\"\"
Sunday,20 August,2017

Soalan Undang-Undang Anda

soalan

Ramai pembaca blog ini yang menayakan soalan berkaitan undang-undang dalam blog ini. Walaupun saya tidak ada kewajipan menjawab soalan-soalan anda, namun saya cuba juga luangkan sedikit masa membantu anda.

Akan tetapi, harus diingat yang jawapan saya berupa pandangan peribadi dan bukannya authoriti (rujukan) yang boleh anda gunakan di mana-mana.

Saya tidak berikan khidmat guaman di blog ini dan saya menulis di sini sebagai blogger dan bukannya peguam.

Please jangan quote saya bila berunding atau membincangkan soal undang-undang dengan mana-mana pihak.

Kerjasama anda amat saya hargai.

Satu lagi perkara yang anda harus FAHAMI…

BUKAN SEMUA SOALAN ANDA, SAYA MAMPU JAWAB.

Undang-undang bukanlah topik yang ada penyelesaian objektif seperti matematik atau sains.

Ia boleh dilihat dari pelbagai sudut dan tafsiran.  Pandangan saya mungkin berbeza dengan orang lain.

Oleh itu, harap ambil nasihat saya sebagai nasihat dan bukannya authoriti anda.

soalan anda

Soalan Undang-Undang Buruh

Undang-undang buruh paling kerap saya ditanya. Sekali lagi saya ingatkan anda semua, amnya hak-hak dan tanggungjawab majikan dinyatakan dalam KONTRAK.

Oleh itu, bila ada pertikaian: kontrak kerja, dokumen dan surat menyurat berkaitan perlu dirujuk.

Dalam kes tertentu, saksi dan keterangan juga akan memainkan peranan penting.

Oleh itu, kita bukan sahaja perlu rujuk Akta Kerja 1955 atau Ordinan-Ordinan Buruh, malahan juga…

Undang-undang kontrak dan undang-undang keterangan.

Kontrak Kerja

Apa Kepentingan Akta Kerja & Ordinan Buruh?

Walaupun kontrak yang mengariskan hak dan tanggungjawab majikan dan pekerja, NAMUN ia juga tertakluk pada undang-undang lain yang secara spesifik menyebut tentang sesuatu perkara.

Contohnya:

Akta KWSP secara spesifik menyatakan pekerja dan majikan WAJIB mencarum dalam KWSP. Maka, ia tetap perlu dilaksanakan juga walaupun majikan dan pekerja tidak mahukannya.

Akta Kerja 1955 secara spesifik menyatakan pekerja perlu di berikan 1 hari rehat dalam seminggu, maka majikan tidak boleh suka-suka membuat kontrak dengan mengenepikan soal ini.

Amnya Akta Kerja 1955 dan Ordinan-Ordinan Buruh menetapkan faedah-faedah MINIMA yang mesti dimasukkan dalam kontrak kerja. Jika ia tidak dilaksanakan, maka terma yang berlainan itu akan terbatal dan peruntukkan Akta/Ordinan perlu dipatuhi.

perlindungan

Bukan Semua Pekerja Yang Mendapat Perlindungan Akta

  • Secara asasnya, perniagaan peniaga milik peniaga.
  • Oleh itu, kerajaan tidak seharusnya campurtangan dalam urusan perniagaan mereka.
  • Akan tetapi bagi melindungi pekerja, terutamanya golongan bawahan yang mungkin sukar berunding bagi mendapatkan faedah yang baik buat mereka, akta dan ordinan ini digubal dan dikuatkuasakan.
  • Harap maklum yang Akta Kerja 1955 cuma terpakai pada pekerja-pekerja: yang gajinya RM 2,000 dan ke bawah sahaja.

Rujuk: Akta Kerja 1955: Samada Pekerja Di Lindungi Oleh Akta Atau Tidak

Anda boleh lihat senarai artikel-artikel undang-undang yang diterbitkan DI SINI.

Sebarang komen akan disimpan dan ditapis terlebih dahulu bagi mengelakkan spam dan perkataan yang kurang sesuai. Oleh itu, bersabar dan jangan tinggalkan lebih dari satu komen yang serupa ya.

Saya bukanlah blogger sepenuh masa, maka saya mungkin ambil masa menjawab soalan-soalan anda.

Sila isikan alamat e-mail yang biasa anda gunakan agar mendapat notifikasi komen telah di jawab.

Sekian dan harap maklum.

Terima kasih atas sokongan anda.

soalan-dan-kemusykilan-540x358

This Article Was Written By

ISMAIL N is the 'de facto' owner and editor-in chief of DuluLainSekarangLain.Com. A Human Resource practitioner in his normal daily life and consummate blogger in his free time. He is addicted to coffee and Manchester United. Most easily accessed via his Twitter account.

Ismail N
  • whb

    Salam tuan,

    Saya dah beri notis berhenti kerja. Notis saya selama sebulan. Saya ada cuti selama 3 minggu. Jadi saya hanya perlu berkerja untuk 1 minggu selama notis saya.
    Soalan saya:
    Boleh tak saya bekerja untuk 1 minggu di syarikat lama. Dalam tempoh cuti 3 minggu berikutnya, saya dah mula bekerja di syarikat baru.
    Sebab ada yang kata….kita tak boleh bekerja di 2 syarikat serentak. Walaupun saya sedang cuti 3 minggu sampai habis dan saya mulakan kerja di syarikat baru.
    Apa pendapat tuan?

    Terima kasih.

    February 11, 2016, 6:15 am
  • Naziani

    Assalamualaikum, sy ingin bertanya, sekiranya sy telah menghantar notis 2 bulan untuk behenti tp pada masa yg same, sy mengambil cuti tanpa gaji sehingga tarikh behenti, adakah Saya di anggap absent?

    February 10, 2016, 2:35 am
  • ryzal

    akta kerja 1955 AWOL sekiranya ada unsur2 majikan berniat menyingkir pekerja tersebut apa tindakkan sewajarnya

    December 18, 2015, 4:09 am
  • Mohd

    Assalamualaikum.

    Tuan,
    Saya ingin bertanyakan pendapat tuan.

    Situasi saya begini. Saya pernah bekerja selama 3 bulan di sebuah syarikat sebagai pekerja kontrak. Majikan lama saya selalu lambat bayar gaji (Biasanya tertangguh sampai pertengahan bulan seterusnya & jumlah yang dibayar hanya separuh dari gaji sebenar. Bakinya dibayar selepas itu). Di atas sebab ini,saya mencari kerja lain. Alhamdulillah,sekarang saya bekerja di tempat baru.

    Masalahnya majikan lama saya tidak membayar gaji terakhir saya atas sebab saya memberi notis untuk berhenti kerja tidak sampai sebulan. Sebenarnya, dalam surat berhenti kerja, saya menyatakan saya memberi notis sebulan tetapi meminta pelepasan sebulan awal kerana saya telah mendapat kerja baru dan majikan baru memerlukan saya mula bekerja dengan segera. Saya sedar, seperti yang terdapat kontrak, sekurang-kurangnya notis sebulan perlu diberikan, kalau tidak, denda sebulan gaji. Tetapi tidak dinyatakan pula gaji akan disekat. Saya juga syak majikan saya tidak membuat caruman kwsp kepada pekerja. Saya sudah periksa penyata akaun dalam kwsp dan tiada rekod caruman dari majikan lama tersebut sepanjang saya bekerja di sana.

    Pada bulan terakhir tersebut, saya masih lagi seorang pekerja yang sah dan menjalankan tugas-tugas harian saya seperti bulan-bulan sebelumnya. Di atas sebab itu saya rasakan saya berhak ke atas gaji saya. Namun majikan lama tetap berkeras tidak mahu membayar gaji kerana sebab yang saya nyatakan di atas (notis kurang sebulan).

    Apakah yang perlu saya lakukan?

    Terima kasih Tuan.

    December 16, 2015, 5:38 am
  • sya

    Assalam, saya nak tanya, saya ni telah melakukan satu kesilapan yang sangat besar dan saya sudah bertaubat takkan buat lagi. macamni saya telah bekerja di tadika sbagai part time. dua bulan yang lalu. majikan saya baik cuma saya tidak suka bekerja di situ kerana saya tidak suka dengan suasana di situ yang majikan tidak mempercayai pekerjanya dan gaji pun sikit. dia selalu suruh saya buat macam macam. saya jadi stress dan bila saya dapat kerja lain minggu lepas saya terus cakap dengan dia saya nak berhenti sebab mak saya sakit. saya telah menipu dia. sebenarnya mak saya sakit biasa biasa saja. alasan saya yg utama sebab saya dapat kerja lain. tapi masalahnya kalau saya bagitau dia mesti xnak terima sebab dia sebelum ni dah ugut saya sebab saya kan dah tandatangan contract tadika. dia cakap kalau saya berhenti dia akan saman. masalah saya yg lain ialah:

    1) saya tak ada salinan contract
    2) contract saya satu tahun.

    isnin yg lepas saya jumpa dia dan berterus terang bahawa saya berhenti kerja bukan sebab mak sakit tp sebaliknya saya dapat kerja lain. terus dia bengang dan nak saman saya. bila saya minta balik kontrak dia tak nak bagi. seingat saya,, dalam kontrak tu xada yang tulis kata saya kena bagi notis awal ke apa. cuma cakap pasal kontrak setahun dan tugas saya sebagai cikgu tadika. saya hanya sign satu page yang belakang saja. page depan dia xsuruh saya sign pun. dan dia pun tak ada tolak epf dan socso. cumanya saya xda proof sebab masa mula mula kerja tu dia xbg pun copy kontrak dan saya cuai tak mintak kontrak tu dengan dia. sekarang ni dia mengalami masalah nak cari guru baru. memang xda org nak kerja dengan dia.

    jadi dia bagi saya pilihan sama ada masuk balik kerja pada january ataupun saya kena cari pengganti. kalau tak dia nak saman saya sebab saya menjatuhkan bisness dia dan saya telah menipu. dia kecewa sgt dengan saya, tapi masalahnya kalau saya terus terang pun, dia tetap tak nak bagi. saya taw ni salah saya. tapi dia xnak trma.

    macam mana ya? saya tahu kalau dia saman saya pun, saya mesti akan kalah. masalahnya saya tak nak kena saman. saya dah bincang dgn dia elok elok tapi dia tak nak dgr. dia bg dua pilihan tu ja. saya dah advertise pun vacancy utk dia. tapi mslhnya saya belum jmpa pengganti. saya memang takut sangat sekarang ni.

    December 13, 2015, 1:39 am
  • Siti

    Sy seorang Ibu yg mempunyai seorang anak Dan bakal menimang cahayamata ke 2 pada thn hadapan. Saya ingin bertanya, bolehkah seorang majikan menyuruh pekerjanya yg mengandung untuk buat OT selama 2 jam setengah setiap hari selepas waktu bekeja untuk cover kerja pd hari sabtu Dan diberikan extra keje? Tlg email Sy jawapan encik.

    December 12, 2015, 3:18 pm
    • Ismail N

      Artikel di sini untuk perkongsiaan dan diskusi bersama. Maaf saya tidak boleh email kepada anda.
      Untuk soalan anda itu, tiada peruntukkan yang menghalang majikan dari meminta anda buat OT sewaktu mengandung. Untuk itu, cuba berjumpa majikan atau tulis surat dan mohon budi bicara mereka. Terima kasih.

      December 13, 2015, 12:26 pm
  • Izzat Syahir

    Salam tuan..bole kah sy bertanya klau sy shift malam..berapa lama cuti seseorang pekerja?

    December 6, 2015, 2:21 pm
  • along

    salam,sy nk bertnye akta ape seseorg itu layak mendapat socso smpai bila2,dgn hanya sekali mohon sahaja…

    December 6, 2015, 8:50 am
    • Ismail N

      Maksud dapat Socso tu mcm mana? Kalau untuk daftar tu, ya sekali daftar memadai. Jika tukar majikan, Perkeso boleh check akaun anda dengan menggunakan nombor IC sahaja.

      December 6, 2015, 11:34 pm
  • lin

    Salam, saya nak bertanya, ada seorg pekerja, telah memberi notis berhenti kerja 2 bulan bermula 9/11/15, last actual day dia sepatutnya 07/01/15..dia mempunyai 13 hari cuti..setelah di offset, tarikh terbaru ialah pada 25/12/15…adakah betul pengiraan saya..? Saya agak konfius kerana pekerja tersebut menyatakan tarikh terakhir dia sepatutnya pada 18/12/15 dimana dia mengecualikan kiraan public holiday dan weekend..dia menyatakan bahawa Annual leave adalah hak dia…sebab itu die tidak mengira cuti am dan sabtu ahad…boleh beri penjelasan..

    December 4, 2015, 3:30 pm
    • Ismail N

      Ya, 13 hari yang mahu ditolak itu tidak boleh termasuk rest day & PH kerana ianya cuti bergaji.

      December 5, 2015, 11:15 am
  • peah

    apa tindakan saya kalau majikan saya tidak diberi cuti pada hari umum ? dan jatuh pada hari ahad ..

    December 3, 2015, 2:39 am
  • nor

    Isu cuti tahunan

    Saya mula bekerja di Syarikat A pada 1/3/2015

    1) Saya layak mendapat cuti tahunan pada 1/3/2016 sebanyak 8 hari bg tempoh (1/3/2016~1/3/2017) ???
    2) Berapa cuti tahunan saya untuk kiraan pro rate 3/2016 ~ 12/2016?? Adakah 6 hari?
    2) Sekiranya saya minta untuk berhenti kerja pada bln 5/2017, berapa hari cuti tahunan yang saya ada??
    Adakah 8 hari untuk servis 1/3/2015~ 1/3/2016, 12 hari untuk 1/3/2016 ~ 1/3/2017 dan 2 hari bg tempoh 1/4/2017~1/5/2017?? jumlah keseluruhan 22 hari??

    December 2, 2015, 3:11 am
  • Ella

    Nak Tanya….
    Kalau sy dah terima tawaran kerja tapi belum sign offer letter..
    Sy masih boleh reject tawaran kerja tu kan?

    December 1, 2015, 1:08 pm
    • Ismail N

      Boleh. Tiada masaalah selagi belum berkerja lagi.

      December 5, 2015, 11:29 am
  • Fazira

    Assalamualaikum Tuan, saya sudah bekerja selama 1 tahun tetapi masih belum terima confirmation letter drpd pihak majikan. Saya pernah diberikan notis mengatakan probation period saya akan dilanjutkan sehingga akhir bulan Ogos atas sebab poor performance. Tetapi sehingga sekarang saya masih lagi tidak menerima sebarang notis drpd pihak majikan. Sehingga sekarang sebarang benefit spt annual leave mahupun kenaikan gaji tidak saya perolehi seperti yg tertera dalam offer letter akibat tiada sebarang notis selanjutnya drpd pihak majikan. Adakah pihak majikan boleh melakukan sedemikian memandangkan saya terpaksa mengambil unpaid leave apabila berlakunya kecemasan spt anak saya ditahan wad selama seminggu baru2 ini? Apakah yang dapat saya lakukan memandangkan saya sudah bekerja selama setahun tetapi masih tidak perolehi sebarang benefit drpd syarikat akibat tiada apa2 notis drpd pihak majikan walaupun soalan sudah diajukan berulang kali kpd mereka. Nasihat tuan amat saya hargai. Terima kasih.

    December 1, 2015, 9:58 am
    • Ismail N

      Jika anda dilindungi Akta Kerja (gaji RM 2k ke bawah), maka anda sudah layak pada annual leave selepas berkerja selama setahun tidak kira samada anda sudah terima notis confirmation atau tidak.

      December 5, 2015, 11:38 am
  • Reen89

    Assalamualaikum tuan, saya ada sedikit pertanyaan. Saya masih dalam tempoh probation service dan saya telah disahkan hamil 4 bulan .Saya mula bekerja pada 15/9/15. Majikan tidak tahu menahu bahawa saya telah mengandung. Dan minggu ni saya ada buat temu janji untuk berjumpa doctor pakar untuk daily checkup. Doctor akan memberi MC..tapi masalahnya..MC tersebut ada tertera nama hospital bersalin XXX..Jika saya memberi MC tersebut kepada majikan. Boleh ke majikan akan memberhentikan perkhidmatan saya?

    November 26, 2015, 3:08 am
    • Ismail N

      Tidak.

      December 5, 2015, 11:41 am
  • Blog

    Assalamualaikum w.b.t,

    Syarikat ditempat saya berkerja mengalami masalah kewangan dan saya tidak menerima gaji sejak dari itu. Antara cara untuk mengatasi masalah kewangan itu adalah menunggu suntikan kewangan daripada pihak ketiga kepada pihak syarikat. Pada ketika itu barulah saya mendapat gaji.

    dana itu syarikat saya akan dapat pada januari 2016. Syarikat saya pula pula memberi saya 2 pilihan kepada saya sama ada berhenti secara sukarela atau cuti tanpa gaji dan setiap option itu dijanjikan pembayaran gaji terakhir pada bulan januari itu nanti.

    Masalahnya sementara menunggu bulan januari itu, saya perlu membayar pelbagai kos seperti sewa rumah, minyak dan lain2. Lebih-lebih lagi notis itu diberikan secara tiba2 selepas kami sebagai pekerja bising kerana gaji tidak masuk lagi.

    Saya ada option lain. Antaranya menjual barangan syarikat sebagai ganti rugi gaji sy dan total wang yg dpt tu ditolak dengan ganti rugi yang syarikat perlu bayar. Ini kerana saya perlukan duit untuk menyara kehidupan saya sementara dapat pekerja baru dan januari itu terlalu lalu lama. Persoalannya adakah apa yg saya buat itu satu kesalahan?

    Apa nasihat yang boleh diberikan.

    Nota: Buat pengetahuan EPF juga tidak dicarum selama 3 bulan walaupun gaji yang diterima ditolak EPF.

    November 23, 2015, 4:37 am
    • Ismail N

      W’salam.

      Ini memang situasi yang amat sukar. Amnya, anda boleh ambil tindakan terhadap majikan bila tidak membayar gaji. Namun, jika benar majikan pun tiada sumber kewangan lagi, maka tuntutan boleh tinggal tuntutan sahaja kerana majikan tidak wang untuk membayar.

      Jual barang majikan tanpa kebenaran majikan adalah kesalahan jenayah.

      Jika anda sudah pasti kewangan syarikat dalam keadaan yang teruk, anda boleh adukan pada JTK untuk gaji tertunggak dan berusaha dapat kerja di tempat lain.

      December 5, 2015, 11:47 am
  • Pijan

    Assalam tuan, saya ingin bertanya mengenai tempoh notis berhenti. Baru-baru ini saya mendapat tawaran kerja dari sebuah syarikat. Tiada apa yang pelik di dalam Offer Letter yang diberi cuma terdapat keraguan mengenai notis berhenti sekiranya ingin berhenti. Untuk makluman tuan saya masih di level sinior eksekutif tetapi di dalam surat tawaran kerja dinyatakan saya perlu memberi notis selama 3 bulan sekiranya ingin berhenti. Mengikut pengalaman saya hanya di level atasan yang mempunyai notis 2 bulan manakala level seperti saya selalunya hanya sebulan sahaja. Minta bantuan dan nasihat daripada tuan. Terima kasih

    November 22, 2015, 9:20 am
    • Ismail N

      W’salam. Namanya pun ‘offer letter’, maka terpulang kepada anda samada untuk terima tersebut atau tidak. Anda boleh runding dahulu sebelum tandatangan surat tawaran kerja. Jika syarat itu adalah kewajipan, maka opyennya adalah terima terma kontrak itu ataupun tolak tawaran kerja yang diberikan.

      November 25, 2015, 12:09 am
  • Lin

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Menurut offer letter (probation stage), pekerja perlu memberi notis seminggu untuk berhenti kerja. Tetapi ada dinyatakan “During the above period (one week notice), you will not be entitled to resignation EXCEPT you get consent approval from this company..”. Jika pekerja berhenti sebelum mendapat kebenaran company, gaji tidak akan dibayar. Soalan saya:
    1) Bolehkah majikan membuat consent approval selepas tempoh seminggu notis?
    2) Adakah pekerja akan mendapat upah sepanjang tempoh sehingga consent approval dibuat?

    November 20, 2015, 9:26 am
    • Ismail N

      1) Tidak boleh. Majikan tidak ada kuasa untuk halang pekerja berhenti kerja biarpun klausa ini dimasukkan dalam kontrak.
      2) Rujuk jawapan 1)

      November 24, 2015, 1:29 am
  • Wan

    Assalamualaikum. Saya ada sedikit pertanyaan berkaitan masa kerja. Saya bekerja di sebuah syarikat swasta di KL. Sekarang ini masa kerja yang ditetapkan adalah :

    9:00 am – 06:00 pm (Isnin-Jumaat)
    9:00 am – 01:00 pm (Sabtu)

    Akan tetapi, HR ingin mengubah masa kerja agar kami dapat cuti pada hari sabtu. Namun beliau ingin menetapkan masa kerja kepada :

    08:30 am – 06:30 pm (Isnin-Jumaat)

    Merujuk pada Seksyen 60A(1) Akta Kerja 1955, pekerja TIDAK BOLEH DIARAHKAN bekerja:-

    – Lebih dari 5 jam berturut-turut tanpa rehat yang tidak kurang daripada 30 minit.
    – Lebih dari 8 jam sehari
    – Lebih tempoh masa (in spread-over period) 10 jam sehari.
    – Lebih 48 jam seminggu

    Masa kerja 8.30 am sampai 6.30 pm sudah menjadi 9 jam tidak termasuk rehat. Adakah syarikat boleh melakukan sedemikian kerana mereka menyatakan bahawa kami bekerja tidak melebihi 48 jam seminggu ? Atau syarikat perlu membayar OT 1 jam kepada pekerja ?

    Mohon penjelasan tuan. Terima Kasih.

    November 20, 2015, 3:13 am
    • Ismail N

      Ini dipanggil sebagai fluctuating working hours yang mana OT cuma dibayar selapas berkerja selama 48 tahun dalam seminggu dan dibenarkan untuk pekerja shift. Yang bukan pekerja shift, perlu ada persetujuan bersama untuk amalan dilaksanakan ini terlebih dahulu.

      November 24, 2015, 1:27 am
  • lin

    Hi, assalamualaikum. saya merupakan pekerja under probation period 3 months. Saya dimaklumkan sebelum ni ramai pekerja berhenti disebabkan kelewatan bayar gaji atau tidak dibayar gaji. soalan saya:
    1) Adakah benar gaji untuk pekerja under probation dikeluarkan selepas 3 bulan?
    2) Adakah majikan perlu membuat pendaftaran dipejabat buruh terlebih dahulu, sebelum apa-apa terjadi kepada pekerja atau majikan sendiri? Ini kerana, saya dimaklumkan bhw pekerja tidak dicarum kwsp.
    3) Jika majikan tidak mendaftar kpd pejabat buruh, bolehkan saya membuat aduan kpd pejabat buruh sekiranya perkara ini terjadi kepada saya? / apa tindakan sewajarnya?

    kerjasama tuan amat saya hargai.

    November 16, 2015, 4:41 am
    • Ismail N

      1) Sama sahaja dengan pekerja yang sudah confirm. Perlu dibayar secara harian, mingguan atau bulanan.
      2) tidak perlu daftar dgn pejabat buruh kecuali pekerja asing. Caruman KWSP adalah wajib.
      3) Boleh.

      November 24, 2015, 12:28 am
      • lin

        Terima kasih tuan atas keterangan 🙂

        November 24, 2015, 1:04 am
  • Intan

    Hai.Saya pekerja di salah satu syarikat swasta pengeluaran minyak kelapa sawit. Soalan saya
    1) Adakah gaji basic dan elaun boleh dicampur? Gaji minima yg ditetapkan oleh kerajaan adalah RM900.Tetapi setahu saya walaupun gaji basic adalah RM900 tetapi ia adalah dicampurkan sekali dgn RM30(elaun S.R.A).
    2) Bolehkah majikan menolak duit bonus tahunan pekerja.Maksud saya di sini adalah bonus tahunan pekerja ditolak dengan peratus epf.Maka pekerja² tidak dapat bonus tahunan yg sepatutnya.Contohnya jika bonus adalah sebanyak RM900,tetapi pihak Majikan tolak dengan peratus epf maka pekerja tidak dapat RM900 bonus yg sepatutnya majikan berikan.

    November 13, 2015, 8:17 am
    • Intan

      Hai.Saya pekerja di salah satu syarikat swasta pengeluaran minyak kelapa sawit. Soalan saya
      1) Adakah gaji basic dan elaun boleh dicampur? Gaji minima yg ditetapkan oleh kerajaan adalah RM900.Tetapi setahu saya walaupun gaji basic adalah RM900 tetapi ia adalah dicampurkan sekali dgn RM30(elaun S.R.A).
      2) Bolehkah majikan menolak duit bonus tahunan pekerja.Maksud saya di sini adalah bonus tahunan pekerja ditolak dengan peratus epf.Maka pekerja² tidak dapat bonus tahunan yg sepatutnya.Contohnya jika bonus adalah sebanyak RM900,tetapi pihak Majikan tolak dengan peratus epf maka pekerja tidak dapat RM900 bonus yg sepatutnya majikan berikan.

      November 13, 2015, 9:31 am
  • Faridah

    Assalam….

    I would like to check if there is any compensation for extension of service beyond notice period besides the pro-rated salary.
    Eg. Employer given notice 1/11/2015 and therefore last day would be 30/11/2015. Due for some reason, Employer seek employee to extend service until 15 Dec 2015.

    Employer felt they are obligated to pay pro-rated salary up to 15 Dec 2015

    November 12, 2015, 2:25 am
    • Ismail N

      Once the notice period has ended, then the contract is no longer in force. No more contract between the employer and employee. Any terms for extension must be negotiated between the parties.

      November 15, 2015, 10:00 am
  • chong

    Saya bekerja di stesen minyak.Majikan saya pilih setahun 11 hari cuti umum untuk memberi bayaran tambah jika bertugas pada cuti umum tersebut.Tapi jika kita cuti pada cuti umum tersebut,majikan saya akan tolak cuti tahunan.Dia sebut dia ikut akta,pekerja yg kerja sebagai customers service memang kira begitu.Adakah majikan Saya benar?

    November 9, 2015, 11:51 am
    • Ismail N

      Jika majikan sudah pilih 11 cuti umum, maka anda tidak perlu hadir kerja untuk 11 hari tersebut. Jika hadir atas arahan majikan, maka majikan perlu bayar pada kadar 3x. Jika anda tidak berkerja, maka gaji tetap perlu dibayar dan cuti tahunan tidak boleh dipotong kerana ia cuti umum BERGAJI.

      November 15, 2015, 9:54 am
  • L

    Salam Encik, sy ingin bertanya.
    Kontrak tempat kerja lama saya termaktub jika ingin berhenti, perlu mempunyai notis 1 minggu.

    Saya telah hantar notis 1 minggu kpd majikan dan beliau setuju tetapi mengatakan bahawa hari sy menghantar notis itulah hari terakhir saya bekerja. (beliau berkata secara lisan)

    Tetapi sudah sebulan berlalu dan sy tidak mendapat gaji semasa saya bekerja dulu. Saya bekerja hanyalah 10 hari dan jumlah gaji dalam anggaran rm800 (sy telah bertanya kepada HR jumlah ini).

    Apakah yg perlu sy buat utk mendapatkan gaji tersebut? Terima kasih Encik.

    November 7, 2015, 2:01 am
    • Ismail N

      W’salam, apakah penjelasan yang diberikan oleh HR anda?

      November 8, 2015, 3:06 am
      • L

        HR kata payroll sudah dibuat (berjumlah rm800 lebih) tetapi majikan tidak mahu meluluskannya. dlm erti kata lain majikan mmg tidak mahu membayar gaji saya.

        apa yg boleh sy lakukan skrg utk mendapatkan gaji tersebut? terima kasih encik.

        November 8, 2015, 11:10 am
        • Ismail N

          Jika majikan enggan membayar, maka anda cuma ada satu opsyen buat masa ini iaitu membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja berdekatan. Terima kasih.

          November 8, 2015, 11:18 pm
  • Syafie

    Salam Tuan. Saya telah menghantar saya untuk training. Selepas enam bulan selepas training, syarikat telah menyuruh saya menandatangan surat utk bond selama dua kerana mereka telah memberikan training kepada saya. Soalan saya:

    1. Contract untuk bond itu sah atau tidak? (diberikan 6 bulan selepas training)

    2. Patutkah saya tandatangan? (dipaksa tandatangan)

    November 4, 2015, 3:30 pm
    • Syafie

      **Pembetulan**
      Salam Tuan. Syarikat telah menghantar saya untuk training. Selepas enam bulan selepas training, syarikat telah menyuruh saya menandatangan surat utk bond selama dua tahun kerana mereka telah memberikan training kepada saya. Soalan saya:
      1. Contract untuk bond itu sah atau tidak? (diberikan 6 bulan selepas training)
      2. Patutkah saya tandatangan? (dipaksa tandatangan)

      November 4, 2015, 3:35 pm
      • Ismail N

        W’salam..
        1. sah jika anda tandatanganinya
        2. tak perlu jika tidak mahu

        November 8, 2015, 3:21 am
  • syana

    Salam. Saya bekerja dipejabat pengiriman wang dan bekerja sebagai teller atau cashier. satu hari tempat kerja saya berlaku kecurian. jumlah yg hilang sebanyak RM1600 semasa saya incharge. majikan saya tidak terima penerangan saya dan juga report polis yg telah dibuat atas sebab kelewatan membuat report. sampai tiba masa gaji saya dapati gaji saya ditolak tanpa surat atau notis. gaji saya hanyalah RM 1300 + elaun RM100. gaji yg saya dapat cuma RM350. saya ada baca pasal potongan gaji tidak boleh melebihi 50%. mereka juga membuat potongan tersebut tanpa persetujuan dan hitam putih. saya memohon penerangan dari pihak tuan adakah wajar gaji saya ditolak hampir 80%

    November 4, 2015, 8:10 am
    • Ismail N

      Sudah tentunya tidak boleh. Gaji ialah asas kontrak dan tidak boleh dipotong tanpa persetujuan pekerja.

      November 15, 2015, 9:56 am
  • dyan

    Assalamualaikum,

    saya nak tanya.. saya mula bekerja di syarikat swasta pada april 2015. dan saya telah diambil sebagai pekerja tetap 2bulan selepas itu. hanya terdapat 4orang pekerja termasuk majikan.
    sehingga sekarang nov/2015 saya masih belum mendapat apa-apa surat seperti offer letter atau confirmation letter dari majikan saya. setiap kali minta, asyik sibuk dan tak sempat buat surat.
    saya pun tak tahu tentang benefit yang diberikan seperti cuti tahunan akan dapat selepas confirm atau setelah bekerja selama 1tahun?
    apa yang patut saya lakukan kerana takut majikan boleh membuang pekerja secara tiba-tiba.

    November 4, 2015, 7:23 am
    • Ismail N

      Ini memang masaalah biasa yang berlaku dibanyak tempat. Anda boleh terus bertanya dan minta surat dari majikan dan dalam masa yang sama cuba buat kerja sebaik mungkin dan mengintai peluang di tempat yang lebih baik lagi.

      November 15, 2015, 9:48 am
  • izzah

    Assalamualaikum,
    jika sesebuah syarikat mahu memindahkan lokasi pejabat dan operasinya dari kl k bangi dan telah memaklumkan kepada pekerjanya 2 bulan lebih awal (lisan tanpa notis)
    soalan saya :
    1. Apakah pekerja wajib mengikut syarikat berpindah?
    2. jika pekerja enggan mengikut syarikat berpindah dan memilih untuk berhenti adakah pekerja boleh menuntut pampasan dari syarikat?
    terima kasih.

    October 30, 2015, 6:28 am
    • Ismail N

      1. Jika pejabat telah dipindahkan ke tempat baru, apakah pilihan yang ada pada pekerja?
      2. Tidak.

      November 15, 2015, 9:46 am
  • Firdhaus(perlu bantuan)

    Assalamu’alaikum.
    saya perlu bantuan en, bolehkah majikan paksa perkerja untuk berkerja full shift tanpa kerelaan pekerja??

    October 28, 2015, 2:51 am
    • Ismail N

      Paksa tu memanglah tidak boleh. Namun, pekerja yang engkar arahan boleh dikenakan tindakan disiplin.

      November 15, 2015, 9:43 am
  • ida

    saya ingin mengajukan soalan, saya telah diberhentikan kerja. setelah diberhentikan kerja, beberapa minggu kemudian majikan mula menuduh saya yang melakukan kesilapan berkenaan wang syarikat yang hilang. adakah saya harus bertanggungjawab setelah diberhentikan kerja. semasa saya bekerja juga saya tidak diberikan surat tawaran kerja. berhak kah majikan tersebut ingin membuat tuduhan dan laporan polis terhadap saya walaupun setelah saya menandatangani surat perletakan jawatan, selepas itu baru isu2 dikaitkan kepada saya.

    October 27, 2015, 7:46 am
    • Ismail N

      Jika ada bukti tiada masaalah untuk buat tuduhan. Lagipun kes kehilangan adalah bersifat jenayah dan sebaiknya pihak polis yang membuat penyiasatan. Berikan kerjasama pada pihak polis untuk membersihkan nama anda.

      October 27, 2015, 11:13 pm
  • Reimie Zainal

    Assalammualaikum,

    Saya ingin bertanye berkenaan perletakkan jawatan. Saya baru bekerja 3 bulan dan masih lagi dalam tempoh percubaan. Tetapi saya terpaksa berhenti kerana masalah yg tak dapat dielakkan. Saya telah tender notice 2 minggu adakah company mempunyai hak untuk memberhentikan saya 24jam?

    October 26, 2015, 3:57 am
    • Ismail N

      W’salam. Cuba rujuk kontrak kerja terlebih dahulu. Terima kasih.

      October 27, 2015, 11:10 pm
  • hindumathy

    Saya ingin bertanya mengenai cuti tahunan saya. Saya bermula bekerja di sebuah syarikat pada 11/5/2015. Saya diberitahu saya hanya akan mendapat cuti tahunan pada 01/6/2016 – 31/12/2016 selama 4 hari sahaja. Ini bermakna saya tidak layak cuti tahunan selama 1 tahun. tahun berikutnya saya akan dapat 4 hari. Adakah ia benar? Adakah ia termaktub dalam undang-undang?

    October 20, 2015, 12:28 am
    • Ismail N

      Ya. Cuti tahunan hendaklah di perolehi terlebih dahulu dengan berkerja selama tempoh 1 tahun. Ia tidak diberi secara automatik. Namun, jika syarikat mahu berikan secara automatik ianya tidak salah dan digalakkan. Namun, tidak wajib untuk mereka berbuat demikian.

      Rujuk artikel: https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/undang-undang-buruh-cuti-tahunan

      Terima kasih.

      October 27, 2015, 6:17 am
  • Naz Tonnka

    As-Salam Tuan,

    Saya ingin bertanya beberapa soalan dari pihak Tuan. Saya bekerja dalam bidang swasta sebagai Pelukis Pelan, Untuk makluman, saya telah bekerja di sebuah syarikat Pembinaan di Pelabuhan Klang, Klang Selangor. Saya telah bekerja selama 1 tahun 1 bulan. Pada 10 Oktober 2015 saya telah meletakkan jawatan di syarikat tersebut dengan notis 1 bulan. Setelah berhenti kerja di syarikat tersebut, saya tidak menerima sebarang gaji untuk bulan September serta Oktober. Saya telah menghubungi pengurus syarikat namun tidak terjawab. Akhirnya pada 17 Oktober pengurus syarikat menghantar pesanan wassup dan hanya dapat memberikan wang gaji sebanyak RM1000.00 Ringgit Malaysia sahaja. Beliau menyatakan bahawa syarikat mengalami kegawatan kewangan dan kerugian yang amat teruk. Untuk pengetahuan gaji pokok saya adalah sebanyak RM3200.00. Ini bukan merupakan kali pertama syarikat tersebut berbuat demikian kerana gaji selalunya masuk lambat bermula dari bulan April sehingga sekarang. Disamping itu juga penyata gaji tidak diberikan pihak syarikat bermula dari bulan Jun hingga sekarang. Berkenaan surat-surat berkaitan daripada pihak syarikat, saya hanya diberikan surat tawaran kerja dengan permulaan gaji pokok RM2600.00. Untuk kenaikan gaji tiada diberikan sebarang surat walaupun sudah saya minta dari pihak pengurusan syarikat. Namun, transaksi duit masuk dari syarikat ada tercatat pada penyata bank melalui (Hong Leong Bank). Potongan KWSP juga tidak dimasukkan walaupun gaji pokok sudah ditolak. Penyata KWSP yang saya telah semak untuk bayaran akhir adalah pada bulan Februari. Untuk pengetahuan pihak Tuan/Puan, syarikat tesebut masih lagi beroperasi. Adakah saya mempunyai hak sebagai pekerja untuk menuntut kesemua gaji saya serta bolehkah saya membuat aduan di Jabatan Tenaga Kerja Malaysia?. Jika syarikat tersebut sudah bankrap/muflis adakah saya masih boleh mendapatkan gaji saya?. Saya hanya mahu hak saya sebagai pekerja. Diharap pihak Tuan/Puan dapat membantu saya dalam perkara tersebut. Kerjasama daripada pihak Tuan amat dihargai. Sekian, Terima Kasih.

    October 19, 2015, 2:49 pm
    • Ismail N

      W’salam. Ya. soal pembayaran gaji hendaklah dirujuk/adukan kepada JTK. Sudah tentu majikan perlu bayar jika ada tunggakan. Jika sudah muflis pula, tidak lah boleh saya jamin lagi boleh dapat duit atau tidak. Namun, sebaiknya anda berhubung dengan JTK dan minta bantuan dari mereka. Terima kasih.

      October 27, 2015, 6:13 am
  • noorulhidayu binti jaafar

    assalamualaikum cik.saya perlukan khidmat nasihat tentang pekerjaan saya.Adakah pihak majikan berhak menentukan job scope kita sedangkan kita sign offer letter untuk pos yang lain?terima kasih

    October 19, 2015, 10:04 am
    • Ismail N

      Boleh. Kecuali ia secara spesifik kata yang anda TIDAK BOLEH diberikan kerja lain.

      October 27, 2015, 5:52 am
  • fareeda

    Ai ..Saya ada stu maslah.sblum tu saya bgtaw dulu, tmpat sya bekerja adalh sebuah pusat golf dan sukan. Ada seorang staff sya nak resign dan bos lulus tp bos x benarkan staff tersebut datang ke tempt kerja tanpa urusan selama 3 bulan..ada x akta yang mengatakn staff tersbut x dibenarkan dtg ketempat kerja selepas hantar surt resign..

    October 19, 2015, 9:07 am
    • Ismail N

      Boss boleh begitu kerana kawasan pejabat adalah harta persendirian dan bukan kawasan awam. Oleh itu, dia boleh letakkan syarat tersebut jika dia mahu. Saya rasa anda pastinya selalu lihat signboard seperti ‘DiLarang Masuk. Harta Persendirian’. Terima kasih.

      October 27, 2015, 5:49 am
  • Wan

    As salam
    Tuan, saya pekerja motorola penang..motorola dah d beli oleh sanmina..dan offer letter baru di berikan..tp ramai yg tak mahu sign sebab x dapat pampasan…adakah motorola perlu berikan surat resign dahulu sebelum kami sign dgn sanmina..tempoh d berikan 7h..kalo tidak kami tiada apa2… segala benefit yg kami dpt dr motorola sama…tp x dpt apa2 pampasan…kesian yg dah berbakti lama dgn motorola…😁😂

    October 18, 2015, 1:28 pm
    • Ismail N

      Harap, jangan submit soalan yang sama dua kali ya. Terima kasih atas kerjasama anda.

      October 26, 2015, 6:40 am
  • Wan

    As salam
    Tuan, saya pekerja motorola penang..motorola dah d beli oleh sanmina..dan offer letter baru di berikan..tp ramai yg tak mahu sign sebab x dapat pampasan…adakah motorola perlu berikan surat resign dahulu sebelum kami sign dgn sanmina..tempoh d berikan 7h..kalo tidak kami tiada apa2… segala benefit yg kami dpt dr motorola sama…tp x dpt apa2 pampasan…kesian yg dah berbakti lama dgn motorola…

    October 18, 2015, 1:25 pm
    • Ismail N

      Jika majikan baru tawarkan kerja pada terma dan syarat yang sama kepada pekerja, maka tidak perlulah pampasan dibayar kerana pekerja tidak alami kerugian apa-apa.
      Namun, jika terma & syarat itu kurang, maka anda semua boleh reject jika mahu dan cuba tuntut untuk pampasan pula. Sebaiknya rujuk dulu dengan JTK atau peguam IR kerana dokumen dan surat menyurat hendaklah diteliti dengan baik agar tiada kesilapan dari segi tafsiran dan sebagainya.

      October 25, 2015, 11:41 pm
  • Siddiq

    Assalamualaikum tuan, sy memerlukan pendapat dan pandangan tuan bg permasalahan sy, diharapakan tuan dpt membalas.

    Sepanjang tahun 2015 ini sy mengalami gangguan kesihatan dan sering mengambil mc.
    Sehingga 14/8/2015 sy telah mengambil keputusan utk berhenti kerja. Itu setelah dipanggil manager mengenai pengambilan mc yg byk dr awal tahun. Notis berhenti diberikan dgn 2 bulan notis dan 13/10/2015 adalah tarikh akhir sy.

    Tetapi kesihatan sy tidak menentu akibat buatan org. Mulai 28/8/2015 sy tidak hadir kerja dan tidak dpt memberi sebab yg munasabah. Sehingalah sy menerima show cause letter dikeluarkan pd tarikh 15/9/2015. Sy hanya menerima dan membalas surat ini pd 25/9/2015 di mana sy telah terlambat kerana surat dihantar ke alamat kg. Sy hanya boleh membalas show cause dgn menyatakan sakit sy tidak menentu dan mengalami depression yg teruk. Tiada surat dr hospital dpt disertakan.

    Oleh kerana sy tidak dpt menyatakan sebab dgn bukti jelas jadi syarikat menyatakan sy di berhentikan kerja pd 2/10/2015, atas kesalahan tidak hadir kerja dari 28/8/2015 (total 20 hari) dan tidak dpt dihubungi. Perkara ini diberitahu kpd sy melalui email bertarikh 1/9/15 dan surat termination akn dihantar ke alamat sy. Saya akur dgn keputusan syarikat utk terminate sy tanpa fikir sy perlu byr ganti rugi.

    Sehingga hari ini 16/9/15 sy masih tidak menerima surat termination lg. Sy melakukan follow up melalui email utk bertanyakan mengenai surat tersebut kerana tarikh last sy mengikut notice resignation sy pd 13/9/15 telah lepas dan sy masih tidak terima surat termination pula.

    Pihak hr membalas email dgn menyatakan surat tersebut baru selesai di tandatangani oleh bos hr dan akn di courier ke alamat sy segera. Scan copy surat tersebut turut dilampirkan.

    Di dalam surat itu sy baru sedar sy dikehendaki utk mmbyr sebanyak rm6000 sebagai ganti rugi dlm masa 30 hari. Mereka juga tidak menyatakan apa2 mengenai perkara sy telah memberi notis berhenti kerja.

    Untuk pengetahuan basic gaji sy rm3350 dN telah berkhidmAt selama 2 tahun 4 bulan. Selama sy tidak hadir kerja sy tidak juga tidak mendapat gaji pd bulan itu.

    Sy ingin mengetahui perlukah sy membayar kpd syarikat walhal sy telah resign dahulu sblm termination dibuat? Manakala dari tarikh notis resignation sy berakhir sy masih tidak mendapat surat termination itu. Jika sy perlu bayar bolehkah sy merayu utk pengurangan?

    Pendapat dan pandangan tuan amat diharapakan.

    October 16, 2015, 3:04 pm
    • Ismail N

      Berdasarkan maklumat anda, saya rasa majikan anda belum lagi memberhentikan anda secara rasmi. Mereka mungkin baru hanya memberi amaran dan show cause sebelum mengambil tindakan selanjutnya. Ini mungkinboleh dilihat dengan lebih jelas dalam surat menyurat dan saya sarankan anda bawakan surat menyurat tersebut kepada peguam/kaunselor JTK untuk bantuan tafsiran.

      Jika mereka belum memberhentikan anda tetapi anda sudah resign dahulu, maka anda perlu serve notis anda selama dua bulan itu. Setiap hari yang tidak hadir terpaksa dibayar in lieu (sebagai ganti) pada notis. Ingat cuti sakit ada prosedur dan hadnya (kelayakkan tahunan) dan mungkin tidak cukup untuk cover notis tersebut.

      Pihak majikan/HR biasanya akan siasat berdasarkan maklumat yang mereka fahami sahaja. Perkara yang ‘supernatural’ seperti ‘buatan orang’ adalah diluar skop mereka. Oleh itu anda perlu hubungi mereka atau minta rakan/saudara terdekat untuk berjumpa dan memberi penjelasan setiap kali anda cuti tanpa surat doktor panel.

      Apa-apa pun, anda hendaklah membawa surat-surat berkenaan kepada mereka yang arif dalam hal ini untuk memberi tafsiran. Terima kasih.

      October 18, 2015, 6:24 am
  • lina

    pekerja offshore bekerja 28 hari sebulan dan 12jam sehari. bagaimana
    1. kiraan OT selepas 8 jam atau 12 jam?
    2. kiraan untuk Sunday dan national PG holiday. Double atau triple?

    October 16, 2015, 5:14 am
  • loqman

    Salam tuan, nak tanya
    boleh ke sy bg notis 24 jam berhenti kerana waktu bekerja berbeza daripada yang dijanjikan di dalam offer letter.
    Contoh : dalam offer letter office hour, lpas sign dan briefing kerja ada shif pula..mohon pencerahan

    October 16, 2015, 1:43 am
    • Ismail N

      Perlu ikut tempoh notis yang dipersetujui. Jika terma-terma dalam kontrak yang tidak dipatuhi oleh majikan, rujuk kes anda kepada JTK untuk bantuan lanjut. Terima kasih.

      October 18, 2015, 3:41 am
  • Yusri

    Salam tuan. Tumpang tanya. Kawan saya kontrak sepatutnya tamat 6/10 lepas, tapi notis termination kontrak baru diterima pada 21/9 dan notis 2 bulan untuk resign diberikan bermakna tarikh akhir bekerja adalah pada 21/11. Di termination letter turut dinyatakan alasan poor performance sebagai sebab diberhentikan. Jadi apa pendapat tuan mengenai hal ni, dan bolehkah majikan berbuat begitu? Perlu ada warning letter mengenai performance dulu ke boleh terus buat macam tu?

    Terima kasih tuan.

    October 16, 2015, 1:40 am
    • Yusri

      Untuk tambahan di termination letter tu ditulis contract expiry.

      October 16, 2015, 1:43 am
      • Ismail N

        Ya, jika penamatan kontrak adalah disebabkan prestasi kerja yang kurang memuasakan, maka majikan hendaklah mengambil tindakan seperti memberi amaran, memberi tahu kelemahan yang diperbaiki dsb sebelum memecat pekerja.

        Jika alasan adalah contract expiry, mungkin merujuk pada contract yang berbentuk ‘fixed-term’ yang telah tamat tempohnya. Kontrak sebegini boleh di cabar jika ia telah diperbahrui sebelumnya.

        Apa-apa pun kawan anda hendaklah segera memaklumkan pada Jabatan Tenaga Kerja untuk tindakan lanjut. Terima kasih.

        October 18, 2015, 3:38 am
  • Azwan

    Assalammualaikum Tuan,

    Point saya:(Yang saya faham)
    1. Akta Pekerja 1955 terpakai bg pekerja bergaji RM2,000 kebawah
    2. Majikan memilih 14 hari daripada cuti umum yg ada di malaysia.
    3. Gaji saya melebihi RM2,000.
    4. Saya bekerja pada hari cuti umum yang tidak dipilih oleh majikan, (bukan cuti umum yg wajib diberi)

    Soalan: Apakah kadar kiraan gaji saya pada hari tersebut. Adakah mengikut kadar normal saya atau majikan perlu membayar lebih dari kadar normal pada hari tersebut.

    Terima Kasih

    October 14, 2015, 4:11 am
    • Ismail N

      Ikut kadar hari biasa kecuali ada peruntukkan yg lain dlm kontrak anda.

      October 14, 2015, 7:25 am
  • hafizan

    Assalammualaikum…
    sy ingin bertanya…. adakah benar tindakan majikan yang pekerjanya bergaji rm1200.00 bersih dan memotong gaji pekerja sebanyak rm1584.00 dengan mengeluarkan beberapa laporan palsu… setiap satu laporan kesalahan yang dibuat majikan membuat pemotongan gaji sebanyk rm396.00 an pekerja diberikan 4 laporan kesalahan yang dibuat secara palsu oleh majikan untuk memotong sebanyak rm1584.00 gaji pekerjanya…. dan dibawah adalah contoh msj majikan yg pekerja terima…

    1. Kesalahan meninggal pos kawalan. berlaku 2 tiada di pos kawalan semasa polis bantuan )TNB) sampai pengawal, denda rm 792.00
    2. kesalahan yg seterusnya menulis laporan palsu 2 kali tertangkap rm rm 792.00

    Jumlah potongan sebanyak
    rm 1584.00

    siapa yg bertanggungjawab.

    October 12, 2015, 10:16 pm
    • Ismail N

      W’salam. Pemotongan gaji tidak boleh dilakukan sebarangan dan perlu ada persetujuan dari pekerja secara bertulis. Utk hukuman bagi apa2 kesalahan perlu lalui proses soal siasat & diberikan gak membela diri.

      October 14, 2015, 7:31 am
      • hafizan

        sy dikenakan pemotongan tanpa ada persetujuan bertulis dr saya atau pon maklum kepada saya sebelum saya dikenakan tindakan pemotongan gaji… adakah disebabkan saya baru bekerja selama sebulan dan sy mohon untuk berhenti kerja menyebabkan mereka boleh sesuka hati memotong gaji saya sebanyak rm1582.. dan mereka sesuka hati membuat laporan2 palsu tentang kesalahan sewaktu bekerja…adakah saya tidak boleh membuat pembelaan kerana sy br bekerja hannya sebulan dan tiada offer latter semasa bekerja?sy bekerja setiap hari tanpa cuti hujung minggu dan cuti raya atau cuti umum selama 29 hari tetapi apabila tiba waktu gaji sy diberitahu bahawa gaji sy ditolak sebanyk rm1582.00…kerana melakukan kesalahan sedangkan saya tidak melakukan kesalahan itu..dan sy tidak dimaklumkan atau diminta untuk tandatangan surat pemotongan gaji..

        October 14, 2015, 10:08 am
  • Sarah

    Hi,
    Saya nak tahu sama ada syarikat boleh buat undang undang untuk tidak benarkan cuti tahunan separuh hari. Kalau nak apply cuti tahunan, mesti kurang-kurang 1 hari, kalaupun kita request separuh hari.

    Terima Kasih

    October 7, 2015, 7:19 am
    • Ismail N

      Boleh

      October 14, 2015, 9:04 am
  • Foo Kwong Lin

    My company recently terminated my contract giving reason that, the company is facing financial problem and the termination is due to retrenchment.
    My last day of service is September 30, 2015. The company gave me only one day notice,on September 29, 2015.By right as per contract has to be three months ahead, but the company is paying me 3 month salary in lieu(as per contract).

    But according to one of the company staff, the company will delay my salary and the 3 months salary in lieu, without stating the reason.

    Please advise, how soon the company has to pay my last salary and the 3 months salary in lieu.

    I thank you very much.

    Foo Kwong Lin

    October 7, 2015, 7:09 am
    • Ismail N

      Hi Foo. The company must pay soonest possible and must also show that they actually suffer financial problem. Otherwise, employees can claim for unfair dismissal and request for bigger compensation. Please visit Manpower Department (Jabatan Tenaga Kerja) for further assistance. Thank you.

      October 14, 2015, 9:16 am
  • nina

    salam, saya dah berkerja di tadika swasta selama 7 bulan dan majikan tidak membayar epf saya selama 7 bulan bekerja. majikan jugak tak bagi slip gaji dan juga confirmation letter.. yang ada hnyalah transaction bank melalui online yang dibuat setiap bulan.. sudah berkali2 saya mintak slip gaji tetapi majikan menjanjikan utk bagi slip gaji tetapi akhirnya majikan hanya senyap tidak membalas pemintaan saya berkaitan slip gaji dan juga confirmation letter.. adakah saya boleh mengadukan hal ini ke pejabat buruh kerana epf saya berkerja selama 7 bulan tidak dibayar. bila ditanyakan semula kepada majikan, dia hanya senyapkan diri..

