Hak-Hak Anda Sebagai Pekerja Di Malaysia

Ketahui hak-hak anda sebagai pekerja. Hak-hak ini ada yang termaktub dalam Akta-Akta dan Ordinan-Ordinan yang berkuatkuasa di Malaysia. Elakkan diri dari dimanipulasi oleh majikan. Sekiranya anda tidak pasti, rujuk dengan Jabatan Tenaga Kerja berdekatan ataupun Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Hak-Hak Pekerja Di Malaysia

Berikut adalah antara hak-hak utama yang biasanya dinikmati oleh pekerja-pekerja di Malaysia.

Hak Kepada Gaji Minima

Gaji Minima yang ditetapkan di Malaysia adalah RM1,000 sebulan di Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan di Sabah dan Sarawak. Perintah Gaji Minima adalah terpakai kepada semua pekerja di sektor swasta KECUALI pekerja domestik (pembantu rumah, tukang kebun rumah, dsb).




Hak Kepada Caruman KWSP Dan Socso

Adalah satu kewajipan bagi majikan untuk mencarum dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO/Socso). Ia adalah tabungan masa depan anda dan perlindungan dari kemalangan di tempat kerja.

Kontrak Bertulis

Untuk kontrak kerja yang melebihi tempoh satu bulan, majikan wajib menyediakan kontrak bertulis atau boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 jika aduan dibuat ke Jabatan Tenaga Kerja.

Umur Persaraan 60 Tahun

Umur persaraan minima adalah 60 tahun. Majikan tidak boleh menetapkan umur persaraan yang lebih rendah dari itu.

Pembayaran Gaji Pekerja

Gaji pekerja pada sesuatu bulan itu hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada hari ke tujuh di bulan seterusnya, kecuali majikan boleh memberikan alasan yang munasabah dan diterima oleh Jabatan Tenaga Kerja.

Pemotongan Gaji

Pemotongan gaji adalah tidak dibenarkan sama sekali kecuali dalam hal-hal tertentu yang disebut dalam Akta/Ordinan biarpun pekerja telah berikan keizinan.

Masa Kerja Dan Bayaran Kerja Lebih Masa

Jumlah masa kerja yang dibenarkan dalam sehari adalah 8 jam sahaja atau 48 jam seminggu. Jika majikan meminta pekerja bekerja melebihi tempoh itu, maka kerja lebih masa perlu dibayar pada kadar yang lebih tinggi yang ditetapkan oleh Akta/Ordinan.

Baca juga artikel: Masa Kerja Dan Kerja Lebih Masa

Had Kerja Lebih Masa

Pekerja tidak boleh diarah bekerja lebih masa lebih daripada 104 jam sebulan.

Hak Kepada Cuti Tahunan Dan Cuti Sakit

Pekerja adalah berhak kepada cuti tahunan dan cuti sakit. Jumlahnya adalah bergantung kepada tempoh perkhidmatan pekerja.

Hak Untuk DiAdili Sebelum DiTamatkan Perkhidmatan

Majikan tidak boleh membuang pekerja tanpa sebab yang munasabah biarpun ada peruntukan penamatan kerja dalam kontrak. Pekerja berhak diadili terlebih dahulu dan mengetahui mengapa dia diberhentikan. Jika tiada justifikasi/alasan munasabah untuk ditamatkan kontrak pekerja, maka pekerja boleh membuat tuntutan di Jabatan Perhubungan Perusahaan untuk dikembalikan ke jawatan asal.

Pekerja Mempunyai Hak Biarpun Masih Dalam Tempoh Percubaan

Pekerja yang dalam tempoh percubaan mempunyai hak-hak yang hampir sama dengan pekerja yang disahkan dalam jawatan. Pekerja yang dalam tempoh percubaan juga tidak boleh dibuang sesuka hati tanpa sebarang justifikasi.

Baca juga: Tips Cemerlang Semasa Tempoh Percubaan (Probationary Period)

Hak Kepada Faedah Penamatan Perkhidmatan

Pekerja yang di bawah skop Akta/Ordinan juga berhak kepada faedah-faedah penamatan perkhidmatan bila diberhentikan kerja.

Baca juga artikel: Peraturan-Peraturan Kerja (Faedah-Faedah Penamatan Dan Rentikerja Sentara), 1980

Hak Tambahan Pekerja Wanita

Majikan tidak boleh meminta pekerja wanita berkerja dari pukul 10 malam hingga 5 pagi dalam industri tertentu. Pekerja wanita juga berhak kepada cuti bersalin dan elaun bersalin tertakluk kepada syarat-syarat tertentu biarpun mereka telah berhenti kerja atau dibuang kerja.

Baca juga artikel: Cuti Bersalin Dan Faedah Bersalin

Perlindungan Data Peribadi

Majikan hendaklah mendapatkan izin pekerja terlebih dahulu sebelum menyimpan maklumat peribadi pekerja di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Terima kasih kerana membaca artikel ini. Harapan kami ia memberi menafaat kepada anda semua. Untuk bacaan selanjutnya, anda boleh rujuk artikel kami berkenaan Akta Kerja 1955: Undang-Undang Buruh Di Malaysia: Akta Kerja 1955 dan artikel kami berkenaan peruntukan lain yang berkaitan pekerjaan.

p/s : Jika kotak komen pada artikel-artikel di atas telah ditutup, sila ke halaman utama (Home Page DLSL) dan pilih artikel yang paling sesuai untuk meninggalkan sebarang soalan. Atau, anda boleh juga meletakkan komen anda di artikel ini.

306 Comments

  1. Salam saya nak tnye sekiranya pekerja ni bekerja di pasarmini dan telah bekerja selama setahun,bolehkah pihak majikan memberhentikan pekerja tersebut tanpa notis.pihak majikan akan membayar pampasan kepada pekerja tersebut..
    Sebab pekerja tersebut diberhentikan adalah kerana tidak mengikut aturan yang telah ditetapkan..segala arahan yang diberikan tidak dipatuhi..telah di beri peluang tetapi tidak di endahkan peluang yang diberikan..
    Dalam masa yang sama majikan telah tukar kepada majikan yang baru.. Adakah majikan baru boleh memberhentikan pekerja tesebut…
    Tidak mempunyai kontrak kerja bertulis

    1. Jika tiada kontrak kerja bertulis tidak bermakna tiada kontrak. Anda boleh adukan kes anda ke JTK berdekatan untuk nasihat dan tindakan lanjut. Terima kasih.

  2. jika pekerja mula bekerja di tengah-tengah bulan ( 15hb ), macam mana cara pengiraan gajinya.

    Terima kasih

    1. Gaji akan ikut pro rata berdasarkan jumlah hari berkerja bagi tempoh upah yang ditetapkan oleh syarikat. Kadar (jika gaji bulan) dikira dengan membahagikan gaji dengan jumlah hari dalam bulan tersebut.

  3. Salam tuan, sy kerja di pusat urut tradisional..waktu kerja 12 jam..11pg smpai 11mlm..bos memaksa kami kerja smpai pkul 12mlm..sedangkan kami ade anak yg perlu diambil dr rmh pengasuh..tiada bayaran ot..gaji kami tiada basic..komisyen shj..total bulanan lebih dr rm2000..
    adakah kami boleh menuntut ot?
    Sblm masuk kerja dijanjikan kwsp dan socso..tapi dh 8 bulan kerja..tetap tiada potongan..baru2 ni ternampak dekat kontrak tertulis tidak disediakan kwsp socso
    Adakah kami layak utk menuntut kwsp socso??

  4. Salam..saya sekarang bekerja di sebuah syarikat yg tidak mempunyai epf/kwsp & socso. Saya telah bekerja selama 1 tahun tampa ada potongan.
    Sekarang sya nk berhenti kerja..notis yg sya bagi 24jam…sbb takut klau smminggu company tak bagi gaji.Sya msuk kilang ni pown tak ada offer letter apa semua.Senang cakap kilang ni apa LAW xda

    1. Socso & EPF isu lain dengan kontrak kerja. Jika tidak di carum, anda boleh lapurkan kepada EPF dan Socso juga. Sebaiknya bila berhenti kerja, bagi notis terlebih dahulu.

  5. Jika saya bekerja pada hari malaysia. Majikan tidak memberi bayarn tambahan tetapi membenarkan saya bercuti pada hari lain sebagai ganti bekerja pada cuti umum . Bincangkan

  6. Assalamualaikum saya ucapkan.. Saya ada soalan yang saya dah tahu jawapan dan jalan kira tersebut? Tapi bagaimanakah cara untuk saya buktikan apa yang dikatakan saya itu betul? Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan formular pengiraan yang tepat itu?
    Apa yang dikatakan saya adalah berkenaan service charge atau service point yang akan diterima oleh setiap pekerja/staff yang layak menerima bagi indusri penghotelan..

  7. Salam nak tanya if HR keluarga memo seperti dibawah valid ke sedangkan lewat tak sampai sejam tetapi disuruh bekerja sehingga pukul 7pm tanpa bayaran OT selebihnya (jika duty roster 7am – 7pm) ??

    • Workers who comes in late to work exceeding 30 minutes from the scheduled time- OT will be forfeited- BUT the work for the day must still be carried out based on the duty roster as agreed (eg: those scheduled for 12 hours must be followed.

  8. Pekerja adalah yang dibawah Akta Undang Buruh, beliau mengambil cuti kecemasan pada pukul separuh hari selepas waktu makan, kesokkan harinya beliau menyerahkan Time Slip dari Doktor bersama borang cuti , maka adakah beliau layak untuk Time Slip atau tolak dari cuti tahunan yg beliau mohon pd ke esokkan harinya

  9. Tuan,

    Mohon pandangan tuan kepada perkara dibawah:-

    1). Staf memberi surat berhenti kerja pada 8 Jun 2018 dan tarikh akhir berkerja adalah pada 7 September 2018 (3 Bulan notis ikut Polisi HR Syarikat).
    2). Pada 17 Julai 2018, staf mohon untuk mendapatkan pelepasan awal iaitu pada 21 Ogos 2018 (hari akhir berkerja)
    3). Baki cuti kelayakan tahunan staff adalah 3 hari.
    4). Syarikat bersetuju untuk tolak baki cuti 3 hari (23-Aug, 24-Aug & 27-Aug).

    SOALAN:
    Bagi tempoh 28-Aug hingga 7-Sep : Staff perlu bayar balik kepada syarikat.

    (1). Adakah bayaran ini boleh contra (tolak terus) dengan gaji akhir bulan Aug?

    (2). Gaji bulan Aug 2018; syarikat perlu bayar penuh gaji 1 bulan ATAU bayar sehingga 21 Aug 2018 sahaja?

  10. Salam Sejahtera,
    Adakah berhak majikan untuk tidak memberi cuti tahunan kepada pekerja?cuti yang diminta dikira unpaid leave.

    1. Pekerja yg telah berkhidmat lebih 12 bln berhak kpd cuti tahunan tetapi kelulusan tarikh cuti tersebut adalah hak majikan. Ertinya, majikan berhak tolak permohonan cuti jika ada keperluan operasi syarikat.

  11. salam admin,
    saya nak tanya, adakah salah bg majikan bagi menghubungi pekerja pada waktu cuti @ selepas waktu bekerja yg telah ditetapkan untuk bertanyakan hal2 kerja?

    1. Tuan, amnya tiada undang2 yg melarang perkara ini. Tetapi ia blh menjadi tanggungjawab pekerja jika terma kontrak kerja ada menyatakan secara spesifik bhw pekerja mesti blh dihubungi oleh majikan atau clients di luar waktu pejabat. Biasanya perkara ini berlaku kpd pekerja yng tidak dilindungi di bwh Akta Kerja & majikan memberi elaun telefon kpd pekerja itu.

  12. Assalammualaikum, saya pekerja unit keselamatan (ap/polis bantuan ) ladang, sy ingin bertanya pada tuan/puan masalah sy tentang tindakkan majikan Atau ketua ladang yang memaksa sy menetap di dalam ladang yang mana waktu kerja telah tamat, adakah wajib bagi pekerja keselamatan yang telah habis waktu bertugas dipaksa menetap di dalam ladang?

    1. Tuan, sila rujuk kontrak kerja tuan. Adakah terma kontrak ada menyebut tentang perkara ini? Kadangkala, perkara begini ada dinyatakan di dalam kontrak.

  13. Salam. Mohon penjelasan;
    Seseorang ingin membuat tuntutan saman malu dan kerugian fizikal dan emosi yg teruk akibat perbuatan dan fitnah seseorang….tetapi perkara tersebut telah berlaku 13 tahun lepas, namun semua pelaku terbabit masih hidup. Adakah terdapat apa2 sekatan tempoh masa kejadian dgn tarikh saman dikemukan utk melayakkan saman? Terima kasih kpd yg menjawab

  14. salam.
    saya pernah bekerja di sebuah pasaraya tetapi di bawah syarikat/ agensi lain dengan bayaran rm1300 cuti 4 kali sebulan..selama 3 tahun bekerja di sana tidak pernah ada potongan epf socso medical cuti tahunan dn mcm2 kemudahan lain …
    adakah ianya salah sisi undang2. masih ramai sahabat saya yg bekerja di pasaraya bawah agensi itu tanpa apa2 kemudahan or benefit medical cuti tahunan dll.. sama juga dengan syarikat pasaraya itu sendiri juga mengambil pekerja yg dipanggil casual worker yg cuti 4 kali sebulan dlm jadual nya dengan bayaran rm10 sejam tanpa sebarang kwsp dll.

    2.
    di sebuah pasaraya yg saya kerja mengambil pekerja dibawah syarikat mall tu sendiri yg dipanggil “casual worker” gajinya dibayar rm10 sejam tanpa apa2 benefit seperti kwsp,cuti tahunan medical dll. tetapi pekerja2 casual tersebut mempunyai jadual bekerja masing2 seperti pekerja biasa yg lain malah casual worker kebanyakannya kerja 10 hingga 12 jam sehari selama sebangak 26 hari sebulan. cuti 4 hari sebulan..adakah salah?

    dan banyak lg kesalahan yg saya dapati di pasaraya tersebut seperti , ada yg ot lebih 104 jam dan juga ada mereka bekerja lebih dari 6 ke7 jam baru dapat rehat. alasan dari majikan ialah tiada yang ganti rehat, pekerja mc dan sebagainya. adakah itu salah?,

    1. Waalaikumsalam.
      1. Jika tuan bekerja di bwh contract of service, tuan berhak kpd caruman kwsp & socso, cuti tahunan, medical leave, dll. Sila rujuk terma kontrak tuan. Cuti 4 kali sebulan tu tidak termasuk off-day ka?
      Casual worker adalah yg masa kerja mingguan tidak lebih 30% dr masa kerja pekerja biasa. Mereka x berhak kpd cuti thnn, cuti sakit, dsbnya.
      2. Mrk bkn casual worker. Tindakan majikan adalah salah.

  15. Tuan,
    mohon pendapat berkenaan isu di bawah:
    1. Syarikat amalkan cuti pro-rata. di mana kelayakan bercuti adalah berdasarkan pada cuti yang layak pada bulan2 tersebut. contoh. cuti tahunan saya 30 hari (12 bulan), jadi dlm sebulan saya layak ambil cuti 2.5 hari sahaja. sekiranya pada bulan jun, cuti saya yang layak hanyalah 4 hari sahaja. dan saya perlu bercuti di dalam bulan itu 6 hari. sedangkan cuti saya untuk bulan julai dan ke atas masih ada 15 hari. syarikat luluskan cuti saya 4 hari dan 2 hari cuti potong gaji. Boleh atau tidak boleh amalan sebegini?
    2. cuti hari raya.
    Majikan mengarahkan pejabat di tutup dari 13-18 mei. (staf di kehendaki cuti 13, 14 & 18 Mei) dan potong cuti tahunan. dan kakitangan yg dah abis kelayakan cuti pada bulan tersebut kena potong gaji. bolehkah atau sepatutnya majikan bagi cuti tanpa rekod. ada kakitangan yg masih mahu hadir kerja pada 13 mei.
    3. saya keliru berkenaan dengan cuti wajib (5 hari) dan cuti pilihan majikan 6 hari. mohon penerangan pada cuti pilihan 6 hari tu. adakah cuti tersebut termasuk cuti umum (wesak, CNY, Aidilfitri, Aidiadha)

  16. Salam tuan..
    saya nak tnya ape pendapat tuan berkait majikan yg
    Menetapkan pekerja wajib berkerja selama 12jam
    Untuk 6 hari
    Berturut turut dlm seminggu.
    Cth isnin hingga sabtu.
    Menurut encik, seminggu pekerja dibenarkan bekerja sebanyak 48jam.. sekarang sykt saye bekerja selama 72jam.
    Adakah ia mnyalahi undang2 buruh?
    Sila email sye- amirulpenghulu@gmail.cok

  17. SAYA BERKERJA SEBAGAI SECURITY OFFICER SAYA BERKERJA LAPAN JAM DAN OT 4JAM.SAYA DI BERI CUTI DUA HARI DALAM SEMINGGU IAITU PADA HARI SABTU DAN AHAD.ADAKAH JIKA CUTI UMUM JATUH PADA HARI SABTU BOLEH DIGANTI KEHARI LAIN ATAU TIDAK.ADAKAH UNDANG-UNDANG BURUH UNTUK CUTI UMUM TERTAKLUK PADA STAFF YANG BERKERJA NORMAL SAHAJA ATAU TERMASUK YANG BERKERJA SHIFT LAPAN JAM.

    1. Tuan, undang2 buruh terpakai kpd pekerja yg dilindungi, misalnya yg gaji RM2,000 atau kurang (utk Semenanjung Malaysia), pekerja manual, dll.
      Bg company yg kerja 5 hari seminggu (cuti Sabtu & Ahad), Sabtu adalah off day dan Ahad adalah rest day. Cuti am yg jatuh pd off day x perlu diganti.
      Walaubagaimanapun, perihal cuti am adalah budibicara majikan. Sila rujuk terma kontrak/memo syarikat mengenai cuti yg dipilih oleh majikan.
      Untuk maklumat lanjut, sila baca artikel kami : https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/cuti-umum-di-malaysia

      1. Nak bertanya kalau majikan suruh staf clock in clock out mengunakan wasap…adakah ini salah undang2?

        1. Terpulang kpd polisi majikan. Tapi majikan kena sediakan kemudahan wi-fi atau kredit utk membolehkan pekerja berbuat demikian.

  18. Boleh kah majikan tidak membayar gaji akhir dengan alasan pekerja tidak menyerahkan tugas-tugasnya sedangkan segala dokumen kerja telah ada didalam laptop majikan.

    1. Secara amnya, tidak boleh. Tetapi mgkn ada tugasan yg tuan blm selesaikan atau yg belum diserahkan kpd majikan. Sebaiknya, selesaikan segala tanggungjawab dgn sempurna sblm tarikh terakhir kerja.
      Pertikaian sebegini, jika tidak dpt diselesaikan dgn baik, blh dirujuk kpd pihak JTK untuk bantuan.

  19. saya bekerja syif, dan menurut pekeliling , jika cuti am jatuh pada hari off, cuti am tersebut akan beralih ke hari berikutnya. pertanyaan nya ialah bagaimana jika hari berikutnya juga adalah hari cuti am. adakah cuti am pada hari itu juga akan di anjakkan ke hari berikutnya. kerana yang jadi amalan sekarang oleh pengawai ialah spt contoh di bawah:-

    cuti hari raya puasa jatuh pada hari jumaat dan sabtu.
    hari jumaat adalah hari off. maka cuti am beranjak ke hari sabtu dan cuti am hari raya kedua dan hari raya pertama hanya jatuh pada hari sabtu.
    ini bermakna cuti am hanya satu kali sahaja iaitu hari sabtu.

    jadi kenapa jadi seperti itu…kenapakah hari cuti am yang sepatutnya 2 hari hanya tinggal satu hari sahaja. dan bertindih pada hari sabtu.

    adakah pemakaian cara ini betul atau salah.

    kerana seperi cuti hari raya pada 2017 jatuh pada hari ahad dan isnin bagi yang bekerja normal maka secara automatik nya cuti am beranjak ke hari isnin dan selasa.

    mohon penjelasan …terima kasih

    1. Tuan, terma off day & rest day adalah berbeza. Misalnya bg company yg kerja 5 hari seminggu (cuti Sabtu & Ahad), Sabtu adalah off day dan Ahad adalah rest day. Cuti am yg jatuh pd off day x perlu diganti.
      Rest day tuan adalah Jumaat? Jika begitu, oleh krn Sabtu jg cuti am, cuti Raya pada Jumaat perlu diganti pada hari Ahad.
      Walaubagaimanapun, perihal cuti am adalah budibicara majikan. Sila rujuk terma kontrak/memo syarikat mengenai cuti yg dipilih oleh majikan.
      Untuk maklumat lanjut, sila baca artikel kami : https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/cuti-umum-di-malaysia

  20. Soalan saya berkaitan dengan waktu kerja..
    Cth:-
    Pada tarikh 20/06/2018 saya perlu hadir mahkamah kerana prosiding berkaitan dengan saman kenderaan..
    Adakah hari tersebut saya perlu memohon cuti untuk hadir mahkamah atau pun hari berkenaan majikan seharusnya memberi kelepasan kepada saya berdasarkan surat arahan hadir mahkamah..
    Soalan saya berkaitan hal yang sama.
    Sekiranya saya dibenarkan majikan untuk ke mahkamah sehingga selesai prosiding dan diarahkan kembali masuk bertugas.
    Apakah yang sepatutnya layak untuk saya sekiranya ada surat arahan untuk menghadiri mahkamah.?.
    #Perlu memohon cuti?
    #Ada perintah bab cuti jika berkaitan mahkamah?
    #Perlukan saya kembali bertugas setelah selesai hal mahkamah.?
    ###Tolong bantu kerana saya betul keliru.

    1. 1. Kalau prosiding mahkamah tersebut adalah berkenaan urusan peribadi, perlu memohon cuti dr majikan.
      2. Jika majikan tidak meluluskan cuti, tetapi membenarkan tuan menghadiri prosiding berkenaan, maka tuan hendaklah kembali bertugas stlh selesai prosiding (ikut arahan majikan).

  21. Boleh ka majikan mengurangkan masa bekerja? dr 8 jam kepada 4 jam?
    sekiranya masa bekerja dikurgkan kepada 4 jam, adakah gaji boleh dikurgkan 50% dr gaji sedia kala..
    cthnya : rm1000, slps di kurangkan tinggal rm500/bulan.

    1. Secara amnya bagi pekerja yang dilindungi di bwh Akta Kerja, majikan blh kurangkan masa bekerja tetapi tidak blh mengurangkan gaji pekerja dgn sewenang-wenang. Majikan perlu mendapatkan persetujuan pekerja. Sila rujuk terma kontrak anda. Jika majikan sedang mengalami masalah kewangan, maka ia hendaklah mengikut prosedur yg betul utk mengurangkan kos operasi.

  22. Sy ingin bertanya, mengenai cuti tahunan. sy tlh bkerja selama 2 tahun sektor swasta. Cuti tahunan masih ada.. bolehkah sy mengambil cuti tahunan sy..setiap kali perayaan? Sy berketurunan cina/dusun Sabah. Bapa Cina beragama Buddha merayakan CNY, Mak sy Dusun beragama Muslim merayakan HRA, dan sy sendiri beragama Kristian merayakan Hari Natal dan pesta kaamatan..sy tlh bercuti pada perayaan CNY yg lepas. sy mahu ambil cuti tahunan lagi untuk perayaan hari raya aidilfitri.tetapi pihak atasan sy (supervisor) x mbenarkan sy mengambil cuti tahunan untuk hari raya..menurut dia,staff hanya dibenarkan ambil cuti tahunan untuk 1 perayaan sahaja..persoalannya..bukankah cuti tahunan adalah hak pekerja??

    1. Cuti tahunan adalah hak pekerja tetapi kelulusan adalah hak majikan. Ertinya, sekiranya terdpt keperluan operasi syarikat, majikan berhak utk menolak permohonan cuti pekerja. Ia juga bergantung kpd polisi syarikat.

  23. Salam, sy nak bertanya, jika saya telah menghantar notis 1 bulan kepada majikan (seperti yg tertera dalam surat perjanjian), kemudian majikan menolak surat berhenti tersebut dan mengabaikannya, adakah saya masih boleh berhenti? perlukah majikan ‘approved’ surat perletakan jawatan tersebut?
    jika saya tetap berhenti setelah cukup notis, bolehkah sy menuntut gaji dan pembayaran baki AL?

    1. Blh teruskan berhenti, asal notis mencukupi. Jika majikan enggan membayar gaji terakhir & baki AL, sila rujuk dgn JTK utk bantuan. Pastikan saudara ada menyimpan salinan notis yg telah diserahkan kpd majikan yg telah acknowledged receipt

  24. Saya ingin bertanya, jika saya sudah bekerja lebih daripada sebulan tetapi offer letter masih belum diberikan, dan syarikat memberitahu ingin menghentikan operasi dan menutup syarikat tanpa memberi notis awal, adakah saya berhak untuk mendapatkan gaji ganti notis?

    1. Ya, jika saudari jatuh di bwh pekerja yg dilindungi di bwh Akta Kerja. Jika timbul pertikaian, pastikan saudari ada bukti bekerja dgn majikan berkenaan.

  25. Saya ambil partime dengan gaji yang ditetapkan RM150 untuk satu hari ..selama 10:00pm-10:00am(rehat 1 kali) ,masa hari terakhir saya bekerja ..masa 10:00pm-11am (1 kali rehat) .
    Masalah sekarang ,masa last day bekerja ..majikan cakap lain ,bagitahu gaji ktOrg ikut based on sale .Sedangkan post standard gaji dia cakap RM150 satu hari ..tapi dia tak bayar gaji kitaOrg seperti yang ditetapkan RM150 sehari .

    1. Saudari hendaklah merujuk terma kontrak kerja. Byk fakta yg perlu diteliti dlm situasi ini. Saya syorkan saudari bertanya dgn pihak JTK dan bawa bersama slip gaji, salinan kontrak, dokumen2 lain yg berkaitan.

  26. Maaf nak bertanya boleh ke majikan tidak mahu membayar bonus kepada pekerja atas alasan:pekerja yg menerima warning letter tak dapat bonus/selalu datang lambat/selalu cuti/kena rasuk..yang kena warning letter pertama hanya mendapat 50%..warning letter kedua 0%..warning letter ketiga disuruh resign..boleh kah pihak majikan melakukan sedemikian..

    1. Bonus adalah budibicara majikan. Kalau x dinyatakan secara spesifik dlm kontrak, maka majikan berhak utk bagi atau x bagi, atau nak bagi separuh, dll. Tetapi majikan x berhak memaksa pekerja utk resign.

  27. Salam admin,
    Ingin tahu tentang cuti tahunan. Saya bekerja d syarikat swasta yg ada polisi syarikat nya sendiri. Mcm biasa cuti tahunan bg yg bekerja kurang dr 2tahun ialah 8 hari mmg ada tertulis pd letter of offer, cumanya setelah bekerja baru tahu yg sy hanya bole ambil cuti tahunan setengah hari utk setiap bulan kerana cuti 8hari td d bahagi kpda 12 bulan, sy bekerja d Johor dan berasal dr Sabah. Sy apply cuti utk hari raya selama 10 hari dr 18 jun ke 29 jun (sy bkerja 5 hari sminggu) memandangkan sy jarang balik bercuti. sejauh yg sy tahu mana2 syarikat yg sy pernah bekerja xada istilah hanya boleh ambil cuti tahunan sebegitu melainkan klu ambil cuti lebih dr yg diperuntukkan maka akn d potong gaji. Apakah nasihat admin? apakah ptt sy buat? Atau mmg kene ikt pd polisi syarikat?

    1. Perihal proses cuti atau cara memohon dan sebagainya adalah hak majikan. Pekerja blh memohon budibicara majikan jika perlu.

  28. Assalammualaikum

    Saya ingin mendapatkan definisi kakitangan Manual dan Non Manual. Bagaimana nak menentukan seseorang itu di kategorikan sebagai Manual dan Non Manual mengikut Akta.

    1. Definisi pekerja manual adalah subjektif dan bergantung kpd cara sesuatu pekerjaan dilaksanakan. Jika memerlukan kemahiran teknikal, ia biasanya tidak dianggap manual. Kerja buruh kasar atau kerja yg memerlukan tenaga fizikal, adalah kerja manual.

  29. Majikan akan mendenda RM 5 jika lewat 5 minit masuk kerja. Cth: Kerja mula jam 8 pagi tapi pekerja lewat 5 minit akan didenda RM 5. Dan majikan akan meminta pekerja bekerja OT namun tidak dibayar untuk OT cuma diberika cuti ganti mengikut jam selama OT itu. Cth: OT 4 jam akan diberi cuti setengah hari. Adakah itu dibenarkan? Denda RM 5 kerana lewat dan menukar bayaran OT ke cuti ganti?

    1. Gaji pekerja yg dilindungi di bwh Akta Kerja x blh dipotong atau ditukar dgn cuti dgn sewenang2nya..

  30. Salam,

    Syarikat yg sy bekerja telah bergabung dengan beberapa syarikat lain dibawah satu bumbung. baru2 ini mereka telah mengintegerasikan terma2 atau T&C syarikat2 yg bergabung. Masalahnya, terma2 yg dikemukakan banyak kekurangan dgn terma2 syarikat sy semasa sy memulakan kerja dahulu. Apakah hak2 pekerja yg boleh digunakan.

    1. Tuan, kontrak pekerjaan yg lama mcm mn? Dah sign kontrak baru ka? Kalau kontrak lama masi berkuatkuasa, maka terma baru yg kurang berfaedah x blh digunakan. Mgkn kah pekerja telah tandatangan kontrak baru dgn syarikat baru?

  31. Selamat petang saya ingin tanya soalan
    1.saya baru kerja sebulan lebih.saya tidak ada offer letter dan saya masih dalam kontrak bila cuti umum adakah berhak syarikat itu untuk menolak gaji saya dan waktu itu satu office cuti

    2.saya ada mc dari klinik dah diberikan pada syarikat dan gaji saya masih ditolak

  32. Slm Encik. Adakah syarikat masih perlu byr EPF, SOCSO & EIS jika pekerja itu mengambil cuti tanpa gaji untuk beberapa bulan? TQ

    1. Saya telah berkhidmat dalam badan uniform selama puluhan tahun . Baru2 ini terdapat satu surat memansuhkan cuti awam . Sedangkan cuti awam adalah cuti yang diluluskan oleh perlembangaan. jika dikira cuti rehat 15 hari untuk pencen hanya boleh disimpan 12 hari. Takkan setahun saya hanya dibenarkan cuti 3 hari . Ia agak tidaj adil.. bolehkah jabatan berbuat demikian kerana seolah2 menindas anggota bawahan.alasan yang di beri oleh jabatan ialah saya bekerja shif. 2 hari bekerja 1 hari off . Tanpa mengira hari perayaan. Selama 12 jam

      1. Jika maksud tuan, tuan bekerja dgn pasukan beruniform sbg polis, tentera, dll, maka saya tidak pasti ttg perkara tersebut. Terma perkhidmatan kakitangan awam tertakluk kpd Perintah Am.

  33. saya start kerja 9hb march.
    bolehkah saya nak berhenti kerja notis 24jam?
    masa masuk kerja dulu, saya tidak diberikan sebarang offer letter. cuma isi borang masa interview dan details diri sendiri.

    bolehkah saya memberi notis 24jam?

    1. Jika tiada sebrg persetujuan ttg tempoh notis, maka S.12(1) AK terpakai – iaitu 4 mggu notis jika tempoh perkhidmatan kurang drpd 2 thn.

  34. Tuan, untuk pekerja yang mana jadual kerjanya secara shift cth: shift 1 (8am-4pm), shift 2(4pm-12am), shift 3(12am-8am). Boleh ke staf diarahkan kerja 2 shift pada satu hari. Cth: staf dah kerja pd shift 3 (12am-8am), then masuk semula untuk shift 2 (4pm-12am). Gaji tu kira macam mana? Adakah yg lebih 8jam tu jadi OT

    1. Maaf di atas pertanyaan saya. Saya telah menghantar surat perletakan jawatan 24 jam pada hari tutup akaun. Saya menghanaltar surat rayuan ‘waive’ juga. Saya menghantar surat tunjuk sebab tidak hadir bertugas 3 hari sebelum berhenti. Tetapi HQ tidak terima dan BOC saya. Jadi saya tidak mendapat sebarang gaji untuk punch card 23/04/2018 sehingga 22/05/2018. Tetapi, saya perlu bayar lagi RM72.70. Jadi saya masih kurang faham. Adakah benar seperti itu?

  35. salam tuan, jikalau pekerja dipaksa keje lebih masa dalam bulan puasa (cth: 6 7 kali) ada dibawah akta apa2 ke?

  36. salam tuan, jikalau pekerja dipaksa keje lebih masa dalam bulan puasa (cth: 6 7 kali) ada dibawah akta apa2 ke?

  37. Assalamualaikum, hi. Saya seorang student dan sedang bekerja part time di sebuah syarikat yg telah menawarkan saya gaji sebanyak Rm1000 sebulan. Pada permualaannya saya diberikan 7 hari percubaan, dan dibayar gaji hari bermula pada pertengahan bulan 2. Dan pihak majikan telah bersetuju untuk melantik saya as permanent staff selepas 7 hari bekerja dan dibayar gaji sebulan Rm1000 jika saya setuju untuk meneruskan kerja. Namun pada awal april, majikan baru sahaja memberikan surat agreement pada saya, tetapi di surat itu bertarikh 1 Mac 2018, dan di surat itu menyatakan bahawa saya masih dalam tempoh percubaan dan diberikan kontrak selama 3 bulan, bermula 1 Mac 2018. Adakah sah kontrak tersebut? Dan adakah sah surat agreement tersebut? Kerana ianya telah ” back dated “? Baru baru ini, majikan saya memberi tahu bahawa dia ingin menamatkan kontrak saya iaitu pada hujung Mei ini, dan akan membayar gaji saya 50% pada hujung Mei, dan selebih nya lagi 50% pada 5 Jun 2018. Bolehkah majikan membuat sedemikian? Sedangkan di dalam kontrak lepas tertera bahawa majikan akan membayar gaji pada setiap 30 atau 31hb.

    1. Tiada mslh agmt back-dated kalau kedua pihak setuju. Gaji sesuatu bulan hdklah dibyr selewat2nya pd hari ke-7 bln berikutnya.
      Pd pdpt saya, mula2 saudari diambil kerja sbgi daily-paid worker. Slps itu, jadi monthly paid. Biasanya syarikat akan memberikan kontrak dgn probation period dahulu (3-6 bulan, & tempoh blh dipjgkan) sblm disahkan dlm jwtn. Saudari blh baca artikel kami utk info lanjut : https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/tempoh-percubaan-dan-pengesahan-dalam-jawatan
      Jika ada soalan lain slps mbaca artikel tersebut, sila komen di sini ya.

  38. Dear Admin,

    Mohon pandangan Admin berkenaan situasi saya;

    1. Saya ber kerja di sebuah syarikat swasta yang beroperasi di Sabah, ibu pejabat/ syarikat induk berada di Selangor.

    2. Mula bekerja dari Disember 2016 sehingga sekarang.

    3. Majikan saya telah memulakan tindakan untuk memberhentikan saya dari syarikat ini atas sebab peribadi, bagi menguatkan tindakannya, syarikat telah mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab kepada saya bagi memaksa saya berhenti. Surat tersebut ngandungi perkara-perkara yang sudah melebihi 60 hari dari tarikh kejadian dan saya telah berjaya membuktikan bahawa saya tidak bersalah di atas perkara-perkara yang disebut di dalam surat tersebut. Saya telah mengemukakan bukti-bukti bagi menyokong kenyataan balas yang saya keluarkan.

    4. Selepas saya membalas surat tersebut, pemilik syarikat saya bekerja telah menghubungi saya dan meminta saya berhenti kerja secara sukarela. Saya telah menyatakan kepadanya bahawa tindakan ini adalah tidak adil.

    5. Dalam masa yang sama, saya mendapat berita bahawa pihak pengurusan di tempat saya bekerja sebenarnya mahu menggantikan saya dengan calon yang lain, ini telah dinyatakan dari sebelum syarikat mengeluarkan surat tersebut kepada saya. Saya berasa tindakan ini tidak adil dan sangat tidak profesional.

    Apakah hak saya sebagai pekerja dan apakah tindakan yang boleh saya lalukan?
    Sekarang saya berasa amat tertekan dan sudah hilang kepercayaan kepada syarikat.

    Saya amat berharap Admin dapat membantu saya.

    1. Jika tiada surat hitam putih bhw saudara dipecat – teruskan bekerja seperti biasa. Jika tuan ditekan, lapor kpd HR. Jika pengurusan/HR x peduli, bgtau yg tuan akan membuat aduan di pejabat JTK yg terdekat. Jgn sukarela resign & jgn bagi alasan utk dipecat. Teruskan berkhidmat dgn cemerlang. Jika berterusan ditekan & rasa tertekan, buat aduan di JTK.

  39. Salam. Sy sy sudah bekerja selama 2 tahun 4 bulan 18 hari. Namun sehingga kini sy masih tidak dapat sebarang offer letter dan pay slip juga tidak dikeluarkan setiap bulan. Pay slip hanya akan dikeluarkan jika pekerja meminta daripada majikan. Sy juga bekerja dibawah tekanan jika tidak menyiapkan tugasan potongan gaji akan dibuat sebanyak RM50 utk setiap kesalahan. Apakah wajar jika sy membuat laporan ?

    1. Blh buat aduan – pekerja berhak kpd kontrak bertulis (s.10 AK), payslip setiap bulan (Reg.5, Employment Regulations) & majikan x blh memotong gaji pekerja sewenang2nya (s.24 AK). Sediakan bukti kerja.

  40. Asalammualaikum..saya bekerja sebagai promoter..saya ade masalah dengan majikan saya,saya dah bekerja dengan syarikat nie 8 bulan..saya start bekerja bulan 25.09.2017,barang niaga pernah hilang stok sebanyak RM5000..majikan saya tuduh saya amik barang2 tersebut tanpa membayarnya,sedangkan kiosk tersebut tiada keselamatan,sesiapa jer bleh amik barang niaga sebab kami tutup kiosk guna kain kanvas sahaja..dan selama 8 bulan saya bekerja,saya tidak dibayar public holiday hanya dibayar gaji harian biasa sahaja sedangkan masa interview manager cakap public holiday akan dibayar double..gaji saya juga pernah dibayar lambat,tengah bulan baru dapat..pekerja lain juga (kawan keje) keje di bawah syarikat yang sama dengan saya,semasa dia mencapai target jualan,dia tidak dapat komisen sedangkan dalam surat minta kerja dah tertulis akan dapat komisen sekiranya mencapai target jualan..saya tertekan sangat dengan kerja nie sebab majikan selalu suruh cari sales n capai target sedangkan kiosk saya sekarang dalam pusat membeli belah baru dibuka bulan Januari 2018,hanya pasaraya sahaja dibuka dan tidak banyak pelanggan..ape yang perlu saya lakukan? Dan tindakan ape yang perlu saya ambil?

    1. Waalaikumsalam. Jika saudari telah komplen dgn majikan tetapi x diendah, saudari blh buat aduan di pejabat JTK yg bhampiran (kol je pun blh). Tujuan aduan supaya majikan mematuhi undang2. Minta pihak JTK rahsiakan identiti saudari.

  41. Salam. Saya adalah pekerja yang berada dalam kategori gaji kurang RM2000. Diberi cuti mingguan 2 hari, cuti umum 11 hari, cuti tahunan bermula 8hari dan waktu bekerja 9pg – 5.30ptg. Semua ditulis dalam kontrak lantikan. Selepas tahun ke2 bekerja, majikan mengarahkan saya bekerja 6 hari seminggu dengan alasan tempat lain pun bekerja 6 hari. Permasalahan disini, saya bekerja di tempat ini disebabkan saya mempunyai anak kecil sangat tertarik dengan benefit cuti mingguan 2 hari walaupun gaji kecil dan tiada kenaikkan tahunan pun (walaupun dalam kontrak dijanjikan kenaikkan). Apakah saya boleh mencabar keputusan majikan dalam hal ini? Terimakasih.

  42. Assalamualaikum,
    saya nak tahu hak pekerja untuk menukar department. situasi seperti di bawah.
    Saya telah bekerja di syarikat ini selama 7 tahun di dalam department A. Baru-baru ini saya mendapat tahu terdapat kekosongan di deparment B. Saya telah menghantar email kepada HR untuk bertanyakan apakah prosedur sekiranya saya berminat untuk menukar department. HR telah membalas email, saya hanya perlu menghantar surat rasmi kepada Head of HR.
    Namun, pada hari yang sama, Head of HR telah memberitahu kepada Head department saya yang saya ingin menukar department. Dengan serta merta saya dipanggil oleh Head saya dan saya dimarahi kerana tidak berbincang akan hal ini terlebih dahulu. Saya menyatakan yang saya cuma bertanyakan prosedur dan surat rasmi belum lagi dihantar kepada HR. Tetapi Head saya tidak mahu mendengar dan terus memarahi saya dan dia juga mengatakan dia tidak peduli sekiranya saya mahu menukar department ataupun berhenti kerja.
    Keesokannya, saya menghantar surat rasmi kepada Head HR. Dalam pada masa yang sama, saya telah berjumpa dan berbincang dengan Head saya mengenai hal ini. Dan dia sekerasnya mengatakan dia tidak akan menukarkan sesiapa di dalam department nya ke department lain. Walhal semasa kejadian saya dimarahi, dia mengatakan sebaliknya.
    Selepas dua minggu, Head HR telah menghantar email kepada saya mengatakan permintaan saya untuk tukar department tidak berjaya selepas meniliti ‘perfomance and attitude’ sepanjang saya bekerja di Syarikat ini. Tetapi saya dapat merasakan Head saya yang tidak melepaskan saya memandangkan hubungan Head saya dan Head HR sangat rapat!
    Dalam kes ini saya menyalahkan Head HR yang telah memberitahu saya ingin bertukar department kepada Head saya sebelum sempat saya berbincang dengan dia (walhal saya baru bertanyakan prosedur), hal ini telah membuatkan situasi menjadi tegang.
    Bukan sahaja saya tidak dapat menukar department malah saya terpaksa bekerja dengan perasaan tertekan akibat rentetan kejadian ini.
    Persoalan saya, apakah hak saya sekiranya saya ingin menukar department kerana saya telah bekerja di department yang sama selama 7 tahun dan saya mahukan pengalaman dan ilmu yang baru.

    1. Perkara sebegini x dinyatakan di dlm undang2. Puan blh rujuk handbook/polisi/memo syarikat. Sekiranya Puan rasa berlaku ketidak-adilan, puan blh cuba bincang dgn bos yg lebih atas dr Head of Dept & Head of HR. JIka masih x diendah & puan rasa tertekan, saya rasa puan patut cuba cari kerja lain. Tetapi sblm itu, baca dulu artikel kami : https://dululainsekaranglain.com/human-resources/10-tips-untuk-menjadi-pekerja-cemerlang . Di sana ada sdkt idea ttg bgmn menambah pengalaman & ilmu baru tanpa perlu tukar dept. Semoga berjaya.

  43. Assalamualaikum …
    Sy bkerja d restoran bdekatan kwasan perumahan sy tinggal..
    Walaupun restoran biasa.tetapi majikan meyediakan punchkad dan slip gaji…juga potongan kwsp utk pekerja ttap.
    Sy berumur 37 dan rata2 pekerja 2 lain berumur 20_30 thn.
    Majikan seolah2 memperbodohkan kami seolah2 antara kami tdk tahu undang2…
    Kontrak bertulis mmg tak ada.. sy dah 4 bln bkerja blum dpt pengesahan jawatan malah dpt surat amaran yang tidk jelas kesalahan saya…
    Bos suka cakap kasar bila marah dan amat mnyinggung perasaaan sy krn bos umur 26.
    Klinik panel xada,cuma bgantung klinik kerajaan sahaja perakuan sakit…
    Jadi hujun minggu kami seolah2 dilarang sakit..dah byk kali sy unpaid leave kerana sakit di hujung minggu..
    Terbaru sy dapat2 hr mc dr hospital kerajaan dan ini btul2 menaikkan darah bos..
    Alasannya sb sy xmaklumkankan awal ..
    Padahal sy dah maklumkan yg pertama…yg kedua sy tak sempat kerana betul 2 sakit tak bdaya pegang hp..
    Skrg dia suruh sy cuti lg 2 hari…sedangkan sy dah dtg kerja slps 2 hr mc..sudah tentulah cuti tu tak bergaji…kan..
    Bosseolah2 tak prihatin kesihatan kami.. hanya nk untung sahaja…
    Byk lagi sebenarnya pasal waktu kerja 10 jam tanpa rehat yg benar2 ..cuma rehat solat dan mkn…kdg mkn pun xsempat…
    Soalan saya…di mana/bagaimana nak mngadu dan layakkah saya mengadu… sekian

    1. Boleh buat aduan/minta nasihat dgn pihak JTK berdekatan. Tiada kontrak bertulis x bermaksud x ikatan majikan-pekerja. Sila bawa bersama bukti kerja – caruman kwsp, slip gaji, dll.

  44. Assalammualaikum …nk tanya. Adakah saya bersalah dlm hal ni.

    Pihak syarikat mengeluarkan notis dimana 10-11 mei adalah cuti umum. Tetapi kpd yg perlu bekerja pada hari tersebut dibenarkan mengambil cuti ganti.

    Saya tidak mendapat arahan lain (drpd superior saya) yg memerlukan saya dtg kerja pada hari tersebut. Tetapi sekarang saya dipersalahkan atas alasan tidak bertanya samada saya perlu dtg atu tidak pada hari tersebut.

    Bolehkah saya mendapatkan sedikit penjelasan disini?

    P/s: kejadian sebegini telah berulang untuk beberapa kali.

    1. Perkara ini bergantung kpd polisi syarikat & tugasan tuan krn majikan berhak utk mengganti cuti itu dgn hari lain. Sekiranya polisi syarikat & arahan syarikat kpd tuan memerlukan tuan bertanya/meminta kebenaran, maka tuan perlu berbuat demikian.

  45. Salam.
    Saya ada soalan hendak ditanya.
    Pada hari selasa 8hb May 2018, jam 5.30ptg sewaktu saya ingin pulang dari kerja, saya dan rakan2 sepejabat telah dipanggil oleh majikan dan diberitahu syarikat akan ditutup dan kami diarahkan untuk tidak naik bekerja lagi.
    Tetapi kami mendapat tahu bahawa hanya kami yg diarahkan untuk tidak bekerja, sedangkan cawangan lain bekerja seperti biasa.
    Apa perlu saya buat? Bolehkah saya membuat kes di pejabat buruh mahu pun perusahaan? Adakah saya dilindungi akta? Gaji saya rm2300 sebulan.
    Minta pendapat dan pandangan saudara.
    Terima kasih.

    1. Waalaikumsalam Cik Nadia,
      Pd pdpt saya, saudari teruskan pergi kerja spt biasa. Sekiranya syarikat benar2 akan ditutup, syarikat hendaklah memberi pampasan berdasarkan tempoh bekerja dgn syarikat.
      Saudari blh meminta bantuan JTK.

  46. Salam En. Ismail,
    1) Adakah Akta Kelepasan Am 1951 dikecualikan untuk swasta. Saya bertanya mengenai cuti kelepasan am 10 dan 11 mei sempena kemenangan kerajaan baru. Saya lihat Persatuan Saudagar Besi & Hardware menyatakan tidak diwajibkan cuti pada hari tersebut dan tiada replacement untuk mereka yang hadir bekerja seperti biasa?
    2) Di syarikat sy bekerja terdapat beberapa orang rakyat Malaysia yang telah berkhidmat lebih dari 5 tahun. Bekerja seperti biasa tapi di berikan gaji hari. Apa yang memusykilkan, majikan saya berkata mereka yang gaji hari, tidak diwajibkan diberi cuti tahunan. Sedangkan mereka kerja telah bertahun2 lamanya hanya diberikan caruman KWSP. Kami langsung tidak mempunyai kontrak bertulis. Sangat kasihan tengok mereka yang rajin bekerja tetapi tiada peruntukan cuti.
    3) Adakah majikan berhak untuk mengecualikan caruman KWSP untuk 3 bulan pertama. (tiada kontrak, cakap mulut sahaja) caruman bermula selepas 3 months probation.
    4) Apakah saluran yang betul untuk saya membuat aduan kepada JTK. adakah maklumat saya akan diketahui oleh majikan?

    Saya sayang tugasan saya, saya suka kerja2 saya. tapi cara majikan yang menindas pekerja, buatkan saya tak boleh berdiam lagi.

    1. 1) Scr amnya, semua majikan wajib mematuhi perintah kerajaan persekutuan mengenai cuti tersebut. Cuba tanya JTK utk kepastian – mn tau ada pengecualian khas.
      2) Buat aduan dgn JTK. Semua pekerja yg dilindungi di bwh AK berhak kpd cuti tahunan.
      3) Tidak. Lapor dgn KWSP.
      4) Blh minta supaya identiti dirahsiakan. Buat panggilan telefon dahulu & tanya prosedur/apa butiran yg jTK perlukan.
      -Anda membuat perkara yg betul. Kita x blh biarkan penindasan berlaku. Tapi anda hendaklah jg bertindak dgn berhati2 agar x menjejaskan hidup anda. Syabas, & kami doakan semoga usaha anda berjaya.

  47. salam nak tanye.. sy berkerja sebagai sale dgn developer.. sy nak tanye bole ke syarikat mendenda sy jika tak dpt sale tiada dlm kontrak kerja cuma diberitahu notice.. dan die beritahu bahawa jika sy berhenti commision tidak diberi..

      1. Salam nk tanya.. saya supervisor pasaraya n saya ada 1 staff warga asing excident semasa buat kerja hingga luka jari die.. saya dapat inform dari acct yang bawa staff saya ke klinik yang tulang jari staff saya tu hancur kne mesin potong daging.. n sekarang problem nya hr tempat keja langsung xambik tindakan apa2 pasal kes staff saya ni.. lepas kne paksa die just bawa staff saya klinik panel cuci luka lepas 4hari.. but xbuat full medical checkup.. langsung xbuat report pasal excident staff saya.. n suruh staff saya bayar kos rawatan cuci luka.. saya n staff saya ada bertanya pasal insurans untuk staff.. yang die jawab die tak tahu ada insurans ke x.. semua bukti hr saya ckp saya ada record.. staff warga asing saya still boleh buat report atas kecuaian hr dalam menjaga kebajikan pekerja..?

  48. Assalamualaikum, tumpang bertanya. Pihak syarikat telah mengeluarkan pekeliling bahawa setiap pelerja yang dihantar untuk mendapat latihan luar diikat yang mana tempoh bergantung dengan expenses yang syarikat keluarkan. Soalan saya, 1) apakah keadaan ini terpakai kepada meraka yang menandatangani kontrak sebelum pekeliling dikeluarkan 2) apakah prosedur yang betul untuk mengikat “bond” tersebut, apakah pekerja perlu diberi tahu kos dan tempoh ikatan sebelum pergi ke latihan, dan menurunkan tandatangan persetujuan? 3) apakah pilihan pekerja sekiranya dikhuatiri bonding tersebut menyebabkan syarikat bebas menaniaya perkerja (disebabkan pekerja tidak boleh letak jawatan lagi) seperti tukar department yang tidak masuk akal, potongan elaun elaun tertentu, dan lain lain,

    1. Tuan, x peruntukan mengenai bond dlm Akta Kerja.
      1) Kena rujuk kontrak pekerjaan, polisi syarikat, memo, dll.
      2) Pekerja sepatutnya diberikan maklumat & pilihan sama ada mahu menerima atau tidak.
      3) Bergantung kpd terma bond tersebut. Biasanya bond terhad kpd nilai kursus yg diikuti pekerja (fee, tambang, penginapan, dll), ertinya jika pekerja berhenti sblm tamat tempoh bond, dia hendaklah membyr kpd majikan nilai kursus tersebut. So, kalau pekerja x mahu terikat, pekerja blh menolak kursus tersebut tetapi pekerja hdklah menerima hakikat bhw ia mgkn akan memberi kesan terhadap peluang kenaikan pangkat/gaji.

  49. morning semua saya nak tanya..kalau saya sudah hantar surat notis berhenti 1 bulan tapi majikan tidak ambil tau notis itu..boleh ke tidak saya berhenti terus pada tarikh yg di tetapkan

    1. Saudara, pastikan saudara ada bukti/akuan penerimaan notis berhenti tersebut. Mn tau, majikan terlepas pandang. Takut nanti gaji tuan x dibayar pula sbb digunakan utk ganti notis.

  50. Kalau seseorang wanita itu mengandung dan dia perlu buat follow up setiap bulan dgn pihak doctor,ada kah gaji wanita itu akan di potong?

    1. Pertama sekali, majikan x hak utk memotong gaji pekerja melainkan mengikut akta. Tiada peruntukan dlm Akta Kerja bkenaan pre-natal/post-natal check-up.
      Pd pdpt saya, ia terpulang kpd polisi syarikat. Jika x polisi tertentu, majikan mempunyai option:
      1. anggap ia sbg ‘time-off’ jika pekerja ada ‘time-slip’ dr doktor;
      2. anggap pekerja ambil half-day leave; atau
      3. pekerja memohon annual leave utk tarikh berkenaan.

  51. Hi, I nak tanya perkerja yang di bwh kontrak (yang dilindung bwh akta 1955),di dalam kontrak tertulis I handle sales utk 1 division tetapi dlm tempoh kontrak, majikan decided utk I handle sales utk 3 different division. Adakah majikan melanggar kontrak ?

    1. Saudari Emma,
      Melainkan dinyatakan sebaliknya di dlm kontrak, majikan mempunyai hak utk memberikan kerja2 tmbhn kpd pekerja. Biasanya ia ada dinyatakan dlm surat lantikan/job scope ‘any other tasks as may be assigned from time to time’. Anggap ia suatu peluang utk meningkatkan kemahiran diri. Mgkn majikan sdg menguji tahap keupayaan anda. Sila rujuk artikel kami : https://dululainsekaranglain.com/human-resources/10-tips-untuk-menjadi-pekerja-cemerlang

  52. Mohon bantuan dari tuan, harap tuan sudi membalas soalan saya.
    1)Majikan tidak memberikan apa2 surat kontrak perjanjian bertulis kepada pekerja untuk ditandatangani dan telah dipohon oleh pekerja berkali-kali.
    2) Pekerja hendak menggunakan kenderaan peribadi pekerja untuk rutin harian kerja tanpa memberikan elaun maintanance kenderaan tersebut.
    3) Pekerja diarahkan memuat naik aplikasi kerja di dalam telefon persendirian pekerja. Dan aplikasi itu mempunyai masalah kerana masih baru dan kerap vibrate dan draining ours battery. Bila kita tak on9 kerana battery low, majikan mengugut kami pula akan berikan surat amaran.

    Kami selama ini berkerja tanpa surat kontrak dan terpaksa menggunakan barang peribadi untuk dijadikan aset kerja. Mohon penerangan tuan dan apakah masalah kami ini termasuk dalam apa2 akta buruh..

  53. Salam,

    Saya nak tanya ada tak peruntukan spesifik yang menyatakan bahawa majikan boleh mengenakan tempoh berkhidmat eg 2 tahun untuk pekerja?. Bermaksud pekerja tidak boleh berhenti kerja dalam tempoh 2 tahun tersebut.

    1. Assalamualaikum….sy ingin btnya soalan..di dalam offer letter sudah tertulis utk dibayar ot sebulan sebanyak 200..jika lebih dr itu dibayar lebih…jika kurang masa ot dia akan tetap bayar 200..persoalannye..hari sabtu di suruh bekerja full day..dr 8 pagi smpi 5 petang…kadang2 smpi malam…hR akn mgira ot mgikut rate apabila kerja lebih dr jam 5 p.m….adakah ia salah ataupon perlu dikira ot mmgikut rate dr pkl 1…bila di tnya hR dia bgtw yg co sudh mbayar ot tetap 200…pada pndngan sy dr jam 1 hingga 5 dikira kerja biasa bkn ot…mohon pndangan dr yg lebih mngetahui..skg waktu kerja bkn lg 48jam seminggu..tapi 60jam termasuk hari sabtu…sudah ttulis dlm offer latter satu hari bkerja 9jam

    2. Salam saudari Mastura,
      Tiada mslh bg majikan utk menetapkan tempoh kontrak, dan pekerja blh berhenti kerja dlm tempoh tersebut asalkan memberikan notis yg secukupnya. Majikan x hak utk menghalang pekerja resign.

  54. Salam sejahtera Tuan/Puan,

    Saya ingin bertanya jika staff dalam cuti maternity, staff hantar surat resign dalam tempoh cuti, majikan boleh terimakah resign letter itu atau majikan boleh ambil tindakan undang2 kepada staff?

    1. Kalau notis mencukupi, tiada masalah utk staff tender resignation letter sms cuti bersalin. Hak beliau terhadap tempoh cuti bersalin jg x hilang.

  55. Salam sejahtera Tuan/Puan,

    Saya nak bertanya macam mana nak kira unpaid leave jika staff gaji bulanan (basic). Contoh staff basic RM1700 dan ambil unpaid leave 2 hari dalam bulan March. Adakah kiraan unpaid leave seperti ini:
    1700/31=54.85
    atau
    1700/26=65.40
    Boleh perjelaskan masalah ini.

    1. 1700/jumlah hari dlm bulan gaji. Formula ke-2 digunakan utk kiraan OT, faedah bersalin, dll.

      1. Mohon bantuan dari tuan, harap tuan sudi membalas soalan saya.
        1)Majikan tidak memberikan apa2 surat kontrak perjanjian bertulis kepada pekerja untuk ditandatangani dan telah dipohon oleh pekerja berkali-kali.
        2) Pekerja hendak menggunakan kenderaan peribadi pekerja untuk rutin harian kerja tanpa memberikan elaun maintanance kenderaan tersebut.
        3) Pekerja diarahkan memuat naik aplikasi kerja di dalam telefon persendirian pekerja. Dan aplikasi itu mempunyai masalah kerana masih baru dan kerap vibrate dan draining ours battery. Bila kita tak on9 kerana battery low, majikan mengugut kami pula akan berikan surat amaran.

        Kami selama ini berkerja tanpa surat kontrak dan terpaksa menggunakan barang peribadi untuk dijadikan aset kerja. Mohon penerangan tuan dan apakah masalah kami ini termasuk dalam apa2 akta buruh..

        1. Tuan Pekerja Tertekan,
          1) Tiada kontrak bertulis x bermaksud x kontrak pekerjaan di antara pekerja & majikan. Adakah tuan mempunyai sebrg dokumen / bukti anda bekerja dgn majikan tersebut?
          2) Pekerja yg dilindungi di bwh Akta Kerja adalah yg tersenarai dlm Jadual 1 Akta Kerja (sila rujuk artikel kami : https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/akta-kerja-1955-samada-pekerja-di-lindungi-oleh-akta-atau-tidak).
          Yg bergaji melebihi RM2k, kena rujuk kontrak/surat lantikan utk menentukan hak mrk.
          3) Adakah tuan tmasuk dlm kategori pekerja yg dilindungi di bwh Akta Kerja? Pd dpt saya sekiranya majikan bagi surat amaran, ia blh dijadikan salah-satu bukti anda bekerja dgn majikan tersebut.
          Untuk nasihat yg lebih terperinci, kami syorkan tuan berhubung dgn pegawai JTK berhampiran.

  56. Salam saya ingin minta pendapat Tuan berkenaan situasi saya, saya telah bekerja dalam tempoh percubaan selama sebulan seperti yang tertera di dalam surat kontrak yang telah ditandatangani. Namun, belum genap sebulan saya bekerja. Majikan telah memberhentikan saya tanpa sebarang notis ,secara tiba-tiba dan ditamatkan kontrak serta-merta. Perkara ini amat memngejutkan saya kerana saya tidak ada melakukan apa apa kesalahan disiplin mahupun jenayah di syarikat tersebut. kontrak sepatutnya 16 Mac 2018 sehingga 16 April 2018. Namun saya telah diberhentikan tanpa notis dan hanya diberitahu melalui whatsapp bahawa kontrak saya telah tamat pada 7hb. Namun sehingga kini gaji saya belum diberi.
    Jadi, saya ingin tahu apakah hak-hak yang saya boleh tuntut berkenaan dgn situasi saya di atas.
    Semoga Tuan dapat memberikan penjelasan, Terima Kasih.

  57. hai..
    sy ingin btanya,isteri sy partime di sbuah company swasta boleh kh ssbuah company tu:
    1.mnukar status permenant staff ke partime hnya krn ada kala ny tpksa btukar jadual cth jadual am ke pm syif disbbkn mslh yg x dpt dielakkan tp ptukaran diberitahu kepada penyelia disetujui serta masa bkerja langsung x krg dr jadual asal.
    2.apa laporan or tindakan jika sseorg pkerja partime tu dibhentikn kerja hanya krn mslh sperti diatas?tidak mlakukn ksalahan dan mlanggar perintah kerja…
    3.gaji partime blh or mmg dibyr pd 15hb stiap bln ker?adakah ea mmg tertera dlm labour law ker?

    1. hi saya ingin bertnya, 1) pekerjaan sektor swasta dlam f&b cuti dlam sebulan berapa hari yg sepatutnyaa? 2)slip gaji pekerja mesti kena minta sama manager dulu ka baru kena bagi selepas terima gaji? 3)sekiranya notis berhenti kerja saya berikan kepada bos dan berkuat kuasa selama seminggu. tetapi gaji kita bekrja bulan kita berhenti tu tidak kena bayar. apa perlu saya buat? terima kasih

      1. En. Rider,
        1) Tertakluk kpd Perjanjian Kolektif (jika ada), semua pekerja yg dilindungi di bwh Akta Kerja berhak kpd 1 hari cuti rehat setiap minggu (6 hari kerja, 1 hari rehat).
        2) Majikan wajib beri slip gaji pd atau seblm tarikh pembayaran gaji (Regulation 9, Employment Regulations 1957)
        3) Jumpa ex-bos, minta penjelasan mgapa gaji x dibayar.

    2. En. Teh,
      1. Tidak blh. Tapi kalau sdh lama berlaku dan pekerja x komplen, mgkn blh dianggap sebagai telah bersetuju.
      2. Adakah Penyelia x akui ttg persetujuan tersebut? Ada bukti bertulis yg Penyelia setuju dgn pertukaran masa? Ianya bergantung kpd polisi syarikat, sbb pertukaran masa syif blh menjejas operasi syarikat. Secara amnya, blh diberhentikan jika dibuktikan bersalah, terutama jika telah diberi amaran/surat tunjuk sebab.
      3. Gaji hendaklah dibayar selewat2nya pada hari ke-7 selepas hari terakhir tempoh gaji. Cth, gaji bulan Mac hdklah dibayar selewat2nya pada 7 April.

  58. Salam tuan, saye ingin bertanya, jika saye apply cuti pade public holiday tapi tk dpt mcm mane ye , emm, department saye 3 org pekerja , sorg dah amik cuti public, dapat , then saye bincang dengan pekerja lagi sorg, dye okay je untuk kerje sorg 1 hari tu, saye apply cuti public, tapi tak diluluskan pulaq , sedih

    1. Majikan berhak utk x meluluskan permohonan cuti pekerja. Tuan blh cuba membuat rayuan dgn menyertakan alasan2 munasabah & menerangkan mengapa ia tidak akan mengganggu operasi unit tuan.

  59. Sy dapat terminated notis 1 bulan. Tapi kalau 2 hari tarikh last notis sy x dtg bekerja,company bole ke terus tak bayar gaji kita? Company assume kite absconded.

    1. Tak blh, tapi company mgkn perlu masa utk consider isu anda x hadir tanpa kebenaran, betulkan kiraan gaji, dll.

  60. Selamat Sejahtera.

    Saya tidak berapa faham istilah lebih tempoh masa 10jam sehari. Adakah ia melanggar peraturan Akta pekerja jika sebagai majikan kita menyuruh pekerja bekerja dari 8.30am hingga 9.30pm setiap hari ? Jumlah 10jam bekerja dan termasuk waktu berehat 1jam.

    Terima kasih.

    1. Adakah anda merujuk kpd S.60A(1)(c) mengenai spread over period? Jika ya, ia melibatkan masa kerja 10 jam (termasuk rehat selama 2 jam). Jika pekerja diarah bekerja dr 8.30am – 9.30pm (13 jam – 1 jam rehat = 12 jam bekerja), maka majikan hendaklah membayar OT 4 jam kpd pekerja. Ingat jumlah OT sebulan tidak blh melebihi 104 jam.

  61. 1)Sy berkerja di sbuah kilang, supervisior sy paksa sy buat ot, sy bgtau sy xtau pun dia paksa sy. Apakah tindakan sy blh ambik.

    2) jika sy lapor kat jtk sy takut sy kena buang kerja atau mereka kacau sy, blh ka sy lapor kat jtk tanpa identiti sy ?

    1. 1) Adakah perkara ini kerap berlaku? Kalau baru sekali dua, anggap ja mbantu company waktu emergency, yg penting OT dibayar. Kalau selalu, cuba bincang dgn baik & terangkan mengapa anda x dpt buat OT.
      2) Blh buat laporan secara anonymous.

  62. Assalamualaikum
    Saya pernah bekerja di 7E .. Dan saya menyerahkan notis berhenti 24jam apabila hendak berhenti kerani ingin menyambung pelajaran ke tingkatan 6. Adakah saya sudah tidak layak untuk memohon kerja di 7E kawasan lain ?

      1. Saya x tahu polisi HR 7E. Saya syorkan saudari submit ja permohonan kerja. Bagi peluang utk mereka pertimbangkan. All the best.

  63. jika saya ingin hadir ke pejabat buruh..adakah saya perlu hadir ke pejabat buruh mengikut alamat company saya? contohnya di selangor..adakah saya perlu hadir ke cawangan selangor?..t.kasih

  64. assalamualaikum tuan, saya ingin bertanya boleh kah pihak saya mengambil pekerja partime tp bergaji bulanan dan waktu kerja sama macam pekerja normal dengan gaji rm800 sebulan ? kiranya macam peringkat percubaan dan gaji tu mmg atas persetujuan kedua2 pihak. mohon bantu saya pliss. tq

    1. Wa’alaikumsalam.
      Pekerja part-time di bawah Akta Kerja adalah pekerja yg jumlah masa kerjanya selama seminggu adalah di antara 30%-70% drpd masa kerja pekerja biasa. Jika masa kerja pekerja itu seperti pekerja biasa, masa dia bkn dikira sbgi perkerja part-time & wajib dibayar gaji minima. Pekerja ‘probation’ jg mesti dibayar gaji minima.

        1. Sememangnya masih wujud majikan yg bersifat kolonial pd masa kini.
          Dlm kes puan, kalau tendang dgn serius, ada kesan lebam, baik buat laporan polis. Tambah dgn kata2 kesat yg membuat diri rasa terancam, blh jatuh di bwh Kanun Keseksaan (Penal Code) – assault & battery.
          Tetapi puan kena bersedia, slps buat laporan tersebut dibuat, situasi di tpt kerja akan mjadi lebih tegang. Namun begitu, majikan x blh memecat puan hanya krn mbuat laporan polis.

  65. Salam..sy nk bertanya.sy seorang pekerja di syarikat pemaju swasta.sy bekerja sudah masuk 3 tahun sebagai penyelia tapak projek.dengan hanya basic RM1300 sahaja. nak dijadikan cerita,pada bulan disember 2017, sy disuruh untuk based di pejabat sebagai kerani akaun oleh kerani masa ketika itu seorang kerani akaun hendak behenti kerja,..jadi saya diarah untuk buat kerja akaun..

    masalah sy
    1) dari penyelia tapak kepada kerani akaun tanpa sebarang surat.
    2)waktu kerja bertukar dari 8 pagi hingga 5.45 petang..
    3)minta kenaikan gaji,tak diterima.
    4)menjanjikan elaun,sampai sekarang masih tidak bagi..

    jadi apa tindakan yang perlu sy buat.? majikan saya ada sedikit sikap buli terhadap sy..menyuruh sy bt pelbagai kerja..

    1. Cari kerja lain.
      Biasanya, ada tercatit dlm kontrak kerja bhw majikan blh mengarahkan pekerja buat kerja2 lain, pindah, dll. Melainkan majikan melanggar terma kontrak atau undang2 buruh, saudari tiada pilihan lain.
      Mgkn saudari berhak kpd OT, saya x pasti sbb saya x tau jumlah sebenar masa kerja saudari.
      Jika ingin nasihat yg lebih terperinci, sila ke pejabat JTK bersama dokumen2 pekerjaan saudari.

  66. Salam.. nak tanya.. boleh ke majikan kena kan penalti rm1000 in case pekerja tak inform or lambat inform untuk permohonan cuti??

  67. Assalamualaikum/salam sejahtera tuan/puan,
    Disini saya ingin menanyakan soalan tentang cuti sakit saya. Pada awal 2.2.2017, saya pulang dari dari kerja dan mengalami kecelakaan jalanraya dimana saya dilanggar lori dan membuatkan saya dimasukkan ICU. Kesan kemalangan tersebut menyebabkan kecederaan beberapa bahagian anggota badan saya yg agak serius. Saya telah mendapat MC dari hospital kerajaan dimana saya dirawat sehingga kini. Apa yang merunsingkan saya, sudah hampir setahun 3 bulan saya tidak bekerja akibat kesan kemalangan tersebut. Apa yang boleh saya cakap, dari setiap kesan rawatan bahagian2 anggota badan saya yang cedera hampir pulih satu persatu walau tidak semua. Cuma apa yang ingin saya tahu, bolehkah saya diberhentikan kerja walaupun saya memperolehi sijil sakit dari doktor2 bertauliah dari hospital kerajaan?

    1. Waalaikumsalam tuan, boleh. Saya syorkan tuan mendapatkan nasihat dr pihak JTK berhampiran utk kepastian krn ia bergantung kpd keseluruhan fakta & dokumen yg berkaitan.

      1. Salam..
        Boleh ke majikan meletak saksi kes gangguan seksual bersama2 dgn pesalah dalam satu department??
        Sekiranya pihak majikan mengambil ringan kes ini. Kepada siapa boleh kita rujuk kes mangsa gangguan seksual ini yang mengalami tekanan emosi sepanjang berkhidmat di tempat berkenaan..memandang kes ini di pandang ringan oleh bos..

  68. salam tuan lawyer
    saya bekerja di pejabat jual buku.
    9am hingga 6pm.
    adakah dibenarkan jika mereka mahu saya kerja sbtu alternate week but still 9am to 6pm.
    ape saya faham. jika bekerja 8.30am hingga 5.30 , hari sabtu halfday. .
    jarang org kerja sabtu full day. harap tuan lawyer dpt mmbantu saya .

    1. Waalaikumsalam. Maaf ya, kami bkn lawyer – cuma berkongsi pengalaman & pengetahuan dlm labour laws.
      Jika rehat 1 jam, masa kerja adalah 8 jam sehari x 6 hari = 48 jam. Jika anda pekerja yg dilindungi di bwh Akta Kerja, masa kerja maksimum ialah 48 jam seminggu. Ertinya kalau kerja 8 jam setiap Sabtu pun masi dibenarkan oleh undang2 (S.60A(1)(d).
      Rujuk terma kontrak kerja/surat lantikan saudari utk kepastian sama ada majikan tlh melanggar kontrak atau menjejaskan hak saudari.

  69. askm tuan, saya ingin bertanyakan soalan bagi pihak majikan saya. bagaimanakah caranya untuk majikan memberhentikan pekerja yang gaji nya melebihi RM2000. Ini kerana pekerja ini tidak terikat dengan akta kerja 1955. apakah ada prosedur yang berkaitan dengan kes begini. majikan terpaksa memberhentikan pekerja memandangkan majikan terpaksa mengecilkan tenaga kerja.

    1. Retrenchment adalah hak majikan. Walau bgmn pun, ia mestilah dilakukan atas sebab2 yg ikhlas/bona fide.
      Tiada prosedur spesifik, tetapi sebaiknya majikan menerangkan kpd pekerja sbb ia terpaksa dilakukan dalam tempoh yg munasabah (notis) & memberikan pampasan yg sewajarnya.
      Perlu diingat, pekerja mempunyai hak utk mencabar pemberhentian tersebut jika disyaki mengandungi unsur2 ketidak-adilan.
      Sila rujuk Code of Conduct for Industrial Harmony (http://www.amco.org.my/n-archives/CodeOfConductforIndustrialHarmony.pdf) utk tatacara yg disyorkan (Redundancy & Retrenchment).
      Bantu pekerja utk mendapat faedah Skim Insurans Pekerjaan.

  70. Jadual kerja saya isnin (12 jam), selasa (12jam), rabu (offday), khamis (restday), jumaat (12jam) dan sabtu (12jam). Namun pada ahad saya dalam keadaan “standby” di mana saya boleh dipanggil kerja sekiranya perlu. Sekiranya saya perlu bekerja sebanyak 12 jam lagi pada ahad ini menjadikan masa kerja saya pada minggu itu ada 60jam dan tiada bayaran khas atau tambahan diberikan pada hari ahad tersebut. Adakah majikan saya telah melakukan kesalahan di bawah Akta Kerja? T.Kasih

    1. Secara amnya, jika anda pekerja yg tertakluk kpd Akta Kerja, maka majikan perlu membayar anda utk kerja yg dibuat melebihi waktu kerja biasa. Tapi jika anda pekerja shift, S.60(C)(1) memperuntukkan bahawa purata masa kerja dlm tempoh 3 minggu tidak boleh melebihi 48 jam seminggu. Ertinya majikan blh mengarahkan anda bekerja lebih masa pd minggu tertentu tetapi mesti dikurangkan masa kerja pada minggu lain. Cthnya : minggu 1 kerja 60 jam, minggu 2 kerja 48 jam & mggu 3 kerja 36 jam. = purata 48 jam seminggu.

  71. Salam encik. Saya mahu bertanya. Saya ingin berhenti kerja dan sudahpun menghantar notis berhenti kerja 2 minggu seperti yang disyaratkan oleh company itu. Lagi seminggu dari hantar notis berhenti, supervisor saya dah memburukkan nama saya di email. Oleh kerana saya tak dapat terima. Saya telah minta cuti emergency dari hari tu sehingga tarikh berehenti saya (5 hari). Selepas apply cuti saya terus keluar dari kilang itu tanpa menunggu waktu balik kerja dan tanpa menunggu kelulusan pihak atasan saya. Adakah saya boleh dikenakan tindakan undang undang? Apakah tindakan yang company tersebut boleh kenakan terhadap saya walaupun saya telah hantar notis dan apply cuti? Supervisor tidak sukakan saya dan berkemungkinan dia tidak approve cuti yang saya apply sehingga tarikh berhenti kerja. Harap encik dapat bantu

    1. Majikan mempunyai pelbagai pilihan. Tuan blh dikira AWOL (absent without leave) & blh dikenakan tindakan tatatertib oleh Syarikat. Atau gaji tuan mgkn akan dipotong utk membayar ganti notis berhenti kpd Syarikat,

  72. salam… saya ingin bertanya, adakah boleh majikan mengarahkan pekerja melakukan dua atau lebih perkerjaan dalam satu masa? Jika boleh, berapakah jumlah maksimum yg dibenarkan. Terima kasih

    1. Waalaikumsalam. Boleh. Pada pendapat saya, itu namanya multi-tasking & ia terpulang kpd kontrak, KPI, job-description, dll. Saya syorkan tuan buat prioritizing – dahulukan kerja yg paling urgent kemudian baru buat yg kurang urgent.

  73. slm…sy krja swasta sje nk tnya klau majikan bagi gaji tetap mcm bulan nie 1000lbih bulan depan 900lbih apa kh tndakan yg prlu di ambil..

  74. salam,saya ingin bertanya berkenaan gaji lebih masa,, bos saya menyuruh saya membuat kontrak pekerjaan menyatakan gaji driver di company ni dibayar rm8/jam.waktu bekerja 8pg-5ptg, Di dalam kontrak itu,bos saya menyuruh untuk menyatakan persetujuan antara majikan dan pekerja bayaran gaji yang diterima pekerja RM8/jam dan jika ada lebihan masa kerja,bos saya masih membayar rm8/jam. Masalahnya bos saya tidak mahu membayar gaji lebih masa lebih dari kadar rm8/jam kerana sudah dipersetujui dalam kontrak y terdahulu.

    1. Tiada masalah di sini kerana sudah ada persetujuan antara majikan dan pekerja tersebut di dalam kontrak kerja.

      1. good morning. i’m working in a private sector. our working hours is 8am to 5.30pm. if we come in late to work even at 8.01, that 1 minute is considered lateness and will be deducted from our salary. recently we receive a bonus and the employer have deduct again for lateness from our bonus AGAIN. now its considered as for the same mistake (lateness), the employers is deducting two times (salary and bonus). please advise if there is any procedure on paying bonus.

        1. Unfortunately, there is no procedure for payment of bonus, as far as I know.
          For employee covered under EA 1955, S.24 specifies the types of lawful deductions of wages by employers.
          Other than those, employer cannot simply deduct an employee’s salary. Probably can if considered as ‘Wages Unearned’ which involves a fair amount of calculations. If it’s considered as a penalty & deduction of a fixed sum, then it’s unlawful.
          For those who are not covered under the EA – must refer to the employment contract.

  75. Hello,
    Saya mempunyai pertanyaan.
    saya telah berkhidmat selama 10tahun di syarikat swasta. disebabkan struktur syarikat telah bertukar bersama jawatan saya, saya meminta “voluntary redundancy” dari syarikat dan mereka telah bersetuju untuk memberikan peruntukan itu.
    Soalan: berapa bulan gaji yang sepatutnya pampasan diberikan oleh majikan kepada saya? adakah gaji tertakluk pada basic gaji? Contoh: Basic salary RM5,000 X 10 years?

    1. Tiada peruntukan undang2 berkenaan pampasan utk ‘voluntary redundancy’. Ia terpulang kpd budibicara syarikat.

  76. saya nk buat aduan pasal majikan saya tidak membayar gaji sya selama 2 bulan . sila ambil tindakan atas kesalahan majikan sya ini .

  77. Salam tuan, sy nak bertanyakan beberapa soalan. Sy bekerja sebagai scaffolder dan title sebagai kontrak di site dan tiada black and white pasal gaji atau apa apa. Cuma di beritahu gaji di bayar sejam dan tarikh dapat gaji. Soalan sy sekarang ini adalah, sy mula bekerja pada 22hb january 2018 dan sampai sekarang sy dan kawan yang lain masih belum dapat bayaran untuk gaji bulan 1, dan ada juga beberapa orang pekerja yang belum dia bayar ot dari bulan 11 tahun lepas. Adakah kami sebagai pekerja kontrak yang tiada apa apa agreement boleh buat aduan di pejabat buruh. Terima kasih tuan

  78. Assalamualaikum, saya naz, saya bekerja disebuah syarikat highway di semenanjung. Saya bekerja selama 8 jam bagi shif dan 8 jam lagi bagi ot.

    (1) Baru-baru ini, saya telah membuat kesilapan kecil seperti tersalah menghantar laporan melalui aplikasi whastap. Dan saya dikenakan denda oleh majikan saya. Saya diarahkan untuk bekerja lebih masa selama 2 jam 30 minit selama 5 hari TANPA BAYARAN. Adakah pihak majikan berhak berbuat demikian?

    (2) Pada tahun lepas 2017, saya mempunyai cuti tahunan selama 2 hari. Info dari HR saya, saya bole fowardkan cuti tahun saya pada 2018. Kemudian, ketika saya ingin menggunakan cuti tahunan 2017 tidak boleh. Kerana HR & Pegawai saya memberitahu bahawa cuti tahunan 2017 telah tiada. Padahal saya tidak pernah cuti sehingga kini. Apakah tindakan selanjutnya yg perlu saya lakukan?

    1. Wa’alaikumsalam.
      (1) Majikan tidak boleh sewenang2 berbuat demikian.
      (2) Perkara ini bergantung kpd memo/polisi Syarikat dan rekod cuti tuan. Kalau ada bukti, bawa & tunjuk pd HR. Pd masa dpn, saya syorkan tuan dapatkan pengesahan bertulis drpd HR.

  79. Salam.

    Saya ada beberapa soalan berkaitan labour law ni. Sebelum tu saya bercerita serba sedikit berkenaan kes saya

    Situasi: Telah bekerja dengan syarikat selama hampir 4 tahun. Baru baru ni rezeki saya mendapat kerja baharu di syarikat baru. Notis saya untuk berhenti pada syarikat sekarang adalah 1 bulan. Namun atas sebab yang tidak dapat dielakkan, saya hanya hantar pada 4 February lepas. Saya faham yang saya kena bayar syarikat kerana notice tidak sampai sebulan. Namun apa yang menjadi persoalan, syarikat juga meminta saya membayar segala kos training yang disediakan oleh mereka sejak 2 tahun lepas. Training paling latest saya attend adalah pada September 2017. Ada lagi beberapa training pada tarikh sebelum. Mengikut offer letter & employment contract, memang tidak tertulis yang saya perlu membayar apa apa training jikalau berhenti. Apa yang menggusarkan saya, kos keseluruhan training sepanjang 2 tahun lepas agak tinggi dan mencecah RM7000. Soalan saya adalah seperti berikut:

    1. Macam mana perkiraan 4 hari yang saya kena bayar kepada syarikat? Mengikut HR saya 4*BASIC/20. Adakah kiraan ini betul?

    2. Adakah boleh syarikat terus menolak gaji saya kesemua kos yang saya kena bayar tersebut di atas? Jika ini berlaku, saya masih lagi berhutang dengan syarikat sebanyak kurang lebih RM1500 tanpa menerima gaji bulan ini.

    3. Adakah boleh syarikat untuk menyuruh saya membayar keseluruhan kos training yang saya telah hadir. Seperti yang saya maklumkan, memang tiada black & white mengata saya perlu membayar training yang saya hadir.

    Harap ada yang sudi menjawab soalan soalan saya ni. Terima kasih

    1. 1. Macam mana mereka dapat Basic/20 tu? Sepatutnya 4 hari kali nilai gaji sehari anda, biasanya dibahagi dengan 26 ataupun jumlah hari dalam sebulan tolak hari rehat. Lihat kontrak anda.
      2. Kos latihan tu majikan tidak boleh suruh bayar balik kecuali ada perjanjian yang biasanya dalam bentuk ‘bond agreement’.

      1. Menurut HR saya, guna pakai formula sama untuk OT. Kalau saya OT memang guna pakai formula bahagi 20 tu untuk dapat rate per hour.

        Satu lagi soalan saya, boleh ke company tolak terus dari gaji saya yang jumlah saya kena bayar tu? Atau patutnya company bayar gaji dekat saya then saya bayar mereka?

  80. Salam,
    Just some inquiry on the notice period.

    Saya staf contract in recruitment agency and consulting company (B). Payslip under this company.
    I am seconded to a private gas company (G). All job task, manager and supervision by this company G.

    Dalam contract they mentioned 1 month notice for company B, but 3 months if under project dengan company G. Ada 2 notice period.

    Now, saya dh lebih 1 tahun contract di sini, baru renew contract 1 tahun dengan company B, tetapi company G hanya renew untuk 3 bulan antara company G and B, from 1 Jan – 30 Mar 2018.

    Soalan saya:
    Jika saya dapat job offer lain, adakah valid untuk company B minta 3 bulan notice or hanya 1 bulan notice diperlukan? Jika dikira, bulan Feb 2018 dah bulan ke-2, hanya tinggal 1 bulan sebelum contract tamat dengan company G.

    Harap dapat membantu. TQ.

    1. Amnya, pekerja akan tertakluk kepada parent company or in your case, company B. Tetapi, kita kena lihat juga relationship between parties. Adakalanya, pekerja boleh dikira sebagai pekerja kepada host company, maka terma-terma seperti notice period kena patuhi.
      Perlu lihat siapa yang ada control pada anda dalam ‘day to day’ activities. Company B atau G. Jika anda mahu cuti misalnya, do you apply to company B atau G? Jika anda mahu salah, siapa yang akan take action?
      Kalau company G ada kawalan ke atas anda, maka in the eyes of the law, anda itu pekerja bagi host company, dan perlu bagi notis 3 bulan tersebut in addition to one month notice pada company B.
      Memandangkan, kontrak dengan company G akan tamat dalam masa 1 bulan lagi, anda mungkin cuma perlu bagi notice intention utk tidak sambung kontrak lagi. Utk elak sebarang pertikaian dgn company B, bagi juga notice satu bulan yang diperlukan dibawah kontrak anda dengan company B. Terima kasih.

  81. Assalamualaikum.. saya mahu bertanya.. sekiranya saya mempunyai hutang yang belum di bayar dengan syarikat..layakkah saya menuntut pampasan saya kerana di berhentikan kerja secara tiba-tiba.. ????

