\"\"
Sunday,20 August,2017

Penternakan Lebah Madu Di Gombizau Honey Bee Farm Kudat

Gerai Madu

Kampung Gombizau Matunggong Kudat

Kampung Gombizau adalah terletak dalam Pekan Matunggong di daerah Kudat Sabah, kira-kira 43 kilometer ke selatan daerah  tersebut. Seperti kampung-kampung lain di Matunggong, penduduknya banyak terlibat dalam industri hasil tani dan kraftangan  dan mereka diketegorikan sebagai antara penduduk termiskin di negeri Sabah.

Saya akan sentiasa ingat kampung ini kerana di  sinilah ekzos kereta saya mengalami kebocoran dan terpaksa memandu ke Kudat dalam keadaan bunyi kereta yang amat bising  lantaran tiada kedai yang membuat ‘welding’ ekzos di Pekan Matunggong.

Namun, yang penting bagi mereka yang mahu melawat  negeri Sabah amnya dan daerah Kudat khasnya, Kampung Gombizau adalah satu tempat yang patut di masukkan dalam pelan  perjalanan anda (itinerary) kerana di sini terdapatnya kawasan penternakan lebah madu bagi tujuan mendapatkan madu lebah  untuk tujuan komersial.

Jika anda memandu dari Kota Kinabalu, simpang ke Gombizau Honey Bee Farm atau Ladang Lebah Madu  ini terletak di sebelah kiri anda.

Gombizau Honey Bee Farm

Gombizau Honey Bee Farm ini telah wujud lebih 10 tahun yang lalu dan ia menghasilkan madu lebah bagi keperluan penduduk  tempatan dan orang luar yang berminat dengan rasa madu ‘asli’ yang datangnya terus dari sarang lebah. Bagi penduduk  tempatan, madu lebah boleh membantu mereka dari segi kesihatan dan mereka juga sukakan rasanya yang turut digunakan dalam  masakan tempatan.

Ini telah dipercayai sejak bergenerasi yang lalu, maka kewujudan Gombizau Honey Bee Farm ini memanglah  sesuatu bukannya dirancang secara tiba-tiba sahaja.

Indung Madu

Gombizau Honey Bee Farm

Memasuki Kampung Gombizau

Jalan untuk masuk ke Kampung Gombizau agak kurang baik (berlubang-lubang) terutama jika anda menggunakan kereta yang rendah. Sebaiknya gunakan 4WD atau pandu dengan perlahan-lahan dan berhati-hati. Memandangkan ini merupakan satu kawasan tarikan pelancong, saya berharap pihak kerajaan dapat memperbaiki jalan masuk ke ladang lebah ini.

The good news ialah, jarak untuk masuk ke dalam adalah tidak jauh iaitu kira-kira 1km sahaja.

Setibanya di Gombizau Honey Bee Farm, anda boleh terus membeli madu-madu asli yang dijual di gerai di sana pada harga yang amat murah.

Madu ini betul-betul ‘ASLI’ dan tidak di campurkan dengan apa-apa bahan sampingan yang lain.

Jika tidak percaya, cuba masukkannya ke dalam peti sejuk selama sehari dan perhatikan keadaan madu yang kekal segar dan tidak berbuih seperti madu campuran di pasaran.

Untuk masuk ke kawasan ladang lebah, anda hendaklah ke kaunter tiket dan membeli tiket terlebih dahulu.

Harga tiketnya adalah RM 5 bagi dewasa dan RM 3 untuk kanak-kanak. Lihat di bawah:

Yuran Masuk

Melawat Ladang Lebah Di Gombizau Honey Bee Farm

Ada pemandu pelancong di sana yang memberi penerangan tentang penternakan lebah di sana dan cara-cara menyesuaikan diri dalam ladang tersebut.

Antara yang perlu diingat adalah jangan sesekali membunuh, memukul mahupun menghalau lebah-lebah yang mengeremuni anda.

Keep cool dan tunggu petugas di sana mengalau lebah dengan menggunakan asap.

Landang lebah terletak di kawasan landang pokok getah yang merupakan sumber pendapatan utama penduduk Kampung Gombizau. Penternakan lebah madu  hanyalah industri sampingan bagi mereka di samping ia merupakan tarikan pelancong yang datang ke daerah Kudat.

HoneyComb

Sarang-sarang lebah terletak berdekatan dengan pokok-pokok getah dan anda boleh merasa madu asli dari indung lebah (honeycomb) jika mahu. Anda juga boleh memegang indung lebah dan bergambar untuk tujuan kenang-kenangan.

Jangan takut bila memegangnya dan jangan cuba menghalau lebah dari badan dan muka anda.

Stay cool dan biarkan anda di asap oleh petugas-petugas di sana.

Alhamdullilah, sepanjang saya dan keluarga di sana, tidak seorang pun dari kami di sengat oleh lebah.

Sarang Lebah

Ladang Lebah Gombizau

Honeycomb

Bees-at-Gombizau

Fotografi Di Ladang Lebah

Bagi yang minat FOTOGRAFI, ini adalah CABARAN buat anda. Mengambil gambar potrait dan landskap di kawasan ini agak mudah. Tiada masaalah rasanya. Tetapi cuba pasangkan lensa makro anda dan cuba dapatkan gambar lebah secara makro. Saya gagal dalam tugasan ini 😀 Agak sukar untuk tangan kekal ‘steady’ mengambil gambar sambil di kerumuni oleh lebah.

Mungkin, saya patut tukar setting ISO lebih tinggi dan percepatkan ‘shutter’ bagi mengelakkan banyak gegaran bila mengambil gambar lebah secara makro.

Namun, ia satu pengajaran berguna dan jika saya datang lagi ke Kampung Gombizau di masa akan datang, saya akan lebih bersedia menghadapi situasi ini.

Lebah-madu

Membeli Madu Asli Di Gombizau Honey Bee Farm

Sebelum pulang, kami singgah kembali ke gerai menjual madu dan membeli beberapa botol madu asli untuk di bawa pulang. Oh ya, rasa madu asli memang lebih sedap dari yang anda beli di pasaraya atau di kedai-kedai. Tak percaya?

Datanglah ke Kudat dan singgah ke Gombizau Honey Bee Farm. Lepas itu, barulah pergi lawat Tanjung Simpang Mengayau, The Tip of Borneo.

– Penternakan Lebah Madu Di Gombizau Honey Bee Farm Kudat

This Article Was Written By

ISMAIL N is the 'de facto' owner and editor-in chief of DuluLainSekarangLain.Com. A Human Resource practitioner in his normal daily life and consummate blogger in his free time. He is addicted to coffee and Manchester United. Most easily accessed via his Twitter account.

Ismail N

Leave a Comment

  • CC Reply

    woow cantik~..thanks atas infonya.. sbb skrg kmi pn tengah mengumpul beberapa maklumat berkaitan Penternakan Lebah Madu Di Gombizau.. ni.. serba sedikit maklumat yg ada disini telah membantu kami sbgai rujukan tambahan..tQ

    May 18, 2014, 11:36 am
  • titan Reply

    memang gua suka makan madu nih..

    April 7, 2014, 9:47 am
  • akubiomed Reply

    Ini madu original terbaik dari ladang.

    April 7, 2014, 5:48 am
  • shaldi Reply

    Bagaimana nak order? Saya dri brunei dan Ada nini dan saudara d sipitang dan limbang. Ada penghantaran tak ke sana?

    April 7, 2014, 3:07 am
    • Ismail N Reply

      Aduhh jauh tu Sipitang dari Kudat. Mahu 6 jam driving kot. Lupa pulak saya tanya pasal penghantaran dan tempahan. Mungkin kalau ada info nanti, saya update.

      April 7, 2014, 6:50 am
    • Ahmad Reply

      Boleh email sy di chui2010@live.com
      Sy agen ‘madu pak jumrael’ di daerah sipitang. Atau pergi ke fb ‘madu pak jumrael’ madu berasal dari kudat jg harga berpatutan 🙂

      February 14, 2016, 3:18 pm
  • hafizmd Reply

    subhanallah..walaupun bang ismail gagal amik gambar makro..gambar last tu cantik juga!

    cantik tgk saiz srang lebah..sama jer..subhanallah

    April 7, 2014, 12:53 am
  • Hafiz Rahim Reply

    Sedap tu madu..ambil masak dengan ayam..jadi ayam masak madu. nyum nyumm..

    April 6, 2014, 11:50 pm
  • BUNDA Reply

    Assalam,

    salam pagi isnin, madu yang asli ni memang mahal…tapi khasiat nya terjamin…kalau yang dah bercampur tu memang lah murah dan senang nak dapat..

    April 6, 2014, 11:34 pm
  • puteri kasih Reply

    kalau beli madu kat situ memang ori kan…puteri lom pernah masuk bee farm lagi 🙂

    April 6, 2014, 5:07 pm
  • Denaihati Reply

    beli kat sini memang tak risau, pasti asli. madu asli mesti terbaik.

    April 6, 2014, 3:42 pm
  • Raudzah Reply

    Kita ambil honey setiap hari. Tapi problemyan sukar nak dapat Honey yang pure. banyak product yang dicampur gula banyak sangat..Boleh rasa gula dia..kakau letak kat semut pun ramai yang datang…

    April 6, 2014, 10:55 am
    • Ismail N Reply

      of course. Nak jimat kos, pakai madu gula je lah 😉

      April 7, 2014, 6:53 am
  • zik Reply

    sedap nih…. nampak pekat dia punya madu nih..

    April 6, 2014, 10:03 am