Kadar Caruman KWSP Terkini (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja)

caruman kwsp

Sebelum kita melihat pada kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terbaru, elok juga kita lihat sedikit latarbelakang KWSP dan Akta yang memberikan kuasa kepadanya. Segala peraturan dan undang-undang yang termaktub bagi KWSP boleh dirujuk pada  Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452).

Ia telah mengalami pelbagai pindaan sejak mula diperkenalkan pada tahun 1951 dengan nama Ordinan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1951.

(Kemaskini)Pindaan Pada Kadar Caruman 2016, rujuk artikel:

Reduction of Employees’ EPF Statutory Contribution Rate

Latar Belakang KWSP

Di awal tahun 1950-an, para pekerja-pekerja swasta tidak mendapat perlindungan dari segi kewangan selepas bersara sebagaimana yang dinikmati oleh kakitangan kerajaan yang menerima pencen.

Oleh itu, satu mekanisma telah dirangka bagi memastikan masa depan para pekerja swasta lebih terjamin terutama selepas persaraan nanti.

Ahli KWSP

Sehingga Jun 2014, KWSP telah mempunyai seramai 14.05 juta ahli. Bilangan ahli aktif dan masih mencarum adalah seramai 6.57 juta.

Bilangan majikan aktif pula adalah seramai 525,932 [Sumber: KWSP].

Simpanan Wajib Pekerja

KWSP adalah satu skim simpanan wajib yang dilancarkan oleh kerajaan dimana pekerja boleh mendapatkan kembali wang yang di carum/simpan selepas BERSARA atau dalam keadaan/situasi yang dibenarkan/diperuntukkan oleh Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.

Kewajipan Majikan Di Bawah Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991

Adalah menjadi kewajipan majikan untuk mendaftar pekerjanya dengan KWSP jika dia belum didaftarkan lagi. Bagi mereka yang sudah berdaftar, bolehlah memberikan sahaja nombor KWSP agar majikan boleh terus mencarumkan wang mereka bila masa pembayaran upah/gaji tiba.

Akta KWSP

Kegagalan Mematuhi Peruntukkan Akta KWSP

Kegagalan mematuhi peruntukkan ini boleh menyebabkan majikan, jika disabitkan, di denda atau dihukum penjara atau kedua-duanya sekali:

kesalahan majikan

Maksud Caruman KWSP

Caruman KWSP bermaksud sejumlah wang yang dibayar kepada Kumpulang Wang Simpanan Pekerja atau KWSP yang telah dikira berdasarkan kepada jumlah gaji bulanan pekerja tersebut. Wang ini dikreditkan ke dalam akaun KWSP pekerja itu tadi.

Pekerja dan majikan wajib mencarum bahagian masing-masing mengikut kadar yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

Bagi maksud “Akta KWSP” ini:

Pekerja adalah orang yang diambil bekerja oleh majikan di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau perantisan. Kontrak perkhidmatan atau perantisan itu boleh dalam secara bertulis atau secara lisan, nyata atau tersirat.

pekerja

Upah pula adalah semua saraan dalam bentuk wang yang kena dibayar kepada pekerja di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan sama ada ia dipersetujui untuk dibayar secara bulanan, mingguan, harian atau selainnya.

upah

Kadar Caruman KWSP

Kadar Caruman KWSP adalah merupakan peratusan dari jumlah gaji bulanan pekerja yang perlu  dibayar  sebagai caruman KWSP itu.

Kadarnya adalah berubah dari semasa ke semasa dan kadar terbaru boleh di rujuk di Jadual Ketiga, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 dan kadar terkini (20hb Okotober 2014) adalah seperti berikut:

Untuk pekerja yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah:

  • Caruman pekerja sebanyak 11% dipotong daripada gaji bulanan mereka
  • Caruman syer majikan pula adalah sebanyak 13%.

Untuk pekerja yang menerima upah/gaji melebihi RM5,000:

  • Caruman pekerja sebanyak 11% dipotong daripada gaji bulanan mereka
  • Caruman syer majikan pula adalah sebanyak 12%.

jadual ke tiga

Untuk kiraan pantas kadar caruman KWSP terkini anda bolehlah merujuk kepada Jadual Ketiga di bawah.

Jadual ini boleh juga di muat turun di laman web kwsp.

kadar caruman

Muat turun Jadual Ketiga Di SINI.

– Kadar Caruman KWSP Terkini (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja)

16 Comments

  1. salam.
    saya pernah bekerja di sebuah pasaraya tetapi di bawah syarikat/ agensi lain dengan bayaran rm1300 cuti 4 kali sebulan..selama 3 tahun bekerja di sana tidak pernah ada potongan epf socso medical cuti tahunan dn mcm2 kemudahan lain…
    adakah ianya salah sisi undang2. masih ramai sahabat saya yg bekerja di pasaraya tanpa sebarang kwsp..

    2.
    di sebuah pasaraya yg saya kerja mengambil pekerja dibawah syarikat mall tu sendiri yg dipanggil “casual worker” gajinya dibayar rm10 sejam tanpa apa2 benefit seperti kwsp,cuti tahunan medical dll. tetapi pekerja2 casual tersebut mempunyai jadual bekerja masing2 seperti pekerja biasa yg lain. adakah ianya salah?

    dan banyak lg kesalahan yg saya dapati di pasaraya tersebut seperti , ada yg ot lebih 104 jam dan juga ada mereka bekerja lebih dari 6 ke7 jam baru dapat rehat. alasan dari majikan ialah tiada yang ganti rehat, pekerja mc dan sebagainya. adakah itu salah?,

    1. 1. Bergantung kpd kontrak yg ditandatangani – Contract of Service (pekerja) atau Contract For Service (kontraktor). JIka C of Service – majikan wajib mencarum.
      2. Ya, salah.

  2. setiap bulan, gaji saya ditolak utk epf dan socso. Tetapi majikan tidak membayar caruman tersebut kpd kwsp dan socso. saya sudah buat aduan pada kwsp dan socso.

    Adakah saya perlu buat aduan juga pd jabatan buruh?

  3. Tuan..sy pencarum last pd thn 1993.sy masuk askar.masa tu sy semak acc ada rm 2000.00 lebih maaf tidak ingat.jadi selama sy berkhidmat dlm askar tiada potongan..skrg tahun 2018..kenapa masih ada dlm jumlah yg sama..no ahli 11941481.tq

    1. Salah kalau tak ikut jadual sebab pekerja dapat either terkurang dari sepatutnya ataupun terlebih dari yang sepatutnya dicarum. Kena maklumkan pada EPF utk buat pembetulan. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons