Keindahan Pantai

Sambil melayan muzik di YouTube, saya terbawa ke video lagu Keindahan Pantai nyanyian allahyarham M.Shariff. Ini buat saya teringat kepada trip ke Pantai Tanjung Simpang Mengayau semasa cuti sekolah baru-baru ini.

Tanjung Simpang Mengayau

Ia trip yang tidak dirancang dan bertujuan membawa keluarga abang saya yang kebetulan bercuti di Sabah. Walaupun ada banyak pilihan lain untuk melancong, namun Kudat tetap antara pilihan yang menarik di Sabah dan mudah untuk disusun terutamanya jika ianya pelan mengejut. 😀

Pantai Tanjung Simpang Mengayau

Artikel mengenai pantai ini telah pun diterbitkan di blog ini tidak lama dahulu. Bagi yang belum pernah membacanya, anda bolehlah merujuk di artikel ini:

Tanjung Simpang Mengayau, The Tip Of Borneo

Keindahan pantai

Keindahan Pantai

Keindahan pantai Tanjung Simpang Mengayau ataupun dikenali juga sebagai The Tip Of Borneo memang tidak dapat dipertikaikan. Kalau tidak, takkan lah ramai yang sangguh datang dari jauh-jauh untuk ke tempat ini kan?

Kami luangkan sedikit masa bermain di pantai sambil mandi. Airnya amat bersih dan jernih sekali. Boleh nampak ikan-ikan kecil yang berenang-renang di dalam air.

Lihat gambar-gambar di bawah:

surfer

Tanjung Simpang Mengayau 2

Tanjung Simpang Mengayau 3

Bagi yang tidak pernah ke sini pula, kami ingat bertanya:

Bila lagi? 😀

18 Comments

  1. Bila lagi, kan? Haish. Mencabar soalan tu 😀
    Sha tak pernah lagi sampai sana. Dah banyak kali plan asyik tak berjaya. Maybe kena buat 1 whole trip khas untuk ke Simpang Mengayau je.

    1. Kudat agak jauh juga dari KK. On the way ada byk tempat utk dilawati. One day trip x sempat kot. Bagus kalau dapat stay di sana satu malam.

    1. Ya kan. Anak dah besar skrg. Satu tahun ka bro skrg?
      Tak sama mandi di pantai di swimming pool.
      Dia punya feel beza sikit. 😀

    1. Memang cantik pantai Simpang Mengayau ni sis, banyak area yg blh diteroka. Tapi kalau gi sini, walaupun x niat mau mandi, mesti juga bawa baju ekstra sbb kalau dah pijak air tu mesti ada ja ‘accident’ basah berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons