Actus Reus Non Facit Reum Nisi Mens Sit Rea

Actus Reus Non Facit Reum Nisi Mens Sit Rea

Actus Reus Non Facit Reum Nisi Mens Sit Rea adalah satu maxim latin yang bermaksud sesuatu perbuatan itu tidak membuatkan seseorang tertuduh itu bersalah melainkan disertai sekali dengan niat yang salah (an act does not make a defendant guilty without a guilty mind).

Ia menjadi satu prinsip dalam undang-undang jenayah yang mana niat dan perbuatan hendaklah sama-sama hadir untuk menjadikan ianya satu jenayah.

Dalam kes: Fowler v. Padget (1798) 101 ER 1103 (1798), mahkamah menyatakan:

“It is a principle of natural justice, and of our law, that actus facit reum nisi mens sit rea. The intent and the Act must both concur to constitute the crime.”

Actus Reus

Actus Reus ialah elemen perbuatan dan perbuatan ini juga boleh dalam bentuk ketinggalan. Rujuk contoh mudah di bawah:

Perbuatan: A membawa pistol dalam kereta bagi perlindungan diri. Beliau ternampak B yang merupakan musuhnya dan menyangka bahawa B mahu membunuhnya. A pun mengambil pistol dan menembak B terlebih dahulu.

Ketinggalan: C meminta D menjaga anak nya semasa beliau menghadiri kursus di luar negara. D tidak pedulikan anak C dan tidak memberikannya makan. Anak C mati kelaparan.

Mens Rea

Mens Rea adalah perkataan latin bagi niat yang salah (guilty mind). Ia adalah suatu keadaan mental (state of mind) tertuduh. Dalam kebanyakkan kesalahan-kesalahan jenayah di Malaysia, niat yang salah ini perlu di buktikan.

Contohnya: Seksyen 299 Kanun Keseksaan yang berbunyi:

“Barangsiapa menyebabkan kematian dengan melakukan sesuatu perbuatan DENGAN NIAT hendak menyebabkan kematian atau DENGAN NIAT menyebabkan sesuatu bencana tubuh yang mungkin menyebabkan kematian……”.

Tanpa niat yang salah ini, dibuktikan, maka tertuduh tidak boleh disabitkan dengan kesalahan.

Dalam banyak kesalahan-kesalahan jenayah juga niat yang salah merujuk kepada “niat UNTUK MELAKUKAN kesalahan”.

Sekali lagi kita merujuk Seksyen 299 di atas:

“Barangsiapa menyebabkan kematian dengan melakukan sesuatu perbuatan dengan niat HENDAK MENYEBABKAN kematian…”.

Akan tetapi, terdapat juga kesalahan-kesalahan lain yang memerlukan niat yang salah atau pemikiran tertuduh dalam bentuk yang lain. Suka saya ingatkan disini bahawa ketidaktahuan samada sesuatu perkara itu salah di sisi undang-undang atau tidak ADALAH TIDAK RELEVAN.

Rujuk entri lama di blog ini: Ignorantia Juris Non Excusat.

Antara keadaan mental atau fikiran tertuduh yang menjadi intipati mens rea yang lain pada undang-undang jenayah di Malaysia termasuklah:-

  • DENGAN SUKARELA (Voluntarily) – “Barangsiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii secara sukarela, akan dihukum penjara maksima 20 tahun, termasuk sebatan.” – Seksyen 377B Kanun Keseksaan.
  • DENGAN MERBAHAYANYA (Dangerously) – “Mana-mana orang yang memandu suatu kenderaan motor di jalan dengan melulu atau dengan kelajuan atau dengan cara yang, memandang kepada segala hal keadaan (termasuk jenis, keadaan dan luas jalan dan kesesakan lalu lintas yang ada atau mungkin ada di jalan itu) merbahaya kepada orang awam, melakukan suatu kesalahan…” – Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987
  • DENGAN FRAUD (Fraudulently) – “Barang siapa yang memperdayakan mana-mana orang, sama ada perdayaan itu adalah dorongan yang utama atau tidak; (a) secara fraud atau tidak amanah mendorong orang yang terpedaya itu untuk menghantar sebarang harta kepada mana-mana orang atau memberi kerelaan kepada orang tersebut menyimpan harta itu…..” – Seksyen 415 Kanun Keseksaan
  • DENGAN CUAI  (Negligently) – “Barang siapa  dengan menyalahi undang-undang atau dengan cuainya melakukan apa-apa perbuatan…” – Seksyen 269 Kanun Keseksaan
  • DENGAN BUASNYA (Wantonly) – “Barang siapa dengan jahatnya atau buasnya, dengan melakukan apa-apa perkara yang menyalahi undang-undang, mendatangkan bangkita-marah….” – Seksyen 153 Kanun Keseksaan
  • DENGAN TIDAK JUJUR (Corruptly) –”Brang siapa yang memegang apa-apa…… dengan cara tidak jujur atau dengan jahatnya menghukum seseorang….” – Seksyen 220 Kanun Keseksaan
  • DENGAN JAHATNYA (Maliciously) – “Barang siapa dengan jahatnya …..”- Seksyen 153 Kanun Keseksaan

Dari seksyen-seksyen di atas, boleh juga kita katakan ada 3 jenis keadaan mental tertuduh iaitu:

  1. Mempunyai niat untuk melakukan actus reu – Punyai niat salah (guilty mind). Termasuklah dengan fraud dan dengan jahat.
  2. Mengambil resiko – Tahu perbuatan mungkin salah tetapi tetap mengambil resiko. Contoh: Dengan sukarela, dengan buas dan dengan merbahayanya.
  3. Tidak berhat-hati – Dengan cuai.