    October 7, 2015, 3:56 am
    • Ismail N

      Hal berkaitan caruman KWSP, sila adukan pada KWSP. Anda boleh pemeriksaan samada caruman dibuat dengan membawa IC ke pejabat KWSP berdekatan. Terima kasih.

      October 14, 2015, 9:18 am
  • cindy

    hi, saya ingin buat penanyaan mengenai majikan saya sekarang ingin tutup perniagaan (bidang perhotelan), sekarang bos saya nak saya tolong buat pengiraan pampasan untuk semua pekerja, jadi saya ingin tanya cara pengiraan pampasan adalah macam mana ?
    Pampasan ditentukan oleh majikan ke ada akta pekerja menentukan berapa banyak kos yang kena beri kepada pekerja ?

    sekian, terima kasih.

    October 7, 2015, 12:47 am
  • HR

    salam
    saya ingin bertanyakan berkenaan kontrak bagi pekerja. syarikat kami telah mengambil 2 orang pekerja professional berstatus kontrak yang dimana gaji mereka adalah didalam lingkungan RM 4,500-RM 6,500. pekerja berkenaan meminta pihak syarikat supaya tidak memotong kwsp dan socso mereka berdasarkan gaji bulanan (rm4500-rm6500)yang mereka dapat, sebaliknya syrikat diminta memotong bedasarkan gaji minimum iaitu RM900 sahaja.
    soalan saya,
    1-bolehkah syarikat berbuat demikian?
    2-adakah menyalahi undang-undang sekiranya syarikat mengikut permintaan mereka?
    3-bagaimanakah kenyataan dan klausa kontrak yang perlu dinyatakan bagi pekerja sedemikian?

    October 6, 2015, 7:35 am
    • Ismail N

      W’salam.

      1. Tidak
      2. Ia salah di bawah Akta KWSP
      3. Jika mereka tidak mahu mencarum, engage mereka sebagai kontraktor bebas di bawah contract for service.

      October 15, 2015, 11:51 pm
  • HR

    salam

    saya ingin bertanyakan berkenaan kontrak bagi pekerja. syarikat kami telah mengambil 2 orang pekerja professional berstatus kontrak yang dimana gaji mereka adalah didalam lingkungan RM 4,500-RM 6,500. pekerja berkenaan meminta pihak syarikat supaya tidak memotong kwsp dan socso mereka berdasarkan gaji bulanan (rm4500-rm6500)yang mereka dapat, sebaliknya syrikat diminta memotong bedasarkan gaji minimum iaitu RM900 sahaja.
    soalan saya,
    1-bolehkah syarikat berbuat demikian?
    2-adakah menyalahi undang-undang sekiranya syarikat mengikut permintaan mereka?
    3-bagaimanakah kenyataan dan klausa kontrak yang perlu dinyatakan bagi pekerja sedemikian?

    October 6, 2015, 7:31 am
    • Ismail N

      Ok. sudah jawap di atas. Terima kasih.

      October 15, 2015, 11:52 pm
  • FeRijal

    Salam,

    Saya pekerja syarikat swasta bergaji 2k++
    tetapi dalam LO, syarikat menggunakan akta pekerja 1955 untuk saya
    seperti
    1. cuti tahunan 8 hari(bagi 1-2tahun)
    2. cuti umum 11 hari

    kemusyikilan saya adalah tiada perbezaan antara saya(ofis staff) dan staff outlet kami. malah, staff outlet mempunyai kelebihan apabila pada cuti umum mereka akan mendapat “replace public holiday” / double pay.. sedangkan saya tidak mendapat kelebihan itu dan terpaksa bekerja pada cuti umum eg: Hari raya haji (baru2 ini)

    saya ingin bertanya, jika saya ingin membuat perubahan kepada LO saya, ada akta yang boleh saya refer untuk pekerja swasta gaji melebihi 2k++ ?
    atau perlu mengikut budi bicara pihak pengurusan,,, kerana syarikat kami kepunyai negara luar dan staff ofis cuma 6org sahaja…

    persoalan kedua: jika saya mempunyai time slip dari klinik kerajaan / klinik biasa, adakah salah jika HR saya menolak cuti tahunan / MC saya? jika ditolak bolahkan saya membuat aduan kepada JTK?

    October 6, 2015, 1:55 am
    • Ismail N

      Untuk pekerja yg gaji melebihi RM2k, terma hendaklah dirunding dalam kontrak memandangkan Akta Kerja 1955 tidak terpakai kepada anda.

      Jika polisi syarikat tidak menerima time slip, maka ia hendaklah dipatuhi.

      October 14, 2015, 6:26 am
  • fiza

    Saya bekerja sebagai pembantu kedai.. saya baru sahaja berhenti kerja tanpa memberi notis..akibat kegagalan mengikut prosedur itu saya tidak di bayar gaji, malah pihak kedai meminta tuntutan 3 bln gaji kerana saya tidak mengikut prosedur berhenti.. tp sebelum diterima bekerja saya tidak menandatangani sebarang kontrak atau pon surat hitam putih yang mengatakan berhenti kerja perlu mengikutur.. adakah masalah saya ini boleh dipanjangkan kepada pihak yang berkuasa.. adakah

    October 4, 2015, 6:53 am
  • lin

    hai..saya nak tanya..sekiranya pekerja itu tlh bekerja selama 3 tahun..11 mac 2013 hingga kini (2015)pada 01 oktober 2014, pekerja itu di ambil sebagai pekerja kontrak (1 tahun) oleh syarikat.so, soalan saya,adakah pekerja itu berhak mendapat cuti tahunan mengikut berapa lama dia telah bekerja di company itu or dia hanya layak mendapat cuti tahunan (8 days) sebab under contrak (1 year)??

    October 2, 2015, 2:28 am
    • Ismail N

      Jika kontrak diperbahrui setiap tahun, maka ikut berapa tahun perkhidmatan.

      October 3, 2015, 8:35 am
      • nor

        gaji basic x ikut law…mcm mne ye?

        October 10, 2015, 7:23 am
  • HAFISZUDIN

    saya nak tanya. saya bekerja disebuah hotel kuantan. sudah 8 bulan saya kerja. saya tidak berpuas hati dengan gaji yang diberikan. basic 400 sahaja.. dan ditambah dengan service point.. total semua 900. tp selama saya bekerja dan staff lain bekerja belom pernah cecah gaji 900. selalunya dpt 800 jerr… adakah saya perlu pergi pejabat buruh laporkan masalah ni… then kadang2 gaji pom lambat smpai 3 atau 4 haribulan… sepatutnya basic 900 kan minimum yang sudah diselaraskan. saya tidak berpuas hati dan terasa sudah dipermainkan oleh majikan… minta penjelasan

    October 1, 2015, 11:10 am
    • Ismail N

      Jika tidak capai RM900(gross ya – belum tolak epf & socso), maka adalah satu kesalahan oleh majikan dan boleh di adukan pada Jabatan Tenaga Kerja berdekatan.

      October 3, 2015, 8:39 am
  • HAFISZUDIN

    saya nak tanya. saya bekerja disebuah hotel kuantan. sudah 8 bulan saya kerja. saya tidak berpuas hati dengan gaji yang diberikan. basic 400 sahaja.. dan ditambah dengan service point.. total semua 900. tp selama saya bekerja dan staff lain bekerja belom pernah cecah gaji 900. selalunya dpt 800 jerr… adakah saya perlu pergi pejabat buruh laporkan masalah ni… then kadang2 gaji pom lambat smpai 3 atau 4 haribulan… sepatutnya basic 900 kan minimum yang sudah diselaraskan. saya tidak berpuas hati dan terasa sudah dipermainkan oleh majikan… minta penjelasan

    October 1, 2015, 11:10 am
    • Ismail N

      Sama seperti di atas. Rujuk di atas ya.

      October 3, 2015, 8:46 am
  • HAFISZUDIN

    saya nak tanya. saya bekerja disebuah hotel kuantan. sudah 8 bulan saya kerja. saya tidak berpuas hati dengan gaji yang diberikan. basic 400 sahaja.. dan ditambang dengan service point.. total semua 900. tp selama saya bekerja dan staff lain bekerja belom pernah cecah gaji 900. selalunya dpt 800 jerr… adakah saya perlu pergi pejabat buruh laporkan masalah ni… then kadang2 gaji pom lambat smpai 3 atau 4 haribulan… sepatutnya basic 900 kan minimum yang sudah diselaraskan. saya tidak berpuas hati dan terasa sudah dipermainkan oleh majikan… minta penjelasan

    October 1, 2015, 11:10 am
    • Ismail N

      Untuk semua pembaca blog, harap komen sekali sahaja. Semua komen melalui proses tapisan dan cuma diluluskan jika ia tidak melanggar syarat-syarat yang ditetapkan oleh blog ini. Terima kasih.

      October 3, 2015, 8:49 am
  • kakitangan swasta

    Salam sejahtera, saya ingin bertanyakan adakah ia melanggar akta kerja jika majikan tidak mengemukakan sebarang slip gaji selama 4 bulan berturut turut (tiada kemudahan e-slip). Mohon penjelasan. Terima kasih.

    September 29, 2015, 6:19 am
    • Ismail N

      Ya. Tapi sebelum buat aduan, minta dahulu dengan majikan ya.

      October 3, 2015, 8:55 am
  • Rosdi

    Salam, utk makluman tuan team memerlukan kami bekerja 7 hari seminggu, dibahagikan kepada 2 group utk cover hujung mggu & akan rotate setiap bulan ( 4 hari kerja, 3hari cuti) & keseluruhan team sy bergaji lebih Rm4500 sbln. Persoalan sy berkenaan cuti umum
    1) Adakah sy boleh menuntut cuti ganti sekiranya diminta bekerja pada cuti umum?
    2) Disebabkan jadual kami 4 hr kerja & 3 hari cuti, kadang2 waktu off kami adalah dlm cuti umum, bolehkah kami memohon cuti extra kerana public holiday dlm off day kami?
    3) Jika jadual memerlukan sy kerja pada cuti umum tetapi sy mahu cuti pada hari itu, adakah sy perlu menggunakan cuti tahunan utk bercuti pd hari tersebut? Buat waktu skrng company menyuruh memohon cuti tahunan jika ingin bercuti pada hari itu & tidak ada tambahan cuti sebagai ganti cuti umum. Adakah tindakan company salah dlm hal ini?

    September 28, 2015, 4:06 pm
  • ridzuan

    salam sejahtera..sy bekerja di syarikat swasta…pihak majikan saya memberi arahan bahawa tidak dibenarkan bercuti pada sehari sebelum dan sehari selepas cuti umum.contohnya cuti 1malaysia 16 september hari rabu, so pada 17 september hari khamis tidak dibenarkan cuti termasuk mc dan anual leave. katanya ada terdapat dalam undang undang buruh.tp saya cari xjumpa.. terima kasih kerana memberi penjelasan

    September 28, 2015, 1:31 am
  • ika

    hai, saya telah mendapat tawaran pekerjaan di mana memerlukan saya mula bertugas pada 1/10/2015, saye sepatutnya perlu memberikan notis berhenti 1 bulan, boleh atau tidak jika saya memberi notis perletakkan jawatan 24jam pada 1/10/2015 ini? apa akan jadi sekiranya saya memberikan notis 24jam ini?? bantu saya

    September 23, 2015, 8:36 am
  • Puteri

    Hello, says nak Tanya , Saya pernah bekerja di satu syarikat property management, Masalah saya ialah, Saya berkerja disana selama 2bulan Dan belum jadi pekerja tetap. Saya berhenti pads 2september2015 Dan hantar surat berhenti pada 28 August 2015. Dan gaji Saya sepatutnya masuk pd 7.september 2015. Tapi bila Saya check on 9 September 2015, gaji Saya belum masuk, bila Saya kol Tanya, dorang cakap Akan hold selama 2 Minggu Dan Alasan dorang cakap, Saya berhenti Secara mendadak. . So Saya bg masa selama 2 Minggu Dari tarikh yang gaji yang patut keluar iaitu 7 September 2015, tapi sampai ke harini, gaji Saya belum masuk. Adakah company berhad hold gaji Saya de gain Alasan Saya berhenti Secara mendadak? Sedangkan saya belum comfirm lg plus waktu awal kerja, dorang xde cakap pasal hold gaji..Apa tindakan yang boleh Saya buat??

    September 23, 2015, 2:20 am
  • zue

    Tuan, saya ingin minta pendapat tuan. Saya mempunyai staf yang setiap kali cuti atau lewat tidak akan inform pada HR sebaliknya dia akan direct kepada Pengarah Urusan.
    1. Adakah pihak HR boleh keluarkan surat tunjuk sebab atas ketakhadiran staf tersebut?kerana staf tidak memaklumkan bahkan tiada sebarang borang cuti yang dihantar kepada HR. Bila HR bertanya kepada staf tersebut tentang cuti atau lewat,staf itu akan jawab dengan nada tak puas hati dan kurang ajar.
    2. Bolehkah HR deduct cuti tersebut kerana tidak dapat sebarang borang cuti dari staf itu?
    3. Bagaimana cara yang boleh pihak HR ambil bagi berhadapan dengan masalah ini? kerana staf itu telah menyatakan sebarang perkara berkaitan cuti dan kerja tidak akan rujuk kepada HR tetapi direct Pengarah.
    4. Staf ini sering membandingkan dirinya dengan HR dan juga staf-staf yang lain apabila kesalahannya ditegur.
    Situasi ini boleh memberi kesan yang tidak baik pada persekitaran kerja apabila staf staf lain melihat seperti HR tidak ambil sebarang tindakan kepada staf yang lewat dan tidak datang kerja.

    Mohon tuan dapat berikan pendapat untuk handle masalah ini. terima kasih

    September 22, 2015, 8:48 am
  • liyana

    salam..saya ingin bertanya

    jika cuti umum iaitu cuti raya haji jatuh pada hari khamis dan hari jumaat majikan memberi cuti rehat, sedangkan cuti rehat saya selalunya jatuh hari sabtu, patutkah saya cuti pada hari sabtu tersebut?

    September 22, 2015, 6:00 am
  • hana

    hai. saya nak berhenti kerja dengan notis 24jam. saya tak ada tandatangan perjanjian waktu mula-mula kerja dlu jadi ikot akta kerja..lebih 5 tahun perkhidmatan saya kena bagi 2 bulan notis untuk berhenti kerja kan? soalan saya..kalau saya bagi notis 24 jam..saya kena bayar pampasan sebulan atau 2 bulan gaji?

    HANA

    September 22, 2015, 5:51 am
  • Siti Azimah

    Mohon pencerahan dan juga penjelasan berkenaan ttg Cuti Bersalin bagi para suami (Paternity Leave) berapa hari peruntukan cuti di beri, dan sekiranya isterinya bersalin pada hari Ahad jam 7 pagi atau isterinya bersalin jatuh pada hari cuti Am, bagaimanakah system pengiraan cuti tersebut.. sila jelaskan. Terima kasih.

    September 21, 2015, 2:19 am
    • Ismail N

      Paternity Leave tidak diperuntukkan di bawah undang-undang buruh. Ia bersifat faedah kontrak. Oleh itu, terpulang pada majikan anda untuk menyediakan prosedur yang sesuai. Harap anda rujuk pada kontrak ataupun Jabatan Sumber Manusia di pejabat anda. Terima kasih.

      September 21, 2015, 11:28 pm
  • ZienaZain

    Hai, saya nak tanya berkenaan dengan jumlah hari bekerja yang perlu dibahagi untuk mendapatkan jumlah bayaran sehari untuk gaji bulanan.
    Adakan bahagi dengan 26 hari atau 30 hari atau bahagi dengan jumlah hari bekerja sahaja 22 hari (ditolak cuti sabtu ahad) ? ?

    September 11, 2015, 10:04 am
    • Ismail N

      Perlu rujuk kontrak anda dalam hal ini. Namun untuk mereka yang dilindungi Akta Kerja 1955 (gaji RM 2k dan ke bawah), jika kiraan adalah untuk tujuan kiraan OT dan sebagainya, kadar sehari wajib di kira dengan membahagikan dengan 26.

      September 20, 2015, 6:27 am
  • FeRijal

    Hi,
    Saya baru bekerja di syarikat sekarang pada Feb 2015, semasa tanda tangan LO, saya bersetuju dengan jumlah cuti tahunan sebanyak 8hari.
    persoalan saya sekiranya saya membuat surat permohonan kepada Boss saya untuk menambah cuti tahunan saya untuk tahun 2016, adakah itu dibolehkan?

    September 9, 2015, 7:29 am
    • Ismail N

      Boleh mohon. Cuma terpulang pada boss untuk benarkan. Ia terma asas kontrak, perlukan persetujuan bersama ya.

      September 20, 2015, 6:22 am
  • wandee

    Salam,
    saya mula bekerja di sebuah syarikat swasta terkemuka di Johor pada 15/4/2014 pada gaji RM2,300. sehingga 5 Jun 2015, saya belum mendapat surat pengesahan. maka saya memutuskan untuk meletakkan jawatan untuk bekerja di syarikat lain. malangnya, syarikat asal saya serta merta mngeluarkan surat pengesahan bertarikh 15 Mei 2015 pada 15 Jun 2015, iaitu setelah saya menghantar notis. isi kandungan surat itu mengatakn saya telah dinaikkan gaji pada Januari 2015 kepada RM 2,725. jadi saya perlu bayar notis satu bulan RM2,725.

    Apa perlu saya lakukan kerana pihak syarikat asal telah menolak gaji saya tetapi masih kurang RM90 saya perlu bayar. dan mereka telah melaporkan kepada jabatan buruh seolah olah saya yang bersalah.

    September 8, 2015, 5:06 am
    • Ismail N

      W’salam. Anda perlu maklumkan pada pejabat buruh mengenai kes ini. Namun, dari segi tempoh notis pula, perlu juga dirujuk pada kontrak kerja/offer letter anda. Mohon kerjasama kaunselor JTK untuk nasihat dan interpretasi kontrak (jika ada dan bertulis). Terima kasih.

      September 20, 2015, 6:22 am
  • Airis

    Dan juga nak tny. Bolehkah sy dapat gaji utk bulan yg sy kerja tu? Sekiranya sy tak hantar notis berhenti dulu tp terima surat amaran dulu? Adakah sy perlu ikut tempoh notis utk sy hntr notis berhenti sy tu? Kalau boleh sy harap nak dptkan gaji saya tu. Harap sangat dapat penjelasan . kalau boleh secepatnya. Huhu

    August 25, 2015, 4:26 am
    • Ismail N

      Jika notis dipatuhi, maka tiada masaalah untuk dapat gaji itu. Namun, tertakluk juga kepada apa jenis tindakan disiplin terhadap anda (jika ada). Rujuk jawapan saya dalam soalan anda sebelum ini.

      September 20, 2015, 6:15 am
  • Airis

    Salam . sy nak tanya. Bolehkah sy dgn sendirinya hantar notis berhenti kerja selepas sy dapat notis amaran ? dengan alasan apakah yg perlu sy gunakan ya? Sy juga perlu memberi jawapan terhadap kesalahan² yg telah sy lakukan itu. Apakah yg harus sy jawab? Tempoh notis bg jawapan tu dlm 2 minggu. Dan jika sy nak berhenti perlu ke sy hantar notis berhenti 2 minggu juga? Harap sangat dpt membantu menjawab persoalan sy ini secepatnya. Sekian terima kasih 🙂

    August 25, 2015, 4:18 am
    • Ismail N

      Untuk memberi notis berhenti kerja, anda tidak perlu kemukakan alasan. Yang penting adalah ia mengikut prosedur dan syarat kontrak. Jika kontrak perlukan sebulan notis, maka notis hendaklah sebulan juga. Mengenai show cause letter itu, ia adalah isu yang berasingan. Anda perlu menjawab nya dengan baik untuk membersihkan rekod disiplin anda. Ia penting untuk kerjaya di masa hadapan.

      September 20, 2015, 6:15 am
  • AIZAT

    Assalam tuan,

    Mohon pandangan pihak tuan, adakah potongan kwsp adalah berdasarkan gaji pokok sahaja atau gaji pokok bersama elaun? Kerana syarikat yang saya bekerja sekarang memotong kwsp saya berdasarkan gaji kasar (gaji pokok+elaun) tetapi syarikat sebelum ini memotong kwsp berdasarkan gaji pokok sahaja.

    Terima Kasih.

    August 24, 2015, 1:37 am
  • Si sotong

    Salam Encik Ismail, sy pekerja yang tiada kontrak/Offer letter. 2 hari yg lalu majikan beritahu sy bahawa syarikat sudah tak larat meneruskan kerana dia tak mampu bayar hutang bank, syarikat mungkin kena ditamatkan bila2 masa. Dia perintahkan saya berhenti mulai pada 1 hari bulan depan. Dia hanya cakap dengan murut sahaja tanpa sebut tentang pampasan dan tidak bagi notis . Sy kerja di syarikat demikian selama 10 tahun, gaji pokok cuma RM1,650 shj. Jadi sy nak tanya…
    1. Pekerja yang tiada kontrak boleh minta pampasan jikalau kerjanya di tamatkan oleh majikan?
    2. Majikan ada hak panggil pekerja yg tiada kontrak berhenti secara tanpa bagi tempoh notis?
    Harap Encik Ismail boleh jawap soalan sy secepat mungkin, terima kasih.

    August 20, 2015, 12:31 pm
    • Ismail N

      W’salam. 1. Dari segi hak, ya ada hak untuk tuntut pampasan jika majikan yang berhentikan. Jika anda yang bagi notis untuk berhenti, maka hilang hak itu ya. Jadi tunggu, surat berhenti kerja dahulu yang rasmi dari majikan. Bila dah terima, terus submit aduan dengan segera. Cuma kalau majikan betul-betul mahu bankrupt dan dapat buktikan di mahkamah, maka tiadalah pampasan atau mungkin kurang mengikut kemampuan majikan itu. Maaf saya, tidak dapat menjawab dengan segera kerana agak sibuk dua tiga bulan yang lalu.

      September 20, 2015, 6:05 am
  • jamal

    Assalamualaikum,

    Saya ingin bertanya tentang notis 24 jam berhenti kerja, sebab ingin melanjutkan pelajaran. Contoh jika saya berhenti pada tarikh gaji keluar, dan saya dapati bahawa saya tidak diberikan gaji pada hari selebihnya saya bekerja. Adakah saya tetap dikenakan denda atas apa upah (basic) yang diberikan oleh majikan atau pun gaji hari selebihnya tidak dibayar sahaja. Contoh saya perlu bayar mengikut basic gaji saya apabila saya berhenti kerja notis 24 jam

    August 19, 2015, 2:13 pm
    • Sarah

      Same case here. Nak tau jugak macam mana ye..

      August 28, 2015, 2:03 am
      • Ismail N

        @ Sarah Hmm.. mcm mana boleh same case tu. Sama tempat kerja? 😀

        September 20, 2015, 5:54 am
    • Ismail N

      W’salam. Bila berhenti kerja, alasan adalah tidak relevan. Yang penting adalah prosedur dan terma kontrak. Selalunya ada dinyatakan tempoh notis yang diperlukan untuk berhenti kerja. Biasanya satu bulan. Ia adalah sejenis perlindungan buat majikan agar tidak kekurangan tenaga kerja bila pekerja meletakkan jawatan. Oleh itu, anda perlu rujuk kontrak kerja (jika ada) atau check dengan HR apakah praktis mereka di sana. Jika dilindungi Akta, 4 minggu notis buat pekerja yang kurang dari 2 tahun perkhidmatan. Jika notis ini tidak dipatuhi, pekerja hendaklah membayar amaun pada nilai notis ini. Terima kasih.

      September 20, 2015, 5:51 am
  • Hanasir bin Md. Zain

    Berdasarkan maklumat2 di bawah, dengan harapan yang tersangat tinggi dipohon pencerahan drpd pihak tuan>>
    – Pekerja bergaji basic RM3,000.00 sebulan.
    – Pekerja memberi notis 24 jam
    – Tiada perjanjian khusus untuk notis 24 jam
    – Mula bekerja pd 4/8/2014 & tarikh serah notis 28/7/2015.
    – Tiada lagi baki Cuti Tahunan sehingga 28/7/2015.
    – Bulan terakhir hanya bekerja 2 hari.
    – Tempoh bekerja bulanan sykt dari 20hb hingga 21hb setiap bulan.
    – Pekerja diberi satu kenderaan sykt untuk menjalankan tugas syarikat tanpa ada surat perjanjian. Kenderaan sykt didaftarkan atas nama sykt.
    SOALAN:
    1. Adakah majikan MESTI membayar gaji untuk 2 hari yang pekerja tersebut datang bekerja.
    2. Adakah majikan BOLEH menuntut bayaran bagi baki hari kerja pada bulan tersebut sebagai ganti notis 24 jam tersebut.
    3. Adakah majikan BOLEH menuntut kembali jumlah saman Parking yang dibayar oleh sykt di atas kesalahan pekerja meletakkan kenderaan sykt tanpa membayar fee parking di mana fee parking tersebut sebenarnya boleh dituntut kembali drpd sykt.

    TQVM

    August 17, 2015, 11:00 am
    • Ismail N

      Pertamanya, pekerja bergaji RM 2k dan ke atas tidak dilindungi oleh Akta Kerja 1955, maka rujukan hendaklah dibuat pada kontrak kerja. Jika tiada kontrak bertulis, mungkin ada employee handbook ataupun normal practice (praktis biasa) yang dilaksanakan di syarikat anda yang boleh dirujuk.
      1. Dengan andaian, majikan terima notis 24 jam & dibenarkan kontrak anda, maka YA, gaji hendaklah dibayar untuk 2 hari tersebut. 2. Boleh, jika diperlukan notis lebih 24 jam untuk behenti kerja. 3. Ini sangat-sangat bergantung dengan perjanjian pekerja dan majikan, samada ia bertulis atau lisan.

      September 20, 2015, 5:47 am
  • Sue

    Salam Tuan,

    Pertanyaan tentang pemberhentian pekerja berstatus kontrak. Staf telah berkhidmat dengan Syarikat selama lebih kurang 1 tahun 9 bulan.
    Mengikut kepada surat tawaran kerja, utk staf kontrak, notis 2 minggu perlu dikeluarkan untuk pemberhentian.
    Persoalan saya:-
    1) majikan perlu membayar sekali faedah penamatan kerja atau hanya byr gaji sehingga tamat notis 2 minggu sahaja?
    2) boleh x berhentikan pekerja dengan notis 24 jam disebabkan masalah kedatangan. kerap tak hadir tanpa maklum kepada majikan. Tetapi syarikat xpenah mengeluarkan surat amaran sebelum ini & dalam surat tawaran kerja juga tiada terma pemberhentian 24 jam disebabkan kehadiran.

    August 12, 2015, 4:01 am
    • Ismail N

      W’salam. Jika notis dikeluarkan oleh majikan dan atas alasan salah laku, maka prosedur disiplin perlu dipatuhi terlebih dahulu. Hukuman berat seperti pemberhentian kerja 24 jam memerlukan siasatan dalaman (DI) yang mana pekerja telah dibuktikan salah. Walaupun kontrak ada sebut mengenai notis, namun dalam hal tertentu, peruntukan akta mengatasi kontrak kerja.

      September 20, 2015, 5:44 am
  • LeeyaAfiqah

    Assalam, saya mahu membuat aduan di JTK tetapi tiada slip gaji sebab tidak diberi oleh majikan..sehari saya bekerja 12 jam tanpa diberikan OT..cuti umum pula tidak diberi gaji 3 kali ganda gaji kerja sehari..gaji minimum 900 itu selepas tolak kwsp + socso ke? Gaji saya sebulan cuma 850 tidak tambah kwsp + socso..

    August 11, 2015, 9:47 am
    • Ismail N

      W’salam. 1. Boleh buat aduan biarpun tanpa slip gaji. Mohon bantuan JTK dlaam hal ini. 2. Gaji minima tu sebelum tolak epf/socso

      September 20, 2015, 5:23 am
  • INGIN TAHU

    Salam…
    Saya ingin bertanya, saya bekerja di SEKTOR AWAM bahagian kesihatan. Saya bekerja lebih masa pada disember 2014 selama beberapa hari yang jumlah “elaun lebih masa” dan “tuntutan perjalanan” melebihi RM2000. Gaji saya juga melebihi RM2000 sebulan.
    Akan tetapi, sehingga kehari ini, “elaun lebih masa: dan “tuntutan perjalanan” saya masih BELUM DITERIMA. Apabila diajukan soalan, jawapan yang diberikan adalah “TUNGGU KELULUSAN KEMENTERIAN”. Terdapat sesetengah rakan sekerja telah memperoleh “elaun lebih masa” dan “tuntutan perjalanan” mereka dan ada yang hanya memperoleh “tuntutan perjalanan” sahaja.
    Persoalannya:
    1… Bolehkah saya ajukan aduan ke Jabatan Tenaga Kerja? Atau saya perlu menunggu lagi?
    2… Bolehkah majikan saya mengarahkan supaya ditukarkan kepada “cuti”

    August 9, 2015, 5:15 am
    • Ismail N

      Untuk hal-hal berkaitan kakitangan kerajaan/sektor awam, saya sarankan agar anda berhubung dengan CUEPACS untuk bantuan: http://www.cuepacs.my/Hubungi/Maklumat.aspx . Terima kasih.

      September 20, 2015, 5:22 am
  • zikry

    assalamualaikum…saya telah menghantar notis berhenti kerja 24 jam dan telah dipersetujui oleh majikan saya tpi yg menjadi menjadi masalahnya sekarang kenapa saya harus tunggu smpai bulan hadapan bru saya akan peroleh baki bayaran gaji tu?????/

    August 7, 2015, 2:18 am
    • Ismail N

      Anda perlu ajukan soalan ini kepada majikan anda terlebih dahulu. Jika jawapan yang diberikan anda rasa tidak munsabah, maka mohon bantuan JTK untuk mendapatkan gaji anda dengan segera. Terima kasih.

      September 19, 2015, 1:47 am
  • Zuraimi

    Salam.
    Tumpang tanya, gaji saya sebanyak RM1000 dan dibahagi dengan 26 hari. Maka gaji saya sehari sebanyak RM50 sehari. Hari cuti saya adalah pada sabtu dan ahad maka hari rehat saya jatuh pada hari ahad.

    Soalan 1.
    Saya diarahkan berkursus oleh majikan pada hari ahad. Adakah saya layak menuntut overtime pada hari ahad tersebut. Adakah kursus juga dikira sebagai bekerja?

    Soalan 2.
    Saya terpaksa outstation pada hari ahad dan terpaksa bertolak dari rumah awal pagi. Setelah selesai kerja, saya bertolak balik dan sampai pada lewat malam. Boleh tak saya tuntut overtime pada hari tersebut. Adakah tuntutan saya bermula dari saya mula bertolak dan sampai ke rumah?

    Mohon penjelasan. Sekian, terima kasih.

    August 6, 2015, 11:26 am
    • Ismail N

      1. Jika kursus itu atas arahan dan bagi tujuan berkaitan kerja, maka anda layak menuntut OT pada hari tersebut. 2. Boleh tuntut juga, cuma perlu lihat keperluan juga. Jika boleh tuntut untuk perjalanan dari dan ke rumah, maka setiap hari ramai yang boleh OT untuk perjalanan ke pejabat dan balik dari pejabat, terutamanya yang tinggal jauh dari pejabat.

      September 19, 2015, 1:47 am
  • Nur

    Saya ada pertanyaan tentang staff yang diambil secara kontrak selama 6 bulan atau 12 bulan. Kontrak akan diperbaharui setiap kali tamat tempoh kontrak sebelum ini. Persoalan saya adalah, bagaimana dengan cuti untuk staff sebegini? Jika kontrak diikat selama 6 bulan, maka cuti yang layak untuk staff ini berapa hari (cuti tahunan standard adalah 14 hari setahun)?

    August 6, 2015, 3:57 am
    • Ismail N

      Walaupun kontrak secara fixed-term (enam bulan, 1 tahun atau 2 tahun), namun jumlah tempoh perkhidmatan hendaklah diambil kira juga. Untuk mereka yang belum cukup setahun perkhidmatan, biasanya jumlah cuti setahun dikira secara pro rata. Misalnya, jika setahun diperuntukkan 12 hari, maka jika perkerja baru berkerja 4 bulan, pro ratanya adalah 4/12 bulan x 12 = 4 hari.

      September 18, 2015, 11:09 pm
  • rose

    saya diambil bekerja oleh majikan pada 26/6/2013 hingga kini. Majikan memberitahu…cuti tahunan saya jika 2 tahun bekerja ialah 8 hari. Jika 3 tahun bekerja ialah 12 hari. Soalan saya…berapakah cuti tahunan saya pada tahun ini. Berdasarkan pada tarikh saya masuk bekerja, saya sudah bekerja selama 2 tahun satu bulan setengah. Bolehkah anda beritahu saya berapakah cuti tahunan saya. Jika sehingga akhir tahun ini tentu tempoh masa saya bekerja sudah 2 tahun 7 bulan. Mohon penjelasan. Terima kasih.

    August 5, 2015, 3:46 am
    • Ismail N

      Anda perlu rujuk semula dengan kontrak dan majikan. Lain syarikat, lain polisinya. Ada yang ikut kalendar dan ada yang ikut tarikh masuk. Jika ikut tarikh masuk, sepatutnya 8 hari + 4 hari (kiraan pro rata). Apa-apa pun rujuk kontrak dulu ya. Jika gaji anda 2k ke bawah pula, peruntukkan minima akta wajib dipatuhi majikan. Boleh rujuk artikel cuti tahunan dalam blog ini. Terima kasih.

      September 18, 2015, 11:06 pm
  • ninja

    salam en.sy ingin bertanya mngenai kontrak kerja sy.sy telah diberikan offer letter dan dlm offer letter trsebut mnyatakan tmpoh percubaan selama 3 bulan beserta 1 tahun kontrak.dlm surat trsebut turut dinyatakan bahawa tarikh lantikan sy adalah pada 15 sept. 2014.dlm surat trsebut turut mnyatakan bahawa notis berhenti adalah selama 3 bulan.sy telah mnghntar notis pada 15 julai 2015 untuk berhenti kerja.soalan sy:

    1.adakah tarikh berhenti sy pada 15/10/2015 iaitu 3 bulan selepas notis

    2.bolehkah sy berhenti pada 15 september 2015 iaitu selepas tarikh tamat kontrak sy?

    harap en dpt mmbntu.trima kasih

    August 4, 2015, 9:37 am
    • Ismail N

      Apabila anda aktifkan klausa notis tersebut, maka anda perlu patuhi notis tersebut iaitu tarikh tamatnya pada 15/10/2015. Jika tidak anda cuma perlu bagi notis yang anda tidak mahu sambung kontrak selepas 15/9/2015 dan kontrak terhenti setakat tarikh itu sahaja.

      September 17, 2015, 11:47 pm
  • Yang Zaharin

    Salam tuan…sy nak tau sekiranya seseorang pekerja datang lewat..boleh kah majikan mengambil tindakan dengan memotong gaji mengikut tempoh berapa lama jumlah jam yang lewat ..cth : abu masuk kerja pd jam 8.30am tetapi dia hadir pd jam 9.00am..1/2 jam lewat..sebagai denda gaji pekerja tu di potong sebanyak 1/2 jam…itu pun setelah mendapat persetujuan dr kedua belah pihak.***********/*/

    August 3, 2015, 5:16 am
    • Ismail N

      YA boleh. Berdasarkan kontrak, majikan membayar gaji bagi tempoh kerja tertentu, contohnya: 8 hingga 5 petang. Jika anda tidak patuhi terma asas ini, maka majikan cuma perlu bayar ikut waktu sebenar anda berkerja.

      September 17, 2015, 11:46 pm
  • Joe

    Salam. Sye joe, saya bekas pekerja 7-Eleven. Tempoh cuma 1bulan 2minggu. Saya telah diberhentikan kerja tanpa notis 24jam, kerana disabitkan kesalahan pecah amanah. Saya telah membuat pengakuan dan majikan pun sudah membuat laporan polis. Kerana itu, majikan saya tidak membayar saya satu sen pun kepada saya. Saya sebetul nya kurang tahu akta kesalahan ni. Majikan sudah ambil tindakan, sudah dakwa saya, di gari di bawa ke balai. Tetapi kenapa perkhidmatan saya pula tak dibayar? Nama saya dah ada dalam rekod polis, ditambah pula tak dibayar gaji. Boleh kah saya buat aduan untuk tuntut hak saya? Sebab saya rasa kena aniaya, ambil kesempatan atas kesulitan bentuk nya. Saya tak takut mengaku salah saya, segala pengakuan dah pun saya buat. Saya nak sangat tuntut penat lelah saya bekerja sehari-hari, cuma saya tak tahu samada saya boleh atau tak membuat tuntutanni . Mohon pencerahan…

    August 2, 2015, 9:22 pm
    • Ismail N

      Hal-hal berkaitan gaji yang tidak dibayar, anda perlu rujuk pada JabatanTenaga Kerja. Saya tidak tahu apa pengakuan yang anda buat dan bentuk kesalahan anda telah anda lakukan serta nilainya. Oleh itu, sebaiknya mohon bantuan kaunselor di JTK dengan menerangkan dengan terperinci kes anda.

      September 17, 2015, 5:19 am
  • shanthi

    salam I enak Tanya, seorang perkerja di berhentikan dengan notis termination letter sebab company enak tutup (bankcrup)dan bagi transfer to damansara dengan transport charge rm50, perkerja itu kerja selama 8 tahun dan tiada bayar apa- apa pun, importan is selepas perkerja sign dua document itu manager company itu simpan dalam loker dan tak bagi fotostate pada perkerja itu, sudah berapa kali minta surat itu manager itu kata tak boleh bagi surat itu, dalam surat itu tulis dlm bahasa English perkerja itu kurang baca bahasa itu, u enak buat apa buat enak pergi labour pergi I tak takut, dalam situation itu perkerja itu enak buat apa, sudah 2 kali pergi labour sebab hal itu so macam mana enak settlekan kes ini? kalau pergi labour perkerja itu boleh dapat tak duit sevice tak selama 8 tahun kerja

    July 31, 2015, 9:39 am
    • Ismail N

      Maaf ya, saya kurang faham soalan ini. Jika company telah ditutup kerana bankrupt, bagaimana ia boleh transfer anda ke company lain? Adakah pertalian antara company ini dengan company di Damansara itu? Sebaiknya anda ke pejabat buruh (Jabatan Tenaga Kerja) untuk mohon nasihat dari kaunselor mereka. Terima kasih.

      September 17, 2015, 5:19 am
  • Ana

    Assalamualaikum…saya Ana (bukn nama sebenar) ingin bertanya tentang isu aniaya. Sy ditipu oleh bekas pekerja yang ingin membuat aduan kpd JTK. Aduan yang mereka ingin ketengahkan itu belum lagi dibincang dengan majikan saya. Tetapi mereka mengambil jalan mudah untuk mengambil tindakan melulu tanpa berbincang bersama majikan saya. Mereka menggunakan saya untuk kepentingan mereka sendiri dan saya telah ditipu. Sy ingin bertanya di sini, Adakh surat aduan tu sah ke jabtan jika ia nya bukan majikan yang meluluskannya?

    July 25, 2015, 1:02 am
    • Ismail N

      Soal sah atau tidak itu tidak penting. Yang penting adalah pihak mana yang benar. Jika anda boleh buktikan yang aduan terhadap anda tidak betul maka apa-apa tindakan terhadap anda menerusi aduan itu boleh diketepikan.

      July 26, 2015, 4:45 am
  • Mas

    Saya inin bertanya, syarikat mendapat notis bahawa bekalan eletrik akan terputus dari pagi hingga ke petang. Pengurus memutuskan untuk memberi cuti kepada pekerja. Soalan saya ialah, patutkah cuti itu diambil dari Annual Leave pekerja/ memotong gaji (bagi yang tiada Annual leave) pekerja sedangkan masalah itu bukan dari pekerja sendiri. Terima Kasih.

    July 24, 2015, 4:37 am
    • Ismail N

      Majikan tidak boleh minta pekerja ambil AL tanpa kemahuan mereka.

      July 26, 2015, 4:51 am
  • murni

    assalamualaikum. saya nak bertanya berkenaan cuti tahunan dan masa bekerja untuk jururawat. adakah sama seperti pekerja yang lain tidak mengira apa jawatan yang disandang? mohon pencerahan.

    July 23, 2015, 8:46 am
    • Ismail N

      Ia bergantung kepada samada anda berkerja di swasta atau kerajaan dan tangga gaji anda serta juga kontrak kerja anda. Mungkin anda boleh rujuk juga artikel Cuti Tahunan dalam blog ini,. Terima kasih.

      July 26, 2015, 4:57 am
  • Pekerja Swasta Skema

    Assalamu’alaikum Tuan/Puan,
    Saya ingin bertanya mengenai cuti bulanan serta cuti umum. Saya bekerja di sebuah company yang mengikut Shopping Mall hour. Saya memperolehi 8 hari offday dalam sebulan. Sekiranya terdapat Public Holiday dalam bulan tersebut, Syarikat berhak untuk memotong 8 hari offday saya?

    Contoh:
    Offday 8 hari sebulan
    Public Holiday : 2 Hari Raya Aidilfitri
    Sekiranya saya cuti pada hari Public Holiday 2 Hari, Offday saya hanya berbaki 6 hari sahaja lagi. Maksudnya, company mengira hari cuti saya termasuk dengan hari Public Holiday tersebut. Layakkah Syarikat berbuat sedemikian? Bukankah sepatutnya saya mendapat cuti extra? Means 10 Hari cuti?

    July 22, 2015, 4:30 pm
    • Ismail N

      Perlu rujuk kontrak anda ya. Majikan wajib beri satu hari rehat seminggu. Oleh itu sebulan ialah 4 – 5 hari kan? Mungkin dalam kontrak ada arrangement yang hari rehat dikurangkan bila ada cuti umum. Asalkan syarat asal dipatuhi, terma sebegini boleh dipraktikan. Apa-apa pun sebaiknya rujuk kontrak anda pada peguam untuk nasihat lanjut. Terima kasih.

      July 26, 2015, 5:01 am
  • Alicia

    Salam.. saya ingin kan kepastian dari tuan.. baru2 ini saya telah meneliti syarat kontrak diantara saya dgn majikan tempat saya bekerja sekarang. Yang menjadi persoalan saya.. dalam kontrak itu menjelaskan sekiranya saya ingin berhenti kerja (dalam tempoh 3 tahun, masih dalam contrak) saya dikehendaki memberi notis 3 bulan berserta membayar 3 bulan gaji. (3+3). Adakah kontrak itu boleh diguna pakai???? Saya keliru dengan kontrak ini. Harap tuan dapat membantu saya. Sekian, terima kasih

    July 22, 2015, 2:00 pm
    • Ismail N

      Mungkin anda tersilap baca. Biasanya beri notis 3 bulan ATAU bayar nilai notis 3 bulan itu.

      July 26, 2015, 5:02 am
      • Alicia

        Salam, Sebelum saya mengajukan soalan haritu..memang saya telah meneliti contrak saya. Dalam contrak tsebut memang ada mgatakan sekiranya saya ingin bhenti kerja dalam tempoh masih dibawah contrak (3 Tahun), saya perlu memberi notis 3 bulan BERSERTA 3 BULAN GAJI. Rakan sekerja saya juga mempunyai syarat contrak yg sama seperti saya. (3+3).

        July 27, 2015, 6:15 am
        • Ismail N

          Tak boleh kontrak sebegitu. Ianya mesti either atau in lieu of …

          July 28, 2015, 5:01 am
  • khir

    salam sejahtera
    dalam keputusan mahkamah syariah hari ini berkaitan nafkah, byk keputusan hakim yg memerintahkan bayaran dibuat melalui potongan gaji.

    Soalan saya, ada atau tidak otoriti berkaitan yg menegah potongan gaji dibuat, kecuali apabila perintah telah dikeluarkan dan pihak tersebut gagal melaksanakan perintah mahkamah.

    tq

    July 22, 2015, 3:00 am
  • Rina

    Assalamualaikum..
    Saya wakil pihak majikan ingin bertanya. Soalan adalah seperti berikut:
    17/7 &18/7 (Hari Raya Puasa) – pekerja yang bekerja pada tarikh tersebut akan diberikan gantian cuti pada hari yang lain sekiranya pekerja bekerja selama 8 jam. bagaimanakan pengiraan gaji sekiranya pekerja bekerja kurang dari 4 jam atau 8 jam? Adakah saya perlu kira sebagai overtime hari biasa atau mengikut rate PH.

    July 18, 2015, 6:29 am
  • gstvictim

    helo.. sy bekerja sebagai receptionist di sebuah syarikat lodging backpackers. pada mulanya, sy bekerja sebagai housekeeping dan sy bekerja 8 jam sehari dgn gaji rm650 sebulan. apabila dinaikkan pangkat sebagai receptionist, masa bekerja saya ditambah 4jam extra menjadikan masa bekerja sy setiap hari 12 jam. gaji sy dinaikkan sebanyak rm100 sahaja iaitu rm750 sebulan. sy sdh bekerja selama 5 bulan. tiada potongan kwsp dan socso. memandangkan kadar taraf hidup semakin tinggi dan sy perlu mengirim belanja untuk keluarga d kampung, sy sangat buntuh. harap anda dpt bg nasihat apa yg perlu sy lakukan supaya sy dpt merasa adil

    July 17, 2015, 7:06 am
  • yatie

    Salam..majikan saya telah memberi notis sebulan pemberhentian kerja kepada saya. dalam surat itu juga menyatakan bahawa mereka akan berusaha mencari kerja lain yg bersesuaian dengan saya dalam anak syarikat yang lain. tetapi sehingga tarikh penamatan mereka gagal memberikan apa-apa jawapan. boleh ke jika saya menunut pampasan dari pihak syarikat mengikut akta pekerja malaysia?

    July 14, 2015, 6:36 am
  • hana

    hai. saya nak berhenti kerja dengan notis 24jam. saya tak ada tandatangan perjanjian waktu mula-mula kerja dlu jadi ikot akta kerja..saya kena bagi 2 bulan notis untuk berhenti kerja. soalan saya..kalau saya bagi notis 24 jam..saya kena bayar pampasan sebulan atau 2 bulan gaji?

    July 14, 2015, 4:53 am
  • Wan

    Assalamualaikum Tuan,
    Saya mohon penjelasan mengenai cuti umum yang jatuh pada cuti rehat. Sekarang ini pejabat tempat saya bekerja ini, (Pantai Timur) ambil cuti pada hari jumaat & sabtu minggu pertama & minggu ketiga. Pihak ibupejabat saya telah menghantar notis bahawa cuti yang jatuh pada cuti umum tidak boleh ditunda pada hari yang berikutnya @ sabtu yang bekerja. Biasanya kalau cuti umum yang jatuh pada hari sabtu minggu pertama @ ketiga (iaitu cuti wajib) akan dibawa pada sabtu berikutnya. Kini keluar arahan terbaru, kami tidak dibenarkan untuk menunda cuti tersebut pada sabtu yang bekerja. Saya sebagai wakil dari kawan-kawan sepejabat mohon pencerahan dari pihak tuan tentang masalah ini agar kami dapat bentindak jika kami dikhiyanati.

    July 11, 2015, 1:41 am
  • Mohd

    Salam. Saya bekerja kilang semicondutor. Kilang ada ambil 11 hari cuti am tapi semua diistyiar sebagai hari bekeja untuk tahun 2015. Selama 10 tahun bekeja pertama kali berlaku. Memo dikeluarkan 17&18 july (hari raya puasa)sebagai hari bekeja biasa, dan diwajibkan mengambil cuti jika ingin cuti dan kilang akan memikirkan hari lain sebagai ganti. Soalan,adakah betul? Jika salah kpd siapa harus diadu? TERIMA KASIH

    July 9, 2015, 9:48 pm
  • SelamatHariJadi

    Salam…nak tanya kalu pada hari cuti umum tersebut…majikan minta kami kerja pada hari ini tetapi akan digantikan dengan satu hari cuti pada hari lain..adakah dibenarkan disegi undang undang???sbb klu ikutkan kita septtnya di bayar DuaKaliGanda..tetapi disbbkan kita hanya dibenarkan ganti cuti satu hari…jadi tidak adil bagi saya…ikutkan kadar gaji dibayr dua kali ganda dibawah akta..septtnya kita layak dpt lagi DUA hari cuti…??

    July 9, 2015, 3:26 am
  • FizoHusin

    I’m on Mc on 9/7/2015 & my boss asked me to attend meeting but she knew that I’m on mc, should I attend? Please advise

    July 9, 2015, 2:01 am
  • rusyda

    Assalamualaikum.

    Sy ada soalan berkenaan cuti umum. Sy pekerja klg. Dlm setahun hanya 6 hari cuti umum yg wajib diambil shj yg diisytiharkan cuti oleh pihak majikan.

    Utk pekerja yg sudah confirm diberi ph leave 10 hari di mana mereka boleh memilih sendri mana2 10 hari cuti umum dlm setahun.

    Utj pekerja yg dlm tempoh probation tidak menerima ph leave kecuali 6 hari wajib yg telah diisytiharkan oleh majikan.

    Sebagai cth, hari raya Aidiladha tidak diisytiharkan cuti & sy tidak layak memohon ph leave kerana masih dlm tempoh probation. Sy perlu bekerja, adakah sy layak menerima bayaran mengikut kadar cuti umum?

    Bagaimana pula jika sy layak memohon ph leave tp sy memilih utk bekerja pd hari tersebut. Adakah sy layak menerima bayaran mengikut kadar cuti umum?

    July 8, 2015, 9:12 am
  • Majuin

    Assalammualaikum,

    saya ingin bertanya soal pemberian gaji selepas berhenti kerja, pada bulan May 29th saya telah memberikan notice untuk perletakkan jawatan saya sebagai manager di sebuah company ni, namun pada masa itu kebetulan arwah ayah bos saya meninggal so terpaksa bercuti dalam beberapa hari dan selepas beberapa hari kemudian baru saya beritahu kepada bos saya yang saya ingin berhenti kerja dan notice berhenti saya berada dalam office, dan saya juga telah menyatakan bahawa saya sebenarnya ingin berikan notice tersebut pada 29th May akan tetapi mendengar khabar pemergian ayahnya saya terpaksa tunggu sehingga keadaan dia ok baru saya beritahu, saya masih ingat lagi masa yang saya beritahu dia adalah selepas kenduri ke 3 arwah ayah dia iaitu pada 2th June. so bukankah sepatutnya tarikh akhir saya berkerja adalah 29th June? tetapi pihak company ni menyatakan bahawa sekiranya saya berkerja sehingga 29th June gaji saya akan berkurang 1 hari berkerja then saya setuju untuk berkerja sehingga hujung bulan June iaitu 30th hanya semata-mata ingin mendapatkan gaji penuh. namun apa yang membuatkan saya tidak berpuas hati adalah sehingga sekarang mereka masih belum memberikan gaji saya sudah hampir seminggu lebih mereka belum process lagi. saya ada bertanya juga samada gaji saya melalui account atau cek? pihak mereka beritahu melalui cek dan cek tersebut akan diberikan. Masalahnya kenapa mereka tidak bank in kan sahaja melalui account kenapa perlu cek? adakah process pemberian cek mengambil masa singkat berbanding perbankkan? habis mengapa sampai sekarang saya belum mendapatkan gaji saya dan apabila gaji diberikan melalui cek adakah pemotongan EPF akan dilakukan atau mereka akan membayar full basic gaji saya? adakah company boleh sesuka hati memutuskan bila2 masa yang mereka suka untuk memberikan gaji tersebut kepada bekas pekerja mereka? mengapa kalau pekerja perlu or wajib mengikuti policy berhenti berkerja dengan menulis notice 1 bulan akan tetapi mengapa pihak majikan pula tidak memberikan gaji tepat pada masanya setelah selesai sahaja pekerja tersebuat berkerja pada tarikh akhir dia berkerja. bukan kah notice telah diberikan 1 bulan. sekiranya pekerja tersebut or merujuk pada diri saya sendiri tidak berkerja pada akhir2 tarikh dia berhenti berkerja bukankah pihak majikan boleh membekukan gaji or tidak memberikan cek tersebut. tetapi mengapa pula saya sehingga ke hari ini tidak mendapat gaji or cek saya sedangkan notice 1 bulan saya telah berikan, pakaian kerja saya telah pulangkan, segala buku or fail company saya telah kembalikan lebih awal dari tarikh sepatutnya saya keluar. adakah ini satu perlakuan yang sengaja pihak company lakukan kepada pekerjanya saya pun ingin tahu, dan adakah tindakan undang-undang bagi kes seperti ini kerana saya merasa ini satu penindasan atau ketidakadilan yang sengaja pihak company ini lakukan. proces cek or perbankkan gaji pun boleh mengambil masa yang lama kah? saya mohon pihak admin dapat memberikan penjelasan terhadap masalah ini, adakah pihak company tersebut berhak berbuat demikian atau tidak. sekiranya mereka berhak dan saya terpaksa menunggu lah entah sebulan dua kali baru kena bayar gaji, sekiranya mereka tiada hak berbuat demikian apakah tindakan sewajarnya yang patut dilaksanakan.
    sekian terima kasih

    July 8, 2015, 5:31 am
  • Black Maria

    Salam. Syarikat tempat saya bekerja ada bagi perjanjian notis perletakan jawatan yang baru (yang mengikut terma Akta Pekerja Seksyen 12(2). Syarikat memberi tempoh masa tertentu untuk memberi respons. Jika tiada respons, automatik akan tertakluk pada terma baru. Bolehkah syarikat berbuat demikian? Bolehkah saya tidak menadatangani terma tersebut?

