\"\"
Sunday,20 August,2017

Cuti Bersalin Dan Faedah Bersalin

ibu hamil

Peruntukkan berkaitan dengan cuti bersalin dan faedah bersalin bagi pekerja wanita ada dinyatakan dalam Akta Kerja 1955 dan Peraturan berkaitan. Antara aspek penting yang wajib diketahui oleh pekerja dan majikan adalah Akta Kerja (Pindaan) 2012 ataupun Akta 1419 yang meminda Akta Kerja 1955 dan memasukkan seksyen baru iaitu:

Seksyen 44A yang menyatakan bahawa semua peruntukan bagi perlindungan bersalin (Bahagian IX) adalah terpakai kepada semua wanita tidak kira berapa gaji mereka.

Ini bermakna pekerja (di bawah ‘contract of service’) yang gaji nya melebihi RM 2,000 atau RM 5,000 sekalipun diberi perlindungan bersalin di bawah Akta Kerja 1955.

seksyen 44a Akta Kerja (Pindaan) 2012

Sumber: www.federalgazette.agc.gov.my

Di bawah Akta Kerja (Pindaan) 2012 juga dimasukkan sub seksyen baru pada Seskyen 37 Akta Kerja 1955 yang mana dinyatakan bahawa pekerja yang di dalam tempoh bersalin:

TIDAK BOLEH DIBERHENTIKAN kecuali jika perniagaan terpaksa ditutup.

sub 3 of 37 EA Akta 1419

Sumber: www.federalgazette.agc.gov.my

Cuti Bersalin (Meternity Leave)

Cuti Bersalin BERGAJI (Paid Maternity Leave) adalah hak pekerja wanita dan ianya adalah bagi tempoh tidak kurang 60 HARI berturut-turut. [Seksyen 37 Akta Kerja 1955]

Nota:

  • Perkataan digunakan adalah ‘wanita‘ sahaja, maka ia terpakai kepada pekerja wanita samada berkahwin atau tidak berkahwin.
  • Cuti bersalin tidak boleh bermula lebih awal daripada tempoh tiga puluh hari sebelum bersalin (confinement)  seseorang pekerja wanita. [Seksyen 37 (b) AK 1955]
  • Cuti bersalin tidak boleh lewat daripada hari berikutnya selepas seseorang pekerja wanita itu bersalin (confinement). [Seksyen 37 (b) AK 1955]

Maksud Bersalin (Confinement):

melahirkan anak selepas sekurang-kurangnya 22 minggu hamil samada anak itu hidup atau mati. Seksyen 2 Akta Kerja 1955 (baca bersama Akta Pindaan 2012) :

confinement

Sumber: www.mohr.gov.my

confinement pindaan

Sumber: www.federalgazette.agc.gov.my

Nota:

60 hari berturut-turut adalah termasuk hari rehat, cuti sakit, cuti umum dsb. Jika terdapat cuti umum semasa cuti bersalin di ambil, maka tiada cuti gantian atau tambahan untuk pekerja.

Faedah Bersalin (Maternity Allowance)

Harus diingat bahawa elaun bersalin TIDAK DI BAYAR BERSAMA CUTI BERSALIN!!!! Seksyen 37(2) (c) jelas menyatakan bahawa bagi pekerja yang bergaji bulanan yang menerima gajinya sepanjang cuti bersalin dianggap sebagai telah menerima elaun bersalin nya.

Oleh itu jika gaji anda masih berjalan sepanjang tempoh cuti bersalin, tuntutan elaun bersalin tidak boleh dibuat.

Tuntutan elaun lebih relevan kepada pekerja bergaji hari yang dibayar jika datang kerja sahaja.  Kelayakkan elaun bersalin ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

  1. Belum mempunyai 5 orang anak atau lebih
  2. Dia telah diambil berkerja oleh majikannya pada bila-bila masa dalam tempoh empat bulan sebelum sahaja dia bersalin
  3. Dia telah diambil bekerja oleh majikannya bagi tempoh atau tempoh-tempoh yang berjumlah kesemuannya kepada tidak kurang daripada 90 hari dalam masa sembilan bulan sebelum sahaja dia  bersalin

Anak’ bagi maksud peruntukkan di atas adalah anak sebenar tidak kira umurnya.

Seksyen 37 C

Sumber: www.mohr.gov.my

Seksyen 37 2

Sumber: www.mohr.gov.my

Kadar Elaun Bersalin

Kadar minima yang ditetapkan adalah RM 6 sehari [Regulation  2, Employment (Minimum Rate Of Maternity Allowance) Regulations, 1976 – di pinda oleh Employment (Minimum Rate Of Maternity Allowance) Amendament Regulations, 1985.

Kadar hendaklah mengikut ORP pekerja dan bukan kadar gaji sehari (bagi pekerja bergaji hari).

English Translation:

  1. Maternity Allowance must be calculated based on ORP of the employee concerned except for monthly rated employees.
  2. Where a female employee is employed on a monthly pay rate, maternity allowance is based on her monthly wages.
  3. Section 37 (2) (c): as long as monthly rated employees receive their regular monthly wages during the maternity leave period, they are considered as having received their maternity allowance.
  4. Maternity allowance shall be paid in the same manner as if such allowance is wage and is payable not later than the 7th day after the last day of any wage period.
  5. A female employee is not entitled to rest day and paid sick leave benefits during maternity leave

Cuti Bersalin Dan Faedah Bersalin

soalan-dan-kemusykilan-540x358

This Article Was Written By

ISMAIL N is the 'de facto' owner and editor-in chief of DuluLainSekarangLain.Com. A Human Resource practitioner in his normal daily life and consummate blogger in his free time. He is addicted to coffee and Manchester United. Most easily accessed via his Twitter account.

Ismail N
  • Ms. Iral

    As salam, saya mengandung 7 bln, baru2 ni saya di masukkan ke hospital selama 2 minggu, tp sebelum tu dlm tahun ini saya ada mc 2 hari sebab keadaan kesihatan saya memeng tidak mengizinkn. Masalah saya sekarang, company tidak berpuas hati dgn perkhidmatan saya dan mereka telah memberi notis berhenti 2 minggu, saya ingin tahu boleh di berhentikan sewaktu saya mengandug atas alasan yg tidak logik, di sebabkan saya byk cuti EL and MC company mengalami kerugian, pada hal itu tidak benar sama sekali. mohon sangat penjelasan.

    February 25, 2015, 5:02 am
    • Ms. Iral

      Saya juga ingin bertanya..ada kah dlm undang2 buruh yg membolehkan company membuang wanita mengandung, sebab company saya bergitu bersungguh untuk membuang saya selepas saya bagi tahu bahawa company tidak boleh buang wanita yg mengandung

      February 25, 2015, 8:27 am
      • Ismail N

        Rujuk kembali artikel di atas ada sebut:
        Seskyen 37 Akta Kerja 1955 yang mana dinyatakan bahawa pekerja yang di dalam tempoh bersalin TIDAK BOLEH DIBERHENTIKAN kecuali jika perniagaan terpaksa ditutup.

        Ia tidak cakap mengandung tetapi ‘tempoh bersalin’. Rujuk kembali maksud tempoh bersalin dalam artikel ya.

        February 26, 2015, 8:28 am
  • yaya

    sya tgh mengandung dan akan bersalin pada bulan julai, masalah nya..syarikat sya bekerja ni hampir 2 tahun sering mmbayar gaji lewat dr 7hb…apabila sya bersuara, salah seorang pagawai memberi amaran. “jika awak tak suka boleh berhenti”. bg sya…sya tak akan berhenti selagi majikan tidak bg surat notis. dan kalau majikan memberhenti kan sya dlm masa24 jam…adakah sya layak membuat tuntutan 3 bulan gaji bersama claim2 yg lain?

    February 10, 2015, 2:24 am
    • Ismail N

      Ya, majikan hendaklah bayar pampasan jika memberhentikan anda dengan tanpa notis, tertakluk pada terma-terma pada kontrak anda juga. Harap rujuk tempoh notis jika ada.

      February 11, 2015, 7:39 am
  • Natasha

    saya nak tanya jikalau majikan nak berhentikan saya tanpa sebab macam mana ye. Sekarang saya tengah megandung dan akan bersalin pada 19/04/2015. saya sudah berkerja dari bulan 8 sept 2014 sampai sekarang 04/02/2015. boleh ke mereka buat begitu?

    February 4, 2015, 7:14 am
    • Ismail N

      Sudah tentu tidak boleh. Adukan pada JTK jika perlu.

      February 5, 2015, 6:57 am
  • puan siti

    saya pekerja swasata dan diberi cuti bersalin selama 60 hari..saya bersalin pada 13 December 2014 pada petang hari dan ia jatuh pada hari Sabtu (hari cuti bg Terengganu). Kiraan cuti bersalin 60 hari bermula pada 13hb(Sabtu) atau perlu bermula pada 14hb(Ahad, hari bekerja di Terengganu)??

    February 3, 2015, 2:36 am
    • Ismail N

      Saya ada tulis dalam artikel di atas:
      “60 hari berturut-turut adalah termasuk hari rehat, cuti sakit, cuti umum dsb”.
      Oleh itu, ia bermula dari 13.12.2014 dalam kes anda.

      February 3, 2015, 11:59 pm
  • ckiahling

    tumpang tanya, akta kerja ni juga terpakai pada guru sandaran terlatih tak? sebab isteri saya guru sandar terlatih yg sedang menunggu temuduga perlantikan tetap jawatan tidak dibenarkan mengambil cuti bersalin. dia hanya dibenarkan cuti selama 30 hari saje tanpa diberi gaji. dia telah menjadi guru sandaran berturut-turut selama 5 tahun.

    January 29, 2015, 12:51 pm
    • Ismail N

      Cuba check dulu kontrak anda, samada anda kena employ sebagai kakitangan kerajaan atau tidak? Jika ya, maka ia tidak terpakai buat anda.

      January 30, 2015, 1:44 am
  • lynda

    Nk tny.. klu kes sy plak.. sye di masukn ke dlm wad atas sbb uri bawah.. sye dijangka menjalani pwmbedahan pada 9hb feb.. syw dikira ml ke hl.. sye dimasukn ke wad bkn nya sye mohon cuti… cmne ye

    January 28, 2015, 11:13 pm
    • Ismail N

      Jika pembedahan itu bukan utk bersalin, maka sepanjang tempoh di hospital boleh guna HL.

      January 29, 2015, 4:03 am
  • aennz

    Salam..sy mula bekerja di syarikat ini pd 1/10/2014 dgn kontrak selama 3 bulan tetapi kontrak diperbaharui semula pd 1/12/14 untuk 6 bulan..namun begitu,pada 30/12/14 sy telah dimasukkan ke wad krn pecah air ketuban dan selamat melahirkan bayi pd 1/1/15..pd 31/12/2014,majikan sy telah memberikan surat penamatan kontrak pd sy berkuatkuasa 1/1/15 dgn notis sebulan..persoalan sy,adakah sy layak mendpt gaji dlm tempoh berpantang ini?..dlm surat perjawatan tidak dinyatakan cuti bersalin utk pekerja wanita dan sy bergaji bwh 2k..mohon pencerahan krn kakitgn syarikat memberitahu bahawa sy berkhidmat krg dri 90 hari dan tidak layak dibayar gaji.

    January 24, 2015, 9:09 am
    • Ismail N

      Mungkin anda perlu rujuk kes ke Jabatan Tenaga Kerja kerana di bawah Seskyen 37 Akta Kerja 1955 pekerja yang di dalam tempoh bersalin TIDAK BOLEH DIBERHENTIKAN kecuali jika perniagaan terpaksa ditutup.

      January 26, 2015, 2:08 am
  • neo

    hi, saya ingin bertanya saya bersalin pada 23/11/2014 dan saya dapat cuti salin 2 bulan.sekarang saya bagi resign letter pada 1/1/2015, adakan saya boleh dapat salary?

    January 23, 2015, 4:33 am
    • Ismail N

      Jika anda memenuhi syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam artikel di atas bagi melayakkan anda dapat cuti bersalin bergaji, maka YA anda layak mendapat gaji.

      January 26, 2015, 2:06 am
  • NABILAH

    Saya ingin bertanya, saya baru bekerja di syarikat ini selama 6 bulan dan saya sekarang sedang mengandung anak ke-6 tetapi pertama kali mengandung di syarikat ini. Adakah saya layak untuk mendapatkan faedah bersalin ini?

    January 16, 2015, 2:50 am
  • cong

    sy mempunyai persoalan disini mengenai cuti bersalin. Boleh ke sebuah syarikat menetapkan syarat tersendiri berkenaan dengan cuti bersalin? yang mna Di maklumkan kepada semua staff yang cuti bersalin hanya di beri kepada staff yang sudah bekerja setahun dalam syarikat tersebut.Adakah tindakan itu wajar atau pun tidak?Mohon pihak tuan memberi penjelasan dan sekirany itu menyalahi undang2, apakah tindakan yang harus di lakukan?

    January 7, 2015, 8:40 am
    • Ismail N

      Boleh gunakan syarat sendiri. Namun ia mesti lebih baik dari feadah minima yang ditetapkan oleh Akta Kerja.
      Dalam contoh yang anda diberikan diatas, syarat setahun itu tidak sah kerana ia bertentangan dengan syarat yang dikenakan oleh Akta Kerja dan ianya bukanlah faedah yang lebih baik buat pekerja.

      January 8, 2015, 1:14 am
  • Hindumathy

    Saya sedang mengandung dan saya ingin berhenti kerja selepas cuti bersalin. Adakah saya layak mendapat gaji semasa cuti bersalin dan bolekah saya memberi surat berhenti kerja semasa berada dalam cuti bersalin? Jika saya boleh mendapat gaji, adkah ia gaji penuh atau separuh?

    January 7, 2015, 8:24 am
    • Ismail N

      Ya, anda boleh hantar notis berhenti kerja semasa cuti bersalin.
      Samada anda mendapat cuti bersalin bergaji atau tidak, bergantung samada syarat-syarat yang dinyatakan dalam artikel di atas dipatuhi atau tidak. Terima kasih.

      January 8, 2015, 1:07 am
  • Pn. Nabila

    salam…saya ingin bertanya…saya mula bekerja pd 19may2014.. 2 bulan selepas saya bekerja saya disahkn hamil(bukan sengaja pun) due date bersalin saya 24january…kontrak saya adalah 6bulan sepatut nya tamat pada 19november2014… tetapi sehingga ke hari ini saya belum menerima apa2 kata putus dr majikan saya samaada kontrak disambung/diberhentikan..dan saya masih bekerja sehingga kehari ini gaji saya masih dibayar seperti biasa..cuma saya x tahu apa status saya…saya telah ajukan pertanyaan kpd pihak atasan saya..cume katanye big boss belum sign surat confirmation saya..apa yg patut saya lakukan???bimbang saya tidak dibayar gaji ketika dalam pantang atau diberhentikan ketika sedang dalam pantang nanti

    January 5, 2015, 4:52 am
    • Ismail N

      Anda tidak boleh diberhentikan kerja semasa hamil. Akan tetapi bila tamat kontrak, majikan ada hak untuk tidak menyambung kontrak tersebut. Buat masa ini, anda terpaksa menunggu keputusan dari majikan. Selagi belum ada apa-apa tindakan, maka anda masih pekerja lagi di sana.

      January 6, 2015, 3:31 am
      • Pn. Nabila

        Jadi..adakah saya layak untuk menerima gaji semasa cuti bersalin? atau company boleh untuk tidak membayar gaji saya dan dikira sebagai cuti tanpa gaji?

        January 7, 2015, 3:35 am
        • Ismail N

          Jika mula berkerja pada bulan May dan bersalin pada Januari, sepatutnya anda layak terima cuti bersalin bergaji.

          January 7, 2015, 4:40 am
  • somebody

    Tuan,
    Ok sy bekerja dengan kontrak percubaan selam 6 bln dn tiba2 mendapat tau sy telah pregnant dn menyebabkan kontrak percubaan sy tidak cukup 6 bulan. HR ad menyatakan bahawa hak syarikat untuk tidak sambung perkhidmatan sy sebab mengandung walhal tiada kontrak menyatakan tidak boleh mengandung dan kontrak turut nyatakan layak diberi cuti bersalin 60 hari. SEkiranya selepas bersalin sy diberhentikan, bagaimana tindakan saya?

    January 1, 2015, 4:59 am
    • somebody

      Saya turut diberi pilihan untuk bersetuju dengan notis penamatan perkhidmatan selama 2 minggu malangnya saya hanya sempat bekerja 2 minggu sahaja. Saya telah berpindah rumah dan berhabis banyak untuk commit dengan kerja yang ditawarkan. Apa perlu saya lakukan? Tiada keadilan bg saya.

      January 3, 2015, 5:34 am
      • Ismail N

        Majikan boleh tidak sambung kontrak selepas 6 bulan percubaan itu tetapi tidak boleh mengehentikan anda sebelum tempoh kontrak itu tamat. Ia satu kesalahan. Mohon bantuan JTK dalam hal ini. Terima kasih.

        January 4, 2015, 6:42 am
        • somebody

          Tuan,
          Hari ini saya perlu menghantar notis 2 minggu perletakan jawatan, bagaimana saya ingin ambil tindakan sekiranya notis ini saya telah hantar. Ataupun saya perlu menulis disitu atas desakan dan tiada pilihan?

          January 5, 2015, 8:41 am
  • nurul huda

    As salam. sy nak tnya, sebelum sy ambil cuti bersalin, sy dimaklumkn oleh pihak HR yg sy boleh mohon cuti bersalin 2mgu dr tarikh due date iaitu 2dec. tapi sy overdue, dn bersalin pada 9dec. dan sekarang ni, HR beritahu, cuti bersalin sy bermula 2mgu dr tarikh 9dec. dn mereka tolak gaji sy selama 2mgu. boleh ke mcm tu?

    December 30, 2014, 9:07 am
    • Ismail N

      Sebenarnya anda boleh mulakan cuti bersalin selepas hamil 22 minggu dan tak perlu tunggu tarikh bersalin pun. Harap rujuk dgn JTK utk bantuan lanjut. Terima kasih.

      January 4, 2015, 6:37 am
    • Nurhain

      Puan Nurul, berdasarkan pengalaman saya sebagai HR, jika Puan mengambil cuti awal 2 minggu, Puan perlu kembali bekerja awal 2 minggu sebelum tamat tempoh berpantang (60 hari) melainkan Puan Nurul mempunyai cuti tahunan yang cukup untuk “cover” balik cuti 2 minggu tersebut…

      January 27, 2015, 8:37 am
  • Tutie

    sy pekerja swasta bergaji lbh dr 2k dan sdh bekerja hampir 2thn.sy sdng mengandung 6bulan. company sy mungkin akan closed pd 31 dec ini dan yg pasti mereka akan m’berikn notice 2bln (gaji jalan hingga bulan 2). p’soalan sy, adakah company hanya m’berikan 2bln notice b’gaji shj or 2bln notice b’gaji + 2 bln maternity leave?

    December 23, 2014, 3:18 am
    • Ismail N

      6 bulan bersalin tu, maknanya anda boleh apply cuti bersalin. Ia boleh digunakan utk off set notis itu.

      December 24, 2014, 9:43 am
  • rin

    assalam..saya guru dan telah menghabiskn cuti bersalin yg tlah dperuntukkan sebyk 270 hari..saya telah mempunyai 4 org anak..sekarang saya preggy 3bln dan djangka bersalin bulan julai 2014..bagaimn saya ingin memohon cuti bersalin lagi kerana tempoh cuti yg diperuntukkan telah habis dguna..tqvm

    December 16, 2014, 12:48 pm
    • Ismail N

      Jika anda guru di sekolah kerajaan, saya tidak pasti akan peraturannya kerana kakitangan awam ada peraturannya sendiri.

      December 17, 2014, 1:35 am
  • Naila

    Salam,

    Saya hamil 8 bln. Saya diminta untuk bekerja shift 12 jam termasuk Sabtu dan Ahad.. saya merayu utk bekerja secara normal sehingga saya bersalin tp masih tidak diendahkan.. dan lg satu saya ada memberitahu beliau faktor kesihatan saya yg xsihat semasa mengandung tp msih tidak diendahkn…adakah ini salah satu bentuk penganiayaan majikan terhadap saya…bolehkah saya kemukakan aduan saya ke pejabat buruh…mohon pencerahan dr pihak tuan.. terima kasih

    December 16, 2014, 10:14 am
    • Ismail N

      Dalam keadaan ini sebaiknya anda mohon cuti bersalin selama 60 hari. uCti Bersalin (Maternity Leave) adalah HAK pekerja wanita dan ianya adalah bagi tempoh tidak kurang 60 HARI berturut-turut. [Seksyen 37 Akta Kerja 1955]

      December 17, 2014, 1:33 am
  • Aziean

    Salam,

    Saya telah bekerja selama 4 bulan di syarikat swasta. Saya disahkan hamil. Saya terpaksa membuat pemeriksaan di klinik kesihatan kerajaan pada waktu bekerja. Klinik telha memberikan saya time slip. Boleh ker syarikat menolak gaji saya walaupun mendapat time slip dari klinik kerajaan dengan alasa saya belum diconfirmkan lagi?

    Terima kasih

    December 4, 2014, 7:27 am
    • Ismail N

      Jika gaji anda RM2k dan ke atas, anda perlu rujuk 100% pada kontrak kerja anda itu.
      Jika RM2k atau kurang, maka Akta Kerja 1955 terpakai buat anda dan Akta mensyaratkan perkerja diberikan cuti sakit mengikut syarat-syarat tertentu. Harap rujuk artikel berkaitan cuti sakit: https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/cuti-sakit-berbayar

      Terima kasih

      December 4, 2014, 9:48 am
  • NIsa

    adakah cuti bersalin 60 hari termasuk cuti umum?

    November 18, 2014, 2:06 am
    • Ismail N

      Ya, termasuk cuti umum. Ada dinyatakan dalam artikel di atas.

      November 18, 2014, 7:10 am
  • nora

    Salam, saya akan bersalin pada 1 Februari 2015, sy bekerja di sini kurang dari setahun. Gaji pula bwh 3k Jika mengikut tarikh bersalin tersebut, sy baru bekerja selama 9 bln. Di dalam employee handbook menerangkan bahawa ‘ under clause maternity leave : female employee who have completed one year of service will be eligible for paid maternity leave of 60 days’. Adakah saya berhak untuk memberitahu majikan bahawa, mereka tidak merujuk akta pekerja? apakah tindakan yang harus saya lakukan bagi mendapatkan hak saya ketika cuti bersalin nnt?

    November 11, 2014, 6:16 am
    • Ismail N

      Mungkin majikan tak aware yg pindaan pada Akta Kerja 2012 menyebabkan klausa berkenaan maternity leave terpakai pada semua pekerja tidak kira berapa gajinya. Oleh itu, anda perlu maklumkan kepada mereka sebelum membuat tindakan selanjutnya dibuat.

      November 13, 2014, 5:54 am
  • amy

    Saya seorang pegawai yg bgaji lebih 3k. Due date saya ialah pd 14feb 2015. Jika saya hantar surat resign pd bln nov utk 2 bln notice dan co decide utk menamatkn perkhidmatan saya dgn lbh awal.. dari segi undang2 adakah co hanya perlu membyr 2 bln notice sahaja atau 2 bln notice+ 2 bln maternity leave saya?

    November 5, 2014, 1:49 pm
    • Ismail N

      Anda perlu rujuk kontrak kerja anda jika gaji melebihi RM 2k. Bagi pekerja2 yg gaji RM2k, mereka boleh offset notis dgn cuti bersalin. Sesetengah majikan ada masukkan terma tidak boleh guna cuti bersalin bagi off set notis berhenti bagi pekerja yg tidak dilindungi akta kerja 1955. Harap rujuk kontrak anda. Terima kasih.

      November 10, 2014, 7:51 am
  • fatimah

    pekerja saya tdk memaklumkan saya bahawa dia hamil sehingga saya lihat perubahan fizikalnya dan hanya mengaku apabila saya bertanya..
    baru2 ini, beliau tidak hadir bertugas, bila ditnya pada rakan kerjanya saya dimaklumkan beliau sakit.. namun setelah 3 hari tidk hadir.. tanpa surat sakit atau permohonan cuti… saya berty lagi pd rakan kerjanya itu.. saya dimaklumkan bahawa beliau telah melahirkan… adakah saya boleh keluarkan surat tunjuk sebab sebagai tindakan susulan.. adakah staff ini layak diberi cuti bersalin… saya sudah maklumkan pd rakan sekerjanya agar meminta dia atau keluarga untuk menghantar permohonan cuti namun beliau gagal dihubungi.. sekarang sudah hampir 20 hari berlalu.. terima kasih

    October 31, 2014, 11:00 am
    • Ismail N

      Ya, dia layak pada cuti bersalin, cuma mungkin dia tak sedar akan haknya.
      Note yg pekerja tidak boleh diberhentikan kerja dalam tempoh dia layak mendapat cuti bersalin.

      November 3, 2014, 1:18 am
      • fatimah

        saya tau dy layak dpt cuti bersalin.. cuma wajarkah sy keluarkan surat tjk sebab.. atau saya diamkan sahaja dan ambil tindakan selepas cuti 60 hari itu berakhir? terima kasih tuan..

        November 3, 2014, 7:43 am
        • fatimah

          maksud saya sekiranya dia masih gagal dtg bekerja…

          November 3, 2014, 7:45 am
        • Ismail N

          Sebaiknya cuba hubungi dia dan jika gagal, anda keluarkan surat tunjuk sebab bila dia pulang bertugas nanti.

          November 5, 2014, 2:24 am
          • fatimah

            terima kasih tuan

            November 5, 2014, 3:40 am
  • N

    Assalamualaikum, saya bercadang utk resign slps melahirkan anak ( due 7/1/2015). Baki annual leave masih ada 20 hari. Bilakah tarikh yg paling sesuai utk saya mmberi surat resign kpd majikan? Majikan saya mmberi maternity leave 60 hari

    October 13, 2014, 8:27 am
    • Ismail N

      W’salam,

      Untuk optimize cuti-cuti anda itu, sebaiknya anda tender notis selepas beberapa hari cuti bersalin anda diluluskan. Tempoh cuti bersalin untuk cover notis anda nanti.

      October 14, 2014, 1:33 am
      • N

        Maaf, bertanya lagi. Kalau saya mahu resign slps menghabiskan cuti bersalin 60 hari itu dan baki annual leave 20 hari. Tarikh yg perlu saya letak jwtn adalah pada hari ke 60 cuti bersalin itu. Betul? Atau tidak boleh?

        October 14, 2014, 2:53 am
        • Ismail N

          Anda boleh letak jawatan bila-bila masa anda mahu. Cuma anda perlu ingat yang notis berhenti kerja perlu di patuhi dan sebaiknya gunakan cuti bersalin dan annual leave sebaiknya untuk menggantikan notis tersebut.

          October 15, 2014, 6:45 am
  • Mdm R

    if saya mahu mohon lebih awal… bilakah tarikh paling awal permohonan saya ni? adaka ia melanggar apa2 akta sekiranya majikan tidak memberikan kebenaran?dan adakah saya layak mendapat gaji penuh?

    October 8, 2014, 3:06 am
    • Ismail N

      1. Anda boleh pohon cuti bersalin apabila anda telah sekurang-kurangnya 22 minggu hamil.
      2. Ya, majikan perlu beri cuti bersalin di bawah Akta Kerja 1955
      3. Cuti bersalin adalah cuti bergaji

      October 9, 2014, 12:48 am
  • Mdm R

    Sy nak tanya…. if due sy pd 13hb Dec 2014.. bole ka sy mngambil cuti bersalin starting 1hb Dec 2014….? ada ka ini memerlukan surat bertulis dari pkerja atau sokongan dr Dr panel?

    October 7, 2014, 5:13 am
    • Ismail N

      Ya, boleh mulakan cuti bersalin. Mohon sahaja dari HR dan nyatakan anda mahu mulakan cuti bersalin anda. Tidak perlu kebenaran doktor. Cuma dapatkan pengesahan doktor jika di minta oleh majikan.

      October 7, 2014, 6:51 am
  • wawa

    Salam…sy nak tanya sy bkal bersalin awal bln dpn…sy sudah bkeja hampir stahun tp majikan sy tidk mbri surat comfrem cuma ckap dmulut sahaja sy sudah comfrm…adakah sy cti nanti gaji sy akan dbayar…mohon pjelasan….

    October 1, 2014, 5:52 pm
    • Ismail N

      W’salam Wawa,

      Anda masih berhak pada faedah bersalin dan hendaklah diberikan cuti bersalin berbayar

      October 3, 2014, 7:23 am
      • khalijah

        Bolehkah saya meminta nasihat untuk menulis hujah bagi kes mahkamah buruh berkenaan tuntutan elaun bersalin saya?

        October 3, 2014, 8:45 am
        • Ismail N

          Anda boleh minta nasihat dari kaunselor Jabatan Tenaga Kerja. Lagipun apabila kes didengar diperingkat ini ia lebih bersifat sessi perbincangan dan mencari penyelesaian antara pekerja dan majikan.

          October 7, 2014, 5:58 am
          • khalijah

            saya dah masuk court….company decide to fight…da smpai tahap hujahan….both parties…

            October 7, 2014, 9:48 am
          • Ismail N

            Boleh saya tahu siapa yang tuntut dari siapa? Jika majikan yang menuntut maka notis tuntutan itu perlu dilihat bagi mengetahui apa asas tuntutan mereka dan apa bahan bukti yang mereka kemukakan. Anda perlu either cabar kesahihan bukti mereka atau argue dari segi undang2 yg tafsiran undang-undang mereka adalah tidak tepat.
            Bagi saya, sebaiknya anda mohon bantuan peguam bagi membantu anda. Mereka boleh beri nasihat yang lebih baik dengan meneliti segala dokumen dan bahan-bahan bukti yang dikemukakan. Terima kasih.

            October 8, 2014, 1:46 am
      • wawa

        Trime ksh sy akan usukan hal ini kpda mjikan sy..

        October 3, 2014, 2:11 pm
      • Dikka

        Assalamualaikum…sy nak tanya sy bkal bersalin akhir bulan ini…sy sudah bkeja hampir stahun…tp majikan sy tdk memberi cuti bergaji pada tempoh 2bulan saya bercuti…adakah saya layan utk mendapat gaji pada tempoh 2bulan saya bercutu itu..?? mohon penjelasan…

        October 4, 2014, 4:41 am
        • Ismail N

          W’salam Dikka,

          Semestinya berhak. Ia telah diterangkan dengan terperinci dalam artikel di atas. Terima kasih.

          October 7, 2014, 6:10 am
  • anom

    Anak pertama lahir tahun 1997, saya mendapat cuti bersalin 42 hari.anak ke 2,3 dan 4 saya mendapat cuti bersalin selama 60 hari.adakan saya layak mendapat cuti bersalin 90 hari untuk anak ke 5?

    September 30, 2014, 10:04 am
    • Ismail N

      Dari mana dapat 90 hari tu? 😀
      Namun, kalau dalam kontrak kata 90 hari then 90 hari cuti bersalin anda.
      Jika tidak, maka 60 hari sahaja.

      October 1, 2014, 1:14 am
  • scha

    salam,

    saya ingin bertanya..jika seseorang cuti bersalin.
    sebagai cth gaji pokok sebanyak rm4000 dan incentive sebanyak rm500 setiap bulan. adakah incentive perlu di bayar sepanjang 2 bln pekerja tersebut cuti bersalin atau hanya gaji pokok yang perlu di bayar. Terima kasih.

    September 23, 2014, 10:51 am
    • Ismail N

      W’salam..

      Hanya gaji pokok sahaja kecuali ada dinyatakan sebaliknya dalam kontrak kerjanya.

      September 26, 2014, 7:30 am
      • scha

        Terima Kasih.

        September 26, 2014, 7:34 am
  • noor adhariah

    Berkenaan cuti bersalin
    Soalan
    Utk mkluman klu diikutkan due saya jatuh pada 26/09/14. Akan tetapi bru2 ini saya sudah tidak larat utk ke tempat kerja. Skrg saya mndapatkan mc dari klinik panel sehingga sehari sebelum saya brsalin…adakah cuti saya dikira dari hari pertama saya mc ataupun hari pertama saya bersalin? Kerana saya difahamkn oleh majikan cuti bersalin saya bermula pada hari pertama/mc saya sewaktu tidak larat bekerja…brmkna jika cuti bersalin saya 60 hari, jika saya telah ambil mc sblum bersalin selama 12 hari, brmkna baki cuti bersalin hnya tggal 48 hari…Pohon pencerahan dan berikan aktanya sekali? T/kasih

    September 19, 2014, 1:00 pm
    • Ismail N

      Hi Noor,

      Jika anda sudah hamil selama 22 minggu, anda sudah boleh memohon cuti bersalin. Soalnya, bila tarikh anda memohon cuti bersalin? Adakah anda ada memohon cuti bersalin?
      Jika anda cuma apply cuti sakit (MC) biasa, maka kelayakkan cuti sakit yang digunakan dan ditolak majikan. Namun, jika anda gunakan cuti bersalin:
      Maka, ya selepas bersalin, anda masih ada balance cuti bersalin yang boleh digunakan. Dalam kes ini 48 hari lagi kan?

      September 20, 2014, 2:16 am
      • noor adhariah

        48 hari adalah baki cuti bersalin jika saya ambil cuti bersalin awal 12 hari, tapi jika saya ambil mc biasa maka saya masih entitle untuk cuti bersalin 60 hari..adakah saya betul? Ade x apa2 act yg boleh saya rujuk koz saya khuatir.akn jd perkara berbgkit ktika masuk kerja semula nnti…tq

        September 20, 2014, 2:52 am
        • Ismail N

          Ya, jika kelayakan cuti sakit (MC) yang digunakan, maka kelayakkan cuti sakit sahaja yang akan ditolak. Cuti bersalin masih belum digunapakai lagi.
          Rujukan adalah pada Akta Kerja 1955. Cuma ia tidak sebut dengan terang-terang. Anda perlu mentafsirkan berdasarkan ayat-ayat yang digunakan dalam sekyen yang relevan.

          September 26, 2014, 6:34 am
  • yat

    Assalam.. company saya hanya kasi cuti 45 hari shj.. bolehkah saya membuat aduan.tp dalam offer letter x ada sebut tentang cuti bersalin.

    September 19, 2014, 4:02 am
    • Ismail N

      W’salam,

      Anda boleh berbincang dan mohon nasihat dari kaunselor JTK utk maklumat dan tindakan lanjut.

      September 19, 2014, 8:01 am
  • Farrah

    Salam… saya hendak bertanya… sy tgh hamil 7 bulan… dan ingin meletak jawatan dengan notis 3 bulan… sy berniat utk memberi notis pada awal bulan 11… persoalan skrg, adakah selepas sy bersalin (yang dijangka pada hujung bulan 11), saya perlu untuk bekerja semula selepas habis tempoh cuti bersalin?di mana baki tempoh bekerja adalah 2 bulan… sila bantu saya dengan permasalahan ini…. sekiranya boleh, sertakan akta yang berkaitan… terima kasih.

    September 17, 2014, 3:10 am
    • Ismail N

      Salam Farah,

      Jika anda sudah hamil 7 bulan, maka sudah lebih 22 minggu hamil kan? Oleh itu, anda sudah boleh memulakan cuti bersalin anda dari sekarang (dengan syarat anda pekerja yang dilindungi oleh Akta Kerja 1955, iaitu bergaji RM 2k dan kebawah).
      Cuti bersalin maksima yg dibenarkan oleh Akta adalah selama 60 hari. Apply dahulu dan dapatkan approval utk cuti bersalin itu.
      Selepas cuti diperolehi, maka barulah anda berikan notis 3 bulan berhenti kerja.
      Oleh kerana anda cuma ada dua bulan cuti bersalin berbayar sahaja, maka ada satu bulan lagi utk anda berkerja selepas bersalin. Anda boleh gunakan cuti tahunan jika masih ada dan selebihnya, ada perlu pergi berkerja bagi mengelakkan anda terpaksa membayar nilai notis yang masih tinggal.

      September 17, 2014, 3:42 am
  • HZL

    Alsalam alaykum & salam sejahtera. Saya adalah seorang guru di sekolah antarabangsa. Status saya di sekolah ialah guru sepenuh masa, mendapat bayaran bulanan & kontrak di perbaharui secara tahunan (1 tahun).
    Apabila mengetahui sy mengandung, saya bertanya pada HR mngenai cuti bersalin, prosedur cuti & hal-hal berkaitan.
    Saya dimaklumkan bahawa, guru hanya akan diberi cuti bersalin 21 hari bekerja, dan tidak berbayar. Alasannya, gaji saya akan digunakan untuk membayar gaji guru gantian semasa saya bercuti bersalin. Boleh ke pihak sekolah memotong gaji 21 hari bekerja saya smasa sya cuti bersalin? Dari pembacaan & kefahaman saya, saya layak menerima gaji penuh walaupun cuti bersalin, harap betulkan jika saya salah faham. Terima kasih.

    August 24, 2014, 4:57 pm
    • Ismail N

      W’salam,

      Ya, cuti bersalin adalah cuti bergaji, maka gaji perlu dibayar dengan penuh oleh majikan.

      August 25, 2014, 6:51 am
  • nabiella

    Sy mempunyai kontrak selama 5thn dgn sebuah syarikat swasta dan tlh mndpt confinement leave slma 2 bln..pihak HR menyatakan kpd saya bhwa kontrak sy akan dilanjutkan lg 2 bln (bermakna 5thn 2bln) krna perlu mnggantikan cuti bersalin slma 2 bln tu..mohon kepastian..

    August 19, 2014, 4:24 pm
    • Ismail N

      Nabiella,

      Cuti bersalin tidak perlu di gantikan. Ia adalah cuti bergaji. Manakala notis berhenti kerja boleh di berikan pada bila-bila masa sahaja.

      August 20, 2014, 7:48 am
  • rozihan

    sya nak tau pasal cuti ehsan kematian

    August 19, 2014, 5:07 am
    • Ismail N

      Rozihan,

      Cuti ehsan tidak di wajibkan oleh undang-undang. Terpulang kepada majikan samada mahu memberikannya atau tidak.

      August 20, 2014, 7:47 am
  • suhaila

    Jika seorang wanita itu telah cuti bersalin. adakah dia masih layak mendapat cuti tahunan atau tidak. jika ya adakah sama seperti syarat cuti tahunan biasa atau berapa? saya mula berkhidmat april 2012, saya bersalin febuari 2014; berapa hari cuti tahunan saya patut dapat?

    July 21, 2014, 5:55 am
  • Suziyana Bt Abdul Hamid

    Saya ingin mengetahui bila melahirkan anak yang ke 6 tidak layak menerima gaji??adakak itu benar?? Atau bagaimana saya boleh mengetahui nya kerana kata majikan saya jika anak ke 6 sudah tidak layak dibayar gaji ketika dalam cuti bersalin.Adakah itu benar??

    January 21, 2014, 11:02 am
    • Dulu Lain Sekarang Lain

      Jika anda bersalin anak ke-enam, tujuh dan seterusnya, anda masih berhak kepada cuti bersalin BERGAJI.
      Yg anda tidak layak hanyalah elaun bersalin. Rujuk artikel di atas kembali. Terima kasih.

      January 22, 2014, 12:42 am
  • Nurul

    Saya mula melaporkan diri di company baru 1/10/2013. Didalam offer letter tidak dinyatakan bahawa company tidak akan membayar elaun bersalin. Semasa temuduga saya dengan terang menyatakn keadaan sy yg akan dijangka bersalin awal December 2013. Keadaan fizikal lagi jelas dan nyata. Sy juga telah bertanyakn kepada pihak HR mengenai benefit seperti kelayakan bersalin/elaun bersalin. Dan secara terang pihak HR menyatakan saya layak untuk hak tersebut. Pertikian timbul apabila pikah HR tidak mengakui kesilapan yg datang dari pihak mereka dimana mereka tidak pernah menyebut apa-apa exception untuk saya. Malahan dlm offer letter jelas menyatakan segala hak sy termaktub dibwh Collective Aggrement (CA) between company dan staff yang boleh sy nyatakan disini. Jelas dlm CA menyatakan pekerja layak mendapat 2 bulan cuti bersalin serta elaun bersalin (bergaji penuh).

    Mohon diberikan cara utk sy menyatakan kebenaran dan hak yang patot sy terima. Sekian.

    *sy telah berhenti di company lama dengan menerim tawaran dicompany baru. Tidak ada unsur desperate utk sy menerima kerja di company baru jika saya diberikan penerangan yg jelas mengenai hal ini.
    Sekian.

    November 8, 2013, 5:33 pm
    • Dulu Lain Sekarang Lain

      Di mana terdapat apa-apa kontrak atau perjanjian bertulis, saya nasihatkan anda rujuk kepada kaunselor di JTK berdekatan.

      Saya tidak boleh apa-apa tafsiran tanpa melihat dokumen yang berkaitan.

      Terima kasih.

      November 11, 2013, 7:37 am
  • syu

    saya sudah bekerja selama 1tahun setengah dan kontrak saya akan tamat dan tidak disambung pada 31october ini dimana pada ketika itu saya dalam keadaan 8 bulan mengandung. Adakah saya layak menerima elaun bersalin?

    October 3, 2013, 7:33 am
    • Dulu Lain Sekarang Lain

      Anda perlu merujuk kembali ke artikel di atas dan lihat samada anda memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan.

      Terima kasih.

      November 11, 2013, 7:38 am
  • Mohd Rozi

    Operator production sedang mengandung 3 bulan
    Memohon cuti tanpa gaji memandang alahan kepada keadaan di tmpat kerja
    Mendapat surat sokongan dari doctor panel.
    Bersetuju untuk tidak mendapat faedah cuti bersalin
    Adakah pihak syarikat berhak untuk tidak membayar faedah cuti bersalin sekiranya
    Pekerja telah mengambil cuti tanpa gaji sebelum brsalin?

    July 25, 2013, 8:19 am
    • Dulu Lain Sekarang Lain

      Faedah bersalin bagi pekerja gaji bulan bergantung samada dia menerima cuti bersalin bergaji atau tidak. Jika cutinya cuti bersalin bergaji, maka faedah bersalin dianggap telah diterima. Soal samada dia mengambil cuti tanpa gaji sebelum bersalin tidak beri kesan pada hal ini..

      Terima kasih.

      July 27, 2013, 6:08 am
  • June Teo

    pekerja yang baru masuk kerja sebulan dan belum confirm lagi hamil. adakah majikan wajib bayar gaji cuti bersalin kepadanya.

    June 21, 2013, 1:33 am
    • Ismail N

      ya. dia tetap layak pada maternity leave berbayar tertakluk kepada syarat2 mengenai ‘confinement’ (rujuk di atas) di patuhi..

      June 23, 2013, 9:42 am
  • roslena

    In in bertanya dalam a ta kerja 1955 ,sec 37 pekerja wanita tidak layak untuk dibayar maternity allowance at that time of her confinement she has five or more surviving children. Bagaimana sekiranya ing in kit a mendapatkan kelayakan lebih dari 5 anak.

    May 7, 2013, 2:09 pm
  • Suri

    1.wajarkah dibayar gaji kepada wanita yang cuti bersalin selama 2 bulan memberi surat berhenti kerja secara tiba-tiba atas alasan anak tiada org jaga?

    April 9, 2013, 9:04 am
  • Shasha

    bagaimana kadar bayaran (rate of payment) seseorang pekerja yang dipanggil utk bekerja lebih awal sebelum tamat cuti bersalin.

    March 31, 2013, 1:54 pm
  • akubiomed

    Ada beberapa laporan ada kes diskriminasi untuk wanita yang mengandung diminta berhenti kerja. Apa akta ini jelas melindungi dan mengiktiraf wanita yang berbadan dua.

    March 19, 2013, 5:44 am
    • Dulu Lain Sekarang Lain

      Ada disebutkan, pekerja wanita tidak boleh dihentikan kerja semasa tempoh bersalin dan ia nya dipakai utk semua wanita tak kira berapa gaji mereka.

      March 20, 2013, 9:03 pm
  • TehR

    untungnya pekerja wanita
    harap2 majikan tak lambakkan tugas selepas mereka cuti bersalin
    hehe

    March 18, 2013, 2:50 pm
    • Dulu Lain Sekarang Lain

      Rasanya berpada lah faedah yg diberikan sebab melakasanakan tugas yg murni yg kaum lelaki tak boleh share. Kan? 😀

      March 18, 2013, 11:39 pm