Dulu Lain Logo
Infografik: Cara Kira Overtime (OT) Infografik: Cara Kira Overtime (OT)
Ramai pembaca yang bertanyakan tentang cara pengiraan OT (Over Time). Biarpun perkara ini telah diterangkan dengan panjang lebar dalam artikel: Masa Kerja Dan Kerja... Infografik: Cara Kira Overtime (OT)

overtime

Ramai pembaca yang bertanyakan tentang cara pengiraan OT (Over Time). Biarpun perkara ini telah diterangkan dengan panjang lebar dalam artikel: Masa Kerja Dan Kerja Lebih Masa, namun ramai yang masih kurang faham. Mungkin kami silap. Penerangan yang diberikan dalam artikel tersebut adalah terlalu berbentuk “ilmiah“. Mungkin adalah lebih baik sekiranya kami permudahkan dalam bentuk infografik.

Kerja Lebih Masa (Overtime)

Peruntukkan mengenai kerja lebih masa atau overtime ini ada disebut dalam Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh Sabah dan Ordinan Buruh Sarawak. Dalam kata lain, faedah OT ini hanya WAJIB diberikan kepada mereka yang dilindungi oleh Akta dan Ordinan-Ordinan tersebut.

Mereka yang tidak dilindungi pula, perlu merujuk kepada kontrak kerja dan lihat jika majikan anda bermurah hati membayar pada kadar yang lebih tinggi untuk kerja lebih masa ini.

smile emoji

Asas Kiraan

 

Untuk membuat kiraan kita perlukan asasnya:

– Gaji 

– Kadar Gaji Sehari (Ordinary Rate Of Pay)

– Kadar Gaji Sejam (Hourly Rate Of Pay)

Contoh:

Gaji Ahmad sebulan adalah RM1,100.

Pada hari Isnin yang lalu, dia diarahkan berkerja selama 2 jam tambahan selepas tamat masa kerja biasanya.

Gaji sebulan Ahmad: RM1,100.

Gaji sehari (ORP) Ahamd: RM1,100 / 26 = RM42.31

Gaji sehari (HRP) Ahmad: RM42.31/8 (jika masa kerja sebenar sehari ialah 8 jam) = RM5.29

Maka bayaran tambahan OT yang diterimanya adalah RM5.29 x 2 (jam) x 1.5 (kadar OT hari biasa) = RM15.87

Cara Kira OT

Untuk mengira jumlah OT yang perlu di bayar kepada pekerja, kita perlu faham dan ingat ORP dan HRP.

Formula-formula yang digunakan berkisar dengan mereka.

Ambil perhatian bahawa pada hari biasa, cuma kerja selepas tempoh masa biasa berkerja (biasanya 8 jam), baru lah di kira sebagai kerja lebih masa (OT). Untuk hari cuti umum dan hari rehat, apabila sahaja kerja di buat ia dikira OT kerana sepatutnya hari tersebut pekerja tidak perlu berkerja.

 

Semua kerja-kerja yang dibuat pada hari rehat dan cuti umum adalah diluar waktu kerja.

Ia adalah kerja lebih masa.

Cara Kira Kadar OT

Pekerja Bergaji Hari

 

Untuk pekerja bergaji HARI, kiraan OTnya sama dengan di atas kecuali pada HARI REHAT, yang mana mereka di bayar pada kadar:

  • Jika OT selama 4 jam atau kurang – 1 HARI GAJI (1 x ORP)
  • 4 Hingga 8 jam – 2 HARI GAJI (2 x ORP)
  • Lebih 8 jam – Setiap jam di bayar pada kadar 2 x HRP

 

 OT Gaji Hari

Admin

DULU LAIN SEKARANG LAIN - Are a couple of HR practitioners and learners who believe in sharing info, knowledge and experience with readers and followers of DLSL. Occassionally, we also share about other matters.