    July 8, 2015, 4:04 am
  • esma hana

    assalammualaikum tuan..saya nak minta kepastian..syarikat swasta asing yang menjalankan perniagaan di Malaysia termaktub pada undang-undang dan akta pekerjaan 1955 terutama tentang upah pekerja dan tempoh waktu bekerja?adakah pihak syarikat swasta asing berhak mengikut undang-undang pembayaran upah mengikut negara asalnya atau termaktub pada undang-undang/akta pekerjaan 1955?terima kasih untuk penjelasan tuan.

    July 7, 2015, 10:20 pm
  • Pekerja Benggang

    Salam,
    Saya nak bertanya, sebelum ini saya ad bekerja disebuah syarikat. Saya ada 2 kemusykilan:
    1) Saya dijanjikan potongan KWSP apabila syarikat stabil, tetapi masih tiada sebarang potongan sehingga saya berhenti beberapa bulan lepas. Wajarkah saya membuat laporan di pejabat KWSP atas masalah ini? Syarikat ini tidak mencarum kakitangannya dengan potongan KWSP.

    2) Masalah saya ke dua, sejak awal tahun 2015, saya tidak dibayar gaji penuh. disebabkan masalah kewangan syarikat. Pada mulanya saya masih bekerja seperti biasa walaupon tidak dibayar gaji, ini disebabkan atas belas kasian dan yakin bahawa mereka akan membayar gaji saya. selepas 3 bulan, mereka masih tidak mengotakan janji mereka untuk membayar gaji saya. saya berhenti dan mencari pekerjaan baru. Saya masih menghubungi mereka, dan mereka memberi alasan tiada kewangan untuk membayar gaji saya dan meminta saya bersabar. tapi saya mendapat tahu bahawa bos saya telah memberi sedikit wang kepada beberapa orang yang rapat dengannya ( staff juga). tindakah dia membuatkan saya berasa marah. soalan saya bolehkah saya menyaman dia dan bagaimana cara untuk saya mendapat gaji saya semula?

    harapan anda dapat membalas email saya secepat yang mungkin.
    terima kasih

    July 7, 2015, 6:47 am
  • safura

    Salam.. sy nk tanya, bole ke kita hantar notis bhenti kerja semasa kita cuti bersalin?

    July 6, 2015, 6:31 pm
  • noor

    Assalamualaikum Tuan,

    saya keliru dengan kaitan cuti umum 11 hari tersebut.
    Selain dari cuti 6 hari yang memang majikan perlu berikan seperti hari kebangsaan dan etc.

    Cuti raya, tahun baru cina juga diberikan cuma adakah cuti tahun baru cina dan raya (majikan berikan 2 hari cuti untuk tahun baru cina dan 2 hari untuk raya) dikira sebagai satu hari atau memang dikira sebagai 2 hari?

    maksudnya jika diberikan cuti raya dan tahun baru cina 2 hari, jadi cukuplah untuk 10@11 hari cuti yang perlu pekerja dapatkan? Atau Cuti tersebut walaupun diberikan 2 hari tapi dikira sehari?

    July 3, 2015, 2:51 am
  • pahmi

    assalamualaikum….saya ada bebarapa soalan,
    1. adakah majikan boleh menghalang staff mengambil cuti pada cuti umum dan jika tetap mahu cuti pada cuti umum tersebut pekerja perlu bertukar waktu kerja dengan rakan kerja yang lain?[utk pengetahuan,sy berkerja shift dlm sektor power plant yg beroperasi 24 dan mempunyai 2 shift sehari (12 jam setiap shfif),stiap shift perlu ada staff yg perlu bertugas walaupn pd cuti umum dan mengikuti policy company tiada menyatakan tentang penghalangan pd cuti umum…
    2.bolehkah overtime 12jam di bayar dengan cuti sehari walaupn pekerja tidak setuju dengan cadangan terbut ?
    3.bolehkan pekerja membantah arahan jika arahan dengan cara percakapan berbentuk penidasan dan arahan tersebut tiada arahan bertulis?
    4.bolehkah majikan menetapkan cuti sabtu ahad hanya boleh dihadkan hanya 5 hari setahun?

    July 3, 2015, 1:15 am
  • Rezar007

    As’kum Tuan Ismail, saya nak bertanya tentang cuti awam dan cuti khas yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Bolehkah majikan memohon untuk tidak mengambil cuti khas yang telah ditetapkan oleh kerajaan seperti Cuti Thaipusam, Cuti wesak dan Nuzul Quran? Kerana majikan saya sering mengatakan hari berikut tidak diambil cuti oleh beliau dan menyuruh kami bekerja di hari itu tanpa membayar harga berganda. Saya merasa musykil kerana bukankah cuti2 itu telah ditetapkan oleh kerajaan dan sekiranya majikan ingin kami datang bekerja dia harus membayar 2 kali ganda. Mohon tuan dapat menjawab soalan saya ini….terima kasih tuan

    July 2, 2015, 10:25 am
  • faridah

    salam
    Waktu bekerja ditempat saya adalah 7.00pg – 7.00pt dgn 4 jam OT, isnin hingga sabtu..Kalau pekeja tidak datang pada 1hari tanpa sebab, boleh ke pihak majikan memotong OT sebanyak 8 jam untuk mengganti hari yang tidak datang tersebut? harap dapat bagi penjelasan

    Terima kasih

    July 2, 2015, 3:24 am
  • cay aziz

    Assalamualaikum..
    Sy ada kemuskilan.. ada kah gaji wajib di bayar kepada 26hari walaupun pekerja bekerja 5days seminggu? atau mengikut hari bekerja tidak termasuk sabtu ahad.?

    June 30, 2015, 2:03 am
  • muhd f

    Salam…
    Saya seorang pekerja di sebuah syarikat swasta tempatan.
    Masalah saya ialah saya disuruh pergi ke bekerja offshore selama sebulan, sedangkan isteri saya sedang sarat mengandung dan dijangka bersalin dalam tempoh 2 minggu dari tarikh saya mula perlu pergi ke offshore tersebut..

    Soalan:
    1. Adakah saya berhak menolak untuk pergi kerja offshore tersebut?
    2. Adakah suami berhak mendapat cuti apabila isteri bersalin?

    Sekian, terima kasih..

    June 26, 2015, 4:31 am
  • Aien

    Salam, saya ada kemusykilan tentang berhenti semasa cuti bersalin. Saya bersalin pada 10/5/2015 dan telah menghantar notis berhenti kerja (1 bulan)pada 10/6/2015. Pada 22/6/2015, saya terima masej dari majikan saya dan mengatakan mereka menolak notis berhenti kerja saya itu atas alasan, mereka tidak boleh offset notis sebulan saya itu semasa saya cuti bersalin. Mereka nak saya lapor diri pada 10/7/2015 dan bekerja selama sebulan bagi melengkapkan notis itu atau saya dikehendaki bayar kepada mereka sebulan gaji. Adakah undang-undang itu termaktub dalam akta pekerja? kerana saya sudah baca semula surat tawaran kerja dan undang-undang itu tiada. Terima kasih

    June 24, 2015, 7:22 am
  • Narimah

    Assalammualaikum…. saya nak bertanya… saya mempunyai 2 hari cuti dalam seminggu iaitu isnin dan selasa… saya mahu mengambil cuti tahunan sehari pada hari rabu…. adakah saya boleh mengambilnya atau saya tidak boleh ambil cuti tahunan saya hanya kerana saya sudah bercuti pada isnin dan selasa itu??? Adakah majikan boleh menetapkan bahawa saya tidak boleh mengambil cuti lebih tiga hari?

    June 23, 2015, 1:34 pm
  • NORMALA BT ABD.AZIZ

    SALAM SEJAHTERA….saya ingin buat aduan mengenai gaji dan komisyen saya bekerja tidak dibayar oleh majkikan saya sudah hampir sebulan….majikan saya sentiasa berjanji dan memberi kata2 yang mengharapkan saya serta dua lg sahabat saya warga indonesia…..sebelom ini gaji dan elaun kami bulan lepas pon lewat dibayar…buat pengetahuan saya bekerja disebuah kedai minuman di Taman Rinting MAsai Johor…majikan saya juga telah berbohong dan menyimpan semua dokumen sahabat saya yang lain yang terdiri daripada warga indonesia dan filipine…sebelum ini semua warga asing ini telah ditangkap polis dan segala kebendaan mereka yang dibawa waktu kerja telah diambil oleh majikan saya…selepas mereka keluar selama 14 hari…mereka telah meminta kembali barang2 berharga mereka yg telah diambil itu,tetapi pihak majikan saya tidak mengembalikan semula dan memberitahu bahwa barang tersebut telajh hilang,buat pengetahuan Tuan/Puan,dalam beg yg mereka bawa kerja itu tersimpan semue barang berharga,tetapi majikan saya telah pon tidak mengaku sehinnga sekarang….gaji mereka pon tidak dibayar sebaliknye merek a dibuang kerja dan sekarang saya dan rakan saya senasib yang sama…kedai minuman tersebut dinasihatkan ditutup,memandangkan sekarang musim puasa,namun gaji dan komisyen kami tidak berbayar,padahal itu sahaj wang yang dapat menampung sara hidup kami .harap aduan saya ini dap[at mendapat tindakan dan selesaikan masalah kami…terimakasih.

    June 22, 2015, 6:02 am
  • NORMALA BT ABD.AZIZ

    SALAM SEJAHTERA….saya ingin buat aduan mengenai gaji dan komisyen saya bekerja tidak dibayar oleh majkikan saya sudah hampir sebulan….majikan saya sentiasa berjanji dan memberi kata2 yang mengharapkan saya serta dua lg sahabat saya warga indonesia…..sebelom ini gaji dan elaun kami bulan lepas pon lewat dibayar…buat pengetahuan saya bekerja disebuah kedai minuman di Taman Rinting MAsai Johor…majikan saya juga telah berbohong dan menyimpan semua dokumen sahabat saya yang lain yang terdiri daripada warga indonesia dan filipine…sebelum ini semua warga asing ini telah ditangkap polis dan segala kebendaan mereka yang dibawa waktu kerja telah diambil oleh majikan saya…selepas mereka keluar selama 14 hari…mereka telah meminta kembali barang2 berharga mereka yg telah diambil itu,tetapi pihak majikan saya tidak mengembalikan semula dan memberitahu bahwa barang tersebut telajh hilang,buat pengetahuan Tuan/Puan,dalam beg yg mereka bawa kerja itu tersimpan semue barang berharga,tetapi majikan saya telah pon tidak mengaku sehinnga sekarang….gaji mereka pon tidak dibayar sebaliknye merek a dibuang kerja dan sekarang saya dan rakan saya senasib yang sama…kedai minuman tersebut dinasihatkan ditutup,memandangkan sekarang musim puasa,namun gaji dan komisyen kami tidak berbayar,padahal itu sahaj wang yang dapat menampung sara hidup kami .harap aduan saya ini dap[at mendapat tindakan dan selesaikan masalah kami…terimakasih.

    June 22, 2015, 6:02 am
  • Fazlan

    Saya sekarang notis bekerja 2 bulan.. dapat offer kerja baru tapi saya kena masuk August (means notis bekerja kena bagi sebulan sahaja). Boleh tak saya bagi notis bekerja sebulan and bayar another month to majikan?

    June 22, 2015, 4:41 am
  • akbar

    salam….majikan saya saban tahun mewajibkan staff untuk mengambil cuti perayaan (aidilfitri) iaitu cuti tambahan.saya pernah bertanya saya tidak mahu mengambil cuti tambahan tersebut dan hadir ke pejabat.tapi majikan memberi alasan pejabat tutup tiada kakitangan datang berkerja jadi kamu mesti ambil cuti.pada tahun ini memo sudah dikeluarkan.minta pendapat tuan.apa harus saya lakukan

    June 20, 2015, 4:09 am
  • esther

    hi,i nak tanya public holiday,katakan bulan may, i kerja pada 1hb may ,wesak day,3hb may cuti,dan jumlah 4 hari cuti kerja 27 hari ,jadi gaji patut bayar berapa??i hanya di bayar { 1 hari lebih gaji untuk labour day },gaji bulanan ialah 26x1xxx,bulan 5minggu ,31hb,kerja 27hari tak ada bayar 1hari gaji lebih ,kalau cuti 5 hari dlm 5minggu gaji potong 1hari,kata majikan 1bulan 4hari cuti sahaja

    June 19, 2015, 5:17 pm
  • zaki

    Selamat petang.
    Tuan.
    Saya mohd nor zaki bin abdul ghani, bekerja sebagai tukang masak di sekolah antarabangsa perancis beralamat di segambut dalam, kuala lumpur.
    Saya ingin mengajukan satu aduan terhadap chef manager saya bernama Bruno Cazals. Dia telah menuduh saya mengambil wang petty cash dari dalam bilik pejabatnya. Pada tarikh 10/6/2015.
    Berikutan dengan kejadian itu, saya telah mengalami tekanan.
    Saya membuat aduan email adalah kerana saya mempunyai masa yang terhad kerana saya melakukan dua pekerjaan dalam satu hari.
    Saya berharap pihak tuan dapat membela nasib saya yang dituduh tanpa bukti oleh chef manager saya.
    Saya ingin meminta gantirugi terhadap tekanan dan kesusahan yang saya alami akibat dituduh oleh chef manager saya.

    soalan saya:
    bagaimanakah cara untuk saya membela diri dan memberi pengajaran kepada majikan saya supaya tidak membuat tuduhan melulu di lain hari?

    2.bolehkah saya laporkan kes ini kepada pejabat buruh berhampiran.?

    terima kasih

    June 17, 2015, 10:00 am
  • reyna

    Salam Tuan,

    Sy bekerj di privte sector.

    Sy sedia fhm ttg cuti umum pilihn berbyar (dibyar dr segi ape ye? ) sbyk 11 hri dan 5 drpdnye cuti umum berbyr wajib. 5 yg wajib tu samaada double or triple pay shj (x taula betol ke tdk tp ini yg jtk bgt sy stlh sy rujuk)

    Tapi utk yg lg 6 cuti umum yg dipilih co ni x perlu double/triple kan (sama mcm jtk bgt). Just utk dpt kelayakn cuti tp berbyar jgk ke? Means gj hari? Confius plak

    If co bg cuti gantian pd hri yg lain utk 6 cuti umum ni bole? Maksudnye pekerja bekerja pd hr cuti umum pilihn ni.

    Sy ade kemusykiln ttg kelyakan bg kategori2 pkerja di bwh:
    1. Utk pekrj tetp yg bekerja 6 hri seminggu (production)
    2. Utk pkrj tetap yg bekerja 5 1/2 hr seminggu (office hour)
    3. Utk pkerja yg gj hari
    4. Part timer
    5. Probationary

    Ape yg dimaksudkn tuan dgn hilg kelayakan cuti tu adalah utk dibayar atau tidak dibayar? Ataupun hilg kelayakan utk mndapat cuti umum itu?

    Terima kasih tuan

    June 16, 2015, 8:46 pm
  • joe

    Saya nak tanya sikit tuan.. Dalam bulan ogos ne syarikat tmpt kerja saya akan menutup operasi sementara bagi tujuan renovation.. Renovation antara 3 – 6bulan. Dan atas sebab itu, pihak pengurusan telah berbincang dengan setiap pekerja di mana kami telah diberi 3pilihan;

    1. Transfer ke cawangan lain,
    2. Berhenti,
    3. Cuti tanpa gaji.

    Dan sesetengah pekerja memilih untuk cuti tanpa gaji. Namun apa yg menghairankan ialah, kami diarahkan oleh pihak pengurusan untuk menghantar surat resign sementara dan menyatakan bahawa apabila renovation siap, kami akan dipanggil semula untuk bekerja.. Saya ada bertanya dengan majikan berkenaan dengan situasi ini tetapi mereka menjelaskan bahawa majikan ingin memberhentikan sementara pembayaran EPF dan SOCSO.

    Persoalan saya adalah;
    1. Adakah patut pekerja yg perlu menghantar surat resign? Mengapa bukan majikan yang memberikan surat kepada pekerja?
    2. Perlukah surat resign jika hanya memohon cuti tanpa gaji dengan kebenaran daripada majikan malah cadangan majikan sendiri?
    3. Istilah berhenti sementara ada termaktubkah dalam akta buruh?

    Soalan lain;
    1. Adakah majikan salah jika ovetime diasingkan dari gaji (overtime tidak ditulis dalam payslip. Hanya ditulis dalam resit dan wang diberi secara tunai). Potongan EPF dan SOCO hanya berdasarkan kepada gaji pokok dan tidak termasuk ovetime.
    2. Public holiday kerja 12jam(9.45am-10.00pm) tetapi majikan tidak bayar cuma ganti hari biasa saja itupun cuma ganti 8jam saja. Lagi 4jam tidak bayar.
    3. Hari ahad 13jam kerja (9.00am-10.00pm). Ot tidak bayar.

    Apa yg perlu kami lakukan dalam situasi begini? Bantu kami.

    Terima kasih..

    June 15, 2015, 7:42 pm
  • zulaikha

    Salam, saya nak tanya mengenai waktu bekerja tidak melebihi 8 jam sehari?

    Saya kerani, bekerja di syarikat swasta, majikan saya bukan warganegara, dia dari India. Saya telah bekerja selama 6 bulan. Pada mula saya bekerja, saya di tanya adakah saya sanggup bekerja 10 jam sehari, 6 hari seminggu, saya dengan keadaan terdesak memerlukan kerja, saya jawab ya. Saya telah menandatangani kontrak yang disediakan iaitu Gaji RM900 untuk 3 bulan pertama, selepas 3 bulan di beri elaun RM300, bekerja 10 jam sehari, 6 hari seminggu. Lama-kelamaan saya rasa macam tidak sanggup bekerja dengan jam kerja diberi, saya rasa macam tidak munasabah. Saya pun membaca Akta Pekerja yang di internet, baru saya tahu saya boleh buat aduan, saya telah bekerja 60 jam seminggu, tanpa dibayar OT.

    Adakah saya boleh membuat aduan mengenai jam waktu kerja, walaupun saya sudah menandatangani kontrak pekerja yang diberikan?

    Tolong balas… saya rasa dalam dilemma untuk buat aduan, kerana saya takut dengan majikan saya, kerana dia orang luar, faham-faham je la kalau orang luar, takut dia menggangu keselamatan diri saya selepas membuat aduan.

    June 15, 2015, 4:25 am
  • Amanina

    Saya nak tnya berkaitan kes kwn sy.. kwn sy nie sudah confirm.. dia masok kerja bln 8 thn 2014.. tiba2 1 hari pihak majikan berikan dia notis 24jam brhnti.. tnpa alasan yg kukuh.. boleh kan kwn sy di berhnti kan mcm tu? Kalo ikot pd kontrak y di tnda tgn.. kalo pkrja yg sudah cnfirm mahu brhnti, dia prlu beri notis selama 2 bln.. daripada pihak majikan pula jika mahu mmberhentikan pkerja bagaimana ya?

    June 9, 2015, 2:08 am
    • Ismail N

      Biasanya tempoh notis adalah sama panjang antara pekerja dan majikan. Jika pekerja perlu beri notis 2 bulan, begitu juga majikan. Dalam kes pekerja juga, majikan bukan sahaja perlu beri notis yang ditetapkan oleh kontrak, malahan juga hendaklah dengan alasan yang kukuh atau pekerja boleh memfailkan tuntutan atas alasan “wrongful dismissal”.

      June 14, 2015, 4:05 am
  • Tina Yusoff

    Salam Petang.
    Pertanyaan saya adalah, sekira nya seseorang pekerja (swasta) telah memberi notis berhenti kerja (3 bulan mengikut tempoh pemberhentian). Namun seseorang pekerja telah memohon pemberhentian kerja awal iaitu sebulan dan mendapat kelulusan majikan. Oleh itu, adakah pekerja itu masih boleh menggunakan baki cuti tahunan yang layak di ambil dalam tempoh sebulan pemberhentian kerja.
    Terima Kasih

    June 2, 2015, 8:57 am
    • Ismail N

      Bergantung kepada syarat kelulusan yang diberi, jika ada. Jika tidak bersyarat, seharusnya anda boleh gunakan cuti tahunan itu utk kurangkan notis tersebut.

      June 8, 2015, 2:09 pm
  • adiquezai

    Salam,

    Apa tindakan yang boleh diambil sekiranya gaji tidak di bayar selama hampir 2 bulan?

    Mohon pencerahan..

    Terima kasih.

    June 2, 2015, 2:29 am
    • Ismail N

      W’salam. Mohon penjelasan dari majikan. Namun, jika penjelasan tidak memuaskan anda, anda boleh buat aduan ke Jabatan Tenaga Kerja berhampiran.

      June 8, 2015, 2:08 pm
  • normahb

    Assalamualaikum, kalau pekerja bekerja hanya 5 jam pada hari cuti umum macam mana nak kira ya. terima kasih

    June 1, 2015, 9:58 am
  • fendi

    as salam.sy nk tnye ckit la… sy da bekerja di sbuah hotel hmpir 1 thn stengah dgn jawatan supervisor, tetapi sehingga sekarang sy tidak diberikan kontrak dan tiada surat kenaikan pangkat diberikan. dan sekarang sy telah memberi notis letak jawatan selama seminggu. adakah boleh sy buat demikian? sbb boss sy ade call sy dan bgtau klau sy xbg notis utk sebulan dorg akan potong smua gaji sy. dan sy tidak akan dpt sebarang bayaran gaji.

    May 30, 2015, 3:26 pm
    • Ismail N

      Walaupun tiada kontrak bertulis, anda masih tertakluk dengan syarat notis

      June 8, 2015, 2:06 pm
  • zulkifli bin mohamed apandi

    Saya ingin pencerahan sedikit tentang insuran majikan terhadap pekerja.
    Adakah pekerja di lindungi oleh insuran majikan apabila berlaku kemalangan?
    sebab seorang kawan saya menghadapi masalah apabila majikan mengatakan dia tidak
    ada insuran perlindungan syarikat dan terpaksa membayar kos bil hospital sebanyak rm13,000 selepas menjalani rawatan. Soalan saya adakah boleh majikan tidak menyediakan insuran perlindungan kepada pekerjanya? Adakah tidak salah dari segi undang undang buruh apabila majikan tidak mempunyai insuran bagi pekerjanya?

    May 30, 2015, 5:11 am
    • Ismail N

      Dua akta yang berkaitan adalah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Akta Pampasan Pekerja 1952. Akta 1952 cuma untuk pekerja bukan warganegara, manakala Akta 1969 cuma mewajibkan caruman buat pekerja yang bergaji RM 3,000 dan ke bawah. Majikan boleh pilih untuk tidak mencarum buat pekerja yang bergaji lebih RM 3k. Untuk insuran lain, majikan tidak wajib untuk sediakan. Biasanya di beri sebagai faedah/tarikan kontrak buat pekerja. Terima kasih.

      June 14, 2015, 4:40 am
  • iqqi

    Assalam. Saya ingin bertanya tetapi sebelum itu saya ingin memberi sedikit pengenalan tentang diri saya. Saya telah menamatkan praktikal di sebuah audit firm berdekatan dengan kawasan rumah saya. Saya praktikal selama 3 bulan. Setelah 3 bulan,bos telah offer saya untuk bekerja di tempatnya dan saya telah masuk kerja di situ pada awal bulan 5 haritu. Tapi saya bercadang untuk berhenti kerja kerana saya ingin bekerja di kedai biasa. Saya akui saya selesa bekerja di firm itu kerana officemate banyak membantu. Tetapi mental saya belum cukup ampuh untuk nekerja di sektor pejabat. Saya mahukan kerja yang lebih relaks & enjoy. Jadi soalannya di sini, bagaiman saya ingin memberi notis kepada bos saya kerana saya tak diberikan offer letter masa baru-baru masuk keje. Bolehkah saya memberi notis seminggu kepada bos ataupun adakah proper jika saya terus cabut sahaja dari situ selepas dibayar gaji? Maaf kerana panjang sangat. Segala pendapat & pandangan Encik saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

    May 28, 2015, 8:29 pm
    • Ismail N

      Please jangan cabut sahaja ya. Bagi saya ia tidak beretika dan tidak bertanggungjawab & dalam jangka masa panjang ia adalah tidak bagus untuk kerjaya anda. Jika tiada kontrak bertulis anda boleh hantar notis mengikut syarat minima Akta Kerja iaitu 4 minggu. Bacaan lanjut di sini: https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/penamatan-kontrak-kerja . Terima kasih.

      June 14, 2015, 4:51 am
  • ingin tahu

    Assalamualaikum Tuan,
    Tempat keja saya terdpt 3 jadual & salah satu jadual iaitu dri jam 6am – 12am (18 jam) + 2 kali break adakah wajar? Baki 10 jam tersebut kami dibyr ot tanpa tambahan waktu cuti yg hanya 4 hari dlm sebulan.

    Saya ingin tahu dri sudut pandangan tenaga buruh dlm hal sedemikian.

    Terima kasih

    May 28, 2015, 2:42 pm
  • asyraf

    Assalamualaikum tuan. Mcm mana klau kiraan jam dlm sebulan dan ditolak dengan 208jam. Contoh sebulan kerja 4hari kerja 2 hari cuti. Sebulan 31 hari bermakna waktu kerja 21 hari selama 12 jam sehari. Maka jadi total 252 jam tolak 208 jadi 44 jam di kira overtime. Adakah ini sah disisi undang2 buruh?

    May 28, 2015, 12:48 pm
    • Ismail N

      W’salam.. Untuk kerja-kerja yang melebihi 8 jam sehari atau 48 jam seminggu wajib di bayar pada kadar OT. Ia tidak boleh di potong tanpa sebab yang dibenarkan undang-undang.

      June 14, 2015, 5:03 am
  • bob

    Saya ambil cuti pada 1mei…cuti pelepasan am …..tetapi majikan menolak gaji saya…bukan ke saya layak dpt cuti berbayar tanpa menggunakan cuti tahunan….

    May 28, 2015, 8:58 am
    • Ismail N

      1hb Mei adalah hari buruh iaitu hari kelepasan am. Boleh saya tahu mengapa anda perlu ambil cuti?

      June 8, 2015, 2:05 pm
  • saiful

    adakah majikan boleh memotong keseluruhan gaji pokok saya sekiranya saya memberi notis 24jam atas sebab2 yang tertentu

    May 28, 2015, 5:08 am
    • Ismail N

      Boleh, jika ada keperluan notis yang perlu anda patuhi.

      June 8, 2015, 2:04 pm
  • Nik

    Assalamualaikum en.ismail, boleh tak directly reply ke email sy nik28_whitelily@yahoo.comAda perkara yg sy musykil berkenaan notis berhenti kerja. Urgent & critical.

    Terima kasih

    May 28, 2015, 4:43 am
    • Ismail N

      W’salam. Anda boleh gunakan kotak mesej di laman contact page blog ini. Namun, saya tidak boleh janji saya akan respon dengan segera kerana saya urus blog ini secara sambilan sahaja.

      June 8, 2015, 2:03 pm
  • lilly

    Salam,
    sy start kerja pada 15.8.2014.terus konfirm tiada probation.dgn gaji rm2k.dan cuti tahunan 14 hari.
    sy menghantar notis berhenti kerja pada 18.4.2015, sebulan notis. hari akhir bekerja 17.5.2015. baki cuti tahunan semasa berhenti adalah 8 ari.tiada cuti dari 2014 di bawa.
    bos saya tidak faham akan pembayaran cuti tahunan ini dan hanya membayar 2 hari sahaja.
    sy ada bertanya kpd kawan yg kerja di bahagian hr, dan cuti tahunan akan dikira pro rata. bagaimanah perkiraannya? bolehkah sy membuat aduan di pejabat buruh senadainya bos tidak membayar jumlah yg sepatutnya?
    terima kasih.

    May 27, 2015, 9:41 am
    • Ismail N

      W’salam. Cuti tahunan tidak diberi secara automatik kecuali dinyatakan secara spesifik dalam kontrak. Maksudnya, anda cuma layak pada 14 hari cuti tahunan selepas lengkap satu tahun perkhidmatan. Ia perlu diperolehi terlebih dahulu ya. Jika belum cukup setahun, maka ia boleh diberi secara ‘advance’ mengikut budi bicara majikan secara ‘pro rata’. Misalnya, selepas enam bulan atau setengah tahun, cuti tahunan pro rata anda adalah 1/2 x 14 = 7 hari.

      June 14, 2015, 5:18 am
  • iena

    Salam En…
    saya nak bertanya, saya telah mendapat cuti sakit sebanyak 2 hari… dan saya telah inform kepada superior saya yang doct telah beri saya mc 2 ari… tetapi superior saya telah beritahu kepada saya melalui sms, perlu ke saya ambil mc itu juga…..?? Persoalan nya sekarang, superior saya seperti tidak mahu memberi saya kebenaran untuk cuti sakit selama 2 hari… mohon pencerahan berkenaan hal ini

    May 25, 2015, 3:01 pm
    • Ismail N

      W’salam. MC tidak boleh ditolak majikan kecuali ia tidak memenuhi prosedur seperti kewajipan untuk pergi ke klinik panel dan sebagainya. Soal samada anda perlu atau tidak MC itu ditentukan oleh doktor yang buat rawatan dan bukannya supervisor anda.

      June 14, 2015, 5:20 am
  • iena

    Salam En…
    saya nak bertanya, saya telah mendapat cuti sakit sebanyak 2 hari… dan saya telah inform kepada superior saya yang doct telah beri saya mc 2 ari… tetapi superior saya telah beritahu kepada saya melalui sms, perlu ke saya ambil mc itu juga…..?? Persoalan nya sekarang, superior saya seperti tidak mahu memberi saya kebenaran untuk cuti sakit selama 2 hari… mohon pencerahan berkenaan hal ini

    May 25, 2015, 3:01 pm
    • Ismail N

      Rujuk jawapan saya di atas. Terima kasih.

      June 14, 2015, 5:26 am
  • sikatkusut

    Salam 1 Malaysia.

    Sekiranya pekerja berhenti kerja kurang dari seminggu tempoh notis yang diberi dan notis berhenti kerja untuk pekerja tersebut adalah 1 bulan (under probation). Oleh itu, pekerja tersebut perlu membayar 1 bulan gaji kepada majikan. Namun, setelah di kira majikan pula yang perlu membayar kepada pekerja tersebut setelah ditolak jumlah gaji pada bulan terakhir pekerja itu. so, pembayaran semula kepada pekerja diklasfikasikan sebagai apa? adakah caruman epf dan socso dikenakan ke atas pembayaran kepada pekerja itu.

    Mohon penjelasan dan pandangan. terima kasih

    May 25, 2015, 8:15 am
    • Ismail N

      Salam 1Malaysia. Jika pekerja sudah served notis tersebut dan cuma kurang satu minggu sahaja seperti yang anda nyatakan di atas, ia masih dikira sebagai gaji dan caruman kwsp & socso masih perlu dibuat, Terima kasih.

      June 14, 2015, 5:32 am
  • Azwa

    Assalamualaikum wbt,

    Saya berhenti notis 24jam. Dalam kontrak ada sebut sekiranya berhenti notis 24 jam, pekerja perlu bayar gaji pokok. Dan pengurusan menuntut bayaran tersebut.

    Akan tetapi, gaji saya telah ditahan untuk beberapa bulan. Saya telah memaklumkan kepada Ketua Kerani saya untuk memotong tuntutan tersebut daripada gaji yang telah ditahan.

    Saya tidak membayar gaji pokok tersebut kerana saya masih menunggu keputusan pengurusan bagi pengesahan perletakan jawatan saya namun gaji telah ditahan siap2 sebelum HR Kumpulan (Perjawatan) dapat surat berhenti saya. HR Kumpulan memberitahu surat saya tidak diterima oleh mereka. Pengurusan di Pejabat saya tidak majukan kepada HR Kumpulan sedangkan pada waktu itu sudah masuk minggu ketiga dari tarikh saya notis berhenti kerja.

    Saya telah memberitahu bahawa gaji telah ditahan beberapa bulan dan saya pula menganggur sehingga sekarang. Saya minta pengurusan beri pertimbangan yang sewajarnya atas situasi saya.

    Adakah saya berkemungkinan disaman oleh pihak majikan saya kerana tidak membayar notis 24 jam tersebut dan menyuruh mereka potong terus dari gaji yang ditahan?

    May 23, 2015, 11:26 pm
    • Ismail N

      W’salam. Pertamanya, saya perlu tahu berapa bulan notis yang perlu diberikan anda di bawah kontrak kerja? Kedua, berapa jumlah gaji yang masih ditahan? Mengapa ia ditahan dan adakah ia dinyatak menerusi surat atau memo dan sebagainya?

      June 14, 2015, 5:44 am
  • ekeyz

    sy bru msuk krja lbih kurg seminggu.. masa msuk 2 tak kna bgi detail… sy dh jdi ahli kwsp n majikan kata kwsp akan d carum slps 3 bulan/krja hri rehat tak bgi dble pay…apa yg hrus dilkukan.. ???

    May 22, 2015, 3:49 pm
    • Ismail N

      Pertamanya, anda perlu bertanya majikan dan mendapat penjelasan sepenuhnya. Jika tidak memuaskan, maka alternatif lain adalah mendapat bantuan dari pihak KWSP dan Jabatan Tenaga Kerja.

      June 8, 2015, 2:02 pm
  • Nur Syafiqah Emily Abdullah

    Salam Sejahtera,

    Saya baru sahaja berhenti kerja dan email “Farewell” kepada semua pekerja, tetapi sesetengah majikan ditempat saya berkerja tidak berpuas hati dengan ayat-ayat didalam email. sekarang majikan ditempat saya berkerja ingin mengambil tindakan “legal” terhadap saya, ada kah disebab kan email tersebut saya boleh diambil tindakan susulan?

    May 22, 2015, 1:27 pm
    • Ismail N

      W’salam,
      Jika kata selamat jalan sahaja, tiada salahnya. Saya tak tahu kandungan email anda & apa jenis tindakan yang mahu dikenakan terhadap anda, maka saya tidak boleh komen apa-apa.

      June 8, 2015, 2:01 pm
  • adik

    salam,
    sy bekerja sebagai houskeeping d sebuah hotel besar sabah..
    baru2 ni sy telah mengalami keguguran kandungan.. sy telah pergi ke klinik swasta dan telah mendapat MC selama 3hari.. dan pihak klinik telah menyuruh sy pergi ke hospital membuat rawatan lanjut dan telah mendapat mc selama 3 hari lg…(Teteapi MC yg d bagi oleh pihak hospital ada kesan tulisan bertindih 2hari ke 3hari) dan sy ada meminta pengesahab drpada doktor…setelah kerja sy telah bagi MC tersebut kepada majikan.. dan majikan tidak percaya bahawa MC itu 3hari.. dua hari kmudian sy telah di bagi notis berhenti kerja selepas sebulan..sy warganegara malaysia..sy telah membuat laporan d jabatan buruh tawau tetapi mereka tidak endahkan laporan yg sy buat… apakah tindakan yg perlu sy ambik..minta bantuan pendapat drpada pihak tuan…

    May 22, 2015, 5:12 am
    • Ismail N

      W’salam. Saya rasa dukacita bila dengan Jabatan Buruh tidak endahkan aduan anda. Adakah apa-apa sebab yang diberikan? Sudahkah anda cuba pula dapatkan bantuan pejabat mereka di HQ KK? Alternatif lain ialah memohon bantuan peguam. Terima kasih.

      June 14, 2015, 5:51 am
  • aimi

    assalamulaikum..
    saya ingin bertanya untuk perkiraan gaji pekerja..
    sebulan gaji=RM1800, sabtu dan ahad cuti..
    ada seorang pekerja syarikat saya. Dia cuti unpaid leave pada bulan mac n april. jadi bulan mei 2015, dia start masuk kerja semula. 1/5/2015 (jumaat_cuti hari buruh), sabtu ahd(2/5/2015 dan 3/5/2015_cuti hujung minggu), 4/5/2015(isnin_cuti ganti hari wesak), so, pekerja ini masuk kerja pada 5/5/2015 (selasa). selepas sehari masuk kerja, bos meminta dia masuk kerja pada 18/5/2015(isnin) memandangkan kesihatan dia tak berapa sihat lagi.Jadi, macam mana nak kira gaji pekerja tersebut?..
    untuk rekod, bulan mei 2015 ada 31 hari..
    a) RM1800/31 hari = RM 58.06 sehari.
    [RM58.06 x 1 hari (5/5/2015) ] + [RM58.06 x 14 hari (18/5/2015 sehingga 31/5/2015)
    =RM870.97 atau macam mana yer kira?

    thanks

    May 22, 2015, 1:50 am
    • Ismail N

      W’salam. Oleh kerana dia masih berkerja lagi, maka hari-hari rehat dan cuti kelepasan perlu di bayar juga. Maknanya, dia perlu di bayar lebih dari 14 hari. Nilai RM 58.06 sehari itu betul. Cuma perlu darab dengan lebih 14 hari itu termasuk PH dan RD.

      June 8, 2015, 2:00 pm
  • hanim

    Salam. Maaf. Saya nak tanya. Saya bekerja baru nak masuk 2 bulan. Baru2 ni saya dapat offer kerja yang lebih baik dari company lain. Saya nak tanya berkenaan dengan notis berhenti kerja. Saya belum confirm. Dan difahamkan saya boleh beri notis seminggu kepada majikan dan dalam surt offer letter saya pun takda tetapkan berapa hb boleh hantar. Tpi saya agk terkejut bila dberitahu oleh staff lain. Mereka kata kalau nak htr notis kena 1hb ataupun 15hb. Sedangkan tak dalam offer letter tak dtetapkan. Mohon encik jelaskan.

    May 21, 2015, 6:21 am
    • Ismail N

      W’salam. Notis boleh dihantar pada bila-bila masa dan tidak perlu tunggu 1hb atau 15hb. Cuma tempoh notis itu perlu ikut kontrak atau jika tidak dinyatakan, rujuk peruntukkan minima Akta.

      June 8, 2015, 1:59 pm
  • Shah

    Saya telah bekerja di syarikat swasta selama 8 bulan dan masih lagi dalam tempoh percubaan. Kini saya telah pun menghantar surat pemberhentian kerja selama 2 minggu disebabkan tempat kerja baru saya tidak boleh menunggu sehingga masa 2 minggu selebihnya. Surat telah pun saya hantar kpada majikan,bagaimanakah status surat tersebut,adakah saya perlu menunggu sehingga surat saya ditandatangani oleh majikan kemudian barulah saya boleh berhenti?

    May 21, 2015, 1:48 am
    • Ismail N

      Selalunya ada tempoh notis yang perlu dipatuhi mengikut kontrak dan bukan anda yang tetapkan berapa lama notis yang perlu diberi. Majikan boleh abaikan notis jika mahu. Oleh itu, ya, tunggu jawapan dari majikan anda terlebih dahulu.

      June 8, 2015, 1:58 pm
  • shah

    Assalam,
    Ingin minta pendapat, sy bekerja selama setahun lebih dan syarikat telah peruntukan cuti tahunan dan boleh di mohon melalui online iaitu web base system. Sy dh guna cuti tahunan dan skrg berbaki 8.5hari dan sy resign notis sebulan, so skrg wife sy bersalin, permohonan cuti wife bersalin iaitu 3hari yg d peruntukan syarikat sy ditolak, dan sy xdibenarkan menghabiskan 8.5hari cuti tahunan tadi serta tak dibenarkan unpaid leave, dan mengikut term sy d bayar gaji pada 25hb tetapi gaji sy d tahan sehingga 4hb seterusnya secara lisan oleh HR sedangkan tarikh akhir resign sy 28hb.

    May 20, 2015, 5:04 pm
    • Ismail N

      W’salam,
      Saya rasa majikan anda telah bertindak mengikut lunas undang-undang. Saya tidak pasti mengenai kontrak anda. Jika perlu rujuk kontrak itu pada peguam. Untuk pengetahuan anda, semasa anda sedang serve notice berhenti, anda tidak boleh mohon upaid leave kerana ia bertentangan dengan tujuan asal terma notis dikenakan iaitu anda hadir dan selesaikan semua kerja tertunggak & handover kerja pada pekerja lain.
      Gaji pula boleh ditahan sehingga 7 hari dari tarikh anda berhenti kerja untuk tujuan pengiraan.

      June 8, 2015, 1:57 pm
  • nurul

    Salam,sy ingin bertanyakan, majikan sy telah memberikan notis bertulis untuk penamatan kontrak sy iaitu selama 2 bulan tanpa apa apa surat warning, digantung atau sebagainya atas alasan sy banyak mengambil medical leave(mc) dan emergancy leave (EL). Demi memberikan situasi yang baik kepada kedua dua pihak, sy tidak menerima surat penamatan kontrak itu dan memberikan notis bertulis berhenti kerja secara sukarela kepada majikan selama 2 bulan. Permasalahannya majikan sy tidak mahu pula untuk menerima notis sy ini, dan apabila ditanya bilakah tarikh akhir sy bekerja kerana mahu memberi notis pada syarikat baru,masing masing cuba mengelak. Apakah tindakan yang sewajarnya yang boleh sy ambil supaya tidak timbul maslah dan tidak mahu turun naik mahkamah. untuk makluman sy sudah setahun bekerja dengan majikan sy.

    May 20, 2015, 8:32 am
    • Ismail N

      W’salam. Bila majikan berikan notis, ia bukanlah satu ‘tawaran’ kepada anda yang boleh diterima atau tidak. Bezakan notis dengan offer. Namun, anda boleh sarankan mereka tarik balik notis itu dan anda berikan surat berhenti pula. Terpulang kepada mereka utk terima saranan anda atau tidak. Jika tidak, semuanya bergantung kepada anda – samada terima sahaja notis mereka dan tunggu hingga 2 bulan itu atau membawa kes ini ke mahkamah atas alasan ‘wrongful dismissal’. Anda mungkin perlukan bantuan peguam untuk opsyen ke dua.

      May 31, 2015, 9:02 am
  • Shafirah

    Assalammualaikum…

    sy nak tanya tentang cuti Kaamatan tahun ini pada 31 May 2015 hari ahad, adakah majikan sepatutnya memberi cuti pada hari isnin?ini kerana kaamatan terkena pada hari ahad,mohon penjelasan.Terima Kasih

    May 19, 2015, 9:04 am
    • Ismail N

      W’salam. Oh ya, hari ini Tadau Kaamatan kan? Ya, majikan perlu ganti cuti ini pada hari Isnin jika hari Ahad adalah rest day buat pekerja. Namun, tertakluk pada samada majikan meluluskan Hari Kaamatan dalam senarai cuti-cuti mereka. Anda boleh rujuk artikel: https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/undang-undang-buruh-cuti-umum . Walaupun peruntukkan tersebut adalah untuk Akta Kerja, namun cara pemakaiannya sama dengan Ordinan Buruh Sabah.

      May 31, 2015, 9:01 am
  • ahmad fauzi hashim

    saya ingin bertanya sekiranya cuti kecemasan(emergency leave) adalah sesuatu yang termaktub dalam mana-mana akta buruh. saya tidak jumpa topik ini dalam akta.

    masalahnya, sesetengah kakitangan menggunakan emergency leave untuk kes kereta rosak, pakcik meninggal dunia dan sebagainya. kebiasaannya saya akan menolak jumlah cuti tahunan berdasarkan jumlah hari mereka tidak bekerja.

    saya ingin tahu jika saya berhak untuk menafikan status cuti kecemasan ini seterusnya tidak membayar gaji pada hari tersebut kerana sesetengah alasan langsung tidak munasabah sedangkan syarikat menanggung kerugian akibat “cuti tanpa notis” ini.

    May 18, 2015, 8:15 am
    • Ismail N

      Memang tiada peruntukkan berkaitan emergency leave ini. Terpulang samada majikan utk meluluskannya atau tidak sebagai AL. Jika tidak boleh kira sahaja tidak diluluskan dan cuti tersebut adalah ‘unpaid leave’.

      May 31, 2015, 9:00 am
  • zamani

    saya bekerja di sebuah resort di Pulau Tioman. Untuk mendapatkan maklumat sememangnya amat susah untuk keluar dari pulau ini. saya harap anda dapat memberi pandangan berkenaan permasaalahan saya.

    waktu bekerja saya adalah 8am – 5pm dan 1 hari bercuti.
    tetapi saya selalu memulakan tugas pada awal pagi antara 6.30am @ 7am mengikut keperluan pelanggan dan pulang pada pukul 8mlm. manakala cuti rehat saya, saya simpan untuk cuti panjang memandangkan saya orang penang.
    Soalan: baru-baru ini saya telah memaklumkan kepada majikan saya 4 bln lebih awal untuk pulang ke kampung atas urusan penting, dia setuju. 2 bulan dari tarikh itu saya submit application, majikan menolak atas alasan tarikh tersebut resort buzy dan ditunda pada tarikh lain. malangnya selepas majikan saya pulang dari becuti dia masih tidak membenarkan saya cuti atas alasan yang sama.
    hampir setengah tahun saya tidak dapat bercuti, apa patut saya buat??

    May 18, 2015, 4:41 am
    • Ismail N

      Tidak banyak yang anda boleh buat jika majikan tidak meluluskan cuti anda itu. Memang ini berlaku dibanyak tempat terutama hotel dan resort yang biasanya kemuncak di waktu tertentu atau punyai cukup-cukup kakitangan sahaja.

      May 31, 2015, 8:59 am
  • hairi

    salam ….
    sy nk tanya ape hak sy sebagai perkerja….
    sy berkerja sebagai security dari mula sy kerja pada 26/12/14 sampai hari ini x ada cuti langsung dan tidak penah dpt payslip dari mula kerja ….bila sy tanya pada pegawai operasi sy mcm2 alasan di beri ….pegawai company sy suruh ambik payslips gaji di office dekat kajang …sedangkan sy kerja di klang ….sy juga tidak tahu same ada epf sy di bayar atau tidak …..sy mintak pada pegawai company payslips dari bulan February sampai skrg blom juga dpt …..sebagai rakyat malaysia sy berkerja 1hari 12jam dari mula kerja sampai sekarang blom penah cuti dan sy ada juga secara tidak segaja tidak dtg kerja kerana kenderaan rosak …..di sebab 2 hari tidak dtg hari itu company telah keluar kan surat pemindahan tempat kerja di kuala lumpur ….sy duduk famly di klang ,ape patut sy buat skrg ni tolong beri sy pendapat

    May 16, 2015, 6:18 am
  • hairi

    asalammualaikum
    sy nk tanya …sy kerja sebagai security …sy kerja 12 jam sehari dan da selame 6 bulan berkerja x ada cuti….sy x tahu sama ada di bayar atau x ….sejak mula kerja sampai skrg payslip gaji x penah dpt…..bila sy tanya pegawai operasi suruh sy g ambik payslip gaji di ofis ,di kajang ….sy berkerja di klang ….setahu sy bukan payslip gaji pegawai operasi yg kena uruskan untuk perkerja ….sy jadi buntu dan x tahu same ada kwsp di bayar atau tidak …..sy mintak payslip gaji dari bulan February sampai sekarang ….ape patut sy buat skrg ni

    May 16, 2015, 3:07 am
  • idham

    salam sejahtera dan assalammualaikum..

    kepada admin, bolehkah majikan tidak meluluskan offsetting annual semasa kita dlam proses resigned.? sedangkan saya telah bersetuju dan telah sign offer letter dengan company lain..

    cth: effective hari ni 15/5/2015 (sebulan notis) dan akan berakhir pada 14/6/2015
    tetapi saya telahh offsetting annual leave sebanyak 5 hari jadi akan berakhir pada 5/6/2015.

    persoalannya, adakah pihak mgmt berhak tidak meluluskan offsetting tersebut..?

    diharap admin dapat membantu..

    sekian,
    wasalam

    May 15, 2015, 6:55 am
    • Ismail N

      W’salam. Jika pekerja dilindungi oleh Akta Kerja 1955 (gaji RM 2k ke bawah), maka majikan wajib benarkan cuti tahunan digunakan untuk tolak notis. Jika tidak, hal ini perlu dirujuk pada kontrak kerja.

      May 31, 2015, 8:59 am
  • mei

    Saya ada seorang pekerja yang berupah secara harian, maksudnya bila ada kerja baru ada upah, tiada kerja tiada upah. Pekerja ini ikut suka hati datang atau tidak datang kerja, langsung tak dengar perintah majikan. Baru-baru ini, dia langsung tak datang kerja sudah hampir 1 bulan. Lepas itu, saya dapat surat daripada jabatan tenaga kerja dan berkata bahawa dia pergi buat aduan sebab majikan sudah memecat dia tanpa notis, oleh itu dia mahu menuntut pampasan daripada majikan. Soalan saya ialah adalah pekerja ini ada hak untuk menuntut pampasan daripada majikan? Sebab majikan langsung tidak cakap / bertulis surat mahu pecat dia.

    May 15, 2015, 5:16 am
    • Ismail N

      Jika majikan tidak pecatnya tanpa sebab, maka majikan cuma perlu maklumkan hal ini kepada JTK. Minta pekerja tersebut tunjukkan bukti yang beliau telah dipecat.

      May 31, 2015, 8:58 am
  • ask

    Setelah setahun lebih bekerja, tiada kenaikan gaji. Adakah majikan memang boleh untuk tidak menaikkan gaji pekerja? Terima Kasih

    May 15, 2015, 4:25 am
    • Ismail N

      Kenaikan gaji tahunan bukan suatu perkara wajib kecuali dinyatakan secara spesifik dalam kontrak.

      May 21, 2015, 3:03 am
  • shila

    saya nak Tanya adakah cuti tahunan ni wajib syarikat beri kepada pekerja.. jika syarikat x memberi cuti tahunan tersebut bagaimana..?? bole beri penjelasan

    May 15, 2015, 2:05 am
  • Shima Zainal

    Assalamualaikum,
    Bagi pekerja yg menerima gaji lebih dari RM2,000, beliau tidak lagi tertakluk didalam undang undang buruh dan sekiranya beliau digantung kerja atas sebab sebab tertentu, dimanakah mereka perlu meminta pertolongan kerana selalunya T&C dalam Employment Contract sangat basic. Jika beliau perlu menulis surat kepada syarikat, bolehkah cadangkan syarikat guaman yang menyediakan perkhidmatan untuk “review” surat surat ini?

    May 14, 2015, 4:10 am
    • Ismail N

      W’salam. Bagi saya, jika untuk menjawab surat tunjuk sebab, anda tidak perlu rujuk mana-mana peguam. Yang penting anda tidak bersalah dan jawab secara jujur soalan yang dikemukakan dalam surat tersebut. Pekerja yang digantung kerja adalah biasanya sedang di bawah siasatan dalaman syarikat. Hal ini adalah standard procedure. Sekali lagi, bersifat jujur dalam DI syarikat. Jika, pekerja telah dibuang kerja, maka bantuan peguam yang arif dalam hal ini hendaklah diperolehi. Cuba tanyakan kerani di Mahkamah Perindustrian ditempat anda. Mungkin mereka boleh beri cadangan. Terima kasih.

      May 31, 2015, 8:55 am
  • zurina bte pardi

    Assalamualaikum…. tuan/puan… saya sebagai pekerja yang sudah 14 tahun disyarikat construction ini, sejak kebelakang ini 3 bulan ini saya dapati pihak pengurusan membayar saya dan pekerja lain lambat dari tempoh yang ditetap dalam surat perjanjian yang telah ditandatangani. berikutan dalam surat perjanjian ‘setiap 7hb akan dibayar gaji’ kini sudah lewat seminggu, sedangkan segala kerja handak cepat tapi pembayaran gaji/upah kebelakangan ni lewat seperti ini. kami perlukan tindakan selanjutnya dari pihak tuan/puan.

