\"\"
Sunday,20 August,2017

HS Farmstay Dan Mini Zoo

HS Farmstay

HS Farmstay adalah sebuah tempat penginapan/percutian keluarga dan mini zoo yang terletak di Parit Pajar, Jalan Kesang dalam daerah Ledang (dulunya Muar). Jika anda memandu dari Bandar Maharani Muar, perjalanannya memakan masa kira-kira 15 minit sahaja selepas melewati Jambatan Sultan Ismail Muar. Ia agak tersorok di kawasan ladang sawit di Kesang, namun dengan bantuan papan tanda di tepi jalan adalah tidak sukar untuk anda mencarinya dari kawasan Tanjung Agas.

Apa Yang Ada Di HS Farmstay?

HS Farmstay top view

Tarikan utama buat mereka yang sudah berkeluarga adalah Mini Zoo yang terletak dalam kawasan ini.

Harus diingat bahawa ianya Mini Zoo, oleh itu jangan harap anda akan melihat haiwan-haiwan seperti Panda, Gajah, Harimau mahupun Singa ya.

Namun, kanak-kanak akan teruja melihat kuda, pelanduk, landak, tokek, kucing, bulldog dan lain-lain lagi di sana. Mereka boleh memberi makanan kepada haiwan-haiwan ini dan mengusup mereka. Untuk pelanduk, rusa, kambing dan kuda, anda boleh beri sahaja tumbuh-tumbuhan yang ditanam di kawasan itu. Ia memang makanan mereka. Cabut sahaja secara percuma dan berikan haiwan-haiwan yang jinak ini makan. Untuk haiwan-haiwan lain, anda boleh makanan khas di kedai yang disediakan. Harganya RM 2 sepeket. Makanan ini agak serbaguna kerana hampir semua haiwan di sana enjoy memakannya. 😀

kucing

pelanduk

beri makan pelanduk

pelanduk dan rusa

kambing

Bulldog

mengusup kuda

Pemilik HS Farmstay

Kuda juga boleh ditonggangi bagi mereka yang berminat dan jika anda bernasib baik (seperti kami), pemilik HS Farmstay, Dato’ Lee (bukan Lee Chong Wei) mungkin berada di sana dan membenarkan anda membawa jalan-jalan kuda lumbanya yang gagah perkasa dan bernilai RM580,000 itu. Anda boleh usap, pegang dan tariknya. Akan tetapi harus berhati-hati dan jangan sesekali berada di belakang kuda!

Menurut Datuk Lee, bahagian yang paling merbahaya ialah kaki belakang kuda. Oleh itu, elak berada di belakang bagi memastikan anda tidak terkena tendangan kuda.

Terdapat juga kuda khas untuk tujuan pengunjung-pengunjung menonggangnya. Kuda biasa dan juga kuda padi. Berunding harga dengan anak angkat Datuk Lee 😉 (lihat gambar di bawah). Dia agak mesra dan baik seperti bapa angkatnya juga.

horse ride

horse ride 2

kuda padi

kuda lumba

kuda putih

Memancing Ikan Di HS Farmstay

Bagi yang meminati aktiviti memancing, anda boleh membawa joran dan peralatan memancing anda dan memancing di tasik buatan manusia di Farmstay ini. Ada banyak ikan di sini dan sesekali sesekala di adakan pertandingan memancing bagi mereka yang berminat.

Saya difahamkan bahawa, Dato’ Lee menawarkan untuk membeli ikan-ikan yang telah berjaya di pancing jika anda tidak mahu membawa pulang dan memakannya sendiri. Oleh itu, jika anda ada skill memancing yang hebat, anda boleh jana pendapatan di tempat ini. Seronok bukan?

memancing di HS Farmstay

Spa Ikan

Dengan sekali bayaran masuk, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan spa ikan di tempat ini. Tidak perlu bayaran tambahan untuk menikmati kemudahan ini. Anda boleh duduk berjam-jam di spa ikan ini dan tiada extra-charge yang akan dikenakan. Setahu saya, kalau di KK, caj untuk spa ikan adalah RM35 sejam. Jika di KL, RM69 untuk setengah jam.

Bayangkan betapa jimatnya jika pergi spa ikan di sini!

Fish spa

Bagi mereka yang belum pernah ke spa ikan, ia adalah terapi yang dikatakan baik buat kesihatan kulit. Ikan Garra Rufa ataupun nama panggilannya “Doctor Fish” akan memakan semua kulit-kulit yang mati di kaki atau badan. Oleh itu, kulit-kulit yang baru dan sihat akan timbul selepas itu. Ia agak mengelikan bila disentuh dan digigit oleh doctor fish ini. Tapi agak menyeronokkan terutamanya anda melakukan bersama-sama rakan-rakan dan keluarga.

Penginapan Di HS Farmstay

Tempat penginapan yang disediakan dijaga dengan baik dan amat selesa sekali. Anda boleh tempahnya secara ONLINE di SINI bagi memastikan ada bilik buat anda sekeluarga sebelum tiba di sana.

Bilik-bilik yang ada disediakan kemudahan asas dan berperabot ringkas. Ia dilengkapi dengan kipas dan TV skrin rata. Tetamu mempunyai akses ke bilik mandi berkongsi atau peribadi dengan kemudahan pancuran mandi. Anda boleh lihat gambar-gambar di bawah bagi mendapat sedikit idea.

Ia bukan stail hotel atau resort tetapi lebih kepada penginapan santai bersama keluarga.

HS Farmstay building

HS Farmstay hotel room

room dan beds

Aktiviti-Aktiviti Lain

Selain dari yang dinyatakan di atas, anda boleh juga melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti lain seperti berbasikal dan swimming. Bagi mereka yang belum pandai berbasikal, anda boleh belajar di sini secara percuma di kawasan lapang yang disediakan. Ada pelbagai jenis dan saiz basikal yang disediakan. Main sepuas hati terutama bagi mereka yang tidak biasa dengan basikal.

aktiviti berbasikal

Kids pool

Swimming pool di sini pula agak kecil dan hanya untuk anak-anak kecil bermain-main di sana. Mungkin tidak ramai yang boleh masuk dan menikmatinya. Akan tetapi, ibu bapa yang ada anak-anak kecil yang suka berendam, nah letak sahaja di sana dan jaga. Sesuai untuk pengunjung yang bermalam di tempat ini.

Dinosaur

Bukan Dinosaur betul tapi replika yang dibuat bagi menghiburkan kanak-kanak. Kami cuma kenal T-Rex sahaja. yang lain-lain tu entah siapa namanya. Ada beberapa Dinosaur di sana dan kanak-kanak nampak bergembira bergambar dengan Dinosaur ini.

T-rex

Dinosaur

Cicak Tokek, Arnab Dan Binatang-Binatang Lain

Dahulu ramai yang mencari cicak tokek atau “gecko” ini. Ada yang sampai masuk hutan dan kampung-kampung bagi mencarinya. Namun, sekarang dah reda dah. Mungkin kehebatannya cuma satu “myth” sahaja. Tidak seperti yang digembar-gemborkan.

Nampaknya, ada banyak cicak tokek di mini zoo ini. Terdapat dalam pelbagai bentuk dan warna. Mungkin pemilik tempat ini pun dulu suka mencari binatang ini? Sekarang koleksi cicak tokek ini menjadi sebahagian dari haiwan-haiwan di Mini Zoo tempat ini.

reptilia di mini zoo

cicak tokek

gecko

Bayaran Masuk Ke HS Farmstay

Bayaran masuk untuk ke Farmstay ini adalah RM15 bagi orang dewasa dan RM 10 untuk kanak-kanak. Tiket-tiket boleh dibeli dikaunter masuk ke tempat ini. Ada kedai serbeneka berdekatan untuk membeli makanan dan minuman buat mereka yang tinggal di sana.

Kopi Muar 434 yang terkenal pun ada dijual di sana.

Secara keseluruhannya HS Farmstay adalah suatu tempat yang menarik dan menghiburkan bagi percutian keluarga. Dengan tempat tinggal yang selesa di sediakan dan pelbagai aktiviti untuk anak-anak, amat berbaloi untuk ke sana. Akan tetapi, oleh kerana saiznya yanag agak kecil mungkin sehari dua pun cukuplah, nanti boring pula membuat aktiviti yang serupa setiap hari kan? 😀 Apa-apa pun jika ke Muar/Ledang, jangan lupa singgah di tempat ini. Alright!

HS Farmstay Dan Mini Zoo

This Article Was Written By

ISMAIL N is the 'de facto' owner and editor-in chief of DuluLainSekarangLain.Com. A Human Resource practitioner in his normal daily life and consummate blogger in his free time. He is addicted to coffee and Manchester United. Most easily accessed via his Twitter account.

Ismail N

Leave a Comment

  • Amin Ledang Reply

    Menarik ini, nanti raya mahu pergi

    June 5, 2017, 4:45 am
    • Zurainny Ismail Reply

      Silakan tuan…anak2 mesti suka. 😀 Blh memancing skali.

      June 7, 2017, 12:31 am
  • Siti Badariah Baharin Reply

    menariknya tempat ni. TQ kerana berkongsi info. nanti bila kami sekeluarga dah kembali menetap di johor, bolehlah pergi ke HS farm ni.

    September 29, 2015, 12:04 am
    • Ismail N Reply

      Org Johor di perantauan ke? Skrg di mana?
      Anyway thanks, sbb lawat blog ni dan beri komen positif. Kalau dah pergi HS Farmstay, bagi lah feedback ya.

      October 3, 2015, 8:27 am
  • kay Reply

    sekali masuk bayar rm 15, then tak payah byr ke kalau nak ride horse, nak spa ikan .

    December 30, 2014, 4:49 pm
    • Ismail N Reply

      Naik kuda kena bayar tambahan tapi cuba lah nego dgn budak yg jaga itu. OK dia tu. Spa tu free..

      January 4, 2015, 6:23 am
  • Ani Haryani Reply

    Bestnya!! MAsa ani belajar kat segamat dulu kenapa tak taw tempat ni huhu, takpe, ada rezeki in sha Allah boleh pergi 🙂

    September 30, 2014, 2:44 pm
    • Ismail N Reply

      😀
      Saya yang orang Muar ni pun baru tahu juga …
      Apa-apa pun jangan lupa lawat farmstay ni one day

      October 1, 2014, 1:15 am
  • siti hazreen Reply

    Saya selalu mencari tempat hiburan keluarga di muar…nak singgah lah nanti

    September 18, 2014, 1:33 pm
    • Ismail N Reply

      Bagus kalau singgah di sana tu.
      Kalau tak balik2 kita pegi Tanjung Mas atau Tanjung Ketapang je kan? 😀

      September 19, 2014, 7:49 am
  • suri Reply

    anak suka bawa tempat begini supaya mereka ada rasa sayang pada binatangkan

    September 8, 2014, 2:12 am
  • Mus Reply

    insyaallah.. satu hari nanti akan ke sana juga

    September 6, 2014, 1:37 pm
  • suri Reply

    wah ini sudah mendatangkan keinginan untuk ke sana ..nampak semua keluarga gembira ya

    September 6, 2014, 1:07 pm
    • Ismail N Reply

      Happy dan enjoy sungguh 😀

      September 7, 2014, 5:16 am
  • Hairul Azni Reply

    Belum pernah lagi dengar HD Farmstay dan mini zoo di Ledang ni..

    September 6, 2014, 12:28 pm
    • Ismail N Reply

      Ya, agak baru. Masa kami pulang Muar time raya baru tahu

      September 7, 2014, 5:16 am
  • Zuan Reply

    wow! cool la business macam ni 😀

    September 6, 2014, 1:11 am
    • Ismail N Reply

      Sebenar tak ada untung pun sbb kos maintenance terlalu tinggi. Namun owner dia suka2 buat utk belanjakan duit dia yg dah terlebih-lebih tu 😀

      September 6, 2014, 9:34 am
  • ainun Reply

    oh bagus tempatnya. cuti nanti boleh pergi.

    September 4, 2014, 8:03 am
    • Ismail N Reply

      Tak lama lagi cuti sekolah lagi. Kalau free pergi lah lawat. k.

      September 5, 2014, 2:02 am
  • anif Reply

    🙂 Menarik tempatnya.. Bagus untuk bawa anak-anak lihat binatang.

    September 4, 2014, 6:25 am
    • Ismail N Reply

      Pergi lah bro. Bukan jauh pun JB. Kawe di KK ni boleh sampai 😀

      September 5, 2014, 2:02 am
  • Hafizul Reply

    Huhhh..terkejut saya..ingtkan betul2 ada dinasor..siap kaki kena rantai lagi tu..hehe

    September 3, 2014, 3:23 pm
    • Ismail N Reply

      Kena rantai tu mungkin sbb takut kena curi 😀

      September 5, 2014, 1:40 am
  • TehR Reply

    gambar akhir tu nampak macam besar je
    dah nampak macam biawak pulak

    September 3, 2014, 8:43 am
    • Ismail N Reply

      Satu jalur keturunan juga bro 😀

      September 5, 2014, 1:13 am
  • mai has Reply

    best nye tempat ni.di seri kembangan pun ada farm in the city.ala2 mcm ni gak.

    September 3, 2014, 3:44 am
    • Ismail N Reply

      Apa nama tempat tu? Boleh kami check pula nanti 😀

      September 5, 2014, 1:09 am
  • titan Reply

    leh la gua singgah nanti kalau gi johor.

    September 2, 2014, 4:43 pm
  • Hero Borneo Reply

    ha..ha..menarik tempat ini.

    September 2, 2014, 3:42 pm
    • Ismail N Reply

      Pergilah kalau ada peluang ya.

      September 5, 2014, 12:31 am
  • akubiomed Reply

    Tak sangka ada bela dinosaur sekali.

    September 2, 2014, 3:28 pm
  • Miera Nadhirah Reply

    Have not been here .. sounds like an interesting place to visit… Thanks for sharing….

    September 2, 2014, 2:41 pm
    • Ismail N Reply

      It is interesting and fun if we go with kids. Not sure if we go alone though 😀 unless of course we go there for fishing.
      Thanks for dropping by Miera.

      September 5, 2014, 12:20 am
  • kucha lana Reply

    bagus ni..nanti anak dah besar boleh bawa pergi zoo..biar dorang kenal binatang lebih dekat

    September 2, 2014, 2:31 pm
    • Ismail N Reply

      So, anak masih kecil lagi la ni kan?
      Ya, mmg bagus bawa ke zoo. Zaman ni, budak2 nak tengok ayam dan kambing pun payah. Dalam kota penuh dengan hutan batu 😀

      September 5, 2014, 12:18 am
  • blogger lelaki Reply

    nanti anak dah besar kena bawa juga pergi zoo

    September 2, 2014, 2:30 pm
  • zool Reply

    macam menarik je ni.. tak jauh plak tu dari rumah

    September 2, 2014, 7:08 am
    • Ismail N Reply

      kat mana rumah?

      September 2, 2014, 8:06 am
      • zool Reply

        Kat Jasin, Melaka.. kalau nak gi muar tu dalam 30 minit

        September 4, 2014, 12:55 am