Dulu Lain Logo
7-Lodge Tambunan 7-Lodge Tambunan
Dalam perkongsian terdahulu, saya telah menceritakan secara ringkas mengenai tempat-tempat menarik yang kami sekeluarga lawati di daerah Tambunan semasa cuti hujung tahun lepas. Percutian... 7-Lodge Tambunan

7-Lodge Tambunan Sign

Dalam perkongsian terdahulu, saya telah menceritakan secara ringkas mengenai tempat-tempat menarik yang kami sekeluarga lawati di daerah Tambunan semasa cuti hujung tahun lepas. Percutian yang pendek itu (cuma 2 hari, 1 malam sahaja) melibatkan bermalam di Tambunan dan tempat penginapan yang menjadi pilihan kami adalah 7-Lodge Tambunan.

7-Lodge Tambunan

Front Office Canteen

Rupanya, terdapat banyak tempat penginapan di daerah Tambunan tetapi saya rasa ‘online presence’ tempat-tempat lain tidak sehebat 7-Lodge Tambunan.

Ia mendapat review yang baik dan caj bilik juga sederhana.

Saya cuma membuat carian di google – tidak terfikir pula untuk mengunakan aplikasi lain sebab memang tidak tahu tentang sebarang aplikasi yang sesuai kecuali laman untuk membuat tempahan terus.

google search

Tempahan

Tahun ni barulah saya sedar bahawa terdapat beberapa laman web yang memudahkan pengguna melihat pilihan hotel yang terdapat di sesuatu tempat dan seterusnya membuat tempahan bilik secara online di beberapa portal online seperti booking.com, agoda.com dan sebagainya.

Saya menempah bilik di 7-Lodge Tambunan dengan membuat panggilan telefon dan emel – sungguh ketinggalan zaman!

monkey shy

Di antara laman web yang memudahkan carian dan penempahan penginapan adalah HotelsCombined.my – bukan tempat untuk membuat tempahan penginapan tetapi suatu alat yang menyenaraikan tempat penginapan yang sedia untuk ditempah.

Ia membantu pengguna membuat perbandingan harga yang ditawarkan online di pelbagai laman pelancongan terkemuka seperti Expedia, Booking.com, Holels.com dan sebagainya (termasuk laman yang kurang terkenal seperti Amoma, Skoosh, dan lain-lain.

Hanya perlu taipkan nama tempat dan tarikh yang sesuai, lantas nama hotel/asrama/homestay beserta caj bilik akan tersenarai hampir serta merta.

Bukan itu sahaja, gambar tempat penginapan tersebut juga disertakan.

HotelsCombined

Maka anda akan dapat membuat pilihan berdasarkan bajet dan citarasa.  Keunggulan perkhidmatan HotelsCombined ini telah menyebabkan mereka menerima anugerah World’s Leading Hotel Comparison Website category J semasa World Travel Awards pada tahun 2013, 2014 and 2015.

Jadi, bolehlah guna HotelsCombined untuk mencari penginapan yang paling sesuai dan pada kadar terbaik sebelum anda membuat tempahan hotel di mana-mana.

location map

Berbalik kepada 7-Lodge Tambunan. Terletak lebih kurang 5 minit dari pekan Tambunan, ianya terdiri daripada beberapa buah bangunan iaitu:

  1. Billian Villa – 8 buah bilik di sebuah rumah banglo 2 tingkat
  2. The 7-Lodge – 7 buah bilik di bangunan utama di mana terletak pejabat dan sebuah restoran
  3. Salangan Resthouse – 4 buah bilik di sebuah rumah yang berbentuk panjang.

Tambunan

7-Lodge Tambunan menghidangkan para tetamu dengan suasana desa yang dikelilingi dengan tumbuhan hijau dan pelbagai jenis pokok.

Bagi saya, ia merupakan tempat penginapan yang sangat mesra keluarga kerana kemudahan yang diberikan memberi peluang kepada keluarga mengadakan pelbagai aktiviti riadah di dalam perkarangan kawasan tersebut.

Antara aktiviti riadah yang boleh dilakukan di sana adalah memancing, barbeque, bersukan dan berkhemah (peralatan berkhemah boleh disewa di sana).

Selain kemudahan-kemudahan yang biasa disediakan di hotel-hotel seperti tuala mandi, kemudahan membuat kopi/teh, rancangan ASTRO, wifi, pendingin udara, dan sebagainya, ia juga menyediakan kolam ikan air tawar, tempat untuk memanggang (selepas pancing ikan di kolam, bolehlah terus memanggang) dan kawasan untuk melepak/jogging yang sangat luas.

