Cuti Umum Khas Untuk Rakyat Malaysia

Piala aff

Pada tahun 31hb Disember 2010, Perdana Menteri Malaysia (YAB Dato’ Sri Najib bin Tun Haji Abdul Razak) mengistiharkan cuti khas buat rakyat Malaysia sempena kejayaan pasukan bolasepak negara menjuarai Piala AFF 2010.

Peristiharan ini dibuat menerusi kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 8 Holiday Act 1951 [Rujuk kembali Artikel: Cuti Umum].

Di bawah Seksyen 60D (1) (b) Akta Kerja 1955, cuti tambahan ini wajib diberikan dan apa-apa kerja yang dibuat pada hari cuti umum tambahan ini perlu di bayar pada kadar cuti umum.

Nota: Holiday Act 1951 dan Akta Kerja ini tidak terpakai di Sabah Dan Sarawak.

Tidak lama lagi, Piala AFF akan bermula dan tidak mustahil akan ada cuti tambahan sebegini lagi.

Soalannya: Memandangkan cuti ini diberi dalam notis yang singkat, bolehkah ia digantikan pada hari yang lain?

Jawapannya: Ya, boleh! Malahan kebanyakkan syarikat akan beroperasi seperti biasa dan hari tersebut akan dikira sebagai hari kerja biasa dan gaji di bayar pada kadar biasa. Jadi anda semua jangan tidak datang kerja ya!

Majikan juga tidak perlu mendapatkan izin pekerja untuk menggantikan hari cuti khas itu dengan hari yang lain. Bila ia boleh diganti adalah terpulang kepada majikan, namun perlu dibuat pada waktu yang munasabah.

6 Comments

  1. salam sejahtera!adakah majikan perlu membayar gaji kepada pekerja krn tidak hadir bekerja ketika berlaku bencana alam seperti banjir…syarikat beroperasi seperti biasa ketika berlaku banjir…cuma kebanyakkan jalan ke tempat kerja ditenggelami air..

  2. saya ingin membuat pertanyaan,pada tarikh 26/6/2014 sultan johor telah memberi cuti umum kepada rakyat johor sempena JDT menjadi juara bola sepak,,saya ingin bertanya,bolehkan majikan mengenakan tindakan undang2 terhadap pekerja yg bercuti pada hari tersebut?

    1. Boleh jika majikan mahu perniagaan beroperasi pad hari itu. Majikan mesti beri satu hari cuti umum tetapi tidak semestinya pada hari yg sama juga. Do read artikel di atas dgn teliti.

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons