Dulu Lain Logo
Ordinan Buruh Sabah (Sabah Cap. 67) Ordinan Buruh Sabah (Sabah Cap. 67)
Agak menarik apabila melihat perundangan yang berkaitan dengan undang-undang buruh di Malaysia. Walaupun terdapat Akta Kerja 1955 dan Jadual Ke-9 pada Perlembagaan Persekutuan ada... Ordinan Buruh Sabah (Sabah Cap. 67)

Sabah-Labour-Ordinance

Agak menarik apabila melihat perundangan yang berkaitan dengan undang-undang buruh di Malaysia. Walaupun terdapat Akta Kerja 1955 dan Jadual Ke-9 pada Perlembagaan Persekutuan ada menyenaraikan ‘buruh’ (labour) di bawah senarai Persekutuan, namun Akta Kerja 1955 adalah tidak terpakai di negeri Sabah dan Sarawak.

Di negeri-negeri ini terdapat perundangan khas yang mengawal selia hal-hal berkaitan buruh/pekerja menerusi Ordinan Buruh Sabah atau Labour Ordinance (Sabah Cap. 67) dan Ordinan Buruh Sarawak atau Labour Ordinance Of Sarawak (Cap. 76).

Bagaimanakah ini boleh berlaku?

Dan adakah ordinan-ordinan ini ‘ultra-virus’ dengan Perlembagaan Persekutuan?

Bagi menjawab persoalan di atas, kita perlu melihat sedikit latar belakang ordinan-ordinan yang berkenaan. Oleh kerana artikel ini di bawah tajuk Ordinan Buruh Sabah, maka kita akan melihat dari konteks dan latarbelakang Ordinan Buruh Sabah.

Namun, dari segi kandungan dan latarbelakang, kedua-dua ordinan adalah hampir sama.

Latar Belakang Ordinan Buruh Sabah

Ordinan Buruh Sabah mula diperkenalkan di sekitar tahun 1950-an oleh penjajah Inggeris. Ia mengalami sedikit pindaan dari semasa ke semasa sehinggalah Sabah dan Sarawak bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia pada tahun 1963. Di bawah Perlembagaan Persekutuan ‘buruh’ (labour) adalah di bawah senarai Persekutuan.

Namun, Ordinan Buruh Sabah terus di pakai di negeri Sabah dan diisytiharkan sebagai perundangan Persekutuan pada tahun 1965.

Memandangkan Ordinan Buruh Sabah adalah suatu perundangan lama, maka peruntukan-peruntukan di dalamnya pun agak lapuk (outdated) dan tidak lagi sesuai digunakan dalam keadaan semasa.

Akibatnya, ramai pekerja di negeri Sabah ditindas terutamanya oleh majikan-majikan yang bijak mengambil kesempatan dari kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam perundangan ini.

Atas usaha pelbagai pihak, maka Ordinan Buruh Sabah telah dipinda sekali lagi menerusi Akta Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2004 ataupun Labour Ordinance Of Sabah (Amendment) Act 2004 [Act A 1238].

Akta ini antara lain telah memansuhkan 6 Bahagian dan 78 Seksyen pada Ordinan tersebut yang sudah lapuk dan tidak sesuai digunakan lagi.

Labour Ordinance Of Sabah

Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2005 ini telah dimodelkan dari Akta Kerja 1955 (setakat pindaan sebelum 2005) dan ia membolehkan pekerja-pekerja di negeri di bawah bayu ini menerima faedah-faedah dan perlindungan yang hampir sama dengan pekerja-pekerja di Semenanjung Malaysia.

Ciri Penting Pada Ordinan Buruh Sabah (Pindaan 2005)

Antara ciri terpenting pada Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) adalah ia terpakai kepada pekerja:

  • sektor swasta di Sabah
  • bergaji tidak lebih RM2,500 tanpa mengira jenis kerja
  • yang tersenarai dalam perkara 2(a) – (f), Jadual kepada Ordinan, tanpa mengira upah

Ini merupakan suatu kelebihan buat pekerja-pekerja di Sabah berbanding dengan pekerja di Semenanjung Malaysia kerana Akta Kerja 1955 hanya terpakai pada pekerja-pekerja yang gajinya tidak melebihi RM2,000 sahaja.

Selain itu, S.7C Ordinan memberi hak kepada pekerja yang bergaji RM2,500 hingga RM5,000 membuat aduan di Jabatan Tenaga Kerja bagi menuntut hak mereka berdasarkan terma di dalam kontrak perkhidmatan mereka.

Arahan Pengecualian oleh Menteri

Harus juga diberi perhatian kepada Arahan Pengecualian yang dikeluarkan oleh Menteri Sumber Manusia pada 30hb September 2005.

Di bawah Perintah Penggajian (Pengecualian) 2005 (Employment (Exemption) Order 2005), pekerja bukan manual, eksekutif dan pengurusan yang gajinya antara RM2,001.00 dan RM2,500.00 yang diliputi di bawah perenggan 1 Jadual kepada Ordinan hendaklah dikecualikan daripada peruntukan seksyen 103, 104, 104A dan 104C Ordinan.

Ini bermaksud, di bawah Perintah tersebut (Warta P.U.(A)377) yang berkuatkuasa pada 1hb Oktober 2005pekerja-pekerja yang bergaji di antara RM2,001 hingga RM2,500 sebulan adalah dikecualikan daripada peruntukan:

  • Seksyen 103 – Cuti Umum Bergaji
  • Seksyen 104 – Masa Kerja
  • Seksyen 104A – Kerja Syif
  • Seksyen 104C – Kerja Hari Rehat

Oleh yang demikian, majikan tidak terikat untuk memberikan faedah-faedah seperti bayaran kerja lebih masa (OT) dan bayaran tambahan bagi kerja di hari kelepasan am atau cuti rehat kepada pekerja-pekerja yang gaji mereka dilingkungan tersebut. Arahan ini berkuatkuasa di Sabah dan juga di Sarawak.

Perintah tersebut dikeluarkan setelah bantahan dibuat oleh majikan-majikan terhadap gaji minima yang ditetapkan untuk pekerja-pekerja yang dilindungi di bawah Ordinan ini.

Objektif Ordinan

Secara amnya, Ordinan Buruh Sabah adalah suatu perundangan yang penting dan memberi banyak faedah dan perlindungan kepada pekerja-pekerja di negeri Sabah. Antara lain, objektif Ordinan adalah untuk :-

  • menentukan sama ada terma sesuatu perjanjian atau kontrak perkhidmatan antara majikan dan pekerja adalah sah di sisi undang-undang
  • menggariskan terma-terma dan syarat-syarat minimum pekerjaan
  • memperuntukkan faedah-faedah minimum kepada pekerja
  • menetapkan prosedur-prosedur kawalan terhadap urusan pengambilan para pekerja termasuklah para pekerja bukan pemastautin
  • menggariskan prosedur-prosedur untuk pemulihan di bawah undang-undang.

 

Pindaan kepada Ordinan Buruh Sabah

Pihak Kementerian Sumber Manusia telah merangka draf Pindaan kepada Ordinan Buruh Sabah yang dijangka akan menggabungkan peruntukan mengenai Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja, Penggajian Pekerja Kanak-Kanak dan Orang Muda, dan pindaan kepada peruntukan Ordinan Buruh Sabah sendiri. Beberapa mesyuarat dan sesi perbincangan telah rancak diadakan pada tahun 2018 dan 2019, dan diharap ianya akan membuahkan hasil yang akan meningkatkan kualiti amalan perburuhan di negara ini.

Bagi mereka yang berminat untuk membaca Ordinan Buruh Sabah, bolehlah membelinya di JTK negeri Sabah di bangunan KWSP atau membaca versi PDFnya di laman web Pejabat Peguam Besar Negeri Sabah.

– Ordinan Buruh Sabah (Sabah Cap. 67) (dikemaskini pada 22/7/2020)

Ismail N

ISMAIL N is the Chief Blogger/Blog Owner. An HR practitioner in his normal daily life & a casual blogger in his free time. Addicted to coffee, Man Utd and Pokemon Go (TL40). Most easily accessed via his Twitter account.

  • MOHD ALPIAN

    August 31, 2020 #1 Author

    Assalamualaikum, saya bekerja sebagai penjawat awam gred kp11 dan berstatus kontrak, saya bekerja mengikut syif 6 hari bekerja 1 hari cuti RM. Aduan yang ingin saya kemukakan ialah baru baru ini saya mendapat taklimat dari pihak jabatan saya bahawa mulai bulan September 2020 tiada tuntutan lebih masa tambahan boleh dibuat. Dalam jadual lama saya rehat mingguan setiap hari Rabu, setelah jadual baru keluar rehat mingguan saya ditukarkan kepada hari jumaat dan saya sudah melebihi waktu bekerja dalam seminggu iaitu sebanyak 64jam, malangnya saya tidak dapat tuntut lebihan masa tersebut memandangkan pihak atasan saya tidak akan meluluskan tuntutan yang saya itu. Apakah tindakan seterusnya boleh dibuat?

    Reply

    • HRM

      September 4, 2020 #2 Author

      Wa’alaikumsalam.
      Biasanya penjawat awam adalah tertakluk kpd Perintah Am, melainkan jika terma kontrak kerja anda menyatakan sebaliknya. Tanpa meneliti terma kontrak perkhidmatan anda, amat sukar utk kami memberikan pendapat dgn baik. Kami syorkan anda mendapatkan nasihat drpd pihak JTK dgn segera.

      Reply

  • SITI PATIMAH BINTI MANSAH

    August 1, 2020 #3 Author

    Assalamualaikum Encik Ismail, saya ingin bertanya bagaimana fungsi Mahkamah Buruh di Sabah?

    Reply

    • HRM

      August 3, 2020 #4 Author

      Wa’alaikumsalam Puan, .
      Amnya, fungsi Mahkamah Buruh di Sabah adalah sama dengan yg di Semenanjung Malaysia dan Sarawak iaitu menyediakan sistem pengadilan perburuhan yang adil, mudah, cepat dan murah bagi menyelesaikan tuntutan pekerja mengenai gaji dan faedah2 kewangan lain yang layak dituntut oleh mereka.
      Sekiranya puan ingan tahu bagaimana pengendalian kes di Mahkamah Buruh, sila rujuk http://jtksm.mohr.gov.my/ms/sumber-sumber/penerbitan/garis-panduan/833-masalah-di-tempat-kerja

      Reply

  • Nurizan Abdullah

    July 22, 2020 #5 Author

    Saya ingin mengetahui sekiranya ada tindakan untuk majikan yang mengasari(kata2) dan memalukan pekerjadi khalayak ramai atas dasar tidak kompiten. Pekerja baru bekerja selama 3 bulan dan diarah melakukan pekerjaan yang tidak dikemukankan ketika temu duga. dan pekerja juga di suruh menjawab tentang perihal kerja bahagian lain. dan di desak untuk menyelesaikan masalah dalam tempoh masa yang tidak wajar. Pekerja sektor swasta bergaji di atas RM2500.

    Reply

    • HRM

      July 23, 2020 #6 Author

      Memandangkan pekerja baru bekerja selama 3 bln, maka kami mengandaikan yg dia masih dalam tempoh percubaan. Jika timbul isu unsatisfactory performance atau prestasi kerja tidak memuaskan semasa tempoh percubaan, bermaksud majikan boleh tidak mengesahkan jawatannya dan menamatkan perkhidmatannya. Biasanya waktu tempoh percubaan ini juga peluang utk pekerja membuat keputusan sama ada tempat kerja itu sesuai untuknya atau tidak. Terpulang kpd pekerja sama ada hendak menyesuaikan diri dgn keadaan tempat kerja tersebut atau mencari kerja lain.

      Reply

      • Mohd Alpian

        August 31, 2020 #7 Author

        Assalamualaikum, saya bekerja sebagai penjawat awam gred kp11 dan berstatus kontrak, saya bekerja mengikut syif 6 hari bekerja 1 hari cuti RM. Aduan yang ingin saya kemukakan ialah baru baru ini saya mendapat taklimat dari pihak jabatan saya bahawa mulai bulan September 2020 tiada tuntutan lebih masa tambahan boleh dibuat. Dalam jadual lama saya rehat mingguan setiap hari Rabu, setelah jadual baru keluar rehat mingguan saya ditukarkan kepada hari jumaat dan saya sudah melebihi waktu bekerja dalam seminggu iaitu sebanyak 64jam, malangnya saya tidak dapat tuntut lebihan masa tersebut memandangkan pihak atasan saya tidak akan meluluskan tuntutan yang saya itu.

        Reply

  • aanizah sahid

    July 15, 2020 #8 Author

    jika majikan membayar gaji pekerja kurang daripada gaji minimum yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan kadang2 tidak membayar gaji pekerja, majikan boleh didakwa dibawah akta sabah apa?

    Reply

    • HRM

      July 21, 2020 #9 Author

      Ya, jika pekerja membuat aduan di Jabatan Tenaga Kerja, maka pihak JTK akan membuat siasatan dan jika didapati bersalah, majikan boleh dikenakan penalti di bawah Perintah Gaji Minima dan Ordinan Buruh Sabah.

      Reply

  • Clare

    July 10, 2020 #10 Author

    Salam,
    Saya bekerja di sektor swasta, dalam kontrak ada bertulis 2bulan cuti bersalin dan saya telah bekerja dgn syarikat hampir 7tahun. Tetapi bila saya pohon hendak ambil 2bulan bersalin brmula bulan july ini, majikan jawab hanya sebulan berbayar dan sebulan lagi tanpa bayaran atas sebab COVID-19 (potongan dr situ). Adakah ini berkaitan?? Tolong beri penjelasan. Bolehkah saya mengadu kat Hak Asasi bekerja?

    Reply

    • HRM

      July 11, 2020 #11 Author

      Boleh Puan, Secara amnya, sekiranya Puan memenuhi syarat2 yang diperuntukkan di bawah Ordinan, maka Puan berhak kpd cuti bersalin berbayar selama 60 hari. Sila rujuk artikel kami : https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/cuti-bersalin-dan-faedah-bersalin yg menerangkan syarat2 yg perlu dipenuhi untuk layak kpd faedah2 bersalin berkenaan.

      Akan tetapi Ordinan tidak memperuntukkan hak ini kepada semua pekerja wanita tanpa mengira gaji. Ia terhad kpd pekerja wanita yang dilindungi di bwh Ordinan. Bgi yg tidak jatuh di bawah Ordinan, maka hak mereka tertakluk kpd terma kontrak kerja. Tidak seperti Akta Kerja yg mengandungi peruntukan khas S.44A yang memberi hak tersebut kepada kesemua wanita yang bekerja tidak kira sama ada mereka dilindungi di bawah Akta atau tidak.

      Reply

  • peter

    June 19, 2020 #12 Author

    salam tuan..saya bekerja dengan sebuah syarikat swasta d sabah..majikan saya seringkali meminta kami bekerja pada hari minggu dan hari cuti umum namun enggan membayar gaji pada hari tersebut sebaliknya mengantikan cuti kami pada hari bekerja yg lain..dan jika dibayar..cuma dikira 1.5 sahaja..adakah itu dibenarkan atau tidak

    Reply

  • Shiitake

    June 18, 2020 #14 Author

    Salam.
    Saya nak tahu macam mana nak tuntut pampasan daripada majikan untuk pekerja gaji rm2500 ke atas di Sabah? Majikan telah menamatkan perkhidmatan tanpa sebarang notis pun sedang majikan selalu update memo yang syarikat akan ditamatkan kontrak pada 31/3/2020. Kami tidak diberi sebarang surat. Yang ada cuma memo sahaja. Bagi pekerja dengan gaji rm2500 ke bawah, mereka sudah submit permohonan di pejabat jtk berdekatan dan telah diterima. Kami yang bergaji rm2500 ke atas langsung tak dapat buat apa-apa. Tolong kami, apa patut kami buat. Terima kasih

    Reply

  • Anna

    June 13, 2020 #16 Author

    Salam,
    suami saya bekerja d sebuah syarikat swasta d sabah. Baru2 ini cuti tahunan suami dihapuskan sehingga hujung tahun ini disebabkan covid19. Sekiranya ingin bercuti ianya dianggap unpaid leave.

    Saya ingin bertanya adakah tindakan majikan itu betul dan mengikut akta pekerja?
    terima kasih

    Reply

  • Rahim

    June 6, 2020 #18 Author

    Saya ada satu lagi persoalan..kini saya bekerja d sebuah kilang percetakan karung kerani untuk rekod kerja dan pendapatan pekerja yg bekerja dlm system pajak.. Dan di bayar dgn gaji bulan 1100.. saya ingin tahu mengenai bayaran kerja lebih masa.. 2 bulan lepas pihak majikan tempat kerja saya sekarang ni ada meminta kami untuk kerja lebih masa d hari kerja biasa.. kmi kerja dari pukul 8 pagi hingga 12 tgah hari dan rehat sejam lepastu kerja semula dari pukul 1 sampai pukul 9 mlm.. tapi majikan saya hanya membayar gaji kmi pada kadar setengah hari gaji dari pukul 5 hingga pukul 9.. apakah saya boleh ambil tindakan terhadap majikan saya.. dan majikan saya akan memotong gaji kmi bila lewat seminit dgan kadar rm 0.09 sen.. sdgkan setiap hari saya harus mula bekerja seawal pukul 7.30 d sbbkan pekerja pajak yg memulakan kerja awal dan terpaksa saya jaga.. sdgkan waktu kerja saya bermula pada pukul 8.. saya bekerja lebih awal 30 mnit x di bayar tapi bila lewat seminit d potong gaji… Bila ada masalah lbihan rekod atau ksilapan data rekod pajak dgn mesin printer maka yg dipertanggung jawabkan adalah saya dan gaji saya akan di potong mngikut jumlah keping bag data yang sy rekod silap.. sdgkan tugas yg harus saya lakukan bukan cuma merekod data dan jaga kerja pajak.. tapi harus mnjahit dan keluar dari kilang untuk mnghantar ke pelanggan syarikat kmi… Sbb tu saya harus kerja lebih awal dri biasanya demi mngelakkan berlaku kekurangan atau lbihan dari data printer mesin dgan rekod pajak.. dan telah lebih dari setahun saya bekerja di kilang ni dan bnyak ksilapan pihak kilang yg selalu mngabaikan kebajikan dan keselamatan pekerja.. terutamanya dari aspek keselamatan.. pekerja2 tdak d wajibkan mnggunakan kasut keselamatan dan sarung tangan semasa bekerja dan berada dlm kilang.. sdgkan sdah beberapa kali telah berlaku kemalangan antara pekerja dgan mesin printer hingga mnyababkan cacat kekal trhadap pekerja seperti termasuk dlm glungan printer mesin hingga jari2 patah dan mninggalkan luka.. pekerja terjatuh dari atas container semasa melakukan proses menurunkan gulungan bag baru dari pembekal hingga mnyebabkan bahu pekerja patah dan cacat dan telahvada tuntutan pampasan dari perkeso brnilai lbih 10 ribu ringgit.. tapi sampai sekarang pihak majikan masih mngabaikan dan mngambil sikap sambil lewa dgn keselamatan tempat kerja dan kebajikan dan keselamatan pekerja.. dan dalam tempoh pkpb ni kerajaan mngharuskan untuk mnggunakan mask untuk setiap org terutama kertika berada d tempat kerja.. syarikat seharusnya mnyediakn mask pakai buang. Tapi malah majikan mngeluh dgan bnyaknya pngluaran untuk mnyediakan mask dan mnyediakan 2 keping mask kain yg baru dan boleh d cuci dan dgunakan semula dan memnta pekerja membayar lagi satu mask dgn harga RM 18.00 kerna pihak kilang hanya mnanggung sekeping dan pekerja yang harus baya sekeping lagi bagi memudahkan mnyuci dan membersihkan mask yg satu setelah d gunakan… Entah lulus dari kementerian kesihatan atau tidak blum dapat d pastikan lagi.. jadi apakah tindakan yang saya boleh ambil dan apa yang perlu saya lakukan atas perkara ni dan adakah perlindungan akta buruh untuk saya atas perkara ni…

    Reply

    • HRM

      June 10, 2020 #19 Author

      Tahniah krn anda tlh mendapat kerja semula. Berkenaan isu OT dan potongan gaji, anda blh membuat aduan di pejabat buruh/ Jabatan Tenaga Kerja yg berhampiran supaya mereka blh membuat penyiasatan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap majikan anda.
      Berkenaan isu keselamatan di tempat kerja, kami syorkan anda membuat aduan di Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP/DOSH) supaya mereka boleh membuat penyiasatan dan seterusnya mengambil tindakan tegas terhadap majikan anda, jika perlu.

      Reply

  • Rahim

    June 6, 2020 #20 Author

    Assalamualaikum… Nak tanya.. saya pernah di buang kerja tanpa sebab yang pasti.. saya bekerja di sebuah workshop selama 5 hari dan di hari ke 5 tu lah saya di buang kerja tanpa ada alasan pasti dari majikan saya… Lepas punch card pkul 5 tu majikan saya mnyuruh saya tandatangan voucher dgan sejumlah duit.. bila saya tanya untuk apa duit tu sebab saya tidak membuat sebarang pinjaman.. majikan saya cuma mngatakan tandatangan jak dulu.. dan bila saya dah tandatangan dia trus ambil voucher tu dan mninggalkan duit tu dan mnutup tingkap pejabat tu.. terkejut juga lah atas kejadian tu.. cuma tak tau nak buat apa… Padahal dalam tempoh percubaan tu kurang kerja saya d suruh mngangkat batu d belakang workshop dan memungahnya ke simpang kawasan perindustrian tu yg berjarak 500 meter dari lokasi workshop… Sdangkan itu bukan tugas kami melainkan tugas jkr… Tapi d sebabkan ingin kerja lama kmi semua buat jak lah… Tapi bila d buat bgini kecewa juga lah sbb diberhentikan tanpa sebab dan alasan yang pasti.. klau di sebabkan lebihan pekerja bukan kah ada pekerja yg bukan warganegara malaysia… Hanya saya yg merupakan warganegara di workshop tu dan hanya 4 atau 5 org dari 11 pekerja sahaja yang memegang passport.. yang lain merupakan pati.. dan ada juga yang bru bekerja sama seperti saya dan tidak punya dokumen sah.. cuma beza dia masuk kerja sehari lebih awal dari saya… Kenapa bukan dia yang d berhentikan.. kenapa harus saya… Dan pertanyaan saya apa tindakan yang harus saya ambil ketika berlaku hal yg sama lagi…

    Reply

    • HRM

      June 10, 2020 #21 Author

      Wa’alaikumsalam. Oleh krn anda meletakkan komen pd artikel ini, kami anggap anda bekerja di Sabah dan merupakan pekerja yg jatuh di bwh skop Ordinan Buruh Sabah. Kami x pasti apakah terma perjanjian antara ada dgn majikan (ada kontrak bertulis?) dan utk memastikan sama ada wujud hubungan majikan-pekerja, bbrp persoalan (melibatkan fakta) mesti dijawab terlebih dahulu.
      Oleh itu, kami syorkan anda mendapatkan nasihat daripada pihak Jabatan Tenaga Kerja yg berdekatan. Jika perlu, mereka akan membuat penyiasatan.

      Reply

  • Zee

    May 6, 2020 #22 Author

    Sekirannya majikan menyuruh pekerja yang bergaji di bawah Rm1200 berkerja pada cuti umum dan cuti rehat adakah majikan harus membayar upah berganda dalam sehari dan lebih masa .

    Reply

  • Nick

    March 26, 2020 #24 Author

    Hi Admin, saya mempunyai beberapa pertanyaan mengenai pekerjaan dan bolehkan admin menerangkan sekali dengan akta dan tindakan undang – undang yang akan dikenakan terhadap majikan… kami bekerja di salah sebuah syarikat di Sabah.

    1) Kami pekerja tidak diberikan sebarang cuti tahunan. Dan setiap kali ingin bercuti gaji akan ditolak mengikut gaji hari / 3 hari gaji bekerja.

    2) Sudah 6 bulan berturut-turut majikan tidak membayar gaji pekerja secara penuh, malah membayarnya Rm 500 pada tarikh 5hb dan 8hb baki gaji.

    3) Semua pekerja yang bekerja tidak ada mengisi sebarang borang / kontrak bekerja antara majikan dan pekerja.

    4) Majikan suka menolak gaji pekerja, antaranya ialah:
    – Lupa thumbprint gaji akan ditolak
    – Duduk disofa gaji akan ditolak walaupun tiada kerja yang dibuat dan apa sahaja keadaan
    – Pasang suis kipas ditandas akan diberikan warning letter
    – Tidak menulis waktu keluar dan masuk lunch akan dipotong gaji
    dan apa-apa sahaja keadaan majikan akan memotong gaji dan mengugut untuk memberikan surat amaran
    – Setiap kehilangan barang syarikat semua ditanggung penuh oleh pekerja, gaji pekerja hanyalah Rm 1200, banyak yang hilang , banyak yang dipotong

    5) Pekerja hanyalah mendapat gaji Rm 1200 kasar, tiada sebarang elaun apa-apa seperti syarikat perhotelan lain ada

    6) Waktu habis kerja pekerja ialah 5pm, tapi majikan kerap menyuruh pekerja membuat sesuatu kerja pada pukul 4,30pm yang masa kekadang untuk menyiapkan kerja itu mengambil masa yang lama sehingga pukul 6.30pm, dan itu tidak dikira sebagai Kerja Lebih Masa.

    7) Majikan kerap menyuruh pekerja keluar untuk membeli barangan syarikat tidak kira pekerja sakit, keadaan cuaca panas atau hujan, dengan alasan majikan malas untuk keluar.

    8) Pekerja tiada cuti sakit, sekiranya ingin cuti sakit, gaji akan dipotong setiap hari.

    Bolehkan Admin menjawab semua persoalan saya, Sekian Terima Kasih.

    Reply

    • HRM

      May 16, 2020 #25 Author

      Nampaknya majikan anda melakukan pelbagai tindakan yg menyalahi Akta Kerja. Kami syorkan anda mendapat nasihat terperinci daripada pihak JTK yg berhampiran supaya mereka blh menjalankan siasatan atau mengambil langkah2 selanjutnya utk menjaga kebajikan para pekerja di tpt anda.

      Reply

  • Muhammad

    March 25, 2020 #26 Author

    Hai, afternoon, majikan saya telah pun memberi surat penamatan perkhidmatan due to this covid19, tapi dia nak tarik balik surat tersebut dan memberitahu ada pilihan unpaid leave, sbb katanya surat tersebut dah x valid. D dalam surat tersebut ada mngatakan akan bayar pampasan selama sebulan sahaja dan akan beri gaji penuh kepada kami 100+ pekerja yg dbuang due to this situation. tapi dia nak tarik semula surat tersebuy dan kata ianya tak valid, adakaj ianya adalah satu cara agar pampasan tidak dbyar? dan unpaid leave?? sama sahaja macam kami tak dibayar gaji, mohon pencerahan tuan

    Reply

    • HRM

      May 16, 2020 #27 Author

      Kami tidak dapat meneka niat majikan anda. Pekerja mempunyai pilihan, sama ada hendak menganggap surat itu masih sah & menuntut agar majikan membayar pampasan yg dijanjikan, atau menerima penarikan balik surat tersebut oleh majikan dan terus berkhidmat utk majikan. Jika perkara ini tidak dpt diselesaikan dgn baik, kami syorkan anda menghubungi pejabat ternaga kerja terdekat utk bantuan.

      Reply

  • Ain

    March 6, 2020 #28 Author

    Saya baru saja melapor diri kerja di sebuah syarikat swasta di negeri Sabah setelah habis cuti bersalin 60hari. Sebelum bercuti saya mempunyai basic salary + elaun telefon yang mana dahulu di beri pilihan samada elaun tersebut termasuk di dalam basic salary atau pun claim secara bulanan (beserta bil). Saya telah memilih untuk submit claim bulanan.

    Sebelum bercuti saya suda maklum kepada pihak HR bagi memasukkan elaun tersebut ke dalam kiraan basic salary. Namun setelah saya terima slip gaji 2 bulan dec 2019 & jan 2020. Tiada tambahan kepada basic salary saya mahupun section claim. Saya rujuk ke HR, mereka maklumkan tiada pembayaran elaun terhadap staff yang cuti bersalin.

    adakah hak saya sebagai pekerja wanita mengandung di nafikan? bagaimana sekiranya pekerja wanita yang lain memilih option elaun yang di masuk kan di dalam basic salary? pembayaran mereka tiada perbezaan sebelum atau selepas melahirkan anak.

    mohon pencerahan sekiranya ada akta buruh sabah yang boleh saya rujuk. terima kasih

    Reply

    • HRM

      March 13, 2020 #29 Author

      Puan harus rujuk terma kontrak puan – adakah elaun ni suatu elaun contractual atau atas budibicara majikan? Apakah terma2 atau syarat pemberian elaun ini? Biasanya elaun adalah mengikut budibicara dan boleh ditarikbalik. Sekiranya elaun itu dimasukkan ke dalam basic salary, maka ia perlu dipotong utk bayaran EPF, dll. Jika puan berpendapat terdapat pelanggaran terhadap hak puan atau berlaku diskriminasi, kami syorkan puan menghubungi pejabat jTK terdekat utk khidmat nasihat selanjutnya.

      Reply

  • Frankie

    March 3, 2020 #30 Author

    Salam bos..sya kerja dekat restaurant sebagi chef dari 1 sep 2017 sehingga kini..sekarang ada pergolakan ekonomi..majikan sya buat potongan gaji 30% setiap pekerja tanpa diberi cuti annual leave..adakah ini 1 kesalahan??dan sekiranya annual leave kami tidak habis diambil sehingga hujung tahun..ia dikira cuti tu (hangus) tanpa sebarang bayaran atau annual leave yg lebih tidak diguna pakai oleh majikan utk tahun seterusnya..(kerja tanpa sign sebarang kontrak)

    Reply

    • HRM

      March 13, 2020 #31 Author

      Tuan, byk isu perlu diteliti dlm situasi ini. Kami syorkan tuan mendapatkan nasihat drpd pihak Jabatan Tenaga Kerja (JTK) yg berhampiran utk maklumat lanjut.

      Reply

  • Dalvalia De Elezabeth Eugene

    February 15, 2020 #32 Author

    Greeting, saya perkerja swasta hq d kl tapi mempunyai cawangan d sabah, Dlm tempoh berpantang saya disuruh atau dipaksa meletak surat resign, apa patut saya buat atau ada apa2 tuntutan yang boleh saya buat

    Reply

    • HRM

      February 18, 2020 #33 Author

      Majikan tidak blh paksa anda utk resign. Anda jg tidak perlu resign, kecuali anda memang ingin berhenti kerja. Tapi jika anda resign, anda tidak dapat menuntut SIP/EIS. Majikan juga melakukan suatu kesalahan jika memecat anda semasa dlm tempoh berpantang.
      Adakah anda pekerja yg dilindungi di bwh Akta Kerja? Sila rujuk : https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/akta-kerja-1955-samada-pekerja-di-lindungi-oleh-akta-atau-tidak
      Jika tidak, adakah anda bergaji di bawah RM5,000?
      Jika anda pekerja yg dilindungi atau bergaji di bawah RM5,000, anda blh membuat aduan di pejabat JTK berhampiran.
      Jika anda dipecat secara tidak adil, anda blh membuat representasi untuk pemulihan kerja anda di Jabatan Perhubungan Perusahaan.

      Reply

  • esther

    February 3, 2020 #34 Author

    hi, i have working part time from 6pm to 12pm. every day. how to calculator the overtime if i have morning from 12pm to 6pm.

    Reply

    • HRM

      February 4, 2020 #35 Author

      We need further info. Please clarify:
      1. You work evening shift from 6pm-12am? How many days per week? When is your break/how many minutes break do you get?
      2. And then sometimes, employer ask you to come in early and work from 12pm-6pm? Any break?
      3. After that 12pm-6pm, you are asked to continue the usual working hours from 6pm-12am?

      Reply

  • Ainsyah

    January 29, 2020 #36 Author

    Hai . Saya belerja di salah sebuah tadi swasta di sabah . Saya nak minta penjelasan berkenaan public holiday . Majikan saya hanya menetap kan 15 hari public holiday yg digezetkan manakala public holiday yang lain seperti wesak day dikira hari bekerja seperti biasa. Adakah bayaran gaji seperti dikira seperti biasa walaupun bekerja ketika public holiday?

    Reply

    • HRM

      January 30, 2020 #37 Author

      Ya. Ordinan Buruh Sabah menetapkan cuti umum minima sebanyak 14 hari setahun. JIka hari Wesak bukan cuti umum bagi syarikat anda, maka jika anda bekerja pada hari itu, bayaran gaji anda adalah seperti hari biasa.

      Reply

    • Syafiqah Kadir

      February 19, 2020 #38 Author

      Selamat pagi dan salam sejahtera.
      Saya ada soalan berkenaan pemotongan gaji. Jika seorang pekerja datang lewat untuk bekerja sebagai contoh, lewat sejam, tetapi pekerja tersebut masih diminta untuk bekerja 8 jam sehari. Adakah majikan dibenarkan untuk memotong gaji pekerja tersebut walaupun, pekerja tersebut telah bekerja selama 8 jam.

      Reply

  • Zal87

    January 22, 2020 #40 Author

    Hi.. Saya suami saya bekerja d sebuah syarikat/kedai mesin dan memasang autogate dan alarm cctv….Selama bekerja d sana suami saya tidak diberikan cuti tahunan dan dikatakan cuti public holiday itu adalah cuti tahunan….serta sekiranya mereka cuti atau lambat datang ke tempat kerja gaji mereka akan d potong…n sekiranya awal n kerja lebih masa mereka tidak pula d bayar…persoalanya:
    1) semasa suami saya masuk bekerja mula2 d sna surat tawaran kerja tidak d berikan kepada suami saya Dan company hnya meminta suami saya untuk sign sahaja dan tidak d berikn kpd dia sehingga sekarang yang memcecah 4 thn bekerja d company berkenaan.
    2) boleh ka suami saya berhenti kerja kerja notis 24jam…kerana telah mendapat pekerjaan baru yang memerlukanya dengan kadar segera dan faedah yg diberikan ada sedikit kebaikan daripada Di tmpat lma…
    3) pihak company Lama memberitahu ingin menyaman company baru suami saya sekiranya tidak mnghantar notis berhenti kerja selama 1bulan…sedangkan kawan2 suami saya yang sebelum ini berhenti kerja…mereka hanya berhenti bgitu sahaja tanpa berunding dengan pihak company dan tidak ada tindakan dari company Lama terhadap mereka…

    Reply

    • HRM

      January 22, 2020 #41 Author

      Hi,
      Kami andaikan suami anda bekerja di Sabah & merupakan pekerja yg dilindungi di bwh Ordinan Buruh Sabah (bergaji di bwh RM2500 / pekerja manual). Jika begitu, suami puan berhak mendapat cuti tahunan berbayar, cuti sakit, cuti umum, dll. Sila rujuk artikel kami : https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/hak-hak-anda-sebagai-pekerja-di-malaysia

      Berdasarkan maklumat yg puan berikan di atas:
      1.) Majikan suami puan telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Ordinan Buruh Sabah. Jika suami puan buat aduan di JTK & dpt memberi bukti ttg perkara2 tersebut, maka majikan blh dikenakan denda.
      2) Jika rujuk Ordinan, suami puan perlu bagi notis 6 minggu atau majikan blh tolak gaji utk bayar ganti notis. Jika beliau berhenti dgn notis 24 jam, maka majikan blh menuntut di JTK utk bayaran ganti notis jika duit gaji tidak cukup utk bayar ganti notis. Jika perkara itu berlaku, suami puan juga blh membuat tuntutan silang utk bayaran ganti cuti tahunan, cuti umum, dll. Ceritakan segala fakta kepada pihak JTK.
      3) Kenapa pula saman company baru? Saman memerlukan belanja besar, majikan tiada hak utk halang company baru ambil suami puan bekerja. Suami puan berhak utk memperbaiki kehidupan keluarga dgn bekerja dgn syarikat yg memberikan faedah yg lebih baik.

      Reply

  • Hanafi

    December 4, 2019 #42 Author

    Kalau bekerja selama 12 hari tanpa hari rehat, adakah ianya melanggar akta buruh?

    Reply

    • HRM

      December 11, 2019 #43 Author

      Jika anda adalah pekerja yg dilindungi di bwh Akta Kerja, maka majikan mesti beri anda sekurang-kurangnya 1 hari rehat seminggu.

      Reply

  • Garry Choong

    December 2, 2019 #44 Author

    Good morning and greetings.
    I would like to know is there any labour law of Sabah, saying that the employer can’t pay the salary to their staff or workers using “”Cash” ? or must be online transfer or using the cheque?

    and is there any labour law of sabah, saying that the employer can’t advance to their staff or workers?

    Looking forward for the kind reply.

    Sincerely yours,

    Garry

    Reply

    • HRM

      December 11, 2019 #45 Author

      Good day to you, sir. At the moment, payment of salary by cash, cheque or online banking is allowed, under S.110 of Sabah Labour Ordinance. An employer can give advances to staff but subject to limitations spelled out in S.102 of the SLO.
      Pls bear in mind that the SLO is in the process of being amended, possibly next year.

      Reply

  • Allyz

    September 22, 2019 #46 Author

    Sya nak tahu bagaimana dan pada siapa biasanya yg mmpunyai kuasa mutlak untuk melucutkan jawatan seseorang pekerja.. adakah d tangan pengurus atau pembantu pengurus..?? Sbb ada pekerja ni sda lama brkhidmat pada satu syarikat dan stiap tahun mndapat prestasi kerja yg tinggi.. tapi sejak beberapa bulan yg lalu pekerja ni mndapat sdikit tekanan peribadi tetapi masih dapat mmbuat hal2 tugasan dgan baik dan sempurna..lalu kerna trbwa sdikt tekanan hal peribadi itu ke tmpat kerja dgan tdak trsengaja ketika dlm mesyuarat trlepas kata nak resign dlm keadaan x sedar dan hanya kerana trlepas kata sebegitu dan kebetulan d dengari oleh pembantu pngurus yg baru saja mnjawat jawatan itu trus mngambil tindakan dgan melucutkan jawatan dan mmbuat notis berhenti kerja sebulan tanpa memanggil semula pekerja itu utk bertanya kan sekiranya kata2 yg tlah trlepas d waktu mesyuarat itu benar2 ingin d lakukan oleh pekerja itu.. dan bukan sekadar membuat notis itu secara diam2 tanpa pengetahuan pengurus malah memaksa utk menanda tangani surat notis itu.. Dalam kes sebegini apa tindakan yg patut utk d lakukan oleh si pekerja ini..ini sekadar sya nak kongsi dan ingin tahu.. trima kasih..

    Reply

    • HRM

      September 26, 2019 #47 Author

      Memberhentikan atau membuang pekerja bukan suatu perkara yg mudah, byk syarat2 perly dipatuhi. Nasihatkan pekerja itu supaya jgn tandatangani surat resign. Jika itu surat penerimaan perletakan jawatan oleh majikan & pekerja disuruh tandatangan pengesahan penerimaan, tulis surat kpd pihak pengurusan untuk menerangkan keadaan sebenar bahawa pekerja tidah berniat utk letak jawatan. Cuba selesaikan dgn baik. Jika pihak pengurusan berkeras utk membuang pekerja, pekerja blh membuat representasi di Jabatan Perhubungan Perusahaan. Sila rujuk artikel kami : https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/akta-perhubungan-perusahaan-1967

      Reply

  • Mar

    November 30, 2018 #48 Author

    Assalamualaikum,saya bekerja d satu kedai herba.saya bekerja dari jm 7:30pagi-5:30 petang utk hari isnin hingga sabtu. Manakala hari ahad/cuti umum saya bekerja dari pukul 7:30pagi-2:30petang. Tapi,baru baru ini majikan telah melebih kn masa kerja kami setiap hari sabtu masuk jm 7:30 pagi-6:00petang . Tanpa persetujuan dari kami sebagai pekerja. Tanpa ada gaji ot.
    2)Disebabkan kerja lebih masa pada hari sabtu ada sesetengah pekerja mahu balik seperti biasa iaitu pada pukul 5:30petang. Tapi,majikan pula mahu potong gaji RM5 sekiranya pekerja tidak bekerja sehingga pukul 6:00petang pada hari sabtu.
    Soalan saya, 1)wajarkah tindakan majikan mengubah waktu kerja sesuka hati tanpa persetujuan dari pekerja?
    2)Bukankah kami sebagai pekerja layak mendapat gaji ot sekiranya telah bekerja lebih masa dari waktu kerja biasa?
    3)kenapa majikan memotong gaji pekerja sekiranya pekerja bekerja tidak sampai pukul 6:00 petang pada hari sabtu?apa tindakan yang kami bole lakukan?

    Reply

  • ichiko

    November 26, 2018 #49 Author

    Hi saya ingin bertanya bagaimana pula dengan staf yang di gaji Rm 2,500 tetapi staf ini tiada hitam putih yang disign dan tidak menghadirkan diri ke tempat kerja/berhenti tanpa notis boleh kah staf ini di saman? boleh berikan cadangan?

    Reply

    • FAISAL HAFIZ MUDA

      January 29, 2020 #50 Author

      Assalamualaikum. Sy bertanya bagi pihak kawan saya. Kawan saya bekerja di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di sabah. Gaji basic yg diberikan hnya RM500. Lalu kerja yg diberikan tidak setimpal dgn gaji tersebut. Kawan saya mnghntr notis berhenti. Namun proses 3 bulan. Skrg dia hendak berhenti di bulan pertama. Dan disuruh bayar denda 1 bulan gaji. Soalan saya boleh kah dia berhenti bulan pertama serta merta, adakah dikenakan tindakan apa2 tnpa mmbyr denda tersebut kerana institut sendiri tidak mengikut undang-undang? Maaf kalau terkasar bahasa.

      Reply

      • HRM

        February 4, 2020 #51 Author

        Wa’alaikumsalam.
        Kami tidak tahu apa kandungan dan terma kontrak kawan tuan dgn PASTI, oleh itu, kami tidak dapat tentukan sama ada hubungan majikan-pekerja wujud dlm situasi tersebut. Sekiranya kawan tuan adalah pekerja, maka dia ada 2 pilihan :
        1. Berhenti serta-merta & laporkan kpd pihak JTK ttg pelanggaran Akta Gaji Minima oleh majikan. Sebaiknya dgn bukti2 (slip gaji, saksi, dll), jika ada;
        atau
        2. Berhenti serta-merta dan biar majikan ambil tindakan (kalau mereka berani).

        Reply

  • Saidah Abas

    November 18, 2018 #52 Author

    Suami saya bekerja sebagai pemandu bas persiaran di Kota Kinabalu mulai 27.9.2018
    Suami saya terlibat dengan kemalangan pada 19.10.2018
    Gaji suami saya ditahan untuk selesaikan kerosakan bas persiaran tersebut semasa 7.11.2018
    Suami saya telah diberitahu pada 13.11.2018 hari terakhir dia bertugas
    Sekarang suami saya menuntut gajinya pada bulan 10 tetapi syarikat selalu memberi alasan bermacam-macam
    Apa tindakan yang perlu dibuat untuk mendapatkan gaji dan elaun

    Reply

  • Hajaratul Binti Ag Zainal

    November 12, 2018 #53 Author

    selamat petang,

    saya ingin bertanya, jika sebuah syarikat di kk menggaji seorang pekerja yang berasal dari semenanjung malaysia di syarikatnya, perlukah syarikat tersebut menjamin pekerja tersebut walaupun telah berumahtangga dengan warga sabah dan sebelum ini dijamin oleh isterinya.

    yang kedua, adakah menjadi kesalahan jika syarikat tempat pekerja semenanjung itu tidak menjaminnya walaupun telah berkhidmat selama 2tahun?

    Reply

  • anonymous

    October 13, 2018 #54 Author

    hi, saya ada soalan, saya berkerja di satu company yang baru buka then at 1st mereka mention yang pekerja mempunyai dua shift iaitu 8 pagi sehingga 5 petang manakala yang kedua 10 pagi hingga 7 petang, namun apabila bos baru ganti which is not local people yang incharge. Pekerja hanya bekerja pada 10 pagi sehingga 7 petang sahaja. tiada pertukaran shift boleh berlaku atas. ada kah hal ini adil sedangkan sebelum ini untuk 3 bulan kami semua bekerja dengan shift dan sekarang, secara tiba tiba ianya tidak boleh d tukar lagi?

    Reply

    • HRM

      October 29, 2018 #55 Author

      Tidak salah bagi majikan mengubah waktu/masa kerja mengikut keperluan operasi kecuali kalau dlm kontrak dinyatakan tidak boleh ubah waktu kerja.

      Reply

    • HRM

      October 29, 2018 #56 Author

      Tidak salah bagi majikan mengubah waktu/masa kerja demi keperluan operasi kecuali jika kontrak kerja melarang perkara itu.

      Reply

  • Masrozitah binti ginda

    October 4, 2018 #57 Author

    Saya nak bertanya…majikan janji nak naikkan gaji…sudah naik gaji cuma..saya naik gaji hanya pamgkat asst.supervisor…yang lain pekerja naik gaji…saya tidak puas hati…boleh ka saya minta kenaikan gaji yg djanjikan

    Reply

    • Minah Jenin

      October 11, 2018 #58 Author

      Kenaikan gaji adalah hak mutlak majikan. Jika ada bukti bertulis, blh cuba minta, tetapi ia tetap terpulang kpd majikan sama ada hdk bagi atau tidak.

      Reply

      • Azmie

        January 4, 2020 #59 Author

        Assalamualaikum dan salam sejahtera,
        Saya hendak bertanya.. patutkah majikan terus memberhentikan pekerja tanpa memberi amaran dan sebarang rundingan dibuat antara majikan dan pekerja? Apa patut saya lakukan setelah saya diberhentikan serta merta?

        Reply

        • HRM

          January 8, 2020 #60 Author

          Wa’alaikumsalam.
          Ada proses yg perlu dilakukan sebelum majikan blh memecat pekerja. Kami syorkan anda membuat representasi di Jabatan Perhubungan Perusahaan jika anda berpendapat pemecatan itu adalah tidak adil.

          Reply

  • Claudia

    May 24, 2018 #61 Author

    Saya telah bekerja di sebuah syarikat pelancongan swasta di sabah selama 3bulan. Majikan tidak memberikan kontrak bertulis walaupun telah berkali kali diminta. Gaji pada bulan pertama dan kedua tiasa masalah. Tapi gaji pada bulan ke 3 tidak dibayar dan bila saya bertanyakan soal ini majikan seperti tidak peduli. Dan menasihatkn sekiranya tidak dapat tunggu dia suru letak jawatan. Apakah yang patut saya lakukan sebab kontrak bertulis tidak diberikan.

    Reply

    • HRM

      May 26, 2018 #62 Author

      Sekiranya majikan tidak mampu membayar gaji bermakna majikan anda bermasaalah. Sebaiknya anda mencari kerja lain. Namun, saya faham ia bukan mudah dan menjadi delema setiap pekerja. Dari sudut undang-undang tiada masaalah untuk anda membuat tuntutan menerusi Jabatan Tenaga Kerja biarpun tiada kontrak bertulis. Sebarang rekod kerja anda di sana termasuk slip gaji atau kwsp (jika ada) atau saksi (rakan sekerja) sudah memadai.

      Reply

  • MT

    October 15, 2017 #63 Author

    Asalamualaikum,
    saya ingin penjelasan,saya sudah berkhidmat selama 4 tahun di salah satu kompeni (logistic) yang membuka cawangan di lahad datu sabah pada (26.06.2013) walaupun saya bekerja melalui sub-contract secara mutlak/bertulis saya sudah pun menjadi pekerja tetap selepas 3 bulan berkhidmat dikompeni tersebut,tapi baru baru ini saya dikhabarkan bahawa kontrak kerja kami untuk branch disabah ditamatkan,pihak sumber manusia(HR) kompeni saya memberikan saya pilihan,adakah saya ingin di transfer kerja ke semenanjung atau tidak,jika tidak pihak kompeni mengarahkan saya untuk membuat surat notis selama sebulan,pertanyaan saya adakah saya wajar mendapatkan wang pampasan seandainya saya tidak ingin ditransfer ke semenanjung atas sebab taraf hidup saya disana dengan gaji rm1350/bulan?

    Reply

  • Elsie Francis

    November 29, 2016 #64 Author

    Saya ada permasalahan. Anak saya berumur 16 thun. Bekerja secara partime di sebuah kedai menjual pakaian yang berada di daerah keningau , sabah. Biarpun telah ditegah, dimarahi berkali2, anak ini pergi juga bekerja..Masa kerja 9am- 8pm.No meals n tak pasti ada rehat atau tidak sebab kedai kecik.Start kerja 8hb 11. tapi 13hb tidak pergi kerja sebab sekeluarga balik kampung. 2x ditanya majikan bila kira2 mau berenti kerja sebab memang tujuan mahu kerja sekejap sahaja. so last anak bagitahu last keja pada 8hb 12. Tetapi memandangkan selalu lewat balik ( menumpang ibu kawan atau bapa ambil ), saya sebagai ibu menyuruhnya berhenti kerja. Anak sudah memberitahu majikannya, namun kata majikan oleh kerana bekerja tidak sampai sebulan, gaji tidak akan diberi. Dalam perkara ini, ada tindakan majikan tersebut wajar?
    Erti kata lain selama 20 hari bekerja di situ, anak kira membantu secara sukarela sahaja di kedai tersebut. Terdapat juga kes salah seorang pekerja di sana yang berhenti secara tiba2 dan tidak dibayar gaji. Adakah sistem pekerjaan seperti ini sedangkan tiada perjanjian bertulis telah dilaksanakan.

    Reply

    • Anyone knows

      May 18, 2018 #65 Author

      Boleh call di jabatan buruh sabah untuk keterangan lanjut. Setahu saya setiap yg bekerja biar 1 jam pun ada gaji sudah.

      Reply

  • Muhaimin

    October 3, 2016 #66 Author

    Salam JTK
    Saya ingin merujuk perkara yang sering kali diungkapkan oleh pegawai yang menyelia di tempat isteri saya berkerja. (kontrak 3 bulan yang kemungkinan tidak akan dilanjutkan oleh pegawai tersebut).
    * Dalam masa yang sama, isteri saya berserta rakan sekerja beliau tidak menerima sebarang surat @pn menandatangan sebarang kontrak yang menyatakan bahawa mereka cuma diberi kontrak selama tiga (3) bulan sahaja*
    – adakah ini hak bagi sesetengah pegawai untuk mengugut pekerja bawahan.
    * Dalam kes yang sama, pekerja yang bertaraf part time yang ingin diserap kepada pekerja kontrak di minta agar memberi sedikit wang kopi kepada pegawai tersebut, bagi mempercepatkan mereka diserap kepada pekerja yang bertaraf kontrak.*
    – adakah ini boleh dikategorikan sebagai rasuah?
    * Melantik individu yang bertaraf pekerja kontrak sebagai penyiasat (spy) bagi memerhatikan aktiviti perkerjaan pekerja yang lain.*
    * Memberi peluang pekerja kepada anak dan adik kandung berkerja dalam 1 carta organisasi*
    * mengambil pekerja yang tanpa tempoh percubaan.*
    – perkerja tersebut (anak kepada team leader) baru mula berkerja selama tiga (3) hari dan telah di serap kepada perkerja bertaraf kontrak. sedangkan lebih ramai lagi perkerja bertaraf part time yang lebih berpengalaman dan telah lama berkerja dgn syarikat tersebut, namun tidak diserap kepada perkerja bertaraf kontrak.
    * isteri saya sedang mengandung 8 bulan dan perlu keluar untuk pergi ke klinik ibu dan anak untuk pemeriksaan kesihatannya serta kandungannya di minta menggantikan masa bermula pukul 6 petang sehingga 9 malam?
    – adakah layak pegawai tersebut mengenakan tindakan sedemikian?

    Reply

  • renol

    September 9, 2016 #67 Author

    Salam.
    Masa berkerja sistem 4-2-4-2….
    Maksudnya 4 hr pagi 2 hr off day dan 4 hari mlm 2 hari off day…..masa bekerja ialah 12 jam….
    Adakah sistem ini betul….
    bagaimana kiraan seminggu bagi sistem ini… .adakah 6 hr atau 7 hr….
    Terima kasih

    Reply

  • Selvam

    June 4, 2014 #68 Author

    Good morning and greetings from Tuaran.
    I would like to know what are the act of labor law of Sabah, towards foreigners, such as, from India working as manager in provision shop without legal work permit and instructing the locals to work more than 10hours a day?

    The Indian citizen also don’t give any offday, as well ass, no public holiday pay, no payslip, no EPF, no SOCSO and no proper accommodation for local employees.

    Finally, managing business without license.

    Looking forward for the kind reply.

    Sincerely yours,

    Selvam
    H/P: 010 947 1293

    Reply

    • Ismail N

      June 5, 2014 #69 Author

      The provision governing foreign workers and non-resident employee can be found under section 118 of the Sabah Labour Ordinance:

      118. (1) No person shall employ any non-resident employee unless he has obtained from the Director a Licence to Employ Non-Resident Employee.
      (2) The power of the Director to issue a Licence to Employ Non-Resident Employee shall be subject to the laws on immigration applicable to Sabah
      and such Licence shall be in such form and subject to such conditions as may be prescribed.

      This licence or permit is subjected to the approval from our Immigration Department (second floor Bangunan Pentadbiran Persekutuan, Likas). You might need to consult the Immigration Department on this.

      As far as I am aware, permit for foriegners including from India for managerial/executive post is very difficult to obtain and empoying a foreigner without permit is an offence under both Immigration Act and Sabah Labour Ordinance.

      Foriegn workers are also protected under Sabah Labour Ordinance (if they are hired legally) and if they are covered under the Ordinance (RM2,500k and below salary), they will also be entitled to benefits such as paid holidays, medical leave, etc.

      Managing Business with out licence? That will be an offence under TRADES LICENSING ORDINANCE (Sabah Cap. 144) (if I’m not mistaken).

      Reply

      • bhaie saab

        June 9, 2014 #70 Author

        Managing Business without licence? That will be an offence under TRADES LICENSING ORDINANCE (Sabah Cap. 144)..

        Reply

  • Help

    May 29, 2014 #71 Author

    Salam 1 Malaysia.

    Maaf,menganggu. Saya ingin meminta pendapat & penjelasan mengenai isu ini.
    Saya telah bekerja di syarikat perumahan cawangan Lahad Datu selama 4 tahun. Syarikat utama di Tawau.
    Baru-baru ini saya telah mendapat satu surat yang menyatakan pemberhentian kerja (Penutupan Syarikat Cawangan Lahad Datu).
    Dalam surat itu,saya di bagi tempoh bekerja selama 3 bulan bermula 1 June 2014 sehingga 1 September 2014. Cuti Tahunan yang di berikan oleh syarikat selama 8 hari pun belum lagi saya ambil.
    Persoalannya di sini,adakah saya berhak mendapat pampasan dari majikan saya selama perkhidmatan dalam syarikat tersebut atau ….?
    Dan jika saya berhak mendapat pampasan tersebut,bagaimanakah pembayaran pampasan ini keatas saya.

    Mohon penjelasan.

    Sekian,terima kasih.

    Reply

  • Bro.Jupri

    April 18, 2013 #72 Author

    Salam, saya nak tahu..adakah salah sekiranny syrikat mengaji pekerja yang mengunakan pasport untk bekerja di pejabat sebagai staff sedangkan masih ramai lagi yang menggunakan kad pengenalan yg merupakan anak jati sabah tetapi permohonan mereka ditolak…terima kasih

    Reply

  • akubiomed

    April 17, 2012 #73 Author

    Teringat ketika bertugas di Hospital Umum Sarawak memerlukan permit kerja walaupun saya ini sebahagian orang Malaysia.

    Reply

    • tehr

      April 18, 2012 #74 Author

      ya la, bro
      kalau tak silap aku pun kena isi borang gak dulu

      Reply

    • Azahar bin Awang Chee

      December 13, 2019 #75 Author

      Saya ingin tahu lebih mengenai cuti ganti untuk cuti umum d malaysia. Dan di bawah seksyen mana akta buruh 1957 sabab yang menyatakannya.
      Jikalau majikan mesti memberi cuti ganti ataupun leave in lieu kepada pekerja yang bekerja pada cuti umum.?

      Reply

      • HRM

        December 16, 2019 #76 Author

        Maksud anda Ordinan Buruh Sabah (Bab 67)? Jika ya, sila rujuk S.103 OBS. Ada cuti umum yg blh diganti dan ada yang wajib dibayar pada kadar cuti umum.

        Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.