Dulu Lain Logo
Aduan Kepada Jabatan Tenaga Kerja Aduan Kepada Jabatan Tenaga Kerja
Dalam banyak hal, saya sering menasihatkan pekerja yang menghadapi masaalah di tempat kerja agar berjumpa dengan kaunselor di Jabatan Tenaga Kerja (JTK) atau dulunya... Aduan Kepada Jabatan Tenaga Kerja

aduan

Dalam banyak hal, saya sering menasihatkan pekerja yang menghadapi masaalah di tempat kerja agar berjumpa dengan kaunselor di Jabatan Tenaga Kerja (JTK) atau dulunya Jabatan Buruh bagi mendapatkan nasihat. Dalam entri sebelum ini, ada saya tunjukkan contoh bagaimana sulitnya sesuatu peruntukkan untuk di tafsirkan dan memberi nasihat melalui kotak komen di blog ini mungkin tidak memadai untuk anda semua.

  • Sebaiknya jika anda serius, rujuk kes anda seberapa segera dengan JTK.
  • Dapatkan nasihat dan pendapat mereka dan kemudian terpulang kepada anda untuk menentukan apa bentuk tindakan yang ingin anda lakukan.



Aduan Kepada Jabatan Tenaga Kerja

Cara-cara membuat aduan ada dinyatakan di laman web Jabatan Tenaga Kerja. Pilih mana yang sesuai dengan anda. Mungkin ada yang mahu sembunyi-sembunyi untuk mengelakkan perselisihan faham dengan majikan sementara menyiasat hak-hak dan opsyen yang ada pada anda. Oleh itu, cari cara yang sesuai dan berbincang dengan mereka (JTK).

Sebagaimana yang dinyatakan dalam laman web JTK, jika aduan dibuat oleh pekerja terhadap majikannya, maka ianya HENDAKLAH  kerana majikan tidak mematuhi peruntukkan undang- undang buruh yang mengakibatkan pekerja kehilangan sesuatu faedah kewangan (monetary benefit) atau faedah bukan kewangan (non-monetary benefit).

Contoh ketidakpatuhan itu adalah seperti berikut :

  • Tidak dibayar gaji
  • Tiada cuti tahunan diberikan
  • Tidak melaporkan penggajian pekerja asing
  • Tiada kontrak perkhidmatan (bertulis)
  • Majikan lewat membayar gaji
  • Majikan tidak mematuhi Perintah Gaji Minimum 2012
  • Majikan tidak mematuhi Akta Umur Persaraan Minimum 2012
  • Dan sebagainya.

Ia berkait-rapat dengan faedah minima yang disebut dalam Akta Kerja 1955 mahupun Ordinan Buruh Sabah & Sarawak.

faedah minima akta kerja

arrow down

Jika FAEDAH MINIMA ini tidak dipatuhi, secara automatik anda boleh membuat aduan.

Prosedur Aduan

Pertamanya anda hendaklah membuat aduan dengan menyertakan maklumat anda dan bukti-bukti sebagai sokongan. Bukti-bukti ini termasuklah dokumen seperti IC, kontrak kerja bertulis  (jika ada), slip gaji dan saksi.

Pihak JTK akan membuat siasatan dan memanggil majikan untuk memberi penjelasan.

Jika majikan enggan mengaku salah, maka kedua-dua pihak akan dipanggil dan kes akan di dengar di Mahkamah Buruh.

Mahkamah Buruh

Mahkamah Buruh bukanlah suatu mahkamah yang diwujudkan oleh Akta seperti Mahkamah Perusahaan. Ia lebih kepada suatu sessi mendengar kes yang dijalankan di bawah Seksyen 69B (rujuk di bawah) yang memberi kuasa kepada Pengarah JTK untuk menyiasat dan membuat keputusan.

Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Buruh ini boleh merayu di Mahkamah Tinggi dalam tempoh 14 hari selepas keputusan dibuat.

Bagaimana Jika Perkerja Tidak DiLindungi Oleh Akta/Ordinan?

Ramai juga yang keliru dengan gaji minima RM 2,000 yang di sebut dalam Jadual Pertama pada Seksyen 2 (1) Akta Pekerjaan 1955.

Yang sudah lupa mengenai hal ini, boleh rujuk kembali artikel:

Akta Kerja 1955: Samada Pekerja Di Lindungi Oleh Akta Atau Tidak

Ingat?

Jika gaji anda melebihi RM 2,000 tidak bermakna anda tidak boleh mendapatkan bantuan Jabatan Tenaga Kerja dan majikan anda boleh berbuat sesuka hati terhadap anda.

Pindaan pada Akta Pekerjaan 1955 ada memasukkan Seksyen 69B yang berbunyi:

69B. Additional powers of Director-General to inquire into complaints.
(1) Notwithstanding the provision of this Act, the powers of the Director-General under section 69(1)(a) shall extend to employees whose wages per month exceed 2,000.00 ringgit but does not exceed 5000.00 ringgit.

(2) For the purposes of this section, the term “wages” means wages as defined in section 2 but does not include any payment by way of commission, subsistence allowance or overtime payment.

(3) Save for Parts XV and XVI which shall apply with the necessary modifications, the other provisions of this Act shall not apply to the employees referred to in section (1). “

arrow down big

Seksyen ini memberikan kuasa kepada JTK untuk menyiasat dan mengambil tindakan di bawah Akta Kerja 1955. Pekerja yang bergaji lebih RM 2,000 (tetapi tidak melebihi RM5,000) walaubagaimanapun cuma boleh menuntut berasaskan kontrak dan bukannya Akta.

Contoh:

Jika kontrak ada menyatakan tentang bayaran kerja lebih masa, maka majikan perlu membayar bagi kerja lebih masa mengikut terma-terma kontrak.

Namun, pekerja tidak boleh menuntut hak-hak minima yang tercatat dalam Akta Pekerjaan kecuali ada di nyatakan dalam kontrak pekerjaan mereka.

head scratch

 

Aduan Penamatan Kontrak Secara Tidak SAH.

Bagi mereka yang ditamatkan kontrak secara tidak sah pula, aduan perlu di lakukan segera kepada Jabatan Perhubungan Perindustrian (JPP) bagi tujuan pampasan atau dikembalikan jawatan mereka.

dismissal

Akta Perhubungan Industri (Industrial Relation Act) 1967 mengariskan keperluan menulis kepada pengarah JPP dalam tempoh 60 hari selepas dibuang kerja bagi mendapat semula jawatan.



UNTUK MAKUMAT lanjut anda boleh rujuk dalam artikel: Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

Kilang

Kuasa Pengarah JTK

Secara amnya kuasa Pengarah JTK (Director General) termasuklah:-

  • menyiasat dan membuat keputusan mengenai pertikaian antara majikan dan pekerja
  • menyiasat akan komplain yang dibuat mengenai soal-soal pekerjaan seperti gaji tidak berbayar, faedah atas penamatan kontrak dan sebagainya
  • menyiasat lain-lain hal seperti pedaftaran majikan dan dokumen-dokumen berkaitan pekerjaan
  • memanggil mana-mana pihak yang boleh memberi keterangan bagi tujuan siasatan
  • dsb.

Sebaiknya mana-mana pertikaian wajar diselesaikan oleh majikan dan pekerja tanpa campurtangan pihak ketiga.

Namun, jika perbincangan mencapai jalan buntu, anda boleh sentiasa mendapatkan nasihat JTK bagi tindakan lanjut.

Peruntukan-peruntukan berkaitan dengan aduan ini disebut dalam Akta Pekerjaan 1955: Bahagian XV (Seksyen 69 hingga 81)

soalan dan kemusykilan

 

Ismail N

ISMAIL N is the Chief Blogger/Blog Owner. An HR practitioner in his normal daily life & a casual blogger in his free time. Addicted to coffee, Man Utd and Pokemon Go (TL40). Most easily accessed via his Twitter account.