Electricity Theft – Meter Tempering Case

Meter-Tampering
Gambar kredit kepada komunitikini.com

Hari ini kita buat senaman otak sikit. Saya akan berikan satu fakta mengenai satu kes yang berlaku di Sabah berkaitan dengan kecurian elektrik (electricity theft) dengan membuat ubahsuaian pada meter (meter tempering) SESB (di Semenanjung ialah TNB).

Kalau anda mahu bersenam, cubalah fikirkan bersama mengenai kes ini dan berikan pendapat anda. πŸ˜€

Oh ya, kes ini adalah di bawah tuntutan sivil dan bukannya jenayah dan pihak defendan tidak dituduh bagi perbuatan meter tempering ini di bawah Akta Bekalan Elektrik.

Sebaliknya defendan di tuntut oleh plantiff yang merupakan pembekal elektrik di Sabah iaitu Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) atas kerugian yang plantiff alami akibat dari meter tempering ini.

Fakta ringkas ialah, defendan menyewakan premis beliau kepada beberapa penyewa selama beberapa tahun. Beliau TIDAK tinggal atau menggunakan premis tersebut kecuali semasa awal-awal pembelian iaitu sebelum menyewakan kepada penyewa-penyewa.

Meter Tempering

Selang beberapa tahun berlalu dan pihak SESB mendapati terdapat meter tempering di premis itu dan mentafsirkan kerugian mereka sebanyak RM 60,000.

Plantiff menuntut dari defendan.

Defendan enggan membayar kerugian tersebut atas alasan yang antaranya, beliau tidak tinggal atau menggunakan premis itu.

Apa pendapat anda?

dan apakah keputusan yang anda rasa bakal di berikan oleh mahkamah?

– Electricity Theft – Meter Tempering Case

16 Comments

  1. First and for most, the licencee do not simply supply electricy but we, the consumer apply for it. And there must be an agreement between the consumer and service provider, which often be known as ” Contract supply of Electricity Agreement”. Who ever signed in the said agreement shall be responsibled for any happened to the meter or its metering/installation/wiring system within his/her premise. To avoid being charged unnecessarily, the premise/house owner should make ” change of name” in the electricity bill, before rented out, and also must makesure that “tenancy agreement” are made/signed.

  2. Penyewa x bersalah dan x perlu dipersoalkan,x rugi pun,jgn2 org dlm elektrik kontraktor lg byk bg rugi kot..x pun dermakan sj pada rakyat

  3. Sebenarnya setiap aktiviti TOE (Theft Of Electricity) akan sentiasa boleh dikenalpasti dan ianya direkodkan. Kepada yang suka sangat buat macam ni anda tak akan terlepas.

  4. Dalam kes ini tidak dapat di pastikan siapa yg ubahsuai meter. That’s why tiada charge dibuat atas Akta Bekalan Elektrik. Since berlaku ubahsuaian dan KERUGIAN pada pihak SESB, maka SESB berhak membuat tuntutan sivil bagi mendapat gantirugi atas kerugian itu.
    Ketiadaan bukti siapa yg bertanggungjawab atas ubahsuaian plus tiada pemindahan tanggungan kepada penyewa dalam perjanjian sewa menyebabkan defendan terpaksa bertanggungjawab di sini. Strict liability terpakai di sini. πŸ˜€

  5. Saya berpendapat, pihak pemilik premis bertanggungjawab atas premis miliknya. Mungkin defendan kena bayar separuh tuntutan ganti rugi.

  6. Kenapa pemilik harus dipersalahkan. Meter elektrik adalah hak pemilik dan bukan hak SESB. Buktinya kalau meter itu rosak, atau pemasangan meter, pengguna yang kena bayar. Jadi dalam kes ini atas alasan apa SESB kata mereka rugi? Justifikasi mencuri tenaga elektrik mesti diperhalusi lagi. Meter juga mesti dipindahmilik dari segi kos meter, pemasangan dan penyelengaraan, barulah SESB layak menyatakan kerugian.

  7. dia tak guna tetapi dia kena seba premis tu nama dia? emm tak adil la kalau dia yang kena ..mcm saman ekor, nama kereta nama A tapi orang B yang drive , kalau pihak berkuasa ada camera canggih zoom nampak muka B , B kena bayar..heheh ada kaitan tak dgn cerita atas hehe

  8. Soalan ini kena tanya yang arif@Hakim. πŸ˜‰
    setakat kes yang saya tahu, biasanya yang tuan punya bangunan akan kalah tetapi harga tuntutan tu jadi kurang sikit.

  9. pemilik tetap kena bayar… tetapi tidaklah sampai RM60k…

    bagi maza, perkara seperti ini serious.. menyusahkan ramai orang.. hampeh punya penyewa.. harus kena sula si penyewa itu.. huhuhu

  10. Rasanya pemilik terpaksa membayar tuntutan kerana meter elektrik adalah atas nama pemilik dan premis adalah miliknya. Beliau tidak terlepas tanggungjawab walaupun telah menyewa premis tersebut kepada penyewa.

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons