Cuti Sekolah – Jom Melancong Ke Sabah

Cuti sekolah tahun ini agak berbeza dari tahun-tahun lepas. Saya agak sibuk dengan pelbagai aktiviti, cuma kali ini sebagai penyambut tetamu atau tuan rumah πŸ˜€ . Tak sangka pula ramai yang mahu melawat Sabah tahun ini. Rakan-rakan sekolah dan keluarga di Semenanjung minta tolong saya bantu dengan percutian mereka kali.

Tak ada masaalah sebenarnya.

Saya gembira membantu dan saya juga ambil peluang bercuti bersama.

Yang Boleh Saya Bantu Semasa Di Sabah

Antara perkara-perkara yang saya boleh bantu termasuklah menguruskan tempat tinggal (hotel, apartment atau homestay) dan juga pengangkutan. Biasanya saya akan tanya budget mereka dan mencadangkan hotel-hotel yang terletak di kawasan strategik di bandar dan di bangunan yang baru.

Kadar bilik hotel (saiz biasa) di KK bagi hotel yang selesa dan di kawasan strategik adalah dalam lingkungan RM 140 hingga RM 180. Anda boleh dapat yang lebih murah jika mahu, cuma keselesaannya adalah berkurangan.

Hotel mewah seperti Le Meridien dan Hyatt juga ada di kawasan bandar jika anda mempunyai poket yang lebih tebal.

Warisan Square

Jika anda tinggal di kawasan strategik seperti di Warisan Square, soal makan minum, pengangkutan, shopping dan sebagainya bukanlah satu masaalah. Mencari travel agent pun mudah, cuma kalau mahu yang murah-murah kena tanya saya lah πŸ˜€

Sewa van (Urvan) di kawasan ini adalah dalam lingkungan RM 350++ tetapi anda boleh dapat di bawah RM 280 jika ada kenalan di Sabah.

Bagi mereka yang minat ke Pulau-pulau yang cantik menawan seperti Manukan, Sipadan, Mabul, Pom Pom dan sebagainya, anda perlulah ke tempat yang betul untuk menaiki boat ke sana.

Biasanya pihak hotel boleh membantu anda mengambil teksi untuk ke Jesselton Point misalnya bagi mengambil boat ke sana.

Ada yang perlu anda kembara lebih jauh (ke Tawau contohnya) dan ada yang boleh di lawati dengan menaiki boat dari KK.

Mabul/Sipadan

Yang minat panjat gunung atauΒ  melihat pantai yang cantik seperti di Tanjung Simpang Mengayau, anda boleh ke sana dengan mudah. Tidak susah memandu di Sabah sebenarnya. Ikut sahaja signboard di tepi jalan dan insya-allah anda akan tiba ke destinasti yang diingini.

Cuti sekolah masih ada lebih kurang dua minggu lagi. Kalau mahu lawat Sabah, sila lah ya. Cuma booking hotel time Krismas ni kalau ramai-ramai memang payah sikit lah.

Tetapi kalau solo outing atau berdua sahaja, rasanya no problem untuk cari bilik.

– Cuti Sekolah – Jom Melancong Ke Sabah

11 Comments

  1. saya dh ke sabah bulan februari, 2013 yg lalu tp byk tmpat yg saya x sempat lawati… so kalau sana ni ke sana boleh ke saya mengunakan khidmat saudara/saudari n macam mane ye…

    DLSL: Saya x tawarkan apa-apa perkhidmatan tapi bersedia membantu jika perlu. E-mail sahaja pertanyaan dan saya akan cuba menolong apa yg termampu.

    1. salam..saya juga bercadang ingin ke sabah.. bulan mei nnti.. ingin ke kundasang dan ke pulau2 di sabah.. contoh simpang mengayau.

  2. Cantiknya gambar-gambar tu. Terasa nak pergi semua tempat yang ditunjukkan. Memang ada perancangan untuk ke Sabah tetapi tangguh ke tahun hadapan, sebab masa cuti panjang ni kebanyakan saudara-mara di sana pulang ke Semenanjung.

    Nanti, kalau jadi ke Sabah, bolehlah minta bantuan, ya!

    DLSL: Boleh saja Kak Long. Kalau mau dtg sini, bagitahu sahaja. πŸ˜€

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons