Thursday,29 September,2016

Ku Sangka Panas Sampai Ke Petang Rupanya Hujan Di Tengahari

Kundasang-2 Dulu Lain Sekarang Lain

Beberapa hari kebelakangan ini cuaca di Kota Kinabalu agak panas terik dan kekeringan. Si Roq pon berpeluh hingga keluar ruam. Air-cond di rumah pun terpaksa buat OT kerana panas terasa hingga ke malam hari. 😀 Atas sebab itu, saya pun mengambil keputusan untuk membawa anak-anak ke kawasan sejuk di Kundasang, Ranau.

Kami bertolak lebih kurang pukul 9.30 pagi (setelah menyelesaikan urusan kerja sedikit) dan tiba di sana kira-kira pukul 11.30 pagi.

Kundasang Dulu Lain Sekarang Lain

Namun, ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Hujan yang agak lebat dan berhenti sesekala menyukarkan kami untuk membuat sebarang aktiviti. Memandu pun agak sukar kerana kabus menyelubungi kawasan pergunungan.

Namun, kami tetap juga singgah di beberapa tempat menarik di Kundasang, makan di Pekan Ranau dan bergambar di Kinabalu Park.

Gambar-gambar akan di “upload” di blog i masa yang sesuai nanti. Badan ini amat penat kerana trip ini di buat diantara dua game futsal yang memenatkan dan mencabar sekali.

Namun, anda boleh lihat sedikit di sini sebagai “intro” 😀

Kundasang-3 Dulu Lain Sekarang Lain

Kundasang-4 Dulu Lain Sekarang Lain

Kundasang-5 Dulu Lain Sekarang Lain

Ku Sangka Panas Sampai Ke Petang Rupanya Hujan Di Tengahari

About The Author

ISMAIL N is the 'de facto' owner and editor-in chief of DuluLainSekarangLain.Com. A Human Resource practitioner in his normal daily life and consummate blogger in his free time. He is addicted to coffee and Manchester United. Most easily accessed via his Twitter account.

Ismail N

Leave a Comment

  • Kak Long Mawar Merah Reply

    En Ismail,
    Kak Long sempat sampai ke Kundasang dan pekan Ranau. Hajat hati nak juga mendaki Gunung Kinabalu, tapi ahli rombongan masa tu semuanya tak berapa minat. Jadi Kak Long sampai kaki gunung ajelah.

    June 9, 2011, 1:37 pm
  • Malaysia Travel Blog Reply

    Hari tu berjalan kat sini pun, dapat ambik gambar pemandangan sekejap je, kabus punya pasal..

    June 9, 2011, 3:11 am
  • Mus Reply

    memandu di jalan Kundasang Ranau masa hujan memang mencabar.. kalau malam lagilah..

    cantik-cantik gambar tu

    June 8, 2011, 1:31 pm
  • Hisyam Reply

    Cantik betul angle gambar bro ambik ni. Bro pakai dslr ke?

    #P.S: Domain blog sudah bertukar dari hisyam92.com kepada hisyamz.com. TQ

    June 8, 2011, 7:27 am
    • IN Reply

      tq.. biasa2 jer hasilnya.. yup pakai dslr ..

      June 8, 2011, 1:07 pm
  • bEe Reply

    Sedapnyer buah-buahan tu

    Tgk gambar yg cantik terus meleleh air liur. Huhuhu

    June 8, 2011, 6:41 am
    • IN Reply

      he he belum tgk depan mata ehhh.. rasa nak beli semua jer 😀

      June 8, 2011, 1:06 pm
  • yas Reply

    Akan ditunggu bro contestnya tuuu…..
    Insyaallah den akan join gak nanti…..

    June 7, 2011, 6:55 pm
    • IN Reply

      woraiitt… thanks bro

      June 8, 2011, 1:04 pm
  • akubiomed Reply

    Rugi-rugi tidak sempat berjalan di Sabah ketika posting disana kerana Sabtu dan Ahad saya bekerja.

    June 7, 2011, 4:19 pm
    • IN Reply

      he he dulu lain sekarang lain.. next time dtg kita jalan2 ehhh 😀

      June 8, 2011, 1:01 pm
  • dnoBiz Reply

    wah makin mantop nampaknya gambar bro 😀
    teringin bebenor aku nak kesana 😀

    June 7, 2011, 3:26 pm
  • APAN Reply

    lom penah jejak kaki kat sabah ngan sarawak lagi ni.nengok gambo je la dulu.huhu..

    June 7, 2011, 3:17 pm
    • IN Reply

      he he dtg blog nie cam melawat gak ehhh.. banyak gambo Sabah di sini 😀

      June 8, 2011, 12:59 pm
  • Ali ridha Reply

    sekali pun tak pernah jejak kan kaki
    ke Sabah.harap boleh dapat kerja disana nanti.

    June 7, 2011, 2:19 pm
    • IN Reply

      terus keje ehhh.. bagus juga idea tu 😀

      June 8, 2011, 12:56 pm
  • titan Reply

    dah lama tak pergi kinabalu park nih..teringat masa kat ums dulu. haha..

    June 7, 2011, 1:31 pm
    • IN Reply

      He he komisyen banyak tu bro.. beli lah tiket Air Asia dtg sini.. Kita lepak makan seafood ke? Atau jalan2 tengok flora dan fauna (kalu minat fotografi ler) 😀

      June 7, 2011, 1:37 pm
  • afzal laidin Reply

    hoho, minggu ni ada contest lagi. boleh cuba lagi.

    June 7, 2011, 8:54 am
    • IN Reply

      😉 lebih hebat.. lebih power…
      tungggguuuuu….

      June 7, 2011, 1:32 pm
  • anif Reply

    OK la tu.. Kata nak lari dari kepanasan…

    Hujan tambah sejuk la cuaca di sana 😀 Hujan itu rahmat…

    June 7, 2011, 7:42 am
    • IN Reply

      kalu tak hujan pon sejuk Nif… Cuma sejuk bukan problem di sana tapi kabus ehhh yg buat susah nak driving plus ambik gambo background tak cantek.. he he.. Still, kawe syukur sbb selamat pergi dan pulang sama anak-anak.

      June 7, 2011, 1:31 pm
  • tengkorak emas Reply

    wow!gambar last sekali tu…hehehe

    June 7, 2011, 7:33 am
    • IN Reply

      Baru sikit jer tunjuk tu TE. Nak tunjuk semua susah sbb bab keta nie, si Roq takleh tengok… mesti dia mau punya 😀
      Tunggguuuuuu……

      June 7, 2011, 1:29 pm
  • maza Reply

    amvoii.. sampai panjat gunung gitew. hehehe

    maza pun bercadang mau pergi ke cameron highland.. perginya pun entah bila. harap2 lepas jemputan kenduri kahwen ni kot.. huhuhu

    photog: gambar2 semuanya cantik2 belaka

    June 7, 2011, 6:39 am
    • IN Reply

      sibuk ehhh?… wedding photographer lah katakan 😀
      kawe pon ingat nak ke cameron jugaklah nanti Maza.. lama dah tak pi sana.

      June 7, 2011, 1:28 pm
      • maza Reply

        uiks.. elok boleh gi sama2.. ada gak ler org tolong snapkan gambar maza.. hehehehhe

        June 7, 2011, 4:18 pm
        • IN Reply

          cantek 😀

          June 8, 2011, 12:55 pm
  • Sabahan Bloggers Club Reply

    Bro pun kena gak ke?
    Kawan FB saya pun sama gak cerita macam ni.
    Nasib lagi boleh ambil gambar ni kan?

    Ada contest lagi ke?

    June 7, 2011, 6:34 am
    • IN Reply

      nasib lah dapat ambik gambar sikit 😀
      contest sebenar akan bermula nanti … tungguu…

      June 7, 2011, 1:26 pm
      • Sabahan Bloggers Club Reply

        Hahahahahaha…..
        Dah ramai yang tunggu ni bro.
        Saya nak hadiah kereta ferrari…. 🙂

        June 7, 2011, 3:13 pm
        • yas Reply

          Uishhhh…boleh order ke? Lau cm tu aku nak Lambo laaa…hehehe

          June 7, 2011, 6:54 pm
      • dnoBiz Reply

        Bunyi macam gempak je tu bro…
        cu cita cu cita 😀

        June 7, 2011, 3:27 pm
        • IN Reply

          He he.. dah citer pon…:wink:

          June 8, 2011, 12:54 pm
  • nuriz Reply

    bila tak tau nak sampai sabah ni, harap2 ada rezeki hujung tahun ni hehe

    June 7, 2011, 6:33 am
    • IN Reply

      mudah-mudahan 😉

      June 7, 2011, 1:25 pm
    • yas Reply

      Hehehe…den x lamo dah…bulan 7 nih…
      kawan (org sana) pn dh lama buat plan tuk kami…hehehe
      (gi bujang jerrr…)

      June 7, 2011, 6:53 pm
Like Our Facebook Page close[x]
Or wait 15 seconds