    1. Hutang dan pampasan ialah dua isu berbeza. Jika ada isu diberhentikan secara salah (unfair dismissal), maka boleh tuntut utk dikembalikan ke jawatan anda melalui Jabatan Perhubungan Perindustrian. Utk pampasan rujuk ke Jabatan Tenaga Kerja tertakluk pada syarat2 yang ditetapkan.

  82. salam..saya fadilah saya bekerja sbg pensyarah sambilan di kolej swasta..then, kontrak sy bermula pada 2hb 10 2017 hingga 14hb 2 2018 then selama 5 bulan nie gaji saya baru jek pihak kolej bayar rm340 then ikutkn daripada kenyataan seorang pensyarah yang incharge pensyarah sambilan nie dia ckp gaji selalunya dibyar bulan2…then masa sy g iv boss sy xde ckp pn ada masalah pengurusan ke apa dan selama tu sy tggu gaji saya. skrg dh nk hbis kontrak tp cuma bru dapat rm340.. sy rasa tertipu sbb pihak kolej xinform pada saya dr awal ada masalah pegurusan. kira mereka tipu saya mungkin bertujuan supaya sy stay kt situ..apa ye y patut sy buat..sy xde duit utk menyara diri..terpaksa buat kerja part time sbg promoter bila xde kelas…huhuhu..sy mcm nk buat jek aduan…sila berikan komen. tq..

    1. Dalam kes sebegini, anda perlukan bantuan dari Jabatan Tenaga Kerja untuk buat siasatan dan ambil tindakan. Saya sarankan anda pergi ke pejabat JTK berdekatan. Baca juga artikel berkenaan aduan kepada JTK dalam blog ini untuk maklumat lanjut. Terima kasih.

      1. Salam.. Saya adalah pekerja restaurant sebagai pelayan
        Tempat kerja saya beroperasi 11Pagi-11Malam.kami bekerja ikut shift. Shift Pagi Mula 11Pagi rehat jam 2 petang masuk jam 4 petang dan pulang jam 11 Malam.. Manakala Shift petang pula bermula jam 1petang -11malam tanpa rehat iaitu 10 jam..tapi bos kata tempoh 10 jam adalah diluluskan oleh JTK jika selama 10 jam bekerja diselitkan masa untuk rehat ditempat kerja dan diselitkan waktu Makan.. Boleh ka begitu?
        Gaji pula tidak menentu.kadang2 melebih 7 hb. Dijanjikan diberikan Bayaran ot bagi public tapi tidak dilaksanakan. Tiada Perjanjian bertulis, tiada Kwsp Socso. Diberikan peraturan dalam mesyuarat tapi tidak bertulis. Melakukan penolakkan gaji dalam peraturan tapi gaji bekerja pada public holiday tidak dikira.Dan cara pengiraan gaji harian dikira berdasarkan jumlah hari dalam sebulan.. Jika tidak cukup sebulan dibahagi dengan hari dalam sebulan dan ditolak..

  83. situasi sekarang saya nak berhenti kerja awal tahun 2018. bonus untuk tahun lepas (2017) di bayar 2 kali (setiap raya cina & raya puasa) maksudnya bonus si bahagikan kepada 2 bahagian. apabila sy berhenti semasa raya cina, saya minta company masukkan full amount (tak perlu bahagi dengan next raya puasa). tapi company saya inform, tak boleh sebab lagi separuh akan jadi forfeited. adakah ini betul?

    1. Ya. Bonus bukan hak pekerja. Rujuk artikel di atas. Ia cuma faedah sampingan dan tertakluk kepada budibicara majikan.

  84. Salam..sy ingin bertanya…adakah majikan mempunyai hak menukar department staff lari dari job description yg asal..dan adkah majikan mempunyai hak cmpur tngn atas hal peribadi staff sesama staff yg lain..contoh..majikan bercinta dengan staff sendiri..dn kekasih majikan.tidak menyukai saya,mburukkn sy dn meminta majikan menukarkn sy ke bhagian yg lain..majikan membuat keputusan melulu tanpa usul periksa..majikan memberikn tekanan di tempat kerja dgn hal yg tidak berkaitan.dengan kerja..apkah tindakan yg blh di. Ambil..semakin hari.semakin ramai staff yg berhenti kerna tidak tahan dengan cara pengurusan majikan yg tidak professional…

    1. W’salam. Ini lumrah di tempat kerja. Majikan manusia juga. Ada yang baik, ada yang tidak baik, ada yang mcm boss anda dan sebagainya. Oleh itu, sebagai pekerja, kena lah kita berusaha dapatkan tempat kerja yang sesuai dan terbaik buat kita. Sebabnya, agak mustahil hendak ubah majikan. Betul?
      Kes yang anda sebutkan MUNGKIN boleh anda adukan pada JTK. Ada elemen ‘constructive dismissal’. Cuma bukan mudah untuk buktikan kes anda. Dan keduanya, kena fikirkan remedi yang anda boleh dapat darinya. Sebaiknya rujuk kes anda dengan JTK/MTUC. Ia tidak sesuai dibincangkan disini kerana perlukan banyak penerangan lanjut. Terima kasih.

  85. Assalamualaikum,
    Saya ada sedikit pertanyaan..boleh ke sesebuah organisasi memaksa staff untuk mengambil cuti berbayar atau Annual Leave pada hari perayaan tertentu..Staff yang masih dibawah tempoh percubaan akan ditolak gaji.

  86. Salam… Sy mendapat tawaran kerja baru, ia menanyakan bila boleh memulakan kerja. Setelah berbincang dengan incharge tempat sy kerja skrang sy pun ckap nk notis 15 hri dari 1 jan dan last 15 feb.Keesokan hri nya bos pesan kat orang ofis ckap xboleh 15hri bos nak notis 30 hri sdangkan sy dah inform dkt tempat kerja bru bila boleh mula kerja. Sy dah jadi pening bercampur serabut. Sy pun membuat notis 30 hri. Jikalau sy keluar 15 hri awl drp notis tu adakah sy dikenakan tindakan? Sy kerja 2 tahun dan tidak pernah medapat confirmation letter.

  87. saya munirah binti md isa bekerja dia syarikat swasta iaitu 7eleven sbg manager di slh sebuah kedai 7eleven…disini saya ingin menanyakan tentang cuti bersalin yg baru2 ni telah dibentang dlm budget 2018…
    benarkah cuti bersalin hanya diperolehi sesetengah syarikat shj sbb sy telah menanyakan isu ini di 7eleven…
    tetapi mereka mengatakan bahawa 7eleven tidak mengambil cuti bersalin selama 90 hari sprt yg dibentangkan dlm budget 2018…
    saya telah meminta surat atau pun memo yg mengatakan bahawa cuti besalin 7eleven tidak cover selama 90 hari…
    smpai sekarang memo atau surat itu 7eleven tidak bg pada sy

    1. Hal tersebut cuma dibentangkan dalam bajet 2018. Namun, untuk ia menjadi wajib bagi majikan mematuhinya perlu ada kuatkuasa undang-undang terlebih dahulu. Perlu dipinda Akta yang sedia ada dan diwartakan. Namun, ini boleh dibuat lagi. Maka, ia hanyalah sekadar ‘janji’ PM yang belum dilaksanakan lagi.

  88. Saya ingin bertanya tentang suatu keadaan dimana, seorang pekerja yang berumur 57 tahun yang terpaksa berkerja melebihi masa (Over-time) setiap hari kerana alasan pihak atasan yang hanya memberi alasan yang sama setiap kali ditanya, iaitu tidak cukup tenaga pekerja . Beliau terpaksa bekerja di waktu hujung minggu untuk cover semula kerja-kerja yang tertangguh bertimbun-timbun kerana alasan pihak atasan tadi.
    Selain itu, perkara ini tidak berlaku bukan hanya seorang sahaja,tetapi kepada pekerja-pekerja yang berumur 55 tahun ke atas iaitu merupakan majoriti dalam sektor tersebut.
    Gaji (overtime) mereka memang mereka dapat dengan mengikut hari yang mereka lakukan. Tetapi kekurangan waktu cuti untuk meluangkan bersama keluarga amat terbatas. Dalam seminggu untuk mendapat cuti walaupun sehari, amat susah sekali.Iaitu waktu bekerja beliau bermula 7.30 pagi sehingga 10 malam dan waktu rehat diberikan hanya 1 jam sahaja iaitu jam 1 hingga 2 petang sahaja. Dengan keadaan warga seperti ini yang mempunyai kondisi penyakit tersendiri(kencing manis,darah tinggi), amat merisaukan bagi pihak keluarga terhadap pekerja-pekerja tersebut. Kesihatan perlu diberi keutamaan terutama rehat yang cukup bagi pekerja 55 ke atas.
    Saya ingin bertanya ,bolehkah aduan sebegini dapat diajukan kepada jabatan tenaga kerja? Apakah perbezaan melakukan aduan kepada jabatan tenaga kerja dan aduan perburuhan? Bagaimanakah saya hendak lakukan ? Aduan yang sepertimanakah yang perlu saya ajukan?

    Saya hanya seorang anak yang merisaukan keadaan ayah saya diperlakukan seperti sebegitu. “Pekerja boleh diganti , tetapi seorang ayah tiada ganti “

  89. salam..
    apakah tindakan yang perlu diambil jika seorang pekerja ‘difreezekan’ oleh majikan dengan kanaikan gaji dan bonus minimum?

    1. Kenaikan gaji & bonus merupakan hak mutlak majikan kecuali jika dinyatakan scr spesifik di dalam kontrak bhw pekerja akan diberi kenaikan gaji & bonus setiap tahun.

  90. salam…soalan saya tentang pekerja yang di’freeze’ oleh pihak majikan dalam tempoh yang lama tetapi masih meneriam kenaikan gaji & bonus yang paling minimum.
    apakah tindakan yang perlu di ambil?
    terima kasih.

        1. mileage claim maksud saya..boleh saya tau rate untuk tahun ni berapa?sebab boss saya sering menyuruh saya membuat kerja diluar jadi saya nak claim mileage tapi saya tak tau rate

          1. Mileage claim adalah mengikut budibicara majikan. Wani kena rujuk kontrak perkhidmatan atau polisi syarikat.

  91. Assalam ..
    saya nak tanya berkenaan gaji di Stesen Minyak Petron. Ada member saya bekerja di situ dan dibayar gaji sebanyak rm500 sebulan itupun tidak tetap..kadang2 dia mengikut hari kita bekerja.contohnya bulan 2 kita ad 28 hr,so dia akan byr gj 28hr-4hr cuti.so hari cuti 4hr dlm sebulan itu dia x kira.kalau ikutkan sales hari2 disitu mencapai lebih dr target..untuk hasil jualan minyak sahaja rm15K-Rm17K.itu xtermasuk jualan runcit kedai.dan staf dia hanya 5 org shj tetapi majikan diorang cakap tak mampu nak byr gj mhal2..and yang sakit hati majikan pesan pd staf2 kalau sape2 dtg tanye gj brp jwb rm1000.. sy kesian dekat member saya sebab kerja penat2 tapi gj hanya rm500.

  92. Salam. Saya nak minta pendpt. Saya baru je bekerja 15 hari dan masih dalam tempoh probation tetapi sudah dimarahi teruk waktu bekerja oleh majikan. Hal yg kecil juga ditengking2 dan hari sabtu minggu leps majikan marah saya bagai org tk siuman plus memang tkde org pada masa tu..tetapi tidak smpi mencederakan saya. Saya tertekan bekerja disitu disebabkan asyik kena marah dan tengking. Kekadang saya terasa diri ini mcm robot bgi majikan saya. Masa interview kata tidak galakkan ot kalau kerja siap cepat.. Tetapi terbalik pulak saya kerja smpi 10 mlm. Bagi kerja last minute bila org nk blik bru nk bgi..Saya juga terfikir utk berhenti leps dpt gaji..soalnya bolehkah saya berbuat demikian dan apa hak saya jika diperlakukan begitu.

  93. Saya perlukan penjelasan. Tentang. Pekerja telah memeberi notis berhenti satu bulan mengikut syarat syarikat. Dlm tempoh itu pekerja ponteng tetapi ada memberitahu pa bos melalui whatsapp bahawa pekerja mengambil cuti tanpa gaji pada hari tersebut setelah pa bos bertanya kenapa pekerja tidak hadir bekerja. Pada hari yg sama juga bos memberitahu dlm msg grop yg ketidakhadiran pekerja adalah dianggap mia(missing in action) adakah benar begitu? Harap dpt penjelasan terima kasih.

    1. Kalau sedang serve notice, tak boleh ambik cuti tanpa gaji. Tak gunalah terma pasal notis tu, kalau boleh bercuti, biarpun tanpa gaji.
      Jika tidak hadir kena lah ganti balik notis samada tambah hari berkerja ataupun bayar nilai notis tersebut.

  94. Salam,
    Nak tnye,
    Adakah insurans keselamatan pekerja (selain dpd Perkeso/SIP) adalah diwajibkan keatas majikan? Sebagai contoh prudential,AIA dll.

      1. Betul. Pekerja binaan tu dia dapat insurans menerusi kad CIDB. Ada takaful bersama kad CIDB tu.
        Namun, pekerja asing wajib berikan insuran buat mereka di bawah Workmen Compensation Act.

  95. Untuk mereka yang menerima gaji bulanan, adakah gaji sehari basic bahagi 26 hari atau 30 hari? Bolehkah majikan menukar kepada 30 hari tanpa sebarang memo atau notis?

    1. Kiraan sama ada bahagi 30 atau 26 hari bergantung kpd tujuan kiraan. Kalau utk kiraan OT, gaji dibahagi 26 (maksimum). Kalau utk kiraan unpaid leave atau ganti cuti, dibahagi 30 hari (atau ikut jumlah hari dlm sebulan). Majikan mempunyai hak utk menentukan cara kiraan asalkan tidak menyebabkan kerugian kpd pekerja apabila dibanding dgn peruntukan Akta Kerja.

  96. Assalamualaikum..saya ingin bertanya, jika pekerja yang bergaji RM 2,000 dan kebawah akan dilindungi oleh AKTA KERJA 1955. Jadi pekerja di bawah akta ini akan dilindungi dari segi gaji, cuti, OT dan sebagainya.

    Soalan saya bagaimana pula dengan pekerja yang gajinya lebih daripada RM 2,000?..Walaupun ada peruntukan seksyen 69 bagi yang bergaji RM 2,000 hingga RM 5,000 tapi hanya berkaitan soal gaji. Adakah akta lain yang melindungi hak pekerja yang bergaji RM 2,000 keatas dari segi cuti, elaun dan sebagainya?

    1. Hak pekerja yg bergaji melebihi RM2k adalah mengikut kontrak pekerjaannya. Utk sbrg pertikaian berkenaan pembayaran atau pentafsiran kontrak, pekerja yang bergaji di bawah RM5k blh merujuk kpd JTK.

  97. Assalamualaikum..saya ingin bertanya, jika pekerja yang bergaji RM 2,000 dan kebawah akan dilindungi oleh AKTA KERJA 1955. Jadi pekerja di bawah akta ini akan dilindungi dari segi gaji, cuti, OT dan sebagainya.

    Soalan saya bagaimana pula dengan pekerja yang gajinya lebih daripada RM 2,000?..Walaupun ada peruntukan seksyen 69 bagi yang bergaji RM 2,000 hingga RM 5,000 tapi hanya berkaitan soal gaji. Adakah akta lain yang melindungi hak pekerja yang bergaji RM 2,000 keatas dari segi cuti, elaun dan sebagainya?

    1. Hak pekerja yg bergaji melebihi RM2k adalah mengikut kontrak pekerjaannya. Utk sbrg pertikaian berkenaan pembayaran atau pentafsiran kontrak, pekerja yang bergaji di bawah RM5k blh merujuk kpd JTK.

  98. assalamualaikum admin , saya pekerja swasta dan sudah bekerja sselama 5 tahun.saya ada beberapa kemusykilan seperti berikut :
    1) hari hol pahang adalah cuti umum , jika saya bekerja pada hari tersebut majikan perlu bayar gaji harian biasa @ kena double bayar?
    2)pd bln 3/17 saya ada selisih fahan dgn majikan actually bini majikan.pd bln tsbut pd hari pbyran gaji dibuat sya dpati gaji tlh dpotong ats sbb ada 1 hari sy cuti & dmklumkan cuti thunan saya sdah habis.bolehkah dia bbuat demikian?
    3)sekiranya saya tdk dpt hadir bkerja ats sbb bencana alam (banjir) adkah saya dikira bcuti tnpa gaji?sbb majikan menolak gaji sy pd bulan tsbut.
    4)majikn tlh mghmpun segala cuti spnjg 5 thn sy bkerja disana stlh dia menolak cuti thunan sya pd thun tsbut & dpti ad lg baki cuti yg sya bhutg dgn syrikat, adkah boleh dia bbuat dmikian@ btulkah cara dia dgn mnolak cuti thunn sya utk mbyr blik baki cuti yg sy tlh guna? ini sbb krn dia marah dgn sya pd buln tsbut & sy rsa tdk adil.
    sekian , terima kasih .harap admin dpt mbntu kecelaruan sya dsini.

    1. W’salam…
      1. Jika majikan memilihnya sebagai salah satu cuti umum bergaji, maka perlu dibayar ikut kiraan cuti umum yang ditetapkan. Rujuk artikel cuti umum.
      2. Jika kelayakkan cuti tahunan telah habis, maka ia boleh dikira sebagai cuti tidak bergaji.
      3. Anda perlu gunakan peruntukkan cuti tahunan anda (jika ada) untuk melayakkan anda mendapat cuti bergaji.
      4. Saya kurang faham bagaimana dia berbuat demikian. Boleh tunjukkan cara pengiraan yang digunakan.

      Terima kasih.

  99. assalamualaikum..saya sani,hendak bertanya mengenai meniru tandatangan:
    saya bekerja sebagai pengawal keselamatan,baru² ini timesheet(punchcard) yg telah bertandatangan telah hilang dibawah seliaan penyelia saya,jd beliau telah membuat timesheet yg baru dan ditandatangani oleh beliau sediri tanpa pengetahuan saya.
    soalan saya:
    adakah tindakan penyelia saya itu menyalahi undang² kerja sedia ada?
    jika ya,apa tindakan yg perlu saya ambil.
    terima kasih.

    1. Cuba tuan periksa dulu timesheet baru tu samada info yg diisi betul atau tidak. Jika ada masalah lain, saya sarankan tuan berbincang dgn pihak HR syarikat.

      1. salam,terima kasih dngan jawapan puan berkaitan dengan meniru tandatangan..
        berkaitan dengan isu ini juga,setelah semakan dibuat,rupa2nya,kontrak kerja saya juga telah ditiru tandatangan,dilakukan oleh penyelia saya,atas arahan pengurus cawangan.
        disini,apa yang perlu saya lakukan?
        terima kasih

  100. salam tuan…keje PH pada hari PH dan selepas kul 1200 mlm date dah bertukar..adakah layak claim PH @ sebaliknya??mohon pencerahan

    1. Kalau kerja ikut shift begini, yang penting ialah bila anda masuk kerja. Jika waktu masuk kerja ialah PH, maka kira PH lah. Jika masa waktu kerja ialah hari biasa dan kemudiannya masuk ke hari PH, maka tetap kira hari biasa juga.

  101. assalam..Nak tanya boleh ke Majikan bagi memo(kertas warning) 3 kali serentak dalam masa yg sama? Dan Majikan memberi alasan bagi memo disebabkan saya lewat datang kerja 3 minit untuk bulan 10,11& 12 2017…
    Majikan baru je bagi Memo 2 hari yg lepas disebabkan kesalahan lewat datang kerja tahun 2017

    1. Kalau ikut prinsip ekuiti, sepatutnya majikan mengeluarkan 1 warning letter sahaja utk 3 kesalahan tersebut krn ia telah lama berlaku. Kena beri pekerja notis dan peluang utk perbaiki diri dahulu sblm mengeluarkan warning letter seterusnya.

  102. Salam. Sy nak tnya. Sy telah bekerja dngan sbuah syarikat telifon dan dihantar ke sebuah kedai telifon sebagai promoter. Sy bekerja selama 14 hari. Pada hari terakhir sy bagitahu pemilik kedai untk saya berhenti dan maklumkan kepada syarikat saya bekerja juga. Adakah saya tidak layak dibayar gaji? Harap admin dpt membantu.

    1. Bergantung kpd terma kontrak – adakah anda perlu memberi notis berhenti kerja? Brp tempoh notis? Jika tempoh notis ditetapkan 14 hari, maka gaji anda akan habis utk membayar notis tersebut,

  103. gaji basic saya rm1100 tetapi bos saya kira basic/25 hari bekerja sebulan, kiraan ot macam mana?

    saya penah bentangkan isu ot ni tapi bos saya ckp, dia bahagi 25, jadi xikut mcm akta yg disediakan.

    1. Tuan, Akta menyatakan bahagi 26 hari utk kira OT. Tapi apabila dikira jika 1100/25 = RM44 sehari. 1 jam OT : 44/8 x 1.5 x 1 jam = RM8.25
      Jika 1100/26 = RM42.30 sehari. i jam OT : 42.30/8 x 1.5 x 1 = RM7.93
      Maksudnya bahagi 25 hari lebih menguntungkan saudara drpd bahagi 26 hari. Maka itu, ia dibenarkan oleh Akta (S.60 I (2)).

  104. salam tuan, sy nk minta pendapat boleh?
    saya telah bekerja di syarikat swasta ini selama 5 tahun bermula Nov 2012 dgn gaji 2.7k.masalah saya:
    1. majikan tidak mahu bayar claim OT sy bekerja pd hari cuti sabtu ahad sy tetapi mereka gantikan dgn cuti pd hari lain tanpa prsetujuan sy.sy telah semak offer letter sy,tiada ape2 mengatakan majikan berhak menukar OT kepada cuti.
    2.jika saya memberi notis sebulan pada hari ini, adakah saya boleh mengambil kira cuti tahunan saya utk 2018 ini iaitu 14 hari?
    terima kasih tuan

  105. Salam tuan, saya bekerja dalam bidang Optical. Majikan saya menetapkan target jualan untuk kedai contohnya jika mencapai target rm80k, pekerja akan mendapat komisyen RM500. Tetapi majikan sering membuat pemotongan dari komisyen tersebut cthnya rm100 jika tidak buat air untuk pelanggan (kesalahan kecil). Adakah tindakan tersebut dibenarkan?

    1. Jika dirujuk S.2 Akta Kerja, komisen tidak dikecualikan dari definisi ‘Wages’ atau gaji. Oleh itu, komisyen jg dianggap sbg sebahagian dr gaji. S.24 memperuntukkan ttg perkara2 yg blh dipotong dr gaji. Tindakan majikan anda x dibenarkan di bawah Akta Kerja.

  106. Jika majikan tiba2 menarik tugasan kerana takut pekerja itu buat laporan penyalah guna kuasa dalam syarikat kepada SPRM… Apakah tindakan yang perlu di ambil oleh pekerja terhadap ketua pegawai eksekutif tersebut?

    1. Jika ia melibatkan kesalahan jenayah & anda mempunyai bukti kukuh, anda mempunyai pilihan sama ada hendak laporkan kpd pihak pengurusan atau terus kpd pihak berkuasa. Even CEO pun ada bos, selalunya CEO diawasi oleh Ahli Lembaga Pengarah syarikat atau pemegang syer syarikat.

  107. Salam.
    Bagaimanakah jika majikan membayar upah melebihi 7 hari dari tempoh berakhir? Apakah yang perlu dilakukan? Terima kasih.

    1. Jika boleh bertahan, bersabar dulu. Tapi kalau x blh terima, buat aduan kpd majikan. Jika majikan x endahkan, blh lapor kpd JTK. Walau bagaimanapun, pekerja hendaklah bertolak-ansur dgn majikan krn mgkn syarikat sdg mengalami masalah kewangan (cashflow problems). Takut nanti kalau sdh tertekan, syarikat decide utk tutup, semua pekerja akan rugi. Ekonomi skrg ni pun x brp baik.

  108. Salam.. nak tanya pasal surat tawaran kerja dahulu adalah 5 hari bekerja dlm seminggu.. sekarang ada pertukaran unit yg perlu kerja 6 hari seminggu.. tapi tetap bekerja tidak melebihi 48 jam seminggu.. staf terlibat adalah pekerja tetap..kaedah yang diguna boleh diteruskan atau macamana. terima kasih

    1. Waalaikumsalam. Sebarang pindaan kpd terma pekerjaan perlulah mendapat persetujuan kedua2 pihak. Maka itu, jika majikan ingin menukar waktu bekerja, walaupun tempoh masih tidak melebihi 48 jam seminggu, ia hendaklah dgn persetujuan pekerja krn ia mgkn akan menyusahkan pekerja. Biasanya, majikan akan menawarkan ‘quid pro quo’ kpd pekerja.

    1. Pekerja layak kpd cuti tahunan slps 1 tahun bekerja. Namun begitu, ada juga majikan yg membenarkan pekerja mengambil cuti (pro-rata) walaupun blm sampai 1 tahun berkhidmat.
      Sdh brp lama puan bekerja dgn majikan?

  109. salam..tumpang tanya macam mana kalau pekerja tiada cuti utk sebulan..apa saya harus lakukan..satu lagi cuti tahunan saya tiada kepada hak pekerja.

  110. Assalamualaikum, saya nak bertanya. kami berlima bekerja di sebuah badan NGO. kami berlima adalah pekerja tetap. saya dan 1 org lain bergaji lebih 2000 manakala 3 lagi bergaji bawah 2000. kami berlima dipecat dengan 1 bulan notis tanpa ada sebarang amaran/surat tunjuk sebab/DI atas sebab kami ada group telegram peribadi yang terdiri daripada kami berlima. Group tu adalah tempat dimana kami melepaskan rasa tak puas hati, ada juga complain2 dan kutuk pengurusan syarikat. saya tegaskan lagi ini adalah group peribadi. group ini deketahui oleh majikan kami dan segala kandungan perbualan kami di selidik. Lantas bos kami membuat keputusan utk memecat kami berlima.
    Apa yang patut saya lakukan?

  111. Situasi 1:

    Seorang pekerja perlu bekerja selama 8jam sehari dan diberikan waktu rehat selama 1 jam. Jadi, dalam sebulan dia perlu bekerja selama 26 hari bersamaan 208 jam. Setelah pengiraan dibuat, jumlah jam bekerja yang wajib tidak cukup 208 jam tetapi pekerja tersebut ada melakukan kerja pada hari ahad selama 8 jam sahaja. Soalannya adakah jumlah jam pada hari ahad itu boleh kami compilekan sekali bagi cukup jam bekerja iaitu 208 jam atau 8 jam tersebut kami perlu bayar 2 kali ganda?

    situasi 2:

    Seorang pekerja sepatutnya masuk kerja pada pukul 8.30 pagi dan habis kerja 5.30 petang tetapi dia tidak mematuhi peraturan syarikat dan kerap masuk lewat. Selepas jam 5.30 petang dia melakukan kerja lebih masa. Soalannya, adakah kerja lebih masa yang dilakukannya kami perlu bayar mengikut kaedah yang sepatutnya atau jam lebih masa itu kami boleh gunakan untuk cukupkan jumlah jam wajib bekerja pekerja tersebut?

  112. Saya nak tanya..
    Ada ka akta yg menyatakan tentang pekerja lelaki blh dpat maternity claim bagi pihak isteri..
    Dulu company sy bagi pekerja lelaki utk claim the maternity bill bg pihak isteri.. Dan sekarang tak blh dah.. Paternity pun 2 hari saje.. Saya cuma nak penjelasan ..

  113. Salam, saya ingin bertanya, saya bekerja
    dalam shift. Jika hari bekerja adalah pada cuti umum, adakah ia perlu
    di kira double atau triple pay, atau majikan perlu beri cuti ganti
    kepada saya.

    Terima kasih.

  114. Salam Sejahtera Tuan,

    Senario:-
    (1). Staf belum mencapai 1 tahun perkhidmatan. Walau bagaimanapun,
    polisi syarikat membenarkan/melayakkan staf untuk mendapat pro-rate
    cuti sakit. Jumlah kelayakan cuti sakit biasa (pro-rate) staff adalah
    10 hari (14/12 x 8.5 bln).
    (2).Pengambilan cuti sakit:-
    (a). 31/5/17 (1 hari @ cuti sakit biasa)
    (b). 4/7/17 (1 hari @ cuti sakit biasa)
    (c). 14-23/7/17 (6 hari @ warded + 4 hari @ home rest)
    (d). 26/7/17 (0.5 hari @ cuti sakit biasa)
    (e). 12-21/8/17 (5 hari @ warded + 5 hari @ home rest)
    (f). 22/8/17 (1 hari @ cuti sakit biasa)
    (g). 26/10/17 (0.5 hari @ cuti sakit biasa)
    (h). 22/11/17 (1 hari @cuti sakit biasa)

    Persoalan saya, adakah cuti sakit biasa yang di ambil oleh staf pada
    22/8/17, 26/10/2017 dan 20/112017 boleh dianggap sebagai cuti sakit
    berbayar atau sebaliknya? Ini kerana, jumlah cuti sakit biasa + cuti
    sakit masuk wad yang telahpun diambil adalah 22.5 hari (setakat
    21/8/17). Melalui pemahaman saya, hanya apabila staf masuk wad cuti
    sakit boleh dinaikkan sehingga 60 hari.

    Harap tuan dapat memberi penjelasan kepada isu ini.

    Terima kasih

    1. 1. Cuti sakit tidak blh pro-rate. Pekerja layak kpd 14 hari cuti sakit sebaik mula bekerja.
      2. Oleh itu, asalkan mc x melebihi 14 hari, dia berhak kpd cuti sakit berbayar.
      Jumlah mc + hospitalization = 60 hari. So, kalau sdh guna 14 hari mc, baki hospitalization = 46 hari.

      1. Terima kasih atas penjelasan.
        Cuma saya nak tanya adakah cuti rehat di rumah selepas warded dianggap sebagai MC (tolak daripada kelayakan 14 hari cuti sakit berbayar) atau hospitalization?
        Terima kasih

        1. Jika surat doktor letak ‘hospitalization leave’, walaupun dia rehat di rumah, itu dianggap sbg ‘hospitalization’.

  115. Salam says Nak tnya bab2 dibuang kerja Buleh kah saya Buat tuntutan kepada majikan…seperti cuti tahunan Dan faedah penamatan perkerja….baru says pergi ke jtk Buat rundingan dngn pihak majikan.tapi majikan tidak mahu mengambil berkerja balik.bila saya nk Buat tuntutan pihak kilang Tk mau bayar apa2 kepada saya ….macam MNA sya nk Buat kes tuntutan kepada majikan…saya ingat kes Di bagi naik kemakamah perusahan Buleh ka…

    1. Jika anda dibuang kerja kerana tindakan tatatertib/selepas siasatan dalaman, di mana anda telah didapati bersalah, maka anda tidak berhak kpd byrn cuti tahunan dan faedah penamatan pekerja. Jika anda ingin mempertikaikan tindakan majikan dan ingin diambil bekerja semula, maka anda hendaklah memfailkan tuntutan di Jabatan Perhubungan Perusahaan. Sila rujuk artikel kami untuk penerangan lanjut: https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/akta-perhubungan-perusahaan-1967

  116. Salam. Saya nak bertanya isu masa bekerja. Dalam Surat tawaran dinyatakan
    Hari Bekerja : 8 jam
    Rehat : 1 jam
    adakah betul masa bekerja seperti berikut : contoh 0800 pg – 5.00 Petang
    Rehat -1.00 – 2.00 Tengahari

    Mohon pencerahan.
    Terima kasih

  117. as salam.. mohon pencerahan boleh ke syarikat menolak cuti tahunan semasa pekerja sedang cuti
    bersalin.
    contohnya, pada bulan 7 dan bulan 8 pekerja cuti bersalin..cuti tahun pada bulan tersebut di potong kerana pekerja cuti bersalin dan xlayak untuk mendapat cuti tahun pada 2 bulan tersebut..kalau betul salah, boleh x bagi akta buruh yang mengatakan ianya salah..sekian terima
    kasih

  118. Saya bekerja di syarikat swasta, dah telah
    menghantar notis berhenti kerja sebulan. sepatutnya tarikh last saya bekerja pad 23/12/2017. tetapi saya telah mengambil cuti sakit selama tiga hari dan cuti tanpa gaji selama 5 hari si sambung dengan cuti tahunan berbaki 3 hari. Saya telah memaklumkannya kepada HR majikan.
    Sebab saya berbuat demikian kerana saya sedang menjalani rawatan berulang di hospital. Soalan saya, adakah gaji saya masih di bayar?

    1. Bergantung kpd tempoh notis anda (berdasarkan terma kontrak), baki cuti sakit, dll. Jika notis anda mencukupi, anda berhak kpd gaji selepas ditolak cuti tanpa gaji, atau apa-apa lawful deductions. Saya syorkan anda tanya/merujuk kpd HR Dept syarikat.

  119. salam.
    tuan sy ingin dapatkan pandangan, motosikal sy telah ditarik dah lebih setahun, kemudian baru2 ada pihak hubungi (debt collector) supaya sy melangsaikan hutang motosikal tersebut.
    Namun yg menjadi persoalan sy adalah mrk mahu sy melangsaikan sebhagn hutang dlm tempoh 2 hari.. dan kemudian hubngi sy dgn berbagai no telefon. Persoalan sy apakah selepas lelongan, sy masih berhutang..(utk pengetahuan tuan, sy tidak diberi salinan perjanjian sewa beli..
    T.kasih

    1. Tuan, saya syorkan tuan berjumpa dgn pegawai bank berkenaan yg berdekatan & dptkan statement of account terkini supaya tuan tahu brp baki hutang sebenar (lepas tolak hasil lelongan, dll). Bincang dgn mereka cara pembayaran mengikut kemampuan tuan & cuba dptkan diskaun.

  120. Soalannya: Bolehkah pihak majikan mengubah cuti tahunan yang telah diberi semasa perlantikan kepada cuti yang minima (sprt dlm akta) atau yg lebih pendek lagi tanpa persetujuan pekerja..contoh bekerja 5 tahun ke atas cuti sebanyak 21 hari, sedangkan cuti pekerja itu pada awalnya adalah 30 hari.?

    1. Secara amnya, faedah yang diberi tidak boleh ditarik balik, terutama sekali jika ia telah dinyatakan dlm kontrak. Walau bagaimanapun, kadang-kala ia dibenarkan sekiranya pengurangan itu diganti dengan faedah lain yang lebih baik dan dipersetujui oleh majoriti pekerja.

  121. Saya berkerja sebagai penghantar di sbuah restoran makanan segera. Masallh sya adlah mengenai elaun penghntran. Untk pengethuan tuan, sya dpt elaun rm2.50 setiap pnghntran pada
    lunch&dinner hour, rm1.50 pada waktu biasa. Maslhnya adlah, adakh pengurus sya berhak memotong elaun sya jika berlaku masalh.

    1. Potongan gaji tidak dibenarkan, tetapi potongan elaun tidak dinyatakan dgn spesifik di bwh Akta Kerja. Secara amnya tidak boleh, melainkan dengan persetujuan anda.

  122. I have just started working in an agency. However, I want to quite as I feel like the working environment I am currently in now is not healthy and good for me because of the below:
    1) I was promised, verbally, to handle only 1 Client during interview, however once I signed the contract, she gave 10 Clients for me to handle plus other additional Clients and work that I need to do in the office.
    2) I work over time, almost 12 hours for almost everyday, however, I cannot claim my Overtime with the reason of still being under probation.
    3) No KWSP and Socso provided
    4) In my contract, I was offered as Executive, however on my namecard and to Client, I am being introduce as Manager. I am also doing a manager scope of work which is unfair for me as I am a fresh graduate without experience.
    5) My employers restrict interaction between staffs where we are not allowed to go lunch together and often getting scold if we not obey to that. Staffs often getting scold for something that they do not do.
    The stress and work burden has always make me want to resign, however there are certain things I am unsure:
    1) In my contract, it stated that I need to give two months notice. If I broke the contract and give 24 hours notice instead, does the company has the right to sue me or claim for compensation?
    2) As the company does not pay for KWSP and Socso, does the contract valid eventhough it has stated in the contract that they are not paying for the mentioned?
    Hope to get clarification from you regarding this.
    Thanks.

    1. I cannot say for certain because I don’t have the contract & don’t know the specific terms & conditions. However, your company seems to have broken quite a few laws. If you want to enforce your rights as to OT, etc, I urge you to lodge a complaint with the local JTK so that the company can be made to mend its ways. Alternatively, if you tell the company that you are going to resign and the company threatens to sue you, tell them that you are going to report them to JTK, KWSP & Socso. I think that should keep them quiet.

  123. Waktu bekerja saya kalau shift pagi adalah 9:30 – 6:45 tapi dalam sehari tu gaji saya hanya dikira 8 jam sahaja. Dan jika shift tghhari pula waktu bekerja dari 1:30-11 malam.
    Dekat sini saya kira kira mcm company dah curi masa saya 15 minit-30 minit. Kerana baki minit mmg tidak dikira sbgai gaji kerana mereka hanya kira hour. Dan setelah saya kira purata kerja lebih masa pula dalam 3 minggu melebihi 48 jam. Selain itu majikan juga tidak mahu membayar allowance kehadiran saya kerana ada kes opening manager lambat dan semua pekerja yg opening pada pagi itu di kira lambat .
    Adakah ini adil ? Apa tindakan yg perlu kami ambil?

    1. Maaf saudari, ada bbrp maklumat diperlukan misalnya –
      1. Bila waktu rehat? Waktu rehat tidak diambil kira dalam jumlah waktu bekerja. Sila baca : https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/waktu-waktu-kerja-hours-of-works
      2. Brp hari bekerja dlm seminggu? Waktu bekerja sepatutnya tidak lebih 48 jam seminggu. Jika lebih, perlu bayar OT. Sila rujuk artikel tersebut utk keterangan lanjut.
      Tentang elaun kehadiran, itu tidak dinyatakan dlm Akta Kerja – anda mesti rujuk Kontrak Pekerjaan anda. Namun begitu, mmg x adil bagi semua pekerja dianggap lambat sdgkan bkn salah mrk – cuba bincang dgn management/HR.

  124. Tuan,
    Saya seperti nama di atas ingin meminta pencerahan daripada pihak tuan berkenaan cuti tahunan saya yang telah diberikan oleh pihak majikan kepada saya sebanyak 16 hari setahun. Saya telah bekrja di syarikat ini selama 22 tahun 6 bulan.
    Pada 23hb Jan 2017 saya telah mendapat kemalangan semasa balik dari bekerja dan telah dimasukan ke hospital swasta ( ditanggung pihak
    syarikat). saya telah diberikan cuti sakit selama 9 bulan . Selama 60 hari gaji saya ditanggung oleh pihak syarikat dah selebihnya dibayar
    oleh pihak socso. Cuti saya telah berakhir pada 17hb Nov 2017 (Jumaat) dan saya mula bertugas kembali pada 20hb Nov 2017 ( Isnin)
    Persoalannya adakah saya layak untuk mendapat cuti tahunan saya yang telah diberikan oleh pihak majikan sebanyak 16 hari dalam setahun sebab saya tidak pernah mengambil sehari pun cuti tahunan sepanjang tahun 2017?
    Di harap pihak Tuan dapat memberikan penjelasan sepenuhnya.
    Sekian Terima Kasih

    1. Puan,
      Saya anggap puan tergolong dlm skop Akta Kerja. Anda berhak kepada cuti tahunan yg blm digunakan, tetapi mestilah memohon cuti daripada majikan. Terpulang kpd majikan sama ada hdk meluluskan permohonan anda atau tidak.

  125. Salam En Ismail,

    Saya ingin mendapatkan sedikit maklumat berkenaan cuti tahunan.
    Setiap tahun, syarikat akan bercuti selama seminggu untuk menyambut
    Tahun Baru Cina. Akan tetapi, pekerja yang majoriti adalah melayu
    terpaksa turuti kehendak majikan dan cuti kami di tolak sedangkan
    majikan yang mahu shut down business. bukan kami yang ingin bercuti.
    kami tiada penambahan cuti walau telah bekerja lebih dari 6 tahun.
    maximum adalah 16 hari ikut pada Akta Buruh. Adakah majikan boleh
    menolak cuti tahunan kami sedangkan beliau yang ingin bercuti selama
    seminggu.

    Soalan kedua saya, bulan march 2018 saya telah berkhidmat di syarikat
    ini cukup 5 tahun. adakah saya layak untuk mendapatkan cuti tahunan 16
    hari atau pun masih 12 hari sehingga 1 januari 2019 baru saya layak
    untuk dapatkan 16 hari cuti tahunan?

    Saya berharap En dapat berikan maklum balas kepada saya.

    Sekian Terima Kasih.

  126. Salam Encik, saya ingin membuat pertanyaan berkenaan HR.
    Saya merupakan majikan yg mempunyai 5orang staff.
    Soalan sy:
    1. Jika pekerja sy EL disebabkan migrain adakah ia boleh dikira sebagai EL? Bukan MC?
    2. Bagaimana pula jika pekerja sering menggunakan alasan migraine untuk EL? Apa pendapat Encik utk sy elakkan perkara ini berlaku?
    3. Adakah sy berhak mengenakan unpaid leave pada pekerja yg memberikan alasan tidak munasabah untuk EL?
    4. Adakah sy berhak untuk tahu apa sebab staff sy EL? Contohnya. Jika dia memberi alasan dia masih berada di kampung atas sebab2 yang tidak
    diberitahu/elakkan. Tetapi sebelum itu dia sudah mengambil cuti akhir tahun pada 30Nov-5dec. 6dec dia inform EL spt yg sy nyatakan diatas dan 7dec merupakan offday dia.
    5. Jika pekerja MC dan tidak beri kepada sy surat MC, adakah sy boleh mengenakan unpaid leave walaupun dia bersungguh2 mengatakan dia memang sakit dan tidak pergi ke klinik. Hanya menggunakan ubat yg sedia ada.

    Maaf banyak soalan. Harap pihak Encik dapat membantu.

    1. Waalaikumsalam.
      1. Tiada peruntukan utk EL dlm Akta Kerja. Terpulang kpd majikan smd utk menerima alasan migraine utk EL & menolak dr AL. Jika x terima, maka pekerja mesti dptkan MC.
      2. Keluarkan notis kpd pekerja, nyatakan bahawa segala alasan sakit mesti mendapat pengesahan doktor (MC). JIka tidak, blh dianggap tidak hadir tanpa kebenaran atau blh anggap unpaid leave atau diberi notis tunjuk sebab.
      3. Ya.
      4. Ya, anda berhak utk tahu. Blh keluarkan surat tunjuk sebab, tolak dari AL atau kira sebagai unpaid leave.
      5. Boleh.

  127. Saya harap tidak terlewat utk bertanya. Sy termasuk dlm managerial level bergaji rm3k ke atas. Cabaran sy.. sy sering mendpt tugas tambahan slain job skop sy disebabkn pngalaman sy sblm ini dlm company yg sama sblm dinaikkan pangkat. Mslhnya org yg menjwt jawatn tersebut dgn senang hati bercuti (holiday) pd ms yg pjg melebihi 1 minggu. Sy bkn shj terbeban dgn itu malah sy juga menjdi pengisi kekosongan jwtn post yg sama stp sy ttp skop yg berlainan. Sy tll penat dan hilang focus kerja hakiki. Tlh sy bincangkn ttp tetap sy terpaksa lakukan ats alasan sy part of managerial level. Tanpa bayaran tambahan atau elaun. Apa yg blh sy lakukan?

    1. Begitulah nasib kalau gaji sdh melebihi skop Akta Kerja – tiada benefits selain yang dinyatakan secara spesifik di dalam kontrak/handbook. Cuma, ia bkn utk selama2nya, kan – cuma sampai dia balik dr cuti. Saya cadangkan:
      1. Tuan utamakan tugas hakiki terlebih dahulu melainkan kerja tmbhn itu sgt2 penting/perlu disegerakan
      2. Bersabar, & anggap ia peluang belajar. Mgkn blh jadi peluang utk menunjukkan kebolehan & naik pangkat/gaji
      3. Jika ia berulang & tuan x tahan, buat aduan bertulis kpd superior/HR tentang beban kerja tersebut & kesannya terhdp tugas hakiki anda
      4. Jika x dipeduli, cari kerja lain.

  128. AsSalam,
    1) Kawan saya telah bekerja selama sebulan di sebuah retail company secara pert time. Selepas itu, dia telah memberi notis (surat) sebulan berhenti kerja kepada supervisor. Dia juga telah menghantar notis (email) 2 minggu selepas menghantar notis (surat) kepada supervisor. Namun, dia mendapati bahawa dipenyata gaji tercatat penolakan sebanyak RM400 lebih atas sebab notis (email) 15 hari. Gaji terakhir yang diterimanya hanyalah RM600 lebih sahaja. Sedangkan dia telah menghantar surat berhenti kerja sebulan sebelum itu.

    2) Satu lagi, di tempat kerja tersebut jika ada duit short dekat cashier, staf perlu bayar double dari jumlah duit yang short.
    Mohon pandangan tuan/puan berkenaan dengan masalah ini.
    Terima kasih.

    1. 1) Majikan x blh potong gaji jika notis mencukupi. Diharap kawan puan ada menyimpan salinan surat/notis yg telah diaku-terima oleh supervisor.
      2) Majikan x blh sewenang-wenang memotong gaji pekerja (S.24(1) Akta Kerja) atau mengarahkan pekerja membuat sebarang pembayaran. Boleh adu dgn pihak JTK.

    1. Majikan tiada kewajipan utk menaikkan gaji pekerja, dan majikan jg tidak boleh menurunkan gaji tanpa alasan yang munasabah. Antara perkara yg membolehkan penurunan gaji adalah salahlaku pekerja (S.14(1), selepas ‘due inquiry’) dan akibat masalah kewangan syarikat (tapi mesti dgn persetujuan pekerja).

  129. Hi,
    Saya ada kemusykilan. Saya telah merancang percutian seawal sebulan dan segala perkara seperti tiket penerbangan, hotel dan hal-hal yang berkaitan telah pun dibayar. Saya juga telah memohon cuti untuk percutian itu dan telah pun diluluskan.
    Tetapi baru-baru ini telah berlaku rombakan kerja dan saya terlibat dalam rombakan tersebut dan dikehendaki menghadiri kursus dalam tempoh saya bercuti.
    Masalahnya, saya telah pun memohon cuti awal dan perbelanjaan telah dibayar secara advance.
    Jika saya mengikuti kursus tersebut bagaimana dengan perbelanjaan saya itu? Adakah pihak syarikat akan menganggung kerugian saya? Bagaimana perasaan keluarga saya kerana mereka sudah lama ternanti-nanti untuk mengikuti percutian ini. Apa yang perlu saya lakukan.

    1. Sebenarnya, syarikat mempunyai hak untuk membatalkan kelulusan cuti. Namun begitu, puan jg mempunyai hak utk meneruskan cuti sbb puan dah dpt kelulusan & keluarkan byk belanja. Cuba bincang dgn pegawai atasan atau pengurus HR. Tegaskan bhw cuti puan telah pun diluluskan dan kerugian yg akan puan tanggung, termasuk kesusahan kpd keluarga. Bincang dgn baik. Keputusan di tgn puan sebenarnya, cuma puan hdklah mengambil kira kemungkinan kesan2 thdp kerjaya puan di masa hdpn. All the best.

  130. Saya mahu bertanya sekiranya majikan tiada buat pbyran cuti umum selama 7 tahun ..saya sebgai prkerja berhak kah menuntut bayarn balik selma 7 tahun tu ?

    1. Puan, byk perkara yg perlu dipertimbangkan dlm hal sebegini – terma kontrak puan, fakta2, dokumen bukti, dll. Sebaiknya puan hubungi JTK berhampiran utk kepastian.

  131. nak tnya..kalau cuti public christmas,depavali, nchinese new year keja..xcuti..bayar raye biasa ke double ya..
    satu lg..kalau yg bekerja ada komisyen..adakah bil utilities akn ditolak melalui sale yg dicapai..

    1. Tuan, jika anda merupakan perkerja yang dilindungi di bawah Akta Kerja, pertama sekali lihat terma kontrak pekerjaan anda atau memo syarikat – apakah cuti2 umum yg dipilih oleh majikan anda? Sila baca : https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/cuti-umum-di-malaysia .

      Majikan wajib memberi 11 cuti kelepasan am (5 telah ditentukan, 6 majikan boleh pilih mengikut budi bicara). Ada majikan yang terima semua hari kelepasan am, ada yang bagi 11 hari sahaja. Jika ia cuti umum yang diterima oleh majikan, maka anda berhak kepada bayaran extra. Sila rujuk : https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/undang-undang-buruh-masa-kerja-dan-kerja-lebih-masa

      Berkenaan bil utilities, anda hendaklah merujuk kepada kontrak anda.

  132. Assalamualaikum,

    Saya baru bekerja di sebuah syarikat pembekal telefon bimbit. Semasa temuduga, mereka memberitahu bahawa waktu bekerja saya adalah bermula dari 9.30 pagi sehingga 7.30 malam, hari Isnin hingga Sabtu untuk sementara waktu. Setelah sebulan saya bekerja, sy meminta untuk memendekkan tempoh bekerja sehingga jam 6.30 petang sahaja. Tetapi sy hanya dibenarkan pulan pada pukul 7.00 malam atas sebab mereka tidak mahu pekerja lain turut meminta pulang awal.

    Jadi di sini, pekerja-pekerja bekerja sehari selama 9 jam, dan berehat 1 jam, setiap hari dari Isnin hingga Sabtu. Jumlah waktu bekerja dalam seminggu adalah 63 jam. Tiada bantahan dari pekerja adalah sebab mereka tidak tahu tentang Akta Buruh. Gaji pula tidak kira ‘over-time, hanya ‘basic’ sahaja. Saya teringin hendak membantu mereka tetapi tiada cara. Apa perlu saya lakukan?

      1. salam tuan, jikalau pekerja dipaksa keje lebih masa dalam bulan puasa (cth: 6 7 kali) ada dibawah akta apa2 ke?

  133. assalam..saya nak tanya, hari keputeraan sultan selangor adalah hari wajib cuti bagi negeri selangor..bagaimana jika majikan suruh kerja seperti biasa tanpa ada tambahan bayaran..? boleh ambil tindakan tak?

    1. Jika anda pekerja yg jatuh di bwh skop Akta Kerja & Majikan enggan bayar tambahan seperti yg dinyatakan dlm artikel di atas, tuan blh melapor kpd JTK.

      1. Salam .. Nk tnya andai hari kputeraan sultan selangor jatuh pda 11.12.17 wajib ke kita sbgai pekerja untuk hadir kerja ?

  134. Thank you sharing..byk yg mrs pip tak tahu.
    Walaupun dah tak bekerja, but who knows kalau mrs pip terbuka hati di masa akan dtg utk kembali bekerja kan….semua pekerja wajib ambil tahu info ni.

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons