Wednesday,26 July,2017

Akta Kerja 1955: Samada Pekerja Di Lindungi Oleh Akta Atau Tidak

Akta Kerja 1955

Seperti yang telah diterangkan beberapa kali dalam artikel di blog ini, bukan semua pekerja adalah dilindungi oleh Akta Kerja 1955 dan menikmati faedah minima yang ditetapkan di bawah akta tersebut. Hanya mereka yang dinyatakan di bawah  Jadual Pertama Akta Kerja 1955 (pindaan 2012: P.U. (A) 88/2012) sahaja yang berhak kepada faedah minima tersebut, manakala mereka yang tidak tersenarai hendaklah merujuk kepada kontrak kerja masing-masing. 

Jadual Pertama Akta Kerja 1955

Dua syarat utama di bawah Jadual Pertama Akta Kerja 1955 adalah pekerja hendaklah:

bergaji RM 2,000 dan ke bawah; atau

jika ia melebihi RM2,000, dia hendaklah pekerja yang berkerja secara ‘manual’ iaitu kerja yang dilakukan dengan menggunakan kekuatan dan skill tangan semata tanpa perlukan sebarang keperluan untuk menganalisa atau berfikir.

Memandangkan kebanyakkan kerja di zaman ini memang memerlukan sekurang-kurangnya pekerja untuk berfikir, syarat ke dua itu boleh dikatakan agak ‘redundant’ (tidak perlu).

Oleh itu, tumpuan kita adalah pekerja yang gajinya RM2,000 dan ke bawah.

Contract of Service

Bagi maksud Akta Kerja 1955, pekerja juga adalah mereka yang di bawah kontrak perkhidmatan (Contract of Service) dan bukannya kontrak bagi perkhidmatan (Contract For Service).

Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai hal ini di bawah artikel: Undang-Undang Buruh, Kontrak Pekerjaan.

Bagi syarat pekerja hendaklah bergaji RM2,000 ke bawah, keperluan seksyen 2 Akta Kerja hendaklah dipenuhi.

Maksud Upah

Maksud upah atau gaji pekerja bagi tujuan Jadual Pertama Akta Kerja 1955 adalah:

maksud upah

Selain dari yang dinyatakan di atas:

  • komisyen (commission),
  • elaun sara diri (subsistence allowance) dan
  • kerja lebih masa (overtime)

juga TIDAK DI KIRA bagi penentuan samada pekerja itu bergaji RM2,000 ke bawah atau tidak atau di lindungi oleh akta atau tidak.

Ini di sebut dengan jelas pada perenggan ke tiga pada Jadual Pertama Akta Kerja 1955 yang menyatakan:

schedule two

Anda boleh lihat yang terdapat beberapa jenis bayaran yang diterima yang tidak dikira sebagai ‘upah‘ atau ‘gaji’ bagi maksud Jadual Pertama Akta Kerja 1955. Oleh itu, jika anda menerima gaji sebanyak RM 2,500 sebulan, ini tidak bermaksud anda secara automatik tidak dilindungi di bawah Akta Kerja 1955.

Anda harus melihat terlebih dahulu apakah bayaran-bayaran yang anda terima.

Atas sebab itu juga, pengeluaran slip gaji adalah penting dan majikan wajib memberikan slip gaji yang menunjukkan kiraan yang lengkap kepada anda.

Lihat contoh di bawah:

En. Najib menerima gaji sebanyak RM 2,495 pada bulan Februari yang lalu. Di slip gajinya tertera keterangan gaji beliau sebagaimana yang disediakan oleh majikan:

Gaji dan elaun

Berdasarkan jadual di atas, adakah En. Najib dilindungi oleh Akta Kerja 1955?

Untuk jadual di atas, agak JELAS, terdapat beberapa bayaran yang tidak termasuk dalam penentuan perlindungan di bawah Akta Kerja 1955.

Bayaran bagi kerja lebih masa, elaun sara diri dan komisyen telah diterangkan di atas sebagai tidak dikira. [Rujuk di atas].

Bagaimana pula dengan ‘elaun hiburan’?

Ia disebut dalam perenggan (d)  iaitu:

“apa-apa jumlah yang kena dibayar kepada pekerja untuk menanggung perbelanjaan-perbelanjaan khas yang diperlukan olehnya kerana jenis pekerjaaanya”.

Oleh itu, kita perlu lihat juga kegunaan wang yang diterima dan jenis pekerjaan beliau.

Jika dia seorang ‘jurujual’ dan wang digunakan untuk tujuan PR dengan pelanggan, maka ia tidak akan dikira dalam penentuan ‘Samada Pekerja Di Lindungi Oleh Akta Atau Tidak’.

Ia telah dikecualikan oleh perenggan (d).

Tetapi, jika elaun hiburan diterima bulat-bulat misalnya kepada seorang pegawai pentadbiran untuk hiburannya sendiri, maka ia akan dikira dalam penentuan ‘Samada Pekerja Di Lindungi Oleh Akta Atau Tidak’.

Oleh itu, jika anda diberikan gaji RM 2,100 misalnya dengan elaun-elaun tertentu dan berjawatan ‘Pengurus‘ atau ‘Eksekutif‘, maka jangan anggap anda secara ‘automatik‘ tidak dilindungi oleh Akta Kerja 1955.

Rujuk dulu hal-hal di atas dan lihat samada anda dilindungi atau tidak.

soalan dan kemusykilan

This Article Was Written By

ISMAIL N is the 'de facto' owner and editor-in chief of DuluLainSekarangLain.Com. A Human Resource practitioner in his normal daily life and consummate blogger in his free time. He is addicted to coffee and Manchester United. Most easily accessed via his Twitter account.

Ismail N
  • Kas

    Hello Sir,

    Suami saya bekerja di satu majikan sdn bhd selama 5 tahun sebagai technician bergaji harian atau jam. Setakat ini, majikan dia belum memberi confirmation letter untuk dia, setiap kali meminta majikan akan memberi jawapan yang tidak boleh diterima. Selain itu, dia tidak ada cuti tahunan dan cuti sakit selama ini. Jika dia ambil cuti tahunan atau cuti sakit, gaji dia akan dipotong. Gaji dia juga tidak akan dikira pada hari cuti umum. Ini bermakna, dia hanya akan dapat gaji hari dia bekerja. Pada mulanya, appointment letter yang diberikan kepada dia juga tidak disertakan mengenai cuti tahunan dan cuti sakit. Soalan saya ialah, walaupun dalam appointment letter dia tidak menentukan mengenai cuti tahunan, cuti umum dan cuti sakit, adakah suami saya boleh membuat aduan mengenai perkara ini kepada labour office. Adakah suami saya harus diberi cuti tahunan dan cuti sakit?

    Terima kasih.

    May 21, 2015, 5:44 am
  • y.yee

    Saya Yee, ingin bertanya, saya bekerja di syarikat x, majikan itu menyuruh saya sewa bilik di tmpt berhampiran dgn syarikat kerana sy org luar bandar dan dia menghantar sy bekerja ke tempat yg jauh.
    sebagai contoh, jk sy mula kerja dlm office pada pkl 8:00 pg, tiba-tiba dihantar ke tmpt lain tetapi gaji tidak dikira pada pagi pkl 8, malah hnya kira gaji selepas smp ke tmp tersebut. setiap hari perlu bekerja smp pkl 11:00pm, dan3:00pg tnpa mendpt OT, alasannya adalah sbb gaji sdh tinggi . Bila kita naik teksi blk, nk claim dgn syarikat, majikan itu kata tidak ada resit, jadi tidak membenarkan claim. Bila kita naik teksi waktu mlm, adakah pemandu akn membuka resit? Majikan ini memang sngt teruk selalu mkn gaji pekerja, adakah perbuatan ini betul?

    May 20, 2015, 2:16 pm
  • adik

    salam,
    sy bekerja sebagai houskeeping d sebuah hotel besar sabah..
    baru2 ni sy telah mengalami keguguran kandungan.. sy telah pergi ke klinik swasta dan telah mendapat MC selama 3hari.. dan pihak klinik telah menyuruh sy pergi ke hospital membuat rawatan lanjut dan telah mendapat mc selama 3 hari lg…(Teteapi MC yg d bagi oleh pihak hospital ada kesan tulisan bertindih 2hari ke 3hari)setelah kerja sy telah bagi MC tersebut kepada majikan.. dan majikan tidak percaya bahawa MC itu 3hari.. dua hari kmudian sy telah di bagi notis berhenti kerja selepas sebulan.. apakah tindakan yg perlu sy ambik..minta bantuan pendapat drpada pihak tuan…

    May 14, 2015, 12:19 am
  • ady

    Salam,
    Saya bekerja secara kontrak tahunan, pendapatan rm6500 sebulan bersama oil & gas company, adakah menjadi kesalahn jika majikan x memberi saya ct selama 2 bln berturutan, sedangkan saya bekerja 24jam sehari…. waktu ct saya dibayar ganti dengan bayaran lebih masa….

    May 12, 2015, 3:14 am
  • aziah

    salam,
    saya bekerja di salah sebuah hospital swasta. saya pekerja baru dan masih dalam pmerhatian selama 6 bulan sebelum menjadi pekerja tetap. saya ingin tanya, berapakah waktu kerja yang sebenarnya yang perlu di penuhi oleh saya untuk menepati akta?dan juga bagaimana dengan gaji? adakah gaji RM1500 terlalu sedikit untuk pekerja taraf degree?terima kasih

    May 7, 2015, 7:06 am
  • Mohd Hadapi Bin Samani

    Saya ingin penjelasan.

    1.Sekiranya basic saya 1300++.
    Allowance 800 + 800 yang diberikan setiap bulan.

    Adakah saya terlindung di bawah akta pekerja 1955?

    2.Saya dibayar gaji oleh syarikat A…tetapi syarikat B yang tidak ada kena mengena dengan syarikat A membayar kwsp saya.
    Adakah dibenarkan?

    May 6, 2015, 7:19 am
  • Mohd Shaiful

    Dimanakah saya boleh download Akta kerja 1955, 2013?

    May 6, 2015, 5:54 am
  • jaja

    Salam.
    saya ada beberapa soalan. 1)saya mula diambil bekerja sebagai assistant acc,tetapi sy tidak diberi notis diterima kerja disitu..adakah sy boleh berhenti dlm mase 24jam?syrkt yg sy bekerja owner die tan sri dan org kenaman.2)saya diberi utk handle 9 acc syrkt termasuk key in ubs,pv,prepare chq,g bank,bank draft sbg.dlm 9 acc yg sy jage ade restaurant,aircraft sbg.adakah dlm peruntukan akta perlindungn bhwa majikan boleh mmberi kerja di luar kemampaun pekerja?dan gaji saya bwh 2k,adakah berbaloi dgn pekerjaan yg sy tlh buat dgn gji yg dibyr?utk makluman tuan sy tidak bayar ot walaupon kerja lebih waktu..saya harap tuan dpt memberi penjelasan dan nasihat apa tindakan yang sepatutnya Yang perlu saya ambil?.terima kasih kerana memberi pencerahan.

    April 18, 2015, 1:16 pm
    • Ismail N

      1. Harap anda rujuk dulu artikel ini: Akta Kerja 1955
      2. Tiada peruntukan sedemikian.
      3. Soal berbaloi atau tidak adalah perkara yang subjektif. Terpulang utk setiap individu menilai mengikut kemampuan dan keperluan masing-masing.
      4. Pekerja yang gaji 2k dan ke bawah layak pada faedah OT. Mohon majikan utk membayar atau minta bantuan Jabatan Tenaga Kerja utk mengarahkan majikan mematuhi peruntukan undang-undang.

      April 19, 2015, 2:54 am
  • zaid zaabar

    akta apa yang melindungi pekerja yang gaji pokoknya 2500?

    April 9, 2015, 8:31 am
  • meiyun

    apakah maksud peguam IR? terima kasih.

    April 7, 2015, 8:14 am
    • Ismail N

      IR adalah singkatan bagi Industrial Relations atau perhubungan industri.
      Perhubungan Industri adalah melibatkan soal/isu/masaalah yang berkaitan dalam sesuatu industri atau tempat kerja. Ini termasuklah isu pekerjaan dan undang-undang buruh. Saya rasa tidak banyak peguam yang specialize dalam IR. Oleh itu, anda mungkin perlu rujuk dengan Persatuan Peguam dsb.

      April 9, 2015, 1:31 am
  • titi

    salam.kontrak bekerja sy selama setahun.jika sy berhenti sebelum habis kontrak,apa tindakan majikan ya?sedangkan sy tak dpt copy contract dan tidak dinyatakan dlm contract apa tindakan jika sy berhenti sblm habis kontrak..

    April 4, 2015, 3:51 pm
  • allan lok

    hello,saya nak tanya kalau cuti umum tidak dibayar 2 kali ganda, apa boleh saya buat ya?

    April 2, 2015, 10:43 am
  • mei yun

    selamat petang, encik. saya telah dipecat oleh boss saya petang ini. saya telah bekerja dengannya selama 27 tahun. dulu gaji saya ialah 4 ribu, tetapi 3 bulan dahulu dia telah menurunkan gaji saya kepada 2 ribu. saya tidak buat salah apa-apa pun. saya bersabar kerana saya fikiran keluarga saya. mana tau, dia pecat saya pada petang ini dan cakap akan bayar pampasan sebanyak 3 bulan bagi saya. saya adalah seorang salesman.
    nak tanya, adakah pampasan yang diberinya wajar? terima kasih.

    April 2, 2015, 9:14 am
    • Ismail N

      Sebaiknya anda merujuk kes pada peguam IR dengan membawa dokumen atau surat-surat berkaitan.Terima kasih.

      April 5, 2015, 11:57 pm
  • Kecik Kecik

    Salam..sy seorang driver lori werhos..mehantar barang di setiap outlet…bila ade barang custumer dekat outlet sy kene peking sendiri…sedangkan sy mintak jawatan driver lori

    March 28, 2015, 5:01 pm
    • Ismail N

      Zaman ini semua orang buat macam-macam kerja kecik-kecil. Kecuali dinyatakan secara spesifik dalam kontrak yang anda tidak boleh buat kerja lain selain dari pandu lori, maka anda perlu juga buat kerja-kerja tersebut.