    May 13, 2015, 1:22 am
    • Ismail N

      Kelewatan pembayaran gaji bolehlah diadukan pada Jabatan Tenaga Kerja yang berdekatan. Terima kasih.

      May 21, 2015, 3:01 am
  • Moshed

    Assalamualaikum,
    Saya bekerja 2 pusingan syif pagi (6pg-2ptg dan 2ptg-10mlm) status kontrak dan dibayar elaun syif setiap bulan, adakah majikan saya berhak menetapkan cuti umum sebagai hari kerja biasa jika syif saya terkena pada cuti umum? Mohon pencerahan.

    May 12, 2015, 1:02 pm
    • Ismail N

      Jika syif jatuh pada hari cuti umum, maka faedah cuti umum perlu dibayar kepada anda. Namun, majikan boleh tetapkan ianya hari biasa jika cuti tidak diiktiraf oleh majikan. Ini hendaklah diberitahu kepada pekerja awal-awal lagi (awal tahun) dengan memilih 11 cuti minima. Sila rujuk artikel Cuti Umum dalam blog ini.

      Terima kasih.

      May 21, 2015, 3:01 am
  • chong chiou yin

    selamat petang, saya Ms.chong ingin tanya , saya bekerja sebagai Admin /Account kerani. Berkerja kat company ini selama ( 02 july2012-hingga sekarang) dekat 3 tahun .
    Nak tanya jika nak henti kerja kena bagi 1 bulan notic ke atau kena 3 tahun .(kerena Manager saya cakap saya perlu bagi 3 bulan notic bekerja sebagai Admin /Account kerani, adakah betul segi undang undang perkerja )
    Lagi satu majikan tak bayar saya caruman epf dan socso mula May’13 hinggan sekarang tak bayar .Apo yang perlu saya dapat buat ikut undang undang perkerja .
    Terima kasih .

    May 11, 2015, 8:10 am
    • Ismail N

      Ms Chong,
      Untuk memastikan tempoh notis berhenti kerja, puan mesti rujuk kontrak pekerjaan di antara puan dgn majikan. Sekiranya tiada kontrak, gaji puan adalah RM2k ke bawah & puan berkhidmat di Semenanjung Malaysia, maka berdasarkan tempoh perkhidmatan puan (lebih 2 thn), puan perlu memberikan majikan sekurang2nya 6 minggu notis.

      Maklumat lanjut: https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/akta-kerja-1955-notis-berhenti-kerja

      Berkenaan caruman EPF & Socso, saya syorkan puan membuat aduan di pejabat EPF & Socso yg berhampiran.

      May 12, 2015, 6:47 am
  • Nieza

    Saya nak minta pencerahan, bagaimana nak mengira pro rata cuti yang boleh di ambil dalam sebulan .

    sudah confirm = 05/01/2015
    cuti yang diberi oleh majikan = 14 hari/setahun

    terima kasih

    May 11, 2015, 4:58 am
    • Ismail N

      Pro rata cuti dalam sebulan adalah satu jenis prosedur syarikat dan tiada undang-undang berkenaan dengannya.

      May 12, 2015, 6:47 am
  • mohd mohtadi

    cuti umum yang diiktiraf syarikat dibayar ganda cuti umum, syarikat hanya iktiraf cuti umumyg dua hari seperti hariraya puasa chines new year dibayar satu hari saja jika berturut pun begitu,
    bolehkah saya tuntut gaji minima yang sebelum 01/11/2014 kerana gaji minima saya dibayar selepas 01/11/2014
    sekian terima kaseh.

    May 11, 2015, 4:57 am
    • Ismail N

      1) Soalan mengenai cuti umum itu saya kurang fahami. Harap maaf.
      2) Perintah gaji minima telah mula berkuatkuasa pada 1hb Januari 2013. Selepas tarikh tersebut, semua pekerja yang dilindungi Akta Kerja wajib dibayar pada kadar gaji minima.

      May 12, 2015, 6:48 am
  • AMYZ

    SALAM. SAYA NAK TANAY BERKAITAN BERHENTI KERJA DENGAN SYARIKAT SWASTA. SAYA TELAH BEKERJA SELAMA 3 TAHUN . NAMUN GAJI BULANAN SAYA TERIMA HANYA LINGKUNGAN RM 400.00 – 780.00 SETELAH TOLAK KWSP DAN SOKSO . GAJI TERSEBUT BERGANTUNG JUGA BILANGAN HARI SAYA BEKERJA DALAM SESUATU BULAN. SEKARANG SAYA TELAH BERI NOTIS UNTUK BERHENTI KERJA DAN MAJIKAN TOLAK GAJI BULAN ITU SEBAB KENA BAYAR SEMULA KOS KURSUS YANG TELAH SAYA HADIRI SEBELUM INI. SAYA INGIN TAHU :

    – ADAKAH BETUL GAJI YANG SAYA TERIMA SETIAP BULAN?
    – SAYA TIDAK PERNAH TAHU DAN MAJIKAN TIDAK PERNAH MENUNJUKKAN AGREMENT SEMASA MASUK KERJA HANYA SAYA ADA MENGISI BORANG MALUMAT PEKERJA SAHAJA.
    – BAGAIMANA DENGAN BAYARAN KURSUS TERSEBUT SEDANGKAN TIDAK DI BERITAHU BERKAITAN BAYARAN BALIK JIKA SAYA BERHENTI KERJA.

    May 11, 2015, 2:43 am
    • Ismail N

      1. Jika anda bekerja di Semenanjung, maka gaji minima yg wajib diberikan adalah RM900. Tolak Socso RM 3.75 dan KWSP RM 102.00 (11%), anda masih mempunyai hampir RM800 lagi.
      2. Mungkin tiada agreement bertulis antara anda dan majikan.
      3. Sebarang potongan gaji bagi bayaran, hendaklah dimaklumkan kepada pekerja dan pekerja hendaklah bersetuju terlebih dahulu.

      May 12, 2015, 6:50 am
  • Rosminah Binti Supandi

    Saya adalah pekerja yg berkerja disyarikat swasta..saya ingin megemukkan soalan berkenaan dgn cuti tahunan mengikut undang-undang bagi perkerja seperti saya.

    Soalan
    Saya telah berkerja di syarikat swasta selama lima tahun, akan tetapi cuti tahunan saya yang lebih tidak pernah dibayar oleh pihak majikan saya. Sedangkan dalam tempoh setahun saya cuma mengambil kurang daripada 6 hari cuti.
    Saya juga tidak mendapat alaun drpd syarikat atas kerja2 yang telah saya lakukan bagi pihak syarikat.
    Saya juga tidak pernah menandatangi apa2 surat atau dokumen perjanjian drpd pihak syarikat.
    Jadi saya ingin tahu adakah ini satu kesalahan bagi pihak syarikat mengikut undang2.

    Sebab bila saya fikir ianya adalah satu kerugian besar bagi saya kerana tiada cuti tahun yang dibayar dan tiada alaun yang saya terima utk kepentingan diri saya.

    Jadi saya mohon saya mendapat jawapan keatas soalan saya ini.

    Terima kasih.

    May 11, 2015, 1:41 am
    • Ismail N

      Puan,

      Jika gaji puan adalah RM2k dan ke bawah, maka puan dilindungi oleh Akta Kerja. Akta memperuntukkan bahawa jika pekerja mohon diberikan kontrak bertulis, maka ianya perlu diberi oleh majikan. Alternatifnya anda minta majikan jelaskan terma-terma kerja kepada anda dan jika tidak mencapai syarat minima yang ditetapkan oleh Akta, maka aduan boleh dibuat di Jabatan Tenaga Kerja. Rujuk juga artikel cuti tahunan dalam blog ini.

      Berkenaan dengan elaun pula ia bersifat kontrak. Maka nilai dan pembayarannya bergantung pada persetujuan antara majikan dengan anda.

      May 21, 2015, 2:59 am
  • faizul

    salam , adakah pekerja asing juga layak mendapat cuti tahunan
    terima kasih

    May 9, 2015, 11:42 am
    • Ismail N

      Ya, pekerja asing yang diambil bekerja mengikut undang2 Malaysia layak mendapat cuti tahunan dan tertakluk pada undang-undang kerja di negara ini juga.

      May 21, 2015, 2:57 am
  • Kavisha

    Secara ringkas saya nak bertanya mengenai waktu bekerja saya.
    Saya bekerja sebagai Admin clerk. Waktu bekerja saya adalah 9pagi- 6.30petang(tolak sejam break). Majikan hanya bayar RM900 pada permulaan. Selepas tempoh percubaan, gaji saya naik kepada RM1000.Tapi persoalannya, tempoh masa saya bekerja untuk seminggu sudah 51jam. Tiada 1/2 hari pada hari sabtu.Bila tanya majikan mereka kata ini prosedur biasa sahaja dan gaji RM1000 sudah memadai untuk tempoh masa 51jam. Saya betul2 binggung dalam hal ini.

    May 9, 2015, 8:01 am
  • haris

    salam.saya bekerja dengan jabatan kerajaan.soalan saya bolehkan seseorang pegawai bergred 29 mengarahkan pekerja gred 17 di bawah selianya melakukan kerja kerja di luar kemampuan pekerja tersebut.contohnya pembinaan tandas bersubsidi sedangkan kerajaan ada memperuntukan sejumlah dana bagi kontrak menyiapkan sesuatu projek.bagi pekerja tersebut amat sukar untuk membuat kerja tersebut kerana ia di luar bidang kerja dan tugasnya hanya memgemaskini borang permohonan dan memberikan khidmat nasihat kepada orang awam.berbalik kepada masalah tadi pekerja tersebut di paksa membuat kerja tanpa mendapat upah yang setimpal dengan kerja yang di lakukan.mohon pendapat tuan untuk penyelesaian masalah ini.

    May 8, 2015, 5:15 am
    • Ismail N

      Ini lebih kepada isu dalaman. Oleh itu, tuan hendaklah bertanyakan perkara ini kepada pegawai atasan tuan, iaitu bos kpd pegawai bergred 29 tersebut. Minta nasihatnya dgn baik. Sekiranya ada bhgn HR, jumpa pegawai HR.

      May 21, 2015, 2:54 am
  • puvili

    seorang pekerja masuk wad sebab sakit.selepas itu dia masih tidak sihat.dia sambung cuti sakit lagi selepas keluar wad.adakah cuti sakit tersebut tolak dari cuti tahunan?berapa hari cuti pesakit dalam dan pesakit luar bagi syarikat swasta?

    terima kasih

    May 8, 2015, 2:21 am
    • Ismail N

      Cuti sakit adalah cuti yang diberikan menerusi sijil sikit yang dikeluarkan oleh hospital/klinik yang diiktiraf oleh syarikat. Ia juga tertakluk pada kelayakan yang diberikan oleh syarikat. Jika anda tiada sijil sakit dan masih mahu teruskan cuti, maka anda perlu mohon cuti tahunan pula.

      Berapa banyak pula cuti sakit dan tahunan dalam setahun bergantung pada kontrak kerja anda. Jika tidak dinyatakan dan gaji anda RM2,000 ke bawah, maka peruntukkan Akta Kerja boleh dirujuk:
      https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/cuti-sakit-berbayar

      May 14, 2015, 1:41 am
  • crayon

    Adakah adil pekerja yang tidak mengikuti rombongan kena potong cuti tahunan ? Pekerja yang mengikuti tidak kena potongan cuti.

    May 7, 2015, 11:22 am
    • Ismail N

      Cuti tahunan tidak boleh dipotong jika tidak dipohon oleh pekerja. Akan tetapi, jika ia rombongan kerja dan termasuk dalam waktu kerja, maka pekerja boleh dianggap absent (tidak hadir) dan boleh dipotong gaji (unpaid leave).

      May 14, 2015, 1:39 am
  • Shah Rizan AH

    Asalamualikum Tuan,

    Mohon Pencerahan.

    1). Saya bekerja dengan sykt Penerbangan selama 9 tahun dan saya ingin berhenti kerja dengan memberi notis 1 bulan bertarikh 6hb Mei 2015, saya ingin tahu bilakah tarikh akhir saya bekerja dengan sykt saya ini?

    2). Saya juga ingin mendapatkan pelepasan awal dari jawatan saya sekarang dengan menggunakan entitle annual leave yang berbaki 22hari untuk tahun 2015 (Belum Pernah digunakan), tetapi saya di maklumkan hanya 4 hari sahaja yang saya layak dan head dept saya memberitahu ianya dikira secara prorata basis iaitu 4 bahagi 12 x 22 hari = 4 .33 hari . Saya agak tidak puas hati dengan pengiraan tersebut kerana pada fahaman saya saya memang berhak untuk cuti tahunan tersebut iaitu 22hari.

    Setelah saya baca handbook serta Offer Letter dari sykt sya sebelum ini, kiraan prorata basis ini adalah untuk pekerja yang berkhidmat kurang daripada 12 bulan dan masih under probation. Sedangkan saya adalah pekerja tetap. Tolong Betulkan kalau saya salah.

    Jadi bagaimana pula dengan kes saya adakah ianya dikira secara prorata basis atau accumulation ?.

    bagaimana caranya saya ingin mendapatkan hak cuti tahunan saya itu bagi pelepasan awal berhenti kerja? Kerana saya ingin mula bekerja di sykt lain pada 1 Jun 2015ini.

    Akta yang manakah saya boleh gunapakai untuk dimaklumkan kepada head dept saya mengenai perkara ini?

    untuk makluman Saya mula bekerja disykt penerbangan ini pada 19hb June 2006 dan telah mendapat confirmation Letter pada 9hb Oktober 2006. Sykt penerbangan ini HQ Office berpusat di Kuala Lumpur tetapi saya bekerja di sabah. Adakah saya dilindungi Akta Kerja 1955 atau dibawah Ordinan Buruh Sabah?

    Saya harap tuan dapat memberikan jawapan kepada saya. Terima kasih atas perhatian tuan

    May 7, 2015, 10:00 am
    • Ismail N

      1) Dengan andaian maksud ‘bulan’ dalam kontrak anda adalah maksud yang standard bagi semua kontrak pekerjaan, maka tarikh akhir anda kerja (sebelum di tolak cuti tahunan, jika ada) adalah pada 5hb Jun 2015.

      2) Soal ini sukar untuk dijawab tanpa merujuk pada kontrak itu sendiri. Sebaiknya anda bawa offer letter dan handbook pada peguam atau kaunselor Jabatan Tenaga Kerja untuk membantu anda mentafsirkannya.

      3) Jika gaji anda RM2.5k ke bawah dan berkerja di Sabah, maka Ordinan Buruh yang terpakai. Pemakaian akta/ordinan ini adalah mengikut tempat di mana anda berkerja.

      May 14, 2015, 1:39 am
  • wan zahidah

    salam, sy nk tanya… bagaimana sekiranya seorang pekerja yg dalam tempoh perkhidmatan yang berbeza (rujuk di bawah) memberikan notis perletakan jawatan 24 jam kepada majikan (swasta) mengikut undang2 buruh ?

    Tempoh perkhidmatan yang berbeza adalah seperti berikut:
    1)pekerja sementara yang baru sahaja bekerja selama 2 bulan
    2)pekerja tetap yang bekerja selama 6 bulan
    3)pekerja tetap yang bekerja selama 3 tahun.

    untuk maklumat tambahan, gaji pokok pekerja2 terbabit di bawah rm1000, mohon pencerahan. terima kasih

    May 7, 2015, 9:55 am
    • Ismail N

      Amnya, anda perlu rujuk pada kontrak kerja dalam hal ini. Akan tetapi jika ia tidak disebut atau tiada kontrak bertulis dan sebagainya, maka peruntukkan Akta Kerja boleh digunakan.

      Di bawah peruntukan minima, pekerja TIDAK BOLEH diberikan notis 24 jam.

      Notis buat majikan dan pekerja di bawah Akta adalah:
      – 4 minggu jika pekerja berkhidmat kurang dari 2 tahun
      – 6 minggu jika 2 hingga 5 tahun
      – 8 minggu jika lebih dari 5 tahun

      May 14, 2015, 1:37 am
  • mie

    Assalamualaikum tuan/puan..saya bekerja di sebuah syarikat swasta.. Sudah 6 tahun saya berkhidmat di syarikat ini, akan tetapi saya mempunyai kemuskilan atas syarikat ini…Saya ingin ajukan beberapa soalan.. Soalan nya seperti di bawah…

    1. Boleh saya tahu berapa hari cuti tahunan bgi swasta dan adakah cuti sakit itu termaksud dgn cuti tahunan?

    2. Boleh saya tahu berapa hari cuti bersalin bagi normal dan pembedahan

    3. Berkaitan gaji setiap tahun.. Adakah wajib pihak majikan menaik gaji pekerjanya walaupun sedikit atau sebagainya

    Saya harap pihak tuan/puan dpt memberi perjelasan kepada saya..

    Terima kasih.

    May 7, 2015, 5:55 am
  • Devi

    Saya ingin bertanya sedikit. Semalam perak public holiday semperna hari pertabalan sultan perak. Tapi syarikat tempat suami saya kerja tak bercuti. suami saya terpaksa mengambil emergency leave kerana adik ipar masuk hospital dan dia sms manager dia untuk inform. tetapi manager dia keep on kacau suruh suami saya tetap datang kerja. jadi suami saya minta engineer di syarikat berkenaan untuk mengantikan urusan tersebut. tiba-tiba hari ini selepas suami saya masuk kerja manager dia bagi surat resign yang dia prepare sendiri & meminta suami saya resign. nampak macam satu ugutan. tapi surat tersebut dia masih belum serah pada suami saya. dia sekadar tunjuk saja atas alasan kerja yang dia bagi kat suami saya tak siap. menurut suami saya kerja tersebut tak dapat disiapkan sebab dia terpaksa back up jurutera yang bercuti selama 2-3 hari kerana anak sakit. suami saya juga terpaksa utamakan urusan yang lebih penting seperti kerosakkan mesin, crane dll terlebih dahulu kerana staf lain urgently nak pakai equipment itu. suami saya bekerja sebagai maintenance technician. jadi report invoice yang manager tersebut bagi terpaksa dia put on hold first. tu pun delay for 2 days only.

    May 7, 2015, 4:47 am
    • Ismail N

      Majikan tidak boleh meminta pekerja untuk tandatangan surat berhenti kerja. Ia dikira sebagai ‘constructive dismissal’ dan tidak dibenarkan oleh undang-undang. Begitu juga memberhentikan perkerja dengan alasan kerja tidak disiapkan. Ia perlu mengikut prosedur dan pekerja hendaklah diberi peluang memberitahu sebab atau memperbaiki kesalahan (jika ada) terlebih dahulu. Jika majikan terus memaksa, suami anda boleh bawa kes ini pada pihak Jabatan Tenaga Kerja.

      May 14, 2015, 1:32 am
  • sylvia

    hello..suami sy bekerja dengan sebuah supermarket yg besar di daerah tambunan sabah..masalahnya disini,bukan sahaja suami malahan semua pekerja di supermarket itu tidak berpuas hati dengan gaji yang diberi oleh pihak majikan.sedangkan skg kerajaan sda memaklumkan bahawa gji pokok utk pekerja2 d sabah adalah rm800..gaji yang majikan suami berikan pada suami adalah rm650.bukan itu saja yg mnjadi masalah kepada pekerja2 d supermarket itu,sekiranya pekerja mengambil cuti sakit( ada surat mc) dri hospital gji pekerja tetap dipotong..malah kerja lebih masa semua pekerja tidak dibayar langsung oleh pihak majikan..bagaimana dan dmna harus suami membuat aduan untuk hal seperti ini..terima kasih.

    May 6, 2015, 6:48 am
    • Ismail N

      Sebaiknya anda merujuk kes suami anda dengan Jabatan Tenaga Kerja. Atau lebih baik lagi jika dia blh minta penjelasan dahulu dari majikan mengapa gaji minima tidak dibayar, cuti sakit dan OT tidak diberi sebelum merujuk pada JTK.

      May 14, 2015, 1:30 am
  • aRia

    Is “Shift Allowance” SOSCO-able?

    May 6, 2015, 3:34 am
    • Ismail N

      “Wages” for contribution purposes refers to all remunerations payable in money by an employer to an employee. So, YES it includes allowance.

      May 14, 2015, 1:28 am
  • nor

    dalam termination letter state gaji saya akan dibayar pada 30 april 2015. pada hari tersebut gaji saya still tak masuk. bila saya tanya admin manager dia cakap selasa pulak means 5may 2015. hari ini pukul 3 petang still tak masuk bila saya tanya dia kata “mana dia tau. maybe arini petang2 or esok, what to do..”. Apa yg patut saya buat?

    May 5, 2015, 7:34 am
    • Ismail N

      Amnya, majikan hendaklah membayar gaji seberapa segera kecuali ada sebab yang munsabah. Di bawah Seksyen 19 Akta Kerja 1955 majikan HENDAKLAH membayar upah TIDAK LEWAT dari 7 hari selepas tempoh itu berakhir. Selepas tempoh ini, ia menjadi satu kesalahan dan anda boleh membuat aduan dengan Jabatan Tenaga Kerja.

      May 14, 2015, 1:27 am
  • asha

    Salam .

    Sy ada satu pertanyaan untuk di ajukan. Sy pkerja swasta. Pd 10/3/2015 sy telah hantar notis berhenti bekerja 2minggu dan berakhir 30/3/2015. Sy pkerja kontrak. Sy cuma ingin bertanya adakah perlu sy membuat laporan dekat Tenaga Kerja sebab sampai sekarang sy belom trima gaji untuk bulan lepas. Sy takut sy tidak dibayar gaji kerana gaji bulan Feb syarikat bayar hujung bulan 3. Apakah yang patut sy lakukan untuk dapat gaji sy yang terakhir itu ?terima kasih

    May 5, 2015, 3:13 am
    • Ismail N

      Pernahkah anda bertanya sebab mengapa ia tidak bayar? Adakalanya keperluan notis yang tidak mencukupi. Namun, jika penjelasan majikan tidak memuaskan, maka alternatif seterusnya adalah dengan memohon bantuan dari Jabatan Tenaga Kerja bagi mendapatkan kepastian.

      May 13, 2015, 5:15 am
  • mohd afzan

    Salam..
    Tuan, saya ingin memohon pandangan dari pihak Tuan. Pada surat Lantikan asal di syarikat A, saya telah ditetapkan perlu memeri NOTIS 1 Bulan untuk meletakkan Jawatan. Akan tetapi 2 Tahun selepas itu syarikat mengeluarkan MEMORANDUM dimana terdapat perubahan, kepada semua staff untuk meletakkan NOTIS 2 bulan jika ingin berhenti dan perlu membayar kembali BONUS yang syarikat A telah beri kepada saya….Tetapi saya tidak bersetuju ataupun menandatangani MEMORANDUM baharu itu.

    Baru- baru ini Saya telah mendapat tawaran di Syarikat B. saya telah meletakkan surat Perletakan Jawatan kepada Syarikat A, dengan merayu untuk Notis 1 Bulan. Kemudian Syarikat A memberi syarat sekiranya saya ingin meletakkan jawatan, saya perlu membayar semula BONUS secara Prorate. Adakah saya perlu membayar semula BONUS tersebut. Mohon pihak tuan dapat membantu beri pandangan.

    Terima kasih tuan

    May 4, 2015, 6:59 am
    • Ismail N

      Amnya anda tidak terikat pada memorundum tersebut. Ini kerana notis/penamatan kontrak adalah terma yang asas dalam sesuatu kontrak pekerjaan. Ia perlu ada persetujuan dari pekerja juga jika hendak dipinda.

      Begitu juga bayaran bonus, jika hendak dituntut semula perlu ada persetujuan pekerja.

      May 13, 2015, 5:12 am
  • ariah

    1) hari ahad 3/5/2015 hari wesak adalah hari bekerja staf. untuk pengiraan ot bagi yg bekerja hr tu adakah di kira pada hari ahad@ isnin @ kedua2 hari tersebut.sekiranya ada staf yang off day pada hari ahad tersebut, adakah hari isnin tu dia dikira ot?

    2) sekiranya hari ahad itu memang hari off semua staf, adakah pd hr isnin hari cuti ganti staf layak claim ot?

    May 3, 2015, 12:49 pm
    • Ismail N

      Jika hari ahad adalah rest day, maka mrk yang berkerja pada hari tersebut dibayar pada kadar rest day. Hari Isnin dikira sebagai public holiday. Jika ahad bukan rest day, maka kerja pada hari ahad dikira sebagai public holiday dan isnin adalah normal day.

      May 4, 2015, 5:34 am
  • Nora

    Hai, saya telah bekerja d syarikat ini selam 7 bulan. pada bulan Jannuari yang lepas saya telah menandatangani confirmation letter. Di situ anual leave saya di bagi 8 hari. Adakah saya layak mengambil annual leave tersebut. tapi pada bulan lepas saya telah mengambil cuti selama 5 hari kerana tidak sihat. Tetapi pihak telah memotong gaji saya sebanyak RM200.00. Gaji saya sebulan hanya RM1200.00. Wajar kah mereka memotong gaji saya?? Sedangakan saya sudah menandatangi confirmation letter.

    May 2, 2015, 4:25 am
    • Ismail N

      Anda perlu dapatkan penjelasan dari majikan dahulu. Ada kemungkinan permohonan cuti anda tidak diluluskan dsb. Terima kasih.

      May 4, 2015, 5:31 am
  • aliza

    Boleh ke kakitangan kerajaan disuruh bekerja pada hari pekerja? kemiudian pulak dusuruh buat kerja di ofis(5S) yang bukan di bidang kerja sy. Sy merupakan guru tadika

    May 1, 2015, 12:48 pm
    • Ismail N

      Saya tak pasti kakitangan kerajaan. Namun, sepatutnya boleh dengan kadar yang lebih tinggi. Soal kerja diluar bidang tugas, ia mmg dipraktikan di mana-mana sekarang (multi tasking).

      May 4, 2015, 5:29 am
      • aliza

        apa yg dimaksudkan dengan kadar yg lebih tinggi? kerana walaupun sy merupakan kakitangan kerajaan, sy merupakan pekerja kontrak. kami tidak pernah mendapat gaji lebih jika bekerja lebih masa, berkerja pada hari cuti umum atau weekend. Malah kami selalu bekerja hingga larut malam. Jika kami telah memohon cuti, mereka tetap menyuruh kami dtg pada hari yang cuti kami telah diluluskan.

        May 6, 2015, 2:31 am
  • shidee

    saya ingin membuat pertanyaan… sekiranya pekerja didapati kerap mengambil cuti sakit dan didapati salah guna kemudahan panel klinik yang disediakan, adakah majikan berhak menarik balik kemudahan panel klinik tersebut?

    April 30, 2015, 8:19 am
    • Ismail N

      Itu hal prosedur syarikat. Terpulang pada syarikat dan rujuk juga kontrak antara pekerja dan syarikat.

      May 4, 2015, 5:27 am
  • zulhafiz

    Salam,saya nak tanya sesuatu..sy baru bekerja di sebuah hotel..hari offday saya pada hari jumaat 1/5/2015 iaitu pada hari pekerja..tetapi pada hari itu semua staff diarahkan bekerja dan sy cuti offday.Adakah pada hari sabtu 2/5/2015 sy boleh cuti berbayar ataupun sy bekerja tapi di bayar double..pliss jawab secepat mungkin..thanks

    April 30, 2015, 3:36 am
    • Ismail N

      Jika offday anda adalah 1hb Mei, maka cuti umum anda adalah keesokkan hari nya iaitu 2 Mei. Jika kerja pada 2 Mei, maka kadar cuti umum perlu dipatuhi.

      May 4, 2015, 5:26 am
  • azree

    Saya ingin bertanyakan kpd sdra/sdri. Adakah menjadi kesalahan bg sesebuah syarikat yg bekerja pada hari cuti am dengan membayar gaji mengikut hari biasa? Adakah saya boleh membawa perkara ini ke pejabat tenaga kerja?

    April 29, 2015, 6:16 am
  • nurul

    Salam. saya ingin bertanya mengenai cuti bersalin. Saya baru bekerja di syarikat ini selama 6 bulan 20 hari. dan saya akan melahirkan anak pada pertengahan mei ini. layak kah saya mendapat cuti bersalin bergaji. tempoh percubaan adalah 6 bulan dan sehingga kini saya masih tidak mendapat apa – apa surat konfirmasi dari pihak majikan.

    April 29, 2015, 4:25 am
  • shinta syaiful

    Salam En Ismail, sy sekadar ingin meminta pendapat…masalah sy seperti berikut:

    Pada 1/4/2015, majikan sy telah memanggil kesemua staff untuk memaklumkan bahawa syarikat (Legal Firm) sedang mengalami masalah kewangan. Berkemungkinan di masa hadapan, syarikat tidak mampu membayar gaji staff mengikut gaji yang diberikan. Majikan saya menawarkan dalam tempoh sebulan dari tarikh notis kepada staff jika hendak mencari pekerjaan di mana pihak syarikat tiada halangan. Dan jika ada staff yang sukerala hendak berhenti, staff tersebut boleh berhenti pada bila-bila masa dalam bulan inin dan haruslah memberi status-status file yang dipegang pada hari terakhir berkerja barulah gaji kami di bayar. Sy dengan sukarelanya memberi notis berhenti.

    Utk makluman, notis tersebut hanya di tandatangani oleh partners dan admin clerk sahaja.

    Soalan sy:
    1) adakah kami (staff) berada dalam keadaan VSS? Boleh kami menuntut ganti rugi @ pampasan keatas kehilangan pekerjaan secara mendadak ini? kerana jika terus bekerja, ade kemungkinan kami tidak akan mendapat gaji.
    2) sy mempunyai baki cuti 12 1/2 hari. Dengan keadaan ini, adakah majikan boleh menolak cuti sy (burn)? Jika tidak, adakah majikan perlu membayar baki cuti tersebut?

    Mohon pencerahan. Terima kasih.

    April 29, 2015, 2:39 am
    • Ismail N

      1) Ya, anda boleh cuba dapatkan pampasan cuma dalam situasi ini mahkamah (jika di bawa ke mahkamah) akan beri pertimbangan juga kewangan majikan. Jika anda yakin majikan masih financially berkeupayaan tetapi dengan sengaja mahu berhentikan anda, maka anda boleh cuba tuntut.
      2) Anda boleh habiskan cuti sebelum tempoh notis tamat

      May 4, 2015, 5:20 am
  • afendy

    Saya ingin tahu adakah 6 may 2015 cuti umum bagi rakyat perak sebagai hari ptabaln sultan perak yg 35…kenapa kilang saya tak bagi cuti…kami di suruh kerja seperti biasa….

    April 29, 2015, 1:07 am
  • mohd yusmi

    salam tuan soalan saya kalau seorang tu m.c dan keesokkan nya adalah cuti umum adakah gaji pekerja tersebut di potong oleh majikan kerana cuti m.c nya bersambung dengan cuti umum ?

    April 28, 2015, 8:00 am
    • Ismail N

      boleh saya tahu apa sebab majikan mahu potong gaji kerana MC sebelum cuti umum? Jika ponteng, ya, kelayakkan cuti umum hilang.

      May 4, 2015, 5:13 am
  • Aida Rahim

    Salam, pertanyaan tntang notis berhenti kerja;

    1) Contoh; tarikh pada notis 1 April. Notis 30 hari…bersamaan tarikh akhir kerja 30 April. Pengiraan baki cuti berdasarkan tarikh akhir notis pd 30 apr atau tarikh pada notis 1 apr?

    2) Jika baki cuti adalah 7 hari, pengiraan tarikh akhir bekerja adakah 7 hari itu dikira hari bekerja sahaja atau termasuk hari sabtu, ahad & cuti umum?

    April 28, 2015, 4:49 am
    • Ismail N

      1) Tarikh akhir kerja
      2) tidak termasuk hari cuti

      May 4, 2015, 5:11 am
  • V3

    Salam sejatera, saya kini berkerja dalam satu syarikat koprat dan ingin tahu tentang mengikut perutunkan akta pekerja dimana kami pekerja dipasksa untuk dipaksa mengabiskan mengambil cuti tahunan mereka selama lima (5) hari dalam tempoh masa dua minggu hari bekerja di atas sebab pengeluaran/ permintaan pelanggan yang menurun/ merosot. Adakah ia dibenarkan atau termaktub dalam akta cuti pekerjaan dimana pekerja kurang setuju dengan tindakan syarikat untuk mensia siakan cuti tahunan. Sila beri pendapat anda…… terima kasih

    April 27, 2015, 3:41 am
    • Ismail N

      Pengambilan cuti tidak boleh dipaksa. Namun, jika majikan sudah minta pekerja habiskan cuti dan pekerja gagal berbuat demikian, maka cuti tidak boleh di bawa ke hadapan atau dibayar nilainya nanti.

      May 4, 2015, 5:09 am
  • En. Keliru

    selamat sejahtera.

    saya ingin bertanyakan tentang cuti & notis berhenti kerja.
    sini saya lampirkan point berkenaan notis perletakan jawatan dalam kontrak saya:
    -Surat perletakan jawatan hendaklah diserahkan kepada majikan dua (2) bulan sebelum kontrak berakhir beserta laporan senarai skop kerja yang telah dan masih dijalankan.
    -kegagalan berbuat demikian akan memberikan hak kepada majikan untuk mengemukakan penalti sebanyak tiga (3) bulan gaji.
    -pekerja tetap perlu memberi notis sama seperti pekerja kontrak

    +saya pekerja swasta
    +saya bergaji pokok rm2000 sebulan dan elaun rm330.25 sebulan.
    +saya bekerja sebagai staf tetap
    +saya telah berkhidmat selama 1 tahun 10 bulan

    soalan:
    1- adakah saya dilindungi akta kerja 1955?
    2- saya telah memberikan notis berhenti bekerja pada 1april2015, dan majikan telah menerima & cop ‘received’ surat tersebut pada 1april2015 juga. saya ada baki cuti 6 hari. saya juga telah membuat permohonan cuti (22-29may2015) pada 22april2015 dan majikan saya telah meluluskan cuti tersebut pada 22april2015 juga.
    a) adakah saya menyalahi apa-apa undang-undang? atau saya boleh saja cuti bermula 22may2015 walaupun duration notis resign saya hingga hujung bulan may2015?
    b) adakah saya dikira absent without leave jika saya mula bercuti pada tarikh seperti yang dinyatakan?
    c) adakah majikan boleh menarik semula kelulusan cuti tersebut sedangkan mereka telah meluluskannya?
    3. adakah dari segi undang-undang boleh dikenakan penalti bayaran gaji 3 bulan tetapi notis resign perlu dibuat 2 bulan?
    4. adakah majikan boleh mengenakan penalti denda/saman pada saya kerana saya tidak lagi datang bekerja bermula pada tarikh saya cuti? kerana dalam kes ini nampak saya memendekkan notis resign saya dengan cuti saya yang telah diluluskan oleh majikan.

    sekian, terima kasih.
    En Keliru

    April 26, 2015, 2:03 am
    • Ismail N

      1. Ia bergantung pada jenis elaun anda itu, samada ia untuk tujuan kerja atau tidak. Rujuk artikel ini: https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/akta-kerja-1955-samada-pekerja-di-lindungi-oleh-akta-atau-tidak
      2. a) – b) Jika majikan telah luluskan cuti, saya tidak lihat apa masaalahnya.
      c) – boleh, tetapi dengan sebab dan tempoh yang munasabah
      3. Nilai penalti hendaklah sama dengan nilai notis.
      4. anda tidak pendekkan notis tetapi cuti tersebut digunakan utk off-set notis dan nampaknya dibenarkan oleh majikan anda bila mereka approve cuti anda.

      May 4, 2015, 5:05 am
  • amilia

    salam..saya nak tanya berapa lamakah tempoh notis berhenti kerja yang perlu saya berikan kepada pihak majikan jika saya telah bekerja selama setahun tapi tidak pernah menandatangani sebarang kontrak kerja dan saya tidak pernah diterangkan tentang cuti2 dan sebagainya..

    April 25, 2015, 3:57 am
  • amilia

    salam..saya nak tanya berapa lamakah tempoh saya harus menghantar notis berhenti kerja jika saya sudah bekerja selama setahun tapi tidak pernah menandatangani kontrak bertulis?

    April 25, 2015, 3:17 am
  • din

    Sya dh tender resign 2 bln,baki cuti ade 10 hari..last day 21june, tarikh lapor diri tmpat keje baru 15june..soalan,blhke saya strt keje kt tmpt baru jika ambik semua baki yg 10 hari tu..cmpany skrg ckp x boleh..siap suruh byr pulak..so ape guna baki cuti tu?pening2..

    April 24, 2015, 11:57 am
    • Ismail N

      Jika gaji anda RM2k ke bawah dan dilindungi oleh Akta Kerja 1955, ya anda boleh tolak sahaja baki cuti yang ada dengan notis tersebut. Ini dinyatakan dengan jelas oleh Akta dan majikan tidak boleh menolaknya.
      Jika lebih RM2k, peruntukkan kontrak anda perlu dikaji terlebih dahulu.

      May 4, 2015, 4:55 am
  • mail kobau

    Salam. Saya pernah bekerja secara kontrak dengan sebuah syarikat ‘A’, tetapi selepas beberapa janji tidak ditepati oleh syarikat tersebut, seperti 1) amaun gaji diubah beberapa kali sehingga terlampau rendah dari RM 3500 ke RM 2300, 2) kontrak dikurangkan kepada setahun sahaja dari janji asalnya dua tahun, 3) benefit pekerja dikurangkan, menyebabkan saya berhenti kerja selepas 9 bulan berkhidmat.

    Syarikat itu menghantar notis kepada saya supaya membayar sejumlah wang sebanyak -+ RM 10 000 kerana melanggar kontrak. Soalan saya, perlukah saya membayarnya? Adakah saya akan dikenakan tindakan undang2? Dan bolehkah saya membawa kes ini ke mahkamah?

    Semasa mereka hendak mengambil saya bekerja dahulu, syarikat ini menggesa saya masuk bekerja secara urgent tetapi tidak menyediakan kontrak semasa saya mula bekerja dan mengambil kesempatan mengubah kontrak seperti yg saya nyatakan di atas.

    Terima kasih.

    April 24, 2015, 4:01 am
    • Ismail N

      Amnya boleh anda lawan kes di mahkamah. Namun, sebaiknya anda minta pandangan peguam terutama perkara yang terlepas pandang. Bawa segala dokumen berkaitan terutama surat menyurat dengan majikan. Ini perlu dikaji terlebih dahulu.
      Terima kasih.

      May 4, 2015, 4:52 am
  • hazzieya

    Assalamualaikum, nak tanya kalau saya bekerja gaji harian, adakah saya layak untuk mendapat cuti umum juga.?

    April 23, 2015, 7:59 am
    • Ismail N

      Ya, layak juga.

      May 2, 2015, 8:06 am
  • ABI

    Salam. saya nak bertanya berkaitan cuti isteri bersalin. Cth : sy mendapat 7 hari cuti sebab isteri bersalin. katakan cuti bermula 30/4/2015 hingga 6/5/2015. Di dalam cuti tersebut terdapat 2 cuti kelepasan Am iaitu cuti hari pekerja (1 MEI) dan hari wesak (3 MEI). Adakah cuti tersebut diganti dengan hari yang lain atau tidak?

    April 23, 2015, 5:08 am
    • Ismail N

      Ini anda perlu rujuk kontrak anda. Boleh tanya HR juga.
      Cuti utk suami bila isteri bersalin tidak di wajibkan oleh akta. Oleh itu, perlu lihat 100% pada kontrak anda.

      May 2, 2015, 8:01 am
  • baiz

    saya ingin bertanyakan tentang pemotongan gaji dari pihak syarikat. apakah syarikat berhak memotong gaji pekerja jika pekerja lewat datang ke tempat kerja? adakah cara lain sekiranya tindakan disiplin sudah diambil tetapi masih sama?

    April 23, 2015, 2:16 am
  • sha

    Salam. saya nak bertanya berkaitan cuti tahunan. Adakah ia menjadi satu kewajipan untuk pekerja beritahu majikannya kemana dan apa yg hendak dibuat pada hari permohonan cuti? Cuti tahunan saya diluluskan tetapi majikan sentiasa bertanya apa yang saya buat pada hari cuti tersebut. Selain itu, apakah hak sebagai pekerja untuk tidak diganggu oleh majikan pada hari bercuti? ini kerana cuti saya sering terganggu dengan panggilan dari pihak majikan bertanyakan hal kerja sedangkan hal kerja tersebut masih boleh diselesaikan pada hari saya memulakan kerja semula. Terima Kasih

    April 22, 2015, 8:14 am
    • Ismail N

      Ia jadi wajib jika prosedur syarikat tempat anda berkerja adalah begitu. Soal gangguan telefon, ia juga berbeza di setiap syarikat. Yg pasti bila anda dalam cuti anda tidak wajib menjawabnya. Cuma, yang menilai dan beri gaji ialah majikan. Oleh itu, adakala kita rasa penting utk menjawabnya.

      May 2, 2015, 7:57 am
  • eliana fairuz

    Assalammualaikum…..

    Saya nak bertanya tentang AL, Jika saya ingin bercuti pada tarikh sekian dan saya sudah maklumkan pada Leader sebulan sebelum yang bahawa saya akan bercuti pada tarikh sekian.Tetapi tempat saya bekerja ini ada system Eleave dan bila saya apply semingu saya didapati tidak boleh kerana dalam system Eleave saya kena apply seminggu sebelum.Leader saya juga meminta saya untuk ambil UPL sahaja kerana saya terlewat apply Eleave system. Adakah saya masih tidak dapat mengunakan Annual Leave saya untuk cuti tarikh itu? Dan bagi saya juga saya rasa tidak adil untuk saya jika saya tidak dapat mengunakan AL yang saya ada. Saya ada lagi satu pertanyaan tentang cuti, dalam sebulan jika saya ada ambil cuti 2kali ahad pertama ahad saya dikira boleh ambil AL tetapi kedua ahad saya tidak dibenarkan ambil AL sebaliknya di suruh ambil UPL.
    Saya tidak faham kenapa cuti kami ini disekat2 dan didalam kontrak kerja saya tidak ada dinyatakan seperti ini.

    Position : Beautician
    A/L : 8 hari setahun (diberi sikit2 setiap bln)
    SABTU : Jika saya cuti pada hari sabtu saya tidak dibenarkan mengambil AL sebaliknya UPL sahaja.
    Public Holiday : Di bayar dengan cuti 2hari
    Mula Bekerja : 19/08/2013 – Masih Bekerja hingga Sekarang

    Sekian,
    Eliana Fairuz

    April 22, 2015, 5:35 am
    • Ismail N

      Annual leave ini adalah tertakluk pada kelulusan majikan. Ia bukan automatik dapat bila kita apply.

      May 2, 2015, 7:54 am
  • fiya

    Assalamualaikum,saya ingin bertanya apakah kelebihan memberi notis berhenti kerja sebulan lebih awal?? saya ingin berhenti kerja mulai 23 april kerana majikan tidak membayar gaji. mengikut kontrak pekerja harus memberikan notis sebulan lebih awal untuk berhenti kerja,dan mengikut tarikh masuk saya bekerja 7 febuari,jadi jika saya memberi notis 23 april dan berhenti 23 mei adakah saya boleh menuntut gaji saya untuk 2 bulan tak dibayar dan menuntut juga gaji harian saya iaitu dari 8 mei sampai 23 mei ?iaitu meminta gaji harian saya selama 16 hari bekerja?diharap dapat memberi penjelasan.terima kasih

    April 22, 2015, 1:07 am
    • Ismail N

      Bezakan notis berhenti dengan gaji yg tidak dibayar.
      Gaji yg tidak bayar adalah hak anda yang boleh dituntut dgn bantuan JTK.

      Notis pula kewajipan kontrak yg perlu dipatuhi & jika tidak majikan boleh tuntut nilai yg bersamaan dengan notis tersebut dari anda.

      May 2, 2015, 7:49 am
  • Ahmad Faizal Hakim Arrifin

    Assalamualaikum tuan. Saya tertinggal lagi 1 soalan.

    Mengikut akta kerja 1955, pekerja berhak mendapatkan 1 hari waktu rehat dari 7 hari (off day). adakah pihak syarikat boleh memaksa pekerja untuk datang training/orientation pada hari offday tersebut. dan adakah pekerja boleh diberikan warning letter jika tidak hadir training kerana dijalankan sewaktu offday pekerja.

    terima kasih.

    April 21, 2015, 7:45 am
    • Ismail N

      Jika mahu pekerja datang, maka majikan perlu bayar pekerja pada kadar hari rehat. Jika kadar ini tidak dibayar, maka majikan tidak boleh paksa dan seterusnya beri warning letter pada pekerja.

      May 1, 2015, 9:49 am
  • Ahmad Faizal Hakim Arrifin

    Assalamualaikum tuan.
    Saya ada beberapa persoalan untuk dijawap.
    Harap pihak tuan dapat membantu.

    1.Saya baru bekerja di sebuah hotel. Mengikut offer letter, saya sepatutnya mendapat uniform bekerja, tapi saya tidak dapat malah disuruh beli sendiri dan kemungkinan untuk dapat claim adalah tipis.

    2. HOD saya asyik mengugut untuk memberhentikan staff. Semasa briefing, HOD akan mengugut dan staff yg bercakap balik akan dikatakan melawan dan kurang ajar. Adakah company boleh memberhentikan pekerja/staff tanpa sebab, dan apa tindakan yg staff boleh ambil jika mereka diberhentikan tanpa sebab.

    3. Sepatutnya staff yang bekerja overnight mendapat elaun khas, tetapi disebabkan ini hotel baru, maka hotel tidak memberi elaun khas.

    4. staff dipaksa bekerja lebih masa, tetapi tidak mendapat duit overtime. mereka hanya dibenarkan untuk claim hours (ambil cuti) itupun jika hod benarkan.

    5. staff tidak dibenarkan keluar solat jumaat.

    harap tuan dapat menjawab soalan-soalan saya. terima kasih.

    April 21, 2015, 7:37 am
    • Ismail N

      1. Jika offer letter menyebut sedemikian, maka majikan perlu sedikan uniform tersebut.
      2. Sebarang tindakan pembuangan kerja atas alasan ‘misconduct’ hanya boleh dibuat selepas siasatan domestik dilakukan dan dibuktikan pekerja bersalah.
      3. Elaun tertakluk pada kontrak.
      4. Overtime wajib diberikan pada pekerja yang layak (bergaji RM 2k dan kebawah
      5. Tiada undang-undang berkaitan hal ini.

      May 1, 2015, 9:40 am
  • vivian lee

    hai,
    Adakah pekerja dapat balik gaji yang di hutang oleh majikan kerana kedainya sudah tutup kerana majikan hutang 7 pekerja 3 bulan gaji tidak bayar hampir 9 bulan . setiap kali msg majikan tetapi dia selalu beri alasan dia tidak ada income juga tidak ada duit bayar dia juga hutang 8 bulan epf. saya sudah report pada labour department sudah kali kedua dia tidak hadir , apa yang boleh labour officer dapat berlaku pada kali ketiga adakah sesuka hati majikan kalau dia tidak hadir saya akan ke labour office tunggu sampai dia ada masa datang selesaikan .majikan saya seorang fashion designer boleh saya post nama n gambar dia di facebook untuk dapatkan gaji balik , sebab dia kata kalau saya challenge dia saya satu sen pun tidak dapat balik. pls gv some advice..ty

    April 20, 2015, 3:08 pm
    • Ismail N

      Pekerja boleh menuntut haknya menerusi tindakan undang-undang iaitu saman atas pecah kontrak. Jabatan Buruh juga boleh mendenda majikan yg gagal membayar gaji pekerja.

      May 1, 2015, 9:35 am
  • nor

    salam..
    mohon pandangan..

    seorang store boy (basic rm1080) telah didapati bersalah mencuri barang syarikat dan menjualnya untuk mendapatkan wang.

    Laporan polis telah dibuat oleh HR, dan polis telah menyoal siasat suspek dan suspek mengaku bersalah. Suspek telah dibawa ke kedai tempat dia menjual barang syarikat tersebut dan barang tersebut berjaya dikembalikan kepada syarikat.

    Pihak HR juga telah menarik balik report polis kerana barang syarikat telah dikembalikan.

    soalan saya:
    1) Boleh tak pekerja tersebut diberhentikan dgn notis 24 jam kerana kesalahan ini? Perlu ke dibayar ganti notis kerana pekerja sudah berkhidmat 3 tahun.
    2) Perlukan dibayar cuti tahunan pekerja yg masih berbaki 11 hari?

    April 20, 2015, 12:59 am
    • Ismail N

      untuk hukuman pembuangan kerja, akta secara spesifik mewajibkan keperluan siasatan domestik sebelum ia boleh dilakukan. Namun, jika DI ini sudah dibuat, maka boleh dibuang 24 jam dan tidak perlu bayar apa-apa pampasan atau baki cuti tahunan itu.

      May 1, 2015, 9:29 am
  • nieza

    Assalamualaikum,
    Saya ada beberapa persoalan yang ingin dikemukakan:-

    1) Berapa hari cuti maksimum yang majikan perlu bagi dalam setahun?
    2) Apakah hak-hak pekerja untuk mendapatkan cuti yang sepatutnya diberi oleh majikan.
    3) Untuk pekerja yang bekerja melebihi 4 tahun,berapa harikah cuti maksimum yang majikan perlu beri kepada pekerja.

    April 18, 2015, 2:53 am
  • nurul izza

    hi,
    mohon pencerahan.

    cuti tahunan saya pada 2015 ada 16 hari, setakat bulan april 2015 saya telah mengambil cuti selama 4 hari atas sebab membawa ank pergi medical checkup. pada bln april ini sy telah mengambil cuti emergency kerana anak tidak sihat selama 2 hari. HR telah menghubungi sy untuk memberitahu bahawa cuti emergency yg sy ambil itu dikira sebagai cuti tanpa gaji. persoalan nya wajarkah HR berbuat sedemikian? sedangkan sy masih lg mempunyai cuti tahunan dan replacement leave.

    April 16, 2015, 8:15 am
    • Ismail N

      Cuti tahunan bergaji adalah tertakluk pada kelulusan majikan. Jika ia tidak diluluskan, ia di kira sebagai ‘unpaid leave’.

      April 19, 2015, 2:59 am
  • zaini zainal

    Assalamualaikum..

    saya ada persoalan.

    saya berhenti kerja secara mengejut kerana masalah kesihatan dan tidak merujuk kepada HR syarikat dan sekarang saya mendapat surat dari syrikat yang menyatakan saya berhutang kepada syarikat tersebut dlam amount tertentu dan dikehendaki membayar balik dalam tempoh 6 hari selepas terima surat.

    April 16, 2015, 6:36 am
    • Ismail N

      W’salam..

      Ya, notis berhenti perlu diberikan pada majikan sebelum anda boleh berhenti kerja.
      Rujuk artikel: Notis Berhenti Kerja

      April 19, 2015, 3:01 am
  • Razman bin Ramedan

    Assalamualaikum,

    Ada beberapa persoalan.

    1) Adakah majikan berhak mengarahkan pekerjanya untuk bekerja pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum?

    2) Jika majikan berhak mengarahkan pekerjanya untuk bekerja pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum, apakah hakhak pekerja yang boleh dituntut ?

    April 16, 2015, 4:41 am
    • Ismail N

      W’salam,

      1) Ya boleh
      2) Jika pekerja dilindungi akta (bergaji RM 2k dan ke bawah), maka pekerja berhak mendapat bayar pada kadar kerja lebih masa.

      April 19, 2015, 3:03 am
  • Sally Natasyah

    Askum…sya bekerja di giant sbagai cashiering baru mula 18/3/15-14/4/15 sebab saya belum comfirm lagi selepas sebulan atau tiga bulan baru comfirm tapi hr suruh saya sain surat macm peraturan dan appoitment comfirm sebagai deptment cashiering tapi sya nk resign secara rela disebab kan pergaualan kat tmpt kerja dan kawan suka cari pasal kt saya tu buat sya tak tahan lagi pun saya anak yatim piatu n seorang oku kecacatan pendengaran nk tanya hr saya nk resign 24jam tapi gaji saya dan kwsp ke socso saya pihak dieorg takkan bayar apa2 pun hak sya klu dh comfirm baru antar resign. Sebulan notis kan baru bayar gaji saya dah klu 24 jam die tidak akan gaji saya dan kwsp saya socso saya die tak akan bayar sebelum tu saya mc skit selama dua hari org dan staff marah 2 maki hamun kat saya lepas tuh termasuk hari off day saya date saya tak tahan semalam gak saya nk antar resign later dgn surat mc die kata klu saya antar resign later 24jam gaji tak akan di bayar semua tak ada apa2 hak saya tak di bayar kata nya surat mc yg saya nk hantar dgn resign tu die ckp mc die tulis upaid leave 2 last skali off day sekali di tulis absent jadi mcm mana sya nk tuntut gaji saya apa patut harus saya buat??? Saya susah oku lagi nk bayar umah lagi nk bayar pinjaman kolej sepuluh ribut jadi di mana harus saya tuntut dan apa patut saya lakukan skrg

    April 15, 2015, 2:55 am
    • Ismail N

      Anda perlu dapatkan penjelasan lengkap dari HR.
      Gaji tidak di bayar mungkin kerana ada keperluan notis yang anda tidak patuhi. Rujuk artikel: Notis Berhenti Kerja

      April 19, 2015, 3:06 am
  • Lin

    Ikut undang-undang berapakah tempoh minima untuk seseorang mohon cuti tahunan dalam sesebuah organisasi.

    Contoh: Adakah tiga (3) hari sebelum tarikh bercuti atau organisasi boleh menetapkan sesuka hati 7 hari atau lebih sebelum tarikh bercuti dengan alasan tersendiri.

    April 15, 2015, 12:47 am
    • Ismail N

      Itu adalah soal prosedur syarikat. Tiada peruntukkan undang-undang mengenainya.

      April 19, 2015, 3:07 am
  • khairrul

    Assalamualaikum ..saya ingin bertanyakan tentang bayaran kerja lebih masa (ot)… perlukah dibayar pada bulan yang sama seperti mana gaji pokok atau boleh dibayar pada bulan lain..dan bolehkan aduan dibuat kepada JTK sekiranya majikan masih tidak membayar OT selama tiga bulan berturut-turut.. terima kasih.

    April 14, 2015, 6:21 pm
    • Ismail N

      1. dibayar ikut tempoh gaji yang sama dengan gaji anda.
      2. ya, boleh.

      April 19, 2015, 3:08 am
  • rozi

    Assalamualaikum. Saya ingin meminta nasihat dan pandangan tuan. Saya telah mula berkhidmat pada 7/5/1995 dan katakan saya telah menghantar notis berhenti selama 2 bulan mulai 11/5/2015. Kelayakan cuti tahunan adalah sebanyak 24 hari setahun. Baki cuti tahunan 2014 yang boleh dibawa ke 2015 ialah 15 hari dan cuti saya pada 2015 sehingga notis diberikan berbaki 5 hari setelah di tolak 3 hari yang telah digunakan pada awal Jan 2015. Bermakna baki cuti tahunan saya sehingga notis diberikan adalah sebanyak 18 hari.

    1. Bolehkah saya menghabiskan baki cuti tahunan sebanyak 18 hari tersebut dalam tempoh notis 2 bulan tersebut dan adakah gaji saya berjalan?
    2. Adakah majikan berhak untuk tidak membayar gaji saya bagi tempoh 18 hari tersebut sedangkan saya mula berkhidmat ditempat baru pada 15/7/2015?
    3. Sekiranya saya mula bekerja ditempat baru dalam tempoh saya bercuti, apakah tindakan majikan yang boleh di ambil terhadap saya?

    Terima kasih.

    April 14, 2015, 8:28 am
    • Ismail N

      W’salam..

      1. Boleh.
      2. Cuti tahunan adalah cuti bergaji, maka ia perlu dibayar.
      3. Anda boleh off set cuti untuk pendekkan notis. Oleh itu, anda boleh masuk kerja di tempat baru lebih awal.

      April 19, 2015, 3:14 am
  • linda

    Assalamualaikum en saya ingin bertanyakan tentang notis berhenti keja…klu ikut perjanjian saya kena beri notis sebulan..saya kena start keja di tempat baru pada 10/5/2015
    Saya start bekerja 2007-2015
    Annual leave sy ada 24 hari
    Saya bercadang utk bg notis sebulan pd 5/5/2015
    Adakah saya layak menerima gaji utk bulan 5..

    April 13, 2015, 10:03 am
    • Ismail N

      Maksud anda boleh kah anda gunakan cuti tahunan utk tolak tempoh notis? Ya boleh.

      April 19, 2015, 3:16 am
  • lindaosman

    Hii.. Saya ingin bertanya.. Saya mula bekerja pads 11-03-2013. Tahun ini 11-03-2015 genap 2 tahun saya bekerja.. Sy telah mendapat cuti selama 10 hari utk cuti Tahun 2015.. Baki cuti tahun 2014 masih ada 1 Hari.. Jadi ada 11 hari lg cuti tahunan saya.. Pd 2-4-2015 saya telah menghantar surat perletakkan jawatan saya. Pertanyaan sy berapa hari cuti yg sepatutnya saya dapat sehingga tamat tempoh perkhidmatan sy pd 2-5-2015??

    April 13, 2015, 7:47 am
    • Ismail N

      Anda perlu rujuk HR. Ini kerana ada majikan yang gunakan calendar year untuk hitung AL. Ada pula yang ikut tarikh masuk kerja.

      April 19, 2015, 3:18 am
  • farida

    Mcm mana cara claim mileage?. Kita menggunakan duit sendiri dulu dan akan claim mileage kita mengiikut km yg kita pandu? berapa sepatutnya majikan harus bayar kepada kita dalam setiap 1 KM untuk kerja-kerja out-station

    April 13, 2015, 6:57 am
    • Ismail N

      Faedah ini adalah faedah secara kontrak dan tidak dinyatakan dalam akta. Anda perlu rujuk kontrak kerja ya.

      April 19, 2015, 3:19 am
  • areda

    mcm mana pengiraan yang betul sekiranya suami saya mula bekerja pada akhir bulan 10 tahun lps dan berhenti kerja pada 15/2/2015. dengan notice 1 minggu .

    blh Tuan beritahu bagaimana pengiraan nya dan brp potongan yg dikenakan

    April 13, 2015, 6:54 am
  • areda

    salam ,

    saya HR di sebuah kilang yang mempunyai ramai pekerja asing . oleh itu pihak majikan ingin tahu sekiranya pekerja disini kerap kali ABS setengah hari ,cuti tampa sebab dan tampa beritahu. oleh itu salah tak kalau majikan menukar peraturan seperti berikut , jika ada pekerja ponting kerja setengah hari sebnyk 5 kali ,,,majikan akan memotong 1 hari cuti tahunan pekerja berikut.

    April 13, 2015, 6:50 am
    • Ismail N

      Anda boleh ambil tindakan disiplin dan kenakan hukuman atas sebarang kesalahan. Dalam kes ponteng melebihi 2 hari, pekerja anggap sebagai pecah kontrak dan boleh ditamatkan kontrak. Namun, jika ada terma kontrak yang mahu diubah, ia perlu dengan persetujuan perkerja.

      April 19, 2015, 3:28 am
  • din

    assalamualaikum, saya dah bg notis berhenti bekerja kpda majikan saya seperti dalam kontrak. bolehkah saya minta majikan saya mmberi waiver dan perlukah saya membayar apa2 peruntukan kepada majikan?

    April 13, 2015, 4:57 am
    • Ismail N

      Anda boleh mohon majikan utk waive. Tapi ia tertakluk pada budibicara majikan. Hak adalah pihak yang menerima notis itu.

      April 19, 2015, 3:29 am
  • suraida

    Mcm mana cara claim mileage?. Kita menggunakan duit sendiri dulu dan akan claim mileage kita mengiikut km yg kita pandu?

    April 13, 2015, 4:05 am
  • ayu nazieha

    Assalamualaikum..sy ingin m’nanyakan soalan,sy m’punyai seorg rakan yg dulunya b’kerja dibwh 1 syarikt yg sama, beliau mengalami masalah dimana beliau memperoleh tawaran pkerjaan yg lebih baik dan kadar upah yg sgt b’baloi dgn kemahiran & kelayakan yg ade, namun die tidak dpt m’buat keputusan kerana die telah menanda tangani agreement of training bond,syrikt telah menghantar beliau ke shanghai utk training..kos training tersebut berjumlah rm1945.00..Bagaimanakah cara utk die membuat keputusan t’sebut..hal ini kerana syrikt yg die bkerja skrg byk kelemahan,antaranye lambat mmbuat bayaran gaji,tidak membayar OT pd kadar spttnye,tidak membayar claim staff cth travel claim,melakukan termination staff tanpe soal siasat & tanpa m’ngikut prosedur yg betol,tidak membayar maternity leave..3tahun beliau berkhidmat hanya sekali m’peroleh kenaikan gaji,kenaikan tersebut melalui permintaan sendiri melalui surat rasmi yg telah dibuat oleh beliau itu pon dgn bantuan pihak HR..gaji yang diterima juga tidak berbaloi dengan keringat yg telah dikeluarkan oleh beliau.

    April 13, 2015, 3:57 am
  • nurul syazwani bt sharudin

    hye saya ada pertanyaan.

    Situasi macam ni, saya bekerja dari Mar 2010 – 2015 (last hujung april), dan saya layak mendapat cuti selama 12 hari akan tetapi cuti saya masih berbaki 5 hari sebelum tarikh saya berhenti. Akan tetapi saya tidak dibenarkan mengambil cuti yang masih berbaki, ini kerana pihak HR mengatakan cuti yang diberikan hanya untuk setahun dan saya telah pun mengambil lebih dari itu. Itu yang saya tidak paham. Harap boleh jelaskan dengan lebih detail.

    April 10, 2015, 9:01 am
    • Ismail N

      Anda mungkin boleh minta bantuan JTK dalam soal ini. Ini melibatkan soal rekod. Rekod anda katakan anda ada 5 hari lagi tetapi majikan kata ianya sudah habis. Oleh itu, kena ada siasatan utk tentukan jawapan yang sebenarnya.

      April 13, 2015, 11:30 pm
  • Azri

    Salam. saya nak tanya. Saya telah bekerja dengan 1 syarikat ni dalam 9 bulan. Selepas itu pada bulan 2/4/2015 saya diberhentikan kerja tanpa notis dan hanya dimaklumkan melalui kawan saya.

    semasa bekerja saya tidak menandatangani kontrak sebab bos cakap nanti dia akan bagi. tempoh percubaan hanya 3 bulan.

    1 lagi sampai sekarang 10/4/2015 gaji saya masih belum dibayar.

    saya ada tangungan anak dan isteri serta liabiliti lain yang perlu dibayar. saya juga masih lagi tiada pekerjaan untuk menanggung liabiliti untuk bulan depan.

    apa yang saya harus lakukan.

    berapa lama saya perlu bagi tempoh kepada majikan saya untuk membuat pembayaran?

    adakah saya boleh membuat laporan kepada JTK.

    April 10, 2015, 3:22 am
    • Ismail N

      Ya, anda seharusnya mengadukan perkara ini dengan segera pada JTK.

      April 13, 2015, 11:21 pm
  • miza

    Salam, saya ingin bertanya sekiranya pekerja tidak hadir 3hari berturut-turut tanpa memberitahu apa-apa masalah kepada pihak company. Adakah pihak syarikat berhak memberhentikan pekerja berkenaan?Sekiranya boleh ini bermaktub di dlm akta pekerja di seksyen berapa ye?terima kasih.

    April 10, 2015, 1:56 am
  • yjay

    Syarikat saya adalah syarikat yang beroperasi 24jam.Mengikut kontrak,waktu kerja adalah 40jam seminggu,maka 5kerja hari 2 hari rehat.Hari rehat boleh jatuh pada hari Sabtu atau Ahad.Jadual kerja bermula pada hari Isnin,berakhir pada hari Ahad.Hari Isnin sebagai hari mula,hari Ahad sebagai hari akhir setiap minggu .

    Saya ada 2 soalan hendak tanya.

    1:Saya sudah letak jawatan 2 minggu lalu.Dalam surat letak jawatan tertera tarikh letak jawatan saya berkuat kuasa pada 27 April.Tanpa cuti tahunan,maka hari kerja terakhir saya jatuh pada 26April,ini adalah betul?

    2:Saya ada 5 hari tahunan,kalau tolak 5hari tahunan,hari kerja terakhir adalah pada 21 April?Kalau tolak 2hari rehat yang sepatut bagi setiap minggu,adalah hari kerja akhir saya jatuh pada 19April?

    Majikan saya berkeras bahawa hari akhir saya jatuh pada 27April,hari terakhir saya jatuh pada 22April.Adakah ini betul?

    BM saya tak berapa bagus.Harap maaf.

    April 9, 2015, 6:08 pm
  • nur khairani

    syarikat saya menetapkan tempoh berhenti kerja ialah 4 bulan atau 1 term. agak sukar bagi saya menjangkakan bila saya akan mendapat kerja yang baru. jika saya mahu mencari pekerjaan lain, tentu syarikat baru yang saya mohon itu tidak dapat menunggu. jadi wajarkah syarikat saya untuk menetapkan syarat berhenti kerja selama 4 bulan?

    April 9, 2015, 12:38 pm
  • NUR SYAHIRAH BINTI SANUSI

    Salam, sekiranya saya bekerja lebih masa pada hari rehat (ahad), bolehkah saya mengetahui kadar bayaran yang sepatutnya saya perolehi daripada syarikat saya. kerana disini saya dinyatakan oleh pihak syarikat kadar upah utk bekerja lebih masa adalah 0.5%.
    cara pengiraan yang saya mengetahui adalah seperti berikut:

    upah bulanan : 1500.00
    upah sehari : 1500/31(kira ikut bulan tersebut) =48.40
    upah sejam : 48.40/8jam = 6.05

    rm48.40 = (6.05x5jamx2)
    =60.50

    tetapi syarikat saya hanya bayar 30.25 kerana syarikat memberitahu saya kadar untuk upah lebih masa adlah 0.5%. macam mana saya ingin sekiranya saya ingin mendapatkan kepastian? bukankah kerja lebih masa lebih mahal kadar upah tersebut?

    April 9, 2015, 6:47 am
    • Ismail N

      Cara kiraan ada ditunjukkan dalam artikel: Infografik: Cara Kira OT
      Untuk kiraan kadar upah sehari, gaji perlu di bahagikan dengan 26 dan bukannya jumlah hari dalam sesuatu bulan.

      April 10, 2015, 1:57 am
  • min

    Assalamualaikum,

    1) Bolehkan majikan menggantikan cuti Hari Wesak yang jatuh pada hari Ahad 3.5.15 dan ganti pada Isnin 4.5.15 ditukar pada hari Sabtu 2.5.15 dengan maksud Isnin tersebut perlu hadir bekerja seperti biasa? Syarikat saya beroperasi dari Isnin sehingga Sabtu.

    2) Adakah negeri Johor telah membatalkan Cuti Keputeraan Sultan Johor pada 22 November berkuat kuasa pada 2015?

    Terima Kasih.

    April 9, 2015, 3:28 am
  • Wan

    Assalamualaikum. Salam sejahtera. Mengikut kepada undang-undang buruh, cuti tahunan yang perlu diperuntukkan oleh sesebuah syarikat adalah seperti berikut :

    – 8 hari untuk mereka yang bekerja selama 2 tahun dan ke bawah
    – 12 hari untuk mereka yang bekerja selama 2 tahun sehingga 5 tahun
    – 16 hari untuk mereka yang bekerja selama 5 tahun dan ke atas

    Namun begitu, syarikat saya hanya memperuntukkan cuti tahunan seperti berikut :

    – 8 hari untuk mereka yang bekerja selama 2 tahun dan kebawah
    – 10 hari untuk mereka yang bekerja selama 2 tahun sehingga 5 tahun
    – 14 hari untuk mereka yang bekerja selama 5 tahun dan ke atas

    Saya telah bertanya kepada bahagian HR berkenaan pengurangan tersebut. Mereka menjawab bahawa majikan tidak meluluskan cuti seperti mana yang telah disarankan di dalam undang-undang buruh. Satu lagi masalah disini, majikan saya merupakan warganegara Indonesia dan telah menjadi penduduk tetap di Malaysia. Kemungkinan besar, beliau tidak mempedulikan undang-undang buruh yang telah ditetapkan di Malaysia.

    Persoalan saya di sini, bolehkah syarikat mengurangkan cuti tahunan dan tidak mengikut jumlah cuti tahunan yang telah disarankan dalam undang-undang buruh ? Sebagai pekerja, apakah hak saya untuk mendapatkan cuti tahunan seperti mana yang telah ditetapkan di dalam undang-undang buruh ? Kepada siapa saya perlu membuat aduan ? Mohon penjelasan. Terima kasih.

    April 9, 2015, 2:10 am
    • Ismail N

      Jika pekerja adalah tertakluk pada Akta Kerja 1955. Iaini bergaji RM2,000 dan ke bawah, maka faedah minima yang ditetapkan adalah WAJIB di patuhi.
      Soal kerakyatan majikan adalah tidak relevan kerana Akta terpakai buat pekerja yang berkerja di Semenanjung Malaysia dan WP Labuan. Oleh itu, lokasi tempat kerja yang penting dan bukan kerakyatan.

      April 10, 2015, 1:42 am
      • Wan

        Sekiranya majikan masih lagi degil dan tidak mahu menggantikan kadar cuti tahunan tersebut, apakah yang perlu saya lakukan ? Adakah saya perlu membuat aduan ? Pada siapakah saya perlu membuat aduan tersebut ?

        April 10, 2015, 4:17 am
        • Ismail N

          Aduan hendaklah dikemukakan pada pihaj Jabatan Tenaga Kerja.

          April 13, 2015, 11:25 pm
  • mk

    Salam, saya nak tanya, saya baru menandatangani kontrak kerja (Contract of Service) selama 2 tahun. Dalam kontrak mengatakan saya boleh terminate pada ‘PROBATION PERIOD’ dengan sebulan notis. Dalam keadaan saya tang masih dalam tempoh percubaan (PROBATIONER), saya nak tanya boleh ke saya terminate contract dengan sebulan notis ? Adakah saya akan dikenakan denda yang lain ? (tiada denda dinyatakan dalam kontrak jika terminate). Respond anda amatlah membantu, terima kasih .

    April 9, 2015, 1:51 am
    • Ismail N

      Jika telah disebut dalam kontrak notis adalah sebulan sebagaimana yang anda nyatakan di atas, maka tiada masaalah untuk anda berikan notis sebulan itu.

      April 10, 2015, 1:38 am
  • deeya

    Sy telah bekerja sejak 02.09.2014 iaitu selama 7 bln ..Sy tidak diberikan surat tawaran kerja.Namun sy blom disahkan jawatan lg..8.04.2015 sy telah diberikan notis 24jam oleh majikan.Menurut peraturan kerja apabila seseorang yg dlm tempoh percubaan, blh diberhentikan 24jam.Alasan yg diberikan ialah lack of capabilities,skills and behaviours..Majikan hanya akan membayar gaji sy kerja 01.04.2015-11.04.2015..Adakah sy berhak menuntut bayaran cuti tahun???Selama 7 bln cuti sy dikira UPL…Mohon penjelasan…

    April 9, 2015, 1:27 am
    • Ismail N

      Soal penamatan kontrak itu perlu dirujuk pada kandungan kontrak. Mungkin ada klausa yang menyatakan tempoh kontrak dan ia tamat selepas 7 bulan (termasuk extension percubaan). Jika ia itu, maka ia boleh dilakukan oleh majikan. Cuti tahunan hendaklah diperolehi (earned). Rujuk artikel ini: Undang-Undang Buruh – Cuti Tahunan
      Namun jika anda diberhentikan sebelum tempoh setahun, anda berhak pada cuti secara pro rata. Rujuk artikel: Cuti Tahunan – Berhenti Kerja Sebelum Cukup Setahun Kerja

      April 9, 2015, 1:47 am
  • Agus

    Assalamualaikum. Salam sejahtera.
    Saya bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai admin yang mengendalikan payroll.
    Saya mahu kepastian berkenaan pengiraan OT. Yang saya sedia maklum, pengiraan OT adalah seperti berikut :
    (Gaji pokok/26 hari/8 jam) * 1.5
    Adakah gaji pokok itu hanyalah gaji pokok atau perlu dicampurkan sekali dengan elaun seperti elaun kedatangan ? Mohon penjelasan

    April 8, 2015, 9:17 am
    • Ismail N

      TIDAK dicampurkan elaun, komisyen dan sebagainya.

      April 9, 2015, 1:40 am
  • hamim

    sy ingin bertanya..klu sy hantar notis berhenti 24jam adakah sy layak untuk menuntut gaji daripada majikan..?

    April 8, 2015, 7:22 am
  • nor aqilah

    saya ingin tahu..adakah majikan perlu membayar pampasan kepada pekerja yang ditamatkan kontraknya sekiranya pekerja tersebut telah memcapai umur persaraan wajib.

    April 8, 2015, 1:24 am
    • Ismail N

      Jika kontrak ditamatkan atas sebab mencapai umur persaraan, maka tidak perlu bayar pampasan. Kontrak dianggap telah tamat.

      April 9, 2015, 1:35 am
  • siti afifah

    sy berkerja sebagai promoter sepenuh masa,sy nak bertanya berkenaan gaji sy dipotong.sy diberhenti oleh company ABC footwear pada 15.03.15.tanpa surat rasmi sy diberhentikan.gaji sy pada bulan april ialah gaji sebulan sy berkerja pada bulan 2.tetapi gaji sy hanya dapat rm27.50 dan overtime dan comisson sy tidak dikira oleh company tersebut.

    April 7, 2015, 12:19 pm
    • Ismail N

      Harap anda boleh rujuk majikan dahulu dan tanya pemotongan itu atas sebab apa? Jika boleh minta kiraan yang dibuat oleh majikan anda. Jika mereka tidak berikan kerjasama, mohon bantuan Jabatan Tenaga Kerja.

      April 9, 2015, 1:34 am
  • Vitha

    Hi..
    Saya kerja kat sebuah kedai photostat.Majikan telah memberitahu saya akan confirm saya dalam masa 3 bulan saya masuk kerja.Sekarang dah setahun lebih saya kerja kat sana tanpa conformation.Saya tidak mempunyai KWSP ataupun SOCSO.Dalam masa berapa bulan majikan kena confirm staffnya ??Sila balas..TQ

    April 7, 2015, 4:45 am
    • Ismail N

      Jika ada disebutkan dalam kontrak, maka ia perlu dirujuk dan dipatuhi. Akta adalah senyap dalam perkara ini. Namun, tidak confirm dan masih dalam tempoh percubaan tidak bermakna anda tidak berhak pada KWSP dan Socso. Ia wajib di carum dan hak2 anda di bawah undang-undang tidak jauh bezanya dengan pekerja-pekerja lain.

      April 9, 2015, 1:26 am
  • adam

    Assalamualaikum

    saya menjalani latihan industri di salah satu syarikat komunikasi.Mengikut perjanjian syarikat tersebut menawarkan elaun sebanyak rm800 sebulan.Masalah yang saya hadapi ialah selama 3bulan menjalani latihan industri disini saya masih belum menerima sebarang elaun seperti yang dijanjikan.Apa tindakan yang perlu saya lakukan sekiranya saya masih tiidak menerima sebarang elaun walaupun telah tamat latihan industri??Dimanakah harus saya mengadu mengenai perkara ini.

    April 7, 2015, 3:48 am
    • Ismail N

      Anda boleh membuat aduan di Jabatan Tenaga Kerja juga kerana amnya pelatih industri punyai kontrak yang tidak berbeza dari pekerja-pekerja lain iaitu: contract of service. Pelatih industri berikan perkhidmatan dan majikan membayar upah dalam bentuk elaun. Oleh itu, pada pendapat saya pelatih industri punyai hak2 yang tidak jauh bezanya dengan pekerja-pekerja lain juga.

      April 9, 2015, 1:24 am
  • Miss Blur

    Nk tny… Mmg ade akta ke yg pekerja bole di berhentikan sebab faktor bmi… Minta pencerahan

    April 6, 2015, 10:21 am
    • Ismail N

      maksud ‘bmi‘?

      April 9, 2015, 1:08 am
      • Miss Blur

        Yup… BMI lbih dr 30 la… Mmg bole di berhenti kn bila – bila masa je ke…

        April 9, 2015, 4:43 am
        • Ismail N

          BMI = Body Mass Index?
          Dalam kata lain, isunya adalah fizikal anda? Jika begitu, ia bukan sahaja tidak boleh dilakukan, ia juga adalah satu bentuk diskriminasi dan salah sama sekali.

          April 10, 2015, 1:48 am
          • Miss Blur

            Walaupun mengikut perjanjian yg di tandatangani bahawa kerajaan boleh pada bila-bila masa memberhentikan perkhidmatan… Tetap salah la ya… So boleh ke perkara ni bawa ke tengah

            April 13, 2015, 1:34 am
          • Ismail N

            Saya tak pasti kalau majikan ialah kerajaan. Anda mungkin boleh mohon bantuan MTUC dalam hal ini. Cuma kalau swasta, memang salah biarpun adala klausa sedemikian.

            April 13, 2015, 11:40 pm
  • Rina

    Assalamualaikum…
    Saya bekerja di Koperasi Kakitangan Kerajaan. Masuk kerja pada jam 8.00 pagi rehat pukul 1 hingg 2 petang dan balik pada pukul 5 petang. Ingn tahu betulkah ade akta pejabat buruh yang menyuruh pekerja bekerja pada hari sabtu. Sila beri maklumbalas dengan kadar sedara…
    Terima kasih.

    April 6, 2015, 8:47 am
    • Ismail N

      Akta tidak sebut, namun ia juga tidak larang majikan menyuruh pekerja berkerja pada hari Sabtu.

      April 9, 2015, 1:07 am
  • zayana

    kontrak kerja saya habis 26 may 2015..sekarang saya dapat tawaran kerja di tempat lain dan memerlukan saya untuk mula bekerja serta merta. bolehkah saya hantar notis berhenti kerja 24 jam?

    April 6, 2015, 2:44 am
    • Ismail N

      Anda perlu rujuk kontrak anda. Biasanya ada terma berkaitan penamatan kontrak kerja.

      April 9, 2015, 1:01 am
  • ina

    Sy ingin bertanya..sy ada seorg rakan yg bekerja dgn sebuah syarikat F&B..bolehkah jika syarikat tersebut langsung tidak membayar gaji rakan sy kerana rakan sy berhenti..sedangkan rakan sy telah bekerja dari 4 hribln sehingga 18hribln(tutup akaun) dan 19 hribln hingga 28hribln.tetapi syarikat menyatakan tidak akan membayar rakan sy walau 1 sen pun..adakah patut sebuah syarikat berbuat begitu??tidakkah sekurang2nya membayar gaji rakan sy sehingga tarikh tutup akaun walau tidak mahu membayar penuh sekalipun?..

    April 5, 2015, 3:26 pm
  • ann

    Assalam. Saya ingin bertanya. Saya baru bekerja di syarikat baru selama 2 bulan. Pihak syarikat telah memberikan surat ‘tawaran kontrak kerja’ kepada saya dan dinyatakan didalamnya bahawa kontrak itu adalah selama 3 bulan. Dan 3 bulan itu dikenali sebagai tempoh percubaan. Dan mana2 pihak yang hendak menamatkan perkhidmatan hendaklah memberi notis sebulan. Soalan saya… itu adalah surat tawaran kontrak tetapi dianggap sebagai tempoh percubaan… jadi sekiranya telah tamat 3 bulan kontrak tersebut, adakah saya dikira tamat kontrak atau boleh disahkan jawatan dengan memberi surat pengesahan jawatan sahaja. Ataupun ia perlu diberi surat tawaran yang baru. Bagaimana pula sekiranya tamat 3 bulan dan saya ingin berhenti perlukah saya menghantar notis sebulan juga atau boleh terus berhenti disebabkan telah tamat kontrak.Terima kasih tuan..

    April 5, 2015, 8:31 am
    • Ismail N

      Anda kena lihat ayat-ayat yang digunakan dalam surat tersebut. Selalun ada dua senario:
      1. Di akhir tempoh percubaan kontrak anda adalah tamat dan majikan punyai opsyen untuk sambung tempoh percubaan, berikan kontrak yang panjang atau tamatkan kontrak anda itu.
      2. Di akhir tempoh percubaan, kontrak anda secara automatik di sambung tertakluk dengan perubahan yang dibuat oleh majikan.

      April 6, 2015, 12:33 am
  • efa

    Assalamualaikum tuan, sy skdar minta pndgn dn motivasi dr tuan. Sy bkrja sbg krni payroll d syrkt swit d kwsn sabah.pd buln 3 td staff syrkt ini ade yg dpt knaikn gaji dan ade yg tidak termsk sy.sy x kisah klu mmg kpi atau attndce brmslah. Mslh nye d sni sy pun x tahu sbb ape sy x d naik kn gaji sdg kn kpi sy lebih 60% dn tdk prnah ul atau mc.brtambh sy x puas ht krni timbgan blh naik smpai rm100, sdg kn sy 1sen x naik. Sy sdh rjuk dgn mill manager dia tiada bg feedback ape2 pun dgn sy..nk bg motivasi atau smgat jauh skali..lps tu sy rjk manager industri.dia ckp proposal yg dia summit spttnye smua dpt.lps tu sy rjuk HR.dia ckp listing increment kosong.diaorg srh mill manager buat rayuan.dan manager sy ni pun mmg tau psl rayuan tu,tp ktua kerani ckp tgu kilg stabil br dia buat rayuan tu..x tahu smpai bila kilg nk stabil dn sy x tau smada dia sdh buat atau tidk. Smtara blm trlalu lewat, sy ade rs nk brtanya sndri dgn GM(general manager) sbb ape sy x layak.klu sy tahu sbb nye br sy puas ht.mcm kat sni tiada keadilan.sy x hrp knaikn gaji thun2 atau gaji yg bsr, bg pkerja knaikn gaji dr majikan ada satu pghargaan yg amat brnilai dan smgat utk trs bkerja d satu2 tempt kj.jd tuan blh ka sy direct brtnya mgenai hal ini dgn GM? Dan adakah ia nye satu ksalahn sbgai pkerja biasa? Hrp tuan dpt br pndgan dn motivasi kpd sy.sy msh brminat utk bkrja..tp hilg smgat krna jurang gaji dgn rakan skerja.terima ksih tuan.

    April 4, 2015, 9:11 pm
    • Ismail N

      W’salam Efa,

      Pertamanya anda perlu bersyukur anda masih punyai pekerjaan. Mungkin anda nampak ia kecil, namun dalam persekitaran ekonomi yang merundum, anda dapati ramai yang menggangur dan sukar untuk menyara hidup. Oleh itu gunakan kerja yang ada itu sebaiknya dan cuba tingkatkan lagi KPI jika boleh agar pihak atasan rasa anda amat penting dan perlu dibayar gaji lebih lagi. Berbaik-baik dengan pekerja di sekliling dan boss-boss anda kerana dalam pejabat, politik memainkan peranan juga.
      Amnya, kenaikan gaji adalah budibicara majikan. Rujuk artikel: Wajibkah Majikan Memberi Kenaikkan Gaji Kepada Pekerja? Kebanyakkan majikan memang berat untuk naikan gaji pekerja kerana jika berlaku masaalah dalam kewangan mereka, mereka tidak boleh turunkan gaji pekerja. Oleh itu, pendekatannya adalah memberi bonus dan elaun untuk pekerja-pekerja yang mereka rasa penting. Yang mereka rasa amat penting, mereka akan naikkan gaji. Oleh itu, pekerja kena cari jalan untuk jadi amat penting di mata majikan.

      April 6, 2015, 12:29 am
  • iamdalf

    saya ingin bertanya..bolehkah majikan meramps handphone pekerja selama seminggu atau sebulan.? adakah ia melanggar hak asasi seseorang sebagai manusia untuk berhubung dengan rakan rakan selepas waktu berkerja..?

    April 4, 2015, 3:37 pm
    • Ismail N

      Majikan boleh larang guna dalam premis pejabat. Namun tidak boleh merampas.

      April 6, 2015, 12:17 am
  • Shahrul

    Assalamualaikum/ Salam sejahtera Tuan,

    Saya bekerja ni site perindustrian di PJ, syarikat saye mengambil contrak di kilang tersebut (kami adalah vendor kilang tersebut). Cara kerja di kilang tersebut seperti 4hari bekerja (2shift = 8jam + 4jamOT = 12jam waktu bekerja, ) 2hari adalah offday dan restday.
    Persoalan saya, sewaktu shift saye sekian hari dan tarikh adalah offday saya, pihak syarikat telah mengeluarkan memo untuk bermesyuarat pada hari tersebut. Rakan sekerja saya tidak hadirkan diri ATAS SEBAB 1)offday 2)pergi upacara keagamaan.
    1)ADAKAH PIHAK SYARIKAT BOLEH MENGENAKAN SURAT AMARAN (WARNING LATTER) TERHADAP RAKAN SEKERJA SAYA KERANA TIDAK HADIRKAN DIRI UNTUK BERMESYUARAT TERSEBUT?
    2)BOLEHKAH PIHAK SYARIKAT TIDAK MEMBAYAR GAJI KERJA LEBIH MASA(OT) PADA YANG HADIR KEMESYUARAT PADA HARI OFFDAY TERSEBUT?

    Saya mohon pencerahan dari pihak tuan.

    April 3, 2015, 1:48 pm
    • Ismail N

      Jika off day, maka pekerja tidak wajib datang dan warning letter tidak seharusnya di keluarkan. Majikan boleh ‘take note‘ dalam performance appraisal. Tak lebih dari itu.
      Jika mesyuarat adalah sebahagian dari kerja, maka mereka yang datang seharusnya dibayar OT kerana hadir pada hari rehat.

      April 6, 2015, 12:16 am
  • azura

    salam..
    saya ada persoalan berkenaan cuti sakit,cuti sakit saya 23 hari dalam tempoh setahun (12-03-14 hingga 13-03-15),saya mendapat cuti sakit dari hospital kerajaan. tetapi majikan saya telah menolak 3 hari dari cuti tersebut kerana cuti berlebihan dari yang disyaratkan dalam akta buruh iaitu 18 hari stahun.Untuk makluman saya adalah OKU.Saya mohon pencerahan . Adakah itu benar. Terima kasih.

    April 3, 2015, 7:42 am
    • Ismail N

      Ya, setiap pekerja ada HAD kelayakkan cuti sakit dalam setahun. Mana-mana cuti yang lebih itu menjadi cuti sakit tidak bergaji.
      Rujuk artikel: Cuti Sakit Berbayar

      April 6, 2015, 12:04 am
  • Lee

    Salam,
    Saya bekerja sebagai kerani di pejabat peguam selama 11 tahun. Pada awal bulan 3 saya masuk hospital kerajaan untuk pembedahan. Doktor bagi MC 12 hari. Selepas itu saya diberitahu bahawa saya ads cancer kena mengubati di GH KL tidak mampu berkerja lagi. Adakah majikan berhak tolak separuh gaji saya memandangkan saya ada kerja seminggu & MC 12 hari. Terima Kasih.

    April 2, 2015, 3:39 pm
    • Ismail N

      Majikan hanya perlu bayar setakat jumlah hari anda berkerja dan hari-hari cuti sakit dengan syarat anda punyai kelayakan cuti sakit itu. Rujuk artikel: Cuti Sakit Berbayar

      April 6, 2015, 12:02 am
  • Faizal Zain

    saya diberi notis berhenti sebulan oleh majikan saya. masalahnya
    1. dia ada masalah Dimentia menyebabkan dia tidak ingat akan arahan dari dia dahulu
    oleh kerana dia tidak ingat arahan dia yang terdahulu,, saya dituduh dan tidak menjalankan tugas. seterus diberikan notis berhenti kerja sebulan.. Adakah ini boleh dilakukan kerana dia akan lupa akan perkara ini keesokan harinya tetapi saya masih terima notis.

    April 2, 2015, 8:46 am
    • Ismail N

      Tidak kira apa masaalah dia, memberhentikan pekerja atas alasan ‘misconduct‘ atau prestasi kerja bukanlah mudah dan perlu ikut prosedur. Jika anda rasa tindakannya tidak adil dan tidak ikut prosedur, anda boleh adukan pada Jabatan Tenaga Kerja.

      April 5, 2015, 11:55 pm
  • Nadiah Hani

    Adakah ganjaran persaraan boleh dikurangkan oleh syarikat berdasarkan akta buruh? Syarikat apabila membuat forecast perbelanjaan mendapati faedah ganjaran persaraan yang perlu dibayar kepada pekerja adalah tinggi. Mohon pandangan tuan.

    Terima kasih

    April 2, 2015, 6:29 am
    • Ismail N

      Ganjaran persaraan tidak diperuntukkan di bawah undang-undang. Ia diberi (jika ada) di bawah kontrak atau budi bicara majikan.

      April 5, 2015, 11:53 pm
  • abdul rahman mamat

    salam sy nk tnya majikan patut tak byar pampasan kepada sy sy diberhentikan kerja oleh majikan tanpa sbb tertentu…boleh ke sy bawa kes ini ke makamah…sy sudah 3 tahun berkerja…

    March 31, 2015, 10:36 am
    • khairiah

      Salam..ape pendpt tuan kalau kerja shift mlm 9pm-7am..selepas itu di kehendaki bekerja kembali keesokan harinya pukul 2pm-9pm..adekah bertentangan dgn akta buruh sbb xmendpt rehat yg ckup atas alasan mengikut arahan..tq

      March 31, 2015, 2:40 pm
    • Ismail N

      Anda boleh cuba. Ia bergantung kepada banyak faktor. Buat aduan pada JTK dan dapatkan bantuan peguam jika perlu.

      April 1, 2015, 12:09 am
  • anna farhanna

    salam saya nak tanya
    jika kita MC (cuti sakit)
    adakah bos masih berhak meminta kita hadir ke opis

    March 31, 2015, 10:33 am
    • Ismail N

      Tidak

      April 1, 2015, 12:06 am
  • Maya

    Hye,
    I’m contract staff di bank yg membuat loan kereta and part time as a broker kereta. Malangnye, customer membuat aduan setelah kereta diterima and sye telah di suspended dlm tempoh siasatn dibuat. Aduan dibuat mengatakn bahawa sye telah amik duet customer sedangkn duet tersebut adalah duet komisen as a broker. As a broker sye dapat diskaun dlm 10k drd harge asal kereta, then sye bg diskaun pde customer sbyk 9k. 1k itulah duet komisen sye termasuk bg pade customer fuel full tank, touch n go and smart tag. I”m admit that sye telah melanggar etika pekerja bank. However, duet komisen yg sye dpt sbg broker tidak ade kene mengena dgn pihak bank. FYI, sye dah pun hantar resignation letter but masih bekerja selama 2 weeks utk syarat berhenti kerja. Unfortunately, my bos suruh membayar balik duet customer sbyk 1k tersebut. Adekah sye mempunyai hak untuk tidak membayar duet tersebut? Appreciated your advise.

    March 31, 2015, 2:42 am
    • Ismail N

      Hi Maya,

      Saya mohon maaf sebab saya tidak boleh beri apa-apa nasihat dalam kes anda ini. Ini kerana ada banyak kemungkinan dan saya tidak boleh buat apa-apa spekulasi. Anda perlu lihat balik apa aduan yang dibuat terhadap anda, terma perjanjian anda dengan customer, bila anda masuki perjanjian adakah customer lihat anda represent diri sendiri atau bank? serta banyak faktor lain lagi. Jika perlu rujuk pada peguam. Terima kasih.

      March 31, 2015, 6:07 am
  • Anonymous

    Saya nak tanya, adakah syarikat berhak untuk “hold” keseluruhan gaji selepas pekerjanya memberi notis tamat perkerjaan mengikuti kotrak yang telah ditetapkan? Dengan alasan syarikat ingin menyiasat semua cash and payment is submitted to company. Maksudnya gaji saya akan dihold dulu selepas menerima notis perhentian kerja dan gaji cuma akan dikembalikan pada perkerja selepas sudah pasti tak ada hutang sama company. Tapi tempoh memulangkan gaji tidak ditetapkan oleh majikan. Adakah ini fair? Boleh dikenakan apa2 akta so that I can write in my resignation notice.

    March 30, 2015, 11:53 am
    • Ismail N

      Tidak boleh. Majikan HENDAKLAH membayar upah TIDAK LEWAT dari 7 hari selepas tempoh gaji berakhir [Seksyen 19 Akta Pekerjaan 1955] Kelewatan cuma dibenarkan jika majikan dapat memuaskan hati Ketua Pengarah (Jabatan Tenaga Kerja) yang pembayaran itu tidak dapat dibuat atas sebab-sebab yang munasabah.
      Nota: Akta Kerja hanya terpakai untuk pekerja bergaji RM2k dan ke bawah.

      March 31, 2015, 2:14 am
      • Anonymous

        Jika gaji saya dalam lingkungan RM 3k(Gaji Pokok RM600 + Allowance RM600 dan yang lain itu commision). Adakah akta ini terpakai untuk saya? Kalau tidak, adakah maksudnya majikan berhak untuk menahan kesuluruhan gaji saya selepas saya memberi notis berhenti kerja satu bulan?

        March 31, 2015, 2:57 am
        • Ismail N

          Jika lebih 2k, anda perlu rujuk terlebih dahulu kontrak kerja dan employee’s handbook dan lihat samada hal ini disebut atau tidak. Apa-apa pun pihak majikan tidak boleh menahan terlalu lama tanpa alasan yang munasabah. Anda masih boleh mohon bantuan JTK utk dapatkan gaji anda jika lewat dibayar majikan.

          March 31, 2015, 6:11 am
  • Kam

    Hi,
    I have an enquiry, would love to get a answer.

    Currently, my company has an employee who met with an accident. The company paid for his hospitalization MC. Few months later, he got back his Socso money claimed. By right, he should pay back the company, but now he is reluctant to do so. There is also no written approval from him stating that he will pay back the company the Socso money or allow the company to deduct from his salary.

    So my question is, can the company deduct the amount of money from Socso from his salary even though we have no written approval from the worker? Is it legal? Cuz if i look at Section 24, it says it is lawful for employer to make deductions authorized by any other written law i.e. monthly contribution by EPF, Socso, PCB.

    So in this case, does Section 24 include this scenario? is it legal for us to deduct with the consent from the worker?

    Thank you.

    March 30, 2015, 8:24 am
    • Ismail N

      Hi,

      First of all let us distinguish ‘deduction‘ under section 24 with the current situation. Section 24 (2) (d) of EA1955 allows deduction of wages without approval of employee or DG if such deductions are authorized by any other written law. This refers to law of Malaysia and normally for EPF & Socso contributions and payment of income tax. The law requires employers to make such payment/contribution.

      However, in your case, it is more of an ‘advances of wages‘. The money goes for medical expenses and since Socso has released the payment, your company want the said employee to reimburse the money? Am I right?

      In my opinion, you may still use section 24 (2) nonetheless. See: subsection (c) – deductions for recovery of advances made in accordance to EA provided no interest is charged on the advances.

      Section 22 outline several situations where you could do that. In your case, there are two relevant sub-sections: (i) with written approval by DG or (ii) the amount does not exceed the employee’s total wages in the previous month.

      Otherwise, you will need the employee’s written approval for such deduction. Thank you.

      March 31, 2015, 2:10 am
  • pn. naniey

    salam.. saya nak bertanya.. saya kemalangan semasa hendak pergi ke tempat kerja.. sy dapat cuti selama 3 bulan.. adakah syarikat harus membayar gaji saya atau tidak membayar? pada bulan pertama syarikat membayar gaji saya.. dan pada bulan kedua dan ketiga tidak membayar alasannya sy terlalu lama dapat cuti… mereka nak berhentikan saya dan mencari penganti saya..

    soalan saya : apakah tindakan saya apabila majikan tidak membayar gaji saya?

    March 30, 2015, 7:43 am
    • Ismail N

      Cuti bergaji cuma tertakluk pada kelayakkan cuti sakit berganji anda. Jika kelayakkan telah habis digunakan, maka ia menjadi cuti tanpa gaji.
      Rujuk artikel: Cuti Sakit Berbayar

      March 31, 2015, 1:26 am
  • nurul

    salam.
    tumpang tanya.
    saya adalah majikan, saya ada masalah dengan pekerja.
    saya tiada buat kontrak pekerjaan.
    pekerja saya menutup tempat operasi tanpa pengetahuan saya. saya cuma sms dia esok tak payah datang kerja.
    1)adakah itu bermaksud saya berhentikan dia daripada kerja? dia telah membuat aduan di JTK menuntut satu bulan gaji.

    2) gaji minimum adalah 900 sebulan. Rm34 sehari. kiraan gaji adalah gaji harian. dalam tempoh 6bulan pertama bukan kah majikan boleh memberi gaji minimum rm630. perlukan surat hitam putih?

    3) jika pekerja membuat masalah di tempat kerja. perlukan warning secara hitam putih?

    dia

    March 30, 2015, 7:41 am
    • Ismail N

      Perkataan ‘tidak payah datang kerja‘ tidak bermaksud berhenti kerja. Ia boleh ditaksirkan sebagai tidak perlu hadir ke tempat kerja. Namun, segalanya bergantung kepada konteks perhubungan komunikasi anda dengan pekerja. Ia agak subjektif.
      Jika anda boleh hentikan dia, maka dia tidak boleh buat tuntutan gaji tersebut. Ini anda perlu maklumkan pada JTK.
      2. Gaji minima perlu mengikut kadar yang ditetapkan dan tiada bezanya pada 6 bulan pertama, kecuali pekerja diambil dibawah tempoh percubaan terlebih dahulu. Rujuk artikel: Gaji Minima Bagi Pekerja Di Malaysia
      3. Sebaiknya bertulis, pekerja perlu faham kesalahannya dan faham kesan jika dia ulangi kesalahan tersebut.

      March 31, 2015, 1:23 am
      • liza

        Saya nak tanya,saya baru kerja dalam sebulan mungkin dalam tempoh percubaan,tanpa warning apa2,dia memberhentikan saya kerja,boleh encik/puan jelaskan,

        April 1, 2015, 11:21 am
        • Ismail N

          Anda perlu tanya majikan anda mengapa dia hentikan anda? Bagaimana dengan perjanjian antara anda dengan dia? Apa-apa syarat-syaratnya?
          Jika perlu berjumpa dengan kaunselor JTK berdekatan untuk nasihat dan tindakan lanjut. Bawa dokumen berkaitan untuk semakan dan penilaian kaunselor JTK. Terima kasih.

          April 5, 2015, 11:50 pm
  • joharimelaka

    salam.syarikat hentikan operasi secara notis 24jam.selepas 45hari baru keluarkan surat henti kerja pada sebahagian dan surat tawaran sambung kerja pada sebahagian pekerja yg lain.ada juga yang digantung tak bertali iaitu tanpa apa2 surat spt saya.apa patut saya buat utk menuntut hak saya dlm bentuk pampasan dll.saya bergaji lebih rm5k dan dah kerja lebih 10 tahun.gred ekselutif.hingga kini saya belum buat apa2 dan dah 70 hari berlalu.tkasih

    March 30, 2015, 7:16 am
    • Ismail N

      Sudah 70 hari berlalu? Anda seharusnya bertindak segera jika mahu membuat tuntutan kerana masa yang ditetapkan oleh IRA adalah 60 hari selepas dihentikan kerja untuk memfailkan notis. Sebaiknya anda mohon bantuan peguam IR untuk kes ini.

      March 31, 2015, 1:13 am
  • balqish

    saya ada masalah saya hanya perkerja kontrak selama 3bulan… tpi saya sudah menghantar notis berhenti kerja….tpi pihak majikan tetap tak bayar gaji saya satu sen pon, sebab sya perlu dtg kerja jgk klu tak dapat gaji,
    1.boleh klu pihak majikan tidk bayar gaji sebulan langsung???
    2.duit o.t saya tidak dibayar???boleh tuan

    March 30, 2015, 6:22 am
    • Ismail N

      Anda perlu rujuk dengan majikan semula. Adakalanya ia berkaitan dengan keperluan memberi notis berhenti kerja. Harap anda baca dulu artikel: Akta Kerja 1955: Notis Berhenti Kerja
      Terima kasih.

      March 31, 2015, 1:06 am
  • kamini a/p saran

    saya adalah seorang pembantu farmasi di sektor swasta. saya telah bekerja di syarikat ini selama 1tahun dan 5 bulan.setelah mendapati kerajinan saya, saya telah disahkan dalam jawatan selapas satu bulan setengah. tetapi masih tidak dinaikkan gaji walaupun telah berkhidmat melebehi 1 tahun. malah selalu jadi mangsa buli pihak pengurusan. saya diperlakukan seperti budak – budak. saya juga dipaksa bekerja melebihi masa. majikan mengamalkan sikap pilihkasih diantara pekerja-pekerjanya. orang – arang yang langsung tidak berkaitan dengan department saya pun marah saya tak tentu hal. oleh kerana saya tidak boleh tahan dengan sikap majikan saya telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja. saya meminta nasihat blogger supaya dapat memberi nasihat-nasihat yang berguna kepada saya.

    March 30, 2015, 4:02 am
    • Ismail N

      Dalam keadaan ekonomi yang agak merundum sekarang ni, tidak dinaikkan gaji adalah lebih baik dari dibuang kerja. Namun, jika berpeluang, cuba cari tempat kerja yang lebih dan lebih selesa. Kena kuat semangat dan tahan hati di zaman ini ya.

      March 30, 2015, 5:19 am
  • bob

    nak tanya, bolehkah saya menuntut gaji sebab saya berhenti kerja tanpa notis 5bulan lalu?tolong lah….

    March 29, 2015, 3:19 pm
  • Azmili

    Salam…
    Sy hndk bertanya beberapa soalan.

    1) Jika tiada surat hitam putih (confirmation letter) dari syarikat sedangkan seseorang pekerja itu ada yg telah bekerja hampir 5 – 9 bln. Bolehkah pekerja tersebut berhenti dgn mmberi notis 24 jam..

    2) Dan selama 5 bln bekerja para pekerja tiada caruman KWSP dan Perkeso.. Ini adalah kerana majikan tidak pernah mendaftar sebagai ahli KWSP dan Perkeso.

    Harap dpt beri penjelasan dgn perkara di atas.. Terima Kasih

    March 29, 2015, 2:03 pm
  • mohd firdaus

    hye,
    saya ingin menanyakan beberapa soalan:

    1)Saya bekerja di sebuah syarikat swasta(cina),Baru-baru ini majikan saya telah mengeluarkan sebuah MEMO yang mengatakan bahawa sesiapa yang masuk lewat biarpun seminit akan ditolak gaji nya pada kadar rm5-20. Adakah patut sebuah majikan memotong gaji seseorang pekerja sewenang-wenang nya,atau ingin mengambil wang pekerja semata-mata???

    2)Saya yang bekerja sebagai pemandu hantar barang di kenakan membuat kerja yang bukan kerja saya seperti memotong pokok dn membersih kan halaman rumah sewa tuan majikan saya(PERSONAL).Sedangkan dalam surat perjanjian bekerja adalah(pemandu).. Apa yang harus saya lakukan??

    March 29, 2015, 12:01 pm
    • Ismail N

      1) hal berkaitan lewat ke pejabat telah saya jelaskan dengan terperinci di sini: HR: Masalah Datang Lambat Ke Tempat Kerja

      2) Majikan boleh minta anda buat kerja lain kecuali dalam surat perjanjian menyatakan dengan jelas ia adalah di larang sama sekali.

      March 30, 2015, 5:09 am
  • Hisham

    Salam,

    Jika saya memberi notis berhenti kerja pada hari ini(29/03) dan menyatakan saya akan berkerja sampai 31hb, adakah majikan akan membayar gaji saya?
    Dalam kontrak ada menyatakan, saya dikehendaki memberi 1 bulan notis berhenti, jika tidak, saya perlu membayar sebulan gaji. akan tetapi, saya telah bkerja sampai hujung bulan. Jadi, macam mana tu ye?adakah saya kena bayar jugak?
    *untuk maklumat tambahan, saya masih dalam probation, dan baru bkerja slama sebulan lebih.

    March 29, 2015, 7:46 am
    • Ismail N

      Anda perlu patuhi notis tersebut biarpun dalam tempoh percubaan kerana ia dinyatakan dalam surat tawaran dan anda telah bersetuju dan menerima tawaran tersebut. Rujuk juga artikel: Notis Berhenti Kerja

      March 30, 2015, 5:06 am
  • nur aqilah abu hanifah

    hai..
    saya nk tanya ckit..
    didalam offer letter saya sudah tertulis gaji pokok saya adalah rm1850..
    tp setelah sebulan bekerja, dalam slip gaji, gaji saya sblm ditolak utk epf, socso, n juga unpaid leave, disitu ditulis gaji saya ada rm1873.93…adakah saya boleh adukan hal ini pada jabatan buruh? sebab sewaktu saya cuba apply loan kereta, pihak bank mengesahkan bahawa slip gaji saya adalah false document kerana gaji pokok yg dijanjikan dalam surat tawaran kerja tidak sama dengan bayaran gaji yg tertulis didalam slip gaji..

    mohon pencerahan…
    terima kasih..

    March 29, 2015, 2:48 am
    • Ismail N

      Cuba tanya pihak majikan terlebih dahulu. Mungkin ada typo error dan sebagainya. Dapatkan penjelasan mereka dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan ya.

      March 30, 2015, 5:03 am
  • shahida

    assalamualaikum..soalan sy tentang proses pengesahan jawatan(confirmation).seorang pekerja ni selepas 3 bulan tempoh percubaab dh buat performance review.majikan tak puas hati kerana attendance yg teruk jadi majikan extend probation another 1 month.pekerja masih absent & mc.. majikan rasakan pekerja ni tak layak untuk di sahkan jawatan.
    soalan : 1) bolehkah pekerja diberhentikan?
    2) perlukah majikan beri notis (cth sebulan notis sebelum tarikh diberhentikan?

    March 27, 2015, 9:29 am
    • Ismail N

      Ia boleh.
      Selepas tamat percubaan, majikan tidak perlu sambung kontraknya lagi.

      March 30, 2015, 4:56 am
  • alia

    As salam, mohon pencerahan dan pandangan tuan,
    Saya seorang pekerja swasta sebagai penyelia telah berkhidmat selama 20 thn, gara gara surat layang telah dihantar kpd majikan sy, dan hasil dari siasatan dalaman yg dijalankan sy telah digantung sehingga kini. Soalan sy;
    1. Surat tunjuk sebab dikeluarkan dan sy telah mencabar cara dn prosidur panel siasatan dibuat dimana panel pemilihan adalah dr mereka yg berhubung terus secara langsung atau tidak.
    2. Jelas terdapat niat yg jahat yg inginkan sy keluar dr syarikat, utk makluman sy tidak mempunyai hubungan baik dengan ketua panel siastan ini.
    3. Emosi sy amat terganggu dn harap dapat bantuan dimana perlu sy merujuk terhadap kes ini.

    March 27, 2015, 9:14 am
    • Ismail N

      W’salam,

      Untuk mencabar keputusan siasatan dalaman, anda perlu bawa kes ke perhatian Pejabat Buruh dan Mahkamah Perusahaan. Ia bukan mudah dan bantuan dari peguam mungkin anda perlukan.

      March 30, 2015, 4:53 am
  • rozaini

    saya telah bekerja hampir 26 tahun di badan beruniform kerajaan, dan saya telah mengalami kemalangan hampir 15 tahun berlalu, saya adalah pemegang kad OKU fizikal.
    masalah nya, saya bekerja di pejabat tetapi pada hari sabtu dan ahad saya terpaksa bekerja untuk 2 mingu sekali, adakah saya layak mendapat cuti seperti pekerja kerani (sivilian) pada tiap tiap minggu dan mendapat cuti am. jika ada tolong nyatakan akta itu

    March 27, 2015, 7:23 am
    • Ismail N

      Saya tak pasti mengenai penjawat awam. Mungkin anda boleh mohon bantuan dari pertubuhan sekerja seperti MTUC.

      March 30, 2015, 4:48 am
  • mimi

    Assalam sy nk tnye..sy dh bkerja slama 2 mggu di sbuah syarikat swasta..sy ade malh kluarga n prlu ct utk slesaikn mslah kluarga..tp majikan sy xbenarkn..sy ambil kputusan utk brhenti..sy spattnya bg notis sbln tp sy msj n ckp sy nk berhenti..tnpa notis..sy xde sign mn2 kntrak yg mnyatakn sy perlu bg notis slama sbln n offer letter pn sy xde sign..blh x sy buat mcm ni?

    March 27, 2015, 6:47 am
    • Ismail N

      Mimi, walaupun tak ada offer latter, anda sudah puk mula kerja di sana, maka kontrak kerja telah wujud biarpun secara lisan. Untuk makluman lanjut, baca artikel: Akta Kerja 1955: Notis Berhenti Kerja

      March 27, 2015, 7:21 am
  • Nurul

    Salam.. Saya telah bekerja hampir 4 tahun di sebuah syarikat swasta. Saya ingin menghantar notis berhenti kerja 24jam. Apakah yang perlu saya lakukan? Seperti perjanjian yang telah dibuat. sekiranya pekerja berhenti kerja 24jam, perlu membayar sebulan gaji kepada majikan. bagaimanakah contoh surat perletakan jawatan tersebut dan perlukah saya maklumkan berkenaan pembayaran sebulan gaji kepada majikan di dalam surat berhenti kerja tersebut?

    March 27, 2015, 1:39 am
    • Ismail N

      Anda tidak perlu maklumkan soal pampasan itu sebab majikan hak untuk waive notis sebulan. Cuma tulis dengan baik, puji majikan (flattery goes a long way) dan berikan sebab yang baik mengapa anda terpaksa letak jawatan 24 jam dan mohon ehsan majikan lepaskan segera. Good luck..

      March 27, 2015, 7:17 am
  • siti

    Saloma ialah seorang perunding kecantikan yang kerap berjalan ke sana sini mencari pelanggan-pelanggan baru. Pada suatu hari Saloma terpaksa ke Pulau Pinang atas urusan perniagaan. Setibanya di sana beliau menginap di Hotel Puteri. Setelah meletakkan barang-barangnya di dalam bilik hotel itu, Saloma pun keluar untuk berjumpa dengan pelanggannya. Sekembalinya ke hotel, dia mendapati semua barangan berharganya telah dicuri. Saloma telah menuntut pampasan daripada pihak hotel akan tetapi beliau telah diberitahu oleh pihak hotel bahawa terdapat satu fasal pengecualian yang tertulis di pemegang kunci setiap bilik hotel yang menyatakan bahawa pihak hotel tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kecurian barang-barang yang disimpan dalam bilik hotel.

    Nasihatkan Saloma berkaitan dengan hak-hak beliau di sisi undang-undang kontrak dengan berpandukan kepada kes-kes dan seksyen yang berkaitan

    March 26, 2015, 3:23 pm
    • Ismail N

      Siti student ke?
      Aduh, ini macam soalan tutorial sahaja. Maaf ya, saya tidak boleh bantu. Harap anda boleh usahakan sendiri jawapannya.
      Cuma main issue dalam kes ini adalah “exemption clause“.
      Good luck.

      March 27, 2015, 7:10 am
  • lily

    how about 1 case, ali is a company director has agreed to make a donation to 1 kolej for an amount rm3000. But, 3 month later he realized that he cannot proceed with her plan because her company’s financial problem. May i know if he liable under the promise?

    March 26, 2015, 8:27 am
    • Ismail N

      Whether Ali is liable or not will depends on whether his charitable pledge is enforceable under the law. So, we need to look if such pledge meets the requirements for a legally binding contract. Ali could be liable notwithstanding what happened to his company.

      You can refer to this article: Legal Issues Related to Unfulfilled Charitable Pledges

      Do check on on local cases too.

      Thank you.

      March 27, 2015, 6:55 am
  • puteri aida royani mior jalauddin

    penjelasan mengenai surat amaran berdasarkan dasar Peraturan 4(2)(g) dan 4(2)(i).
    bila perlu surat amaran dikeluarkan sekiranya pekerja gagal hadir bertugas hanya satu hari sahaja.
    pada pandangan saya, bukankah surat amaran hanya dikeluarkan 3 hari tanpa sebab sekiranya tidak hadir bertugas.
    terima kasih

    March 26, 2015, 8:15 am
    • Ismail N

      Boleh saya tahu terlebih dahulu Peraturan 4(2)(g) dan 4(2)(i) ini anda rujuk dari mana?

      March 27, 2015, 6:19 am
  • afizahh

    saya telah bekerja selama 4 tahun…hari cuti saya jatuh pada hari jumaat dan sabtu..
    saya ada memohon cuti pada hari ahad kerana perlu menghantar anak saya ke check up kerajaan..

    saya telah diberitahu jika saya memohon cuti pada hari khamis atau ahad, even saya mohon cuti satu hari, cuti saya dikira 2 hari kerana cuti bersambung..

    macammane yer tu..

    March 26, 2015, 4:58 am
    • Ismail N

      Hmm.. pertama kali saya dengar cuti bersambung ni.
      Jika gaji anda 2k dan ke bawah, anda boleh adukan pada Jabatan Tenaga Kerja ya. Jika anda cuti hari, maka ia adalah satu hari sahaja dan tidak boleh jadi dua atas sebab ambilnya di hari tertentu.

      March 27, 2015, 6:17 am
  • Nay

    Selamat sejahtera..saya ada pertanyaan..
    Sekiranya pekerja telah menghantar notis untuk berhenti kerja dan masih dalam tempoh perletakan jawatan..pekerja tersebut mengambil cuti MC, adakah syarikat perlu membayar cuti MC yang telah diambil oleh pekerja tersebut??
    Terima kasih

    March 26, 2015, 4:35 am
    • Ismail N

      Maksud anda adakah MC itu masih dikira cuti sakit bergaji?
      Ya, asalkan masih ada kelayakkan cuti sakit.

      March 27, 2015, 6:13 am
  • anis

    Saya baru bekerja disebuah syarikat. Pada mula nya saya bekerja majikan baik sahaja. semakin lama tambah pula GST akan bermula, mereka mula memaksa saya untuk tidak solat, dan mengurangkan waktu rehat saya dari 1 jam kepada setengah jam atau kurang. Walhal waktu rehat saya itulah waktu saya untuk solat & makan kerana mereka memberi kebenaran saya bersolat ketika rehat sahaja. Bagaimana saya dapat mengatasi masalah ini ?

    March 26, 2015, 3:33 am
    • Ismail N

      Anda perlu berbincang dengan majikan dan mohon pertimbangannya. Asalkan tiada terma kontrak atau peruntukkan akta yang tidak dipatuhi oleh majikan, maka majikan tidak bertanggungan dalam kes ini.

      March 27, 2015, 6:11 am
  • Nadia Ariffin

    Salam
    saya ingin bertanya pendapat mengenai pertikaian pembayaran gaji minimum kepada pekerja sebanyak rm900.pihak syarikat telah mendapat kontrak perkhidmatan bangunan dan kawasan bermula dari 1 Januari 2012-31 Disember 2014.sebelum penguatkuasaan gaji minimum pihak kerajaan telah menetapkan nilai kontrak serta membuat pembayaran kepada kontraktor secara konsisten iaitu pada 1 Januari 2012 – 31 Disember 2012.Tetapi setelah penguatkuasaan gaji minimum pada 1 Januari 2013 pihak Kementerian Pelajaran tidak mahu membuat pembayaran memandangkan perubahan nilai kontrak.sedangkan para pekerja sudah membuat tuntutan gaji minimum melalu Pejabat Buruh.Pihak kami tidak mempunyai masalah untuk membayar gaji minimum tetapi apabila di ajukan bayaran tuntutan kepada Kementerian mereka tidak dapat memberi jaminan akan menerima ‘claim’ kami. saya ingin meminta pandangan tuan mengenai masalah ini.terima kasih

    March 26, 2015, 2:19 am
    • Ismail N

      Hal ini 100% merujuk pada kontrak yang diberikan pada anda itu. Jika anda teliti baik-baik pasti ada terma-terma yang sebut mengenai jumlah tuntutan dan sebagainya. Mungkin nilai ini adalah ‘fixed‘ dan tidak boleh diubah dan atas sebab itu pihak Kementerian tidak melayan sebarang tambahan pada nilai tuntutan. Apa-apa pun anda boleh mohon pandangan peguam bagi mentaksirkan kontrak anda itu.

      March 27, 2015, 6:08 am
  • wong chon yew

    Saya GM, basic RM3000, Allowance RM3000. Tiada tempoh percubaan kerana dijemput oleh peniaaga itu untuk bekerja start 15 NOV 2014. Dipecat tanpa sebab pd 13 MAC 2015. Sudah pergi Jabatan Buruh di JB. Pada permulaan dia kata boleh tuntut pampasan. Tapi lepas itu suruh saya caru peguam sendiri. Bersamaan saya ada 4 org lagi yang tutur dipecat. Tapi mereka gaji kurang drpd RM5000.

    March 26, 2015, 1:36 am
    • Ismail N

      Ya, anda perlukan bantuan peguam untuk membuat tuntutan di Mahkamah Perusahaan. Bila Pejabat Buruh kata anda boleh tuntut pampasan, mungkin maksudnya jika anda bawa kes ini ke mahkamah ada peluang untuk menang. Sebaiknya anda mohon bantuan peguam untuk mengendalikan kes anda.

      March 27, 2015, 6:03 am
  • dy

    Salam Sejahtera,

    Nak tanya pendapat. syarikat saya mengamalkan ‘earn leave’. cuti tahunan yang diberikan ialah 22 hari. sekiranya kita ingin bercuti ke luar negara dan ‘earn leave’ kita tidak mencukupi. bolehkah kita ambil ‘advance leave’? saya dah semak dgn majikan tetapi majikan tidak boleh memberikan advance leave hanya boleh unpaid leave. kenapa tidak boleh advance leave sedangkan saya diberikan cuti tahunan 22hari. mohon pencerahan. terima kasih

    March 26, 2015, 1:31 am
    • Ismail N

      Mungkin kerana terma kontrak anda tidak memperuntukkan advance leave. Harap rujuk pada kontrak kerja ya.

      March 27, 2015, 5:58 am
  • lemang

    Salam…Nak tanya pendapat. sebelum ni majikan ada menyuruh saya menyiapkan kerja (bulan 4 2014) tetapi disebabkan ada kerja lain kerja tersebut terpaksa diketepikan. Dan 3 bulan berikutnya (bulan 7 2015) saya berhenti kerja disebabkan company mempunyai masalah kewangan untuk membayar gaji pekerja. Gaji untuk bulan 7 2014 masih belum dijelaskan sepenuhnya. Akhirnya majikan mengatakan bahawa saya tidak menyiapkan kerja (bulan 4 2014) dan tidak akan dibayar gaji selebihnya untuk bulan 7 2014.

    So macam mana untuk selesaikan masalah ini?
    1. Adakah saya kene menyiapkan tugasan itu sedangkan saya telah berkerja ditempat lain?
    2. Atau saya menyiapkan tugasan itu tetapi majikan tersebut perlu membayar upah perkhidmatan saya?
    3. Atau adakah saya berhak menuntut gaji sepenuhnya tanpa saya menyiapkan tugasan tersebut?

    March 25, 2015, 2:59 am
    • lemang

      Salam…Nak tanya pendapat. sebelum ni majikan ada menyuruh saya menyiapkan kerja (bulan 4 2014) tetapi disebabkan ada kerja lain kerja tersebut terpaksa diketepikan. Dan 3 bulan berikutnya (bulan 7 2015) saya berhenti kerja disebabkan company mempunyai masalah kewangan untuk membayar gaji pekerja. Gaji untuk bulan 7 2014 masih belum dijelaskan sepenuhnya. Akhirnya majikan mengatakan bahawa saya tidak menyiapkan kerja (bulan 4 2014) dan tidak akan dibayar gaji selebihnya untuk bulan 7 2014.
      So macam mana untuk selesaikan masalah ini?
      1. Adakah saya kene menyiapkan tugasan itu sedangkan saya telah berkerja ditempat lain?
      2. Atau saya menyiapkan tugasan itu tetapi majikan tersebut perlu membayar upah perkhidmatan saya?
      3. Atau adakah saya berhak menuntut gaji sepenuhnya tanpa saya menyiapkan tugasan tersebut?

      March 30, 2015, 2:02 am
      • Ismail N

        Tidak menyiapkan tugas bukan alasan majikan untuk menahan gaji pekerja. Majikan sepatutnya menyelia dan memastikan pekerja telah menyiapkan tugas sebelum melepaskan pekerja dari jawatannya.

        March 30, 2015, 5:15 am
  • Zul

    Sy mula kerja pada bulan October 2012 berapakah cuti tahunan yang layak sehingga October 2014. Adakah 8hari atau 12 hari?

    March 24, 2015, 5:06 am
    • Ismail N

      Di bawah Akta adalah 12.
      kata kunci‘ dihitamkan = 8 hari, jika telah bekerja selama kurang dari 2 tahun

      March 25, 2015, 3:21 am
  • Catherine Mah

    Cuti sakit satu tahun boleh dapat berapa hari ?
    kalau KWSP setelah 55 tahun saya sudah ambil semua, sekarang baru dapat kerja baru,
    bolehkah dapat masuk di nombor akaun lama atau mahu mohon akaun baru.

    March 24, 2015, 3:08 am
  • Akma

    assalamaulaikum tuan,

    Soalan saya berkenaan kiraan OT,
    untuk kira OT saya kena campurkan basic +allow tetap ke? atau basic sahaja..
    (Basic RM1600, transport allow RM100, mobile allow RM100)

    March 24, 2015, 2:52 am
    • Ismail N

      W’salam,

      Kiraan adalah tidak termasuk allowance.

      March 25, 2015, 3:17 am
  • Shah

    Saya ingin bertanya;
    baru-baru ini saya meletakkan jawatan dari syarikat A. notis perletakkan jawatan saya ialah selama 3 bulan seperti yang tertulis dalam offer letter. syarikat B yang ingin mengambil saya bekerja akan membayar sebulan gaji. ini bererti saya perlu bekerja 2 bulan + 1 bulan dibayar oleh syarikat baru.
    syarikat A pada mulanya membalas surat saya dengan menerima notis perletakan jawatan saya selama 2 bulan + 1 bulan dibayar syarikat B.
    kemudian syarikat A memberi satu lagi surat menyatakan saya perlu berkhidmat selama 1 bulan + 1 bulan dibayar syarikat B. keputusan ini dibuat oleh syarikat A tanpa kebenaran / permintaan dari saya.
    Adakah saya berhak meminta pampasan dari syarikat A kerana memberhentikan saya lebih awal selama sebulan?

    March 24, 2015, 2:14 am
    • Ismail N

      Tidak, Syarikat A ada hak untuk waive (abaikan) notis yang anda berikan. Hak untuk abaikan notis ini memang diberikan pada mana-mana pihak yang satu notis diberikan kepadanya.

      March 25, 2015, 3:15 am
  • Mohd raduan bin jaapar

    Assalammualaikum Tuan, nak mintak penjelasan.

    1)Saya bekerja sebagai mekanik dgn sebuah sykt sdn.bhd. sebagai senior mekanik, sebelom ni saya pernah berhenti kerja di sykt yg sama dan dipanggil semula bekerja.1 nov 2013 di offer sebagai senior mekanik dan di beri gaji rm 2000 basictarikh mula. 31 oktober 2014 baru saya terima offer latter dan saya tak sain borang tersebut tapi saya masih lagi bekerja di sana dengan bayaran gaji Rm 2000 basic. pertanyaan saya wajarkah syarikat saya memberi offer letter begitu lambat.

    2) saya telah di berhentikan kerja 24 jam bertarikh 23 mac 2015.dan telah sign surat termination tetapi tarikh surat termination bertarikh 26 jan 2015. bila balik rumah baru saya perasan tarikh tersebut tak sama.

    3) Saya diberhentikan tanpa ada notis daripada pihak syarikat.

    Ini contoh surat termination yang diberi kepada saya:-

    This letter comfirms our conversation today stating that the Company decided not to continue your employment MOHD RADUAN BIN JAAPAR during the Probationary Period and Accordingly, Your employment will end efective today

    The company is granting you one month pay for your service during the probationary period and your return of all company property including key,t-shirt and any other company owned items under your possession.

    If you have any question with respect to this agreement,do not acknowledge this until these question have been cleared up to your statisfaction. If you do not sign this agreement today the company withdraws its offer for one weeks of additional pay in consideration of your signing this agreement and your termination stands, as well as your obligation to return all company property as mentioned in paragraph 2 above.

    Persoalannya. bolehkah saya bawa kes ni ke jabatan buruh untuk tuntut hak saya

    terima kasih

    March 23, 2015, 12:50 pm
    • Ismail N

      W’salam,

      1) Sudah tentu tidak wajar. Cuma ia tidak beri kesan pada kontrak. Kontrak tetap berkuatkuasa dari tarikh anda mula berkerja dan bukan pada tarikh anda terima surat tersebut.
      2) Tarikh notis hendaklah sama dengan tarikh komunikasi di buat iaitu tarikh anda terima surat itu.
      3) Berdasarkan surat tersebut anda diambil dibawah satu tempoh percubaan dan bila tamat tempoh percubaan majikan tidak berhasrat untuk menyambung kontrak anda. Jika anda rasa faktia ini tidak betul, anda boleh kemukakan hujah2 dan bukti anda di Jabatan Tenaga Kerja untuk tindakan lanjut.

      March 25, 2015, 3:11 am
  • noor zalika

    Saya nak bertanya. Jika saya dah sign offer letter, tp sy x start bekerja lg..dan semua medical check up saya x buat lg.. Ttp pada masa yg sama saya dpt offer lain yg lebih bagus.. Adakah salah jika saya menolak tawaran bekerja di syarikat yg telah saya sign offer letter, tp tarikh saya nelerka belom bermula lg. Saya juga meminta utk meneliti tawaran tersebut sblm menanda tangani tawaran itu, ttp pihak syarikat itu menasihatkan agar saya teros menandatangani surat itu, pd masa itu.

    March 23, 2015, 6:14 am
    • Ismail N

      Bergantung pada kandungan dalam surat tawaran itu samada ia mengikat atau tidak. Surat tersebut hendaklah dirujuk semula.

      March 25, 2015, 3:04 am
  • Aida Rahim

    Salam..

    S.1) Untuk pengiraan gaji terakhir bagi staf yg berhenti…adakah gaji dikira termasuk hari sabtu, ahad & cuti umum atau dikira working days shj?

    S.2) Untuk pengiraan gaji pertama bagi staf baru, gaji dikira termasuk sabtu, ahad & cuti umu atau working days sahaja ?

    March 23, 2015, 5:18 am
    • Ismail N

      W’salam,

      1) Perlu dikira juga gaji pada hari rehat dan cuti umum berbayar
      2) Sama seperti #1

      March 25, 2015, 3:00 am
  • razali

    Boleh tak kita potong gaji pekerja 1 jam kerana dia lewat masuk 10 minit. Pekerja ini mendapat gaji lebih dari 2000. Pekerja ini bekerja di pejabat.

    sekian t.kasih

    March 23, 2015, 4:57 am
    • Ismail N

      Perkerja yang gaji lebih 2k, anda boleh letakkan apa juga syarat yang anda mahu. Cuma ia mesti dipersetujui oleh pekerja terlebih dahulu terutama bila libatkan soal gaji yang merupakan ASAS kontrak. Untuk lebih selamat, boleh gunakan juga formula dalam artikel ini: HR: Masalah Datang Lambat Ke Tempat Kerja

      March 25, 2015, 2:56 am
  • mohd zamri shah

    salam .. saya bekerja d sebuah klinik kerajaan .. sy suda bekerja selama 6tahun .. sy pernah di kenakan tindakan tatatertib .. majikan mbwritahu yg saya di kenakan tindakan bergaji hari bmula dari ptengahan thun 2012 .. walaupn tiada surat menyurat dr majikan , persetujuan dri sy sndri .. apa2 tindakan yg tiada surat menyurat .. bpleh saya katakan majikan , ptj tmpt sy bekerja tdk pduli tentang kebajikan pkerja .. ptanyaan saya .. slepas majikan mberitahu yg sy bergaji hari bermula dri ptengahan thin 202 .. tp , smpi skarang gaji sy tdk perbah di bayar .. bila sy & fmly tlpon kerani gaji or c c d jabat mereka cuma mcari alasan utk menangguhkan isu tersebut .. selepas itu berjanji akan mbayar suma gaji dari thun 2012 smpi skrg tp cuma cakap2 kosong .. saya seperti pkerja sukarela .. bkerja tanpq gajo selama 3 tahun lbih .. sangat2 sengsara .. apakah tindakan susulan yang perlu saya buat … utk mwnyedarkan majikan , mbuka mata mereka tentang perkara ini .. sy bkerja di salah sebuah klinik pergigian di klinik pergigian di daerah sandakan sabah .. mohon pendapat atau tndakan yg perlu saya biat kl boleh .. terima kash

    March 23, 2015, 3:38 am
    • Ismail N

      W’salam,

      Sebagai penjawat awam, mungkin anda boleh cuba hubungi kesatuan sekerja (MTUC) untuk bantu anda dalam situasi ini. Jika tidak silap saya, Mohammed Zaidi ada berikan nombor wakil MTUC Sabah:

      Awang Ali Ahmad Raji Pengerusi MTUC Bahagian Sabah
      Kesatuan Pekerja-Pekerja Sabah Ports S/B 1st Floor, HQ & OperationBuilding Sapangar Bay 88450 Kota Kinabalu Sabah
      Email: awangali.ahmad@yahoo.com

      Catherine Jikunan Secretary MTUC Bahagian Sabah
      d/a Sabah Banking Employees’ Union Block A, Lot 1 Jalan Ikan Juara 1
      2nd Floor, Main Office Sadong Jaya, 88800 Kota Kinabalu Sabah

      H/P No: 013-8503039 Email: catherinejikunan@yahoo.com
      Fax: 088 – 270 368

      Mereka mungkin boleh membantu anda dalam hal ini. Terima kasih.

      March 25, 2015, 2:52 am
  • Am

    Assalamualaikum En. Ismail..
    sy ingin bertanya.. sekiranya majikan menghendaki pekerjanya mengikuti kursus peningkatan kerja, adakah kos kursus itu ditanggung oleh pihak majikan atau pekerja? Adakah terdapat didlm akta pekerja 1995 perihal perkara ini?

    March 23, 2015, 12:33 am
    • Ismail N

      Jika di suruh oleh majikan, maka sudah tentu majikan yang perlu tanggung.

      March 23, 2015, 3:14 am
  • Alexius ahlai

    Salam…sya ingin bertanya tentang kena berhenti kerja dlm 24 jam tampa sebab dan notis..sya sudah berkerja setahun di sebuah compani.gaji sya 3500 sebulan..sya layak ke menuntut 3 bulan gaji.terima kasi.

    March 22, 2015, 2:00 pm
    • Ismail N

      Oleh kerana gaji anda melebihi RM 2k, maka anda tidak dilindungi oleh Akta. Anda perlu rujuk sepenuhnya pada syarat2 dalam kontrak anda. Mohon bantuan peguam untuk buat tafsiran jika perlu.

      March 23, 2015, 3:10 am
  • baha

    .klau di berhentikan kerje tampe notis dan sebarang surat amaran.ape perlu buat?dan di paksa ovetime

    March 22, 2015, 12:54 pm
  • Azman Muhammad

    Saya ingin tahu, saya seorang eksekutif pengeluaran mula bekerja pd 5hb Januari 2015 dan kontak percubaan saya adalah 3 bulan. Pada 6hb Mac 2015, saya telah diberikan surat menambahkan tempoh percubaan selama 3 bulan lagi atas alasan masih belum mencapai sasaran pihak pengurusan? Soalan saya, adakah surat tersebut sah? Kedua, jika pd akhir bulan ke 6 nanti pihak syarikat masih menyatakan saya tidak mencapai sasaran adakah boleh saya diberhentikan serta merta dan adakah saya juga boleh berhenti serta merta? Terima kasih.

    March 22, 2015, 9:15 am
    • Ismail N

      Anda perlu rujuk kontrak percubaan yang asal untuk melihat terma-terma berkaitan tempoh percubaan ini. Amnya, ia adalah dibenarkan.

      March 23, 2015, 3:07 am
  • eddy

    Saya just nk tnyee…adakah limit teetentu yg dittpkn oleh jabatan buruh bg ot staff…maksud sy…sy beekerja di hotel sbgai tkng masak…saya perlu cover shif rakan saya sekiranya dia offday…ot sy sbulan melebihi 50 jam…atasan sy memberi tahu yg ot staff xboleh melebihi had tertentu…dan jika pihak jtk mendapat thu..denda akan dikenakan ter hadap pihak syarikat…adakah iyer nye benar dan boleh sy tau berapa jam limit ot untuk pekerja sebenarnya…sila beri kan pencerahan tuan…

    March 22, 2015, 4:25 am
  • wan

    salam..saya bekerja di lumut disyarikat oil n gas..pihak syarikat enggan menaikan gaji kami..bekerja dah berpuluh2 tahun tp gaji tetap sama..epf tiada, socso pun tiada..apa yang perlu saya buat..dah la GST dh start bulan april ni..walaupun kitorang berbincang ngan org atasan diorang buat xendah..setiap bulan lambakan warga asing keluar masuk bekerja tanpa permit dan pasport yang sah..

    March 21, 2015, 4:13 pm
    • Ismail N

      Bab gaji ni asalkan ia mencapai gaji minima yang ditetapkan oleh kerajaan, tiada apa yang boleh dibuat oleh pekerja selain dari:
      1) cuba impress majikan untuk kenaikan pangkat/gaji
      2) buat union dan minta kenaikan gaji menerusi union.
      3) berpindah ke tempat yang lebih baik lagi

      March 23, 2015, 3:03 am
  • Zainal Abidin Bin Che Long

    Need your advise on my case, I need help

    March 20, 2015, 11:07 am
    • Ismail N

      Hi Zainal,

      Tell us what’s your problem. We’ll look into it and see if there’s anyway we can help you.

      March 23, 2015, 2:58 am
  • Nur Aishah

    Adakah terdapat undang-undang atau kontrak, apabila pekerja di dalam syarikat di hantar pergi training, syarikat berhak menyatakan pekerja tersebut tidak boleh berhenti kerja dalam tempoh sekian, sekian? Jika ada dimanakan rujukan yang boleh saya rujuk?

    March 20, 2015, 9:00 am
    • Ismail N

      Majikan tidak boleh sekat pekerja untuk berhenti kerja ada bila-bila masa yang dia mahu.

      March 23, 2015, 2:51 am
  • nazza

    saya baru bekerja di syarikat swasta 1 bulan setengah di bahagian akaun. Selama tempoh tersebut, saya menghadapi masalah dengan Finance Manager. Finance Manager saya jenis seorang yang bercakap kasar dan kurang ajar terhadap pekerja-pekerja lain. Dia tidak mempunyai komunikasi yang bagus untuk bercakap dan berhubung dengan orang lain. Pada mulanya, saya ingat saya seorang sahaja yang menghadapi masalah tersebut. Rupa-rupanya pekerja-pekerja lain pun begitu. Dijadikan cerita, saya telah bergaduh dengan dia dan serta merta, esok nya saya ditukarkan ke bahagian pemasaran. Sedangkan selama 10 taun saya dibidang kewangan dan ini pertama kali saya ditukarkan ke bahagian lain tanpa surat dan sebab yang dikemukan. Jadi apakah peranan dan perkara yang harus saya lakukan untuk mendapatkan hak saya sebagai seorang pekerja?
    Sekian terima kasih

    March 20, 2015, 5:31 am
    • Ismail N

      Anda perlu berbincang dengan pihak pengurusan dalam kes sebegini. Mohon pertolongan dari mereka.
      Alternatifnya, anda boleh cuba failkan aduan ‘constructive dismissal‘ terhadap anda di JTK. Anda perlukan bantuan peguam jika ingin bertindak sedemikian.

      March 23, 2015, 2:42 am
  • victoria

    saya bekerja di syarikat VSMS Sdn Bhd,selama 2 tahun.Saya telah mengambil cuti bersalin sejak 22hb Jan 2015 sehingga Mac 22 2015.Saya masuk kerja pada 23hb Mac 2015 iaitu esok.Tetapi saya terkejut bila menerima surat termination dan cek amount 18hari bekerja dan pampasan rm1500 atas sebab syarikat ingin mengurangkan pekerja.Saya mc 2 bulan bersalin di kajang hospital,gaji bulan pertama bayar penuh,bulan kedua bayar 18hari saja,ini amat mengejutkan saya,saya rasa telah dianiaya.

    March 20, 2015, 3:44 am
    • Ismail N

      Ya, majikan boleh menamatkan kontrak perkerja atas sebab masaalah kewangan/downsizing.
      Jika anda rasa tindakan mereka tidak adil, maka anda boleh failkan aduan di Jabatan Tenaga Kerja dan mencabar tindakan majikan.

      March 23, 2015, 2:36 am
  • Era

    Bagi pekerja yang menerima gaji bulanan dan diminta bekerja pada hari cuti, manakala majikan telah mengantikan bayaran upah kepada penggantian atau penambahan satu hari pada cuti tahunan. Adakah majikan boleh membuat demikian?? Adakah pekerja masih boleh menuntut upah kerja lebih masa?

    March 20, 2015, 3:00 am
    • Ismail N

      Jika gaji anda RM2k dan ke bawah, menggantikan cuti tidak boleh di buat. Majikan perlu bayar pada kadar kerja lebih masa.

      March 23, 2015, 2:32 am
  • idza

    Assalamualaikum…Saya nak tanya dimana ayah saya sudah berumur dalam 73 tahun dimana dia masih bekerja sebagai pengawal keselamatan di rumah orang. Walaupun umur beliau sudah lanjut alhamdulillah beliau masih sihat dan dimana belibeliau hanya bekerja pada waktu malam sahaja..tetapi disini beliau diambil bekerja tanpa mendapat apa-apa surat dari pihak majikan yang mengatakan beliau telah diambil bekerja di rumah berkenaan..gaji sebanyak Rm1000 sebulan, tanpa cuti mingguan mahupun tahunan.. Dan beliau telah bekerja selama satu tahun lebih tanpa semua itu.. Baru baru ini saya mendapat tahu yang ayah saya disuruh membuat kerja bukan sahaja sebagai pengawal keselamatan tetapi disuruh juga membuat kerja kerja yang tidak sepatutnya. Walaupun gaji penambahan ditambah kepada RM350 tetapi apa yang beliau perlu lakukan melebihi dari apa yang dijanjikan. Ayah saya cuba untuk berhenti tetapi majikan serta anak majikan beliau telah memujuk agar ayah saya kembali bekerja. Saya cuba membantu tetapi dimarahi oleh ibu saya. Saya ingin mengambil tindakan terhadap majikan tersebut tanpa pengetahuan dari mereka serta pihak keluarga saya. Anak majikan ayah saya seorang peguam dan majikan ayah saya sendiri seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan di era 60an dan 70a dibahagian penyerang. Saya pernah talipon dan bertanya mengenai semua ini bukan aje di tertawa bahkan apa yang saya tanya tidak dijawab dan dia terus meletak talipon tanpa sebarang jawapan malah majikan ayah saya mula bercerita kepada semua rakan-rakan beliau.

    March 20, 2015, 1:03 am
    • Ismail N

      Sebaiknya anda mhon bantuan Jabatan Tenaga Kerja untuk membuat siasatan. Tapi, hendaklah dengan persetujuan ayah anda.
      Majikan tidak salah tidak beri cuti tahunan. Ia perlu di dapatkan dan selepas setahun baru ada kelayakkan itu. Namun, majikan perlu beri rehat satu dalam seminggu.

      March 23, 2015, 2:31 am
  • Alvin81

    salam 1 malaysia…saya nak tanya bolehkah seseorang bekerja dengan dua majikan dan mempunyai potongan epf dan sosco dari dua pihak majikan? TQ admin..

    March 19, 2015, 11:08 am
    • Ismail N

      Boleh, kalau kedua-dua majikan mahu mencarumkan untuk anda.

      March 23, 2015, 2:24 am
  • nurul

    Salam..saya nak tanya..pekerja partime di kedai hp perlu potong epf & socso ke?

    March 19, 2015, 7:52 am
    • Ismail N

      W’salam,

      Ya, perlu di carum juga.

      March 19, 2015, 9:02 am
      • nurul

        ok…jika pekerja itu sendiri setuju untuk tidak membuat caruman..boleh ke?

        March 19, 2015, 9:20 am
        • Ismail N

          Amnya, ia satu kesalahan.
          Oleh itu, kalau setuju tidak mahu caruman, mungkin bayaran itu dibuat menerusi payment voucher instead of slip gaji.

          March 23, 2015, 2:23 am
  • Ann

    Saya bergaji lebih RM5000 sebulan dan merupakan seorang pengurus kanan sumber manusia. Saya ingin mendapatkan khidmat nasihat dan ingin failkan kes tentang ketidakadilan majikan saya tentang pembahagian kerja dan unfair treatment.

    March 19, 2015, 4:18 am
    • Ismail N

      Hi Ann,

      Saya rasa sebagai pengurus kanan anda seharusnya berbincang dengan majikan dalam hal-hal berkaitan sumber manusia dan mencari jalan penyelesaian terbaik. Kedudukan anda yang tinggi dalam organisasi membolehkan anda dekat dengan majikan dan mempengaruhi keputusan mereka dan mendengar pandangan mereka juga.

      Namun, jika anda rasa ianya terbaik buat anda, saya cadangkan anda menghubungi kesatuan sekerja atau peguam IR bagi mendapatkan nasihat terbaik. Hal-hal ini tidak seharusnya dibincangkan secara atas talian kerana undang-undang adalah perkara yang rumit dan detail. Terima kasih.

      March 19, 2015, 8:58 am
  • teraniaya

    Saya telah bekerja di sebuah syarikat selama 2 tahun tetapi sepanjang masa itu, tiada potongan kwsp dan socso dibuat. Malah yang lebih teruk, gaji pun tidak dibayar sepanjang tempoh itu. Hanya kadang2 sahaja gaji dibayar tetapi dlm bentuk tunai. Semasa mula kerja, offer letter nyatakan kwsp n socso hanya dibayar selepas confirm tetapi sehingga sekarang tiada confirmation letter. Kalau saya minta gaji n potongan kwsp, trik majikan adalah ubah nama company n bg saya offer letter baru. Saya bersama2 majikan stay untuk bangunkan company tetapi hal ini sudah terlalu lama. Apa pandangan tuan? Gaji saya rm 4000 sebulan (jika dibayar). haruskah saya bawa kes ini ke JTK dan peguam? Saya masih lg berhubung dgn majikan saya.

    March 18, 2015, 7:08 am
    • Ismail N

      Sebaiknya selesaikan kes dengan baik dengan majikan. Cakap dengan dia dan jika perlu tulis surat terlebih dahulu. Kecualilah anda sudah bersedia membakar jambatan dengannya dan punyai peluang di tempat kerja baru.

      Untuk urusan KWSP, hubungi pejabat KWSP berdekatan bagi mendapatkan bantuan.

      Oleh kerana gaji anda RM 4k, pihak JTK hanya boleh menerima aduan dan membantu siasatan. Bantuan peguam adalah diperlukan untuk membawa kes ini ke mahkamah.

      March 18, 2015, 7:19 am
  • ismadi

    Assalammualaikum En. Ismail N

    Umum saya ketahui waktu kerja biasa, sama ada tidak melebihi 8jam sehari, 5 jam

    dengan rehat sekurang kurangnya 30 min, dan tidak melebihi 48jam semingu.

    presoalannya, pihak majikan telah menukar waktu bekerja biasa iaitu 8 jam

    kepada 12jam sehari selama 4 hari dan 1 hari selama 8 jam dalam seminggu…

    waktu bekerja 12jam di beri waktu rehat selama 2 jam secara agregat.

    keseluruhan 12jam x 4hari + 8jam = 56jam seminggu.

    walaubagaimana pun, pihak majikan menyatakan hanya 47jam seminggu dengan

    alasan waktu rehat yang di berikan selama 2 jam tidak termasuk waktu bekerja.

    Adakan waktu rehat memang boleh tidah dianggap sebagai waktu bekerja

    sedangkan waktu bekerja biasa telah ditukar kepada 12jam?

    March 18, 2015, 2:34 am
    • Ismail N

      Iya, waktu rehat tidak dikira sebagai waktu kerja kerja dan majikan boleh gunakan jadual waktu anjal bagi memastikan tempoh masa kerja itu tidak lebih 48 jam seminggu.
      Akan tetapi, Seksyen 60A (1) Akta Kerja 1955 ada juga sebut bahawa “spread-over period” dalam sehari tidak boleh lebih 10 jam. Oleh itu, mana-mana kerja yang dibuat selepas 10 jam itu, perlu dibayar pada kadar kerja lebih masa.

      March 18, 2015, 7:15 am
  • Aida Rahim

    Salam,

    Bagi Pekerja yang bekerja secara giliran , sekiranya hari kelepasan am jatuh pada hari rehat mingguan, adakah Hari Kelepasan Am itu akan ditunda ke hari berikutnya atau tidak?

    Sebagai contoh, hari rehat (off day) pekerja itu telah ditetapkan pada hari Khamis; dan Hari Kelepasan Am (Chinese New Year) kebetulan jatuh pada hari Khamis;19hb. Pada 20hb dia bekerja seperti biasa. Adakah dia layak untuk mendapat cuti hari kelepasan Am pada hari berikutnya atau tidak?

    March 17, 2015, 9:40 am
    • Ismail N

      W’salam,

      Jika Cuti Umum jatuh pada hari rehatnya (khamis), maka hari kerja yang berikutnya akan dikira sebagai cuti umum buat pekerja itu.

      March 18, 2015, 7:08 am
  • AINUN

    kami mempunyai 2 kumpulan kerja dgn gaji minimum rm900. pekerja tetap dan kontrak. pekerja tetap mendapat semua faedah syarikat. pekerja kontrak tidak mendapat semua faedah syarikat (cth..medical card, uniform,pergigian dll). semua pekerja ada potongan epf n socso. bolehkan saya tamatkan kontrak pekerja kontrak itu bila2 masa (kontrak 1 thn) renew setiap tahun. perlukah saya berhentikan pekerja kontrak tersebut sebulan dua sblm appoint balik dgn kontrak baru? atau saya boleh terukan kontrak pekerja tersebut tanpa berhentikan dia. dgn gaji min yg sama…juga dgn syarat yg sama..(x dapat company bnefit yg lain)

    March 16, 2015, 2:43 am
    • Ismail N

      Pertamanya bila anda mengambil pekerja tersebut, adakah satu kontrak bertulis diberikan? Adakah terma-terma seperti notis berhenti kerja dibincangkan atau dijanjikan? Jika ada ia perlu dipatuhi terlebih dahulu. Jika tiada, maka peruntukkan Akta Kerja 1955 dan Akta Kontrak 1950 akan digunakan.

      Mungkin anda boleh rujuk dahulu artikel:
      Penamatan Kontrak Kerja
      Akta Kerja 1955: Notis Berhenti Kerja

      Bila kontrak pekerja telah di tamatkan, maka satu tawaran kontrak yang baru perlu dibuat kepada pekerja tersebut dan dia ada hak untuk menerima/menolaknya.
      Terma-terma baru juga perlu dibincangkan dan dipersetujui terlebih dahulu.

      March 16, 2015, 5:22 am
  • Syahir

    asalam.
    saya ingin bertanyakan soalan
    bolehkan majikan memberikan gaji lebih rendah dari yang telah polisi syarikat tetapkan?
    dan bolehkah pekerja mengambil tindakan setelah menandatangai tawaran pekerjaan selepas mengetahui kesalahan seperti diatas?

    March 16, 2015, 1:55 am
    • Ismail N

      W’salam,

      Perlu juga lihat samaada polisi itu mengikat atau tidak. Jika ia sebahagian dari kontrak dan wajib di patuhi, maka majikan hendaklah mematuhinya.

      March 16, 2015, 5:10 am
  • Jemboy Lukin

    hi…..saya berasal dari sabah..saya ada beberapa soalan
    1.isteri saya berkerja di sebuah syarikat mjual makanan2 ringan,,basic gaji RM800,soalan saya adakah istri saya perlu menanggung kerugian syarikat sekiranya makanan2 ringan itu tidak habis dijual disebabkan expiry date,,??menurut istri saya…mknan ringan yg tidak dapat dijual expiry date.. semua pekerja terpaksa membeli makanan ringan tersebut untuk menanggung kerugian,contoh makanan coklet,biscut,dn lain2.
    2.istri saya baru2 ini terpksa mengambil cuti tampa memberitahu terlebih dahulu oleh pihak syarikat.tapi telah membayar balik cuti tersebut,contoh istri saya mengambil mc hari isnin..dan istri saya mganti cuti pada hari rabu..dimana hari rabu itu adalah hari offday istri saya.soalan saya..adakah pihak syarikat masih wajib memotong gaji istri saya?mengikut istri saya gaji akan dipotong dan berkerja pd offday yg telah ditetpkn juga tidak dibayar…disebabkn tlah mgambil cuti pd hari isnin,,dan mengikut perjanjian kontrak berkerja pada hari public holiday/offday dibayar dua kali ganda..
    3.soalan terakhir…saya ingin bertanya betulkah wujudnya undang2 perniagaan,dimana syarikat boleh memotong gaji pekerja dua kali,,,contoh istri saya selalu lewat datang kerja disebabkn hal2 tertentu,,,majikan memotong gaji isteri saya,,,dan selepas itu isteri saya juga perlu membayar wang kepada supervisor disebabkan hal trsebut..dan duit trsebut digunakn untuk membuat party sekiranya ada pekerja yg berhenti kerja…terima kasih…

    March 13, 2015, 7:56 pm
    • Ismail N

      Hi Jemboy,

      Sabah di mana tu ya?

      1. Sudah tentu ini salah dan tidak boleh dilaksanakan oleh majikan. Pekerja tidak boleh dipaksa membeli produk majikan, apalagi yang hendak expire tu.
      2. Sepatutnya, hari dia cuti tanpa gaji itu, gajinya di potong. Dia tidak perlu gantikan hari tersebut. Jika dia di minta pula bekerja pada hari rehatnya (rest day), maka dia perlu di bayar pada kadar hari rehat.
      3. Gaji boleh dipotong jika lewat ke tempat kerja, namun tidak boleh sesuka hati. Ia perlu di kira berdasarkan masa kerja sebenar isteri anda itu. Anda boleh rujuknya di sini: Lambat Ke Tempat Kerja.

      Di Sabah, Ordinan Buruh Sabah digunakan. Akan tetapi peruntukkannya lebih kurang sama dengan Akta Kerja 1955.

      March 16, 2015, 5:01 am
  • Diana

    Dalam surat tawaran saya terdapat klaus dimana majikan boleh memberhentikan saya akan tetapi saya tidak boleh menghantar surat peletakan jawatan atau berhenti kerja sekiranya perkhidmatan saya kurang dari 2 tahun.Akan tetapi saya telah menghantar surat perletakan jawatan dengan notis 2 bulan. Soalan saya adalah adakah majikan berhak mengambil tindakan atau sebaliknya?

    March 13, 2015, 9:54 am
    • Ismail N

      Terma sebegitu tidak sah di sisi undang-undang. Jika majikan boleh hentikan anda denga notis dua bulan, maka ada juga punyai hak untuk berhenti dengan notis dengan tempoh masa yang sama juga.

      March 16, 2015, 4:42 am
  • aisyah nuraini

    Assalammualaikum.
    saya dan rakan saya telah bekerja di sebuah syarikat swasta. Saya bekerja selama 6 bln, manakala rakan saya bekerja selama 3 bulan. Pada bulan Feb 2015, saya dan rakan saya telah meletak jawatan. Saya memberi notis 1 bulan walaupun saya belum menerima sebarang surat pekerja tetap di syarikat ini. Manakala, rakan saya memberi notis 2 minggu. majikan kami telah meluluskan surat perletakkan jawatan kami. Tetapi, pada akhir tarikh kami berhenti, majikan kami menyatakan rakan saya berhenti dengan cara yang salah iaitu tidak cukup 2 minggu, sedangkan majikan saya sendiri yang meluluskan perletakan jawatan tersebut.selepas kami berhenti, majikan kami enggan membayar gaji kami malah melambat-lambat pembayarana gaji kami sehingga kini. Saya bertanyakan mengenai gaji kami, majikan saya menyatakan kami tidak menyerahkan kerja dengan cara yang betul sedangkan sepanjang tempoh notis kami, majikan kami tidak meninggalkan sebarang pesanan dan jarang masuk ke pejabat sehingga pada akhir tarikh kami berhenti. Untuk memuaskan hati majikan saya dan dengan harapan supaya gaji kami dibayar, saya telah datang ke pejabat dan menyerahkan kerja seperti yang dipinta. Tapi majikan saya enggan juga membayar gaji kami sehingga kami mesej majikan saya bertanyakan tentang gaji kami. jawapan yang sama juga dia jawab iaitu tidak menyerahkan kerja dengan cara yang betul dan memberitahu kami pencapaian kami yang kurang memuaskan pada syarikat.adakah pihak syarikat berhak tidak membayar gaji kami sekiranya pencapaian kami kurang memuaskan? malahan, sepanjang kami bekerja, kami tidak diberi tunjuk ajar atau teguran. Dan kami juga melakukan semua kerja2 syarikat memandang syarikat ini kecil dan baru ditubuhkan. kami perlukan khidmat nasihat dari pihak tuan. Apakah yang harus kami lakukan. Apakah tindakan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.
    Saya juga baca tentang Akta Kerja 1955: Samada Pekerja Di Lindungi Oleh Akta Atau Tidak dan Pindaan Pada Jadual Pertama Akta Kerja 1955. gaji saya lebih dari rm 2000, manakala rakan saya kurang dari rm 2000. Apakah yang perlu kami lakukan. Saya juga telah merujuk surat tawaran saya mengenai pembayaran gaji ini. Tiada sebarang notis menyatakan syarikat tidak membayar gaji staff sekiranya pencapaiannya kurang baik. majikan hanya memberitahu gaji akan diubah mengikut pencapaian. Adakah tuan mempunyai pandangan, cadangan dan jalan terbaik untuk masalah kami ini. Jasa baik dari pihak tuan amat saya hargai.

    March 13, 2015, 9:44 am
    • Ismail N

      W’salam,

      Walaupun gaji anda melebihi RM2,000, namun anda masih boleh membuat aduan dengan Jabatan Tenaga Kerja kerana ia melibatkan pemecahan kontrak iaitu gaji tidak di bayar. Dapatkan bantuan mereka dan jelaskan bahawa notis berhenti telah diterima majikan, maka ia tidak seharusnya diungkitkan kembali.
      Soal penyerahan tugas, ia menjadikan tanggungjawab majikan atau pihak HR jika ada untuk memastikan segalanya telah diuruskan sebelum tamatnya notis anda.

      March 16, 2015, 4:40 am
      • aisyah nuraini

        Terima kasih tuan di atas nasihat dan pandangan yang diberikan.

        March 16, 2015, 7:03 am
  • eina

    assalam sy nak tanya boleh ke seorng bukan warganegara malaysia menerima gaji lebih lumayan dari pekerja local dan pangkat yang diterima beliau juga jauh berbeza dengan pekerja local.majikan bagaikan menganak tiri kan pekerja local.

    March 11, 2015, 9:06 am
    • Ismail N

      W’salam,

      Sudah tentu boleh. Perniagaan majikan adalah tanggungjawab mereka sendiri. Jatuh bangun nya akan beri kesan pada majikan lebih dari pekerja.
      Oleh itu, terpulang kepada majikan untuk menilaikan setiap pekerjanya, tidak kira apa bangsa, agama mahupun kenegaraannya.

      March 12, 2015, 7:28 am
  • Bunga

    as’salam…
    maaf saya nak bertanya sikit…
    saya start kerja pada 15/1/2015….
    lepas tu saya dpt gaji bln satu pada 6/2/2015…setiap hari saya dipaksa oOT 6 jam..tp OT saya pada bulan 1 akan dimasukkan pada gaji bulan 2..dan pada 15/2/2015 saya terpaksa berhenti sebab ad emergency kes…di sini saya nak bertanya pada tuan..adakah OT saya dikira burn?? atau saya masih berhak menuntut duit OT saya??

    March 11, 2015, 6:02 am
    • Ismail N

      W’salam,

      Tidak. Apa-apa pendapatan yang anda telah perolehi semasa kerja tidak boleh dinafikan atas sebab kelewatan pemprosesan. Ia cuma hal teknikal sahaja.

      March 12, 2015, 7:15 am
      • Bunga

        jadi maksud tuan saya masih berhak menuntut duit OT saya??

        March 12, 2015, 1:23 pm
  • Hana

    Assalamualikum En.Ismail,

    Berkenaan soalan saya tempoh hari berkenaan solat ketika bekerja. Saya sudah merujuk kepada HR: Masalah Datang Lambat Ke Tempat Kerja. Tapi sekiranya bagi kaum lelaki pada saya tiada masalah, tapi bagi kaum wanita mereka hanya solat dalam 3 minggu sahaja setiap bulan kerana keuzuran. Mohon pandangan anda, adakah company telah menolak gaji kaum wanita lebih daripada yang sepatutnya.

    March 10, 2015, 7:09 am
    • Ismail N

      W’salam Hana,

      Anda perlu dapatkan kepastian dari pihak HR/majikan. Lihat kiraan yang dibuat samada lebih dari yang sepatutnya.
      Sebaiknya buat juga catatan peribadi untuk dibandingkan dengan kiraan yang dibuat oleh syarikat. Tolakan cuma dibuat sebagaimana yang telah saya terangkan dalam artikel tersebut dan tidak boleh dibuat sesuka hati.

      Jika boleh berunding juga dengan majikan untuk dapat penyelesaian terbaik bagi isu ini.

      Terima kasih.

      March 10, 2015, 11:39 pm
  • fauziah

    sye bkerja secara part time di sebuah klinik swasta..pd thun baru cina yg lpas sye bekerja 2 shift pg & mlm..lebh krg 9 jam..sya nk tau layak ke sye mendapat byaran 2x ganda pda hari sya bkerja dlm tempoh 2hari bturut2..sya juga tdak bercuti sebelum dan selepas..jika sye layak mdpt byran 2x ganda ttpi tdk diberi..apa tindakan yg boleh sye buat…sye bru saje bkerja +-2bln

    March 10, 2015, 5:47 am
    • Ismail N

      Hi Fauziah,

      1. Boleh anda terangkan maksud part-time anda itu?
      2. Macam mana pembayaran gaji, waktu kerja biasa anda, berapa hari kerja dalam seminggu, kontrak kerja (jika ada).

      Terima kasih.

      March 10, 2015, 6:24 am
  • M. Z. Zainal

    Assalammualaikum Tuan Ismail,
    Saya bekerja di sebuah IPTA di Malaysia, situasi saya agak mengecewakan. Seperti yang tuan tahu, setiap IPTA akan menilai pekerja mereka berdasarkan Sasaran Kerja Tahunan untuk tahun tersebut. Saya dapati markah saya melepasi sasaran kerja tahunan tersebut dan patut dimasukkan kedalam sistem sebelum tahun seterusnya bermula. Tetapi saya amat kecewa kerana markah saya tidak dimasukkan untuk tahun itu dan saya diberi alasan bahawa markah SKT pada tahun tersebut telah pun ditutup dan gaji saya tidak akan naik bagi tahun seterusnya. Sekiranya kejadian ini berlaku apa yang saya boleh lakukan? Mohon tunjuk ajar dari pihak tuan.

    March 9, 2015, 11:46 am
    • Ismail N

      W’salam,

      Ini lebih merupakan soal prosedur dan hal dalaman sesuatu organisasi. Undang-undang dan kerajaan tidak boleh campurtangan.
      Atas sebab itu, kita ada organisasi yang menjadi pilihan ramai pekerja dan ada yang kurang menarik dipandangan mereka.

      Ambil perhatian juga untuk mendapat kedudukan yang baik dalam sesuatu organisasi, banyak faktor yang perlu anda consider. Antaranya mutu kerja yang baik dan konsistent serta politik pejabat. Pastikan anda disenangi oleh semua rakan sekerja dan ketua-ketua jabatan. Jangan ada musuh dan banyak lagi yang perlu anda jaga. Yang penting jangan mudah putus asa. Insya-allah pihak pengurusan akan ambil notis akan kepentingan anda dalam organisasi. Kata kunci “membuatkan diri jadi penting” dalam organisasi.

      All the best to you. Jangan mudah kecewa ya.

      March 9, 2015, 11:55 pm
  • izatulfarhana Mohd Hasnor

    Assalamulaikum En. Ismail,

    Bolehkah sebagai pekerja berhenti kerja dengan notis 24 hours?Dan kemudian adakah sebagai pekerja boleh menuntut gajinya setelah bekerja cukup gaji untuk 1 sebulan. Mohon Pencerahan.

    March 9, 2015, 8:42 am
    • Ismail N

      W’salam Izatul,

      Boleh atau tidak itu bergantung kepada kontrak kerja, samada ia benarkan notis sedemikian.
      Alternatifnya, jika ada keperluan notis, anda boleh cuba mohon dari majikan untuk waive (abaikan) notis tersebut.

      Artikel berkaitan yang anda boleh baca: Akta Kerja 1955: Notis Berhenti Kerja

      Pekerja boleh tuntut gajinya biarpun sehari berkerja, asalkan dia tidak ada keperluan notis yang perlu dijelaskan.

      March 9, 2015, 11:47 pm
  • Salem

    aslm,saya baru diberhentikan kerja dgn notis dan alasan dlm notis tsebut ‘saya tak perform dgn kerja yg diberi’ soalan saya,,boleh ka majikan memberi notis pemberhentian bertarikh sama dgn tarikh saya menerima notis tsebut? ada tak peruntukan undang2 yg menyebelahi saya dlm kes saya ini? TQ

    March 8, 2015, 5:04 am
    • Ismail N

      W’salam,

      Ya, tarikh notis hendaklah sama dengan hari pihak yang satu lagi menerima.
      Seksyen 12 (4) Akta Kerja 1955: “…hari di mana notis itu diberikan hendaklah dimasukkan dalam tempoh notis tersebut“.

      Rujuk juga artikel: Akta Kerja 1955: Notis Berhenti Kerja

      Alasan ‘saya tak perform dgn kerja yg diberi’ mungkin boleh anda sanggahi jika anda rasa tidak betul. Namun, ia perlu melalui saluran yang sepatutnya iaitu menerusi Jabatan Tenga Kerja.

      March 9, 2015, 12:52 am
  • ERIN

    salam..
    saya nak tanya saya mula kerja pada 1/11/2014 dan masih dalam tempoh percubaan…pada cuti krismas tersebut syarikat saya tidak bercuti dan adakah saya layak untuk mendapat gaji berganda pada hari tersebut?…

    March 8, 2015, 1:49 am
    • Ismail N

      W’salam Erin,

      Ia bergantung pada sama syarikat anda itu memilih Hari Krismas sebagai salah satu cuti umum bagi tahun 2014. Ini seharusnya sudah di maklumkan kepada pekerja awal tahun lagi.

      Anda boleh rujuk artikel: Undang-Undang Buruh – Cuti Umum

      Sekiranya hari Krismas adalah cuti umum buat syarikat anda, maka faedah cuti umum perlu diberikan kepada anda biarpun anda masih dalam tempoh percubaan.

      March 9, 2015, 12:57 am
  • aiman

    asalamulaikum, sy ada dua orang kawan yg bekerja di sebuah kelab golf. kelab golf tersebut telah menyatakan gaji yg diberi rm1250. kawan pertama sy telah merasakan gaji tidak akan dibayar dan merasakan dia akan tertipu so dia tidak sign apa2 agreement dan 2 minggu selepas bekerja dia berhenti tanpa notis. manakala kawan yg kedua telah bekerja sehingga hujung bulan dan hanya mendapat gaji rm350 tidak seperti yg dijanjikan. dia berasa ingin berhenti tetapi dia telah menandatangani kontrak dan company tersebut telah mengugut untuk saman beliau jika tidak mengikut perjanjian dlm kontrak. persoalanya adakah kawan yg kedua sy ini perlu mengikut kata2 majikan beliau ataupun tinggal sahaja kerja tersebut.? persoalan kedua adakah kwn pertama sy bole meminta gajinya yg telah bekerja selama dua minggu tetapi berhenti keje tanpa any notice

    March 7, 2015, 2:10 am
    • Ismail N

      W’salam Aiman,

      Pertamanya perlu diingat kedua-dua kawan anda telah memasuki kontrak kerja sebaik sahaja mereka memulakan tugas di kelab golf tersebut. Apa yang tiada hanyalah kontrak bertulis sahaja.

      Elemen kontrak boleh dipelajari dalam artikel ini: Pengenalan Kepada Undang-Undang Kontrak

      Kontrak lisan adalah mengikat sebagaimana kontrak bertulis sahaja. Masaalahnya cuma untuk mentafsirkan terma-terma (syarat-syarat) dalam kontrak itu.

      Dalam kes rakan-rakan anda ini, apakah notis yang diperlukan untuk berhenti kerja?

      Tanpa terma yang spesifik dalam kontrak, maka Akta Kerja 1955 boleh dirujuk dan bagi pekerja yang tempoh perkhidmatannya kurang dari dua tahun, maka notis yang diperlukan adalah 4 minggu.

      Rujuk artikel ini: Penamatan Kontrak Kerja

      Majikan boleh menuntut nilai gaji berdasarkan notis jika notis tidak dipatuhi. Ia boleh juga waive (abaikan) notis jika mahu.

      Untuk kawan ke dua anda itu, kontrak bertulisnya perlu dirujuk dan dipatuhi.
      Untuk kawan ke dua, jika majikan mahu notis diikuti, maka gajinya akan diambil bagi mengantikan notis yang sepatutnya di beri.

      Bacaan lanjut: Notis Berhenti Kerja

      March 9, 2015, 1:12 am
  • simranjit

    TUMPANG TANYA,GAJI BULANAN TU DIKIRA DENGAN TOLAK HARI AHAD KEW?CONTOH 900 BAHAGI DENGAN 26 HARI KE?AND BAGIU BULAN FEB,GAJI DIKIRA DENGAN 24 HARI?

    March 7, 2015, 1:53 am
    • Ismail N

      Hi Simranjit,

      Anda mahu bahagikan tu untuk tujuan apa? Jika untuk tujuan kiraan OT, maka gaji bulanan perlu di bahagikan dengan 26 bagi mendapatkan ORP atau kadar gaji sehari anda. ‘

      Kiraan bahagi 26 ini digunapakai tak kira berapa hari dalam sebulan samada 28, 29, 30 mahupun 31.

      Anda boleh rujuk di sini: Infografik: Cara Kira OT

      Untuk kiraan notis berhenti kerja pula, kadar gaji sehari dikira dengan membahagikan gaji bulanan dengan jumlah hari dalam sebulan.

      March 9, 2015, 1:17 am
  • lemang

    Salam… nak tanya sesiapa kat sini yang tahu pasal law..

    1.Boleh ke seorang pekerja menandatangani Non-disclosure agreement selepas dia dah berhenti kerja

    2.Boleh ke pekerja buat bisnes after dia berhenti dan bisnes tu adalah sama macam company lama dia bekerja. sebab idea sebenar adalah dari pekerja itu sebelum ini.

    March 5, 2015, 4:06 pm
    • Ismail N

      W’salam Lemang,

      1. Sepatutnya majikan minta dia tandatangani ‘non-disclosure agreement‘ itu sebelum memulakan kerja. Jika dia sudah mahu berhenti, terpulang samada dia mahu sign atau tidak. Ia tidak wajib untuk sign.

      2. Boleh atau tidak bergantung kepada syarat-syarat atau terma-terma dalam kontrak kerjanya. Jika ia dengan jelas melarang perbuatan sedemikian, maka ia tidak boleh dilakukan.

      March 9, 2015, 1:22 am
  • ayie

    salam…saya nk tnya bkaitan syarikat gagal membayar gaji pkerja dalam masa yg ditetapkan sehingga berlarutan 2 bulan bkerja tanpa gaji. Saya bekerja dgn sebuah syarikat swasta yg berpengkalan di Jordan. Saya telah berhubung dengan pejabat tenaga kerja bkaitan hal ini tetapi pihak JTK memberitahu saya untuk pkerja bergaji kurang drp RM2000 shj pihak dia akan ambil tindakan dalam kes saya macam pihak JTK hanya blh terima aduan dan saya harus melalui sivil. Dimanakah saya boleh dapatkan khidmat dan nasihat guaman secara percuma untuk myelesaikan kes ini?

    March 4, 2015, 7:48 am
    • Ismail N

      W’salam,

      Anda boleh cuba tanya Biro Bantuan Guaman. Cuma saya tidak pasti mereka ambil kes sebegini.
      Sebaiknya minta tolong peguam dan bincangkan kos sekali. Jika berbaloi, anda wajar teruskan.

      March 9, 2015, 1:26 am
  • Hana

    Assalamualikum, saya ada satu persoalan,saya ade masalah berkaitan solat ketika bekerja. Majikan saya akan menolak gaji saya dan member muslim yang lain ketika solat. Gaji akan dipotong 20 minit setiap 1 hari bekerja.Jam bekerja satu hari adalah 8 jam. Jumlah gaji yang ditolak (20 minit) adalah mengikut basic gaji masing2. Adakah majikan saya membuat perkara yang betul dan adakah ini terkandung di dalam akta. Kebanyakkan company yang saya pernah bekerja tidak ada membuat peraturan seperi ini. Mohon penjelasan dan pencerahan.

    March 4, 2015, 5:39 am
    • Ismail N

      W’salam Hana,

      Jika dalam waktu kerja, anda semua pergi ber solat, YA majikan anda hendak membayar mengikut kadar sebenar anda berkerja. Lihat kiraannya di artikel ini: HR: Masalah Datang Lambat Ke Tempat Kerja

      Ia adalah hak majikan cuma tertakluk pada syarat-syarat yang ditetapkan sebagaimana yang boleh dirujuk dalam artikel di atas.

      Sebaiknya anda berbincang dengan pihak pengurusan samada anda dan rakan-rakan dibenarkan solat pada waktu sepatutnya dan masa itu diganti pada masa rehat atau selepas tamat kerja dsb.

      March 9, 2015, 1:32 am
  • Zu

    Saya mengusahakan sekolah agama swasta.Kakitangan saya adalah guru-guru yang bekerja 3jam 15min/sehari. Pendapatan yang diperolehi dikira sebagai Elaun dan bukan gaji.Saya juga memberi Elaun Petrol.

    Contoh Pengiraan pendapatan

    Elaun Asas = 600.00
    Elaun Petrol = 50.00
    Bil hari kerja bulan Februari = 17 hari
    Cuti tanpa elaun bulan Februari = 2 hari

    Elaun Februari = (600.00 + 50.00) – (600/17 x 2hari)
    = 650.00 – 70.00
    = 580.00

    Harap Tuan dapat memberi komen pada pengiraan gaji tersebut dan saya tidak wajib membuat caruman KWSP atas pekerja saya.

    March 4, 2015, 3:15 am
    • Ismail N

      Hi Zu,

      Anda perlu berhati-hati juga kerana adanya Perintah Gaji Minima yang berkuatkuasa di negara ini. Jika guru-guru diambil secara ‘contract of service‘, maka gaji perlu dibayar dan mengikut gaji minima.

      Rujuk artikel: Undang-Undang Buruh | Kontrak Pekerjaan

      Memandangkan pekerja anda tidak berkerja sepenuh masa anda boleh bayar mengikut gaji harian pada kadar minima RM 4.33 sejam. [Rujuk artikel: Gaji Minima Bagi Pekerja Di Malaysia]

      Alternatifnya, anda ambil guru-guru di bawah ‘contract for service‘ (KWSP tidak diwajibkan), cuma anda kurang kawalan terhadap mereka (kedatangan dan sebagainya).

      March 9, 2015, 1:43 am
  • wes

    salam ingin bertanya jika kita dibayar gaji hari lingkungan rm50.00 sehari bekerja selama 12 jam dan jika tidak datang kerja sehari maka gaji tidak dikara, sebelum bekerja majikan telah memberitahu serta buat kontrak tentang perkara tersebut…. adakah ini dibolehkan….

    contoh pengiraan sehari rm50.00 x 30 hari = rm1500.00
    maka disitu sehari tak datang rm50.00 dipotong….
    bermaksud disitu sehari bekerja 12 jamdibayar rm50.00 2 hari rm100.00

    March 3, 2015, 11:40 am
    • Ismail N

      Ya, jika tidak datang, maka gaji tidak dibayar pada hari tersebut.

      March 8, 2015, 8:43 am
  • liana

    Assalam,
    encik, saya nk bertanya.. saya bekerja dgn sebuah syarikat swasta. Saya telah bekerja 2bulan dan dlm Letter Offer ada menyatakan tempoh pemberhentian kerja ialah notice 24jam shj. Sy telah menyerahkan surat pemberhentian kerja pada 26hb feb 2015. Surat sy telah diterima oleh majikan dan tiada apa2 masalah yg dinyatakan ketika itu. Namun sehingga kehari ini, sy masih tidak menerima gaji saya bagi bulan Feb sedangkan staff2 yg lain telah pon menerima gaji mereka pd 28hb feb yg lepas. Apakah syarikat boleh berbuat demikian dgn tidak membayar gaji saya dan apakah langkah yg perlu di ambil?
    bolehkah sesebuah syarikat menahan pekerja dari pulang sedangkan dalam offer letter menyatakan tempoh bekerja dar 8 -9 ptg shj. dan kerja lebih masa tidak dibayar. syarikat juga bertindak mengarahkan semua pekerja bekerja pada cuti umum. dn gaji dibayar dgn nilai yg sama tanpa imbuhan tambahan. bolehkah pihak syarikat melakukan sedemikian? minta sedikit pencerahan.
    Terima kasih

    March 3, 2015, 12:58 am
    • Ismail N

      Anda perlu tanya majikan mengapa gaji tidak lagi anda terima. Jika jawapan adalah tidak memuaskan, anda perlu rujuk Jabatan Tenaga Kerja untuk bantuan dan tindakan susulan.

      Jika anda pekerja yang dilindungi Akta (gaji RM 2k ke bawah), maka faedah OT dan cuti umum layak diterima anda.

      March 8, 2015, 8:39 am
  • Lela

    Salam encik..sy nak tanya, wajarkah kalau majikan saya menunda gaji saya dengan alasan saya sedang cuti bersalin (60hari), nanti kalau saya dah masuk kerja baru majikan saya membayar gaji dua bulan sekaligus..boleh ke macam tu?? Terima kasih

    March 2, 2015, 8:32 pm
    • Ismail N

      Gaji tu perkara asas. Tak boleh ditangguhkan kecuali pekerja setuju.

      March 8, 2015, 8:34 am
  • Anina

    Macam mana kiraan gaji bagi pekerja daily rate 7am-16pm sedangkan dia hanya bekarja selama 6 jam pada 1 hari bekerja. Apakah layak dibayar 1 hari bekerja atau 1/2 hari bekerja sahaja.

    March 1, 2015, 1:22 am
    • Ismail N

      Adakah dia yang ponteng kerja atau majikan yang arahkan dia cuma perlu berkerja 6 jam sehari?
      Jika majikan yang arahkan, maka dia perlu di bayar satu hari gaji sebagaimana yang dijanjikan oleh majikan.

      March 2, 2015, 12:03 am
      • liaa

        Assalam,

        encik, saya nk bertanya.. saya bekerja dgn sebuah syarikat swasta. Saya telah bekerja 2bulan dan dlm Letter Offer ada menyatakan tempoh pemberhentian kerja ialah notice 24jam shj. Sy telah menyerahkan surat pemberhentian kerja pada 26hb feb 2015. Surat sy telah diterima oleh majikan dan tiada apa2 masalah yg dinyatakan ketika itu. Namun sehingga kehari ini, sy masih tidak menerima gaji saya bagi bulan Feb sedangkan staff2 yg lain telah pon menerima gaji mereka pd 28hb feb yg lepas. Apakah syarikat boleh berbuat demikian dgn tidak membayar gaji saya dan apakah langkah yg perlu di ambil?

        bolehkah sesebuah syarikat menahan pekerja dari pulang sedangkan dalam offer letter menyatakan tempoh bekerja dar 8 -9 ptg shj. dan kerja lebih masa tidak dibayar. syarikat juga bertindak mengarahkan semua pekerja bekerja pada cuti umum. dn gaji dibayar dgn nilai yg sama tanpa imbuhan tambahan. bolehkah pihak syarikat melakukan sedemikian? minta sedikit pencerahan.

        Terima kasih

        March 3, 2015, 12:44 am
  • Adam Ali

    Salam, saya nak tanya.
    Situasi, pekerja A hantar surat berhenti kerja pada 10 Jan. Dalam kontrak menetapkan 3 bulan notis iaitu 10 April hari terakhir, tetapi pekerja A membuat surat mohon 2 bulan notis 10 Mac. Majikan tidak membenarkan. Pekerja A nekad berhenti. Pihak majikan menuntut sebulan gaji sebagai ganti rugi berjumlah RM2200.
    Soalan, adakah pekerja A boleh menuntut gajinya untuk bulan terakhir bekerja iaitu 10 hari dan menambah duit sendiri untuk membayar ganti rugi yang dipohon bekas majikan?

    February 27, 2015, 8:11 pm
    • Ismail N

      Boleh, jika dia berkerja 10 hari dan membayar nilai notis yang masih belum dilunaskan itu.

      March 2, 2015, 12:06 am
  • amysidek

    saya mempunyai satu soalan,
    saya baru masuk kerja pada febuari 2015.
    seperti yang kite ketahui 2hb dan 3hb febuari 2015 adalah hari cuti umum iaitu hari wilayah dan hari thaipusam.
    oleh hal yang demikian, majikan saya menyuruh saya untuk melaporkan diri pada 4hb sejurus selepas hari cuti umum tersebut.

    saya ingin bertanyakan adakah saya tidak layak untuk menerima gaji cuti umum untuk cuti pada 2hb dan 3hb tersebut oleh kerana saya memulakan pkerjaan pada 4hb sedangkan untuk cuti umum CNY, gaji saya turut di kira sekali.
    ini bermaksud gaji saya tidak dikira sebulan dan hanya dikira mengikut hari bekerja.
    saya hanya layak menerima gaji untuk 25 hari sahaja daripada 28 hari kesemuanya.
    saya amat musykil dengan permasalahan ini. diharapkan pihank encik dpt memberikan jawapan kepada email saya.

    February 27, 2015, 6:04 pm
    • Ismail N

      Ia bergantung pada tarikh kuatkuasa kontrak anda. Rujuk semula bila ia effektif? Adakah pada 1hb Mac atau 4hb Mac?

      March 2, 2015, 12:09 am
  • ibrahim

    Salam sy ada msalah sy baru bekerja di sebuah hotel.masalah sy ialah baru2 ini sy mc kemudian mereka ada nyatakan klinik panel yg harus sy pergi utk dpt kan mc kemudian sy sudah pergi ke klinik panel tersebut.sy terpaksa menggunakan duit sy dulu utk mc itu sebanyak rm53.00.Tetapi bila sy berikan mc tu kpd hr mereka tk terima dan kata tu tk termasuk dlm klinik panel mereka walhal sy sudah pergi ke klinik yg mereka suruh.masa orientasi die kata hnya klinik mediviron tak pula ckp hnya specific mediviron sje yg mereka ambil utk mc.jadi sy trpaksa di tolak gaji jika tak dptkan cop di klinik panel 1 lagi ni utk valid kan sy punya mc td tu.dlm masa yg sama nak cop pun sy kena byr rm15 jadi Ape sy patut buat?maaf sb pnjg tolong bantu sy.Ape tindakan yg boleh sy buat.

    February 27, 2015, 10:28 am
    • Ismail N

      Majikan mmg boleh tetapkan prosedur utk ambil MC tu, asalkan ia tidak munasabah. Contohnya: Klinik panel terletak amat jauh dari rumah atau pejabat.

      Dalam hal ini, anda perlu berhati-hati dan mengikuti prosedur yang ditetapkan agar tidak menghadapi kesulitan di masa akan datang. Rujuk HR jika kurang pasti mengenai polisi syarikat. Terima kasih.

      March 2, 2015, 12:14 am
  • maznah

    salam tuan saya nak tanya..
    kalau seseorang pekerja itu sudah mmbri notis bhnti kerja sebulan….setelah dua minngu mmberi notis..
    dia mengalami masalah kesihatn…
    dan minta berhnti dengan kadar segera adakah salah di sisi undng2…
    dan perlu kah mmbayar kepada majikan sebulan gaji untuk bhnti serta merta…
    jikalau terdapat mc selama baki untuk bhnti…
    untuk pegetahuan tuan..tmpat sya berkja tiada cuti tahunan diberi… alsanny kerana tadika sudah ada cuti sekolah…
    dan untuk makluman tuan juga..peraturan di tmpt kja saya mc yg diterima utuk sebulan hanya 3 hari sahaja…
    sekiranya pkja mlebihi mc 3 hari maka hari mc yg lain aakan ditolak gaji…tindakkn majikan saya itu adakah betul…
    dan berbalik kpada masalah sya skrang adakah bolh sy mmberi mc selama baki notis bhnti sy…

    February 26, 2015, 3:20 am
    • Ismail N

      1. Notis perlu dipatuhi. Jika sakit, mungkin ia boleh diganti hari lain.
      2. MC boleh guna tetapi ia tidak boleh digunakan utk menggantikan notis.

      February 26, 2015, 8:29 am
      • maznah

        sekiranya sy mc sehingga smpai tarikh sy berhnti adakah sy perlu mengtikan hari dari notis….notis sy akan tamat pada 11 mac 2015. dan skrag sy MC smpai tarikh tersebut adakah sy perlu mngtikan hari saya mc utuk cukupkan notis…
        da sy telah mnhubngi pjbat buruh…
        pegawai yg bertugas mngtakn sy bolh mmberi mc sehingga notis sy bhnti…

        February 27, 2015, 2:27 am
        • maznah

          jikalau seorang pekerja sudah memberi notis sebulan berhenti dalam masa yang sama dia mengalami masalah kesihatan dan mendapat MC sehingga tamat tarikh notis perlukah tarikh notis digantikan

          February 27, 2015, 2:44 am
          • Wanny

            Salam Tuan, saya memerlukan sedikit pandangan dan nasihat dari tuan mengenai surat tawaran kerja (LO) dari majikan dan juga mengenai Kadar Caruman EPF pekerja

            1) Saya mendapati pekerja-pekerja di syarikat saya bekerja tidak pernah mendapat surat tawaran kerja dari pihak majikan. Semuanya dibuat dengan verbal seperti gaji, cuti dan lain2. Bolehkan pihak majikan mengambil pekerja tanpa surat tawaran kerja. Pekerja tidak ada sumber rujukan hitam putih. Sekiranya ada kemusykilan kami akan merujuk kepada HR ataupun kepada pengarah urusan, juga segala penjelasan diberikan dalam bentuk verbal. Masalahnya kadang-kadang penjelasan mereka berbeza dari tindakan yang diberikan.

            Caruman KWSP – Gaji disini dipecahkan kepada 2 bahagian – Gaji asas dan Allowance Tetap. Bila ditanya kepada HR jawapnya kerana syarikat tidak mahu membayaar caruman KWSP lebih pada pekerja(memanglah sebab gaji asas semua pekerja tidak lebih dari RM 1k) memandangan caruman EPF hanya mengambil kira gaji Asas sahaja.

            February 28, 2015, 2:36 am
          • Ismail N

            Jika sakit, mendapat pengesahan doktor (MC), masih ada kelayakkan MC dan MC di luluskan majikan, maka tak perlu ganti. Ia di kira sebagai cuti sakit bergaji.

            February 28, 2015, 6:41 am
  • FATIN

    saya perlukan sedikit pandangan .
    saya bekerja di pejabat swasta . sekarang saya masih di dalam tempoh percubaan selama 6 bln iaitu 2/9 sehingga 2/3. boleh kah saya bagi notis 24 jam kerana saya telah mendapat kerja gov dan xnak sambung permanent di sayarikat swasta tersebut. kerja gov tu start pada 2/3 .. jadi majikan boleh ke paksa saya terus bekerja ?? dan masih perlu ke notis sebulan ?

    February 25, 2015, 4:13 am
    • FATIN

      pembetulan 2/9/2014 sehingga 28/2/2015

      February 25, 2015, 7:46 am
      • Ismail N

        Jika notis yang diperlukan adalah sebulan, maka ia perlu di patuhi kecuali majikan benarkan anda lepas awal.

        February 26, 2015, 8:26 am
  • hassan jahaya

    Assalam En Ismail N,

    Seorang pekerja telah memberi sebulan notis untuk berhenti bermula dari 1hb Feb, 2015. Jadi tarikh terakhir bekerja adalah 2hb Mac, 2015. Cuti tahunan yang boleh ditolak adalah 16 hari. Setelah ditolak cuti 16 hari maka hari terakhir bekerja adalah 14hb Feb, 2015 tetapi pekerja telah tidak hadir daripada 1hb Feb, 2015. Adakah majikan perlu bayar dan berapakah jumlah? Gaji adalah melebihi rm2,000.00. Sekian terima kasih.

    February 23, 2015, 8:25 am
    • Ismail N

      Gaji melebihi RM 2k seharusnya dirujuk pada kontrak kerja.
      Amalan biasa jika pekerja tidak hadir satu hari, maka di tolak gaji satu hari juga atau dalam kes ini boleh juga dia tambah satu hari kerja utk menggantikan notis tersebut.

      February 24, 2015, 7:34 am
  • zexus

    Assalam..saya bekerja dlm bidang perladangan..adakah tenaga kerja asing boleh dilantik sbg kontraktor kerja di ladang?terima kasih..

    February 22, 2015, 3:46 pm
    • Ismail N

      Ini sebaiknya di rujuk dengan pihak Immigration. Namun, setahu saya TIDAK BOLEH. Maksud anda “kontraktor kerja” itu macam mana?

      February 24, 2015, 7:19 am
  • aida

    Syarikat tidak mengambil cuti thn baru cina dan juga thaipusam..adakah syarikat wajib mmbayar gaji double?

    February 18, 2015, 3:45 pm
    • Ismail N

      Saya rasa anda perlu baca artikel ini terlebih dahulu: https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/undang-undang-buruh-cuti-umum

      Terima kasih.

      February 19, 2015, 2:01 am
    • diyana

      Salam..sy nk tnye, sy resign tnpe proper notis bertulis,sebab sy resign kerana lokasi tmpat kerja yg sgt jauh, dan sy bgantung pd suami utk anta sy ke tmpt kerja..malangnye suami kena transfer keja lain dan terus x bole anta sy ke tempat kerja lg, jadi sy hanya anta email kpd company mngatakn sy tpakse resign.company membuat tuntutan gaji ganti notis 1bulan, dan jika sy x , pihak pej buruh akn kuarkn saman/pendakwaan.adakah dgn bayaran dr pihak sy saje care utk selesaikan kes ni? Jika sy x byr, bole kena qaran tgkap ke?

      February 21, 2015, 12:25 pm
      • Ismail N

        Ini cuma kes sivil iaitu pemecahan kontrak sahaja. Maka tiada tangkapan akan di buat terhadap anda.

        Dari segi hak, memang majikan anda hak menuntut. Ia akan melalui pelbagai proses bermula dari pejabat buruh. Membayar nilai notis ialah cara mudah utk selesaikan kes. Jika tidak, ia akan bergantung kepada sejauh mana majikan anda mahu buat tuntutan terhadap anda.

        February 24, 2015, 7:14 am
        • diyana

          Benarkah jika tuntutan itu berlanjutan dan tanpa bayaran dari pihak saya,nama saya akan masuk ccriss?

          February 25, 2015, 12:43 pm
  • faezah

    Assalam en…sya pekerja swasta dan majikan sya merupakan anak syarikat yg berpengkalan di indonesia..persoalan sya,wajarkah majikan sya membezakan cuti umum untk staff admin dan staff operation,bermaksud staff operation mendpat cuti umum yg sedikit..

    February 15, 2015, 5:05 pm
    • Ismail N

      Boleh. Malah ia dipraktikan di banyak tempat.

      February 16, 2015, 1:41 am
  • zila

    Salam..saya ada pertanyaan mengenai pembayaran gaji. Saya sudah berhenti kerja semasa dalam probation period. Mengikut offer letter sy, semasa dlm probation sy blh berhenti dgn notis 24jam. Sy sudah beri notis dan habiskan kerja2 sebelum berhenti. Namun sehingga kini iaitu sudah sebulan sy berhenti sy belum menerima gaji terakhir sy. berkemungkinan anggakara kwn office yg dengki dan tabur fitnah berkenaan kerja2 sy sehingga majikan tdk membayar gaji sy.. (kwn office yg lain yg beritahu). Adakah hal peribadi ada kena mengena dgn pembayaran gaji walhal sy mengikut rules syarikat sebwlum berhenti. Apa tindakan yg perlu sy buat? Bantu saya..

    February 14, 2015, 11:21 pm
    • Ismail N

      Harap anda mohon bantuan Jabatan Tenaga Kerja utk mendapatkan gaji anda itu. Terima kasih.

      February 15, 2015, 3:02 am
  • Miandra

    Saya nak tanya.. Saya kini hamil dan kerap ke KKIA & hospital utk lawatan.

    1. Tetapi syarikat menetapkan untuk tidak menerima timeslip pada awalnya. Jadi saya diarahkan mengganti masa yang diambil untuk lawatan ke klinik itu. Perlukah saya ganti masa itu? Jika diganti, pukul berapa pula saya boleh pulang sedangkan saya hamil dan perlu rehat jika ia sehingga 4jam untuk diganti?

    2. Mulai hari ini pula, arahan dari HQ menyuruh admin di sini untuk terima timeslip tetapi untuk ditolak kepada cuti sakit tahunan saya. Boleh kah syarikat berbuat begitu?

    February 13, 2015, 9:05 am
    • Ismail N

      Ini soal polisi dan admin syarikat. Jika syarikat enggan terima time slip, maka terpaksalah anda apply cuti sakit jika perlu atau unpaid leave atau gaji di bayar mengikut waktu sebenar anda berkerja pada hari itu.

      February 15, 2015, 3:01 am
  • Layna

    hi, salam. Saya nak tanya about notis diberhentikan kerja. Kawan saya majikan dia berhentikan die 24hrs dengan notis bertarikh a day before and diberi semasa end working hours dia. Can we file a report on that? Dan katanya gaji akan diberi pada awal bulan seterusnya tetapi dah tengah bulan dia masih tak dapat. It is possible to lodge a report regarding this case kan?

    February 12, 2015, 8:51 am
    • Ismail N

      She should. Adukan pada Jabatan Tenaga Kerja berdekatan untuk mendapat bantuan.

      February 15, 2015, 2:56 am
  • BUBU

    Salam Sejahtera,

    Saya ingin membuat aduan berkenaan gaji bulanan yang saya perolehi.
    Saya merupakan salah seorang pekerja swasta (Telekomunikasi Agency) yang bertempat di Kelantan.
    Saya sudah bekerja lebih kurang 4 tahun.
    Seperti yang sedia maklum, pihak kerajaan sudah menyatakan bahawa gaji minima hendaklah diselaraskan oleh para majikan.(Minimum RM900) Sejak dua tahun lepas lagi.
    Tetapi sehingga sekarang majikan saya masih tidak mematuhi arahan pelarasan tersebut.
    Saya agak pelik kerana majikan saya ini ada begitu banyak projek yang diusahakannya selain daripada syarikat yang saya bekerja sekarang. Dalam kata lain, beliau seorang muslim yang kaya raya. Tetapi untuk membayar gaji pekerja seperti yang diminta, beliau memberi alasan tidak mampu.

    Mula-mula diterima bekerja, saya dan kakitangan yang lain dimaklumkan bahawa gaji akan dinaikkan selepas tempoh percubaan (3 bulan), tetapi sampai sekarang masih dibayar seperti biasa = Untuk makluman saudara, gaji yang kami perolehi setiap bulan adalah RM400!!
    OT dan komisyen selalu dibayar lambat. Tiada caruman KWSP, EPF, SOCSO.

    Sudah beberapa kali bekas kakitangan melaporkan kepada pejabat buruh di Kelantan, tetapi sia-sia sahaja kerana majikan saya ini berpangkat Dato’. jadi tidak mustahil jika beliau dikecualikan dari mendapat tindakan. Tak pasti samada dia ada memberi rasuah ataupun tidak.

    Bila kami bersuara, beliau membalas “kamu semua tak payah nak cakap apa-apa tentang saya jika gaji kamu pun saya yang bayar.. Lainlah jika kamu semua ada duit nak saman saya. Itupun jika kamu kenal baik dengan Datuk Najib..” itu jawab beliau.

    Kami masih lagi setia bekerja dengan beliau kerana tiada peluang pekerjaan yang lain.
    Saya dan kakitangan yang lain amat kecewa kerana semua orang sedia maklum berkenaan kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang. Jadi dengan pendapatan yang sebegini rupa, faham-fahamlah macam mana kami nak makan pakai.
    Bencana banjir yang melanda Kelantan baru-baru ini memberi tempias kepada semua rakyat Kelantan. Termasuk saya dan kakitangan lain. Kami terpaksa bercuti lebih kurang seminggu sebelum masuk kerja seperti biasa.Majikan saya maklumkan bahawa GAJI TIDAK AKAN DIBAYAR sewaktu tempoh tersebut!!
    Kami bercuti darurat kerana banjir. Bukan saja-saja mahu ponteng kerja.Beliau tidak terdetik pun untuk menyalurkan bantuan. Sedangkan kami semua terlibat dengan bencana itu.

    Kami orang susah kerja macam kuli, tapi kebajikan dari seorang majikan yang bergelar Dato’? Tiada…

    Sekian

    February 12, 2015, 8:22 am
    • Ismail N

      Untuk membuat aduan tentang kegagalan pematuhan undang-undang oleh majikan, anda hendaklah ke pejabat yang berkenaan:-

      Soal gaji minima, OT dsb – Adukan pada Jabatan Tenaga Kerja
      Soal EPF dan Socso – Anda hendaklah ke pejabat mereka pula

      Terima kasih.

      February 15, 2015, 2:53 am
  • Ummi

    Hi En. Saya Ummi. Saya nak tanya lah. Saya sudah bekerja dari 11/08/2008 sehingga sekarang. Saya mahu berhenti kerja. Saya sudah memberi surat perletakan jawatan saya kepada majikan pada 05/02/2015. Majikan menolak surat berhenti saya. Maksudnya boss tak benarkan saya berhenti kerja. Tetapi saya tetap dengan keputusan saya. Jika hari terakhir saya bekerja pada 28/02/2015, adakah ianya salah disisi undang-undang. Saya akan mula bekerja ditempat baru pada 02/03/2015. Minta nasihat anda. Terima Kasih.

    February 10, 2015, 3:36 am
    • Ismail N

      Majikan tiada hak untuk menahan anda dari berhenti. Notis tetap berkuatkuasa dari tarikh majikan terima surat berhenti kerja anda itu. Yang penting keperluan notis sebagaimana yg dinyatakan dalam kontrak telah dipenuhi.

      February 11, 2015, 7:41 am
  • Muhammad

    Aslam,
    Saya nak tanya, adakah saya akan dikenakan tindakan makhamah sekiranya saya membuang pekrja dengan satu bulan notis (tanpa surat dengan cakap sahaja)

    February 9, 2015, 11:27 am
    • Ismail N

      Buat permulaan pekerja anda boleh membuat tuntutan menerusi Jabatan Tenaga Kerja, jika dia mahu. JTK akan buat siasatan dan mungkin ada proses moderasi dan sebagainya. Jika tindakan akan salah, mungkin pihak JTK akan nasihatkan anda membayar sejumlah pampasan yg sewajarnya pada pekerja. Proses mahkamah cuma bila tiada jalan penyelesaian dan pekerja berhasrat utk teruskan tuntutan di Mahkamah Perusahaan.

      February 9, 2015, 11:59 pm
      • jaja

        salam saya nak bertanyakan satu soalan bolehkah majikan memberhentikan pekerja tetap sesuka hati meraka tanpa memberi sebarang notis dan megarahkan saya memberi surat peletakan jawatan serta-merta…apakah yang perlu saya buat…saya berkerja hampir 4 tahun …

        February 16, 2015, 8:08 am
        • Ismail N

          Jika dilindungi oleh Akta Kerja (gaji RM 2k ke bawah), maka sudah tentu tidak boleh.
          Jika tidak dilindungi oleh Akta, maka rujukan pada kontrak perlu dibuat terlebih dahulu.

          February 17, 2015, 6:38 am
  • Daphne William

    bolehkah majikan tidak bayar overtime kerja lebih dari masa kerja tetapi di bayar extra pay jikalau sampai target kerja dan akan memotong gaji pekerja jikalau tidak sampai target yang ditetapkan?-kerja kilang.

    February 7, 2015, 9:37 am
    • Ismail N

      TIDAK BOLEH Jika pekerja itu di lindungi oleh Akta Kerja (gaji RM 2k ke bawah).

      February 9, 2015, 11:53 pm
  • Nurul

    Salam..sy berkerja di sebuah syarikat bhd.Baru2 ini sy mgambil keputusan utk bhenti kerja bg myambung plajaran sepenuh masa.sy tlh memberi 1 bln notis.Disbbkn itu syarikat tdk mberi bonus bg thn 2014 kpd sy dgn alasan ‘Staff who resign in the couse of the year will not entitled for bonus’.Rasa amat kecewa kerana segala penat lelah kerja tuk 2014 hilang begitu saja.Mohon diberi pendapat.

    February 7, 2015, 9:36 am
    • Ismail N

      Bonus itu tidak wajib diberikan oleh majikan. Ia adalah insentif tambahan dari majikan kecuali dinyatakan secara spesifik dalam kontrak ia akan diberikan. Selalunya tidak dan ikut budibicara majikan.

      February 9, 2015, 11:48 pm
  • miss

    Salam. Sya bru d berhentikan kerja pada 2hb feb 2015 tanpa sebarang notis. Dan sya bkerja pd 5hbjan 2015 Dgn alasan tdk mampu membayar gji pekerja. Dan sya duduk jauh dr tmpt kerja sdgkan dia blum bertanya jika sya boleh mncari rumah sewa yg berdekatan atau tdk.trus saja d brhntikan keja . Adakah sya boleh membuat aduan tntg majikan sya. Dan lagi stu bolehkah penjawat awam mmbuka business lain walau dia bkerja. Mohon pencerhan. Trima kasih.

    February 7, 2015, 2:33 am
    • Ismail N

      Ya, majikan boleh berhentikan pekerja atas sebab masaalah kewangan dan jika aduan di buat terhadapnya ia perlu membuktikan masaalah itu benar-benar wujud.

      Samada pejawat awam boleh buka bisnes atau tidak bergantung pada polisi di jabatannya.

      February 7, 2015, 4:20 am
  • Wat

    Salam..
    Saya ingin bertanya mengenai cuti umum.
    Kami diberikan cuti selama 5 hari semasa cuti raya aidilfitri dan pekerja yang bekerja pada hari tersebut akan dibayar triple pay untuk setiap hari selama 5 hari.
    Soalan saya,adakah wajar untuk pekerja tersebut memohon cuti ganti untuk 5 hari walaupun majikan sudah membayar gaji pelerja tersebut selama tempoh 5 hari bekerja dengan alasan bahawa beliau bekerja semasa cuti.
    Thanks

    February 5, 2015, 2:49 pm
    • Ismail N

      Jika majikan sudah membayar perkerja pada kadar hari cuti umum (3x), maka pekerja tidak berhak lagi untuk menuntut cuti ganti.

      February 7, 2015, 4:10 am
  • Ain

    Salam. Semalam saya telah diminta untuk memberikan notis berhenti kerja oleh majikan dengan alasan prestasi kerja saya tidak mencapai kehendak majikan.
    Perlukah saya memberi notis mengikut yang dinyatakan dalam kontrak iaitu selama 2 bulan atau 24 jam notis. Ini adalah kerana majikan yang telah mengeluarkan arahan tersebut (secara lisan) dan bukan dari saya.

    February 5, 2015, 2:22 am
    • Ismail N

      Mengapa pula bukan majikan anda yg berikan notis?

      February 5, 2015, 6:57 am
      • Ain

        Adakah ini bermakna dalam situasi sebegini, adakah majikan sepatutnya pihak yang perlu memberikan notis? Kerana sebelum ini terdapat kes yang sama dimana pekerja disini diberhentikan dan disuruh memberikan notis bekerja. Mohon pencerahan.

        February 6, 2015, 12:56 am
  • ben

    Perlukah majikan menyediakan salinan surat lantikan dan penyata gaji kepada pekerja kefai runcit dan pekerja restoran? Jika perlu apakah tindakan yang akan diambil kepada mmajikan yang gagal berbuat demikian?

    February 4, 2015, 5:11 am
    • Ismail N

      Perlu jika di minta oleh pekerja. Kegagalan menyimpan slip gaji dan dokumen berkaitan boleh menyebabkan majikan boleh didenda jika disabitkan kesalahan

      February 5, 2015, 6:55 am
  • jat

    Salam…saya ingin brtnya saya berkerja sbg juteknik kontrak setahun.Dalam kontrak notis berhenti mestilah 2 bln,tetapi kontrak saya dah tamat lebih dr 6 bln dan saya masih berkerja.soalanya bolehkah saya meletakan notis kurang dr 2 bln klu ingin berhenti?

    February 3, 2015, 8:15 pm
    • Ismail N

      Ya, anda boleh berbuat demikian atas alasan kontrak telah expired. Cuma pastikan anda membaca dengan teliti terma-terma lain yang berkaitan yang mungkin masih mengikat anda dengan notis yang panjang.

      February 4, 2015, 12:14 am
  • liza

    Salam. Suami saya bekerja sbg salesman di syarikat hardware. Mulai jan2015 majikan telah membuat sistem baru mengenai bayaran gaji iaitu gaji akan dibayar mengikut jumlah jualan pd bln tersebut. Jikapencapaian jualan sedikit, maka gaji yg akan dibayar adalah sedikit. Adakah perkara ini dibenarkan mengikut akta pekerja?
    Terima kasih

    February 3, 2015, 4:40 am
    • Ismail N

      Jika ia melibatkan pengurangan pada gaji basic yang dijanjikan, maka ia cuma boleh dilakukan dengan persetujuan pekerja.

      February 4, 2015, 12:10 am
  • Melati

    Mohon percerahan,boleh ke Syarikat kami berkerja ini, menukar/ganti cuti Thaipusam (3hb Feb 2015) ke hari lain, iaitu pada hari sabtu 21hb Feb 2015 Supaya kami tak perlu memohon cuti sambungan Tahun baru cina nanti. Adakah ini adil atau dibolehkan tanpa sebarang syarat. Terima kasih.

    February 2, 2015, 3:04 am
    • Ismail N

      Sudah tentunya tidak boleh.

      February 2, 2015, 11:34 pm
      • Melati

        Terima kasih tuan, boleh tuan terangkan lebih lanjut atau ada akta-akta yg boleh menyokong kenyataan tuan atau apakah tindakan yg boleh kami ambil. Hari ini saya berkerja tetapi rakan2 lain telah mengambil tindakan tidak hadir sebagai bantahan. tetapi mereka nak declare sebagai Leave kerana mereka berpendapat sekiranya berkerja pada hari ini mesti dibayar double. Keterangan dari tuan sgt saya harapkan dan hargai.

        February 3, 2015, 1:33 am
  • azri

    Assalammualaikum…saya ingin bertanya…wajarkah majikan meminta kita ke luar kawasan selama sebulan tetapi tidak di bayar elaun? maksud saya saya berkerja di pulau pinang tetapi diarahkan ke shah alam untuk membantu kerja kerja disana…harap saya dapat jawapan dari pihak tuan…

    February 2, 2015, 2:52 am
    • Ismail N

      W’salam..

      Dari segi kewajaran, memanglah tidak wajar.

      Cuma dari segi undang-undang, majikan tidak wajib beri elaun pada pekerja. Ia adalah insentif bersifak kontrak. Harap rujuk kontrak samada elaun dijanjikan pada kerja-kerja out station.

      February 2, 2015, 11:33 pm
  • aishah

    Assalamualaikum… saya ingin bertanya 1 soalan kpd tuan. Sye akn bermula kerja sebagai guru agama die sebuah sekolah agama rakyat. Waktu bekerja dari 6.30 pgi hingga 5 pgi dengan gaji rm800 sahaja.adakah tuan rasa berbaloi kerja 10jam lbh dgn gaji rm800. Sbelum ni sya pnh bekerja 8jam je gji 1500.

    February 1, 2015, 12:26 pm
    • Ismail N

      Berbaloi atau tidak tu ikut keperluan individu. Bagi, saya dalam mencari kerja, kena perlu pilih mana tenpat terbaik dengan tawaran terbaik buat kita. Cuma bila pilihan kita adalah terhad, maka terpaksa lah ambil apa yang ada dahulu. Mungkin, jika ada rezeki, kita boleh pindah ke tempat yang lebih baik lagi.

      February 2, 2015, 12:56 am
  • Noriz Yusop

    Assalam..mohon pendapat Tuan berhubung situasi saya :

    Sebelum ini saya sempat bekerja selama setahun di salah sebuah jab.kerajaan sebagai pegawai lantikan secara kontrak.

    Bagaimanapun untuk tahun 2015 kontrak saya tidak dilanjutkan atas sebab markah LNPT saya tidak memenuhi syarat yg ditetapkan selaras dengan Surat Pekeliling SPA Bil.1 Tahun 2012, Perenggan 5 (d) (i) Garis Panduan Permohonan Pelantikan Semula Secara Kontrak (Contract of Service).

    Saya hanya dimaklumkan mengenai penamatan kontrak ini menerusi panggilan telefon drpd Bhgian HR pada petang 31.12.2014. Saya diminta untuk tidak hadir ke pejabat sehinggalah surat penamatan kontrak diberikan. Dan surat bertarikh 08.01.2015 itu telahpun selamat saya terima.

    Saya redha namun amat terkilan dengan cara penamatan kontrak begini yg bagi sy agak terburu-buru..saya juga berpendapat saya sepatutnya diberikan notis terlebih dahulu, bukannya dengan panggilan telefon yg sy anggap cara yg tidak rasmi.

    Saya juga merasa sangat teraniaya apabila diberikan markah prestasi yg rendah sehingga mengakibatkan kontrak saya ditamatkan, sekaligus menyebabkan saya hilang pekerjaan sekelip mata.

    Saya mempunyai bukti Pegawai Penilai memberi markah secara emosi dan tidak rasional. Saya tidak dimaklumkan langsung mengenai markah, tiada peluang untuk membela diri, juga tidak diberi peluang untuk meningkatkan prestasi..sedangkan saya baru setahun berkhidmat…

    Saya ingin membuat aduan tetapi buntu ..adakah kepada Cuepacs atau pihak lain? mohon Tuan berikan pendapat, terima kasih

    January 30, 2015, 8:19 pm
    • Ismail N

      Ya, sebaiknya anda mohon bantuan Cuepacs.
      Saya kurang arif dengan peraturan kerja yang melibatkan penjawat awam. Harap maaf.

      January 31, 2015, 6:15 am
  • Aina Muzaffar

    Assalamualaikum

    Saya berhenti kerja tanpa notis 1 bulan seperti yg tertera dlm surat perlantikan saya.

    Dengar kata, majikan ada menghantar surat tuntutan 1 bulan gaji saya bersama sedikit faedah. Surat dihantar ke KKDN dengar katanya.

    Am I in deep trouble? saya kini runsing

    January 29, 2015, 9:54 am
    • Ismail N

      Deep trouble tidak lah. Majikan cuma boleh menuntut setakat hak mereka sahaja iaitu dalam kes anda 1 bulan gaji plus apa-apa kos perundangan yg wujud (jika ada) dalam mendapatkan kembali wang tersebut.

      Anda anda terima apa-apa surat ke? atau ia cuma rumor sahaja?

      January 30, 2015, 1:49 am
  • uyun

    saya ingin bertanya. saya kerja di tempat lama selama 2 bulan. saya tiada sign apa2 aggreement atau surat, means no black and white paper. adakah pihak bekas majikan layak untuk menuntut saya gaji ganti notis selama 4 minggu?

    January 28, 2015, 8:16 pm
    • Ismail N

      Uyun, yang tiada hanyalah kontrak BERTULIS. Namun, bila anda kerja di sana maknanya anda telah memasuki kontrak secara LISAN dan ia sah di sisi undang-undang.
      Tanpa kontrak bertulis, maka terma minima Akta Kerja seperti 4 minggu notis adalah terpakai.

      January 29, 2015, 4:06 am
      • uyun

        sekarang ni majikan yang berhentikan kami dengan alasan hendak menukar cara penugurusan, surat notis yang majikan keluarkan bertarikh 24/7/2014. dalam surat tu majikan xde pon cakap bila kami akan berakhir, bila kami tanya pada majikan adakah perlu kami datang kerja untuk bulan seterusnya, majikan kata datang untuk temuduga semula dan keutamman akan diberikan kepada kami staff lama. kalau xdatang temuduga that means kami semua x berminat. itu yang majikan kata bila kami tanya. kami last kerja pada hujung bulan 7. sebb majikan pon xbg kata putus, then bila staff kami yg lain dtg pada hujung bulan 7 tu doktor suruh dia balik. kenapa majikan bertindak mcm tu, bru2 ni dtg surat saman dr pejabat buruh yg majikan kami minta bayaran ganti notis.

        February 1, 2015, 7:18 am
        • Ismail N

          Boleh saya tahu adakah anda ada beri notis berhenti kerja dan adakah ia di terima oleh majikan?
          Bila pula notis berhenti kerja dikeluarkan oleh majikan dan adakah surat notis diterima oleh anda?
          Boleh anda beri kronologi keadaan ini?

          February 2, 2015, 12:52 am
  • arra

    assallam cik ismail..sy bru saja 2 bln bkerja di satu rstoran fastfood.tpi blum lgi sain ape2 kntrak @ confirmation letter.cuma skadar ingin tahu:
    1.blh ke majikan ptong gji ats sbb2 trtntu kalau kita x sain pape kntrak atau surt cnfirm.
    2.blh ke majikan potong gji sbnyk rm18 jika lmbt 15 mnit dan potong tuk sehari gji trus jika lambat stngah jam sdgkan kntrak x sain lagi..klau ptong shari gji samala tdk hdir krja wlaupn dtg kerja.
    3.bolehkah gaji yg spatutnya dibyar double @triple x dibyar tpi d gntikan dgn cuti..bila sy tnya alasannya majikan org singapore.
    4.majikan juga tidak mmbrikan slip gji..kene mnta bru d beri.
    itu saja yang sy nk tau cik..thanks

    January 28, 2015, 5:59 pm
    • Ismail N

      Samada anda sign atau tidak apa-apa dokumen, tetap wujud kontrak kerja antara anda dan majikan. Bezanya cuma ia tidak bertulis sahaja.

      1. Potong gaji ada syarat-syaratnya (rujuk artikel: Upah atau Gaji) ya
      2. Dah sign kontrak pun tak boleh potong ikut suka-suka.
      3. Tak boleh. Siapa majikan tak relevan. Yg penting adalah tempat perniagaan. Jika di Malaysia, maka ikut undang-undang Malaysia.
      4. Dia tidak beri, anda perlulah minta selalu ya

      January 29, 2015, 4:13 am
  • Badrul Yusof

    Assalam Tuan,

    Berdasarkan daripada Undnag-Undang Buruh di bawah; bolehkah Tuan definisikan makna Sebelas “Cuti”. Adakah sebelas hari atau sebelas cuti itu mungkin mengandungi lebih daripada sebelas hari dengan mengambil kira Hari Raya Puasa & Chinese New Year mempunyai lebih daripada 1 hari cuti umumnya.

    “Walaupun terdapatnya banyak CUTI UMUM (Hari Kelepasan Am) yang di wartakan di bawah Akta Hari Kelepasan Am 1951 di Malaysia, namun di bawah Akta Kerja 1955, majikan TIDAK DIWAJIBKAN memberikan cuti pada setiap cuti umum yang diwartakan itu kepada pekerja mereka.

    Majikan boleh memilih SEBELAS (11) cuti sahaja sebagai cuti berbayar dalam satu tahun calendar dengan LIMA (5) darinya MESTIlah terdiri dari:-

    Hari Kebangsaan
    Hari Keputeraan YDP Agong
    Hari Keputeraan Raja-Raja/YDPertua Negeri atau Hari Wilayah jika pekerja bekerja di Wilayah Persekutuan
    Hari Pekerja
    Hari Malaysia
    Baki ENAM (6) cuti lagi boleh dipilih oleh majikan mengikut budi bicara mereka. Akan tetapi majikan wajib memberitahu pekerja melalui satu notis yang dipamerkan di tempat kerja sebelum bermulanya tahun kalendar yang baru.”

    January 27, 2015, 6:33 am
    • Ismail N

      Perkataan yg digunakan dalam akta ialah “11 of….public holidays” dan bukannya “days” sahaja. Maka 2 dari cuti hari raya di kira sebagai satu PH sahaja.

      January 29, 2015, 4:25 am
      • Badrul Yusof

        T.kasih Tuan dengan jawapan tersebut.

        Bolehkan Tuan terangkan tentang definisi cuti umum. Adakah 11 hari cuti umum tersebut adalah untuk cuti kebangsaan sahaja atau termasuk cuti negeri i.e. adakah cuti negeri juga dianggap cuti umum?

        January 29, 2015, 6:33 am
        • Ismail N

          Ya, cuti umum negeri itu termasuk sebagai cuti umum yang dimaksudkan di atas

          January 30, 2015, 1:45 am
  • lala

    Salam, saya ada keraguan mengenai job scope as admin assitance. Bolehkah level admin assitance mengeluarkan abandon letter sedangkan company masih ada IR department?.. Saya merasakan surat tersebut patut dikeluarkan oleh IR department instead of admin assistance kerana abandon melibatkan legal. Saya tidak mempunyai qualification dalam HR.

    January 27, 2015, 2:15 am
    • Ismail N

      Saya tak pasti apa itu abandon letter. Cuma apa-apa surat yg dikeluarkan bagi pihak sykt melibatkan tanggungjawab. Undang-undang tidak larangnya. Cuma, anda kena tahu samada anda sanggup pikul tanggungjawab itu terutama if something goes wrong. Harap berunding dengan superior dlm hal ini. Terima kasih.

      January 27, 2015, 6:19 am
  • rose

    saya nak tanya saya diperuntukan untuk memberi notis 2 bulan. jika saya memberi notis kepada majikan saya bermula 1 febuari dan tarikh tamat notis pada 1 april. bagaimana cuti tahunan saya yang berbaki 13 hari lagi? bolehkah dalam tempoh 13 hari itu saya ambil cuti atau mc? ada memberi kesan tak pada notis saya tersebut?

    January 26, 2015, 4:26 am
    • Ismail N

      Ya boleh ambil cuti mcm biasa. In fact anda patut habiskan cuti tahunan sebelum tamat tempoh notis tersebut.

      January 27, 2015, 6:23 am
  • zan

    boleh ke majikan memecat pekerja jika cutinya tidak di approve tapi pekerja masih mengambil cuti yang dia mohon tu selama 4hari?

    January 24, 2015, 5:04 am
  • ummi

    Assalam tuan..saya nak bertanya..dalam kontrak kerja ditulis ditawarkan kerja kontrak 5 bulan dan kemudian lepas percubaan selama 2 bulan tersebut,akan disambung lagi selama setahun.

    Ok,kemudian. 2 minggu sebelum tamatnya 5 bulan tersebut,majikan tlh membritahu syarikat terpaksa bg cuti panjang tanpa gaji bermula bulan berikutnya kepada pekerja kerana ada mslh dlm syarikat dan xdpt beroperasi. Dan mereka jg beritahu jika ada dpt kerja lain boleh teruskan.

    Kami para pekerja terasa terdesak utk cr kerja br last minit.dan skrg diberitahu yg syarikat tidak akn dibuka utk beroperasi lg.

    Jd soalan sy, layakkah kami utk mintak byaran pampasan?

    Thanks.

    January 23, 2015, 5:05 am
    • Ismail N

      Berdasarkan maklumat anda itu, dukacita saya maklumkan bahawa tiada pampasan yang anda semua layak selepas tamat tempoh kontrak 5 bulan itu.

      January 26, 2015, 2:26 am
  • yaya

    assalam tuan,

    Saya bekerja di syarikat swasta, Gaji saya di bawah 2K.
    bagaimana pendapat tuan tentang waktu kerja saya ni. Adakah salah atau masih boleh diguna pakai?

    Isnin – Jumaat 9.00am – 6.30pm – rehat 1jam ( 12.30-1.30pm)

    terima kasih

    January 21, 2015, 10:40 am
    • Ismail N

      Berapa hari seminggu?

      January 26, 2015, 2:29 am
  • MY

    salam..

    Saya nak minta pandangan tuan mengenai bab komission. untuk makluman tuan, syarikat saya akan membayar kommission kepada pekerja setiap 3 bulan sekali. contoh : bulan april untuk jan-mac, bulan jul untuk apr-jun…saya dah bekerja kat syarikat ni hampir 6 tahun dan saya akan behenti kerja pada bulan feb, dan one month notice sehingga bulan mac.. adakah saya berhak menerima kommission untuk bulan jan-mar yang sepatutnya bayar pada bulan april???

    terima kasih.

    January 20, 2015, 8:34 am
    • Ismail N

      Komisyen adalah insentif yang berbentuk kontrak. Anda perlu merujuk kontrak kerja bagi mengetahui samada ia selaras dengan kontrak atau tidak. Terima kasih

      January 26, 2015, 2:35 am
  • faizal

    Assalam. Saya bekerja si syarikat swasta 3 thun. Gaji rm2k. Kes saya: saya tidak hadir bekerja utk 3 hari. Namun pada hr ketiga saya ade mberitahu pd majikan sebb sya tdak hadir. Saya menerima jwpan bhwa saya tidak perlu hadir. Kerana saya bakal digantung serta merta selama dua minggu tnpa gaji. Saya juga dikehendaki memberi surat tunjuk sebab atas pertuduhan yg dibuat ke atas saya. selepas itu proses (di) akan dijalankan tanpa tertulis tarikh bila ia akan dilaksanakan. Pertuduhan yg majikan minta saya jelaskan adalah. 1) mengambil duit (tanpa bukti yg kukuh). 2) gagal memberikan surat sokongan atas sbb tidak hadir( saya ad inform pd majikan yg salah seorg ahli keluarga sakit dn sya perlu ambil cuti pd esok hari, sebenarnya itu hnya alasan sy utk tdk hadir pihak majikan juga tlah membuat potongan gaji keats saya bulan strusnya. 3) menyuruh rakan sekerja utk ckp bhwsa sya tlah siapkan kad akses utk beliau, dan dia terpaksa menipu bg pihak saya kerana kad akses trsbut blm lg siap ( alasanya adlah sbb saya agak sibuk serta duit cagaran yg sya minta dr majikan utk kad tersebut dpt lewat serta pihak majikan yg trlalu mendsak sya. sya ad mebritahu pekerja trsebut yg kad tersebut akan siap esok.
    3) lewat msok ke pejabat.
    Saya ad merujuk pada akta pekerja dimana pihak majikan harus mbyar gaji sepanjang saya dlm tempoh pergantungan. Juga majikan tidak nyatakan tarikh perbicaraan (DI). Saya telah berhenti kerja tnpa menjawab surat tunjuk sebab dan sebarang notis kpd pihak majikan. Atas alasan jika saya beri jawapan balas kpd surat tunjuk sebab. Saya ttp xkan dpt pembelaan yg sewajarnya dan adil. Kerana awal2 lg saya ad bertanya kpd majikan jika saya mengemukakan surat tunjuk sbb adkh sya ad peluang utk trus brkhidmat. Jwpan yg diberi majikan adalah negetif. Jadi utk ap sya beri surat tunjuk sbb kpd majikan. Dan juga pd masa yg sama saya juga tidak dibayar gaji. Pihak majikan tidak menghubungi atw mghntr sebarang notis panggilan utk tarikh perbicaraan ke atas saya. Saya hanya dihubungi pihak majikan mengatakan surat pemberhentian kerja telah dikeluarkan atas sebab saya tidak mnjwb surat tnjuk sbb hnga trikh di tetapkan dan menghilangkan diri. Pihak majikan menganggap “self termination” dari saya. Persoalannya. Adakah saya ada hak utk menuntut gaji saya sepanjang tmpoh sya di gantung? Ini kerana, surat pemberhentian saya berkuatkuasa 2 minggu slpas saya di gantung. 2) adakah wajar jika saya ingin menyaman pihak majikan atas sebab 1) saman malu ke atas diri saya. 2) menjatuhkan hukuman tnpa sebarang siasatan. 3) menyebabkan saya kerugian atas sbb kehilangan kerja. 4) melanggar perjanjian antra saya dn majikan kerana tidak di sebut dlm perjanjian berkenaan tidakkan ini jika saya ad mbuat kslpan selain yg dinyatakan dlm perjanjian. 4) melakukan pertuduhan ke atas saya tnpa sebrg bukti yg kukuh. Mohon sgt penjelasan dan adakah mana2 seksyen dlm akta pekerja yg boleh digunakan utk hak saya sbg pkrja?

    January 20, 2015, 1:26 am
    • Ismail N

      Begini Faizal, kes anda jadi susah sikit buat anda kerana ketidakhadiran dalam inquiry, menghilangkan diri dan sebagainya. Dalam hal begini, anda seharusnya dari awal lagi menjawab segala tuduhan secara bertulis/lisan dan bukannya tidak menghadirkan diri. Sebaiknya, anda berjumpa seberapa segera kaunselor Jabatan Tenaga Kerja bagi mendapat bantuan lanjut. Mungkin ada maklumat yang saya terlepas pandang atau anda tidak nyatakan di sini yang boleh membantu kes anda. Bawa dokumen2 berkaitan bagi memudahkan pihak JTK membantu anda. Terima kasih.

      January 27, 2015, 6:47 am
  • saodah

    Salam, saya ada beberapa soalan seperti diberikut:

    1)saya mula bekerja tahun 2011 sekarang 2015 berapa cuti tahunan yang saya dapat? @ bagaimana cuti tahunan dikira?-pekerja swasta

    2)setiap pekerja diberi satu hari cuti,adakah cuti umum yang jatuh pada hari cuti tersebut merupakan hari kelepasan am dan majikan wajib membayar?

    3)rakan saya bekerja sebagai pengawal/Gat di waktu malam, atas arahan majikan,waktu siang pun dia perlu kerja, bagaimana pengiraan bayaran cuti umum dikira sekiranya dia bekerja pada hari cuti umum?

    saya harap boleh membantu saya dengan keraguan ini,sekian terima kasih

    January 19, 2015, 1:02 pm
  • ste

    Salam,saya berkerja sebagai pekerja sambilan harian selama setahun 1.1.2014-31.12.2014.baru2 ni dapat lantikan 1.1.2015.sain smua dokumen 13.1.2015.persoalan saya,sy tengah pregnant dan due 31.1.2015.adakah sy layak dapat cuti bersalin dgn bergaji?sy tanya kerani kewangan pemohonan cuti awal perlu no gaji.adakah sy sudah ada no gaji?minta pencerahan.

    January 16, 2015, 8:43 am
  • mazlin

    Salam,

    Gaji saya rm1150 sebulan.Saya bekerja 26 hari sebulan, tp dlm bulan lepas saya ada cuti tanpa gaji selama 2.5 hari.ot selama 4 jam..majikan mengira gaji saya

    23.5/26*1150 = 1039.42 (BLOM TOLAK EPF/SOCSO)

    OT
    1039.42/26/8*1.5*4 = 29.98

    mengapa bukan macam ni:

    1150/26/8*1.5*4 = 33.17

    Mana satu yang betol?

    January 15, 2015, 5:37 am
  • Adi

    Assalamualaikum tuan.. sy dah merujuk dhn aduan awam jabaran tenaga buruh berkenaan permasalahan jadual kerja dan jam bekerja melebihi masa.tp pegawai di jabatan xdpt bg jawapan yg sewajarnya.dan mintak kami rujuk c.a syarikat.C.A syarikat jelas dinyatakan sgala peraturan ikot akra pekerja.

    Sy bekerja shift 24jam 7hari.
    dalam jadual shift mingguan ari bermula ditetapkap kan isnin.tp kami bekerja 7hari baru dpt hari rehat.
    contoh.ari rehat minggu ini selasa.selepas bekerja 7hari dpt rehat hari rabu.kami tidak dibayar ot untuk hari ketujuh.tp kalau ikot jadual mingguan ada sehari rehat dalan seminngu.mtk pandangan tuan.

    contoh jadual kerja

    h =hari
    M> minggu
    k>kerja

    H> isnn slsa rbu khmis jumt sbtu ahad
    M1> off k k k k k k M2> k off k k k k k
    M3> k k off k k k k
    M4> k k k off k k k
    M5> k k k k off k k
    M6> k k k k k off k
    M7> k k k k k k off

    contog jadual kerja saya selama 7 minggu.

    setiap minggu ada sehari off tp sy bekerja lebih 48 jam tanpa dibayar.

    sy rujuk jabatan buruh pin xdpt bg kepastian mtj sy rujuk C.A company.

    sy mohon pandangan tuan.

    January 12, 2015, 5:27 am
    • Ismail N

      Wow, kalau JTK tak boleh bantu, susah saya hendak cakap kerana saya kena tahu juga sebabnya. Adakalanya ada isu lain yang bukan sekadar terhad pada jadual di atas. Harap maaf ya. Mungkin anda perlu rujuk peguam dengan membawa sekali semua dokumen yang relavan dan berkaitan. Terima kasih.

      January 20, 2015, 8:00 am
  • farah

    Pertanyaan tentang saya keje dari 10.30 pagi sampai 8.30 malam tapi tak ade waktu rehat langsung.memang la kerja rilek tapi dah mmacam penjara pon ye jugak.kena pakai duit sendiri lau ade barang2 pakai lori sampai tapi bos buat xperasan je dan xbayar balik duit kita.bukan sekali dua.apa yg patt sye buat.tq

    January 10, 2015, 5:50 am
    • Ismail N

      Susahlah Farah saya hendak jawab. Cuma jika saya, saya cuba cari tempat kerja lain sahaja. Apa-apa pun rujuk dengan JTK kalau mereka boleh bantu disiplinkan boss anda tu.

      Terima kasih

      January 20, 2015, 7:57 am
  • Yayya S

    Assalamualaikum. Encik, saya nak tanya. Saya bekerja isnin – jumaat dari jam 8-6. Sabtu jam 8-1. Ni bermakna waktu bekerja saya 50 jam. Gaji saya hanya rm1100. Lebihan masa bekerja tu langsung tidak dikira OT. Apa yg boleh saya buat ?

    January 10, 2015, 12:28 am
    • Ismail N

      Harap anda buat aduan di Jabatan Tenaga Kerja berdekatan ya. Mrk punyai kuasa utk menerima aduan dan membuat siasatan serta mengambil tindakan.

      Terima kasih

      January 20, 2015, 7:51 am
  • zaimah

    Assalamualaikum. Mohon pendapat en.ismail. kami (6 org) telah bekerja dgn TM sbg leasing staff selama 2 thn dan kemudian diserap secara kontrak selama 2 thn 6 bln (tamat pd Feb 2015). Walaubagaimanapun, bbrp hari yg lalu kami telah diberikan surat penamatan kontrak dan tidak akan disambung semula. Didalam kontrak mmg ada dinyatakan sebulan notis. Untuk makluman, kami pernah dijanjikan utk diserap tetap secara verbal. Jadi, soalan sy disini, adakah kami layak utk mendapat pampasan atau apa shj berkaitan kerana tempoh bekerja sbg pekerja tidak tetap yg terlalu lama? Jika ada, bagaimanakah cara dan dimanakah saluran yang sebaiknya.

    January 9, 2015, 3:59 pm
  • shamil

    Assalam.. Sy Nak Tanya.. sy sudah bekerja 7 bulan di syarikat ni dan setiap bulan epf sy ditolak dari gaji.. tapi bila sy cek Kwsp x ada yang masuk.. ape perlu sy buat?

    January 8, 2015, 12:18 pm
    • Ismail N

      Hal-hal berkaitan KWSP adalah bidang kuasa KWSP. Oleh itu, ia perlu diajukan pada pihak KWSP untuk tindakan lanjut dari mereka.

      January 9, 2015, 2:55 am
      • Anida

        Menurut Panduan Majikan dari KWSP:
        Majikan yang memotong caruman syer pekerja dari gaji pekerja tetapi tidak membayar caruman itu kepada Lembaga KWSP, jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan tidak lebih 6 tahun dan denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya.

        March 23, 2015, 8:54 am
  • Angah

    Salam Tuan, saya ada kemuskilan, saya bru sahaja berhenti kerja tanpa notis, oleh kerana saya mendapat tahu pekerja-pekerja sebelum ini pernah mengambil langkah sama tanpa sebarang tindakan diberikan, Oleh Semalam saya mendapat tahu syarikat ingin menfailkan saman terhadap saya (notice of demand belum sampai lagi), jadi saya berusaha untuk melihat kembali term & agreement , saya mendapati surat confirmation ada kesalahan pada nama pada bawah ruang sign. adakah kontrak antara saya boleh terbatal atas khilaf dan boleh ke syarikat itu menfailkan saman terhadap saya dengan jumlah sepanjang saya berkhidmat atau tertakluk pada notice 4 minggu bekerja?, mohon bantuan encik, saya ingin membuat penyediaan seawalnya dari segi duit, saya risau saya akan di istiharkan muflis seawal 20an 🙁

    January 8, 2015, 5:20 am
    • Ismail N

      Kesilapan ejaan nama tidak boleh batalkan kontrak. Ia perkara kecil sahaja. Lagipun ada memang berkerja di sana kan?

      Btw, bagaimana boleh muflis jika majikan tuntut dari anda? Remedi di bawah undang-undang kontrak cuma utk pulih ke asal. Nilai yg di tuntut cuma terhad pada yg majikan berhak sahaja iaitu nilai notis yang patut di beri oleh anda.

      January 9, 2015, 3:00 am
  • CikW

    Salam.. Saya ada soalan tentang kontrak kerja.
    Sy dh berhenti kerja pada 2011. Dan diminta byr ganti sebanyak rm2900, tapi saya tak bayar. Boleh kan syarikat tu buat apa2 tindakan terhadap saya? Syarikat lama saya bekerja merupakan sebuah bank. Bolehkah dia menyenaraihitamkan nama saya dalam ccris ?

    January 6, 2015, 12:51 am
    • Ismail N

      Jika hutang gaji, anda tidak disenaraihitamkan dalam CCRIS biarpun majikan anda ialah bank.

      January 9, 2015, 3:04 am
  • matnor

    Assalamualaikum abg, majikan saya menjalankan perniagaan perkhidmatan pembersihan dipejabat-pejabat kerajaan dan syarikat swasta yang lain. dalam masa yang sama majikan saya mempersetujui tawarkan luar dari sebuah syarikat penyiaran swasta,saya di ditawarkan bekerja dibawah syarikat pembersihan itu tetapi bekerja dan melaksanakan tawaran syarikat penyiaran .. saya di tawarkan gaji tetap setiap bulan dan akan diberikan komisyen utuk setiap unit dokument yg di jualkepada syarikat penyiaran tersebut.sekarang ni saya dah x bekerja di syarikat itu lagi. dan say anak buat tuntutan bayaran komisyen yg tertungak semassa sya berkhidmad di situ .. say atak tahu nak buat surat macam mane

    January 5, 2015, 5:54 pm
    • Ismail N

      Harap berhubung dengan Jabatan Tenaga Kerja tentang permasaalahan ini ya. Terima kasih.

      January 9, 2015, 3:07 am
  • Nur Atiqah

    Saya bekerja di sebuah kedai di kota bharu kelantan.banjir besar y melanda di kota menyebabkan kedai tidak beroperasi bermula 25 Disember sehingga 30 Disember 2014.Semua pekerja di maklumkan yang gaji kami dipotong sepanjang kedai tidak beroperasi.Adakah tindakan majikan kami wajar?sekiranya tindakan majikan kami salah.apakah yang patut kami lakukan bagi mendapatkan hak kami?jika kami ingin bersuara,kami pula yang dipersalahkan.kami bertanya kenapa gaji kami dipotong,majikan memberikan jawapan dia telah banyak mengalami kerungian.

    January 5, 2015, 3:43 pm
    • Ismail N

      Ini dipanggil sebagai “Force majeure” atau bencana yang tak dapat dielakkan. Oleh itu, perniagaan tidak dapat dijalankan kerana terpaksa. Dalam hal ini, hak dan kesusahan majikan juga perlu dipertimbangkan. Anda boleh cuba dapatkan bantuan JTK jika mahu terus menuntut apa-apa dari majikan. Tak pasti anda boleh dapat atau tidak.

      January 6, 2015, 4:00 am
  • mahu bertanya

    Salam, sy ada 1 kemusykilan. Sekira seorang penyelia tapak projek, berkerja luar pejabat dlm perjalan pulang ke pejabat selepas waktu berkerja, adakah perjalan itu di kira over time?

    Contoh: waktu berkerja 8am-6pm
    Keluar tapak projek : 7pm
    Tiba ke pejabat: 8pm

    Adakah 7pm -8pm itu harus dikira sebagai overtime?

    January 5, 2015, 12:26 pm
    • Ismail N

      Bergantung samada anda masih di bawah arahan majikan atau tidak. Jika anda bebas ke mana-mana, maka ia bukan waktu kerja. Jika anda mesti lapurkan diri juga ke pejabat, maka ia adalah masa kerja dan wajib di bayar OT.

      January 6, 2015, 3:51 am
  • dee

    Assalamualaikum. sy bekerja di sebuah syarikat swasta dan telah tamat tempoh probation sy selama 3 bulan dan telah mendapat confirmation letter. tetapi sy tidak sign confirmation letter itu atas beberapa faktor. jadi sy berbincang dgn majikan sy utk memanjangkan tempoh probation itu tetapi majikan sy tidak mahu. jadi setelah masuk bulan ke 4, sy telah mendapat tawaran pekerjaan lain dan sy ingin berhenti dgn notis 24jam. jd adakah sy boleh memberi notis 24 jam atau perlu mengikut probation punya notis yg selama dua minggu walaupun tempoh probation sy selama 3 bulan sudah tamat?

    January 5, 2015, 7:02 am
    • Ismail N

      Anda perlu rujuk kembali kontrak anda. Yang tamat ialah tempoh percubaan. Namun, itu tidak bermakna kontrak pun tamat juga. Anada juga masih terus berkerja kan? Dapatkan bantuan peguam atau JTK untuk mentafsirkan kontrak anda jika perlu. Terima kasih.

      January 6, 2015, 3:49 am
  • huzaifah

    Salam..boleh tak kalau majikan bayar ot pada cuti umum dan peristiwa pada kadar 1.5..mohon pencerahan..

    January 5, 2015, 6:38 am
    • Ismail N

      Jika pekerja adalah dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 (gaji 2k dan ke bawah, maka kadar minima yg ditetapkan oleh Akta perlu dipatuhi. Harap rujuk kadar minima di artikel Kerja Lebih Masa. Terima kasih.

      January 6, 2015, 3:45 am
  • carijawapan

    saya ingin bertanya… utk gaji bulan… bagaimana utk kira jumlah gajinya sekiranya pekerja banyak bercuti dlm bulan tersebut? adakah kita perlu kira jumlah cuti tu dan ditolak ke gajinya… atau pun kira jumlah hari bekerjanya…sistem pula ada 26 hari…mohon pencerahan..tq

    January 2, 2015, 9:23 am
    • Ismail N

      Kita kira berapa hari dia berkerja dalam bulan itu dan kali dengan kadar gajinya sehari. Utk tujuan unpaid leave ini anda bebas gunakan bahagi 26 atau jumlah hari dalam sebulan.

      January 4, 2015, 6:31 am
      • carijawapan

        Saya ambil cth bulan Dec 2014 lalu… jum. hari adalah 31, manakala jum. Off/rest adalah 4 hari. Oleh itu, jumlah sebenar bekerja adalah 27 hari (31-4). Namun, dalam payroll system ni pula, jumlah penuh yg ditetapkan adalah 26 hari. Oleh itu, jika pekerja bercuti (cth nya 1 hari), maka jum. bekerjanya sudah menjadi 25 hari, sdgkan sebenarnya jum. bekerjanya adalah 26 hari.. Adakah sistem payroll itu sebenarnya yang perlu di ubah atau bagaimana? Ini merujuk kpd soalan asal saya yang tempoh hari berkenaan jika pekerja bercuti panjang..Mohon penjelasan tuan. Terima kasih.

        January 5, 2015, 8:59 am
  • Pelik

    Assalamualaikum bro ismail,
    utk bulan january 2015 ni, cuti sebulan saya, company tetapkan 6 hari cuti dan 2 public holiday = total 8 hari cuti. setahu saya, utk public holiday, OT akan dibayar triple. tapi syarikat saya katakan, utk tahun baru dan maulidur rasul, mereka tak akan bayar untuk pekerja yang membuat OT dengan bayaran triple tetapi hanya dibayar mengikut bayaran OT hari biasa. adakah boleh saya persoalkan atau perdebatkan tentang bayaran itu?

    January 2, 2015, 5:40 am
  • Izan

    assalamualaikum…saya nak tanya…ada ke undang2 buruh mengatakan umur 17 tahun hanya boleh bekerja sehingga pukul 7 malam….selepas waktu itu mereka tidak boleh bekerja

    December 31, 2014, 1:55 am
  • rozi

    Salam…sy mula bekerja bekerja pada 13 Oktober 2014…mulai 15 Disember 2014 hingga sekarang sy absent (Tampa inform kpd SV) krn sy mmg nk berhenti..mengikut contract PD offer letter sy perlu tender notis sebulan… Jd sy nk tahu keadaan sy sekarang..adakah syarikat berhak menyaman sy?

    December 30, 2014, 6:14 pm
    • Ismail N

      Anda sudah dikira AWOL ni. Terpulang pada syarikat samada mahu menamatkan kontrak anda atau tidak. Harap rujuk status anda dgn syarikat terlebih dahulu.

      January 4, 2015, 6:16 am
      • rozi

        Salam tuan,berkenaan soalan sy tempoh hari, mmg benar sy AWOL.Melalui seorang rakan didalam syarikat, sy diberitahu yg sy akn disaman. Soalan sy, adakah saman ini bermaksud sy perlu membayar balik gaji utk sebulan notis? Terima kasih.

        January 5, 2015, 5:39 am
  • nina

    Aslkm.

    Saya kerani HR. Saya ada kemusykilan. Perlu ke syarikat tempat saya bekerja mendaftarkan syarikat di Jabatan Tenaga Kerja di Selangor jika syarikat tempat saya bekerja telah berdaftar di JTK WPKL

    December 30, 2014, 9:12 am
    • Ismail N

      Sebaiknya anda ajukan soalan ini pada wakil JTK. Harap maaf ya.

      January 4, 2015, 6:13 am
  • majikan

    salam..saya wakil majikan yang menguruskan HR..ada seorang staff kami berhenti tanpa notis (MIA) pada 29 disember sedangkan gaji sehingga 31 disember sudahpun dibayar pada 26 disember lalu. apakah pihak syarikat perlu menulis surat untuk menuntut ganti rugi 3 hari yang beliau tidak bekerja tersebut? boleh terangkan prosedur dan pengiraannya? terima kasih.

    December 30, 2014, 4:14 am
    • Ismail N

      Anda boleh adukan pada JTK juga untuk membuat tuntutan pada pekerja tersebut. Masaalahnya bila dia tidak layan. Mahukan pihak sykt minta bantuan guaman utk gaji 3 hari itu?

      January 4, 2015, 6:11 am
  • hana

    assalam…
    sy ingin bertanya… comp sy mnetapakan bahawa cuti kami hanya hari jumaat semnggu dan hari sabtu minggu pertama..kebetulan cuti umum jatuh pada hari sabtu minggu pertma…sy msh mushkil dngan penjelasan waktu rehat yang diexplain sblm ini…. adakah comp kami perlu forward ke hr ahad bg cuti umum y jtuh pd sbtu mnggu prtma? dan jika btul, adakah terdpt akta2 y ade bg mnjelaskan tntg prkara ini kpd comp sy..

    December 29, 2014, 2:44 am
    • Ismail N

      Adakah cuti sabtu minggu pertama itu tambahan pada hari jumaat itu. Jika ya, maka tidak perlu forwardkan cuti umum itu ke hari Ahad.

      January 4, 2015, 6:07 am
  • wan87

    Salam..sy jtuh moto pd 25hb lepas.skrg da genap sebulan.patah tlg bahu semase blik kje.sy da isi borang perkeso..sy dpt mc 2bln.nk tnye.blhkh sy dpt duit gji dri perkeso dgn cepat..majikn xbyr gji sbb sy kerja cntrct

    December 26, 2014, 2:43 pm
    • Ismail N

      Soal cepat atau tidak itu ialah hal prosedur. Anda perlu ajukan persoalan ini pada pihak PERKESO sendiri kerana mereka yg uruskan pembayaran pampasan. Terima kasih.

      December 27, 2014, 2:53 am
  • Chin

    saya bekerja 12 jam sehari dengan dua kali rehat,setiap kali rehat satu jam dan gaji saya sebelum potongan ada la rm1450
    adakah saya layak untuk menerima OT ? saya ada allowance setiap bulan pada jumlah rm 250

    December 26, 2014, 10:12 am
  • MARIA

    ASSALAMUALAIKUM SYA MARIA..ADAKAH MAJIKAN BERHAK UNTUK TIDAK MENGAMBIL CUTI UMUM YG DI TETAPKAN IAITU DEEPAVALI DAN KRISMA UMUMNYA TELAH DI TETAP SEBAGAI CUTI UMUM DAN MAJIKAN HANYA MEMBAYAR PEKERJA SPT HARI BIASA…

    December 25, 2014, 5:48 am
  • Juliana.r

    Sekiranya worker menghantar menghantar salinan MC kepada payroll untuk process gaji disebabkan MC original hilang.Adakah ianya salah ?. (sebab payroll kata No salary ..copy MC tidak di terima). boleh ke payroll buat mcm tu?

    December 23, 2014, 8:50 am
    • Ismail N

      Cuba minta pengesahan doktor yg merawat anda pada salinan MC itu.

      Ya, syarikat boleh buat prosedur sendiri dalam isu MC cuma penolakkan itu hendaklah dengan sebab yg munasabah.

      December 24, 2014, 9:42 am
  • ita

    Salam..sy nk tnye..sy dh hntr notis berhenti kerja..Surat penerimaan berhenti kerja pun sy dh terima,.tiba2 datang Surat majikan tuntut ganti rugi overpaid salary atas kesilapan mereka sendiri Tampa pengetahuan sy..gaji masuk dlm akaun..apa perlu sy buat dan adakah sy perlu byr ganti rugi tersebut?akaun tu akaun general..jadi transaksi keluar duit sntiase ada,.adakah salah sy jika transaksi yg sy lakukan itu trkandung duit yg cmpny salah masujkn?mohon bantu..ini emel sy…norhazzarita89@gmail.com

    December 23, 2014, 12:55 am
    • Ismail N

      W’salam.

      Doesn’t matter jika mereka tersilap. Asasnya jika sesuatu itu bukan hak anda, ia perlu dikembalikan pada yg berhak.

      December 24, 2014, 9:37 am
  • Anep

    khatam baca komen dari atas sampai bawah. Banyak benar permasalahan orang yang En Ismail handle..Terima kasih untuk usaha murni tuan. Daripada soalan-soalan yang saya lihat, saya amat bersimpati dengan pekerja yang ditindas majikan dan sudah tentu ramai juga yang fikir banyak masalah datang dari pihak majikan. Tapi dalam kes saya selaku pihak majikan, kami pun turut letih menghadap perangai-perangai pekerja yang bermasalah. Ponteng kerja, datang lewat, berpakaian tidak kemas, tidur semasa bertugas. Untuk makluman, saya dalam bidang kawalan keselamatan. Apa yang saya faham mengikut undang2 buruh xboleh senang2 nak buang pekerja, kena keluarkan surat amaran berkali kali, siasatan dalaman baru boleh buang. Dalam tempoh masa ini kami terpaksa melayan aduan pelanggan yang tak berpuashati dgn pengawal, terpaksa mencari pengawal ganti bila mereka ponteng etc. Apa yang saya nampak pihak pekerja sekarang seolah pijak kepala kerana pihak JTK lebih menyebelahi pekerja. Mungkin tuan boleh jelaskan secara ringkas step by step cara memecat pekerja bermasalah mengikut guideline JTK. Kerana dalam AKTA KERJA yang saya baca macam terlalu common.

    December 18, 2014, 8:12 am
    • Ismail N

      Ya, mmg majikan pun susah juga dalam ba pengurusan pekerja ini. That’s why banyak majikan hari ini ambil pekerja dengan secara kontrak yg pendek (setahun atau kurang) atau letakkan syarat ‘probation’ selama beberapa bulan dengan notis yg pendek. Kalau pekerja sudah dalam jawatan tetap tu mmg susah hendak terminate mereka biarpun mutu kerja kurang memuaskan.

      December 24, 2014, 9:31 am
  • Zsu

    Salam, nk tnye. Keadaanya macam ni. Jika sy ada apply kerja di dua syarikat iaitu syarikat A dan B. Sememangnya sy menunggu untuk join syarikat A. Pada suatu hari, syarikat B menerima saya untuk bekerja dan mengeluarkan offer letter kpd saya, dan syarikat A masih lagi tiada jawapan. Untuk mengambil langkah selamat, saya sain kontrak dengan syarikat B itu. selang seminggu, syarikat A call kerana menerima saya untuk join syarikat tersebut. Andaikata saya ade 1 bulan notis dengan syarikat sy bekerja sekarang dan saya masih belum menghantar sirat letak jawatan.

    Bagaimanakah saya nak cancel offer dengan syarikat B yg telah ditandatangani itu untuk join syarikat A, kerana sememangnya saya menunggu untuk join syarikat A. Mohon pendapat tuan. 🙂

    Terima Kasih

    December 18, 2014, 1:45 am
    • Ismail N

      Jika anda sudah mula berkerja dgn syarikat B, maka kontrak telah dibentuk dan jika ada keperluan notis utk meletakkan jawatan, maka ia perlu dipatuhi. Berterus terang dgn majikan anda. Di peringkat permulaan ini mungkin mereka bersedia utk lepaskan anda dgn notis yg pendek jika mereka mahu.

      December 24, 2014, 9:27 am
  • Anol

    saya ada seorang staff yang telah mengambil cuti tahun lebih daripada had kelayakan sebanyak 80 hari. Boleh atau tidak pihak majikan memotong gaji beliau sebanyak 80 hari bermaksud selama 2 bulan lebih dia tidak mempunyai gaji. Adakah tindakan pihak majikan itu betul atau salah.

    December 15, 2014, 3:02 am
    • Ismail N

      Jika had kelayakkan cuti tahunan telah digunakan, maka cuti selebihnya ialah cuti tidak bergaji.

      December 17, 2014, 1:48 am
  • harun

    salam…

    mohon pencerahan berkenaan permasalahan ini.

    jika seseorang pekerja berjawatan manager (gaji rm 4000 )ada perselisihan faham dgn pihak atasan. pihak atasan ingin menurunkan pangkat serta memindahkan pekerja tersebut di bahagian lain, adakah gaji pekerja tersebut boleh diturunkan juga?

    harap dpt jawapan dari Bro Ismail N

    TQ

    December 13, 2014, 1:05 pm
    • Ismail N

      Gaji adalah perkara ASAS kontrak, maka ia tidak boleh diubah tanpa persetujuan kedua-dua belah pihak (majikan dan pekerja).

      December 17, 2014, 1:46 am
  • Ila JB

    Salam. Sy nak tanya. Sy start bekerja di company st sejak 5/6/2014. Sy masih lg dlm tempoh probation. Probation period yg tertulis di dalam offer letter selama 3 bulan. Management company telah pun memberitahu bahawa probation period sy di extend ke bulan october (extension probation notice secara verbal sahaja). Tetapi, bulan ni sy dah pun kerja selama 7 bulan. Dlm tempoh probation, company berhak terminate sy dgn 24j notice. While sy kene bg notice 1 bulan untuk berhenti. Dlm tempoh ni, sy rasa insecure & nak cari kerja lain. Sbb company boleh terminate sy anytime. Boleh ke sy saman company sbb tak confirm kan sy lg atau encik ade solution lain? Terima kasih

    December 13, 2014, 2:00 am
    • Ismail N

      Anda tidak boleh saman atas sebab itu.
      Cuma sebaiknya anda berjumpa dengan pihak pengurusan dan bertanya sebab dan alasan mereka. Jika anda rasa kurang puas hati dengan sebab dan alasan diberikan, maka dua opsyen yg boleh anda buat ialah teruskan sahaja kerja atau mula apply kerja di tempat lain.

      December 16, 2014, 3:34 am
  • Lin

    Assalamualaikum, sekiranya pihak majikan tidak mahu memberi kerjasama untuk mengeluarkan surat testimoni pada pekerja, walaupun tiada sebarang masalah misconduct yang dilakukan oleh pekerja selama berkhidmat, apakah masalah ini boleh dirujuk pada pejabat buruh?

    December 13, 2014, 1:22 am
    • Ismail N

      Tidak. Majikan tidak diwajibkan utk beri testomoni atas perkhidmatan pekerja.

      December 16, 2014, 3:29 am
  • sharm

    hai, saya nak tanya. saya dah hantar surat beherti kerja dua minggu sebelum saya beherti kerja di salah satu syarikat swasta di k.l pada august 31, 2014. masalahnya dah hampir 4 bulan saya beherti kerja saya tidak dibayar gaji lagi. walaupun saya hanya kerja dua bulan tapi saya tidak pernah mengambil cuti atau datang lewat malah saya buat over time tanpa dibayar. gaji pada bulan july tidak diberikan slip, tapi terus di bank in, itu pon lewat dua minggu dan setelah dipaksa oleh pekerja-pekerja lain. saya buntu kerana saya perlukan duit untuk sara kehidupan saya di tempat belajar. itulah tujuan utama saya bekerja walaupun hanya sambilan. bila saya tanya mereka suruh tunggu…. dan sudah 4 bulan. apa yang perlu saya buat?

    mohon pencerahan

    December 11, 2014, 1:23 pm
    • Ismail N

      Masaalah tentang pembayaran gaji boleh di adukan pada Jabatan Tenaga Kerja berdekatan. Mereka punyai kuasa menyiasat dan mengambil tindakan. Terima kasih.

      December 16, 2014, 3:25 am
  • Khairoul

    Saya ingin bertanya jika seorang pekerja shift, dlm jadual kne kerja pada hari cuti umum Hari merdeka, tetapi ingin bercuti pd hari tersebut. Majikan tk bg cuti public holiday, kalau pekerja nk cuti kne tolak annual leave. Bolehkah majikan bertindak mcm tu?Mohon pencerahan

    December 11, 2014, 10:40 am
    • Ismail N

      Majikan tidak boleh tolak annual leave sbb ianya cuti umum. Jika pekerje enggan patuhi arahan, maka majikan boleh rekodkan sebagai kepatuhan arahan. Ia boleh digunakan sebagai tindakan disiplin atau dalam penilaian prestasi pekerja.

      December 16, 2014, 3:23 am
  • ramli

    Assalamualaikum.. saya nak bertanya, jika saya bekerja di sebuah syarikat selama 1bulan setengah tanpa sebarang perjanjian (offer letter), bolehkah saya bagi notis berhenti 24 jam atas sebab tertentu.

    December 10, 2014, 2:17 pm
    • Ismail N

      W’salam,

      Bila anda sudah mulakan kerja, maka perjanjian telah wujud. Terma2 kontrak yg tak disebut hendaklah disiratkan. Jika gaji anda RM2k atau kurang, maka peruntukkan Akta Kerja 1955 adalah terpakai. Harap anda rujuk artikel berkenaan penamatan kontrak kerja. Terima kasih.

      December 11, 2014, 12:42 am
  • iena

    nak tanye..jika pekerja mula kerja jam 11pagi dan kuar jam 10mlm,bagaimana saya nak kira ot pakaerja itu. adakah saya perlu kira normal hour + rest 9jam dahulu,balance baru ot atau bagaimana?gj dikira per hour.tq

    December 9, 2014, 1:50 am
    • Ismail N

      Kerja lebih masa ialah apa-apa kerja melebihi masa kerja normal pekerja dan masa kerja ini TIDAK TERMASUK masa rehat.

      December 9, 2014, 7:17 am
  • azizan

    Assalamualaikum..sy bekerja secara kontrak 2bln dibwh kontrak agen mencari kerja. Masalah saya..saya bekerja dr pkl 8pg-530ptg..rehat 1jam termsuk tea break 15mnt dr pkl 1015-1030. Gaji sy rm900 sebln. Masalah sy..sy dan kwn2 kontrak yg lain dipaksa OT setiap hari dr pkl 530 hingga 11mlm setiap hari termasuk sabtu dan ahad dgn kadar bayaran OT sebnyk rm6 sejam termasuk sabtu ahad. Kalau kami engkar kami disuruh berhenti sahaja.Adakah ini dibolehkan atau pn tidak? Terima kasih..

    December 7, 2014, 4:58 pm
    • Ismail N

      Majikan boleh meminta pekerja menjalankan kerja lebih masa dengan syarat pekerja di bayar pada kadar OT minima yg ditetapkan oleh undang-undang: https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/undang-undang-buruh-masa-kerja-dan-kerja-lebih-masa
      Kerja-kerja ini tertakluk juga pada had yg dibenarkan: https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/had-kerja-lebih-masa

      Jika pekerja enggan melakukan kerja-kerja tambahan ini, maka ia dianggap engkar dan tindakan disiplin boleh dibuat tetapi mengikut prosedur yg ditetapkan.

      December 8, 2014, 2:03 am
      • Zurina Ismail

        pengiraan bayaran gaji bagi kakitangan yg berhenti.Notis berhenti 30 hari dan mempunyai baki cuti tahunan sebanyak 8 hari.
        Contoh:
        Notis 30 hari (15/10 – 14/11)
        Cuti tahun 8 hari
        = 30 – 8 hari= 22 hari ( last day 6/11)
        Gaji untuk bulan 10 di bayar seperti biasa,tetapi gaji untuk bulan 11 di kira sehingga 14/11 atau 6/11.
        Mohon pencerahan.Terima Kasih

        December 8, 2014, 4:33 am
        • Ismail N

          Oleh kerana cuti tahunan digunakan utk off set notice itu, maka gaji perlu dibayar sehingga 14/11.
          Cuti tahunan ialah cuti BERGAJI.

          December 9, 2014, 7:13 am
  • Zu

    Sy br bg notis Resign 3 bln spt tertakluk dlm kontrak kerja yg perlukan 3bln notis kalau nk resign. Sepatutnya last day keje lbih kurang bln Mac 2015.tiba2 majikan bgtau nk release awal iaitu bln dpn dan sy hanya dpt bayaran gaji setakat bln dpn je. Betul ke tindakan majikan sy tu atau sy mmg kena terima je ape majikan ckp. Bleh beri pendapat X tuan. Terima kasih.

    December 5, 2014, 7:41 am
    • Ismail N

      Majikan memang boleh ‘waive’ (ketepikan) keperluan notis itu. Cuma perlu lihat juga samada majikan ada keluarkan surat terima notis dengan notis perlu berjalan selama 3 bulan. Ayat-ayat yang digunakan dalam surat itu penting dalam menentukan notis 3 bulan itu perlu dipatuhi atau majikan boleh waive sahaja.

      December 6, 2014, 3:34 am
  • SYAZ

    ASSALAM
    saya ada pertanyaan mengenai masa bekerja, saya berkerja dalam syarikat swasta. Saya nak tanya mengenai masa kerja bagi half day bagi syarikat swasta. bagi gov halfday tidak lebih 3 jam. tapi co. saya state kan yang half day samada dari pukul 8-11pm atau 1pm-5pm harus berada di pejabat tidak termasuk aktu rehat 1-2. adakah akta yang menetapkan mengenai perkara ini. sebab saya lihat pekerja sesuka hati ambil halfday dan kadang-kadang hampir separuh hari.
    harap encik dapat reply soalan saya melalui emel

    December 4, 2014, 6:29 am
    • Ismail N

      Akta adalah silence dalam hal ini. Maka, terpulang pada majikan bagaimana mahu tetapkan cuti sebegini.

      December 4, 2014, 9:51 am
  • nurul

    salam
    sy nak tanya..sy sudah berhenti dari company sy..company lama sudah berikan slip gaji sy pada kwn sy yang bekerja di sana lagi tapi duit gaji tidak masuk dalam akaun..macam mana boleh terjadi?slip gaji ada tapi duit gajinya tak ada..

    December 4, 2014, 5:58 am
    • Ismail N

      Anda perlu tanyakan kawan dan majikan anda terlebih dahulu. Jika tiada kerjasama di berikan oleh majikan, maka mohon bantuan JTK. Terima kasih.

      December 4, 2014, 9:42 am
  • ATAB

    Salam Tuan,
    Saya bagi contoh:
    Gaji Basic sy 1500. Closing gaji ialah setiap 15hb. Saya masuk kerja 26/11.. macam mana nk kira gaji yg patut sy terima 15 hb nanti.
    hari bekerja 6hari seminggu.

    1500/30 hari X 20 hari (termasuk ahad).. betul ke?

    December 1, 2014, 7:54 am
    • Ismail N

      Ikut kadar ORP iaitu bahagi dengan 1500/26 dan kali dengan jumlah hari kerja (termasuk hari rehat).

      December 2, 2014, 3:16 am
  • Mulyady

    Tuan,
    Saya pemilik perusahaan kecil tapi saya ramai ambil pekerja dari kampung. Kerjanya sesuai dengan orang kampung (simple dan senang).
    Soalan saya;
    1) Saya ambil mereka secara part-time. Perlu tak saya bayar socso etc. Mereka cakap, tak nak.
    2) Macammana nak kira EPF dan Socso untk pekerja gaji hari/jam? Ia berdasarkan tangga gaji kan? Kalau bulan ni gaji dibayar lain dari bulan lepas, adakah saya bayar dengan kadar yang lain.

    Terima kasih

    December 1, 2014, 3:11 am
  • hasmak_muhamad

    salam…encik sy ad kemusykilan berkenaan dgn krja lebih masa..
    soalan sy..wujud atau tidak sebarang frasa dlmakta kerja yg mnggariskan atau mnyatakan had bayaran kerja lebih masa…misalnya pekerja hanya layak untuk menerima bayaran kerja lebih masa tidak melebihi separuh bulan gaji pokok.
    terima kasih

    December 1, 2014, 3:05 am
    • Ismail N

      Tiada. Semua kerja lebih masa yang dibuat perlu dibayar ikut kadar yang ditetapkan/dipersetujui.

      December 2, 2014, 3:24 am
      • hasmak_muhamad

        adakah menjadi kesalahan kepada majikan jika meletakkn sebarang frasa yg menyekat pekerja dari membuat sebarang tuntutan bayran lebih masa..seperti contoh soalan pertama sy.

        December 2, 2014, 5:11 am
        • Ismail N

          Jika pekerja di lindungi oleh Akta Kerja 1955 (bergaji 2k ke bawah), maka ia menjadi kesalahan.

          December 2, 2014, 9:30 am
  • ika

    Salam,
    Saya bekerja di sebuah syarikat iaitu LAKU Management, yang membekalkan sumber air utk Bintulu, Miri. saya sudah 3 tahun lebi bekerja disana. gaji pokok saya masik rm700. yang menjadikan saya tidak puashati, setiap kali syarikat membuat pengambilan pekerja baru jawatan dan gred seperti saya, gaji pokok mereka lebih tinggi iaitu rm1300 tanpa pengalaman. apabila saya membuat aduan kepada pihak atasan, mereka buat sambil lewa, dan sehingga sekarang gaji saya masih sama tanpa ada kenaikkan. apa yang harus saya lakukan?

    November 30, 2014, 11:10 am
    • Ismail N

      Berapa amaun gaji yang mahu diberikan adalah budibicara majikan berdasarkan penilaiannya terhadap pekerja. Akan tetapi ia tertakluk kepada gaji minima yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu RM 900 di Semenanjung Malaysia dan RM 800 di Sabah & Sarawak. Jika gaji minima tidak dipatuhi, anda hendaklah memaklumkan kepada Jabatan Tenaga Kerja berdekatan bagi tindakan lanjut. Terima kasih.

      December 1, 2014, 12:38 am
  • Feeza Tumin

    encik
    Saya nak bertanya, jika pekerja datang lewat dimana didalam akta kerja , 8 jam kerja adalah solid, tp based on attendance pekerja, dia kerja kurang 8 jam, means dia datang lewat ke tempat kerja & naik rehat lambat. Jika begitu, majikan boleh membuat potongan gaji kan? Then formula untuk unearned wages ni based on ORP jgk ke?

    November 20, 2014, 8:40 am
    • Ismail N

      Ya, anda boleh gunakan ORP bagi tujuan ini.

      December 1, 2014, 12:44 am
  • Nazri

    salam tuan,

    sy ingin mendapatkan nasihat Tuan, sy telah bekerja di syarikat baru hampir 3 bulan, semasa memohon, pihak syarikat mengiklankan tangga gaji 3k-5k (eksekutif, hari bekerja 5 hari, 8am-5pm), kemudian apabila sy mendapat kerja tersebut, mereka menawarkan hanya gaji 2k (tempoh percubaan) selama 6 bln. sy menerima kerja tersebut apabila mereka (Pengurus Besar & Pengurus Operasi) berjanji untuk membayar upah bekerja lebih masa. semua perjanjian ini dibuat secara lisan.

    Namun apa yang dijanjikan tidak ditunaikan apabila bulan pertama dan kedua hanya gaji asas yang dibayar. saya dikerah bekerja lebih masa setiap hari (kadang-kadang sehingga 12tgh mlm) tanpa dimaklumkan oleh HR bahawa saya tidak dibayar untuk kerja lebih masa. bulan ketiga sy diberi surat tawaran bekerja dan hanya diberi jawatan kerani, walau bagaimanapun saya tidak menandatangani kontrak tersebut. (830am-5pm, 6 hari bekerja).

    apa yang saya harus lakukan??

    insan buntu.

    November 19, 2014, 4:29 am