Cuti Umum Di Malaysia

Cuti Umum Di Malaysia

Antara soalan sering dikemukakan oleh pembaca blog ini adalah soalan-soalan yang berkaitan dengan cuti umum.

Adakah majikan boleh memilih samada mahu berikan cuti umum atau tidak?

Bolehkah majikan memaksa pekerja berkerja pada cuti umum?

dan sebagainya.

Artikel ini akan cuba mengupas persoalan-persoalan di atas dan lain-lain soalan anda berkenaan cuti umum ataupun Hari Kelepasan Am bagi rakyat Malaysia.

Akta Kerja 1955

Walaupun terdapatnya banyak CUTI UMUM (Hari Kelepasan Am) yang di wartakan di bawah Akta Hari Kelepasan Am 1951 di Malaysia, namun di bawah Akta Kerja 1955, majikan TIDAK DIWAJIBKAN memberikan cuti pada setiap cuti umum yang diwartakan itu kepada pekerja mereka.

Baca juga: Akta Kerja 1955: Samada Pekerja Di Lindungi Oleh Akta Atau Tidak

Majikan boleh memilih SEBELAS (11) cuti sahaja sebagai cuti berbayar dalam satu tahun calendar. 

Namun dari 11 itu LIMA (5) darinya MESTIlah (WAJIB) terdiri dari:-

  1. Hari Kebangsaan
  2. Hari Keputeraan YDP Agong
  3. Hari Keputeraan Raja-Raja/YDPertua Negeri atau Hari Wilayah jika pekerja bekerja di Wilayah Persekutuan
  4. Hari Pekerja
  5. Hari Malaysia

Cuti umum wajib di atas tidak boleh diganti dengan hari lain.

Baki ENAM (6) cuti lagi boleh dipilih oleh majikan mengikut budi bicara mereka.

Akan tetapi majikan wajib memberitahu pekerja melalui satu notis yang dipamerkan di tempat kerja sebelum bermulanya tahun kalendar yang baru.

peruntukkan cuti umum

Cuti Umum Tambahan

Satu lagi cuti tambahan adalah di bawah Seksyen 60D (1) (b) Akta Kerja 1955  iaitu:

pada mana-mana hari yang diumumkan sebagai hari kelepasan am di bawah Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951

Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 ini merujuk kepada cuti mengejut yang diberikan oleh kerajaan yang belum di wartakan.

Contohnya:

Secara mengejut kerajaan memberi CUTI KHAS atas kejayaan pasukan bolasepak Malaysia dalam mana-mana kejohanan yang disertai.  Cuti ini adalah TAMBAHAN kepada 11 cuti di bawah Seksyen 60D (1) (a) di atas.

Namun, majikan boleh mengantikan tarikh cuti khas ini dengan mana-mana hari lain jika mahu.

Section 8 Holiday Act 1951

“The Minister may, by notification in the Gazette or in such other manner as he thinks fit, appoint in respect of West Malaysia or the Federal Territory or, after consultation with the State Authority, in respect of a State, a day to be observed as a public holiday or a bank holiday in addition to or in substitution for any of the days mentioned in the Schedules and thereupon this Act shall in West Malaysia, or in the Federal Territory, or in the State in respect of which a day is appointed to be observed as a holiday as aforesaid be applicable to such day in the manner as if the said day has been mentioned in the First Schedule or the Second Schedule,as the case may be.”

cuti umum tambahan

Nota: Jika majikan ingin memberikan lebih dari 11 hari cuti setahun kalendar atau memberikan cuti pada semua hari-hari kelepasan am yang diwartakan, maka terpulanglah kepada majikan. Akta Kerja hanya mengenakan syarat MINIMA SAHAJA. Majikan yang ingin memberikan faedah yang lebih kepada pekerja amat digalakkan



Bolehkah Majikan Meminta Pekerja Berkerja Pada Hari Kelepasan Am Atau Cuti Umum Ini?

Walaupun majikan telah menetapkan hari-hari cuti yang pekerja layak mendapat cuti berbayar, namun ini tidak bermakna majikan tidak boleh meminta pekerja BERKERJA PADA HARI KELEPASAN AM tersebut.

Namun, jika pekerja pada hari cuti umum (kelepasan am), maka pekerja layak mendapat upah yang lebih tinggi mengikut kadar minima yang ditetapkan oleh Akta Kerja 1955.

Seksyen 60 D (3) (a) Akta Kerja 1955:

Walau apa pun subseksyen (1), (1A) dan (1B) mana-mana pekerja boleh dikehendaki oleh majikannya bekerja pada mana-mana hari kelepasan berbayar yang dia berhak di bawah subseksyen tersebut dan dalam keadaan tersebut dia hendaklah, sebagai tambahan kepada bayaran hari kelepasan yang dia berhak dapat bagi hari tersebut:

(i) dalam hal pekerja yang diambil bekerja secara bulanan, mingguan, harian dan jam atau lain-lain kadar bayaran yang serupa dibayardua hari upah pada kadar biasa; atau

(ii) dalam hal pekerja yang diambil bekerja atas kadar ikut kerja, dibayar dua kali ganda kadar biasa bagi satu kerja,

tidak kira bahawa tempoh kerja yang dilakukan itu pada hari itu kurang daripada waktu-waktu kerja yang normal.

Nota: Untuk kadar OT pada hari cuti umum atau kelepasan am ini, sila rujuk entri mengenai “Kerja Lebih Masa“.

Kes: Oriental Star Lumut Park Resort Sdn Bhd v Mansor Daoh [1996] 2 ILR 1065

Fakta Kes: Di dalam kes ini, pekerja-pekerja diminta hadir berkerja pada 31hb Ogos 1994. Namun mereka tidak hadir dengan alasan 31hb Ogos adalah merupakan hari kelepasan am yang wajib diberikan kepada pekerja.

Isu: Adakah majikan boleh mengarahkan pekerja berkerja pada hari kelepasan am atau cuti umum?

Keputusan Mahkamah: Majikan boleh mengarahkan pekerja berkerja pada SEMUA hari kelepasan am berdasarkan Seksyen 60D (3) (a) DENGAN SYARAT majikan membayar upah sebagaimana yang ditetapkan pada sub-seksyen 3(a) (i) dan (ii)

Nota: Keputusan yang sama turut diberikan dalam kes: Lion Metal Industries Sdn Bhd v Metal Industry Employee’s Union [ICR Award 267/1993].

Keperluan Untuk Hadir Hari Sebelum Atau Selepas Hari Kelepasan Am

Seksyen 60 D (2) Akta Kerja 1955 menggariskan syarat-syarat hadir kerja sebelum atau selepas cuti umum sebelum pekerja berhak kepada cuti umum berbayar. Maksud ketidakhadiran di sini adalah tanpa kebenaran majikan (AWOL) dan tanpa alasan yang munasabah.

“Mana-mana pekerja yang tidak hadir kerja pada hari kerja sebelum atau selepas hari kelepasan am atau dua atau lebih hari-hari kelepasan am berturut-turut atau mana-mana hari atau hari yang digantikan kepadanya di bawah seksyen ini tanpa kebenaran terdahulu daripada majikannya adalah tidak berhak mendapat apa-apa bayaran hari kelepasan untuk hari kelepasan tersebut atau hari-hari kelepasan terturut-turut melainkan ia mempunyai alasan munasabah bagi ketidakhadiran itu”

PONTENG cuti umum

Nota: Keperluan pada Seksyen ini:

1. Pekerja adalah TIDAK HADIR

(a) Sebelum hari kelepasan am, ATAU

(b) Selepas hari kelepasan am

2. Tanpa kebenaran majikan

3. Tanpa alasan munasabah untuk tidak hadir

Seksyen 60 D (2) Akta Kerja 1955

Seksyen 60 D (2) Akta Kerja 1955 b

Cuti Sakit Yang Diberikan Pada Cuti Umum

Menurut Seksyen 60 D (1B), apabila cuti sakit bertindih dengan cuti umum, maka cuti umum ini hendaklah diganti. Namun, cuti ini tidaklah ‘automatik’ dan hendaklah diberi pada hari yang dipersetujui oleh majikan.

“Sekiranya mana-mana hari kelepasan am itu atau mana-mana hari lain yang digantikan kepadanya sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) atau (1A) jatuh dalam tempoh di mana pekerja sedang dalam cuti sakit atau cuti tahunan yang mana pekerja itu berhak di bawah Akta ini, atau jatuh dalam jangka masa tempoh ketidakupayaan sementara di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 atau di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, majikan hendaklah memberikan hari yang lain sebagai hari kelepasan berbayar sebagai ganti baagi hari kelepasan am atau hari yang digantikan itu”

Cuti Sakit dan Cuti Umum

Rujuk kes: Malaysian Airline System (MAS) v Nahaza Ahmad Bin Abd Salam [1994] 1 ILR 945

Fakta Kes: Dalam kes ini pekerja diberikan cuti sakit oleh doktor dan cuti itu jatuh pada hari cuti umum. Esoknya (hari selepas cuti umum), pekerja telah tidak datang kerja dengan alasan dia layak pada cuti ganti.

Keputusan Mahakamah: Cuti ganti bukanlah sesuatu yang automatik. Ia perlu diberi pada hari yang telah dipersetujui.

“It is the finding of the court that the Claimant was not entitled to take 9th March 1989 as a replacement for the medical leave that he had obtained on the 8th which was a public holiday. Section 60D (1B) of the Employment Act 1955 does not provide that an employee can automatically take the next day in lieu of the sick leave which fell on a public holiday although it says that the company shall grant another day in substitution thereof”

Cuti Umum Jatuh Pada Hari Rehat Dan “Off Day”

Mengikut proviso pada Seksyen 60 D (1), jika hari kelepasan am jatuh pada hari rehat, maka kerja yang berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am sebagai ganti.

“Dengan syarat bahawa jika mana-mana hari kelepasan am yang dirujuk di perenggan (a) dan (b) jatuh pada hari rehat maka hari bekerja berikut selepas sahaja hari rehat tersebut hendaklah menjadi hari kelepasan berbayar sebagai ganti untuk hari kelepasan am tersebut”

Cuti Umum Jatuh Pada Hari Rehat

Bagaimana pula jika syarikat memberikan dua hari rehat seminggu? Extra Off-Day buat pekerja seminggu. Lihat contoh di bawah:

Cuti Umum Jatuh Pada Hari Rehat 2

Jika Hari Pekerja jatuh pada ‘off  day‘ pekerja, maka bilakah cuti ganti (jika ada) bagi pekerja memandangkan 02/05/201X pekerja masih bercuti iaitu Hari Rehat pekerja?

Oleh kerana Seksyen 60 D (1) cuma menyatakan tentang hari ‘rest day’, maka cuti umum yang jatuh pada hari ‘off-day’ tidak perlu diganti.



Kerja Pada Hari Cuti Umum (Kelepasan Am)

Sekiranya pekerja berkerja pada cuti umum (selain 5 cuti umum wajib yang disebut di atas), majikan boleh menggantikan cuti tersebut dengan hari lain, dengan persetujuan pekerja (rujuk proviso S.60D(1A).

Sekiranya majikan tidak mahu mengganti dengan hari lain, maka pekerja yang berkerja pada hari kelepasan am berhak kepada bayaran tambahan selain dari upahnya pada hari tersebut.

(i) dalam hal pekerja yang diambil bekerja secara bulanan, mingguan, harian dan jam atau lain-lain kadar bayaran yang serupa dibayardua hari upah pada kadar biasa; atau

(ii) dalam hal pekerja yang diambil bekerja atas kadar ikut kerja, dibayar dua kali ganda kadar biasa bagi satu kerja,

tidak kira bahawa tempoh kerja yang dilakukan itu pada hari itu kurang daripada waktu-waktu kerja yang normal.

Contoh:

  • En. Maza bekerja di Syarikat DLSL.
  • Kadar upah harian nya adalah RM 80 sehari.
  • 1hb Mei adalah Hari Pekerja. Namun, atas sebab-sebab kecemasan En Maza diminta oleh majikannya berkerja pada hari tersebut.
  • Kerja-kerja disiapkan oleh En Maza dalam masa tidak sampai 2 jam.
  • Oleh kerana tiada tugas lain yang perlu disiapkan, En. Maza dibenarkan pulang oleh majikannya.

Soalan: Berapakah yang wajib dibayar oleh Sykt DLSL kepada En Maza bagi kerja-kerja pada 1hb Mei itu?

Jawapan: Di bawah Seksyen 60 D (30) (a) Akta Kerja 1955 Sykt. DLSL wajib membayar En. Maza upah hari tersebut dan dua kali upah tambahan biarpun dia cuma berkerja tak sampai 2 jam. Seksyen ini tidak menyebut berapa jam dia perlu bekerja. Oleh itu, asalkan dia bekerja, dia layak mendapat bayaran 1 + 2 bagi kerja pada hari kelepasan am. Oleh itu pada 1hb Mei, En Maza perlu di bayar RM 80 + RM 80 x 2 = RM RM 240.

Kemaskini: 29hb September 2018

soalan dan kemusykilan

167 Comments

  1. Salam.saya ingin bertanya penjelasan tentang kadar bayaran bekerja pada Cuti Maulidur rasul..tapi dipihak syarikat cuti ini tiada dlm kontrak rasmi.?bole minta penjelasan.tq

    1. Hi, Holidays Ordinance (Sabah) memperuntukkan 18 hari cuti umum. Sabah Labour Ordinance menetapkan 14 hari cuti umum (termasuk 4 hari cuti wajib).

  2. Cuti umum jatuh pd hari ahad, contohnya 16/9/2018 (1 malaysia) , hari ahad kilang memang tak buka . Isnin pekerja seperti biasa kerja. Adakah majikan perlu bayar double bg hr isnin .

  3. Saya bekerja shift 12 jam sehari, 4 hari kerja dan 4 hari rehat. Tetapi syarikat saya membuat aktiviti team building selama 3 hari termasuk travelling day dan penginapan dimana 3 daripada 4 hari offday saya digunakan untuk aktiviti tersebut. Kehadiran adalah wajib dan tindakan tata tertib akan diberi jika pekerja tidak hadir. Adakah saya boleh claim overtime untuk aktiviti tersebut?

  4. Assaalamualaikum, saya bekerja pada cuti umum sama ada yang cuti yang dipilih majikan dan cuti umum yang memang wajib. persoalan saya ialah, bolehkah majikan memilih untuk tidak membayar gaji ‘double pay’ tapi mengantikannya dengan annual leave?

  5. Hai. Saya ingin bertanya jika situasi seperti begini. Jika pekerja rela untuk bekerja tanpa disuruh oleh majikan pada:

    1) Hari Cuti Agong – 9 Sep 2018 (Ahad) dan cuti dibawa ke hari berikutnya (Isnin), bermakna pekerja bekerja pada hari Isnin;

    2) Cuti Hari Malaysia – 16 Sep 2018;

    Soalan: Adakah majikan WAJIB untuk membayar pekerja pada kadar upah yang lebih tinggi (doble/triple) berdasarkan cuti wajib itu?

    Harap dapat membantu.

  6. salam tuan. staf saya bekerja pada hari ahad iaitu cuti umum hari malaysia 16/9/2018, dan pada hari isnin 17/9/2018 juga dia bekerja seperti biasa. hari ahad tersebut bukanlah hari rehat atau day-off pekerja tersebut kerana mereka kerja shift.

    soalan saya, adakah staf saya tu layak dapat OT bekerja pd cuti umum untuk hari ahad dan isnin? atau ahad itu sahaja? terima kasih.

  7. Salam..sy pekerja shift dan dalam jadual sy dirancangkan untuk kerja padi hari KAM adekah sy layak membuat claim duit jika sy tidak bersetuju utk claim cuti?

  8. jika syarikat membayar gaji tidak mengikut kadar bayaran yang telah di tetapkan dalam kata Buruh ( 2.0 untuk hari ahad dan 3.0 untuk cuti umum ), apa yang oerlu kita buat…? tq

    1. Jika anda sangsi ttg pengiraan gaji, anda blh :
      1. tanya HR utk penjelasan
      2. jika x puas hati dgn penjelasan HR, boleh tanya JTK terdekat. Kalau x mau dedah nama syarikat, blh tanya secara anonymous.

    1. It’s not that straight forward, sir. Basically, you must determine whether the PH is observed by the company as companies are only obliged to observe 11 PH per year (if company observe more PH, is better). If the PH is observed by the company and it falls on a rest-day, then Monday will be the PH.

      I don’t know whether there is any special exemption for car companies. You could ask the nearest JTK for confirmation.

  9. As salam encik, dimana saya boleh dptkan sebarang kenyataan yg kukuh mengenai cuti yg harus diganti jika cuti umum jatuh pada hari ahad ? majikan saya menyatakan bahawa semua kedai kereta mmg tidak dpt cuti ganti pada hari isnin jika public holiday jatuh pada hari ahad dan kami perlu bekerja seperti biasa pd hari isnin tnpa apa2 bayaran lebih.. saya cuma mahukan kenyataan untuk ditunjukkan kepadanya tanpa memanjangkan hal ini pd pejabat buruh kerana majikan sy baik, cuma psl cuti ini saja yg saya tidak puas hati .. Terima kasih..

    1. Puan,
      1) Bila off-day dan rest day syarikat? Contoh, jika hari kerja syarikat ialah Isnin – Jumaat, maka Sabtu ialah off-day dan Ahad ialah rest day. Saya andaikan syarikat puan tiada kesatuan pekerja dan Ahad rest day.

      2) Kenal pasti bilakah tarikh cuti umum (PH) yg dipilih oleh syarikat (rujuk terma kontrak). Mengikut Akta Kerja, majikan perlu bagi sekurang-kurangnya 11 PH (rujuk artikel di atas). 5 cuti wajib (tidak blh diganti dan telah ditetapkan oleh Akta) dan 6 majikan boleh pilih.

      3) Kalau rest day ialah Ahad dan cuti umum jatuh pada hari Ahad, maka hari Isnin adalah dikira PH. Kalau majikan mengkehendaki pekerja bekerja pada hari Isnin, maka majikan blh mangganti cuti dengan hari lain (mesti dengan persetujuan pekerja) atau bayar pekerja pada kadar cuti umum.

      Tiada kenyataan blh kami berikan selain rujuk Akta Kerja 1955, seksyen 60D. Syabas kami ucapkan kpd puan krn menimbangkan kepentingan syarikat sebelum merujuk kpd JTK.

      1. Terima kasih di atas penjelasan puan. Sy ingin meminta sedikit lg penjelasan, jika majikan tidak mematuhi akta kerja tersebut dan tetap menetapkan pekerja untuk bekerja seperti biasa pada hari isnin (cuti rehat syarikat pada hari Ahad) jika public holiday jatuh pada hari ahad tanpa bayaran kadar cuti umum, bagaimana ya? Dan adakah semua syarikat swasta terlibat dlm undang2 ini termasuk kedai kereta atau bengkel kereta sekalipun?

      2. Terima kasih diatas penjelasan puan. Tetapi bagaimana jika setelah diberitahu, majikan masih tidak mahu mengantikan cuti umum yg jatuh pd hari ahad pada hari isnin? (hari rehat syarikat adalah ahad) adakah syrkt penjualan kereta terkecuali dari mematuhi akta kerja ini?

        1. Maaf ya, saya tidak tahu sama ada terdpt pengecualian tersebut. Saya syorkan puan telefon JTK terdekat & bertanya secara anonymous jika puan mahu merahsiakan identiti majikan.

  10. Sir, are all companies regardless of large/small companies selling any items example workshop or wholesalers companies need to replace the public holidays that fall on the holidays (saturday / sunday)? and if the worker be commanded to work, should a double salary be paid? Can you please attach any notice or references to confirm this statement about this replacement leave? Thank you.

    1. Sir, 1) employees who are covered under the Employment Act are entitled to a minimum of 11 public holidays (PH) per year, 5 of which are determined by the law (S.60D(1)(a)), while the company can decide on the other 6 PH.
      2) The 5 compulsory PHs cannot be substituted with other day. So, if employees are required to work on those days, company must pay the PH rate.
      3) If the company need employees to work on the other PH, company can either substitute the PH with another day (with employees’ consent) or pay the employees the PH rate.

      Please refer to the Employment Act 1955, S.60D.

  11. Hi Assalamualaikum, sy ingin bertanya.. majikan sy tidak memberikan cuti peristiwa yang jatuh pada hari Ahad pada tahun hadapan (tahun 2019) kepada pekerja. Sebagai contoh, Hari Wesak (19 Mei 2019-Ahad), Hari Raya Haji (11 Ogos 2019-Ahad), Awal Muharam (1 Sept 2019-Ahad), Hari Deepavali (27 Oct 2019-Ahad), kami harus bekerja pada hari yang sepatutnya hari kelepasan am bagi kami iaitu pada hari Isnin (kerana kami bekerja di negeri Johor). Dan majikan memberikan kami cuti tahunan tambahan pada tahun berikutnya.

    Persoalannya, adakah wajar tindakan majikan sy terhadap pekerjanya kerana tidak memberi cuti pada hari kelepasan am kami dan mewajibkan kami bekerja pada hari cuti tersebut? Dan menggantikkannya dengan cuti tahunan tambahan pada tahun hadapan (2020) tanpa persetujuan pekerja.

    Kami bekerja setiap hari Isnin hingga Jumaat dan Cuti Rehat kami pada hari Sabtu dan Ahad.

    1. Waalaikumsalam. Let’s recap : 1) Off day Sabtu. Rest day Ahad. 2) Majikan arah kerja pada cuti ganti Isnin bg PH yg jatuh pd hari Ahad. 3) Majikan ganti cuti Isnin tersebut dgn cuti tambahan pada thn 2020.

      Utk menjawab soalan ini, saya mengandaikan syarikat tuan x kesatuan sekerja. Amnya, bg Semenanjung Msia, majikan wajib bagi 11 cuti PH setahun kpd pekerja yg jatuh di bwh Akta Kerja. So, saya anggap PH yg dipilih oleh syarikat tuan termasuk cuti2 tersebut (Wesak, Aidiladha, dll).

      Apabila PH jatuh pada rest day, ia wajib diganti ke hari kerja berikutnya. Namun begitu, majikan boleh mengganti cuti ganti Isnin tersebut dgn hari lain jika perlu beroperasi pd hari tersebut, tapi dengan syarat majikan telah mendapat persetujuan pekerja (rujuk S.60(D)(1A) Akta Kerja 1955).

      Jika pekerja tidak setuju, maka majikan boleh mengarah pekerja bekerja pada hari cuti ganti Isnin tetapi hendaklah membayar pekerja tambahan 2 ORP.

  12. hai saya nk tnye. bapa rakan saya meninggal dunia pagi ini. adakah cuti ehsan wajib diberikan oleh rakan saya yang telah kehilangan bapanya? dan berapa hari yg wajib diberikan?

  13. Saya nak tanya, andai saya ditugaskan di luar negara pada 31 Ogos 2018, adakah saya layak menerima double/triple pay atau cuti berganti? Adakah dalam akta?
    Syarikat saya memberi alasan hari tersebut tidak cuti di luar negara, maka saya tidak layak terima apa apa pun.
    Boleh saya tahu kebenarannya?

    1. Kuatkuasa undang-undang amnya mengikut lokasi dan bukan kewarganegaraan. Jika anda berkerja di luar negara bermakna anda dan majikan anda perlu patuh pada undang-undang di negara tersebut dan bukannya undang-undang Malaysia. Sama juga warga asing yang berkerja di Malaysia, perlu patuh pada undang-undang negara ini. Hari Kebangsaan kita bukan cuti umum untuk negara lain. Maka, jika anda diluar Malaysia. anda berkerja seperti biasa.

  14. Salam..nak tanya kalau seorang staff selalu lambat masuk kerja, cuti x inform, boleh x kita terminated kan staff ini?terima kasih

  15. Salam Tuan,

    Saya ada pertanyaan. Pekerja saya ingin mengambil cuti tanpa gaji dari 1 Okt 2014 hingga 24 okt 2014. Adakah Syarikat wajib membayar balik Cuti Am pada 5 hb Okt (hari raya korban) & 23 hb Okt (deepavali).

  16. salam tuan.. saya penjawat awam.. saya bertugas pada rest day saya (ahad) 31 ogos 2014.. cuti umum pada 31 ogos tersebut digantikan pada 1 sept (isnin).. apakah status kerja lebih masa saya pada 31 0gos tersebut.. adakah rest day rate ataupun public holiday rate.. tq

    1. Salam Asrul,

      Saya sebenarnya tidak pasti mengenai penjawat awam. Saya difahamkan cuti selepas cuti umum bagi penjawat awam dikira sebagai cuti ganti. Adakah ini bermaksud hari cuti umum, masih kekal cuti umum atau tidak? Elok anda rujuk pada pegawai-pegawai kerajaan yang ya. Saya tidak pernah berkerja sebagai penjawat awam. Harap maaf.

    2. Salam. Sy ingin bertanya pd 30hb sy cuti tanpa gaji dgn approval dr Hod. 31hb merupakn cuti umum dan digantikn pd 1hb.kemudian sy mengambil emergency leave 2 hari pd hari berikutnya atas alasan anak sakit. Adakah sy kehilangan kelayakn utk mendapat cuti umum tersebut? Dan adakah pihak pengurusan berhak memberi warning letter Atau tindakan atas alasan sy mengambil cuti tanpa gaji. Tq

  17. Salam,
    Sy ingin bertanya , perlukah majikan membayar cuti umum iaitu 28th Jul-29th Jul 2014 kpd pekerja (full time) dan pada masa itu kedai tidak beroperasi (ttup kedai),
    Dgn alasan bahwa 1bulan telah diberikan cuti setiap minggu dan 28th-29th Jul adalah hari kedai tidak beroperasi??

    1. W’salam Dyana,

      28 dan 29 Julai adalah hari raya aidil fitri. Ia cuti umum bergaji. Samada kedai beroperasi atau tidak, hari tersebut perlu di bayar gaji.

    2. 31 Ogos hari kebangsaan pada hari Ahad dan biasanya diganti pada hari Isnin.
      Adalah Majikan boleh ubahkan cuti umun ganti hari Isnin kepada hari lain dan kerja hari Isnin adalah hari kerja biasa ?

      1. Hi Calvin,

        Proviso pada Seksyen 60 D (1) menyatakan bahawa jika hari kelepasan am jatuh pada hari rehat, maka HARI KERJA YANG BERIKUTNYA hendaklah menjadi hari kelepasan am sebagai ganti.

        Oleh itu, mesti hari Isnin juga dan tidak boleh digantikan dengan hari lain ya.

  18. Jika Hari Sabtu adalah cuti rehat tambahan dan kebetulan jatuhnya hari kelepasan am. Soalannya sekiranya pekerja ponteng kerja pada hari Jumaat adakah majikan boleh menolak gaji 2 hari termasuk hari Sabtu?

    1. Hi Sofiy,

      Sky 59 EA mengatakan setiap pekerja hendaklah diberikan 1 hari hari rehat seminggu dan jika ada lebih satu maka hari terakhir ialah hari rehat. Oleh itu, bila Sabtu dan Ahad ialah cuti, maka hari rehat yang rasmi adalah hari Ahad.
      Sky 60D(1) mengatakan jika cuti umum jatuh pada hari rehat, maka keesokkan harinya perlu diganti sebagai cuti umum.

      Oleh itu, jika cuti umum jatuh pada hari Sabtu, maka majikan tidak wajib utk berikan cuti tambahan mengikut Seksyen 60D(1). Dia boleh jika dia mahu.

      Dalam kes anda, jika:-
      1. Majikan anggap Sabtu ialah cuti umum dan tidak berikan cuti ganti di hari lain, maka pekerja wajib datang pada hari Jumaat.
      2. Jika majikan anggap hari Sabtu hanya hari rehat tambahan dan menggantikan cuti umum dengan hari lain, maka dia tidak wajib datang untuk mendapatkan kelayakkan cuti umum.

      1. Tetapi, mengikut buku “undang-undang pekerjaan: huraian dan panduan terhadap Akta Kerja 1955” majikan perlu juga memberikan hari kelepasaan berbayar pada hari Isnin tidak kira hari kelepasaan jatuh pada sabtu atau ahad. Yang mana betul ? X(

        1. Hi Sophia,

          Buku tersebut merujuk pada kes Kesatuan Kebangsaan Pekerja2 Petroluem… v Castrol (M) yang di putuskan pada tahun 1997.

          Namun pindaan Akta A1026 telah meminda Seksyen 59(1) yang berbunyi:
          “.. sekiranya pekerja dibenarkan lebih daripada satu hari rehat dalam satu minggu, maka hari rehat terakhirnya … hendaklah menjadi hari rehat bagi maksud-maksud bahagian ini” [Emphasis added].

    2. Terima kasih di atas info tuan..
      Soalan tambahan saya ialah adakah hari
      Sabtu dikira cuti rehat tambahan walhal hari isnin hingga jumaat pekerja bekerja cukup 48jam sepanjang 5 hari tersebut

  19. tuan yg dihormati.. saya ingin bertanya adakah boleh majikan menukar cuti umun 31 ogos kepada tarikh lain. saya difahamkan 5 hari cuti umum yang tidak boleh diubah …sekian terima kasih

  20. Salam,
    ada skit pertanyaan. 31 Ogos 2014 jatuh pada hari Ahad dan diganti pada hari Isnin. Sekiranya dipanggil bekerja pada hari Isnin bagaimana dengan bayaran OT tersebut.

    1. W’salam Rozaimah,

      Kadar bayaran OTnya adalah mengikut kadar cuti umum iaitu:

      Utk pekerja bergaji bulan:
      1 hari gaji biasa + 2 hari gaji tambahan (jika kerja selama 8 jam ke bawah).

      Bila melebihi 8 jam, maka setiap jam tambahan itu akan di kira pada kadar 3x ORP (Ordinary rate pay/kadar sejam biasa).

      1. Assalam Tuan,
        Soalan di atas untuk kerja OT pada hari cuti umum.
        Bagaimana pula kadar bagi OT pada hari Ahad?

        31/08 adalah hari Ahad yang juga cuti Umum.

        Adakah?
        Ahad : 200%, lebih 8 jam tetap 200%. Dan lebih 12 tgh mlm 300%
        Isnin : 200%, lebih 8 jam 300%

  21. Salam, saya nk tnya, jika saya baru bernikah, cuti kahwin saya tidak digunakan lagi sebanyak 3 hari, dan saya masih bekerja di syarikat yang sama ,tetapi sekarang sudah 9 bulan berlalu, adakah saya masih ada hak untuk mengambil cuti ini.

    1. W’salam. Cuti kawin tidak diwajibkan oleh akta. Jika di beri oleh majikan, maka ia hak majikan dan anda perlu rujuk pada kontrak kerja anda berkaitan hal ini.

  22. Salam.
    Saya ingin bertanya.. jika kita telah apply cuti tahunan tetapi bila tiba harinya kita sakit dan mendapat cuti sakit dari doktor, Adakah pihak syarikat akan menolak cuti tahunan seperti yang telah kita apply atau menggunakan MC yang telah doktor berikan.

    Thank You

  23. Bolehkah jika majikan ingin mengantikan cuti ganti hari kemerdekaan 31 Ogos (Sepatutnya cuti ganti pada hari Isnin) kepada hari lain? Misalnya, majikan ingin mengantikannya cuti ganti tersebut pada September 13 (Hari Sabtu).

  24. Salam,
    Saya ada sedikit kemusykilan. Berkenaan dengan keperluan untuk Hadir hari sebelum atau selepas kelepasan AM. Cuti Hari Raya Aidil fitri 2014 jatuh pada hari isnin dan selasa (28th Jul – 29th Jul 14) . Perkerja saya memohon cuti bermula dari Rabu 30 Jul – Sabtu 2 Aug selepas raya. Tapi mereka tidak hadir pada sabtu 26 Aug (sebelum raya) dan 4 Aug selepas raya. Adakah mereka layak mendapat cuti kelepasan AM tersebut. Sekian terima kasih.

    1. Dalam kes ini pekerja cuma hilang kelayakkan cuti umum tersebut jika dia tidak hadir pada 27hb (sehari sebelum raya) dan 30hb (sehari selepas raya) atau pada 30 & 31 (dua hari berturut-turut selepas raya) dan ketidakhadiran itu ialah tanpa kebenaran atau alasan yang munasabah.

      1. Terima kasih atas penjelasan Tuan,
        Bagaimana pula jika 27hb itu jatuh pada hari ahad. Dia tidak hadir pada hari sabtu 26hb.

          1. Mcm mn jika 30hb pekerja apply cuti…tp 26 hb tdk hadir kerja… Adkah gaji tdk akn dikira pd 28hb dan 29 hb tersebut… Terima ksih..

          2. Saya keliru r…mcm ni pd 26hb(sabtu halfday)pekerja tdk hadir tanpa sebab(menyatakan sakit kepala tapi tiada mc) tidak diterima..27hb hari rehat(ahad)… Manakala pd 30,31,1hb pekerja ter sebut sudah apply cuti..2hb pekerja hadir… Adakah kelayakan cuti umum pd 28hb dan 29 hb tidak dikira…tq..

          3. Maksud anda begini:

            Sabtu, 26hb – ponteng
            Ahad, 27hb – hari rehat
            Isnin, 28hb – cuti umum
            Selasa, 29hb – cuti umum
            Rabu, 30hb – cuti tahunan
            Khamis, 31hb -cuti tahunan
            Jumaat, 1hb – cuti tahunan
            Sabtu, 2hb – kerja

            Dalam situasi begini, dia tidak hilang hak pada cuti umum tersebut. Dia cuma akan hilang hak tersebut, jika dia ponteng pada 2hb.

          4. Tq… Tetapi pihak hr telah mengeluarkn surat menyatakan pd 28 dan 29hb tersebut tidak layak menerima gaji mengikut akta 60 d(2)… Dan pekerja tersebut telah digantung selama 5 hari ( diberi suspencian).. Dari 18hb hga 22hb ni… Sebelum ni juga pekerja ni juga telah dbg reminder pd bulan 3 kerana lambt memaklumkn mc… Dan juga pd bulan 6 terlewat bangun (kerana telah mkn ubat sakit kepala)dan meminta masuk halfday juga dbg reminder…. Adakah dgn dua reminder ini dan disebabkn ponteng pd 26hb tersebut… Pekerja berkenaan boleh dikenakn hukuman diatas… Pkerja tersebut telah memaklumkn kpd reunion tetapi reunion mgatakan memang tak layak terima gaji pd cuti umum(kelepasan am) tersebut… Sedangkn anda mgatakan layak… Tq..

          5. Saya mohon maaf atas kesilapan. Perkataan yang digunakan adalah “or” dan bukannya “and”.
            Oleh itu ponteng sebelum ATAU selepas sudah cukup utk menghilangkan hak pada cuti umum.
            Akan kemaskini artikel ini nanti.
            Harap maaf semua.

          6. Maaf ya Putra, nampaknya tidak layak.

            Mungkin penerangan saya dalam artikel di atas kurang jelas sebab bila saya baca balik pun saya pening juga 😀 Saya akan cuba kemaskini kan artikel tersebut dalam masa terdekat. Insya-allah..

          7. Salam… Saya ingin bertnya pd:
            29hb- mc
            30hb-mc
            31hb-mc( cuti umum jatuh pd hari rehat)
            1hb- cuti ganti pd 31hb ogos..

            Pd kes ini mc yg jatuh pd 31hb… Adakah perlu dganti….tq

          8. Salam Putra,

            1. Oleh kerana cuti umum jatuh pada hari rehat, maka 1hb adalah cuti umum sebenar (rujuk kembali artikel di atas).
            2. Oleh itu, juga 31hb kekal sebagai “hari rehat”
            3. MC yang jatuh pada 31hb tidak akan diganti (Proviso kepada Seksyen 59 (1). Rujuk artikel: https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/cuti-sakit-jatuh-pada-hari-rehat)

            Jika majikan setuju, mereka boleh anggap anda cuma pohon MC pada 29 & 30 agar anda tidak kehilangan satu hari kelayakkan cuti sakit.

  25. sempena aidilfitri tahun ni majikan saya bagi cuti utk semua staff selama 6 hari tetapi 2 hari je cuti berbayar iaitu utk hari raya pertama dan kedua, baki 4 hari lagi adalah cuti tanpa gaji bagi mereka yang tiada cuti tahunan, dan cuti tahunan akan ditolak bagi mereka yang masih ade baki cuti utk tahun tersebut. Bukan kita org yg mintak cuti seminggu, tapi pihak pengurusan yang keluarkan memo. saya keliru, mohon pencerahan. t.kasih

  26. salam ,
    Kalau cuti umum dipilih oleh majikan saya adalh sebanyak 11 hari, maka hari” cuti umum yg lain diperlukan untuk bekerja.. bagaimanakah bayaran gaji pada hari yg cuti umum tp bukan dlm 11 hari yg dipilih olh majikan?

  27. Salam…selangor akan cuti utk Nuzul Quran pada 15/07/2014. Sekiranya majikan tidak ambil cuti umum pada 15/07/14 ni bagaimana ya?

    please reply asap. TQ

    1. Boleh. Cuma ia perlu diumumkan pada pekerja-pekerja pada awal tahun lagi bahawa syarikat cuma akan observe sekian-sekian cuti umum dan ini tidak termasuk Nuzul Quran, etc. Jika sykt berdiam diri, maka dianggap syarikat mahu observe hari tersebut sebagai cuti umum.

      1. Soalan tambahan.

        Cuti ini adalah “compulsory” atau boleh di pilih?

        Majikan saya tidak beri apa-apa notis dan selepas pekerja tanya pada hari selasa lepas, HR baru beritahu 15/07/14 kita mesti kerja, tiada bayaran tambahan atau cuti ganti untuk hari itu.

        Adakah majikan boleh bust seperti berikut? Majikan saya adalah di Jalan Loke Yew 55200 KL.

        Selain itu, cuti ini sepatutnya diberi kepada Selangor sahaja, tapi sekarang adalah tambahan cuti bagi KL, bolehkah ini dikategori sebagai “cuti mengejut”?

        Jika majikan tidak dibenarkan paksa pekerja untuk kerja pada 15/07/14, apa tindakan yang boleh pekerja buat untuk dapatkan cuti tambahan atau gaji lebih untuk hari tersebut?

        harap dapat balasan dari pihak tuan/puan secepat mungkin dan kalau boleh, harap dapat emel balasan terus kepada emel saja.

        Terima kasih.

        1. Cuti ini boleh dipilih oleh majikan samada mahu diikuti atau tidak (Rujuk artikel di atas), tetapi jika tidak mahu diikuti ia perlu di beritahu pada pekerja-pekerja di awal tahun dan senaraikan semua cuti-cuti yang mahu diikuti buat makluman pekerja.
          Cuti ini juga bukan cuti mengejut sbb mmg telah diumumkan awal tahun lagi oleh kerajaan.

  28. adakah majikan wajib memberikan cuti ehsan kepada pekerja? contohnya kejadian banjir di kuantan baru-baru ini. ramai pekerja tidak dapat bertugas kerana rumah ditenggelami air. jika wajib, berapa hari minimum cuti ehsan setiap tahun kalendar? terima kasih.

  29. Sedia maklum bahawa antara 10 hari cuti umum yang wajib adalah Hari Keputeraan Sultan. Jika syarikat ingin mengadakan aktiviti bersukan contohnya pada hari cuti umum tersebut, perlukah majikan meminta persetujuan dari mana2 pihak.

  30. sy nak tanye sykt tmpat sy berkerja memberi cuti am sebanyak 13…tetapi tidak mengambil cuti Hol Almarhum Sultan lskandar *”.. dan apa mksd dua simbul terakhir (*”) wajib cuti atau mcm mna…

  31. Hi, saya nak tanya..syarikat tempat saya bekerja ni setiap tahun ada cuti tahunan 14 hari dan cuti mingguan 1 hari. tetapi kalau cuti umum seperti hari pekerja, hari raya qurban dan hari merdeka majikan saya TIDAK memberi cuti/atau cuti ganti dan juga TIDAK membayar double pay. adakah saya boleh membuat aduan ke jabatan buruh?

    Terima Kasih.

    1. Hari Pekerja WAJIB diberikan cuti dan jika di minta bekerja perlu di bayar mengikut kadar yang ditetapkan. Hari-hari cuti umum yang lain, sila baca artikel di atas.

      Anda boleh menghubungi pejabat JTK berdekatan untuk sebarang bantuan. Terima kasih.

  32. pertanyaan tuan. bolehkan majikan mengarahkan pekerja kerja lebih masa tidak di bayar dengan upah tetapi di gantikan dengan cuti? biasanya diamalkan di sektor perhotelan. terima kasih

  33. Saya nak tye, sy mule bekerja di sini pd 8/3/12. sekrg sy masih bekerja lg disini. Cuti tahunan sebanyak 11 hari tlh diberikan. (lebih dr 1 tahun dan krg dr 2 thn). skrg br sy tahu mengenai polisi syarikat yg pekerja hanya layak untuk cuti tahunan selama 1 hari unt setiap bulan. jika dlm bln itu pekerja megambil cuti sebanyak 3 hari, 2 hari akan menjadi unpaid leave dan 1 hari shj layak sbg cuti tahunan. walaupun cuti pekerja masih terkumpul sebanyak 5 hari dlm tahun itu. Adakah ini benar tertakhluk di dalam akta?

    1. cuti tersebut dikira mengikut earn setiap bulan (pro-rate). ianya bergantung kepada polisi syarikat dan tidak dilarang di dalam akta. company tempat saya bekerja pun mengamalkan sistem seperti itu di mana setiap bulan pekerja hanya boleh mengambil 1 atau 2 hari cuti sahaja dalam sebulan. jika ingin mengambil cuti lebih dari apa yg earn dlm bulan itu, advance leave must be applied and will deduct your annual leave. jika tidak, gaji akan ditolak dan cuti dikira sebagai unpaid leave.

  34. saya nak bertanya…11 Oktober 2013 merupakan cuti umum untuk negeri Melaka sempena sambutan Hari Yang Dipertua Negeri Melaka..tapi pihak majikan telah meminda tarikh cuti umum tersebut kpd 12 Oktober 2013.bukan kah 5hari cuti umum yg wajib majikan patuhi?adakah tindakan majikan saya ni mengikut akta buruh 1955/akta cuti umum 1951?minta penjelasan segera..

  35. Bagamana pula pekerja yang berkerja pada cuti mingguan, tetapi tidak hadir berkerja pada keesokan harinya, Adakah majikan juga berhak tidak membayar gaji kepada perkerja tersebut

  36. Macam mana pula situasi jika pekerja bekerja pada hari cuti mingguan yang telah ditetapkan tetapi bukan atas kehendak dan arahan majikan, kehendak mereka sendiri. Adakah pihak syarikat perlu membayar upah kepada mereka ??

    1. terpulang kepada majikan. Namun, kalau sudah diberikan cuti, mengapa perlu pergi berkerja? Majikan boleh tidak membayar gaji langsung utk kerja hari tersebut sbb mereka tidak arahkan untuk berkerja.

  37. Macam mana pulak kalau syarikat yang cakap hanya cuti kelepasan umum yang jatuh pada ‘offday’ sahaja boleh diganti pada hari berikutnya @ hari lain…Cthnye..kalau cuti kelepasan umum (Hari Keputeraan YDP Agong) (01/6/2013)- Sabtu -jatuh pada hari ‘rest day’ di syarikat saya bekerja, manakala ‘off day’ jatuh pada (02/6/2013)- Ahad-. Adakah cuti ‘rest day’ pada (01/6/2013) boleh diganti dengan hari yang lain? Adakah benar ianya tidak boleh diganti?adakah undang-undang tersebut salah dari segi undang-undang buruh?..mohon penjelasan

    1. akta cuma mewajibkan majikan memberikan satu hari rehat dalam seminggu kepada pekerja. Jika cuti umum jatuh pada hari rehat tambahan, maka ia tidak wajib di ganti kecuali dengan ihsan majikan.

      1. Alhamdulillah…terima kasih banyak-banyak tuan…sekarang saya berasa lega sgt2 apabila dah tau jawapan sebenarnya.. sebab HR syrkt saya pun x boleh jelaskan soalan tersebut bila saya mempertikaikannya…:)

  38. Sya kerja tailor 1st month gaji tp dah xsanggup kerja dgn majikan selepas dapat gaji bole ke sya ckp nak berhenti 24jam kepada majikan tp surat xsempat taip?

  39. macam mana pulak kalau syarikat yang cakap hanya cuti kelepasan umum yang jatuh pada ‘offday’ sahaja boleh diganti pada hari berikutnya…kalau cuti kelepasan umum jatuh pada ‘restday’ cuti ganti tidak boleh diganti…adakah undang-undang trsebut salah dari segi undang-undang buruh?..mohon penjelasan..

  40. Company tmpt saya berkerja suruh semua staff kerja pada hari keputeraan sultan.. company nak bayar hanya 30%… setahu saya company kena bayar double… so ade kekeliruan kat sini… sy mintak pandangan dari pihak yg tau pasal undang pekerja nie…. mohon jasa baik bg pandangan lah.

  41. saya ingin bertanya 2 soalan disini,
    1. sekiranya syarikat di selangor, kawasan kerja di kuala lumpur, adakah pekerja layak untuk terima cuti hari wilayah tersebut.

    2. cuti tahun baru cina pada 10 & 11.2.2013, sekiranya pekerja bekerja di hari cuti gazet untuk tahun baru cina pada 12.2.2013, adakah pekerja layak untuk terima cuti public holiday atau overtime itu dikira hari biasa.
    harap dapat memberi kan jawapan, sekian terima kasih.

  42. Jika pekerja bergaji bulanan rm1500 , adakah mereka tidak layak untuk mendapatkan bayaran tambahan semasa berkerja cuti umum ? adakah patut majikan hanya mengantikan cuti berkerja masa cuti umum tersebut?

  43. bagaimana pula jika cuti am kita perlu bekerja,majikan janji akan bagi cuti pada hari lain…tapi bila kita nak ‘claim’ cuti tak dapat kerana staff tak cukup…bila staff sudah cukup kita tak boleh nak claim cuti kerana sudah masuk bulan lain…

    1. Jika anda bergaji di bawah RM 2,000, maka ia perlu dibayaar dengan kadar cuti am. Jika majikan anda berjanji untuk memberikan cuti ganti dan anda bersetuju untuk mengambil cuti ganti itu, maka janji itu perlu ditunaikan oleh majikan biarpun di bulan yang lain. Bantuan dari JTK atau Pusat Aduan Pekerja boleh dirujuk.

  44. Hi nk tnya, bagaimana sekiranya cuti umum diberi syarikat tetapi, kte diwajibkn bkerja pd hari trsebut, tetepi cuti tersebut diganti 1 hari sahaja, pd hari rabu yg brlainan bulan, spptut nye kne 2 hari cuti ker? cmana sbb ada kekeliruan….

  45. salam.. sy nk tnya.. sy bekerja dlm bidang oil & gas, dan sy selalu disuruh bekerja pda hari cuti umum, atas alasan lori perlu membuat penghantaran myk ke stesen setiap hari wlaupn pd hari cuti umum.. wlaupn sy dibayar ot, tp adakalanya sy rsa sy dipaksa utk bekerja sedangkn hari trsebut merupakan hari cuti… kalau sy mgambil tindakan utk tidak dtg bekerja pd hari cuti umum trsebut, adakah pihak syarikat boleh mgambil tindakan terhadap sy?? @ adakah sy juga boleh mgadu @ mengambil tndakan trhadap pihak syrikat jika sy masih dipaksa utk bekerja pda hari2 cuti umum trsebut??

    1. sesetengah industri mmg perlukan pekerjanya bekerja di waktu-waktu yg membebankan pekerja. Otherwise, operasi sykt terganggu. Oleh sbb itu dalam industri begini turnover pekerjanya (pekerja berhenti dan masuk) amat tinggi. Anda cuma boleh mengambil tindakan jika majikan tidak membayar mengikut kadar yg sepatutnya utk kerja pada hari cuti umum.

  46. sy nk tanyer, bagaimana sekiranya cuti perayaan diberi syarikat tetapi, cuti tersebut diganti pula untuk bekerja pd hari sabtu, adakah ianya perlu diganti???

  47. salam. sy nk bertny majikan sy cakap gaji kalau rm1500 tak layak mendapat double pay ataupun triple pay? walaupun bekerja pada cuti umum.

  48. assalam..sy ada persoalan berkenaan cuti umum..jika pekerja diarahkan berkerja pada cuti umum misalnya pada cuti tahun baru cina,adakah penggantian cuti pada ketetapan majikan boleh digunapakai atau pihak majikan perlu membayar hari tersebut dan dua kali upah tambahan?

  49. D isyarikat tempat saya bekerja ,semua pekerja yg bergaji melebihi rm1500 dan keatas hanya di bayar elaun overtime sebanyak rm10/hr walaupun terpaksa bekerja pada hari public holiday ataupun offday.apabila diajukan pada bahagian human resourse mereka mengatakan bahwa itu adalah polisi syarikatsoalan saya ialah adakah tindakan syarikat tempat saya bekerja betul atau salah.jika salah padasiapakah yg perlu sa
    ya laprkan perkara tersebut

  50. salam selamat sejahtera…
    how pulak kalau pekerja pandai2 bekerja on public holiday @ hari ahad…boleh x kalau kita x bayar gaji double tapi kita gantikan dengan cuti??

  51. Kenapa tmpt yg Saya Keje x Entitle utk Public Holiday new Year Day,thaipusam dan Nuzul Al Quran utk Pekerja Rank N file.tp Entitle Utk Managment Shj?? Mohon penjelasan..

  52. bagaimana pula dengan kes saya ini..25/12/12 adalah cuti umum, dan pada keesokan harinya 26/12/12 saya datang setengah jam lewat dan saya akan dipotong gaji sebagai dendanya..tetapi saya mengambil keputusan untuk menggunakan cuti tahunan saya..alasan saya adalah ” lebih baik saya menggunakan cuti tahunan saya daripada di potong gaji kerana lewat “..saya mengaku lewat adalah silap saya dan maka itu saya menggunakan cuti tahunan saya untuk menutup denda lewat saya..adakah saya tidak boleh berbuat demikian?

    1. gaji tidak boleh dipotong tetapi majikan boleh membayar mengikut kadar masa anda bekerja, misalnya kadar 7 jam setengah bagi hari tersebut instead of kadar 8 jam.
      Cuti tahunan adalah tertakluk kepada kelulusan majikan. Rujuk artikel cuti tahunan. Terima kasih.

  53. dengan kemasukan hari malaysia kedalam 10 cuti umum.adakah cuti hari malaysia termasuk dalam cuti berbayar???mohon panduan tuan..

  54. sy ingin tahu cuti tahunan bg perkerja dalam satu hari ada berapa hari dan bila boleh mula guna cuti tahunan itu…
    dalam 1 tahun ada berapa hari,selepas satu tahun bleh guna ke,selepas 6 bulan sudah di aktifkan

  55. saya ada pertanyaan..saya seorang pekerja swasta dan bekerja 6 hari seminggu yang mane hari sabtu separuh hari…adakah hari kelepasan am untuk saya 10 hari jgk???saya musykil sebab kadang2 cuti yang ptut cuti pun bos saya xbagi cuti sebab katenye dah ckup 10 hari cuti..adil ke cam2??

  56. Artikel di atas mengatakan bahawa majikan boleh memilih 10 cuti sahaja.
    Tetapi ada orang yang mengatakan Hari Malaysia untuk tahun 2012 adalah salah satu cuti yang wajib seperti Hari YDP Agong. Jadi,jumlah cuti minima adalah 11 hari.
    Bolehkah pihak tuan “clarify”kan 10 hari ataupun 11 hari cuti minima?
    Terima kasih.

  57. Salam , saya ingin minta sedikit pendapat .
    boleh kah seorang pekerja yg mempunyai 1 hari off day per week , disuruh bekerja dan menggantikannya dengan cuti half day .
    contoh :
    selasa off day , tapi tak dapat cuti , lalu setiap selasa dan rabu kerja halfday .
    akta mana yang melindungi pekerja dari sudut ini , dan apa tindakan yang boleh diambil pada majikan jika ianya salah .
    -minta nasihat . terima kasih .

  58. nak tanya betul ke semua info ni? klau betul boleh dibuat rujukan. bkn pe tgh bengang. klau mengikut sini kita layak diberi cuti ganti tetapi mcm mna pulak klau majikan memberi seperti ugutan performance + KPI buruk. seolah2 mengugut kita..

  59. Salam, saya mahu bertanya, jika pekerja masih di bawah tempoh “probation” dan syarikat menyuruh bekerja pada cuti hari malaysia tanpa bayaran dan tanpa pengantian cuti. boleh kah sebagai pekerja yg masih probation membuat aduan kepada pejabat buruh?

  60. salam,sila beri penjelasan utk kes dibawah;
    cuti umum ialah pd 31/08/2012 dan jatuh pada hari rehat pekerja tersebut. pada 31/08/2012 dia bercuti dan pada 1/9/12 dia bekerja 1 hari.
    apakah rate yg perlu dibayar pada pekerja tersebut yg bekerja pada 1/9/12 kerana dia claim sebagai bekerja pada hari cuti umum (ganti) atau bolehkah dia mendapat 1 hari cuti ganti.
    sgt2 perlukan bantuan. tq 😉

  61. Salam. Saya diminta bekerja pada 1hb Mei (Hari bekerja). Sebagai executive saya tidak mendapat bayaran OT. Berapa harikah cuti ganti yang sepatutnya diberi oleh majikan kepada saya.

  62. bagaimana dengan cuti 1 malaysia? adakah iya wajib bagi sektor swasta?
    saya diarah untuk bekerja pada hari tersebut..bagaimana dengan kiraan gaji?
    pls reply as soon as posibble

  63. Salam,

    Syarikat saya bekerja Isnin – Jumaat 5 hari seminggu tapi kami declare hari Sabtu juga sebagai hari bekerja biasa cuma hanya jika diperlukan. Secara normal cuti adalah 2 hari iaitu sabtu dan ahad tapi sabtu itu sebenarnya tidak cuti dan ihsan syarikat memberi staff cuti dan diminta bekerja hanya sekiranya diperlukan sahaja. Oleh itu kalau diminta bekerja pada hari sabtu, tapi staf mahu cuti maka akan ditolak cuti tahunan. Begitu juga dengan overtime tidak dibayar jika bekerja pada hari sabtu. adakah ini dibenarkan oleh undang-undang.

  64. Bagaimana jika srg guru d minta dtg mesyuarat pada hari cuti wesak dan surat panggilan d berikan bbrp hari sblm msyuarat bukannnya seminggu sebelum mesyuarat. Guru d minta memberikan surat tunjuk sebab krn x hadir. Apabila sudah diberikan surat tunjuk sebab pentadbir mengugut pula dgn surat menyatakan beliau berhak memanggil guru btugas pada bila2 masa termasuk cuti umum dan ketidakhadiran akn menjejaskan prestasi @SKT..adilkah tindakan itu dan salahkah guru jika tidak hadir krn sudah ada komitmen lain yg sudah d rancang lebih awal dgn anggapan sekolah tidak akn membuat sebarang acara pd cuti umum tsbut.

  65. en jagindas… jika majikan mengarahkan pekerja berkerja pada hari cuti kelepasan am tanpa bayaran tambahan..pekerja boleh melaporkan ke perabat tenaga kerja (Jabatan Buruh) yang terdekat untuk menuntut bayaran tambahan yang sepatutnya diberi apabila berkerja pada hari cuti kelepasan am..

  66. apakah tindakan yg bleh di ambil skranya majikan mengarahkan bekerja pada hari pelepasan 1mei dengan kadar bayaran gaji yang sama tanpa apa2 bayaran tambahan??

  67. Selamat pagi,

    Sekadar ingin meminta pendapat.
    Bolehkah majikan menolak MC pekerja yang telah mencederakan dirinya sendiri?
    Sebab saya mempunyai satu kes dimana seorang pekerja telah menumbuk meja kerana marah lalu tangannya tercedera dan diberkan MC oleh doktor panel syarikat.
    Boleh status MC ini dikatergorikan sebagai cubaan memudaratkan diri seperti dengan seganja mencederakan diri, membunuh diri dan lain-lain sepertinya.?
    Harap boleh memberi pendapat dan dalam perkara – perkara mana dalam akta ada menyebut kes seumpama ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Show Buttons
Hide Buttons