Dulu Lain Logo
Minor Offences Act 1955 – Act 336 Minor Offences Act 1955 – Act 336
Pernahkah anda mendengar Akta ini: Minor Offences Act 1955 atau Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336)? Ianya amat jarang sekali digunapakai, namun ini tidak... Minor Offences Act 1955 – Act 336

Minor Offences Act 1955

Pernahkah anda mendengar Akta ini: Minor Offences Act 1955 atau Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336)? Ianya amat jarang sekali digunapakai, namun ini tidak bermakna kewujudannya tidak dipedulikan lagi.

Ingat tulisan saya dulu mengenai maxim :Ignorantia juris non excusat?

Jika anda masih belum membaca lagi, saya harap anda akan lakukannya selepas ini.

Minor Offences Act 1955

Untuk pengetahuan anda semua, Akta 336 ini telah digunakan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu baru-baru ini yang mana seorang remaja perempuan telah dihadapkan di mahkamah atas tuduhan di bawah Seksyen 14 Minor Offences Act 1955.

Remaja tersebut, Nur Shafa Watiha Wahab, 18 tahun,  mengaku salah atas tuduhan menghina (insulting) polis dengan mengatakan polis tersebut bodoh kerana menahan beliau yang membawa motosikal tanpa helmet.

Untuk itu, mari kita rujuk Seksyen 14 Minor Offences Act 1955 yang berbunyi:

Insulting Behaviour

14. Any person who uses any indecent, threatening, abusive or insulting words, or behaves in a threatening or insulting manner or posts up or affixes or exhibits any indecent, threatening, abusive or insulting written paper or drawing with intent to provoke a breach of the peace is likely to be occasioned, shall be liable to a fine not exceeding one hundredth ringgit.

Sebagaimana yang ditunjukkan dalam seksyen di atas, Akta ini hanyalah bagi kesalahan-kesalahan kecil sahaja dan ianya HANYA TERPAKAI DI SEMENANJUNG MALAYSIA sahaja.

Dalam kes remaja di atas, majistret telah melepaskannya dengan ikat jamin sementara menunggu tarikh hukuman yang bakal diberikan pada 7hb Jun nanti.

– Minor Offences Act 1955| Act 336

soalan dan kemusykilan

Ismail N

ISMAIL N is the Chief Blogger/Blog Owner. An HR practitioner in his normal daily life & a casual blogger in his free time. Addicted to coffee, Man Utd and Pokemon Go (TL40). Most easily accessed via his Twitter account.