Dulu Lain Logo
Cuti Tahunan – Berhenti Kerja Sebelum Cukup Setahun Kerja Cuti Tahunan – Berhenti Kerja Sebelum Cukup Setahun Kerja
Sambungan dari entri CUTI TAHUNAN. Proviso Seksyen 60 E (1) Akta kerja 1955 berbunyi” “dan jika ia tidak cukup dua belas bulan perkhidmatan berterusan... Cuti Tahunan – Berhenti Kerja Sebelum Cukup Setahun Kerja
annual leave

Gambar kredit kepada cartoonwork.com

Sambungan dari entri CUTI TAHUNAN. Proviso Seksyen 60 E (1) Akta kerja 1955 berbunyi”

“dan jika ia tidak cukup dua belas bulan perkhidmatan berterusan dengan majikan yang sama sepanjang tahun yang mana kontrak perkhidmatannya tamat, haknya untuk mendapat cuti tahunan berbayar hendaklah mengikut nisbah langsung dengan bilangan bulan perkhidmatan yang dicukupkan”

Oleh itu, jika anda bekerja selama 6 bulan dan kemudiannya berhenti kerja, maka cuti tahunan berbayar yang anda layak terima adalah sebanyak:

cuti-tahunan

Situasi:

Anif menyertai Sykt DLSL pada 1hb April 2011 dan menerima gaji sebanyak RM 1,200. Dia bercadang untuk berhenti kerja pada 15hb Oktober 2011.

Adakah ada sebarang perbezaan pada kelayakkan cuti tahunan berbayar Anif jika dia berhenti kerja pada 1hb November 2011?

cuti-tahunan-2

Selanjutnya proviso pada Seksyen 60 E (1) Akta Kerja 1955 menyatakan:

“Dengan syarat bahawa mana-mana pecahan dari satu hari cuti tahunan yang  dikira sedemikian yang kurang dari setengah daripada satu hari hendaklah diabaikan, dan sekiranya pecahan daripada satu hari ialah setengah atau lebih ia hendaklah dianggap sebagai satu hari”

Oleh kerana 4.7 adalah lebih setengah bagi satu hari, maka cuti tahunan berbayar yang Anif layak terima jika berhenti kerja pada 1hb November 2011 adalah 5 hari.

Penamatan kontrak oleh mana-mana pihak sebelum pekerja mengambil cuti tahunan berbayar.

  1. Pekerja berhenti kerja sebelum mengambil atau menghabiskan cuti yang beliau berhak.
  2. Majikan memberhentikan pekerja sebelum pekerja mengambil atau menghabiskan cuti yang beliau berhak.

Rujuk pula pada Seksyen 60 E 3(A) Akta Kerja 1955 yang berbunyi:

“Jika kontrak perkhidmatan telah ditamatkan oleh mana-mana pihak sebelum pekerja mengambil cuti tahunan berbayar yang mana ia berhak di bawah seksyen ini, majikan hendaklah membayar pekerja kadar upah biasanya bagi setiap hari cuti tersebut”.

Contoh:

Nizam mempunyai baki cuti tahunan berbayar sebanyak 14 hari semasa di berhenti kerja dengan Syarikat DLSL. Upah biasa (ORP) sehari beliau adalah RM 80 sehari. Oleh itu, Syarikat DLSL hendaklah membayar Nizam sebanyak:

RM 80 x 14 hari = RM 1120

bagi baki cuti tahunan berbayar yang belum di bayar semasa Nizam berhenti kerja.

Namun, bayaran ini tidak akan dinikmati oleh pekerja jika dia ditamatkan kerja melalui notis oleh majikan di bawah Seksyen 14 (1) Akta Kerja 1955.

Proviso Seksyen 60 E 3(A) Akta Kerja 1955:

“Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak terpakai sekiranya pekerja dipecat di bawah Seskyen 14 (1) (a)”

*Seksyen 14 (1) (a) adalah pemecatan pekerja tanpa notis atas alasan-alasan tingkah laku selepas siasatan yang sepatutnya (after due inquiry) telah dijalankan oleh majikan. Seksyen ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut bila entri mengenainya dibuat nanti insya-allah…

– Cuti Tahunan – Berhenti Kerja Sebelum Cukup Setahun Kerja

Ismail N

ISMAIL N is the Chief Blogger/Blog Owner. An HR practitioner in his normal daily life & a casual blogger in his free time. Addicted to coffee, Man Utd and Pokemon Go (TL40). Most easily accessed via his Twitter account.