      March 30, 2015, 5:00 am
  • Ain Zakiah

    Salam,saya nak tanya berkenaan dengan bonus. Saya dah bekerja selama 1 1/2 tahun di sebuah syarikat swasta dan baru2 ini syarikat tersebut memberikan bonus pertama iaitu bonus 2014 kepada semua pekerja tetapi tidak memberikannya kepada saya dengan alasan saya akan berhenti. Saya sangat tidak berpuas hati kerana saya telah bersama syarikat tersebut sejak mula dan membantu memajukan syarikat sehingga sekarang tetapi tidak pernah menerima bonus. Bonus yang diberikan tersebut adalah bonus 2014 di mana saya bekerja penuh sepanjang tahun tetapi mereka mengatakan saya tidak layak kerana saya telah menghantar notis berhenti.

    Adakah apa-apa akta yang saya boleh rujuk berkenaan hal ini? Dan adakah mungkin untuk saya menuntut bonus tersebut jika saya mengadukannya di Jabatan Tenaga Kerja?

    Terima Kasih

    March 1, 2015, 5:04 am
    • Ismail N

      Bonus itu 100% budibicara majikan. Ia digunakan sebagai insentif atau pemanis buat pekerja2 utk terus kekal bekerja bersama majikan.

      Jika ia tidak disebut secara nyata dan spesifik dalam kontrak, maka terpulanglah pada majikan samada mahu berikan atau tidak. Ia tidak di wajibkan oleh Akta.

      March 1, 2015, 11:36 pm
  • zaara

    Salam,soalan saya adakah boleh majikan memberhentikan pekerja jika pekerja itu sedang mengandung.Majikan akan mencari pelbagai kesalahan untuk mengeluarkan notis berhenti.

    February 10, 2015, 4:04 am
    • Ismail N

      Di bawah Akta Kerja (Pindaan) 2012 juga dimasukkan sub seksyen baru pada Seskyen 37 Akta Kerja 1955 yang mana dinyatakan bahawa pekerja yang di dalam tempoh bersalin TIDAK BOLEH DIBERHENTIKAN kecuali jika perniagaan terpaksa ditutup.

      February 11, 2015, 7:36 am
      • zaara

        kalau majikan bertegas mahu memberhentikan juga dgn mengeluarkan show cause letter dan akan melaksanakan domestic enquiry.Apa tindakan yg harus sy ambil?

        February 11, 2015, 8:36 am
        • Ismail N

          Jika dalam tempoh bersalin (22 minggu ke atas mengandung, maka ia suatu kesalahan dan anda boleh buat tuntutan terhadap majikan anda.
          Jika tidak, kita perlu lihat pula samada DI itu dibuat dengan betul dan adil. Apa-apa pun jika anda diberhentikan, segeralah merujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja untuk naihat dan tindakan lanjut.

          February 12, 2015, 6:18 am
  • zawawi

    salam,sy nak Tanya sedikit. Bolehkah pihak syarikat membuat surat bertulis,pekerja dikehendaki memohon cuti 7hari sebelum cuti diambil?
    2.Surat bertulis pula tidak sampai seminggu,itupun hantar email,print dan tampal utk beritahu pd pekerja?
    3.Sekiranya sy nak bercuti pada hari dan esok,atas sebab2 kecemasan bagaimana kalau majikan tidak lulus?sepatutnya 3hari sebelum atau 2hari sebelum,boleh la merancang cuti dengan baikkan…maaf sekadar bertanya???

    February 10, 2015, 1:27 am
    • Ismail N

      Majikan boleh tetapkan peraturan sedemikian bagi mengelakkan salah guna cuti. Cuma dalam keadaan kecemasan dan bukti yang kukuh, majikan perlu punyai sebab yang munasabah untuk tidak membenarkan pekerja mengambil cuti. Selalunya dalam keadaan begini, pekerja terpasa ambil unpaid leave jika majikan bertegas.

      February 11, 2015, 7:35 am
  • rafiza

    Assalamualaikum

    Saya majikan dan ada beberapa persoalan berkaitan pekerja
    1) Bolehkan pekerja tidak hadir ke tempat kerja hanya menelefon dan tanpa surat sakit dan sebagainya
    2) bolehkan majikan membuat potongan gaji sebagai ‘unpaid salary’ kepada pekerja yang berbuat demikian?
    3) perlukan cuti umum yang jatuh pada hari cuti pekerja diberikan kepada pekerja hari beerikutnya?
    4)apakah yang boleh majikan lakukan sekiranya pekerja mengambil cuti tahunan / tidak hadir kerja melebihi 3/4 hari sebulan?
    5) sebagai majikan sekiranya pekerja tidak hadir, pihak saya perlu mencarikan pengganti dan membayar gaji kepada org yang ganti. adakah boleh saya memotong gaji pekerja kerana, ketidakhadiran beliau mengganggu tugas syarikat?
    6)bolehkan majikan tidak meluluskan cuti pekerja?
    7)sekiranya pekerja dengan sewenangnya tidak hadir bekerja dengan alasan tidak sihat tanpa memberikan sebarang bukti seperti surat cuti sakit. apakah tindakan wajar yang perlu dilakukan?

    sekian
    terima kasih

    February 9, 2015, 2:00 am
    • Ismail N

      1) Ianya hal prosedur. Terpulang kepada majikan samada mahu terima atau tidak. Jika tidak, pastikan pekerja telah diberitahu awal-awal dan faham prosedur syarikat.
      2) Jika cuti tidak diterima, maka hari yang tidak datang dikira sebagai cuti tanpa gaji. Maka tidak perlu bayar gaji untuk hari tersebut.
      3) Ya
      4) Cuti tahunan tertaluk pada kelulusan majikan. Jika majikan approved, maka tiada masaalah bagi pekerja.
      5) Jika dia tidak hadir tanpa kebenaran, maka ia dikira unpaid leave dan tidak perlu dibayar gaji pada hari tersebut. Jika ada kebenaran sekalipun perlu ada kelayakkan cuti tahunan lagi untuk digunakan
      6) Boleh
      7) Unpaid leave. Rujuk kembali 1) dan 2)

      February 10, 2015, 12:15 am
  • wanzul

    Salam saya nak tanya apa tindakan yang boleh diambil jika majika tidak membayar pampasan sepwrti yang dijanjikan dalam vss

    February 4, 2015, 10:18 pm
    • Ismail N

      Anda boleh buat tuntutan di mahkamah. Pastikan dokumen cukup dan dapatkan bantuan peguam

      February 5, 2015, 6:21 am
  • Setiausaha Kesatuan

    Syarikat saya akan menutup operasi pada hari 3 hari jumaat pada bulan Mac ini disebabkan penurunan tempahan. Cuti tersebut akan di tolak cuti tahun 1/2 hari dari pekerja dan 1/2 hari lagi syarikat yang tanggung untuk satu hari cuti atau hari jumaat tersebut diganti kerja pada hari sabtu pada bulan Julai akan datang apabila tempahan meningkat semula.

    Adakah boleh syarikat saya berbuat demikian?

    January 28, 2015, 4:27 am
    • Ismail N

      Amnya pekerja tidak boleh dipaksa menggunakan cuti tahunan mereka atau mengambil unpaid leave.
      Namun, jika mereka bersetuju dan faham masaalah majikan, maka ia boleh dilakukan.

