Jom Pergi Perdana Park Tanjung Aru

Taman-Ujana-Perdana-Park

Bagi penduduk-penduduk Kota Kinabalu, Sabah, ramai yang pastinya tertunggu-tunggu sebuah taman (Park) di bina di tengah-tengah bandar sepertimana di Kuala Lumpur (Taman Tasik Titiwangsa contohnya) yang membolehkan penduduk-penduduk bersantai, berjogging dan beriadah seisi keluarga. Dengan terbinanya Taman Ujana Perdana Park (Perdana Park) di Tanjung Aru, maka hajat ini telah kesampaian.

BACA JUGA:

Taman rekreasi ini adalah seluas 16 ekar dan telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28hb Januari 2011.

Perdana Park Tanjung Aru

Perdana Park kini menjadi tarikan utama di pantai Tanjung Aru sepanjang 2km. Sudah tentu kami sekeluarga pun tidak ketinggalan melawat taman ini sesekali sesekala. Terutama sekali apabila “jaguhan” kami, Roq pun turut serta 😀

Taman-Ujana-Perdana-Park 2

Taman-Ujana-Perdana-Park 4

Taman-Ujana-Perdana-Park 3

Ironiknya, kawasan yang dahulunya dikenali sebagai Hone Place dan digunakan bagi menempatkan kuarters pekerja-pekerja kerajaan pada zaman sebelum perang telah dikenalpasti untuk dibina sebagai pejabat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Pertubuhan Wanita.

arrow down

Atas sebab-sebab tertentu, plan asal telah di mansuhkan dan atas cadangan ahli perniagaan terkemuka Sabah dan juga pemilik Timatch Sdn Bhd, Datuk Victor Paul, maka projek Taman Perdana ini mula dijalankan.

Kerja-Kerja Asas Taman Ujana (Perdana Park)

Kerja-kerja asas membina taman ini mula dijalankan pada pertengahan tahun 2006 dan hasilnya mula dirasai kira-kira 4 tahun kemudian. Horn Place kini telah bertukar menjadi Taman Ujana atau Perdana Park dan kebanggaan penduduk Kota Kinabalu Sabah.

Taman-Ujana-Perdana-Park 7

Taman-Ujana-Perdana-Park 6

Air Pancut Sebagai Tarikan

Kawasan ini dijaga dengan rapi dan bersih dengan kerjasama Timatch. Persekitarannya yang sejuk oleh angin dari pantai Tanjung Aru menjadikan ramai yang ke sana di waktu petang terutama sewaktu hujung minggu. Di sebelah malam pula, pertunjukkan air pancut berwarna-warni di adakan bermula pukul 7 malam.

Air pancut

Terdapat 4 pertunjukkan air pancut di setiap malam (kalau tidak silap saya 😀 ) dan Perdana Park ditutup pukul 10 malam setiap hari.

Bagi yang belum pernah ke sana, marilah ke Perdana Park Tanjung Aru. Taman ini dibuka setiap hari dari pukul 6 pagi. Jomlah…..

16 Comments

  1. Kamu semua mana tahu kesengsaraan orang yang memasang paip air pancut dan kesemua prasarana di taman tersebut…kerana syarikat Timatch tidak ketara menghukum pekerjanya yang menubuhkan kesatuan pekerja dalam industri air Sabah…kesemua ahli-ahli kesatuan tersebut di hukum kerja menyiapkan taman tersebut selama 3 bulan bergilir2 dari setiap loji air yang dikendalikan oleh Syarikat ini..iaitu dari Loji air Tawau, Sandakan dan Kinabatangan….bayangkan jika pekerja itu adalah anda, apa perasaan anda sekiranya dalam situasi tersebut…nak berhenti pun dah tak berguna..sebab umur dah lanjut…nak salahkan Jabatan Air Sabah bukan satu pilihan yang baik…sebab loji dah di swastakan..nak tanya gaji..jangan harap…sebab Syarikat ini memang bagi gaji paling randah di antara Loji2 air dalam Malaysia…kalau tak percaya….cuba2 la cari kerja di syarikat ini…anda gunakan sijil kursus memasak pun mereka tetap akan ambil…sebab dah ramai yang berhenti kerja dari sana….

  2. teringin juga nak ke Sabah terutamanya ke Kundasang..nak menikmati suasana sejuk di sana..hari tu kawan sy ada pergi Sabah ikut pakej apa x ingat..tp bayar RM250 utk tiket pergi n blk serta tempat penginapan 3 hari 2 mlm..ok lah tu kan? kalau ada rezeki, dgr2 sukan MASUM tahun dpn akn dibuat di Sabah,kalau gitu lagi lah best.free jer!!! 😀

  3. Tuh dia, siapa yang tergolek main gelongsor? 🙂 Baru-baru ini ada cuba pergi Taman Herba di Putrajaya tidak jumpa setelah mengikut papan tanda akhir sekali balik terus. 🙁

  4. dulu, selalu gak gi tanjung aru. cari sayap ayam..haha..murah masa tu..singgit aje 1. kekadag ada diskaun..beli 10 ringgit…dapat 15 sayap ayam..haha..sape tak nak kann…tanjung aru dah banyak berubah. bagi aku, itu bagus..senang sikit nak cari tandas. haha..

  5. View tempat ni time malam nampak cantiklah.
    Honestly saya tak pernah pergi Sabah .
    Sarawak pun belum pernah ;(
    Saya ni kurang berjalan apatah lagi melancong.

    Mungkin akan tggu masa honeymoon nanti lepas geram. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons