Masih Ada Majikan Tidak Patuhi Perintah Gaji Minima

Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot, masih terdapat majikan yang gagal mematuhi Perintah Gaji Minima 2012 yang telah mula berkuatkuasa sepenuhnya pada bulan Januari 2014 yang lalu. Sebanyak 485 majikan dari 24,437 majikan (2%) yang disoal siasat tahun ini didapati masih membayar gaji pekerja pada kadar yang ditetapkan oleh mereka sendiri. Kementerian telah pun memberikan majikan-majikan ini notis untuk mematuhi perintah ini ataupun tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka.

Perintah Gaji Minima 2012

Blog ini telah pun menulis dengan panjang lebar mengenai Perintah Gaji Minima 2012 ataupun Minimum Wage Order ini. Anda boleh membacanya di sini:

Mengapa Perintah Ini Tidak Dipatuhi?

Saya sering bergaul dengan golongan usahawan, terutama yang dalam industri kecil dan sederhana. Sebab utama yang sering diluahkan adalah kos pernigaan yang sudah pun tinggi dan perintah ini amat membebankan mereka. Ada juga yang tidak tahu akan kewujudan perintah ini. Namun, perlu diingat bahawa ignorant of the law is not an excuse!

Kegagalan Mematuhi Perintah Ini

Perintah Gaji Minima 2012 ini perlu dibaca dengan Akta induknya iaitu National Wages Consultative Council Act 2011 [Act 732]. Di bawah Seksyen 43 Akta ini, kegagalan majikan mematuhi perintah gaji yang ditetapkan adalah satu kesalahan dan jika disabitkan boleh dihukum dengan hukuman:

>>> PENALTI sehingga RM10,000 <<<

seksyen 43 gaji minima

Pada bulan Jun yang lalu, sebuah syarikat produk kecantikan di Petaling Jaya menjadi syarikat PERTAMA dibawa ke mahkamah atas kegagalan mematuhi perintah ini. Magistrate K B Elena Hong Tze Lan memerintahkan defendan membayar denda sebanyak RM 1,000 bagi setiap kesalahannya (3 kesalahan).

Aduan Dan Tindakan

Minimum wage complaint

Aduan dan tindakan hendaklah dikemukakan kepada National Wages Consultative Council, Ministry of Human Resources ataupun di Pejabat Jabatan Tenaga Kerja yang berdekatan dengan anda. Anda juga boleh mengisi borang aduan secara online di portal Minimum Wage di SINI.

Masih Ada Majikan Tidak Patuhi Perintah Gaji Minima

12 Comments

  1. nak tanya gaji berapa boleh claim OT? sebab company saya gaji lebih rm1.5k dah tak boleh claim ot.

  2. saya nk bertanya apa yg harus saya lakukan jika syarikat tidak mampu membayar gaji pekerja atas sebab profit yg terlalu sedikit, dan tidak mengcukupi utk mangaji pekerja tersebut. dan boleh syarikat memotong separuh gaji pekerja atas alasan seperti diatas.

    1. Gaji ini basic contract ya. Perlu dikendalikan dengan sebaiknya. Berbincang dengan pekerja terlebih dahulu jika mereka bersedia gaji dikurangkan. Buatnya bertulis.
      Jika tidak mampu, maka jumlah pekerja hendaklah dikurangkan. Berikan notis penamatan kerja mengikut yang termaktub dalam kontrak.

  3. Dari sudut pandang seorang pekerja, jika majikan dah tunaikan hak gaji minimum, kita sebagai pekerja, bekerjalah sungguh-sungguh, setimpal dengan gaji. Kenapa? Kerana kita adalah manusia yang punya sifat ihsan dan baik budi. 😀

    1. Bukan semua yg sengaja tu. Ada atas sebab kos perniagaan yg amat tinggi sekarang ini. Sewa kedai sahaja ada yg membayar sehingga 10,000 sebulan..

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons