Please disable Ad Blocker before you can visit the website !!!

Akta Perhubungan Perusahaan 1967

by Ismail N   ·  8 years ago  
thumbnail

Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (adakala disebut ‘Perindustrian‘) atau dalam bahasa Inggerisnya, Industrial Relations Act 1967 adalah suatu perundangan penting yang sering digunapakai namun tidak disedari ramai.

Ramai pekerja dan majikan, malahan pengamal sumber manusia (HR Practitioners) sering terkeliru dengan pemakaian Akta ini dengan Akta Kerja 1955 (Employment Act 1955).

IRA 1967

Beza Akta Perhubungan Perusahaan 1967 Dan Akta Kerja 1955

Namun, perbezaan terpenting antara kedua-dua akta ini adalah Akta Kerja 1955 menggariskan terma-terma minima yang perlu ada dalam kontrak kerja seseorang pekerja, manakala Akta Perhubungan Perusahaan 1967 mengawal selia hubungan antara majikan dan pekerja serta kesatuan sekerja dalam bentuk pencegahan dan penyelesaian apa-apa perselisihan atau pertikaian di antara mereka.

Dalam banyak perkara, pertikaian dalam Akta Kerja 1955 lebih bersifat kontrak (contractual & pematuhan undang-undang), manakala untuk Akta Perhubungan Perusahaan 1967 pula Mahkamah akan lebih meneliti tentang soal ekuiti dan keadilan.

equity vs equality

Perbezaan di antara kedua-dua Akta ini boleh dilihat dalam contoh berikut:

A adalah pekerja bagi Syarikat XYZ di Kajang, Selangor dan menerima gaji RM1,800 sebulan. Ini secara automatik menjadikan A dilindungi oleh Akta Kerja 1955.

Setelah sebulan berkerja, A telah diarahkan untuk melakukan kerja lebih masa selama 24 jam. Namun, A cuma dibayar mengikut kadar biasa sahaja.

Di bawah Akta Kerja 1955, Syarikat XYZ wajib membayar A pada kadar lebih masa dan memasukkannya dalam terma kontrak kerja. Jika gagal, maka A boleh membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) untuk mendapatkan bayaran ini.

Di peringkat ini, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 masih lagi tidak digunakan. Ini kerana isu masih berkisar pada terma kontrak ataupun syarat-syarat kontrak minima yang tidak dipatuhi.

Akan tetapi apabila KONTRAK KERJA DITAMATKAN, maka isu terma tidak lagi wujud.

arrow down big

Sebaliknya apabila timbul pertikaian di antara pekerja dan majikan ia melibatkan soal sama ada:

wujudnya keadilan kepada pekerja dan majikan?

Di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967, seseorang pekerja boleh membuat representasi secara bertulis kepada Ketua Pengarah (Jabatan Perhubungan Perusahaan) untuk:

  • pemulihan kerja pada pekerjaan lamanya.

Jabatan ini atau dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai The Industrial Relations (IR) Department akan mengaturkan satu sesi perdamaian (conciliation meeting) dengan harapan isu dapat diselesaikan secara aman.

Jika satu kata putus tidak dapat dicapai melalui sessi ini, maka hal ini akan dirujuk kepada Menteri Sumber Manusia yang akan meneliti kes sebelum membuat keputusan sama ada kes akan didengar di Mahkamah Perusahaan atau tidak.

Mahkamah Perindustrian

CIRI-CIRI AKTA PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967 YANG PERLU ANDA TAHU.

Pertamanya ia TERPAKAI di seluruh Malaysia, termasuk Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan.

Kedua, maksud ‘Pekerja‘ di bawah akta ini lebih luas dari Akta Kerja 1955 atau Ordinan Buruh Sabah/Sarawak. ‘Pekerja’ di bawah akta ini merujuk kepada mana-mana orang, termasuk perantis, yang diambil bekerja oleh majikan di bawah kontrak pekerjaan untuk bekerja untuk upah atau ganjaran.

INGAT: Di bawah Akta ini tiada had gaji. SEMUA perkerja boleh buat representasi tidak kira berapa gaji yang diterimanya.

Perundangan Buruh

Mahkamah Perusahaan adalah diwujudkan di bawah Akta ini dan tidak tertakluk pada mana-mana akta lain. Sebarang rasa tidak puas hati terhadap keputusan mahkamah ini didengar secara semakan penghakiman (judicial review) di Mahkamah Tinggi.

Tempoh Membuat Representasi/Tuntutan

Ada had tempoh ditetapkan untuk membuat tuntutan di bawah Akta ini iaitu enam puluh (60) hari selepas pekerja diberhentikan kerja.

60 days

Kuasa Mahkamah Perusahaan

Kuasa Mahkamah Perusahaan adalah luas dan tidak terhad kepada melihat dokumentasi, akta dan kontrak sahaja. Ia boleh membuat keputusan berdasarkan ekuti, prinsip-prinsip seperti “just cause and excuse” serta  “procedural fairness”.

Sekiranya Mahkamah memutuskan bahawa pemecatan adalah tidak adil, maka Mahkamah akan mengarahkan pekerja dikembalikan ke jawatan asal (reinstated) dan bayaran tunggakan gaji. Walau bagaimanapun, jika Mahkamah berpendapat hubungan pekerja-majikan telah rosak dan tidak boleh dipulihkan, maka ia boleh mengarahkan agar majikan membayar pampasan kepada pekerja. Sila rujuk Jadual Kedua Akta dan Peraturan Kerja (Faedah-faedah Penamatan dan Rentikerja Sentara) 1980 (Employment (Termination and Lay-Off) Benefits 1980) untuk maklumat lanjut.

Bagi mereka yang berminat untuk membaca Akta ini boleh muat turunnya di SINI. Jika ada kesempatan saya akan tulis dengan lebih lanjut mengenai hal ini bermula dengan proses tindakan disiplin, siasatan dalaman (domestic inquiry), penamatan kontrak salah hingga ke tuntutan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan. Insya-Allah

256 Comments

  1. Yusri

    Saya telah diberikan cuti hospital dari 14 Okt 2022 ~ 30 Nov 2022. Adakah cuti umum dalam tempoh cuti hospital itu boleh digantikan? Ini termasuklah cuti PRU yang diumumkan oleh mantan Perdana Menteri. Bolehkah tuan beri penjelasan.

    1. Jika hari anda sakit, tiba-tiba cuti umum, maka simpan sahaja MC anda dan anggap sebagai cuti umum sahaja. Anda tak boleh ganti cuti umum di hari lain ya. Cuma save 1 hari annual entitlement sick leave anda.

  2. Fatkhul Hidayat Bin Ahmad Hasir

    Salam,

    Saya ada satu soalan.

    Saya berkerja di sebuah syarikat yang mana saya adalah agen perhubungan pelanggan (Customer Service) tetapi dalam masa yang sama saya juga telah diarah untuk menjual produk syarikat itu. Jadi majikan mengatakan yang prestasi saya diukur daripada berapa banyak jumlah jualan saya dalam sebulan tetapi tiada langsung ukuran prestasi daripada tugas saya yang lain iaitu memberi bantuan perkhidmatan kepada pelanggan. Adakah ini bermakna saya melakukan tugas melayan pelanggan itu secara percuma dan tidak berbayar? Adakah majikan boleh memberikan saya dua tugasan dan menilai hanya daripada satu sahaja tugasan?

  3. sariman jabar

    salam..saya sudah berhidmat selama 16 tahun.basic saya rm1.8k
    gaji terakhir saya rm6k termasuk insentive.company saya sudah di terminate oleh client pada bulan 2 2021
    saya sebagai pengurus. saya akan di berhentikan..adakah layak saya terima pampasan.

  4. Salmiza Ismail

    Salam… saya nak tanya tentang mc… saya telah disahkan mendapat penyakit endometriosis (Jabatan O & G) Hospital Pakar kerajaan… dan perlu membuat follow-up setiap 3 bulan.. kalau bagitau doktor yang saya bekerja mmg doktor akan bagi mc semasa buat follow-up tetapi majikan meminta saya memotong AL kerana mc ini hanya follow-up bukannya sakit… saya ingin bertanya dari segi undang2 adakah majikan berhak berbuat begitu…

    1. Minah Jenin

      Puan, jika selama ini Company terima mc dr hospital kerajaan, maka selagi kelayakan cuti sakit puan masih ada, company tidak boleh potong AL puan utk mc tersebut.

  5. Rizuan bin ahmad tajudin

    Assalamualaikum dan selamat pagi
    Saya nak tanya.berkenanan MC.company saya ada panel tapi saya pergi panel dari company isteri saya disebabkan kualiti ubat lagi bagus dari panel campany saya.jadi kan sini saya nak tau MC tersebut bole diguna pakai?dan company boleh buat supaya jadi unpaidmc (gaji ditolak)

    1. Minah Jenin

      Waalaikumsalam. Tuan hendaklah merujuk kpd Kontrak Pekerjaan dan Company Handbook, jika ada. Menurut S.60F Akta Kerja, pekerja berhak kpd cuti sakit berbayar slps pemeriksaan oleh doktor yang dilantik oleh majikan kecuali jika tiada panel dilantik/ terlalu sukar utk ke klinik panel. Perlu diingat, menurut S.60F (2), pekerja yg mengambil cuti sakit tanpa pengesahan doktor panel syarikat, blh dianggap telah tidak hadir tanpa kebenaran dan blh dikenakan tindakan tatatertib. Utk maklumat lanjut, sila baca : https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/cuti-sakit-berbayar

  6. Al Sidiq

    Assalammualaikum..
    saya ada 2 soalan.

    1. calon pekerja dtg temuduga dalam keadaan dia tidak sedar dia hamil 5 bulan++, majikan juga langsung tidak mengesyaki calon hamil kerana keadaan fizikal yang kecil dan perut juga tidak besar. seminggu lepas mula bekerja, calon ke klinik kerana pening2 dan dan doktor sahkan hamil hampir 6 bulan. pekerja bersalin sebelum tempoh percubaan tamat (3 bulan). adakah pekerja layak menerima faedah bersalin (cuti bergaji 2 bulan)?

    2. seolan kedua berkenaan seorang pekerja yang menimbulkan ketidakharmonian di kalangan rakan sekerja. Aduan dari rakan2 sekerja akan keadaan pekerja ini telah dibuat secara bertulis (rakan sekerja mengesyaki dia khayal dadah kerana kerap bercakap seorang). Apabila majikan bertanya, pekerja ini kata dia sanggup buat urin test, tetapi sekiranya keputusan urin negatif, dia akan ambil tindakan undang2. Majikan ingin tukarkan pekerja ke tempat kerja lain, tetapi tidak pasti justifikasi untuk pertukaran tersebut. Harap tuan dapat bagi pandangan dalam hal ini. terima kasih.

    1. Minah Jenin

      Waalaikumsalam.
      1. Utk layak kpd faedah bersalin, pekerja mesti mengandung anak pertama hingga kelima sahaja; diambil bekerja sekurang2nya 4 bln sblm bersalin; dan jumlah tempoh bekerja x kurang 90 hari. Sila buat pengiraan yg tepat.
      Untuk maklumat lebih terperinci, sila rujuk https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/cuti-bersalin-dan-faedah-bersalin
      2. Pihak Majikan hendaklah merangka polisi keselamatan & kesihatan yg merangkumi ujian air kencing, dsbnya, atau meletakkan klausa berkenaan dlm kontrak kerja jika ingin mengarahkan pekerja membuat urine test. Majikan blh transfer pekerja (tertakluk kpd terma kontrak) asalkan tidak memberi kesan kpd pangkat, gaji & faedah pekerja tersebut. Utk menangani isu sebegini di masa dpn, Majikan hendaklah mengamalkan performance management system/performance improvement plan terhdp semua pekerja.

    2. ASMAWI BIN ABD RAHMAN

      tuan…sy telah ditahan dilokap balai polis bagi membantu siasatan….dlm tempoh penahanan tersebut(hari tidak bekerja-sabtu & ahad) sy telah disahkan tidak terlibat dgn aktiviti jenayah dan telah dibebaskan tanpa syarat…setelah memulakan tugas saya telah dikenakan tindakan pemotongan gaji pd tarikh tersebut….adakah pemotongan gaji tersebut oleh pihak majikan sah dari segi undang2 sedangkn pada tarikh tersebut bukan hari bekerja saya.

  7. Jonathan Edin

    Salam tuan…
    Saya ingin bertanya soalan macam ni;
    Saya bekerja di sektor swasta dalam bidang F&B…yang saya inginkan kepasrian adalah…masa kerja saya adalah 10 jam setiap hari termasuk 1 jam rehat dan dalam seminggu saya kena bekerja 12 jam termasuk 1 jam rehat…apakah majikan saya berhak untuk memanjangkan masa kerja saya seperti itu…atau saya berhak membuat aduan ke jabatan buruh dan apakah jabatan buruh boleh melindungi saya daripada sebarang tindakan daripada majikan saya…Dalam pada itu…majikan saya tidak sama sekali membayar upah kerja lebih masa saya dengan alasan gaji melebihi RM2500…
    Diharap pihak tuan dapat memberi penjelasan kepada saya berkenan hal tersebut..
    Terima kasih.

    1. Jonathan Edin

      Dalam seminggu saya ada 2 hari masa kerja selama 12 jam dan 4 hari masa kerja saya adalah 10 jam tanpa bayaran kerja lebih masa

      1. Minah Jenin

        Tuan, oleh krn gaji melebihi RM2500 dan tuan tidak termasuk dlm pekerja yg dilindungi di bwh Jadual Pertama, Akta Kerja, maka faedah atau kelayakan tuan bergantung kpd terma kontrak pekerjaan. Walau bagaimanapun, skop kerja F&B adalah luas. Jika kerja tuan lebih ‘manual’ drpd ‘teknikal’, tuan mgkn blh dianggap dilindungi di bwh S.2(1) Jadual Pertama. Tuan blh bertanya kpd JTK secara anonymous (telefon) utk kepastian.

  8. Ninie

    Salam Tuan…
    Saya inhin ajukan 1 soalan.. Saya diberi 1 hari cuti dalam seminggu.. (cth : off day pada hari isnin).. dan majikan meminta saya bekerja pada hari cuti saya.. dan ini bermakna minggu tersebut tiada cuti bagi saya.. berapakah kiraan gaji saya, jika saya bekerja jatuh pada hari off day saya.. mohon penjelasan

    1. Minah Jenin

      Jika puan dibyr gaji bulanan, S.60(3)(b) terpakai utk off-day/rest day. Formulanya bergantung kpd tempoh masa bekerja. Oleh itu, sila rujuk : https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/undang-undang-buruh-hari-rehat

  9. Assalamualaikum, saya bekerja di company A iaitu sebuah badan NGO..saya dibayar elaun sebanyak RM1500 tidak termasuk potongan epf & socso..apabila dipotong bersih dalam RM1300..majikan saya buka company B dan arahkan saya untuk membuat design untuk company B sedangkan saya bekerja di company A..boleh atau tidak majikan saya berbuat demikian?? Salah ke saya mintak bayaran kerana saya tidak bekerja di company B

    1. Minah Jenin

      Depends on terma kontrak pekerjaan tuan. Kebanyakan majikan akan letak klausa umum dlm kontrak/Letter of Offer/job description ttg ‘any other task or responsibilites as may be required from time to time’. Sila rujuk dokumen kerja tuan.

  10. Hikmi

    saya nak tanya,
    sy baru bekerja disebuah syarikat pada 25 April 2017 dan contract selama 6 bln berakhir pada 25 October 2017. Gaji saya Rm2000 setiap bulan.Adakan saya berhak untuk berhenti, sekiranya lepas tamat tempoh 6 bulan majikan tidak memberi sebarang notis pekerja tetap. Dan sekiranya majikan bagi notis pekerja tetap adakah saya layak untuk meminta syarat baru di dalam perjanjian?

    1. Minah Jenin

      Saya andaikan kes tuan adalah ‘Fixed-Term Contract’ dan bukan ‘Probationer’. Tuan berhak utk bhenti tetapi hendaklah merujuk kpd terma Kontrak Kerja / Letter of Offer tuan. Notis minima bg pekerja yg dilindungi oleh Akta Kerja adalah 4 minggu.
      Jika tuan disahkan ke jawatan tetap, tuan blh meminta syarat baru, terpulang kpd majikan sama ada hendak menerima atau tidak. Bincang dgn baik.
      Jika kes tuan berkenaan ‘Probationer’ sila rujuk : https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/tempoh-percubaan-dan-pengesahan-dalam-jawatan

    2. awie

      tuan yg dihormati..sy ada soalan:
      1- saya telah bekerja dlm sebuah syarikat selama lebih 25thn dengan tiada rekod disiplin selama tempoh tersebut…namun pada kesalahan pertama iaitu saya sy dituduh keluar dari tempat kerja bersama 2 rakan tanpa mendapat kebenaran…akibat dari itu sy terus dikenakan tindakan amaran terakhir selepas siasatan namun 2 rakan sy hanya dikenakan amaran pertama…adakah saya berhak mencabar keputusam ini (diskriminasi hukuman)
      2- akibat dari kes amaran terakhir tersebut sy telah ditekan secara emosi & mental…kesannya sy telah dikenakan tuduhan keluar tanpa kebenaran kali kedua(kesalahan berulang)..akibat dari kesalahan berulang pihak syarikat menjalankn siasatan dalaman dan hasilnya sy telah ditamatkan perkhidmatan walaupun sy telah mempertikaikan keputusan & tuduhan tersebut…pada hemat tuan bolehkah sy kes ini dipanjangkn ke JPP/mhkamah perusahaan?..

  11. Mr A

    saya ingin bertanya lanjutan daripada artikel
    https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/saman-dari-bank
    sebab kat artikel tersebut link komen dah disable.
    sekiranya diisytiharkan muflis,adakah JIM akan mengambil semua harta (rumah/kereta) yg berada di bawah nama penghutang
    walaupun harta tersebut masih mempunyai baki pinjaman di bank dan pembayaran untuk harta2 tersebut
    adalah konsisten?
    bagaimana pula harta yg menggunakan nama penghutang sebagai penjamin?

    1. Minah Jenin

      Tuan, pindaan besar kepada Bankruptcy Act 1967 menjadi Insolvency Act 1967, byk memberi faedah kpd penghutang. Ia jg memberi peluang kpd penghutang utk membincang & merangka pelan penyelesaian hutang. Utk menjaga kepentingan penghutang, sebaiknya beliau
      mendapatkan khidmat peguam dgn segera.

  12. SYIDA

    Salam Tuan
    Kilang saya mengalami kerugian agak banyak untuk tahun in .Jadi pihak atasan mengambil langkah mengurangkan hari bekerja kepada 5 hari seminggu (shut down).Cuti tahunan para pekerja dipotong mengikut jumpah hari shutdown.Hampir 4 bulan kami shutdown ada yang dah habis cuti tahunan dipotong.Bagaimanakah cara pihak atasan ini.Adakah dibenarkan dalam undang undang buruh?
    Terima kasih Tuan.

    1. Minah Jenin

      Tuan, sila rujuk : https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/shut-down-dan-force-leave-bolehkah-pekerja-dipaksa-mengambil-cuti-tahunan
      Jika tuan masih musykil, tuan dinasihati utk mengajukan pertanyaan terus kpd pejabat JTK berhampiran utk bantuan segera. Bawa bersama dokumen2 yg berkaitan & berikan maklumat terperinci agar mereka dpt membantu dgn sebaiknya. Tuan blh memohon agar identiti tuan dirahsiakan (anonymous).

  13. Maya

    Assalammualaikum… Saya nak tanya, saya bakal berkahwin dengan rakan sepejabat saya. Syarikat saya mwajibkan salah sorg dari kami, utk berhenti. Sedangkn ada rakan sejawat lain yg lebih lama berkahwin semasa rakan sejawat. Dan tiada sop y mnyatakan kami tidak boleh berkahwin. Utk pengetuan, dalam surat lantik saya juga tidak dnyatakan bhwa kami tidak dbenarkan kahwin sesama sejawat. Apa pendapat cik. Mohon bantuan. Terima kasih

    1. Student HR separuh jalan

      tiada SOP?tiada dalam agreement? so macam mana peraturan ni boleh terpakai? dari apa yang saya paham tiada masalah

  14. wani

    Assalamualaikum Encik Ismail utk selesai kes ini
    nak minta pendapat 🙁 tolong
    saya perkerja graphic designer permenant di sebuah butik.
    saya beri notis letak jawatan pada 23/6/2017 setelah mendapat surat tawaran kerja baru. saya sudah bekerja selama sebulan.payslip gaji rm1500 tidak diberi .
    company ini bagi cuti raya mulai 24/6/2017 sehingga 3/7/2017 .
    syarat yg diletakkan oleh company butik ini kpd staff kena beri surat letak jawatan sblm 1week utk letak jawatan .
    majikan cakap sy bg 24jam notis resign letter.
    sy nak jumpa bos, tapi bos xda dlm ofis. dan bos salahkan saya , saya xjumpa dia .
    dia nk masuk ofis.tapi x jadi masuk,selepas sy bagi gambar pada whatsapp & print surat letak jawatan .
    adakah hari2 saya berkhidmat dgn dia diangggap tidak berkhidmat & tanpa gaji?
    bukti apa yg perlu saya bawa untuk membuat aduan ke pejabat buruh sebb butik ini tidak memberi payslip,offer letter & agreement untuk saya simpan sebagai rujukan.

Comments are closed.