      January 29, 2015, 4:32 am
      • Setiausaha Kesatuan

        Untuk sambungan soalan semalam. Adakah syarikat saya boleh memindahkan hari kerja iaitu hari Jumaat yang dicutikan sekiranya Kesatuan tidak bersetuju menolak 1/2 cuti tahunan untuk satu hari hari bekerja yang dicutikan kepada hari Sabtu pada bulan lain dimana tempahan dijangkakan meningkat?.

        January 29, 2015, 4:45 am
  • Rizal

    Assalammualaikum

    Tuan, baru2 nie semasa morning briefing, Senior Operation Manager (SOM) ada mengatakan mengenai cara staff berhenti kerja. Menurutnya, pekerja harus menghantar notis kepada Hod dan Hod harus menandatangani dan menulis terima,tarikh dan masa di notis tersebut. Selepas itu, Hod harus hantar notis tersebut kepada HR untuk tindakan lanjut.

    Katanya lagi:
    1. Staff tidak boleh untuk meletakkan tarikh terakhir bekerja. Hanya majikan sahaja yang boleh tentukan tarikh terakhir bekerja. Dan itu salah dari segi akta pekerja 1955 (kata SOM)
    2. Jika staff ada lebihan cuti tahunan atau cuti ganti Public Holiday,(contoh 15 hari cuti) majikan berhak menyuruh staff bekerja 15 hari sahaja dan juga berhak untuk menyuruh staff tersebut untuk bekerja sehingga habis satu bulan dan lebihan cuti tersebut akan dibayar.

    PERSOALANNYA :
    1.Bolehkah majikan memaksa pekerja bekerja selama 30 hari dan cuti akan dibayar ATAU pun pekrja berhak untuk menolak arahan majikan dan bekerja hanya 15 hari sahaja?

    2.Adakah tarikh bermula notis terletak pada tarikh notis yang staff hantar kepada majikan?

    Kawan saya bekerja sebagai Hod hampir 1 tahun 2 bulan. Semasa beliau diinterview, majikan mengatakan bahawa beliau diberi tempoh percubaan selama 6 bulan. Sehingga kini beliau masih belum lagi menerima surat lantikan/pengesahan dari majikan. Mengikut syarat2 syarikat, setiap Hod yg hendak berhenti harus meletak notis 2 bulan (jika sudah menerima surat lantikan/pengesahan).
    Menurut HR, setiap pekerja yg bekerja melebihi 6 bulan, automatik diserap sebagai pekerja tetap, tetapi perlukah majikan menyediakan surat lantikan pengesahan kepada kawan saya?, kerana kawan saya terasa kedudukan pekerjaan dia tidak selamat kerana tidak dapat surat lantikan pengesahan. Perkara ini sudah ketahui oleh Director dan Director mengarahkan supaya SOM menyediakan surat tersebut kepada kawan saya sejak hampir 4 bulan yang lalu. Tetapi sehingga kini, kawan saya masih lagi tidak menerima surat tersebut.
    Bolehkah kawan saya meletak notis 1 bulan berdasarkan kepada situasi ini? kerana menurut surat tawaran kerja yg diterima semasa mula2 bekerja, ia tidak menyatakan mengenai notis berhenti kerja..

    Harap tuan dapat membantu…

    January 26, 2015, 4:42 am
    • Ismail N

      1. Majikan tidak boleh melarang pekerja dari menggunakan cuti tahunan lagi sebaik sahaja notis telah diberikan kerana Seksyen 60E (2A) menyebutnya sebagai HAK untuk pekerja ambil sebelum notis berakhir.
      2. Tarikh notis bermula bila notis diterima oleh majikan/wakil majikan. Sebaiknya anda pastikan ia sampai ke pihak berkenaan dengan seorang saksi bagi pihak anda jika anda tidak yakin dengan kejujuran mereka.
      3. Berkenaan kawan anda itu, ia perlu dirujuk kepada surat tawaran kerja/kontrak kerja. Lihat terma yang berkaitan dengan pengesahan kerja, jika ada.

      January 27, 2015, 6:37 am
  • najwa

    Saya ingin bertanya tentang hak pekerja yg sepatutnte….syarikat tempat kerja saya merupakan dealer kpd syarikat telekomunikasi yg terkenal dimalaysia….contoh nye aktvt outlet saya same seperti ape yg dilakukan oleh center syarikat sbenar sprt..pelanggan boleh membuat bayaran bil telefon mendaftar untuk menggunkakhidmat panggilan telfo n stau internet…tp center akan habis operasi sehingga pkul 5 pth.tp out let saya akn tamat waktu bkerja mengikut waktu pasaraya…dan tidak boleh tutup walaupun sehari seprt waktu operasi pasaraya kami sbg pkrja di outlet trsbut diarahkan untuk bekerja dari 10pg hingga 10mlm pd setip hari…cuti seminggu sekali tetapi tidk pernah tetap mingikut arahan pengurusan..
    …waktu rehat kami juga tidk tetap…kami rehat hanye dng dpt perg membeli mknan di food court dan bungkus bawa semula ke outlet makan dpentri belakang…bayaran gaji kami hanya diberi gaji pokok dg elaun 100 jika dlm 1bulan kam tdk mengambiil cuti yg yg lain.skirenye ade elaun akn ditolak…1hari kerja 12 jam selama setiap hari tanpa ade bayaran kerja lbh mase dari majikan…selain itu kami dibayar komisye dari penjualan yg kami buat…apekah kami berhak untuk menuntut bayaran lbh dari mase kerja kami sngt panjang tu….atau majikan kami telah melanggar undng2 yg septut nye telh ditetapkan oleh kerjaan terhadap setiap pekerja….tolong beri saya nasihat atau pandangan ape yg boleh perlu saya buat atau hak saya sbgai pkerja yg betul..

    January 22, 2015, 10:37 pm
    • Ismail N

      Berdasarkan maklumat anda, ya terdapat ketidakpatuhan pada undang-undang pekerjaan oleh majikan anda. Anda boleh cuba berunding dengan majikan atau terus membuat aduan ke Jabatan Tenaga Kerja.

      January 27, 2015, 6:14 am
  • norsham hashim

    Salam tuan,
    Kami merupakan pekerja kpd sebuah sykt glc. Rata2 level staf sektor ini terdiri supervisor hingga HOD.
    Sykt telah bercadang utk menutup sektor kami dan memindahkan kami semua ke anak sykt baru yg akan ditubuhkan.
    Apakah kami layak bg menerima pampasan terhadap pemindahan tersebut spt vss atau sebarang bentuk pampasan selain dr itu?..sekiranya pihak sykt menidakkan hak yg patut kami terima,apakah tindakan/ rujukan yg boleh dibuat.
    Terima kasih.

    January 16, 2015, 3:55 pm
  • Wawa

    SALAM.. SUAMI SY SEORANG PEMANDU LORI 3TAN.. SERING BEKERJA LEBIH MASA DAN SERING OUTSTATION.. GAJI SUAMI SAYA RM2500 DAH TERMASUK ELAUN TELEFON DAN ELAUN SARA DIRI.. ADAKAH SUAMI SAYA LAYAK UNTUK CLAIM OVERTIME?

    December 30, 2014, 4:27 pm
    • Ismail N

      Jika ditolak elaun telefon dan sara diri itu, berapa gaji suami anda? Jika tidak lebih RM2,000, maka dia layak pada OT.

      January 4, 2015, 6:34 am
  • sal

    salam…. saya ada masalah tentang pembayaran gaji dengan bekas majikan saya sebelum saya berhenti kerja. saya bekerja dulu pun tanpa ada surat perjanjian..sebagai pembantu kedai baju hampir 2 tahun.saya terpaksa berhenti sebab gaji saya sering tertunggak sejak beberapa bulan sebelum ni.saya dah inform kepada majikan dan rakan2 kongsi(adik-beradik majikan saya),bahawa saya nak berhenti mulai akhir bulan november 2014. masalah nya sekarang,hingga ke hari ini tuntutan gaji saya yg tertunggak selama 2 bulan masih belum di bayar.gaji saya cuma 750.00 tanpa apa2 potongan atau tambahan elaun.sekarang saya masih tidak mendapat pekerjaan di mana2.saya cuma mengharapkan gaji saya itu untuk tanggung perbelanjaan saya seharian juga sewa bilik. saya ni seorang ibu tunggal(44thun) dan hidup sendiri. saya tak tau macamana lagi nak tuntut gaji saya tu.nak mengadu ke jabatan buruh memang saya ni tidak arif dengan hal2 rasmi begini.saya bharap sangat ada pihak yang dapat membantu menyelesaikan masalah saya ni.
    apakah yang perlu saya lakukan lagi.. wassallam..

    December 24, 2014, 12:29 pm
  • Shiqin

    Assalamualaikum.

    Adakah pelajar praktikal dibawah undang2 ni?
    Sbb majikan sy telah menghantar email yg memberitahu jika bekerja hari Sabtu, sy akn diberikn elaun. & 5hr annual leave(tidak trmsk MC) diberi sepnjng tempoh praktikal. Tetapi skrg majikan nk ubah tidak mahu memberi elaun kerja pd hr Sabtu&5hr anual leave(trmsk MC).
    Terima kasih.

    December 7, 2014, 1:04 pm
  • nor

    Salam En.. Sy brgaji lebih 2k n kini sedang MC akibat kmlgn d tempt kerja. Majikan akn memotong gj sy kerana MC sy tlh habis dgunakan.doktor pakar mengesahkan sy mendapat MC yg lama akibat patah tulang n sendi
    prglgn tgn.majikan memberitahu sy tidak layak mndpt mc selama 60hari krn tidak dmasukkan wad. Tetapi sy masih mndpt rawatan hospital mengikut temujanji doktor pakar.DLM buku CA ada menyatakan jika mmberi Surat doktor yg mengesahkn sy x perlu mndapat rawatan di wad(hospitalization) atas sebab trtntu.akn tetapi majikan telah memutuskan gaji saya akn dpotong kerana saya tidak layak untuk mengikut CA.mohon pandangan tuan..

    December 5, 2014, 7:31 am
    • Ismail N

      Anda perlu bawa buku CA anda ke peguam berdekatan utk menayakan pendapatnya tentang terma yg disebut dalam buku itu. Bawa juga kontrak kerja jika ada utk melihat samada terma2 itu mengikat atau tidak.
      Amnya, cuti tambahana utk hospitalisasi tidak boleh digunakan bagi pekerja yang bercuti di rumah.

      December 6, 2014, 3:30 am
  • aziean

    Salam,

    Saya sudah bekerja selama 4 bln di sebuah syarikat swasta. Tp masih dalam tempoh percubaan. Alasan diberikan pengesahan jawatan saya dikeluarkan oleh syarikat HQ di Spore. Masalah sekrg saya hamil dan perlu melalukan pemeriksaan bulanan di klinik kerajaan. Saya diberikan time slip. Tp gaji saya ditolak walaupun saya menghantar time slip. Dlm kontrak perjanjian, sekiranya saya belum diconfirmkan lagi, mc & cuti akan ditolak gaji. Tp tiada pulak dinyatakan time slip juga tidak boleh. Bolehkah saya mendapatkan hak saya? Saya terpaksa mendapatkan pemeriksaan waktu pejabat kerana klinik kerajaan tidak dibuka pada hari cuti.

    December 4, 2014, 7:06 am
  • Suryanee

    Assalamualaikum, untuk situasi saya nie. Saya ingin berhenti kerja disebabkan, terlalu byk kerja yang perlu saya selesaikan dengan penambahan sebuah syarikat yang perlu saya handle. Gaji saya, dengan tugas saya mmg saya xboleh tampung lagi. Saya hanya pekerja kerani bkn nya akauntan, bkn nya setiausaha, bkn nya QS. Walaubagaimana pun, semasa mule2 saya bekerja, tiada surat tawaran atau kontrak untuk saya tandatangani sbg pekerja syarikat tersebut. Adakah saya perlu menghantar surat berhenti tersebut mengikut prosecur akta 1955 atau sebaliknya? Klo tiada slh untuk sy, sy bg notis 24jam terus. Sbb sy tiada rujukan untuk sy rujuk. Terima kasih

    November 30, 2014, 7:17 am
    • Ismail N

      Jika tiada perjanjian bertulis dan gaji anda 2k ke bawah, maka peruntukkan Akta perlu anda diikuti. Anda moleh mohon dari majikan untuk berhenti 24jam jika mereka setuju.

      December 1, 2014, 12:51 am
  • mohd fazly

    Assalamualaikum. nak bertanya saya dah berkerja 2 tahun di syarikat sekarang..
    mula-mula berkerja saya kontrak (tempoh percubaan selama 6 bulan)
    selepas 6 bulan saya dah di serap kan ke jawatan tetap.
    sekarang pihak syarikat nak tarik balik jawatan tetap saya tukar ke kontrak.
    boleh ke ini terjadi? kontrak tetap kontrak balik…
    tolong bagi penjelasan… terima kasih.

    November 14, 2014, 7:18 am
    • Ismail N

      Amnya tidak boleh. Cuma sebaiknya anda bawa surat tawaran dan dokumen berkaitan utk diterjemahkan oleh peguam atau pegawai JTK. Terima kasih.

      November 17, 2014, 2:28 am
  • waris

    salam saya nak tnya tentang notice berhenti kerja, ada satu kes, satu company menyatakan bahawa kene bagi 3 bulan notice, adakah boleh pekerja tersebut tidak mengikut seperti yg dikatakan dalam kontrak. if abgi notis kene bayar 3 bulan notice. so sangat tidak adil

    October 24, 2014, 9:34 am
    • Ismail N

      Kontrak ini ibarat janji. Bila dah janji, ia perlu ditepati. Oleh itu, bila kita ditawarkan kerja di masa akan datang, ambil sedikit masa untuk semak terma-terma kontrak yang penting sebelum setuju agar tidak ada masaalah di masa akan datang.

      October 24, 2014, 12:38 pm
  • Nadiah

    Assalammuaalaikum, saya ingin bertanya dan complain berkaitan dengan management dan sosialis di company saya sekarang ini.

    1) Pihak Bos selalu tidak berpuas hati apa sahaja kerja yang di lakukan walaupun saya rasa dh buat yang terbaik.

    2) Kenaikan gaji selama setahun antara RM 50- RM 150. General worker kenaikan gaji hanya RM 50 setahun padahal keuntungan berjuta2.

