Wednesday,31 August,2016

Kemaskini Akta Kerja 1955

Akta-Kerja-1955

Pada mulanya bukan niat saya untuk menulis banyak artikel mengenai Akta Kerja 1955 dan undang-undang buruh di blog ini. Ia sekadar dari perkongsian pengalaman di Jabatan Sumber Manusia dan Undang-Undang selama beberapa tahun. Namun, maklumbalas yang anda semua berikan, buat saya terus menulis dan menulis lagi artikel-artikel berkaitan dan harapan saya agar artikel-artikel tersebut dapat membantu dan memberi menafaat kepada anda semua.

Komen Dan Maklumbalas Anda

Saya mohon maaf jika ada antara komen dan soalan anda tidak dibalas. Ada yang terlepas pandang, ada yang sudah ditanya (dan dijawab) oleh pengkomen terdahulu dan ada yang saya rasa lebih sesuai jawapannya diberikan menerusi satu artikel penuh di blog ini.

Untuk pengetahuan anda semua, hubungan dan tanggungjawab antara majikan dan pekerja sebenarnya di kawal oleh kontrak yang dimasuki oleh mereka. Oleh itu, semua prinsip-prinsip yang terpakai dalam undang-undang kontrak diguna pakai juga di sini.

Prinsip-prinsip asas seperti tawaran dan balasan, kontrak bertulis dan tidak bertulis, pemecahan kontrak dan sebagainya akan dilihat dalam menyelesaikan sesuatu pertikaian antara majikan dan pekerja.

Contohnya: Jika di dalam kontrak dinyatakan pekerja berhak kepada upah pada kadar lebih masa untuk kerja lebih masa, maka dia perlu dibayar upah tersebut biarpun dia tidak layak pada perlindungan Akta Kerja 1955.

Campurtangan Kerajaan

Membiarkan pekerja-pekerja dan majikan bebas berunding dalam menentukan terma kontrak akan menyebabkan pekerja-pekerja tertindas dan menandatangani kontrak yang berat sebelah. Pekerja yang “desperate” mendapatkan pekerjaan akan bersetuju dengan apa-apa terma yang ditetapkan biarpun ia akan menyusahkan dirinya kelak.

Oleh itu, kerajaan terpaksa campur tangan dan menetapkan terma-terma minima yang perlu ada dalam sesuatu kontrak pekerjaan.

Rujukan kepada Akta-Akta dan Peraturan-Peraturan yang mengawal selia undang-undang buruh/pekerjaan ini amat banyak. Itu belum masuk lagi pindaan yang dibuat pada Akta-Akta ini dari semasa ke semasa. Antara yang terpenting termasuklah:

  • Akta Kerja 1955
  • Peraturan-Peraturan Kerja 19957
  • Peraturan-Peraturan Kerja (Mengambil Bekerja Wanita) Konduktor Wanita) 1958
  • Peraturan-Peraturan Kerja(Kadar Minimum Elaun Bersalin) 1976
  • Peraturan-Peraturan Kerja (Faedah-Faedah Penamatan Dan Rentikerja Sentara) 1980
  • Peraturan-Peraturan Kerja(Had Kerja Lebih Masa) 1980
  • Peraturan-Peraturan Kerja(Pekerja Separa Masa) 2010
  • Akta Pampasan Pekerja 1952
  • Akta Hubungan Perindustrian 1967
  • Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991
  • dsb.

Saya akan cuba mengemaskini artikel-artikel terdahulu bagi memasukkan pindaan terbaru: Selain dari itu, artikel-artikel baru akan dimasukkan ke blog ini dimasa-masa akan datang insya-allah. Terima kasih kerana membaca blog ini.

Kemaskini Akta Kerja 1955

About The Author

ISMAIL N is the 'de facto' owner and editor-in chief of DuluLainSekarangLain.Com. A Human Resource practitioner in his normal daily life and consummate blogger in his free time. He is addicted to coffee and Manchester United. Most easily accessed via his Twitter account.

Ismail N

Leave a Comment

  • yayaa Reply

    Saya sudah bekerja selama 8 bulan. Bagaimana cara saya mahu selesaikan jika majikan saya mengenakan saman ke atas saya sebanyak RM2,400(2 bulan notis) sedangkan saya tidak dapat hadir kerja selama tiga hari berturut-turut disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan. Bukankah ia dikira dibuang kerja.

    June 15, 2016, 4:14 am
  • Azlina Reply

    Saya dn husband kerja satu company tp berlainan department. Baru baru ni pihak syarikat ada byr bonus tp kena holg sbb husband sya abscond. Persoalannya bolehkah bonus saya di hold sbb suami sya abscond? Klu potongan gaji suami bolehkah gaji isteri juga ditolak? Husband sy dh berhenti.

    April 23, 2016, 3:28 am
  • Aizat Mohamad Musa Reply

    Salam,

    saya ada sikit pertanyaan, adakah cuti kecemasan termaktub dalam akta? seperti berlaku kemalangan atau kematian di pihak keluarga atau sebagainya. tq

    October 21, 2014, 3:30 am
    • Ismail N Reply

      Tak. Ia ehsan majikan sahaja.

      October 21, 2014, 9:21 am
  • SCHA Reply

    Salam,
    Saya bekerja di sebuah firma swasta milik orang cina, bidang perniagaan logistik, impot dan eksport. Saya di tugaskan di bahagian trucking supervisor , malangnya compeny saya menugaskan saya melakukan kerja di luar bidang saya, seperti kerja2 secretarial , admin, (surat menyurat legal seolah Tiada orang lain yang boleh buat kerja ini) dan dalam masa yang sama juga saya juga di suruh membuat kerja untuk syarikat yang lain juga seperti untuk print d.o walaupun Tiada kaitan dengan kerja saya, walhal saya tahu bahawa mereka mempunyai pertalian persahabatan yang lama(mungkin segan nak suruh pegawai tersebut) dengan ini saya Tiada pilihan, sbb hanya di situ Saja tempat saya cari rezeki…Dan saya seorang ibu tunggal. O.T saya di bayar selepas jam 7.00 pm waktu bekerja adalah dari jam 9.00-5.00pm…Dan pihak majikan membayar kepada kami insentif allowance Saja kepada kami…ketidak puasan hati ini telah saya ajukan kepada admin beberapa kali dan seolah2 tidak di endahkan. Saya terasa seperti pihak majikan mengambil kesempatan di atas saya.
    Tolong bagi pencerahan bagi permasalahan ini.

    September 28, 2014, 4:12 am
    • Ismail N Reply

      W’salam,

      Saya simpati dengan masaalah anda. Namun, tiada halangan untuk majikan meminta pekerja berbuat pelbagai macam kerja yang berlainan asalkan ini tidak secara sepesifik dilarang dalam kontrak kerja. Dalam zaman ini, memang banyak syarikat yang mengarahkan pekerja2 melakukan multi-tasking bagi menjimatkan kos dan mengomptimakan penggunaan pekerja. Malah, ia juga mula di amalkan di jabatan2 kerajaan dan GLS. Mahu tak mahu kita kena suaikan diri dalam pekerjaan masa kini.

      Soal OT anda rujuk dulu artikel berkenaan OT dalam blog ini dan lihat jika ada yang kesalahan yang dibuat oleh majikan anda. Elaun pula adalah budi bicara majikan dan ia diberi sebagai daya tarikan untuk bekerja di tempat mereka.

      September 28, 2014, 5:55 am
  • sam Reply

    Saya nak tanya,saya sudah kerja enam bulan di company saya tetapi company saya tak bayar epf,bolehkan saya sue company saya?

    July 22, 2014, 12:35 pm
    • Ismail N Reply

      Ia kesalahan di bawah Akta, maka majikan boleh dikenakan penalti. Aduan perlu dibuat kepada KWSP untuk tindakan lanjut.

      July 22, 2014, 11:13 pm
  • Yanti Marliana binti Shamsuddin Reply

    Assalamualaikum. Boleh sy tau buku rujukan utk semua Akta Kerja 1995 dan pindaan semasa? Sy nk buat rujukan ttg pekerjaan sy sekarang. Sy nk cari dekat kedai. Sbb byk yg sy bace dr artikal² ttg Akta Kerja 1995 ni, byk peraturan & undang² tersebut telah dilanggari oleh pihak syarikat di tempat sy bekerja. Terima kasih 😀

    September 3, 2013, 8:40 am
    • Ismail N Reply

      Utk rujukan yang komprehensif tu mmg tiada di pasaran. Cuma terdapat beberapa buku yg sesuai yg boleh anda perolehi di Times Book Store & MPH. Pastikan ianya yg terbaru kerana terdapat banyak pindaan pada Akta berlaku tahun lalu.

      September 3, 2013, 1:49 pm
  • easter Reply

    Slm sejahtera.. saya ingin brtanya,
    1)gaji selalu lambat msuk, smpai 2 bln, 1 kali je..
    2)confirmation asyik di tunda sdgkn pihak atasan di KL sudah pun mnghantar surat prlantikan tetap
    3)gaji tidak pernah naik biarpun rm1. Alasan majikan adalah pekerjaan yang saya laku kn,amat rilex jer..
    4)kmi prnh bkerja dari pukul 8 pg hingga 3 pg seterusnya.. di pksa utk overtime.. sdgkn gaji OT tidak di byr sejak bln jun 2012.
    Apakah akta yg boleh membela mslh saya ini? Trima kasih..

    January 9, 2013, 2:11 am
  • Khairul Reply

    pertanyaan, adakah pekerja praktical layak memperoleh segala kemudahan di dalam akta cth mcm cuti tahunan, cuti sakit ?

    December 12, 2012, 12:51 am
  • Boy Ukay Reply

    salam, saya nak tahu berapa lamakah waktu pelepasan untuk pekerja muslim menunaikan solat Jumaat. adakah waktu yang khusus untuk pelepasan itu?

    November 23, 2012, 2:26 pm
  • akubiomed Reply

    Banyak juga saya tidak tahu mengenai Akta Kerja 1955. Apabila ada kes berlaku baru hendah belek akta ini.

    June 20, 2012, 6:24 am
  • Jebeng Otai™ Reply

    mmg perlu tahu hak2 pekerja..utk elak ditindas majikan..

    June 19, 2012, 3:06 pm
Like Our Facebook Page close[x]
Or wait 15 seconds