Tuesday,28 February,2017

Pokestop Dalam Pokemon Go

Pokestop

Sebagaimana yang dsebutkan di dalam artikel Panduan Pokemon Go Malaysia, objektif yang mahu dicapai dalam game ini termasuklah melengkapkan Pokédex anda dengan semua Pokemon yang ada dan mencapai level tertinggi sekali.

Ini cuma boleh dicapai dengan dengan tools seperti Poké Ball, Great Ball, Egg Incubator, Potion dan sebagainya. Tanpa Poké Ball misalnya, anda tidak boleh menangkap Pokemon dan objektif permainan tidak dapat dicapai.

Tools (atau items) yang disebutkan di atas ada yang diberikan kepada anda dipermulaan permainan, semasa level up ataupun dibeli di Poke Shop. Namun, cara yang paling popular dan ekonomi bagi mendapatkannya adalah dengan pergi ke Pokestop yang berhampiran dengan anda.

Apa itu Pokestop?

Aspek/Ciri-ciri game Pokemon ini banyak dipengaruhi oleh Ingress, satu lagi game yang dihasilkan oleh Niantic Lab. Ingress ialah satu permainan yang explorasi dunia dengan menggunakan teknik yang sama iaitu berdasarkan lokasi pemain.

Dalam Ingress, pemain-pemain dibawa ke point-point tertentu menerusi landmarks dan ia dipanggil ‘portal‘. Konsep yang sama digunakan juga dalam Pokemon Go dengan membawa pemain ke point-point tertentu yang dipanggil Pokestop.

Buat masa ini, Pokestop masih ditentukan oleh game developer. Namun, di masa akan datang akan wujud ‘sponsored Pokestop‘ yang membolehkan pengiklan mengiklankan permis perniagaan mereka di Pokestop.

Kepentingan Pokestop

Di Pokestop ini, Pokemon Trainer akan mendapat items yang disebutkan di atas. Dengan sekali putaran (spin), beberapa item akan keluar (biasanya 3 atau empat. Maksima ialah enam). Bergantung kepada nasib anda, Poke Ball, Razz Berry, Eggs dan sebagainya akan keluar untuk dimasukkan dalam beg anda.

Jika anda masih di bawah level 5, Pokestop cuma akan mengeluarkan Poke Ball dan Pokemon Eggs sahaja.

Items ini akan dibawa bersama anda untuk pemburuan Pokemon.

Mencari Pokestop

Pokestop biasanya ditempatkan di tempat-tempat tertentu seperti di kedai, menara, mercu tanda dan sebagainya. Anda boleh kenalpastinya dari jauh melalui rupa empat segi berwarna biru. Lihat screen shot di bawah:

lokasi pokestop

Klik pada Pokestop tersebut untuk mengenal pasti lokasi sebenarnya.

Ia akan tertera seperti di bawah:

Pokestop di sabah

Pergi ke Pokestop tersebut sehampir boleh. Bergantung kepada kekuatan GPS handphone anda, anda boleh akses dari jarak 10 meter atau lebih. Tidak perlu terlalu hampir. Anda boleh tahu samada anda sudah boleh akses atau tidak Pokestop bila bertukar kepada bentuk sebegini:

Aktif Pokestop

Mengambil Items Dari Pokestop

Apabila Pokestop telah bertukar bentuk dan anda boleh mengaksesnya, maka anda cuma perlu putarkan Pokestop tersebut.

  • Tap pada Pokestop
  • Spin dengan membuat swipe dengan jari anda dari kiri ke kanan. Mudah sahaja dan Pokestop akan berputar dan mengeluarkan items untuk anda. Ambil items tersebut dan gunakan sebaiknya.

spin pokestop

Selepas items diambil oleh anda, Pokestop akan bertukar ke warna Pink. Anda tidak boleh gunakannya dikala ini.

Jika tidak banyak Pokestop di tempat anda. Maka, tunggu sahaja dalam 5 hingga 10 minit. Pokestop akan menjadi biru semula dan anda boleh putarkan lagi untuk mengambil tools yang diperlukan.

Lokasi Pokestop

Pokestop selalunya banyak dalam kawasan bandar dan shopping mall terkemuka. Di kawasan luar bandar, agak susah hendak mencari Pokestop. Ini memberi sedikit disadvantage kepada penduduk luar bandar.

Orang luar bandar kena kerja keras sedikit lah ya.

Menghasilkan Kawasan Penternakan Pokemon

Dengan menggunakan Lure Module, pemain-pemain game ini boleh menarik Pokemon di kawasan yang ada banyak Pokestop dan menghasilkan Kawasan Penternakan Pokemon (PokeStop Farming Spot).

Lure Module apabila diaktifkan akan menyebabkan Pokemon tertarik ke Pokestop dan jika di aktifkan secara beramai-ramai oleh pemain-pemain Pokemon akan menyebabkan banyak Pokemon muncul untuk dikongsi bersama.

About The Author

ISMAIL N is the 'de facto' owner and editor-in chief of DuluLainSekarangLain.Com. A Human Resource practitioner in his normal daily life and consummate blogger in his free time. He is addicted to coffee and Manchester United. Most easily accessed via his Twitter account.

Ismail N

Leave a Comment

  • titan Reply

    tengok tempat.

    kekadang, pokemon type grass aje banyak.

    yang rare..memang susah la nak jumpa even guna incense ke hape.

    haha

    August 23, 2016, 6:20 pm
    • Ismail N Reply

      Ya. tengok tempat.
      Tapi kalau dah naik level byk Pokemon baru dapat jumpa

      August 29, 2016, 5:13 am
Like Our Facebook Page close[x]
Or wait 15 seconds