    3) Pembawakan makanan mengandungi babi ke pejabat. Pihak management tidak sensitif langsung pasal hal ini. Staff Islam tidak dapat menggunakan pantry, peti ais, perkakas pinggan mangkuk dan sinki. Kami terpaksa membasuh bekas barang sendiri di toilet.

    4) Diskriminasi perkauman. Kaum Cina di utamakan walaupun staff itu tidak menjaga projek.

    – Diberi intensive
    – Membuat jamuan makan di restoran cina
    – Membuat pelancongan cari restorang yang berunsurkan cina sampai kekadang staff melayu ragu2 untuk memakannya. Walaupun melancong di dalam Malaysia.
    – Staff Cina di beri keutamaan dalam apa2 keputusan.

    5) Staff di minta mengeluarkan duit dalam RM 20- RM 50 jika ingin memberi hadiah untuk staff yang bersalin, farewell dan sebagainya.

    6) Staff di minta mengeluarkan duit dlm RM 150- Rm 200 untuk booking trip melancong di bawah syarikat. Duit tersebut tidak di pulangkan semula.

    7) Waktu solat dikeluarkan memo- di minta pilih contoh 1 atau 2

    Contoh 1: Waktu bekerja- 8.30am- 5.30pm
    Waktu rehat- 1.00pm- 2.00pm (solat dalam waktu ini sahaja)

    Contoh 2: Waktu bekerja- 8.30am-5.45pm
    Waktu rehat- 1.15pm-2.15pm (solat dalam waktu ini sahaja)

    Padahal dalam contract adalah contoh no.1

    8) Apabila cuti raya cina, raya aidilfitri atau apa2 cuti yang ramai staff xde akan dipaksa cuti oleh pihak syarikat dengan alasan company nak tutp. (Tolak Annual Leave)

    9) Komunikasi bos terhadap staff seolah2 menghina pekerja dengan sombongnya “I Pay You know” or “What company give to you need to pay back”

    10) Buat staff bergaji rendah seperti kuli walaupun bukan job scope:

    – Cuci kain kesat meja, kemas pantry, cuci peti ais, buat air bos, siram pokok bunga, buang sampah, betulkan mesin fotostate.

    11) Compassanate leave apabila family mati dapat 3 working days (dinyatakan dalam employee handbook). Tetapi apabila refer to management cakap ini leave start bila ayah mati. Bila ayah start mati ari sabtu so leave to start sabtu- isnin.

    12) Time MC bos mendesak suruh datang kerja. Kekadang telefon menjerit2. MC or any cuti kena telefon direct x bleh cakap dengan 3rd party. Apa guna Human Resource?

    13) Emergency Leave perlu ke kita sertakan dokumen. Misal anak tidak ada orang nak jaga macam mana?

    Harap dapat memberi jawapan tentang persoalan ini.

    Terima kasih

    October 15, 2014, 7:19 am
    • Ismail N

      W’salam Nadiah,

      Berdasarkan maklumat anda, saya boleh assume yang anda berkerja dengan majikan bukan Islam berketurunan cina. Namun, saya tidak terkejut dengan situasi anda kerana ia adalah biasa dan memang berlaku di sana sini.

      1. Bagus jika anda telah berusaha yang terbaik, namun jangan kecewa jika boss anda tidak puas hati dengan kerja anda kerana adakalanya boss tidak mahu tunjuk dia puas hati atas sebab tertentu dan adakalanya dia punyai standard yang lebih tinggi yang perlu anda capai.
      2. Syukur ada kenaikkan gaji tu. Ada ramai pekerja yang tidak dapat kenaikkan gaji bertahun-tahun. Soal berapa banyak majikan untung tu, jangan anda fikirkan sangat. Perniagaan zaman ini bukan something yang boleh sustain bertahun-tahun lamanya. Ada pasang surutnya. Majikan mungkin mahu invest pada aset yang boleh ditukarkan pada tunai bila keadaan memerlukan nanti. Plus, mungkin ada berjuta liabiliti majikan yang anda tidak ketahu yang perlu di servis setiap bulan.
      3. Ini adalah isu yang agak sensitif dan di luar kawalan kerajaan. Sejauh mana kerajaan boleh campurtangan dalam isu peribadi/agama sedangkan kebebasan beragama adalah satu yang diiktiraf dalam Perlembagaan? Dalam banyak hal, saya nasihatkan pekerja2 bersabar dan jika sesuatu yang anda tidak boleh “tolerate”, maka usahakan sesuatu untuk dapat kerja di tempat lain. Jangan berhenti sebelum dapat kerja di tempat lain kerana bukan mudah untuk mendapat kerja once anda menjadi “umemployed”.
      4. Saya tak boleh komen hal ini. Sebagaimana yang saya katakan tadi (#4) ia soal peribadi. Bagi mereka ia tidak haram/etc. Jadi, ia bukan salah mereka. Kita tidak boleh enforce sesuatu undang-undang yang bukannya commonly illegal ataupun cuma salah dari segi moral. Diskriminasi adalah sesuatu yang SALAH dari segi undang2 tetapi untuk buktikan wujudnya diskriminasi bukan mudah dan bukan hanya sekadar menunjukkan majikan bukan Islam mengamalkan budaya hidup mereka di pejabat yang mereka miliki.
      5. Jika ia dipaksa, maka ia satu kesalahan.
      6. Sama denga #5, ia tidak boleh dipaksa dan perlu dengan persetujuan pekerja.
      7. Again, ia soalan yang sama dengan atas.
      8. Memang byk majikan yg paksa pekerja cuti dengan annual leave. Ini satu kesalahan juga.
      9. & 10. Majikan yang old fashion tu. Stail zaman dulu2. Kuat memaki. Tabah hati ya. Cuba cari kerja tempat lain jika perlu.
      11. Cuti ehsan tu kena refer handbook dan kontrak. Susah hendak komen tanpa membacanya.
      12. Masa saya kerja dulu, saya ada dua handphone. Personal dan Kerja. Saya OFF handhone kerja bila time cuti 😀
      13. Off course, banyak majikan tak suka beri emergency leave.

      October 16, 2014, 2:09 am
  • hashim

    salam,

    bagaimana dengan tindakan kepada majikan yang tidak mematuhi peruntukan dalam akta plkn dan akta angkatan tentera yang berkaitan larangan pemotongan gaji/faedah/cuti bagi pekerja yang dipanggil mengikuti latihan? Rasanya perkara tersebut tidak dinyatakan dalam undang2 buruh yang ada.

    Syarikat di tempat saya bekerja mengarahkan pekerja supaya mengambil cuti tahunan/ cuti tanpa gaji untuk tujuan demikian.

    October 13, 2014, 11:38 am
    • Ismail N

      W’salam,

      Rasanya saya sudah menjawab soalan ini dalam komen-komen terdahulu.
      Akta2 ini spesifik dan tidak ramai majikan yang tahu. Pekerja perlu bawa nya ke pengetahuan majikan dan majikan perlu patuhinya juga atau aduan boleh dibuat pada pihak yang berkenaan.

      October 14, 2014, 1:37 am
  • nurhidayah binti ishak

    Salam encik. Sy ingin membuat pertanyaan..sy telah dibuang kerja oleh pihak majikan yang mana sy telah berkhidmat selama 5 tahun, sebab sy dibuang kerana sy tidak hadir ke pejabat selama 2 hari berturut turut disebab kan masalah kesihatan sy. Sy di nasihat kan untuk memberi surat tunjuk sebab kepada majikan. Setelah sy beri surat tunjuk sebab kepada majikan, pihak majikan tidak menerima surat tersebut atas alasan tidak munasabah. Sy juga telah pergi ke jabatan tenaga kerja untuk khidmat nasihat mereka, sy diberi dua pilihan yang mana kembali bekerja atau minta pampasan. Sy mengambil keputusan supaya pihak majikan membayar pampasan kepada sy, malang nya jawapan yang sy terima dari majikan, mereka tidak bersetuju untuk membayar pampasan. Sy hanya dibayar gaji selama 4 hari bekerja, kejadian berlaku sebulan sebelum sy ingin mendirikan rumah tangga. Sy umpama sudah jatuh ditimpa tangga. Sy sangat berharap pihak encik dapat membantu dan memberi jalan apa yang perlu sy lakukan lagi. Disini sy merasa sgt tertindas dan kecewa dengan apa yang pihak majikan lakukan terhadap sy. Terima kasih.

    October 8, 2014, 12:59 am
    • Ismail N

      W’salam,

      Dalam keadaan ini, anda cuma ada dua pilihan sahaja iaitu menerima tawaran majikan itu atau memfailkan tuntutan di Mahkamah Perusahaan (industrial Court). Ini perlu dibuat segera kerana ada had masa. Plus, anda perlu dapatkan khidmat peguam bagi membantu anda. Runding dengan peguam mengenai kos dulu. Selalunya dalam tuntutan kita boleh tuntut dari the other party kos guaman kita sekali.

      October 8, 2014, 2:01 am
  • Sarina

    Saya ada seorang pekerja (pemandu) yang mana dalam Job descriptionnya waktu bekerja dia adalah pada waktu kerja biasa iaitu 8.00 a.m sampai 5.00 p.m.(gaji RM1500) akan tetapi kerja nya sebagai pemandu menyebabkan dia terpaksa mengambil pekerja2 yang pulang pada pukul 5 p.m dan dia selesai menghantar semua pekerja ke rumah dalam pukul 8 p.m. tetapi pekerjaan dia pada waktu bekerja boleh dikatakan banyak berehat dan hanya akan keluar membawa kenderaan syarikat apabila diperlukan seperti membeli barang2 syarikat dan sebagainya. dia pernah bertanya kepada saya adakah dia boleh dikira untuk claim OT pada waktu selepas bekerja sedangkan waktu bekerja dia tidak digunakan sepenuhnya. apa penjelasan sebaik2nya saya perlu jelaskan kepada pekerja tersebut kalau boleh dikaitkan dengan akta pekerja.

    September 18, 2014, 5:01 am
    • Ismail N

      Hi Sarina,

      Sudah tentu dia boleh claim OT. Kegagalan majikan memberikan tugas semasa dalam masa kerja biasanya adalah bukan masaalah dia atau alasan majikan utk tidak membayar mengikut kadar OT. Oleh itu, majikan perlu memikirkan cara optimum/terbaik menggunakan khidmatnya.

      September 19, 2014, 7:42 am
  • Jobless

    Salam En.Ismail,
    Sy menetap di kuantan.Pada bulan Dec,2013 sy tlh bekerja dgn Syarikat F dgn kontrak disediakn.Syarikat ini berpangkalan di JB.tetapi projek di kuantan.Pada bulan Mac 2014 sy telah diserapkan ke jawatan tetap dn kontrak baru diberi dgn alasan mereka memerlukn sy utk projek akn dtg di kuantan yg dijngkakan bermula sejurus habis projek skg. Sy terpaksa menolak tawaran jawatan tetap syarikat lain yg based di kuantan semata2 krn tawaran mereka yg lbh baik. Pada hujung Ogos lalu, projek kami dh nk habis dn projek baru yg dijangka belum dpt maklumbls dr klien.Sy tlh bersedia meniggalkn famili utk berhijrah ke JB krn ank skg bersekolah dikuantan. Tiba2 pd 29th Ogos,seorg admin staff syarikat ini mghubungi sy dn memaklumkn pihak atsan tlh mmbuat kputusan agar sy melepskn jwtan sy dgn mngemukakan surat resign dn mereka akn byr gaji sy sbyk 2 bulan notis spt dlm kontrak. mmg x masuk akal ape yg dorg pkir. Sy mnasihatkn mereka utk isukn retrenchment notice dgn compensation2 yg trlibat sekali kalau benar xnk khidmat sy lg.ni utk secure diri sy.sy secara peribadi mmg dh xnkkeje dgn syarikat koboi mcmni.FYI, Syarikat sy kerja skg adalah subsidiary kpd syarikat Oil n Gas yg bertaraf berhad dn ade di papan bursa saham. Sy tlh mghantar email utk jadikn isu ini formal dn mereka reply as noted dn akn merujuk pihak HQ. Skg sudah seminggu tanpa berita. Seolah sy digantung x bertali.Sy x dibenarkn dtg kerja dn di”syorkan” berhenti kerja semata2 utk reduce cost tanpa sbrg sbb lain. Sy tertekan dn risau kerana komitmen kewangan agak tinggi.FYI, cutoff date utk timesheet sy adlh pd stp 15hb. Gaji sy lbh dr 3.5k sebulan.Smpai bila agak2 perlu sy tunggu dn ape tindakan berkesan yg Tuan blh syorkn kpd sy utk selesaikn kemelut ini.Sy skg tgh berusaha utk mcari pekerjaan lain (mmg sukar buat ms ini) dn pd ms sama, sy perlu selesaikn mslh ini.sy xnk biarkn syarikat ini terlepas seolah2 tiada undang2 yg dpt melindungi pekerja. Boleh ke sy terus ke IR Dept cawangan kuantan utk tindakan?Tolong bg idea terutama dr segi perundangan. terima kasih ats maklumbls Tuan.

    September 6, 2014, 4:52 pm
    • Ismail N

      Hal ini melibatkan kontrak dan dokumen2 yg telah anda tandatangani dengan majikan. To me the best ialah meminta advice dari peguam IR. Saya tak berani bagi nasihat sangat sbb normally sykt besar2 ni ada pegawai2 yg mereka lantik utk pastikan mereka compliance with the law. Oleh itu, bagus anda berjumpa peguam agar mereka boleh go through dokumen2 yg ada dan memberi nasihat yg sesuai buat anda. Terima kasih

      September 10, 2014, 2:12 am
      • Lisa

        Salam..seperti yang dinyatakan pekerja yang bergaji bawah RM2000 yang akan dilindungi bawah akta Pekerja 1955. Yang mana gaji lebih daripada itu tertakluk kepada kontrak dan syarat syarikat. Adakah syarikat boleh mengemukakan apa jua syarat tidak berdasarkan mana2 akta atau ada juga kena tertakluk kepada akta2 yang berkaitan? Terima kasih

        September 17, 2014, 3:33 am
        • Ismail N

          W’salam Lisa,

          Jika pekerja dilindungi Akta (bergaji RM2k ke bawah),

          Majikan TIDAK BOLEH mengenakan apa-apa terma YANG KURANG dari yang disyaratkan oleh Akta. Lebih boleh dan digalakkan.
          Contohnya: Akta mewajibkan pekerja di berikan 1 hari rehat dalam seminggu. Majikan tidak boleh beri 1 hari rehat dalam dua minggu sbb ia kurang faedah buat pekerja. Tetapi majikan boleh berikan yang lebih baik seperti dua hari rehat dalam seminggu.

