Dulu Lain Logo
RM 860 Untuk Memasuki Legoland Malaysia! RM 860 Untuk Memasuki Legoland Malaysia!
Screenshot di bawah menunjukkan harga tiket sehari bagi memasuki LEGOLAND Malaysia. Sekiranya semua ahli keluarga saya masuk ke sana, maka jumlah yang kami perlu... RM 860 Untuk Memasuki Legoland Malaysia!

Legoland-Malaysia

Screenshot di bawah menunjukkan harga tiket sehari bagi memasuki LEGOLAND Malaysia. Sekiranya semua ahli keluarga saya masuk ke sana, maka jumlah yang kami perlu bayar adalah RM860 sahaja. Itu belum lagi dikira tambang kapal terbang bagi menerbangkan kami sekeluarga ke sana πŸ˜€

Namun, bagi sebuah keluarga yang teramat gilakan permainan ini, adalah menjadi impian kami untuk masuk ke sana.

Tiket-Legoland

Gambar kredit: www.legoland.com.my

Johor Bahru: Destinasi Pelancongan

Mengikut lapuran akhbar NST, taman tema ini akan dibuka secara rasminya pada 15hb September 2012 ini dan dijangkakan lebih sejuta pengunjung dari dalam dan luar negara bakal ke di sana. Ia bakal menjadikan Johor Bahru satu destinasi pelancongan utama di Asia Tenggara, lebih-lebih lagi dengan pelbagai usaha giat dibuat oleh kerajaan negeri bagi memajukan industri pelancongan di negeri Johor Darul Takzim.

Selain dari itu, banyak peluang pekerjaan juga bakal di nikmati di sana, insya-allah.

LEGOLAND Malaysia

LEGOLAND Malaysia ini merupakan taman tema Lego yang ke enam di dunia dan yang PERTAMA di Asia.

Sebelum ini, terdapat 5 lagi yang telah di bina di UK (Legoland Windsor), Jerman (Legoland Deutschland) , Denmark (Legoland Billund)Β  dan 2 di AS (Florida dan California).

Sebagai rakyat Malaysia, seharusnya kita berbangga kerana syarikat LEGO memilih Malaysia sebagai lokasi pertama di Asia bagi taman tema mereka. Ini merupakan satu penghargaan yang tinggi buat negara kita dan menunjukkan keyakinan tinggi pelabur terhadap negara ini.

Nusajaya

Gambar kredit: maps.google.com.my

Medini, Nusajaya

Bagi mereka yang berminat untuk ke sana, anda bolehlah merujuk kepada peta di atas atau cuba cari menerusi Google Maps πŸ˜€ Ia terletak di Medini, Nusajaya, Johor Bahru, Johor. Nusajaya merupakan salah satu komponen Iskandar Malaysia dan adalah satu-satunya tanah persendirian milik bank terbesar di Asia Tenggara. Ia terletak di sebelah barat Johor Bahru, berhampiran dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Gelang Patah. Ianya terletak dalam lingkungan 45 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Changi, Singapura – sebuah pusat penerbangan serantau, dan Lapangan Terbang Senai, Johor.

Kota wilayah itu adalah dibina di dalam kawasan sekitar 24,000 ekar meliputi gabungan kawasan berunsur kediaman, komersial dan perindustrian.

LEGOLAND Malaysia dibangunkan bersama oleh Khazanah Nasional Bhd and Merlin Entertainments di kawasan seluas 31 hektar dan pada kos RM720.

Terdapat pelbagai tarikan yang disediakan kepada para pengunjung, termasuk pertunjukkan dan permainan. Ia amat sesuai bagi hiburan seisi keluarga. Terdapat 7 kawasan dengan tema berlainan di sediakan mengikut citarasa pengunjung.

Namun tarikan utama tentulah MINILAND yang mana beberapa mercu tanda Asia seperti Petronas Twin Towers, Merlion Statue dan Taj Mahal di bina pada skala 1:20 dengan menggunakan 30 juta kepingan lego. Hebat betul!

Map Legoland

Gambar kredit: www.legoland.com.my

Rasanya ramai yang tak sabar hendak ke sana. Semenjak bulan April yang lalu lagi, sebanyak 35,000 pass tahunan telah terjual. Bagi memudahkan pengunjung yang datang dari jauh, pihak Legoland telah juga membina Legoland Hotel yang dijangka siap pada tahun 2014. Dijangkakan lebih 1 juta pengunjung akan melawat Legoland tahun ini sahaja.

Peminat-peminat LEGO, jumpa di sana… di sana πŸ˜‰

RM 860 Untuk Memasuki Legoland Malaysia!

Ismail N

ISMAIL N is the Chief Blogger/Blog Owner. An HR practitioner in his normal daily life & a casual blogger in his free time. Addicted to coffee, Man Utd and Pokemon Go (TL40). Most easily accessed via his Twitter account.

  • Nugroho

    November 23, 2013 #1 Author

    I just found out Legoland in Malaysia, this could be a reference for me to visit there when the holidays, thank you for this valuable information πŸ™‚

    Reply

  • Kak Long Mawar Merah

    September 8, 2012 #2 Author

    Memang berhajat sgt nak ke sana. Bagus untuk bawa anak-anak ni.

    Reply

  • Hazmin Hamudin

    September 7, 2012 #3 Author

    Rasanya sekali sekala bercuti luangkan masa bersama keluarga dengan melawat tempat-tempat macam ni lagi tidak ternilai harganya.

    Reply

  • hatiputera

    September 7, 2012 #4 Author

    memang teringin nak bawak anak-anak ke sana tetapi bila memandangkan harganya terpaksa abaikan dahulu.

    Reply

  • shraqs

    September 7, 2012 #5 Author

    InsyaAllah! Kalau ada masa dan kelapangan boleh pi singgah nanti.

    Reply

  • Denaihati

    September 6, 2012 #6 Author

    ambil pass setahun memang berbaloi rasanya, 2 kali masuk dah menguntungkan.

    Reply

  • Myra Jay

    September 6, 2012 #7 Author

    Bila tengok ke rege tiket, memang kena pikiaq 100kali la…huhuu
    Kos nak ke sana lagi…

    Tapi taktaulah kalau ada rezeki nanti kan πŸ˜€

    Reply

  • Fadzmie

    September 5, 2012 #8 Author

    Makin sesak lah JB lepas ni. Hehe.

    Reply

  • nurmisnan

    September 5, 2012 #9 Author

    hoho.. hari tuh masa raya balik sekejap jer.. ingat nak ajak anak sedara masyukk.. sekali tgk tiket.. mak aiiii.. Mak Uda dia boleh lepas bayar basikal
    baru daaaa… har3..

    Reply

  • Jebeng Otaiβ„’

    September 4, 2012 #10 Author

    mahalnya..mungkin akan jdik port2 fotografer amik gmbr satu hari nnt.. πŸ™‚

    Reply

  • akubiomed

    September 4, 2012 #11 Author

    Saya faham dengan kegilaan bro mengumpul lego tentu mahu masuk taman teman ini. Malangnya harga untuk semua ahli keluarga ini dibawa tentu berfikir 2-3 kali.

    Harap impian bro menjadi kenyataan 1 hari nanti.

    Reply

  • anif

    September 4, 2012 #12 Author

    Boleh sangat tu bro.. lepas tu boleh balik kampung sekali! πŸ˜€

    Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.