Prinsip Actus Reus Non Facit Reum Nisi Mens Sit Rea

Di atas prinsip Actus Reus Non Facit Reum Nisi Mens Sit Rea ini, undang-undang jenayah tidak akan menghukum seseorang jika melakukan perbuatan yang mencederakan akan tetapi tidak DISERTAI DENGAN NIAT.

Contoh:

A sedang berjalan di sebuah taman. Tiba-tiba beliau diserang sekumpulan tebuan. Panik atas serangan itu, dia pun mengambil kayu dan menghayun ke arah tebuan itu bagi menghalaunya. Namun secara tidak sengaja kayu itu mengenai B yang kebetulan berada di taman itu juga. Walaupun B cedera, A tidak mempunyai niat untuk mencederakan B.

Namun Undang-Undang Jenayah Malaysia turut memasukkan perbuatan-perbuatan yang tidak memerlukan niat (atau mahkamah melihat kepada keadaan mental tertuduh) sebagai kesalahan. Kesalahan-Kesalahan ini dipanggil sebagai “Strict Liability“.

Contoh strict liability boleh dilihat antaranya dalam kes-kes rogol statutori (statutory rape). Di bawah Seksyen 375 (g) – mana-mana orang yang mengadakan hubungan seks dengan gadis di bawah umur 16 tahun adalah dianggap sebagai merogol.

Persoalan samada perbuatan itu dibuat tanpa niat jahat atau dengan kerelaan gadis tersebut adalah TIDAK RELEVAN.

Soalan untuk pembaca-pembaca blog ini:

Actus Reus

A telah meletakkan racun dalam minuman dengan niat membunuh ibunya. Ibunya kemudian meninggal dunia dengan gelas minuman ditangannya dan dengan sedikit minuman di mulutnya.

  1. Q1: Bolehkan A dituduh atas kesalahan membunuh?
  2. Q2: Adakah jawapan anda berbeza jika doktor yang membuat autopsi mengesahkan ibunya mati akibat sakit jantung?

Mens Rea

A pergi ke kedai CD untuk membeli CD. Semasa sibuk mencari CD, beliau ditegur oleh rakannya, B yang mengajaknya minum kopi di kedai sebelah. Sedang minum A tersedar yang ada CD di tangannya yang masih belum di bayar.

Adakah A melakukan kesalahan?

Ok. Enjoy jawab soalan-soalan di atas 😀

Siapa yang pertama dapat jawab dengan betul boleh ambil LLB next year 😉

– Actus Reus Non Facit Reum Nisi Mens Sit Rea

16 Comments

  1. 1. tertuduh bersalah
    2. still bersalah cz still ade niat mmbunuh n btw ade prove at mulut dye ade racun.. even dye maty cz sakit jntung tp still sabit bersalah kerna intent of murder.

  2. sy dah ambil subjek criminal sem yg lepas..sem ni company..agak2 boleh sediakan nota untuk sy utk partnership x? subjek ni mcm ok,tp yg menyebabkan ia jd complicated adalah lecturernya.. tension selalu..huuu

  3. Saya nak cuba menjawab:

    Q1 : Ya, A boleh dituduh cubaan membunuh.
    Q2 : Jawapan saya tidak berubah.

    Q3 : Tidak, kerana tiada niat untuk melakukan kesalahan.

    Camna? lulus ka?

  4. Bro tanya sikit…
    macam mana caranya nak buktikan atau kuatkan AR dan MR…
    Lagi satu..
    Macamana seandainya seorang ahli RT membawa senjata tajam semasa meronda, (senjata tu bukan dalam syarat meronda)dan kemudianya terserempak dengan pencuri, kemudian dia diserang (atas dasar pencuri nak melepaskan diri pencuri tidak bersenjata) dan berlaku pergelutan, masa bergelut ahli RT tu tertikam si pencuri tersebut…..
    Ps: sori sebab tanya macam macam..

  5. Q1 Ya
    Q2 Ya…
    erk
    Untuk soalan kedua tu adakah dia kembalikan semula ke kedai untuk membayar harga cd tu dan di tahan di pertengahan jalan semasa kesana, atau terus pulang kerumah… dan ditahan di pertengahan jalan

  6. haha untuk Q1, mungkin A boleh di tuduh sebab ade niat nak membunuh, tapi Q2 tu entahlah plak, huhuu..

    Agaknya ni sebab aku tak ambil perundangan…..huhuh

  7. Q1 = a boleh dituduh dengan niat
    Q2 = kesalahan dia mungkin akan dikurangkan sbb dia sudah mengaku ada niat

    jawapan diatas ni aku agak, tp x tau betul ker x

  8. Kadang-kadang terlupa bayar selepas makan Nasi Beryani hari Jumaat kerana makcik yang menjual Nay Beryani tidak ada duit untuk pulang baki suruh makan dahulu. Biasanya seminggu selepas itu akan bayar balik. 🙂

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons