikenali sebagai ‘flyer‘.

 

Ramai yang buat spoofing ini atas dua sebab:-

  1. Memudahkan pemain untuk memeriksa Raid Gym dari jauh tanpa meninggalkan rumah. Jimat kos minyak..
  2. Untuk bertarung dari jauh di EX Raid Gym dengan harapan dapat EX Raid pass. Raid Pass ini akan dikongsi dengan akaun utama menerusi sistem ‘Invite‘. Harus diingat bukan semua Gym ialah EX. Bayangkan anda tinggal 30km dari EX Gym ini. Pasti anda akan akan jadi flyer kan?

 

Sebab-sebab lain termasuk untuk mencari Pokemon yang ‘rare‘ atau jarang ditemui dan tinggi IV nya serta pelbagai sebab lain.  Cuma bagi saya dua sebab di atas paling munsabah untuk menggunakan teknik ini.

 

Menerusi pergaulan dengan rakan-rakan POGO, saya dapati ramai yang bermain bersama keluarga. Maka, ia juga boleh menjadi suatu aktiviti riadah keluarga. Namun, jika pasangan anda tidak minat, usahlah dipaksa ya. Pandai-pandailah cari masa yang sesuai untuk bermain permainan ini. Yang penting, jangan main POGO semasa anda sedang memandu. Enjoy.

8 thoughts on “Pokemon Go 2019

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.