Wednesday,26 July,2017

Cuti Umum Peristiwa Kerajaan Negeri Selangor

Selangor

Kerajaan Negeri Selangor pada hari Ahad yang lalu mengisytiharkan bahawa Hari Isnin, 14hb Disember 2015 sebagai cuti umum peristiwa bagi negeri Selangor bagi merayakan kejayaan pasukan bolasepak negeri Selangor merangkul kejuaraan Piala Malaysia kali ke 33.

Ini diumumkan oleh Menteri Besar, Y.A.B. Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan diperkenankan oleh  D.Y.M.M. Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj, Sultan Selangor.

Soalnya adakah cuti ini wajib dipatuhi oleh sektor swasta?

Untuk sektor awam negeri Selangor pastinya mereka akan bercuti kerana ia diumumkan oleh kerajaan negeri. Untuk sektor swasta bagaimana pula?

Kecualilah wujud ‘collective agreements‘ antara pekerja dan majikan agar cuti sebegini diiktiraf, maka majikan-majikan di negeri Selangor yang memilih untuk mengiktiraf cuti-cuti tertentu sahaja yang telah dipilih oleh mereka (Rujuk artikel: Cuti Umum) adalah:

TIDAK WAJIB UNTUK MENGIKTIRAF DAN MEMBERIKAN CUTI UMUM BERGAJI KEPADA PEKERJA MEREKA.

Bezakan dengan cuti umum yang diberikan oleh kerajaan persekutuan.

Rujuk artikel: Cuti Umum Khas Untuk Rakyat Malaysia

seksa

Seksyen 60D(1)(b)

Perlu dimaklumkan bahawa peruntukkan Seksyen 60D(1)(b) tidak terpakai bagi cuti peristiwa yang diumumkan oleh kerajaan negeri.

Majikan boleh memilih untuk memberikan cuti umum bergaji atau tidak kepada para pekerja-pekerja mereka.

Harap maklum….

PERTANYAAN?

>> Soalan-Soalan Akta Kerja 1955 <<

This Article Was Written By

ISMAIL N is the 'de facto' owner and editor-in chief of DuluLainSekarangLain.Com. A Human Resource practitioner in his normal daily life and consummate blogger in his free time. He is addicted to coffee and Manchester United. Most easily accessed via his Twitter account.

Ismail N
  • titan

    yehh..

    selangor menang lagi.

    hoho

    December 15, 2015, 5:54 pm
  • akubiomed

    Apa yang pasti hari Isnin dapat cuti daripada majikan setelah kecoh dalam WhatsApp dapat cuti ke tidak. 🙂

    December 15, 2015, 4:24 pm
  • shanim

    tidak wajib bukan bawah peruntukkan Seksyen 60D(1)(b). sebab bukan cuti umum dari kerajaan persekutuan. terpulang pada majikan untuk memberi cuti, maka cuti atau cuti berganti. kalau majikan tidak ambil sebagai cuti umum, pekerja kena datang kerja.

    December 15, 2015, 2:27 am
  • Ismail N

    Maaf mungkin penerangan di atas kurang jelas disebabkan saya agak tergesa-gesa malam tadi.

    1. Untuk lebih faham, kita perlu rujuk kembali artikel cuti umum yang mana majikan wajib pilih 11 cuti sahaja setahun bukan?

    2. Jika ini telah dibuat, maka majikan tidak wajib lagi untuk observe cuti peristiwa ini KECUALI jika ianya diisytiharkan oleh kerajaan persekutuan (Seksyen 60D(1)(b)) dan bukannya negeri.

    3. Jika ia tidak dibuat pula, maka impliedly ,majikan iktiraf semua cuti yang ada dan wajib beri cuti bergaji untuk cuti peristiwa ini juga.

    4. Jika ada collective agreement atau apa-apa perjanjian yang berkaitan hal ini, ianya perlu dipatuhi.

    Terima kasih.

    December 15, 2015, 1:31 am
  • NOR

    Maaf.. tuk lebih kepastian… maka majikan swasta berhak untuk tidak mengambil cuti peristiwa ini??

    December 15, 2015, 1:18 am
Like Our Facebook Page close[x]
Or wait 15 seconds