Dulu Lain Logo
Akta Perhubungan Perusahaan 1967 Akta Perhubungan Perusahaan 1967
Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (adakala disebut ‘Perindustrian‘) atau dalam bahasa Inggerisnya, Industrial Relations Act 1967 adalah suatu perundangan penting yang sering digunapakai namun tidak... Akta Perhubungan Perusahaan 1967

IRA 1967

Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (adakala disebut ‘Perindustrian‘) atau dalam bahasa Inggerisnya, Industrial Relations Act 1967 adalah suatu perundangan penting yang sering digunapakai namun tidak disedari ramai.

Ramai pekerja dan majikan, malahan pengamal sumber manusia (HR Practitioners) sering terkeliru dengan pemakaian Akta ini dengan Akta Kerja 1955 (Employment Act 1955).



Beza Akta Perhubungan Perusahaan 1967 Dan Akta Kerja 1955

Namun, perbezaan terpenting antara kedua-dua akta ini adalah Akta Kerja 1955 menggariskan terma-terma minima yang perlu ada dalam kontrak kerja seseorang pekerja, manakala Akta Perhubungan Perusahaan 1967 mengawal selia hubungan antara majikan dan pekerja serta kesatuan sekerja dalam bentuk pencegahan dan penyelesaian apa-apa perselisihan atau pertikaian di antara mereka.

Dalam banyak perkara, pertikaian dalam Akta Kerja 1955 lebih bersifat kontrak (contractual & pematuhan undang-undang), manakala untuk Akta Perhubungan Perusahaan 1967 pula Mahkamah akan lebih meneliti tentang soal ekuiti dan keadilan.

equity vs equality

Perbezaan di antara kedua-dua Akta ini boleh dilihat dalam contoh berikut:

A adalah pekerja bagi Syarikat XYZ di Kajang, Selangor dan menerima gaji RM1,800 sebulan. Ini secara automatik menjadikan A dilindungi oleh Akta Kerja 1955.

Setelah sebulan berkerja, A telah diarahkan untuk melakukan kerja lebih masa selama 24 jam. Namun, A cuma dibayar mengikut kadar biasa sahaja.

Di bawah Akta Kerja 1955, Syarikat XYZ wajib membayar A pada kadar lebih masa dan memasukkannya dalam terma kontrak kerja. Jika gagal, maka A boleh membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) untuk mendapatkan bayaran ini.

Di peringkat ini, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 masih lagi tidak digunakan. Ini kerana isu masih berkisar pada terma kontrak ataupun syarat-syarat kontrak minima yang tidak dipatuhi.

Akan tetapi apabila KONTRAK KERJA DITAMATKAN, maka isu terma tidak lagi wujud.

arrow down big

Sebaliknya apabila timbul pertikaian di antara pekerja dan majikan ia melibatkan soal sama ada:

wujudnya keadilan kepada pekerja dan majikan?

Di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967, seseorang pekerja boleh membuat representasi secara bertulis kepada Ketua Pengarah (Jabatan Perhubungan Perusahaan) untuk:

  • pemulihan kerja pada pekerjaan lamanya.

Jabatan ini atau dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai The Industrial Relations (IR) Department akan mengaturkan satu sesi perdamaian (conciliation meeting) dengan harapan isu dapat diselesaikan secara aman.

Jika satu kata putus tidak dapat dicapai melalui sessi ini, maka hal ini akan dirujuk kepada Menteri Sumber Manusia yang akan meneliti kes sebelum membuat keputusan sama ada kes akan didengar di Mahkamah Perusahaan atau tidak.

Mahkamah Perindustrian

CIRI-CIRI AKTA PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967 YANG PERLU ANDA TAHU.

Pertamanya ia TERPAKAI di seluruh Malaysia, termasuk Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan.

Kedua, maksud ‘Pekerja‘ di bawah akta ini lebih luas dari Akta Kerja 1955 atau Ordinan Buruh Sabah/Sarawak. ‘Pekerja’ di bawah akta ini merujuk kepada mana-mana orang, termasuk perantis, yang diambil bekerja oleh majikan di bawah kontrak pekerjaan untuk bekerja untuk upah atau ganjaran.

INGAT: Di bawah Akta ini tiada had gaji. SEMUA perkerja boleh buat representasi tidak kira berapa gaji yang diterimanya.

Perundangan Buruh

Mahkamah Perusahaan adalah diwujudkan di bawah Akta ini dan tidak tertakluk pada mana-mana akta lain. Sebarang rasa tidak puas hati terhadap keputusan mahkamah ini didengar secara semakan penghakiman (judicial review) di Mahkamah Tinggi.

Tempoh Membuat Representasi/Tuntutan

Ada had tempoh ditetapkan untuk membuat tuntutan di bawah Akta ini iaitu enam puluh (60) hari selepas pekerja diberhentikan kerja.

60 days



Kuasa Mahkamah Perusahaan

Kuasa Mahkamah Perusahaan adalah luas dan tidak terhad kepada melihat dokumentasi, akta dan kontrak sahaja. Ia boleh membuat keputusan berdasarkan ekuti, prinsip-prinsip seperti “just cause and excuse” serta  “procedural fairness”.

Sekiranya Mahkamah memutuskan bahawa pemecatan adalah tidak adil, maka Mahkamah akan mengarahkan pekerja dikembalikan ke jawatan asal (reinstated) dan bayaran tunggakan gaji. Walau bagaimanapun, jika Mahkamah berpendapat hubungan pekerja-majikan telah rosak dan tidak boleh dipulihkan, maka ia boleh mengarahkan agar majikan membayar pampasan kepada pekerja. Sila rujuk Jadual Kedua Akta dan Peraturan Kerja (Faedah-faedah Penamatan dan Rentikerja Sentara) 1980 (Employment (Termination and Lay-Off) Benefits 1980) untuk maklumat lanjut.

Bagi mereka yang berminat untuk membaca Akta ini boleh muat turunnya di SINI. Jika ada kesempatan saya akan tulis dengan lebih lanjut mengenai hal ini bermula dengan proses tindakan disiplin, siasatan dalaman (domestic inquiry), penamatan kontrak salah hingga ke tuntutan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan. Insya-Allah

 

RUANG KOMEN PADA ARTIKEL INI TELAH DITUTUP UNTUK MENGELAKKAN KOMEN BERBENTUK SPAM. JIKA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG PERTANYAAN / KEMUSYKILAN, SILA KOMEN DI SINI.

Admin

DULU LAIN SEKARANG LAIN - Are a couple of HR practitioners and learners who believe in sharing info, knowledge and experience with readers and followers of DLSL. Occassionally, we also share about other matters.