Wednesday,26 July,2017

Tempat-Tempat Menarik Di Kota Kinabalu Sabah, Negeri Di Bawah Bayu

Kota Kinabalu Sabah

Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah, pintu masuk bagi kebanyakkan pelancong-pelancong dari luar negeri ke negeri di bawah bayu (Land Below The Wind). Jika anda salah seorang pelancong yang ingin tahu di mana tempat menarik di Kota Kinabalu, maka teruskan membaca dan kita lawati satu persatu destinasi pelancongan anda.

Boleh bah, kalau kau..

Sabah

peta sabah

Umum mengetahui yang Sabah adalah salah satu negeri dalam Malaysia yang terletak di Kepulauan Borneo. Ia juga merupakan negeri paling utara dan timur di Malaysia.

Oleh itu dan sebelum terlupa, izinkan saya mencadangkan anda membaca juga posting Tanjung Simpang Mengayau yang letaknya paling utara di kepulauan Borneo.

Nikmati keindahan alam yang mempersonakan di tempat ini.

tip of borneo

Perjalanan darat ke ‘Tip of Borneo‘ hanyalah memakan masa kira-kira 3 jam setengah dari Kota Kinabalu. Maka, jangan lepaskan peluang untuk ke sana semasa berada di Sabah.

Baca juga artikel: 10 Things To Do When You Travel To Sabah

Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA)

Kota Kinabalu International Airport

Sebagaimana yang telah dinyatakan di atas tadi, kebanyakkan pelancong samada dari luar negeri atau dalam negeri tiba ke Sabah menerusi bandaraya Kota Kinabalu. Tak kira apa jua syarikat penerbangan yang anda gunakan, anda akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu atau ringkasnya, KKIA.

Terdapat dua terminal di lapangan terbang ini iaitu:

  • Terminal 1 – pintu masuknya adalah di Lebuhraya Kepayan-Putatan
  • Terminal 2 – pintu masuk di Tanjung Aru

Jarak perjalanan antara kedua-dua terminal ini tidak sampai 10 minit jika jalanraya adalah lengang. Namun anda harus diingat yang kedua-dua kawasan ini agak sesak diwaktu-waktu tertentu.

Oleh itu pastikan bila tiba masa untuk pulang, anda merujuk kepada pihak hotel dan tanyakan mereka bila masa yang sesuai untuk ke lapangan terbang.

Dari kedua-dua terminal ini ke bandar Kota Kinabalu juga tidak jauh. Dalam sekitar 10 minit juga.

Rujuk peta di bawah:

peta kota kinabalu

Ada beberapa opsyen untuk ke pusat bandar dari KKIA:

  • teksi
  • bas
  • kereta sewa (dilengkapi GPS)
  • prebet sapu

sewa kereta

Cara paling selesa, cepat dan selamat adalah dengan teksi. Tambangnya adalah dalam sekitar RM 30.

Untuk lebih murah pula, gunakan bas:

perjalanan bas KKIA

Tempat Tinggal Di Kota Kinabalu

resort

Ada banyak tempat tinggal untuk anda pilih sepanjang percutian anda di Kota Kinabalu. Jika anda punyai keluarga di sini, maka ia bukanlah satu masaalah lagi. Namun, jika tiada pun, anda tidak perlu risau.

Terdapat banyak tempat penginapan di Kota Kinabalu yang boleh anda pilih.

Ada boleh memlih tempat yang sesuai untuk anda berdasarkan keselesaan dan bajet anda samada untuk tinggal di sini.

Antaranya:

  • hotel
  • resort
  • rumah tumpangan
  • lodge untuk backpakers
  • homestay
  • hotel apartment

Jika keselesaan yang anda cari dan bajet bukanlah halangan, maka hotel-hotel bertaraf lima bintang seperti Shangri-La Tanjung Aru, Sutera Harbour Resort, Le Méridien dan Hyatt Regency Hotel adalah terletak di kawasan bandar Kota Kinabalu.

Begitu juga dengan hotel apartment yang luas dan selesa bagi seisi keluarga di Marina Court Condominium.

marina court condo

Hotel-hotel yang baru dan selesa ada terdapat kawasan Warisan Square, manakala budget hotel dan lodge kebanyakkan di kawasan Kampung Air dan Lorong Dewan.

Homestay pula kebanyakkanya terletak di luar bandaraya. Anda boleh cari di kawasan Kingfisher dan menuju ke arah Sepanggar.

Tempat Menarik Untuk Di Lawati

kota kinabalu sabah

Sebelum anda menjelajahi ke seluruh Sabah dan kepulauan Borneo, mungkin ada baiknya anda melihat tempat-tempat menarik di bandar ini.

travel

Di Kota Kinabalu Sabah memang terdapat banyak tempat yang boleh lawati dan kagumi.

Berikut adalah antara tempat-tempat yang ingin kami cadangkan.

Perdana Park

Taman-Ujana-Perdana-Park

Bagi mereka yang tiba di Kota Kinabalu menerusi terminal 2, anda akan melawati taman ini sebaik sahaja keluar dari kawasan terminal. Taman Ujana Perdana Park (Perdana Park) ini telah rasmikan oleh Perdana Menteri pada 28hb Januari 2011 dan kini menjadi antara tempat riadah/rekreasi buat penduduk tempatan.

Baca artikel: Jom Pergi Perdana Park Tanjung Aru

Di sebelah siang, ia lebih kepada tempat berehat, berjogging dan bersenam. Namun, di sebelah malam ia bertukar kepada satu pusat tarikan pelancong dan aktiviti kekeluargaan.

Dua aktiviti utama di sebelah malam:

  • Makan-makan di cafe
  • Menyaksikan pertunjukkan air pancut berwarna-warni (tarikan utama)

Air pancut

Jika anda datang bersama keluarga atau anak-anak kecil, Perdana Park di Tanjung Aru adalah sesuai dimasukkan dalam itinerary anda.

Tanjung Aru Beach

tanjung aru beach

Tidak jauh dari Perdana Park, terletak pula pantai Tanjung Aru yang indah dan nyaman udaranya. Pemandangan di tepi pantai amat cantik terutama ketika matahari mula terbenam (sunset).

Bagi berminat dengan fotografi, mungkin anda patut ke sini.

sunset

Terdapat banyak aktiviti di kawasan ini. Selain dari tempat mandi manda dan bermain bolasepak pantai, terdapat juga kapal-kapal layar di pantai ini. Ada juga padang golf berhampiran pantai. Ini kerana Pantai Tanjung Aru ini adalah kediaman buat Kinabalu Golf Club dan Kinabalu Yacht Club.

Di sebelah malam, suasana agak meriah. Ramai yang berkunjung di sini untuk makan di gerai-gerai sambil menikmati keindahan pantai.

Terdapat juga restoren seafood dan kelab malam buat pelancong yang mahu berhibur.

Jika kat sini, jangan lupa makan ‘sayap ayam panggang’ dan ‘jagung rebus’.

sayap ayam

Ramai yang kata ianya ‘the best in KK’. 😀

Sunday Fair Gaya Street

Sunday Market Gaya Street Kota Kinabalu

Sekiranya anda tiba di Kota Kinabalu di waktu hujung minggu dan tinggal di kawasan bandar, jangan lepaskan peluang untuk ke pasar minggu yang amat ‘popular’ di negeri di bawah bayu ini dan di bandaraya ‘Nature Resort City’.

Baca juga: Sunday Market Gaya Street Kota Kinabalu

Saksikan pelbagai kraftangan tempatan, produk tempatan dan gelagat pengunjung di sini. Jika berminat, belilah juga kopi Borneo, Sabah Snake Grass dan Mangga King. Berhibur juga dengan persembahan artis amatur tempatan dan andai kata kaki anda penat, cubalah berurut dengan geng urut OKU (mereka yang cacat penglihatan) di sana.

Berehat sambil menderma.

Kawasan ini agak sesak dan panas menjelang tengahari. Pastikan anda tiba awal di sana.

Rumah Terbalik Borneo

Rumah-Terbalik-Borneo

Rumah ini semakin popular di Sabah sejak ia diperkenalkan beberapa tahun yang lalu. Bagi mereka yang tidak pernah merasai masuk ke rumah yang silingnya di bawah dan lantainya di atas, silakan ke Rumah Terbalik Borneo.

Semasa di sana jangan lepaskan peluang untuk menjamu selera di Mango Garden Restaurant.

Apa yang istimewanya restoren ini?

Anda boleh ketahui dengan terperinci di artikel: Mango Garden Restaurant of Rumah Terbalik Borneo

Menaiki Bot Ke Pulau Manukan

pulau manukan

Pulau Manukan adalah salah satu pulau-pulau yang terdapat di Tunku Abdul Rahman Marine Park . Pulau-pulau lain adalah  Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Sulug and Pulau Mamutik. Dari segi kecantikan pantai, boleh dikatakan bahawa Pulau Sapi lebih cantik.

Akan tetapi bagi yang berminat dengan snorkling dan sebagainya, anda digalakkan ke pulau ini kerana hidupan dan dasar laut yang lebih menarik dan berwarna warni.

Anda boleh akses ke Pulau Manukan dari jeti bot di Jesselton Point. Caj bayaran dalam lingkungan RM 100 hingga RM 200. Nikmati pemandangan laut yang indah serata tiupan angin yang menyegarkan sepanjang perjalanan ke pulau ini.

Pastikan anda boleh tahan dan tidak mabuk laut pula.

Terdapat resort di pulau ini iaitu Manukan Island Resort. Selain dari kemudahan tempat tidur, resort ini turut menyediakan aktiviti seperti  sewaan kayak, kelengkapan snorkling dan jaket keselamatan.

Bermalam Di Bukit Kokol

Bukit Kokol

Bagi mereka yang sukakan suasana aman dan udara yang nyaman, anda tidak perlu pergi jauh hingga ke Kundasang bagi merasai persekitaran sebegini. Anda hanya perlu ke Bukit Kokol yang tidak jauh dari pekan Menggatal Kota Kinabalu.

Ada banyak resort yang selesa pada harga yang berpatutan untuk anda tinggal di sana.

Antaranya adalah: Kasih Sayang Resort yang telah kami promosikan di blog ini tidak lama dulu.

Kasih-Sayang-Resort-2

Nikmati pemandangan indah dari atas Bukit Kokol dan udara yang segar lagi menyegarkan.

Kunjungi Tempat-Tempat Bersejarah Dan Mercu Tanda

atkinson clock tower

Bandaraya Kota Kinabalu punyai banyak tinggalan sejarah buat mereka yang berminat dengan subjek ini. Ia juga punyai pelbagai mercu tanda yang ada baiknya anda kenali.

Antara yang anda mungkin berminat untuk kunjungi termasuklah:

  • Menara Tun Mustapha
  • Tugu Peringatan ‘Double Six
  • Atkinson Clock Tower
  • Petagas War Memorial
  • Tugu Pahlawan
  • Padang Merdeka

Menara Tun Mustapha

Selain dari itu, anda boleh menziarahi Muzium Negeri Sabah. Ia amat luas dan punyai isi yang agak menarik.

Baca artikel ini: An Adventure at the Sabah State Museum

Lawati Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

masjid bandaraya

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu juga dikenali sebagai ‘masjid terapung’ kerana ia dikelilingi tasik buatan manusia dan terletak di kawasan Likas.

Ia merupakan masjid utama ke dua buat bandaraya ini selepas Masjid Negeri.

Selain dari tempat ibadah, masjid ini juga adalah tarikan pelancong di negeri Sabah. Rekabentuk bangunannya yang menarik dan bercirikan Masjid Nabawi di Medina Al-Munawarah serta lokasinya ditepi laut dan ditengah tasik membuatkan pengunjung-pengunjung terpesona.

Untuk pengetahuan semua, Masjid Bandaraya adalah masjid terbesar di negeri Sabah.

Mari-Mari Caltural Village

Mari Mari Cultural Village

Ingin menyelami budaya dan tradisi penduduk tempatan? Inilah tempat yang amat sesuai sekali untuk anda. Di Mari-Mari Caltural Village anda akan lihat budaya bukan satu, tetapi 5 etnik Sabah:

  • Kadazan-Dusun
  • Rungus
  • Lundayeh
  • Bajau
  • Murut

Untuk masuk ke Mari-Mari Caltural Village ada jadual waktunya iaitu:

  • 10 pagi hingga 12 tengahari
  • 2 petang hingga 4 petang
  • 6 petang hingga 8 malam

Setiap dua jam tour ini, anda akan saksikan sendiri kebudayaan, sejarah dan ada resam kaum-kaum etnik ini. Lihat juga tarian mereka dan rasai sendiri makanan tradisional serta berhibur dengan pelbagai aturcara yang bakal mencuit hati anda.

twitter i love sabah

Pada tahun 2012-2013, Mari-Mari Caltural Village telah dianugerahkan “Best Tourist Attraction (Culture & Heritage)” dalam Malaysia Tourism Award.

Nikmati Pemandangan Bandaraya Kota Kinabalu Dari Signal Hill

signal hill

Signal Hill atau Bukit Bendera adalah lokasi tertinggi di tengah bandaraya Kota Kinabalu. Oleh itu, ia adalah satu tempat yang paling sesuai untuk anda meninjau dan melihat sendiri bandaraya ini.

Di atas bukit ini, anda boleh dapat melihat dengan jelas bangunan-bangunan utama seperti Suria Sabah, Hyatt Regency Hotel, Wisma Merdeka dan lain-lain lagi.

Tempat yang sesuai untuk berehat, mengambil udara segar dan fotografi.

Bird Watching Di Kota Kinabalu Wetlands Centre

Yellow-Bird

Minat dengan aktiviti ‘bird watching‘? Di Kota Kinabalu ada tempat menarik dan sesuai untuk aktiviti ini. Jika anda berkesempatan, singgahlah ke Kota Kinabalu Wetlands Centre, yang terletak di kaki Bukit Bendera dan tidak jauh dari Kompleks Sukan Likas.

Terdapat kira-kira 80 spesis burung di sini.

Anda juga boleh lihat hutang paya bakau dan hidupan lain di kawasan ini yang seluas 24 hektar.

Baca artikel ini: Bird Watching At Kota Kinabalu Wetlands Centre

Melihat Ikan Kerapu Hibrid Gergasi

Grouper Hybrid 2

Suka makan ikan kerapu?

Bagaimana pula dengan ikan kerapu hibrid bersaiz gergasi? Sanggupkah anda makan?

Ikan kerapu hibrid ini adalah antara tarikan yang terdapat di Muzium Hidupan Laut di Universiti Malaysia Sabah. Ada pelbagai hidupan laut lain juga yang di letakkan dalam akuarium di sini. Ia pasti mengembirakan si kecil anda.

Super Fish Tank

Oleh kerana kawasan ini tidak besar, maka lawatan anda di sini mungkin hanya mengambil masa setengah jam sahaja.

Maklumat lanjut di sini: Hybrid Grouper & Co At The Marine Aquarium & Museum UMS

Membeli-Belah di Pasar Phillipines

Pasar Phillipines

Pusat Kraftangan atau lebih dikenali sebagai Pasar Philippines ini memang amat popular dikalangan pelancong yang datang ke Sabah. Mana-mana agensi pelancongan yang anda gunakan pun, pastinya akan membawa anda ke sini untuk membeli ‘souvenir‘ atau buah tangan untuk di bawa balik nanti.

Saya rasa barangan yang paling kerap dibeli dan punyai permintaan paling tinggi di tempat ini adalah mutiara.

mutiara

Apa-apa pun berhati-hati semasa membeli di sini agar tidak di tipu oleh penjual.

Ramai yang mengambil kesempatan terhadap pelancong yang kurang arif dengan harga di sini.

Oleh itu, bila membeli, pastikan anda menawar serendah yang boleh dan cuba survey beberapa tempat sebelum membuat pembelian.

Bergambar Di Tempat-Tempat Menarik Di Sekitar Kota Kinabalu

Sungai Mengkabong

Selain dari melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah serta melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti, anda pastinya ingin juga bergambar di tempat-tempat menarik di sekitar Kota Kinabalu.

Ada beberapa tempat yang boleh kami cadangkan.

Antaranya:

  • Shopping Complex terbaru di KK – Imago
  • Waterfront Kota Kinabalu
  • Side-Walk Jalan Tun Fuad Stephens
  • Restoren Seafood Kampung Nelayan (datang waktu malam)
  • Jesselton Point
  • 1Borneo Hypermall
  • Suria Sabah
  • Jambatan Sungai Mengkabong
  • Taman Awam Teluk Likas
  • Taman Tun Fuad Stephens
  • Masjid Negeri Sabah
  • Masjid Universiti Malaysia Sabah
  • Taman Buaya

Penutup

Kiulu White Water Rafting

Sebenarnya ada banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh di lawati anda semua semasa berada di bandaraya ini. Contohnya: berakit di Sungai Kiulu, Scuba Diving di Pulau Sepanggar, melawat Monsopiad Cultural Village dan lain-lain lagi.

Namun, buat masa ini, hanya ini sahaja yang dapat kami kongsikan bersama anda. Jika ada kelapangan, kami akan cuba kemaskinikan lagi artikel ini dengan memasukkan lokasi-lokasi tersebut pula.

Apa-apa pun kami berharap, maklumat ini berguna buat anda semua yang mahu ke Kota Kinabalu.

Terima kasih kerana membaca blog ini.

This Article Was Written By

ISMAIL N is the 'de facto' owner and editor-in chief of DuluLainSekarangLain.Com. A Human Resource practitioner in his normal daily life and consummate blogger in his free time. He is addicted to coffee and Manchester United. Most easily accessed via his Twitter account.

Ismail N

Leave a Comment

  • widad rafie Reply

    assalamualaikum, saya nak tanya yang bird watching tu kan berapa lama ya masa pertunjukan? hehe

    December 12, 2015, 10:38 am
    • Ismail N Reply

      Bird Watching tu tak ada pertunjukkan. Ia merupakan kawasan di mana burung-burung liar dibiarkan bebas hidup tanpa gangguan. i.e kawasan perlindungan burung (bird sanctuary). Selalunya kaki-kaki net-geo dan photographer suka datang bersama kamera dan teropong untuk mencari burung-burung borneo yang susah di cari di tempat lain. Untuk bacaan lanjut, rujuk di sini: https://dululainsekaranglain.com/travel/bird-watching-at-kota-kinabalu-wetlands-centre

      Terima kasih.

      December 13, 2015, 11:19 am
  • Norhanita Reply

    Hmm baru sekali menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu. Tak banyak tempat yang sempat dilawati. Entri ni boleh bantu (banyak) plan saya sekeluarga bila nak ke Negeri di bawah Bayu ini nanti.. Inshaa Allah

    December 5, 2015, 5:14 pm
    • Zurainny Ismail Reply

      Kalau sempat melawat Kundasang, blh petik daun teh & lawat ladang lembu Desa. Strawberi pun ada… 😀

      December 5, 2015, 10:26 pm
  • roslan Reply

    Assalamualaikum..
    kami akan MeRealisasikan percutian anda bila berkunjung ke sabah,
    BORNEO KINABALU TOUR & TRANSPORT SDN. BHD

    PAKEJ 3HARI 2MALAM
    RM305/Pax Minimum 10 pax

    01/ Hari Pertama (OVERNIGHT KUNDASANG)
    1000 : Jemput di Lapangan Terbang KKIA Terminal 1/2
    1030 : Melawat Rumah Terbalik (up side Down House) Tamparuli.
    1130 : Melawat Pekan Nabalu
    1230 : Melawat Ladang Lembu (Mini New Zealand).
    1400 : Makan Tengah hari di Kundasang.
    1600 : Check in Hotel/Homestay/Chalet (Kundasang)
    1900 : Hantar untuk Makan Malam pekan kundasang.
    *Tour Tamat*

    02/Hari Kedua (TOUR KUNDASANG & RANAU)
    0900 : Jemput dari Hotel/Homestay/Chalet
    1000 : Melawat Ikan Spa.
    1130 : Melawat Hot Spring, Canopy Walk & Air Terjun.
    1600 : Melawat Jambatan Tamparuli.
    1700 : Melawat Yayasan Sabah.
    1730 : Melawat Masjid Bandaraya Kota kinabalu.
    1800 : Melawat Signal Hills.
    1830 : Melawat pasar kraftangan (Pilipino Market).
    2000 : Check in Apartment Marina Kota kinabalu.
    *Tour Tamat*

    03/ Hari Ketiga (SAPI, MANUKAN ISLAND & AIPORT TRANSFER)
    0830 : Check Out dari Apartment Marina ke Jeti Jesselton Point.
    0900 : Menaiki bot ke pulau Sapi (aktiviti pantai & snorkelling).
    1200 : Makan tengah Hari BBQ yang disediakan.
    1245 : Menaiki bot ke pulau Manukan (aktiviti pantai & Snorkelling)
    1500 : Menaiki Bot ke jeti Jesselton Point.
    1530 : Jemput dari jeti Jesselton Point & Melawat Tanjung aru Beach.
    1700 : Transfer ke Airport KKIA T1/2
    *Tour Tamat*

    Pakej ini Termasuk :
    1). Pengangkutan Selama 3Hari 2Malam
    Van Pelancongan @ Taxi Limousine
    Pemandu
    Minyak
    Muatan Maksimum 10 Dewasa
    2). Penginapan Homestay Kundasang & Marina Apartment Kota Kinabalu
    May Homestay Kundasang (1Night)
    Marina Apartment Kota kinablu (1Night)
    3). Tiket-Tiket Masuk tempat lawatan
    Rumah Terbalik (up side down house)
    Ladang Lembu
    Hot Spring
    Ikan Spa
    4). Pulau Sapi & Manukan
    Tiket pulau Sapi
    Tiket pulau Manukan
    Insurance
    Bot
    Jaket Keselamatan
    Maks Snorkelling
    Makan Tengah Hari BBQ di Pulau Sapi.
    Untuk keterangan lanjut sila hubungi encik Roslan
    hp : 0168392919 (whatsapp)

    October 17, 2015, 5:51 am
  • faiz hamdan Reply

    saya dan kawan-kawan seramai 38 orang ingin ke Sabah area KK,. Kami yang merupakan pelajar fotografi Universiti Malaysia Sarawak.. So, boleh tak tuan bagi pendapat hotel atau homestay yang paling murah di sana?? Di samping tempat-tempat menarik yang sesuai untuk dilawati. Respon pihak tuan amat kami hargai.

    September 13, 2015, 9:21 am
    • Ismail N Reply

      Bbrp faktor perlu diambil kira sblm blh membuat keputusan, misalnya tempoh lawatan, lokasi, samada perlu kenderaan awam, dll. Saudara blh merujuk mudah.my utk maklumat terkini berkenan homestay di KK utk pertimbangan (contoh iklan homestay: http://www.mudah.my/Azzam+Homestay+untuk+Muslim+di+Kota+Kinabalu-23042432.htm). Saya cadangkan jika lawatan tersebut dibuat dlm bulan Disember, saudara booking sekurang2nya 2 bulan sebelum tarikh lawatan. Untuk lokasi2 menarik, sila ke http://kotakinabalutravelguide.com/ utk sedikit sbyk idea. Enjoy the trip!:D

      September 15, 2015, 8:07 am
    • Miss Lane Reply

      Tuan boleh hubungi saya untuk dapatkan harga murah … boleh whatssap saya 01131973448

      November 27, 2015, 4:17 am
  • Shikin Reply

    Saya bercadang nak ke KK bulan Nov nanti. Saya pergi satu fmly – 6 org.
    Boleh suggest tempat yg sesuai utk di lawat & tempat tinggal yg best tak ?
    Budget tak la byk…sbb nak back pak jek. Anak2 saya semua lelaki 🙂

    August 22, 2015, 5:16 am
    • Ismail N Reply

      Di atas ada saya senaraikan tempat2 menarik untuk dilawati di KK. Namun, jika anda ada minat tertentu seperti rafting, diving, shopping dan sebagainya, harap maklumkan dan saya akan cuba bantu.
      Ada byk hotel, lodge dan homestay di sini. Cuma public transportation saya admit kurang baik sikit lah. Oleh itu, bila pilih tempat tinggal, ambil kira juga transportation anda semasa di sini.

      August 25, 2015, 5:18 am
  • MDHAFiZ.NET Reply

    semoga 1 hr nnti dpt jejak kaki ke sabah. blum png terlintas nk g sabah lg ni

    May 29, 2015, 1:10 am
  • muliani Reply

    pernah pergi.. mmg bestt tempat tuu

    April 22, 2015, 9:53 am
    • Ismail N Reply

      jemput datang lagi ke KK ya..

      April 28, 2015, 4:50 am
  • titan Reply

    aku suka sebab ada gunung kinabalu.

    hoho..

    April 17, 2015, 6:53 am
    • Ismail N Reply

      Jom panjat… Tapi booking dah penuh tahun ni.. Hujung tahun mugkin ada.
      Utk cepat book menerusi Sutera. Tetapi mahal sikit lah…

      April 17, 2015, 11:34 pm
  • akubiomed Reply

    Semasa bertugas di Sabah belum sempat untuk meronda-ronda. Sempat berada disana 3 bulan sahaja.

    April 8, 2015, 5:39 am
    • Ismail N Reply

      3 bulan tu lama bro. Sure banyak juga dah lihat. Mostly tempat2 ni disekitar bandaraya KK sahaja.

      April 9, 2015, 1:36 am
Like Our Facebook Page close[x]
Or wait 15 seconds