Salangan Resthouse

7Lodge Tambunan

Kami telah menempah bilik-bilik di Salangan Resthouse yang dilengkapi dengan dua buah meja makan keluarga yang ditampatkan di kawasan verandah. Maka itu, dapatlah kami sekeluarga makan malam bersama-sama di luar bilik sambil menghirup udara segar dan dingin.

Lodge facility

Cuma perlu ketuk pintu-pintu bilik untuk berhubung.  Budak-budak melompat-lompat atas katil pun boleh didengar di bilik sebelah….sabar je le…. Buat macam rumah sendiri! 😀

7 Lodge Tambunan

Anak-anak cukup riang ria di Salangan Resthouse sebab kami dapat ‘privacy’ dan tidak perlu kontrol volume suara sepanjang masa. Kenderaan pun diletakkan hanya beberapa langkah dari pintu bilik, maka mudah bagi kami memunggah keluar dan masuk barang-barang.

Salangan Resthouse

Tengoklah – seluas-luas kawasan untuk kami sekeluarga (10 orang).  Kebetulan pula masa itu, cuma kami yang menginap di Salangan Resthouse, jadi memang betul-betul macam rumah sendiri.  Kalaulah masa percutian panjang, tentu kami akan memancing dan memanggang ikan di situ.

bbq

Secara ringkas, 7-Lodge Tambunan (terutama sekali Salangan Resthouse) adalah tempat penginapan yang sangat sesuai untuk seisi keluarga dan untuk mereka yang menghargai suasana desa yang tenang dan nyaman.

Zurainny Ismail

Previously an IR consultant focusing on industrial harmony, she now serves as a Legal Manager. She still loves exchanging ideas and thoughts with others on many subjects. An occasional knitter and an aspiring crooner.

  • Yourfabulousmama

    May 21, 2016 #1 Author

    Whoaa..sungguh bergaya “country” percutiannya..seronok kalau datang berfamili ni. bagus, lengkap dengan tips macamana nak booking penginapan..

    Reply

  • Mus

    February 18, 2016 #2 Author

    tak pernah ke sana lagi.. hotelcombined.. best buat affliates

    Reply

  • titan

    February 5, 2016 #4 Author

    okeh.

    sini memang tak pegi lagi.

    rindu plak kat sabah.

    Reply

    • Zurainny Ismail

      February 11, 2016 #5 Author

      Nanti bila sampai sini, bawa family lawat area Tambunan sampai Tenom ya… 😀

      Reply

  • Hero Borneo

    February 3, 2016 #6 Author

    untuk pakej keluarga sangat bagus..cuma untuk pakej berbulan madu kurang sesuai..kerana kurang privasi..

    Reply

    • Zurainny Ismail

      February 5, 2016 #7 Author

      Hehehe….anda memang Hero Borneo. 😀 Blh bayangkan perasaan org yg bln madu kalau ddk sblh bilik family yg ada anak2 yg suka lompat2 atas katil & jerit2…meriah skali!

      Reply

  • suri

    February 3, 2016 #8 Author

    wah best kala dapat ke sana nak musim cuti sekolah pada waktu yang panjang

    Reply

    • Zurainny Ismail

      February 5, 2016 #9 Author

      Ya Suri, best bawak anak2 luaskan pandangan – penat pun x terasa. 😀

      Reply

  • Nurul Shahira

    February 3, 2016 #10 Author

    Kalau Sha, tak kisah sangat pasal hotel / lodge. Yangpenting bersih, harga berpatutan & staf yg membantu :). Boleh masuk dlam list penginapan Sha nanti. TQ 🙂

    Reply

    • Zurainny Ismail

      February 11, 2016 #11 Author

      Sekarang kbykn tempat penginapan di sabah ni kira ok ba kan… 😀 Biasanya kalau ada mslh pun sbb air-cond ja yg perlu di servis.

      Reply

  • Yana Yani

    February 2, 2016 #12 Author

    Buat masa ni mampu tengok ajelah…belum penah sampai ke sana =)
    tapi nice tips. yang penting selesa dan buat kita rasa selamat
    of course bagust tuk poket juga =)

    Reply

    • Ismail N

      February 2, 2016 #13 Author

      Gitu la Yana Yani, walaupun bkn 5 star, still best. 😀

      Reply

  • akubiomed

    February 1, 2016 #14 Author

    Yang penting selesa dan dapat berteduh pun sudah okay.

    Reply

    • Zurainny Ismail

      February 1, 2016 #15 Author

      Betul tu, dan mesti ikut bajet, selamat dan sesuai utk yg tua & muda. 7Lodge Tambunan ni walaupun luas dan nmpk mcm kawasan rumah, tetapi ada sekuriti, x sembarangan org/kereta blh masuk. Tmbhn lg, x fussy – ada hotel yg hadkan bilangan org yg blh ddk dlm 1 bilik, di sini dorang biar ja kami lepak ramai2. 😀

      Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.