          September 17, 2014, 3:47 am
          • Lisa

            Terima kasih. Tapi apa yang menjadi persoalan saya sekiranya gaji pekerja lebih RM2000 dia tidak dilindungi Akta. Dan dia kena mengikut syarat syarikat yang bertulis dalam surat atau kontrak. Persoalannya adakah syarat yang syarikat tetapkan itu mengikut mana2 akta selain Akta Pekerja 1955 atau apa jua syarat? maaf sekiranya penjelasan En. kurang saya faham.

            September 17, 2014, 3:59 am
          • Ismail N

            Pekerja yang tidak dilindungi oleh Akta hendaklah merundingkan terma-terma kontrak mereka dengan majikan terlebih dahulu sebelum bersetuju dan menandatangani kontrak kerja.
            Ya, tiada Akta yang mengawal selia soal faedah/terma kontrak bagi pekerja2 sebegini.

            September 17, 2014, 4:20 am
  • Affy Iqa

    Salam. Nak tanye satu soalan la bro.. kalau majikan xnak membayar gaji atau mahu membayar hanya 1/4 drp gaji selama tempoh mc kerajaan yg diberi adakah ia satu kesalahan? Boleh bawak masuk court x? And will it be worth it? Mohon pencerahan. Tq

    September 4, 2014, 2:05 am
    • Ismail N

      W’salam,

      Gaji itu perkara “ASAS” kontrak. Maka, jika ia mahu dipotong atau dikurangkan mestilah dengan persetujuan pekerja atau atas sebab yang sah.
      Atas alasan apa dia cuma “mahu membayar hanya 1/4 drp gaji selama tempoh mc kerajaan” ?

      Hal berkenaan gaji hendaklah di adukan terlebih dahulu pada Jabatan Tenaga Kerja untuk siasatan dan tindakan lanjut.

      September 5, 2014, 1:52 am
  • Yus Idrus

    Assalamualaikum.Saya telah bekerja dengan sebuah hotel tempatan di Tawau semenjak Jan 2010 sehingga Sep 2014..Sebagai pekerja sementara dengan gaji harian.Tiada kontrak bertulis.Saya diberhentikan serta merta pada 2 Sep.Secara lisan oleh Asst Manager atas kehendak Hotel Manager.Dengan alasan yang tidak kukuh.Gaji saya(bulan Ogos) dibayar pada hari tersebut dan diarahkan ‘pulang’.Selama tempoh saya bekerja dengan hotel tersebut,saya tiada caruman KWSP/SOCSO/cuti umum/cuti tahunan/cuti mingguan(2 tahun lalu,cuti mingguan diberi sebanyak 2 hari dalam sebulan-bersyarat).Dan saya bukan warganegara-pemegang surat lahir.Soalan saya,adakah saya punya hak dalam Akta Pekerja?Jika ya,apa yang harus saya katakan/bawa sekiranya saya ingin membuat aduan.

    September 3, 2014, 2:16 pm
    • Ismail N

      W’salam Yus,

      Untuk pekerja di Sabah, undang-undang yang terpakai adalah Ordinan Buruh Sabah. Ia melindungi pekerja warganegara dan bukan warganegara yang gajinya RM 2,500 dan ke bawah. Namun anda perlu juga permit kerja yang sah atau permit IMM13 yang sah jika ada.

      KWSP tidak diwajibkan pada pekerja bukan warganegara. Anda boleh mohon bantuan Jabatan Tenaga Kerja untuk bantuan lanjut. Terima kasih.

      September 5, 2014, 1:36 am
  • Kent Soh

    Salam,

    Ada 1 study case nk minta pendapat sifu iaitu pekerja asing di syarikat ABC mula bekerja selama 7 hari sahaja..majikan dia hendak memberhentikan khidmat dia berdasarkan dia adalah permalas tanpa dapat memberikan bukti kukuh melalui CCTV (malah melalui CCTV dapat melihatkan pekerja ini sanggup bekerja, walaupun lambat tetapi dia tetap menyiapkan kerja yang diberikan oleh majikan).

    Hendak minta pandangan professional bro jikalau hendak mengajukan masalah ini ke pejabat buruh, apakah tindakan yang boleh diambil oleh pihak berkuasa.?

    August 13, 2014, 9:56 am
    • Ismail N

      Bergantung pada apakah tindakan yang telah di ambil majikan? Sudahkah dia diberhentikan kerja? Atas alasan apa majikan berikan? Jika ia atas alasan disiplin/misconduct, adakah satu siasatan telah di buat? Adakah pekerja telah diberikan peluang membela diri? Dsb.

      Jika majikan salah dalam tindakan membuang pekerja, maka pekerja boleh memohon agar:-
      – diambil semula bekerja; atau
      – dibayar pampasan

      August 13, 2014, 10:24 am
      • Kent Soh

        Inilah masalahnya, majikan bercadang hendak membuatkan pekerja ni gagal dalam ujian kesihatan (Fomema) agar blh hntar dia pulang ke negara asal dia tanpa memberikan sebarang pampasan. Saya ingin menghentikan perbuatan majikan tersebut tetapi tidak tahu cara yang betul. Boleh x saya maklumkan ke JTK supaya pihak berkuasa dapat memberi amaran ataupun membuat siasatan terhadap majikan tersebut..?

        August 13, 2014, 11:32 am
        • Ismail N

          Anda boleh membuat apa-apa aduan berkenaan salah laku pekerja. Masaalahnya selalu ialah membuktikan kes terhadap majikan. Mungkin anda boleh duduk berunding dgn kaunselor JTK bagi mencari jalan penyelesaian terbaik. Plus, jika pekerja sanggup – keluarkan sedikit belanja utk buat medical check-up sendiri yang membuktikan pekerja sebenarnya tidak menghadapi masaalah kesihatan tetapi di aniya. Apa-apa pun tindakan yang mahu dibuat, sebaiknya dapatkan naishat JTK kerana mereka juga nanti yang akan terima aduan dan ada kuasa utk buat tindakan.

          August 15, 2014, 12:31 am
  • jeremy

    salam . saya ade musykil sikit tentang cuti half day. bagaimana cuti half day di huraikan dalam akta buruh. contoh jika ambil cuti half day pada waktu pagi iaitu dari jam berapa ker berapa? dan jika ambil half day pada waktu tgh lak dari jam berapa ke berapa. sila bg komen dan pendapat kepada saya. majikan saya nk mainkan dgn saya pasal akta buruh.. tolong saya. salam

    July 11, 2014, 7:58 am
    • Ismail N

      Cuti half day tidak dinyatakan dalam Akta. Anda perlu ada persetujuan bersama dengan majikan dalam hal ini.

      July 12, 2014, 4:12 am
  • UpProfits

    Rasanya Akta Pekerja 1955 dah wajar dipinda sesuai dengan keadaan masakini.

    April 26, 2014, 4:22 pm
  • akubiomed

    Selama ini salah faham kalau diberi level eksekutif akan tidak dilindungi.

    April 26, 2014, 12:30 pm
Like Our Facebook Page close[x]
Or wait 15 seconds