Kuatkuasa Akta Umur Persaraan Minimum 2012 (Akta 753)

Akta Umur Persaraan Minimum
Sumber: www.parlimen.gov.my

Akta Umur Persaraan Minimum 2012 (Akta 753)

Sebagaimana yang telah diumumkan oleh Menteri Sumber Manusia semalam, Akta Umur Persaraan Minimum 2012 (Akta 753) akan mula dikuatkuasakan di sektor swasta bermula dari tarikh 1hb Julai 2013. Rang Undang-Undang Umur Persaraan Minimum 2012 telah pun diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 27hb Jun 2012 dan Dewan Negara pada 17hb Julai 2012. Ia diwartakan pula pada 16hb Ogos yang lalu.

Akta ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengukuhkan jaringan keselamatan sosial bagi golongan pekerja bagi memastikan nasib kumpulan yang mudah terjejas (vulnerable groups) terbela dan seterusnya membolehkan mereka menyumbang ke arah pembangunan ekonomi negara.

Ia juga dihasilkan setelah kajian menyeluruh dibuat dan mendapati perkembangan dan kemajuan teknologi perubatan dan kesihatan dalam beberapa dekad yang lalu telah mengakibatkan jangka hayat ketika lahir penduduk Malaysia kian meningkat. Oleh itu, kerajaan menerusi Kementerian Sumber Manusia telah mencadangkan agar Akta ini digubal dan dikuatkuasakan.



Had Minimum Persaraan

Intipati utama Akta ini terletak pada penetapan had umur persaraan minimum buat pekerja-pekerja di sektor swasta. Di bawah Seksyen 4 Akta Umur Persaraan Minimum 2012, umur persaraan minimum hendaklah apabila pekerja mencapai umur 60 tahun.

Had ini boleh diubah/ditingkatkan oleh Menteri menerusi pemberitahuan dalam Warta di bawah sub-seksyen (2).

Umur Persaraan Minimum
Sumber: www.parlimen.gov.my

Seorang majikan TIDAK BOLEH memberikan persaraan pramasa (premature retirement) pada pekerjanya sebelum dia mencapai umur persaraan minimum. Tindakan sebegini adalah satu kesalahan dan majikan boleh  sehingga RM 10,000 di bawah Seksyen 5(2) Akta 753 ini.

Namun begitu, majikan dan dengan persetujuan pekerja boleh menetapkan umur persaraan pilihan sebelum 60 tahun.Ini hendaklah dilakukan menerusi kontrak perkhidmatan atau perjanjian kolektif (Rujuk:  Seksyen 6 Akta Umur Persaraan Minimum 2012)

persaraan pilihan
Sumber: www.parlimen.gov.my

Pemakaian Akta

Akta ini adalah terpakai kepada semua pekerja di sektor swasa di seluruh Malaysia. Namun, terdapat kekecualian sebagaimana yang dinyatakan dalam Seksyen 2. Seksyen 2. (1) Akta ini menyatakan bahwa ia tidak terpakai bagi orang yang dinyatakan dalam Jadual. Mereka ini terdiri dari:

  1. seseorang yang diambil kerja secara tetap, sementara atau kontrak dan dibayar emolumen oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan mana-mana Negeri, mana-mana badan berkanun atau mana-mana pihak berkuasa tempatan;
  2. seseorang yang bekerja dalam tempoh percubaan;
  3. seseorang perantis yang diambil kerja di bawah kontrak perantisan;
  4. pekerja bukan warganegara;
  5. pekhidmat domestik;
  6. seseorang yang diambil kerja dalam apa-apa pekerjaan dengan purata waktu bekerjanya tidak melebihi tujuh puluh peratus waktu bekerja biasa seseorang pekerja sepenuh masa;
  7. seseorang pelajar yang diambil kerja di bawah mana-mana kontrak untuk tempoh sementara tetapi tidak termasuk pekerja dalam cuti belajar dan pekerja yang sedang belajar secara separuh masa;
  8. seseorang yang diambil kerja untuk suatu kontrak perkhidmatan bertempoh tetap termasuk apa-apa perlanjutan, yang tidak lebih daripada dua puluh empat bulan; dan
  9. seseorang yang, sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, telah bersara pada umur lima puluh lima tahun atau lebih dan kemudiannya bekerja semula selepas dia bersara.



Umur Persaraan Di Bawah Kontrak Yang Sedia Ada

Jika pekerja dan majikan telah pun mempunyai kontrak dan terma berkaitan dengan umur persaraan sebelum berkuatkuasanya Akta ini dan umur yang dinyatakan itu lebih rendah dari yang ditetapkan oleh Akta, maka terma itu  hendaklah disifatkan sebagai terbatal dan digantikan dengan umur persaraan yang ditetapkan oleh Akta.

umur persaraan lama
Sumber: www.mohr.gov.my

Penangguhan

Majikan yang menghadapi masaalah untuk mengimplentasikan peruntukan undang-undang ini, boleh memohon agar penangguhan diberikan kepada mereka sehingga 6 bulan. Namun, mereka perlu menulis kepada Kementerian Sumber Manusia dengan memberikan sebab yang kukuh sebelum 28hb Februari 2013.

Muat Turun Akta

Mereka yang berminat boleh memuat turun Rang Undang-Undang dan Akta Umur Persaraan Minimum 2012 dalam versi PDF dari portal-portal kerjaan. Di bawah adalah pautan-pautan yang boleh anda gunakan:

  1. Muat Turun Rang Undang-Undang Umur Persaraan Minimum. Lokasi dari parlimen.gov.my: Muat Turun Rang Undang-Undang Umur Persaraan Minimum 2012.
  2. Muat turun Akta Umur Persaraan Minimum 2012. Lokasi dari laman web Kementerian Sumber Manusia – mohr.gov.my: Muat Turun Akta Umur Persaraan Minimum 2012.
  3. Muat turun Akta Umur Persaraan Minimum 2012 veri Bahasa Inggeris. Lokasi dari laman web Warta Kerajaan – federalgazette.agc.gov.m: Download Minimum Retirement Age Act 2012.

Diharap artikel ini dapat membantu anda memahami akan hal kuatkuasa umur persaraan (Minimum Retirement Age) dengan lebih baik lagi. Terima kasih kerana membaca artikel ini.

>>> Senarai Artikel Undang-Undang Buruh DI SINI <<<

Kuatkuasa Akta Umur Persaraan Minimum 2012 (Akta 753)

26 Comments

  1. hi saya ada soalan, jika saya sudah mnelepasi tempoh percubaan selama 3 bulan tetapi saya masih tidak dapat surat confimation adakah saya perlu tanya kepada bmajikan tentang status saya atau ia dikira sebagai tambahan dalam tempoh percubaan lagi?
    jika tambahan tempoh percubaan, perlu ke majikan saya menunjukkan Surat sebab?

    1. Biasanya ini ada disebut dalam kontrak, iaitu samada secara automatik confirm atau tidak. Jika tidak dinyatakan, maka perlu tunggu surat dari majikan. Sebaiknya anda tanyakan HR. Mungkin ada yang terlepas pandang dan sebagainya.

  2. Assalamualaikum Tuan,

    Soalan saya,

    1. Sekiranya pekerja berkerja pada hari sabtu dr jam 8pagi sehingga 2 pagi. Bagaimanakah kiraannya kerana hari berikutnya adalah hari ahad.

    2. Kemudian pekerja menyambung semula kerja di sitenya pada pukul 8pg sehingga 5ptg pd hari yang sama (ahad). Bagaimana pula kiraanya.

    Sekian, terima kasih.

    1. Nombor 1 tu, maksud anda dari 8 malam? Kalau dari 8 pagi tu, 18 jam kerja? Salah dari sisi undang-undang.
      Hari kerja pekerja shift dikira dari hari anda masuk shift. Jika 8 malam hari Sabtu, maka 8 malam hingga 2 pagi itu adalah hari Sabtu. Ikut kadar hari biasa jika hari Sabtu bukan hari rehat anda.

      No. 2 – sama juga. Jika hari ahad ialah hari rehat anda, maka perlu bayar gaji anda ikut kadar hari rehat.

  3. Tarikh permulaan perkhidmatan saya pada 1 Dec 2013, jika saya meletak jawatan pada 28 Feb 2019. Bolehkah Tuan/Puan mengajar and memeriksa pengiraan cuti tahunan saya bagi tempoh berikut :

    1/12/2013 – 30/11/2014 – ≤ 1 tahun ( Cuti Tahunan kelayakan saya : 8 hari bagi 12 bulan perkhidmatan penuh )
    1/12/2014 – 30/11/2015 – ≤ 2 tahun ( Cuti Tahunan kelayakan saya : 8 hari bagi 12 bulan perkhidmatan penuh )
    1/12/2015 – 30/11/2016 – ≤ 3 tahun ( Cuti Tahunan kelayakan saya : 12 hari bagi 12 bulan perkhidmatan penuh)
    1/12/2016 – 30/11/2017 – ≤4 tahun ( Cuti Tahunan kelayakan saya : 12 hari bagi 12 bulan perkhidmatan penuh)
    1/12/2017 – 14/09/2018 – ≤ 5 tahun ( Cuti Tahunan Kelayakan saya : 12 hari bagi 12 bulan perkhidmatan penuh )
    1/12/2018- 28/02/2019 – ≥ lebih dari 5 tahun ( Cuti Tahunan Kelayakan saya : 16 hari / 12 bulan perkhidmatan penuh x 3 bulan saya kerja sahaja = 4 hari . )

    Jumlah cuti ketahuan bagi sepanjang tempoh perkhidmatan saya dari 1/12/2013 ~ 28/02/2019 = 8+8+12+12+12+4 ( 56 hari)

    Adakah pengiraan it betul ? Nasihat Tuan/Puan : Betul ?

    1. Akta Kerja cuma letakkan syarat minima jumlah cuti yang wajib diberikan kepada pekerja. Prosedurnya mungkin berbeza disetiap syarikat. Ada yang guna calendar year dan ada yang ikut date joined. Ada yang boleh carry forward dan ada yang tidak. Cuba dapat kepastian dari HR anda dulu dan fahamkan pengiraan mereka.

  4. Tarikh permulaan perkhidmatan saya pada 1 Dec 2013, jika saya meletak jawatan pada 28 Feb 2019. Bolehkah Tuan/Puan mengajar and memeriksa pengiraan cuti tahunan saya bagi tempoh berikut :

    1/12/2013 – 30/11/2014 – ≤ 1 tahun ( Cuti Tahunan kelayakan saya : 8 hari bagi 12 bulan perkhidmatan penuh )
    1/12/2014 – 30/11/2015 – ≤ 2 tahun ( Cuti Tahunan kelayakan saya : 8 hari bagi 12 bulan perkhidmatan penuh )
    1/12/2015 – 30/11/2016 – ≤ 3 tahun ( Cuti Tahunan kelayakan saya : 12 hari bagi 12 bulan perkhidmatan penuh)
    1/12/2016 – 30/11/2017 – ≤4 tahun ( Cuti Tahunan kelayakan saya : 12 hari bagi 12 bulan perkhidmatan penuh)
    1/12/2017 – 14/09/2018 – ≤ 5 tahun ( Cuti Tahunan Kelayakan saya : 12 hari bagi 12 bulan perkhidmatan penuh )
    1/12/2018- 28/02/2019 – ≥ lebih dari 5 tahun ( Cuti Tahunan Kelayakan saya : 16 hari / 12 bulan perkhidmatan penuh x 3 bulan saya kerja sahaja = 4 hari . )

    Jumlah cuti tahunan bagi sepanjang tempoh perkhidmatan saya dari 1/12/2013 ~ 28/02/2019 = 8+8+12+12+12+4 ( 56 hari)

    Adakah pengiraan it betul ? Nasihat Tuan/Puan : Betul ?

  5. saya mahu Tanya…sebelum saya masuk kerja saya dijanjikan selepas 3 bulan bekerja gaji saya akan dinaikkan tetapi sehingga 3 tahun saya bekerja masih tidak ada perubahan gaji..saya sudah buat permuhonan kepada company saya tapi sehingga sekarang tidak ada balasan ..alas an yang sama saya dapat sebab company masi belum kukuh ..apakah yang harus saya buat…saya bekerja sebagai pejabat disebuat company

    1. Kecuali anda ada bukti yang kukuh (bertulis) yang majikan bersetuju menaikkan gaji selepas 3 bulan kerja, maka tiada apa-apa yang boleh mengikat majikan untuk menaikan gaji anda. Disini anda terpaksa buat pilihan samada mahu terus menunggu kenaikkan gaji (tak diwajibkan oleh mana-mana peruntukkan undang-undang) atau mencari peluang kerja di tempat lain.

  6. Salam.. Saya bkerja sbgai cow dia sebuah syarikat dan saya masih dalam tempoh percubaan..saya berstatus contract. Soalan saya, perlu ke saya mengemukakan surat meletak jawatan jika saya diberhentikan setelah tamat tempoh percubaan ini?… Apakah valid jika saya memberi notis berhenti kerja 3 hari atau notis 24 jam?

    1. Dalam kontrak memang selalunya ada klausa penamatan kontrak. Oleh itu, anda perlu rujuk kontrak anda dan lihat berapa lama tempoh notis yang diperlukan. Rujuk dengan HR atau admin tempat anda jika tidak pasti.

  7. Saya bekerja dalam dunia retail. Sy telah bekerja selama 24hari tanpa cuti rehat. Apabila sy bertanya tentang cuti rehat. Org atasan sy menyuruh sy mencari ganti sendiri untuk ganti waktu sy bercuti. Waktu kerja saya dari jam 8am – 10.30pm setiap hari tanpa cuti. Sy juga hampir eksiden semasa menuju ke tempat kerja kerana badan sudah terlalu penat. Adakah keadilan yg sy boleh dapat?

    Sampai sekarang sy masih belum dpt cuti rehat walau pun 1 hari.

    1. Tidak memberi cuti rehat kepada pekerja adalah satu kesalahan di bawah Akta. Cuma pihak JTK sahaja boleh bantu anda dalam kes sebegini dengan melapurkan kepada mereka. Sebaiknya, anda cuba cari kerja di tempat lain juga kerana kerja berterusan sebegini tidak berbaloi dan boleh memudaratkan.

  8. Apakah jenis tuntutam yang boleh pekerja buat , sekiranya pihak majikan menjual business kepada syarikat lain dan pekerja di ambil alih oleh syarikat baru.

    Terima kasih

  9. assalamualaikum,cik sy nak tnye..bole ke pihak atasan memotong waktu kerja lebih masa kita tanpa memberi tahu kita terlebih dahulu.. dan menamatkan kontrak pekerja tanpa notis dan sebab yang terperinci?.. harap dapat membantu..trime kasih

    1. Sudah tentu tidak boleh. Apa-apa yang tidak adil atau menyalahi terma kontrak memang boleh di adukan kepada JTK. Cuma, biasanya isu yang perlu difikirkan juga adalah pembuktian, samada anda boleh menunjukkan kesalahan-kesalahan tersebut dengan bukti yang mencukupi.

  10. Kalau bekerja luar dr “base” atau kata lain, out station.
    1)Berapakah jarak yg dikira outstation tu?
    2)bagaimana pembayaran upah utk tempoh tidak bekerja, tapi pekerja masih berada di luar base. Contohnya; pekerja base di pasir gudang dihantar bekerja di kertih selama 2 minggu berturut. Bagaimana kiraannya utk tempoh jam 5ptg hingga 8pagi keesokannya setiap hari dan kiraan utk hujung minggu yg tidak bekerja, tetapi masih diluar kawasan.

    1. Bayaran untuk out-station adalah faedah secara kontrak. Cuma jika ia melibatkan kerja lebih masa, maka peruntukkan Akta perlu diikuti.
      Anda perlu rujuk polisi syarikat/majikan anda dalam hal ini.

  11. berlaku kemalangan ditempat kerja dn sedang berkerja…contoh pemandu lori melangar kenderaan lain dihadapan..menggunakn lori majikan..adakah segala kos perbelanjaan baik pulih kenderaan syarikat itu pekerja yg terlibat itu tanggung sendiri…pembayaran secara potongan gaji

  12. saya ingin bertanya ..saya bekerja sebagai waitress di sebuah restaurant ..masa kerja saya dari pukul 11am – 230pm kemudian saya diberikan rehat dari 230pm sehingga 530pm dan masuk kerja semula pada 530pm sehingga 1015pm .. pertanyaan saya disini adakah masa ini boleh diguna pakai ? dan bagaimana pengiraan OT . Majikan saya menyatakan OT hanya akan dikira setengah jam selepas itu .. setiap minggu cuti 1 kali.

  13. Adakah menjadi kesalahan jika pihak majikan masih ambil bekerja tetapi dalam terma kontrak? dan Adakah perlu kontrak yang memerlukan ‘cooling period’?

    1. Jika Akta 753 terpakai kpd pekerja tersebut, tidak salah jika majikan ambil bekerja selepas mencapai umur persaraan minima, asal pekerja setuju utk bekerja. Tidak perlu cooling off period. Majikan perlu bagi offer, dan jika pekerja terima, maka ia kontrak kerja baru. Sebaiknya, letak tempoh (fixed-term contract).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons