Penamatan Kontrak Kerja

Penamatan Kontrak Kerja

Dalam artikel-artikel yang lepas, telah banyak kali saya jelaskan bahawa hubungan dan tanggungan pekerja dan majikan adalah terkandung dalam kontrak yang di masuki oleh mereka. Dalam kata lain, hubungan mereka adalah hubungan kontrak (contractual relationship). Maka, undang-undang kontrak sangat terpakai dan terma-terma kontrak pekerjaan perlu dirujuk setiap kali ada pertikaian.

Namun, terdapat juga undang-undang yang secara spesifik merujuk kepada tanggungjawab pekerja dan majikan dan ia perlu dipatuhi atau terma kontrak yang bertentangan itu akan terbatal.

Anda boleh rujuk artikel-artikel lepas bagi mengetahui lebih lanjut akan hal ini. Untuk melihat senarai artikel di bawah topik undang-undang buruh yang telah ditulis di blog ini, sila KLIK DI SINI.

Memandangkan hubungan pekerja dan majikan adalah hubungan secara kontrak, maka bila terputusnya hubungan ke dua-dua pihak ini, maka kita sebutkan sebagai “Penamatan Kontrak”.

Bezakan juga penamatan kontrak dengan “Pembatalan Kontrak”. Ini dihuraikan  dalam artikel undang-undang kontrak.

Secara ringkasnya, kontrak yang batal ialah kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan, manakala kontrak yang ditamatkan ia kontrak yang telah berkuatkuasa dan ditamatkan oleh pihak-pihak kepada kontrak atas sebab-sebab tertentu.



Bagaimana Kontrak Kerja Di Tamatkan?

Umumnya bila ditanya soalan di atas, ramai pekerja cuma terfikirkan:-

  1. Hal pembuangan kerja oleh majikan, dan
  2. Notis berhenti kerja oleh pekerja.

Memang ia adalah sebab utama dan banyak kes penamatan kontrak kerja adalah berkisar kepada dua sebab ini. Namun, terdapat sebab-sebab lain kontrak kerja boleh ditamatkan.

Antara sebab-sebab itu termasuklah:-

  • Pesaraan pekerja sebagaimana yang disebut dalam kontrak kerja
  • Kematian
  • Tamatnya tempoh kontrak yang tetap (fixed period)
  • Kecewaan Kontrak (Frustration Of Contract)
  • Sakit yang tidak boleh bekerja lagi
  • Pembubaran Perniagaan

Sebab-sebab yang lain tidak banyak diperbincangkan kerana ia agak ‘straight forward’ dan mudah difahami. Tidak wujud sangat pertikaian akibat penamatan kontrak secara sebegini. Namu, apabila kontrak di tamatkan atas sebab pembuangan kerja atau notis, maka banyak isu akan timbul.

Pertikaian biasanya akan membawa ke Aduan Pada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan seterusnya kes di dengar di Mahkamah Perindustrian.

Notis Penamatan Kerja

Notis penamatan kerja dari pekerja kepada majikan dan majikan kepada pekerja biasanya di sebut dalam kontrak kerja.

Bagi pekerja yang dilindungi Akta Kerja, peruntukkan mengenai notis berhenti kerja ada di sebut pada Seksyen 12 Akta Kerja 1955.

penamatan kontrak kerja

Dua perkara penting yang dinyatakan dalam seksyen ini adalah:-

  1. Tempoh notis hendaklah sama bagi pekerja dan majikan. Jika tempoh ini tidak dinyatakan dalam kontrak, maka tempohnya adalah sebagaimana yang disebut di bawah Seksyen 12.
  2. Mana-mana pihak boleh ‘waive’ atau melepaskan haknya terhadap notis yang perlu diberi.

Tempoh Notis

Notis yang diberi hendaklah secara bertulis dan tempoh notis adalah dikira dari tarikh ia diberikan. Penamatan kontrak tanpa notis hendaklah digantikan bayaran yang sama nilai dengan tempoh notis.

Sebaik sahaja pekerja memberikan notis untuk berhenti kerja, ianya tidak boleh ditarik balik kecuali dengan persetujuan majikan.

tanpa notis

Seksyen 12 (3):

notis must written

Nota: Biarpun penamatan kontrak dengan notis dibenarkan oleh undang-undang, namun ia cuma tepat bagi maksud notis oleh pekerja sahaja.

Majikan dalam memberikan notis behenti kepada pekerja perlulah melakukannya atas sebab-sebab tertentu seperti salah laku oleh pekerja.

Penamatan Kontrak Atas Salah Laku

Majikan boleh menamatkan kontrak kerja pekerja jika didapati pekerja salah laku. Peruntukkan berkaitan adalah pada Seksyen 14 Akta Kerja 1955.

Namun, sebelum tindakan sebegini di buat oleh majikan, satu siasatan perlu dilakukan terlebih dahulu dan pekerja hendaklah diberi peluang untuk membela dirinya.

penamatan kontrak salah laku

Penamatan Kontrak Atas Prestasi Kerja Yang Tidak Bagus

Majikan boleh menamatkan kontrak pekerja atas alasan prestasi kerja yang tidak memuaskan dengan syarat pekerja telah di maklumkan mengenai prestai kerja yang tidak memuaskan itu dan diberi peluang secukupnya untuk memperbaiki prestasi kerja nya.

Majikan juga telah mengambil langkah-langkah yang munsabah untuk membantu meningkatkan prestasi kerja, namun pekerja masih gagal memperbaiki prestasinya.



Penamatan Kontrak Akibat Pemecahan Kontrak

Pemecahan Kontrak berlaku apabila pekerja atau majikan telah melanggari terma-terma utama dalam kontrak mereka. Akta Kerja 1955 mengariskan beberapa perkara yang boleh di sifatkan sebagai pemecahan kontrak (deemed to have broken his contract of service) dan ini termasuklah:-

  1. Majikan tidak membayar gaji mengikut tempoh yang dijanjikan (Rujuk artikel: Upah Atau Gaji)
  2. Pekerja tidak hadir ke kerja dua atau lebih hari tanpa alasan yang munsabah (Rujuk artikel : Akibat Ponteng Kerja)
  3. Majikan mengubah terma kontrak dengan memasukkan terma yang berat sebelah tanpa persetujuan pekerja.

contract is broken

Perlu dingatkan kepada  semua bahawa isu berkaitan Penamatan Kontrak Kerja ini amatlah luas. Rujukan kepada kes-kes Mahkamah Perindustrian juga perlu bagi mendapat tafsiran yang lebih tepat pada peruntukkan Akta.

Walaupun undang-undang membenarkan penamatan kontrak menerusi pelbagai cara, namun fakta-fakta sampingan akan diambil oleh Mahkamah dalam menentukan keadilan telah di capai bagi kedua-dua pihak.

Contohnya: Fakta bahawa pekerja ditangkap polis dan dalam waktu kerja bukanlah bukti kukuh untuk mensabitkan pekerja atas salah laku dan ditamatkan perkhidmatannya. Hal-hal ini akan diterangkan lebih lanjut dalam artikel-artikel akan datang insya-allah..

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca artikel di blog ini.

soalan dan kemusykilan

125 Comments

  1. Hi saya dah berkerja mula January 2017 dan menandatangani perjanjian perkerja yg mempunyai benefits cuti tahunan 12 hari, sekarang majikan saya memaksa untuk menandatangani perjanjian perkerja baru yang ada pengurangan cuti tahunan kepada 8 hari dan ingin menyertakan clause clause baru yang meyebelahi majikan, apakah tindakan yang boleh diambil kerana dia memberi tekanan mental untuk menandatangani kepada semua perkerja.saya tidak dilindungi akta perkerja 1985 kerana gaji lebih 2K

    1. Hi Sally,
      Kalau di Sabah/Sarawak, amnya pekerja dilindungi sehingga gaji RM2500, kecuali jika jatuh di bwh kategori lain yg dinyatakan dlm Jadual, Ordinan Buruh Sabah/Sarawak. Jika di Semenanjung, pekerja yang dilindungi bergaji tidak lebih RM2000, kecuali jika jatuh di bwh kategori yg dinyatakan dlm Jadual Pertama kepada Akta Kerja.
      Jika saudari tidak dilindungi di bawah Akta Kerja/Ordinan Buruh, maka hak2 saudari bergantung kpd Kontrak Kerja. Majikan tidak boleh memaksa saudari utk meminda kontrak tersebut.
      Saudari boleh membuat aduan di pejabat JTK.

  2. Assalamualaikum tuan,

    Diharap dapat mbantu sedikit kegusaran yang berlaku. Saya telah bekerja di dalam satu syarikat pada 27 Mac 2018, dan beberapa minggu kemudian, saya disahkan hamil untuk beberapa minggu. Disebabkan hamil anak pertama, dan mengalami morning sickness yang teruk, majikan saya claim saya tidak bekerja mengikut piawaian yang dikehendaki dan memanjangkan tempoh percubaan saya dari 6 bulan kepada 6 bulan yang berikut. Tetapi setelah 6 bulan berlalu dan setelah selamat melahirkan bayi. Boss saya masih tidal berpuas hati dengan standard kerja saya dan spy sengaja mencari salah saya untuk meletakkan jawatan . ditambahkannya lagi 6 bulan terakhir utk tempoh percubaan saya sehingga 31hb Ogos 2018. Lama kelamaan cara kerja saya Susah boleh diterima oleh pihak majikan saya. Tetapi saya diuji lagi dengan dugaan yang lain, dimana pada awal bulan 7, anak saya yg berusia 6 bulan di masukkan ke hospital akibat jangkitan kuman di paru paru dan keadaan dia memerlukan perhatian yang rapi dari seorg ibu. Dan saya telah memaklumkan kpd pihak majikan saya dan beliau spy tidal dapat menerima untuk saya mengambil EL untuk menjaga anak saya. Dan anak saya juga dimasukkan ke hospital utk kali kedua pada bulan August 2018 dan pihak majikan sekali lagi mempersoalkan cuti saya untuk mengambil cuti kerana ingin menjaga anak di hospital. Seminggu kemudian, saya dijangkiti kuman di mata dan perlukan rehat kerana sakit mata boleh merebak kpd org lain jika datang bekerja. Tetapi majikan saya spt tidak mempercayai keadaan saya sekarang. Saya sepatutnya diconfirmkan kerja pada 31 August 2018 tetapi diholdkan dulu kerana saya tidak dapat hadirkan diri akibat jangkitan kuman di mata saya dan twlah mendapat Surat cuti sakit dari pihak hospital. Persoalan saya skrg, adakah pihak majikan berhak memberhentikan saya kerja kerana beliau claim saya tidak mempunyai preatasi kerja yg baik dan boleh effect pada co kerana saya kerap bercuti? Sedangkan cuti saya adalah untuk menjaga anak yg sakit dan akibat jangkitan kuman di mata saya yang bleh memberi jangkitan kpd org lain jika saya dtg bekerja. Mohon pencerahan. Apakah yang perlu saya lakukan?

    1. 1. Adakah puan dilindungi di bwh Akta Kerja? Jika tidak, puan hendaklah merujuk kpd kontrak kerja utk memastikan hak & tanggungjwb puan.
      2. Tempoh percubaan adalah tempoh utk majikan menilai samada pekerja itu sesuai bekerja dgn organisasinya dan jg utk pekerja memastikan yang dia benar2 ingin bekerja di syarikat tersebut. Selagi belum disahkan jawatan, pekerja adalah masi dlm percubaan, ertinya majikan berhak utk tidak mengesahkan dia ke dalam jawatan itu dan menamatkan kontraknya apabila tamat tempoh percubaan. Sila rujuk aktikel2 kami : https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/tempoh-percubaan-dan-pengesahan-dalam-jawatan dan https://dululainsekaranglain.com/human-resources/tips-cemerlang-semasa-tempoh-percubaan-probationary-period
      3. Saya nasihatkan puan menunjukkan prestasi kerja terbaik jika masih disambung probation.
      Kurangkan cuti dan tingkatkan kecekapan di pejabat. Ingat, ramai lagi orang yg memerlukan kerja dan sanggup bekerja keras. Puan hendaklah buktikan kepada majikan bahawa puan adalah pekerja yang berkualiti dan cemerlang. Cuba dptkan bantuan suami dan keluarga, jika puan benar2 ingin terus bekerja. Bekerja memerlukan pengorbanan dan kekuatan terutama apabila dilanda musibah. Ingat, masalah peribadi tidak boleh dicampur-aduk dgn kerja apa lagi dlm keadaan kita masi baru bekerja dgn syarikat. Lain kalau kita dah sedekad atau dua dekad dgn syarikat.

  3. assalamualaikum,tuan saya ingin bertanya sekiranya seseorang pekerja telah berkhidmat lebih dari 35 tahun dan menghadapi masalah contoh beliau tidak dapat menjalankan tugas kerana sakit dan mendapat cuti sakit 1hari dan keesokkan hari beliau masih lagi tidak dapat meneruskan kerja beliau selamai minggu tanpa memberitahu majikan dan hari berikut nya beliau masuk kerja.Majikan menyuruh beliau membuat surat tunjuk sebab dan masih tidak berpuas hati dengan surat itu dan menyuruh pekerja tersebut membuat notis berhenti dalam masa 1 hari .walaupun pekerja tersebut masih lagi berminat untuk bekerja.boleh kah pekerja tersebut membuat surat rayuan

  4. Salam en. Sy nk brtanya. Sy tlh bkrja di sbuah company selama stahun lebih. Sy terikat dengan bon sebanyak RM10,000 selama 2tahun dimana pihak syarikat menjanjikan latihan kepada saya. Akan tetapi, setelah setahun lebih berlalu sy masih tidak menerima sebarang latihan malah disuruh blajar sendiri. Pada baru2 ini sy tlh menerima surat warning letter dimana isi warning letter tersebut adalah: 1. Tidak mengetahui produk secara menyeluruh, 2. Selalu mc, 3. Mengambil Emergency leave tanpa approval. Dan sy telah bersemuka n brtnyakan dgn director tntg letter trsebut. Akan tetapi director hanya merujuk kepada manager (manager yg ckap) tntg trsebut tanpa soal periksa. Dan saya tlh jgk argue pd mereka dimana utk 1.pihak syarikat tdk memberi latihan, sy slalu pulang lewat shgga jam 3pg utk mnyiapkan tender mereka 2. Mengikut t n c syarikat, maksimum mc adalah 12hari/tahun, dan slama stahun bekerja, sy hanya tlah mngambil 8hari shj atas sbb kesihatan n sy tlah berikan mc(klinik panel) pd HR tanpa missed (superior sy pertikaikan sy sakit dan xprcaya wlpn mc sy dpt dr klinik panel), 3. EL yg diambil cuma sekali (ibu sy sakit). Sy jgk tlh brtnyakan kpada manager brkenaan hal ini, tp tdak brjawab.
    Permasalah sy disini ialah
    1. Sy mmg mahu brhenti krana dibuli scara mental (apabila sy bertanya jika ad sbarang keraguan tntg produk, xdlayan malah dsuruh blajar sndiri, diarah pulang lewat atas siapkan tender (tiada OT – replacement leave hnya diberi jika ad approval manager, brjalan sorg2 dmalam hr utk mgambil kereta), pertikaian mc, disuruh hantar brg ke luar dan mengangkat brg berat (tdk diberi parking access n sy parking jauh spaya x dknakan saman), mmbuat kerja bkn dlm job description, slalu dimarahi ats bkn ksilapan sy, bos slalu mghntr wasap berkenaan kerja semasa cuti (ahad) dan diluar waktu kerja (7pm – 8am), perlu patuh pd arahan n tdk dbnarkan ad sbrang prtikaian atau bantahan, claim yg lambat(sehingga kini sy masih belum menerima claim utk bulan 11, 12 n 1), selalu diugut, tdk mmbenarkan sy brkawan dgn employee yg len(lain department), dtmpatkan pengawasan 5 bos (dimana sy menerima kerja/ arahan dr mereka. Msg2 suruh sy mmbuat kerja dgn menyuruh sy mmberikan priority kpd mereka – kdg2 kerja yg diberi serentak, jd sy susah utk mnyiapkan yg mana satu dahulu), diganggu ketika AL, EL dan mc dn sbgainya)
    2. Bon yg berat sebelah dimana tdk dberikan training, tdk djnjikan kenaikan gaji stelah bon tamat, notis brhenti setelah bon tamat adalah 3bulan (tiada dlm bon, hnya dlm t n c), jika berhenti tdak blh berkerja dgn pesaing, partner atau apa2 cmpany yg sama bidang dgn cmpany skrg slama 1tahun

    Apa yang perlu saya buat untuk berhenti kerana apabila sy tny kpada phak mereka, mereka mengarahkan sy membayar RM10,000 wlpn sy sudah bekrja 1thun lebih. Mohon bantu kerana saya sudah tidak tahan bekerja disini. Terima kasih

    1. Saudari, saya syorkan saudari buat temujanji utk berjumpa dgn pegawai JTK berhampiran. Mohon cuti dr syarikat (tapi jgn bgtau nak jumpa JTK). Bawa bersama segala dokumen yg relevan (kontrak kerja, company handbook jika ada, dll), senaraikan masalah2 di tpt kerja & Insyallah, pihak JTK akan dpt membantu anda utk bhenti kerja dgn baik. Tenangkan fikiran ya.

  5. Saya dah 3 tahun kerja di jabatan badan berkanun secara sambilan start dr 2015 hingga lah pada 31hb 12. 2017saya dapat Surat Tamar kontrak pada 31hb 12.2017 Serta merta drp jabatan tersebut atas sebab result spm sy x memuaskan. Saya jadi buntu + marah SBB diperlakukan sedemikian rupa. Sepatutnya diaorang knelah maklumkan lebih awal tentang in. Sekurang2nya saga boleh cari kerja Lain. Betulkah tindakan diorang terhadap saya? Mohon komen, saya jd sakit hati jgak.

    1. Saudara, Akta Kerja hanya terpakai kepada pekerja di sektor swasta. Hak pekerja di badan berkanun adalah berdasarkan kontrak yang ditandatangani. Hak pekerja sambilan tidak sama dgn hak pekerja tetap. Saya syorkan anda rujuk semula kontrak anda untuk kepastian tentang hak anda.

  6. saya habis kontrak pada 1/1/2018 nanti.. Boleh kah saya berhenti kerja setelah habis kontrak? Tetapi majikan saya mahu saya bayar pampasan selama 6 bulan kerana di dalam kontrak saya kena buat resign letter untuk notice 6 bulan. Tetapi adakah saya masih perlu membuat resign letter walaupun kontrak saya habis nanti? Tambahan lagi saya akan berkawin january nanti dan terpaksa ikut suami pindah ke tempat lain.

    1. Notis adalah utk penamatan kontrak semasa ia masih berkuatkuasa. Apabila kontrak telah tamat, puan tidak perlu menyerahkan notis krn hubungan majikan-pekerja telah tiada kecuali jika terma kontrak menyatakan sebaliknya. Jika majikan berkeras meminta puan membayar pampasan, sila lapor ke JTK.

  7. Salam,
    1-Adakah pekerja perlu diberikan notis (8minggu) dari majikan sebelum tamatnya tempoh kontrak yang tetap (fixed period)?
    2-Selepas tamat tempoh kontrak yang tetap (fixed period),adakah majikan masih boleh menggunakan khidmat pekerja tersebut walaupun tanpa pembaharuan penyambungan kontrak?

    1. Waalaikumsalam,
      Jawapan.
      1. 8 minggu notis Jika pekerja sudah berkerja lima tahun atau lebih.
      2. Sebaik baiknya jangan guna kerana bersihat (malafide) ‘berniat buruk’, Jika nak guna Sebaiknya majikan “renewal contract”.

    2. Waalaikumsalam tuan, ini pdpt saya:
      1. Majikan x perlu bagi notis 8 minggu kecuali jika ia dinyatakan dlm terma kontrak perkhidmatan. Walau bagaimanapun, lebih baik bagi notis agar pekerja itu blh buat persiapan utk cari kerja lain.
      2. Majikan blh berbuat demikian sekiranya pekerja setuju utk terus bekerja tanpa kontrak baru, dan gaji serta faedah diteruskan. Namun begitu, kalau ia berterusan utk tempoh yg lama, blh membangkitkan legitimate expectation yg pekerja tersebut adalah pekerja tetap (permanent staff).

  8. Salam,

    Mohon penjelasan pekerja tersebut bekerja di bawah tempoh percubaan selama 6 bulan.

    Suatu kemalangan jalan raya berlaku pada pekerja tersebut pada bulan ke 3 semasa pulang dari tempat kerja dan mendapat cuti sakit selama 3 bulan akibat patah di bahagian tangan kanan.

    Pihak majikan ingin menamatkan contract pekerja tersebut selepas tamat tempoh percubaan dengan alasan prestasi kurang memuaskan tanpa menerima sebarang surat amaran sebelumnya.

    Persoalannya,

    Bolehkan majikan menamatkan contract tersebut dengan memberi sehelai ‘termination letter under not peforming’?

    Bolehkan pekerja tersebut mendapat pampasan sebab diberhentikan ketika cuti sakit sedang berjalan dan tanpa memberi sebarang alasan atau bukti yg menyatakan prestasi pekerja tersebut tidak memuaskan?

    1. 1. Kontrak blh ditamatkan, tetapi bkn atas alasan tersebut dan mesti mengikut prosedur yg betul. Jika majikan ingin menggunakan alasan ‘non-performing’ ia perlu dibuktikan dahulu.
      2. Pampasan adalah atas budibicara majikan dan bergantung kpd terma kontrak. Tuan blh menghubungi pihak JTK utk membantu tuan sekiranya majikan berkeras utk menamatkan perkhidmatan tuan & enggan membayar sebarang pampasan.

  9. Tuan, saya nk tny, suami saya telah diberi notis 2 bulan. Bila argue dgn majikan, dia kata prestasi tidak memuaskan. Bg saya tidak adil sebab selama tempoh bekerja, majikan tidak maklumkan secara personal ttg prestasi. Hanya dalam meeting sahaja. Itupun tidak menyeluruh.

    1. Penamatan Kontrak kerana Prestasi kurang memuaskan boleh berlaku dan disebut (poor performance). Tapi pihak majikan perlulah melalui proses yg betul iaitu disebut (IREKA PRINCIPLE) dengan 3 kaedah (1 Majikan perlu tahu apa kelemahan pekerja & maklumkan kepada pekerja, 2 APA Usaha majikan utk tingkatkan PRESTASI pekerja itu, 3 Bagaimana majikan menilai PRESTASI pekerja setelah diberi bantuan utk meningkatkan PRESTASI pekerja itu) Jika ini tidak berlaku kepada SUAMI puan, maka suami puan boleh melaporkan hal ini kepada JPP kerana majikan telah melakukan kesalahan yang disebut (Constructive Dismissal).

  10. Tuan saya ingin bertanya, saya baru bekerja sebulan dan telah menandatangani kontrak selama 3 bulan. Baru-baru ini saya telah menghantar notis sebulan kepada syarikat dan telah dipersetujui. Namun, baru-baru ini saya ingin berhenti lebih awal dari tempoh notis sebulan yang diberikan. Dalam terma kontrak, saya tidak boleh mendedahkan maklumat syarikat kepada pihak lain (jika langgar dissmiss secara automatik). Merujuk kepada terma tersebut, pihak syarikat tidak menyediakan workstation sepatutnya kepada jurutera yang membuat kerja2 design menggunakan komputer riba ahli keluarga (maklumat telah didedahkan secara tidak langsung kerana berkongsi komputer riba sesama ahli keluarga). Adakah pihak syarikat masih boleh menuntut gantirugi sebulan gaji?

  11. salam tuan. sy baru 3 bulan kerja dan kontrak yg sy sign adalah utk setahun tanpa sebarang benefits. hanya basic sahaja rm2000 dan ptongan epf/socso. memandangkan ini adalah first time sy kerja, jadi sy mcm teruja sgt and tak berapa ariflah tentang kesan terikat dgn kontrak etc, so sy setuju jelah. pusat bahasa ni tak besar, tp sy tak di beritahu yg sy boleh ikat kontrak minimum slama 3bulan dan bila masuk kerja cuma tinggal sy seorang guru fulltime yg tinggal. yg lain semua part time tp tu pun semua dh beransur nak habis kontrak since semua amik kontrak 3bulan. yelah sbb sy naif sgt kan terus je setuju masa tu. sy pun tak d beritahu sy kena ajar semua subjek since tinggal sy sorang cikgu fulltime.
    persoalannya, first, kalau sy bg surat resign sy kena byr denda 2bulan gaji, means rm4000 sbb dh tulis kt kontrak. tp management pusat bahasa ni mmg tak elok, even students semua complaint dkt sy. boleh ke sy bg surat resign tanpa byr denda dgn alasan sbb company ni mmg teruk? sy rasa tertipu sgt.
    secondly, mcm sy bg mc tp dia kira unpaid leave jugak tu mcmana? sbb sy belum considered as permanent ke? habis nk tunggu setahun bru permanent ke? ada ke law yg macam tu? mohon penjelasan tuan. terima kasih

  12. Saya nak tanya..kalau contract saya da nak tamat & saya juga nak tamatkan contract tu sehingga masanya mengikut contract perlu ke saya mengeluarkan surat menyatakan tak nak sambung lagi? padahal saya akan tamatkan mgikut perjanjian yg bertulis & bersain.
    terima kasih

  13. salam
    sya kerja dalam tempoh pcubaan.tp sudah kerja 6 bulan masih belum diserapkan pekerja tetap krn kerja kurang memuaskan.
    masalah sya telah di berhentikan kerja secara tiba2 dengan notis majikan.
    apa perlu sya buat krn belum jumpa kerja baru.

  14. Salam tuan.

    Rakan sy telah diarahkan untuk membuat surat tunjuk sebab atas kesalahan memberi mc palsu..dan telah mengaku akan kesalahn tersebut..pihak syarikat telah memaksa beliau untuk membuat surat perletakan jawatan serta merta..soalan sy..adakah tindakan pihak syarikat ini betul?

  15. Salam Tuan/Puan .Saya ingin bertanyakan mengenai kontrak perkhimatan saya sebagai
    Juruteknik Gas disebuah syarikat swasta . Saya diambil kerja sebab
    syarikat saya telah mendapat kontrak perniagan dari Kilang swasta
    selama 3 tahun (Tamat 30 Jun 2017) . Akan tetapi , Kilang swasta
    tersebut menamatkan perkhidmatan setahun lebih awal dari perjanjian
    kontrak . Dalam surat “Offer latter” saya , tempoh perkhidmatan saya
    adalah 3 tahun (Tamat 30 Jun 2017) . Disebabkan Kilang Swasta
    menamatkan perkhidmatan setahun lebih awal , apakah saya layak
    mendapat pampasan ataupun faedah dari syarikat saya ?
    Harap Tuan/Puan dapat menjelaskn persoalan saya ini . Terima Kasih .

  16. kalau saya tidak mempunyaikontrak dari awal saya kerja dan saya bagi notis 24 jam. Adakah ia mendatangkan apa-apa kesan kepada saya atau majikan? atau dikenakan saman?

    1. Bila anda sudah bermula kerja, maka sudah wujud kontrak antara anda dan majikan. Yang tidak ada cuma kontrak bertulis.
      Oleh itu, tidak boleh berhenti dengan notis 24 jam.

      1. Kalau saya berhenti 24 jam disebabkan mendapat kerja baru yang lebih baik macam mana tu ya? lagi satu bos saya pernah janji untuk memberi kenaikan gaji tetapi sampai sekarang tiada kenaikan langsung. Saya juga tidak mempunyai potongan KWSP dan Socso selama 7 bulan kerja.

  17. salam…
    saya terlah bekerja dengan kontrak dari 23/10/2012 – 22/10/2015 (3 tahun). Apabila taman kontrak, syarikat tidak mengeluarkan apa-apa kontrak baharu walaupon saya memintanya atas isu masalah dalaman. Namun saya terus bekerja dan menerima gaji. Tetapi baru-baru ini saya menerima surat tamat kontrak bertarikh 23/6/2016 yang menyatakan saya akan tamat perkhidmatan pada 30/6/2016. Saya rasa terkejut dan tidak adil kerana notis ini jangka pendek dan saya tidak sempat mencari kerja lain.
    Adakah saya berhak menuntut apa-apa dari pihak majikan??
    Saya rasakan diri saya seperti dianayai.

  18. Askum…,saya berkerja sbgai service advisor disebuah pusat service kenderaan.. saya baru sahaja diberhentikan keja..tetapi tarikh peggantungan kerja saya sejak 23march2016 selama 2minggu dan bila saya update semula diberitahu oleh majikan sya bahawa tarikh peggantungan dilajakkan lagisehingga diberitahu atau tiada surat extend tarikh peggantungan saya..dan pada 26mei2016 sya menerima surat berhenti dri majikan..adakah sya berhak untuk mentut apa-apa hak dri majikan saya

    1. Ia bergantung kepada apa kesalahan anda dan bagaimana prosedur tindakan tatatertib itu dilaksanakan. Cuba berbincang dengan kaunselor di Jabatan Tenaga Kerja untuk atau Jabatan Perhubungan Perusahaan untuk membuat tindakan lanjut.

  19. saya masih ada kontrak sehingga ogos tahun ini, tetapi telah di berhentikan keja pada hujung mei dgn notis selama 1 minggu…sedangkan dalam kontrak..notis yg di tulis adalah selama sebulan..adakah saya berhak utk menuntut kepada majikan saya?

  20. as,kum…saya ingin bertanya,saya bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah hotel swasta di lumut perak,kami lebih kurang ada 12 org pengawal keselamatan,tetapi hotel itu telah membubarkan deptment security secara mengejut dan kami hnya diberikan masa selama 5 hari untuk diserapkan ke deptment yg lain,jika kami tidak sesuai dengan deptment lain bermakna kami harus berhenti,

  21. Maklumat penamatan juga di beri secara lisan dan kurang 7 hari.. apa yang perlu saya lakukan?
    adakah benar tindakan majikan saya ini?

    Mohon pencerahan

  22. Saya ingin bertanya, Saya punya kontrak dengan satu syarikat. Tetapi perlu jalani tempoh probation selama 6 bulan. lalu di bulan yang ke 2 probasi, saya ditamatkan perkhidmatan atas alasan penstrukturan semula.

    soalannya apa hak saya?

  23. Assalamualaikum tuan..

    Sy ingin bertanya dan meminta pandangan tuan..
    Mcmni, tempat kerja sy telah menawarkan kontrak kerja 5 bulan kepada sy dan sy telah bersetuju menerima nya.. Namun demikian selepas 5 bulan kontrak kerja ini akan tamat, adakah sy masih perlu membuat dan menghantar “Surat Pemberitahuan” yang kontrak sy akan tamat dan sy tidak berhasrat untuk terus berkerja..? Atau sy tidak perlu membuat dan menghantar apa2 surat pemberitahuan dan hanya tunggu kontrak kerja tamat..?

    Terima kasih byk di atas jasa baik tuan..

  24. adakah perkerja yang tidak disambung kontrak kerja setelah sepuluh tahun berkhidmat tanpa henti boleh menuntut apa pampasan atau ganjaran dari majikan

  25. Dalam keadaan apakah majikan yang boleh dibenarkan oleh undang-undang yang ia hanya perlu membayar 3 bulan gaji kepada pekerja apabila menamatkan perkhidmatan pekerjaan pekerjanya?

  26. bolehkah ada 2 kontrak dalam satu masa?maksud nya saya da kontrak dalam tempoh tertentu, tp belum kontrak itu tamat diberikan 1 lagi kontrak dalam tempoh baru tanpa memberi notice of termination to kontrak lama.

  27. kalau pekerja serahkan notis berhenti kerja 24 jam ,atas alasan mendpt twaran pekerjaan baru,
    adakah majikan boleh ambil tindakan? cth: tidak mmbayar gji bulan brikutnya @ meminta pkerja mmbayar gnti rugi.

  28. salam,
    saya ingin betanya kes saya ni, saya baru masuk keje pada 1 oktober 2014. saya diterima bekerja sebagai event executive & sepatutnya ditempatkan di pejabat lain tetapi selama tempoh percubaan saya ditempatkan di bahagian HR yg sememangnya saya tiada pengalaman. selama tempoh tersebut saya hanya diberikan kerja2 HR ( menaip surat je). saya sudah bertanya bila saya akan masuk ke department yg sepatutnya dijanjikan mulut bulan november. lepas tu disember .. lepas tu januari ..pada 12hb disember 2014 saya menerima surat warning yg pertama kerana kedatangan mengecewakan( kerana rasa diri dipermainkan menyebabkan semangat keje jatuh) ) & pada 22hb saya menerima surat diberhentikan pada 31 disember 2014 bertarikh 19hb disember 2014. kes saya ini boleh dirujuk ke jabatan buruh atau tidak?sekadar bertanya.diharap tuan dapat membantu

    1. Anda boleh cuba rujuk JTK utk kes anda. Bawa dokumen berkaitan termasuk offer letter, warning letter dan juga surat penamatan kontrak kerja. Terima kasih.

      Saya tidak boleh berikan jawapan yg pasti tanpa kenal pasti semua maklumat berkaitan.

  29. Saya telah menghantar surat berhenti kerja pada 31/10/2014. Tetapi, verbally surat berhenti saya tidak diterima. Pada 20/11/2014, saya menerima surat yang memberitahu, tarikh berhenti saya akan dimaklumkan, dengan syarat saya telah menyelesaikan tugasan yang dikehendaki. Tugasan tidak dinyatakan dengan jelas dan ada menyentuh berkaitan handover kepada staff baru. Tetapi tidak dinyatakan sehingga staff baru faham semua kerja yang akan dia lakukan. Tugasan yang diberikan telah saya selesaikan (tugasan berkaitan dengan kes polis-salah laku, saya adalah saksi). handover didalam process. Since saya dah siapkan tugasan dan handover telah dijalan, adakah saya boleh berhenti atau query kepada pihak HR berkenaan dengan pemberhentian saya? Kerana sampai hari ini (8/12/14) masih tidak dapat dipastikan status saya, sedangkan saya akan mula kerja ditempat yang baru tidak lama lagi. Harap dapat tolong jelaskan. Thanks.

    1. Notis bermula selepas komunikasi efektif iaitu selepas surat notis diserahkan pada majikan. Majikan tiada hak utk menahan pekerja melebihi dari tempoh notis. Selepas notis tamat, maka kontrak adalah tamat juga dan pekerja ada bebas utk berkerja di tempat lain.

  30. Saya baru sahaja dibuang kerja 2 bulan lepas selepas Domestic Inquiry dijalankan dengan notice 24 jam.saya telah bekerja disyarikat tersebut selama 5 tahun.Saya cuma mendapat basic tanpa sebarang pampasan yang lain.Cuti tahunan juga tidak dibayar 1 sen pun.jumlah cuti tahunan saya sebanyak 14 hari tidak dibayar.Boleh ke saya menuntut sebarang pampasan dan cuti tahunan dari pihak syarikat lama kerana saya menghadapi kesukaran dalam kewangan setelah dibuang kerja.

    1. Sekiranya anda ditamatkan perkhidmatan menerusi Domestic Inquiry, maka pastinya ia adalah atas alasan ‘salah laku’. Untuk mendapat sebarang pampasan/diambil kembali ke dalam perkhidmatan, maka perlukan bantuan peguam untuk mencabar kesahihan DI yang dibuat.

  31. Salam. Saya baru kerja sebulan. Lepas tu sebab saya minta cuti hari isnin sebab xsihat dan saya whatsapp boss pada hari ahad lepas dan boss memang dah tau dan whatsapp ni memang usual mode of communication kami. petang isnin 24/11 tu boss saya terus hantar termination letter petang tu. 24hours notice. Saya xpernah minta cuti selama tempoh saya bekerja. Sebab saya diberhentikan sebab boss cakap saya terlalu “playful” dan muda (23 y/o fresh graduate) walaupun kerja saya buat semua dan dengan baik berbanding pekerja2 yang lebih tua. HR ada bagi email bagitahu yang gaji akan di masukkan pada 28hb. Kawan sekerja yang lain dah dapat gaji saya belum lagi.

    Clause 11 dalam letter of employment mengatakan :

    11. NOTICE OF TERMINATION
    During probation, either party may terminate this contract at any time by giving the other 1 month in writing or by the payment of any equivalent salary in lieu of notice, with necessity of assigning any reason whatsoever.
    After confirmation, the period of notice will 2 months on either side. If the Company gives notice it may pay salary in lieu of all or part of the notice period. The foregoing is without prejudice to our rights summarily to dismiss you for any cause which justifies such dismissal in which event you will not be entitled either to any notice and/or to any salary in lieu of notice period.

    Saya cuma hendak pastikan yang saya berhak mendapat gaji sebulan sebagai ganti notis serta merta ini kan sebab saya masih dalam tempoh percubaan? Kalau x ni dah jadi unfair dismissal. Adakah sebab yang diberikan tu merupakan a valid ground untuk pemberhentian kerja. Minta tolong terangkan. Terima kasih

    1. Berdasarkan terma di atas, YA, anda berhak pada 1 bulan gaji lieu of notice 1 bulan yg sepatutnya di berikan oleh majikan. Plus, anda boleh pertikaikan alasan di beri kerana “misconduct” perlu dibuktikan dengan prosedur inquiry.
      Mohon bantuan Jabatan Tenaga Kerja berdekatan untuk hal ini. Ia perlu dibuat segera bagi tuntutan atas sebab pembuangan kerja. Terima kasih.

  32. Hi, saya nak tanya. Saya baru kerja sebulan lebih (masih under probation), tapi bhenti dengan memberi 24hours notice. Dlm kontrak tidak mengatakan pekerja under probation perlu bagi notis bhenti dlm masa tertentu, hanya mengatakan pkerja tetap harus memberi notis 2 bulan jika ingin resign. Gaji pertama saya yang dibayar suda kena potongan socso dan epf, tetapi saya semak akaun efp, majikan belum membayar potongan itu.
    Selepas memberi notis bhenti 24jam, majikan mengugut untuk lapor saya pada JTK. Saya ingin tahu, pkerja yg masih under 3months probation boleh bagi notis bhenti 24jam tak? Majikan memang x bagus.

  33. Mcm mne lau kne buang tnpe notis n sy pon x tau ape reason sy d buang….. ape patot sy buat… contrak kne 3 bulan salah satu

  34. saya ingin bertanya. jika diberhentikan kerja kerana hasutan pekerja dan fintah pekerja lain (ada pekerja yang tak suka perubahan yang dibuat), jadi pekerja ini menghasut majikan dengan cerita cerita pembohongan supaya pekerja tersebut diberhentikan kerja. Majikan yang bodoh ini termakan hasutan. Apakah hak pekerja tersebut dan apakah saman yang boleh difailkan kepada majikan tersebut.

    1. Soal samada majikan termakan hasutan tu tidak relevan. Yang penting hanyalah samada pemecatan itu mengikut prosedur.
      Anda perlu berhubung dengan JTK bagi mendapat nasihat lanjut dan bawa dokumen berkaitan utk mereka mengkaji kes anda.

  35. Salam,

    Sy ingin bertanya.. Sy telah mengalami kemalangan ditempat kerja yg mengakibatkan sy kehilangan ibu jari kanan.. Selepas dr kejadian itu sy sering mengambil cuti sakit akibat trauma sakit yg sy alami.. Setelah berkali2 cuti sakit diberikan.. Majikan telah membekukan sijil cuti sakit sy dr mana2 klinik dgn alasan cuti sakit meragukan walau mempunyai rekod hadir di klinik panel.. Pd bulan lepas sy telah mengemukakan permohonan cuti tanpa gaji selama 3hari kerana terlalu sakit tanpa mengetahui ianya telah ditolak.. Sy kembali bekerja pada hari rabu.. Dan sy telah dipanggil oleh pihak majikan.. Setelah berbincang, sy telah digantung kerja selama 2mggu tanpa diberikan notis/ surat.. Setelah tamat tempoh.. Sy melapor diri dan Sekali lagi sy digantung selama 1minggu dgn alasan masih tiada kata putus dilakukan oleh pihak majikan.. Apakah hak sy sebagai pekerja? Apa yg perlu sy lakukan.. Perlukah sy memanjangkan hal ini ke jtk??

    1. W’salam,

      Ada boleh cuba mohon nasihat dari JTK dengan membawa dokumen berkaitan kepada mereka. Mungkin ada prosedur yg majikan anda terlepas pandang. Walaupun saya simpati dengan masaalah anda, namun suka saya ingatkan bahawa sesuatu sykt itu adalah organisasi berlandaskan keuntungan, maka mereka akan cuba dapatkan se optima yg boleh dari pekerja mereka. Selepas selesai masalaah anda dengan majikan nanti, saya nasihatkan anda berusaha juga mengatasi masaalah peribadi seperti sakit yg kerap ya. Dapatkan bantuan doktor pakar, jika perlu. Terima kasih.

  36. salam,sy nk tnye sy dh bekerja sebulan tp sy brhenti dgn memberi notis 24 jam kpd majikan sy..dalam kontrak sy mesti memberi notis 2 minggu. Selain dr sy perlu membayar nilai notis 2 minggu gaji pada majikan, ada potensi x nama saya di ‘blaklist’ di pejabat buruh?

    1. Pejabat buruh tak ada buat senarai hitam pada mana2 pekerja.
      Cuma pekerja yg bermasaalah dgn majikannya, bila apply kerja tempat lain tak akan dapat sokongan dari majikan tersebut.

  37. Assalamualaikum Tuan,

    Saya baru sahaja menghantar notis 3 bulan berhenti kerja kepada majikan saya dan meminta supaya supaya majikan melepaskan saya lebih awal. Disebabkan itu, majikan saya telah mengarahkan saya supaya meninggalkan office pada hari notis itu dihantar dan memulangkan semua peralatan office. Majikan saya juga enggan membayar gaji bulan ini termasuk cuti yang terkumpul. Mengikut kontrak yang dipersetujui, saya perlu menghantar notis 3 bulan sekiranya hendak berhenti dan saya telah pun berbuat demikian. Tetapi sebaliknya pihak majikan yang menyuruh saya meninggalkan office tanpa notis dan enggan membayar gaji saya. Kemudian bila saya meminta majikan untuk membayar gaji saya, pihak majikan menyuruh saya kembali bekerja semula tetapi saya enggan kerana telah mendapat majikan yang baru. Apakah yang perlu saya lakukan supaya saya mendapat semula gaji yang tidak dibayar majikan?

    1. W’salam,

      Sebarang aduan dan tindakan lanjut berkaitan dengan gaji perlu di adukan pada Jabatan Tenaga Kerja berdekatan. Jika majikan tleh waive notis yang perlu diberikan, maka gaji yang belum dibayar hendaklah dijelaskan seberapa segera. Minta JTK hubungi majikan anda bagi mendapatkan baki gaji tertunggak. Terima kasih.

  38. Salam, sy ingin bertanya di mana sy mempunyai mslh apabila majikan sy enggan membayar gaji. Kebiasaan nya jikalau staf resign gaji akan dibyar lewat semggu atau lbh dan gaji akan dikira sehingga hari terakhir berkhidmat. Sy telah menghantar notis 2 mggu bermula pada 20.9.2014 sehingga 4.10.2014. Dan PM received notis tersebut pada 23.9.2014. Disebabkan sudah terlalu lewat untuk terima gaji dan membyar hutang bulanan (kereta & loan), pada 13.10.2014 sy telah menelefon pihak HQ utk mengetahui status gaji sy dan HQ memberitahu gaji sy telah ditahan oleh Project Manager supaya tidak dibyr. Pada 14.10.2014 sy telah menelefon PM sy untuk mengetahui sbb gaji sy ditahan dan dia memberi alasan supaya dtg site semula selesaikan kerja2 dan handover kpdnya. Sedangkan kerja2 yg sy bt sy telah handover kpd supervisor2 lain. Malah dia tetap tidak mahu bayar gaji sy selagi sy tidak dtg site itu sedangkan skrg sy telah bekerja di company lain. Bt pengetahuan saudara, sy telah bekerja di syarikat tersebut selama satu tahun tanpa kenaikan gaji dan bayaran OT tidak pnah dibyr, malah sy tidak pernah pertikaikan. Adakah patut sy membuat Aduan di Pejabat Tenaga Kerja. Dan adakah sy akan mendapat pembelaan sekiranye kes ini di aduakn? Sekian, Terima kasih….

  39. salam,sy nk tnye sy dh bekerja sebulan tp sy brhenti dgn memberi notis 24 jam kpd majikan sy..dalam kontrak sy mesti memberi notis 2 minggu..adakah sy masih boleh mendapatkan gaji sy..untuk pengetahuan sy belum menandatangani sebarang kontrak..

    1. W’salam Yana,

      Anda bukan sahaja tidak boleh dapatkan gaji tetapi perlu juga membayar nilai notis tersebut (2 minggu) gaji pada majikan, kecuali jika majikan bermurah hati untuk lepaskan anda begitu sahaja.

  40. Sy ada sebuah kedai di shopping mall, sy mengambil pekerja yg bekerja tidak sampai 1 tahun.. Dia mempunyai masalah disiplin dimana cuti tidak maklum kpd majikan dan sy sering menerima aduan daripada pelanggan bahawa beliau sering marah dan tidak melayan pelanggan.. Sudah dinasihatkan tetapi masih berdegil..patutkah sy memberi notis kepada beliau?

    1. Sebaiknya ada beri amaran bertulis dan memberitahu kesalahan dalam surat itu. Jika dia masih tidak berubah, berikan satu amaran terakhir sebelum menamatkan kontraknya. Ia lebih baik dan selamat. Ingat, nyatakan dengan jelas kesalahannya dan bagitahu kesan jika dia tidak mematuhi arahan anda.

  41. Salam sejahtera. Saye mahu mintak pandangan. Istri saya berkerja dalam kontrak tetepi kontrak iTu ditulis kontrak latihan. Selama 5 tahun dan akan tamat pada 21hb oktober ini. Semase dalam kerja istri saya terpakse berpindah pindah mgikut kehendak majikan dia setiap cawangan. Sekarang istri saya sedang cuti bersalin anak pertama. Majikan mula memujuk untuk sambung kontrak. Tetapi istri saya bekenan mahu berhenti. Berikutan iTu majikan Telah menahan gaji cuti bersalin tersebut. Dan sekarang timbul lagi Satu perkare baru. Majikan menyuruh istri saya memberi notice berhenti 3 bulan selepas kontrak habis. Jika tidak mahu, istri saya terpakse berkerja 1 bulan lagi tangan gaji. Gaji cuti bersalin dua bulan dan kerja tangan gaji sebulan sebagai pampasan majikan. Mohon pihak tuan beri tunjuk ajar. Terime kasih

    1. Salam Shamsuri,

      Memandangkan isteri anda punyai kontrak bertulis, sebaiknya anda bawa ke Jabatan Tenaga Kerja atau peguam IR untuk bantuan terjemahan. Majikan tidak boleh berbuat sesuka hati terutamanya bila wujud kontrak bertulis yang menyatakan terma-terma pekerjaan.

  42. sy nak tanya berkenaan notis. sy pensyarah sebuah ipts dah berstatus tetap pada lantikan tetap telah dinyatakan tempoh notis berhenti kerja adalah sebulan. baru2 ni ipts itu telah mengubah notis utk pekerja tetap dan kontrak kepada 6 bulan notis dan 6 bulan gji jika gagal bg notis. minta pandangan adakah syarat baru ini boleh diguna pakai. sbb staf bukan pensyarah masih sama iaitu tetap sebulan notis yg kontrak 3 bulan notis. kami rasa tindakan ini tidak wajar dan berat sebelah. kami berhak memilih laluan kerjaya kami.

    1. Untuk sesuatu terma itu diubah, perlu ada persetujuan ke dua-dua belah pihak baru ia menjadi effektif. Oleh itu, IPTS tempat anda bekerja perlu mengeluarkan kontrak dengan terma baru atau surat yang mengubah terma kontrak tersebut kepada pekerja-pekerja dan ini hendaklah dipersetujui oleh pekerja dgn menandatangani kontrak baru tersebut.

      1. tp perubahan yg dibuat xmengambil kira persetujuan pihak kami. dan dikatakan berkuatkuasa serta merta. katakanla sekiranya sy ingin berhenti dgn memberi notis sebulan adakah pihak ipts boleh mengambil tindakan undang2. memandangkan polisi baru yg diwujudkan tiada persetujuan pihak kami. sekiranya perkara ini dibawa ke jabatan tenaga kerja apakah yg akan berlaku

        1. Penamatan kontrak adalah perkara asas juga dalam kontrak. Jika ia telah dipersetujui dalam kontrak asal, maka sebarang perubahan hendaklah dengan persetujuan bersama.

          Bagi saya, terma asal masih berkuatkuasa jika anda tidak memberi persetujuan pada terma baru. Untuk nasihat yg lebih baik lagi, bawa dokumen2 berkaitan kepada peguam atau kaunselor JTK untuk ditafsirkan.

          Terima kasih.

  43. Salam, saya ada pertanyaan berkaintan dengan notis penamatan perkhidmatan ini. Saya telah menghantar surat resign semasa dalam tempoh cuti bersalin.Berdasarkan t&c syarikat tidak dinyatakan bahawa staff tidak boleh resign semasa dalam tempoh cuti bersalin. Namun apabila saya rujuk kpd pihak HR syarikat, mereka menyatakan bahawa satff kena hadir bekerja dahulu baru surat tersebut boleh dihantar. Mohon pandangan tuan jika kes seperti ini tertakluk kpd akta2 tertentu.
    Tq

    1. Berdasarkan Akta Kerja 1955, pekerja boleh berhenti “PADA BILA-BILA MASA” (at any time) dan ini termasuk dalam tempoh cuti bersalin. (Lihat artikel dan rujuk di atas Seksyen 12).

      1. Assalamualikum bang

        Saya telah melakukan kesalahan besar tapi show of latel saya dibagi lebih dari 3 bln dari hari kejadian, ada org kata x boleh lebib dari 3 bln, then yg saya pelik saya dah prgi pej buruh dia kata x ada tempoh pulak so betul x prj buruh kata atau takut pgwi yg saya ckp tu x tahu

  44. Assalam tuan..
    Sy baru bkerja selama sebulan lebih dan smlm sy telah diberitahu oleb bos bahawa sy diberhentikan kerja mulai 16hb ogos ni..pemberhntian kerja sy pula xda sbb yg kukuh..sy minta surat salinan offer letter dan sury tunjuk sbb diberhentikan kerja, namun pihak HR beritahu bahawa pekerja yg belum comfirm lg xlayak dpt offer letter..mohon penjelasan pihak tuan mengenai offer letter dan layak kah sy mmbuat aduan dipejabat buruh termasuk lah utk aduan x dibayar gaji cuti am hari raya dan kadar bayaran OT x mengikut kadar minimum

  45. salam tuan, saya bekerja d construction site sbagai architectural supervisor, dlm msa sebulan, sya di tugaskan utk mgambil alih kerja sbagai c&s supervisor tetapi masih lagi disuruh membuat kerja architectural supervisor. pihak pengurusan tidaj berpuas hati dan menukarkan saya kepada logistic supervisor..dan pada 1hb ogos saya telah diberi notis pemberhentian kerja…atas alasan tidak berkelayakan menjadi supervisor..ada ka saya boleh membawa hal ini ke jabatan buruh atau sebalik nya?

    1. Ya boleh. Dapatkan bantuan kaunselor mereka untuk melihat samada ada prosedur yang tidak diikuti. JTK akan menyiasat kes ini sebelum membuat apa-apa tindakan. Sebarang aduan perlu dibuat dengan segera selepas pemecatan.

  46. Assalamualaikum Encik..

    Saya dikat oleh satu syarikat selama 4 tahun..Jika saya hendak keluar dalam masa 4 tahun saya dikehendaki membayar RM100 000. Pembayaran saya disebabkan latihan selama 2 bulan setengah.
    Saya ingin berhenti kerja kerana tidak tahan dengan keadaan kerja

    Soalan saya bagaimana saya hendak berhenti tanpa dibayar?

    1. Anda perlu rujuk kontrak dan lihat terma berkaitan penamatan kontrak. Pasti ada dinyatakan. Anda boleh bawa kontrak ke JTK atau peguam untuk bantuan tafsiran/legal opinion.

  47. Assalamualaikum
    Tanya…sy telah mengeluarkan notis pemberhentian kerja selama 2 mgu tetapi kontrak sy menyatakan notis adalah 2 bulan.

    Memandangkan sy baru bekerja selama 7 bulan. Adakah majikan sy boleh menuntut bayaran notis 2 bulan itu atau 1 bulan sahaja seperti yg dinyatakan diatas?

    1. Kontrak perlu di ikuti. Jika ia sudah menyatakan dua bulan, maka dua bulan lah notis itu. Tempoh notis yang disebut dalam Akta Kerja 1955 cuma di pakai bila terma mengenai notis tidak dinyatakan dalam kontrak.

  48. Salam tuan, saya confuse dengan statement yang menyatakan seseorang pekerja yang diberhentikan perkhidmatan disebabkan masalah displin perlu melalui DI terlebih dahulu. Namun ada yang menyatakan majikan boleh menamatkan perkhidmatan tanpa DI. Hanya perlu buktikan kesalahan tersebut. Saya menghadapi masalah pekerja yang kerap ponteng kerja. Walaupun pelbagai surat amaran telah dikeluarkan namun pekerja tetap berdegil dan melakukan kesalahan yang sama hampir setiap bulan.

  49. Salam ..Saya dah berkeja dalam tldm selama 15 tahun.pada tahun 2012 saya ditimpa kemalangan dengan menggunakan kenderaan tentera.saya dikenakan tindakan
    Tatatertib di masukan tahanan 28 hari.apabila saya buat meyambung ke 18 tahun pemohonan saya di tolak akibat saya kemalangan.saya pning memikirkan nya pada hal saya dah jalani hukuman tapi tetap tak boleh menyambung
    Skemalangan.

  50. soalan saya..sy telah diterime kerja di sebuah kilang dan sy telah menandatangani offer letter pada hari y sama sy melapor diri..ape y terjadi adalah apabila sy terpakse berhenti kerja atas sebab2 tertentu dalam tempon 24jam..jd sy telah menghantar secara emel resign letter sy..sy juga tidak diberikan salinan offer letter setelah sy menandatangani offer letter tersebut..skrg kilang tersebut telah menuntut ganti rugi sebyk sebulan gaji dalam tempoh 14 hari..kmudian sampai surat dari pejabat buruh utk sy menghadiri perbicaraan mahkamah buruh kerana sy tidak membayar ganti rugi tersebut..so ape y ptot sy buat skrg..sy hanya bekerja satu hari..

    1. Walaupun anda cuma bekerja sehari dan belum terima surat perlantikan, namun tindakan anda menerima tawaran dan berkerja satu hari itu membentuk satu kontrak. Memang agak teruk juga majikan tersebut meminta satu bulan gaji dari anda, namun ini adalah satu kesan pemecahan kontrak yg terpaksa anda hadapi. Cuba buat rayuan semasa perbicaraan kes untuk mengurangkan tuntutan kilang tersebut.

  51. Salam tuan . Seorang pekerja syarikat telah ditimpa kemalangan dlm perjalanan pulang ke rumah pada 2011 dan mendapat kecederaan di kepala. Beliau telah mendapat cuti sakit yg berpnjangan dr hospital dan telah tidak dapat menjlnkan kerja seperti biasa sebagai pemandu. Beliau telah mendpt pampasan dari Socso utk semua CTG beliau. Pihak syarikat sehingga kini tidak pernah menghantar surat penamatan perkhidmatan kepada beliau. Persoalannya adakah beliau masih dikira sebagai pekerja syarikat dan berhak mendapat apa juga pampasan jika ditakdirkan beliau meninggal dunia?

    1. Soalan samada dia masih pekerja sykt hendaklah diajukan pada majikannya kerana majikan boleh menamatkan perkhidmatannya atas alasan ‘frustration of contract’ iaitu kontrak tidak dapat diteruskan kerana kondisi nya skrg.
      Soal pampasan pula perlu dirujuk pada beberapa perkara seperti tempoh perkhidmatan, gaji pokok dsb. Untuk nasihat yang lebih sempurna mengenai soal pampasan, saya rasa lebih baik anda rujuk pada kaunselor Jabatan Tenaga Kerja berdekatan. Terima kasih.

  52. Hi, ingin tanya beberapa soalan sini
    Boss saya ingan menamatkan perkhidmatan seorang kerani
    Gaji kerani melebihi RM 2500 dan dia sudah bekerja di sini selama 12 tahun.
    Boss saya membuat keputusan utk baginya 2 bulan masa untuk mencari kerja baru dan bagi sebulan bonus sebagai duit pampasan.
    Jika kerani itu membuat dakwa, adakah boss saya akan didakwa?
    sekian, tq

    1. Boleh saya tahu apakah sebab penamatan kontraknya? Jika ada atas sebab misconduct, maka prosedur biasa seperti memberi peluang pekerja membela diri perlu dibuat. Jika atas sebab redundancy atau terlebih staff, maka notis seperti di atas adalah memadai. Tuntutan di bawah Akta Kerja 1955 tidak terpakai kerana pekerja bergaji RM 2,500 dan tidak dilindungi oleh Akta. Namun perlu dirujuk juga hal seperti:-
      – samada kontrak pekerja ada secara spesifik menyebut soal faedah/pampasan dari penamatan kontrak
      – pernah berlaku (precedent) yg mana sykt membayar pekerja pampasan yang lebih besar sebelum ini. Jika ada ia perlu dipatuhi.

      Untuk rujukan dan maklumat yang lebih lanjut, harap berhubung dengan JTK berdekatan.

        1. Jika atas sbb tersebut, maka pada pendapat saya, it should be ok.
          Untuk pendapat terbaik (utk majikan), majikan boleh rujuk pada Malaysian Employers Federation (MEF). Cuma kos consultation mereka agak mahal juga 😀

          1. Sekadar macam tersebut boss saya dapat buat.
            Terlebih staff & business merosot terpaksa menamatkan seorang kerani. Betul takut dia sue company saja. Kalau sue takut lagi banyak duit pampasan kena bayar

  53. Salam,

    Saya ada pertanyaan di sini. Saya telah bekerja selama setahun, semasa mula-mula sy di terima sy tidak menerima offer letter, malah EPF dan SOCSO juga tiada di bincangkan. Selama setahun saya bekerja, majikan saya langsung tidak mencarum utk sy, walaupun perkara ini dalam pengetahuan beliau. Gaji pokok dan bersih sy adalah RM1000 tanpa ada sebarang elaun tambahan. Pada awal sy bekerja sy pernah bertanya majikan berapa lama notis yg di perlukan jika saya nk berhenti, tapi beliau mengelak utk jwp kerana beliau tiada ‘offer letter’ & ‘confirmation letter’. Saya juga memerlukan penjelasan tentang hak2 pekerja, namun die hanya menjawap ‘nanti kite bincang’. Sehingga kini tiada apa-apa perbincangan. Gaji sy juga tiada kenaikan walaupun sudah setahun sy berkhidmat. Saya tidak pernah membuat sebarang aduan tentang ini, dan jika saya memberikan notis 24 jam setelah menerima gaji adakah sy boleh dikenakan sbrg tindakan?

    1. Saya harap anda tidak terkeliru dengan soal pematuhan Akta dan tanggungan kontrak. Ia dua perkara berbeza dan tidak boleh di campur adukkan.
      Keduanya, kontrak boleh secara lisan dan bertulis dan ia wujud secara implied. Contohnya: A menawarkan anda kerja dengannya dan bersetuju dan dtg ke tempatnya lalu melakukan kerja-kerja yg disuruh. Rujuk artikel mengenai undang2 kontrak dalam blog ini.
      Soal pematuhan Akta melibatkan tanggungjawab2 yg diletakkan oleh peruntukkan2 Akta kepada majikan dan pekerja menerusi statut-statut seperti Akta Kerja 1955, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan sebagainya. Kegagalan mematuhi peruntukkan Akta boleh menyebabkan denda atau penalti dikenakan. Bila berlaku kegagalan dalam pematuan Akta, misalnya wang KWSP tidak di carumkan, maka lapuran perlu di buat kepada KWSP utk tindakan oleh mereka.
      Kegagalan mematuhi Akta tidak bermakna kontrak pekerjaan terbatal. Maka dengan itu pekerja wajib mematuhi terma yg sedia ada. Dalam kes ini, jika notis berhenti kerja yg diperlukan adalah 1 bulan, maka 1 bulan notis perlu diberi.

      Terima kasih.

  54. Assalamualaikum encik,

    Saya ada beberapa persoalan yang ingin ditanyakan kepada encik.

    1. Apakah perbezaan kiraan gaji harian dan gaji bulanan

    2. Cuti sakit termasuk sekali dalam gaji harian atau tidak, maksud saya perlu dibayar atau tidak jika pekerja kemukakan cuti sakit andainya pekerja tersebut menerima gaji harian

    3. Bagaimana pula dengan cuti umum? Layakkah pekerja bergaji harian mendapat cuti umum seperti pekerja bergaji bulanan

    Harap agar encik dapat menjawab setiap kemusykilan saya ini. terima kasih.

  55. assalamualaikum en.

    saya ingin bertanya dimana kawan saya telah diberhentikan kerja dgn notis 24 jam kerana kesalahan disiplin iaitu menyelewang duit syarikat. untuk pengetahuan encik jugak kawan saya ini baru bekerja selama 6 bulan tapi belum confirm lg jawatan. Sebelum diberi notis berhenti majikan telah mengeluarkan surat amaran tunjuk sebab tetapi alasan yang diberikan tidak relevan.kawan sy ini juga telah digantung kerja selama 1 minggu. oleh itu majikan setuju utk terminate. so adakah perlu majikan membayar gaji penuh & termasuk hari beliau digantung kerja. mohon penjelasan dari encik. sekia terima kasih

    1. Ya, gaji bagi mana-mana hari beliau berkerja masih perlu di bayar. Perkhidmatan beliau di tamatkan (terminated) dan kontraknya bukan terbatal dari awal lagi. Jika dia didapati bersalah, maka hari-hari yg dia digantung perkhidmatan tidak perlu di bayar.

  56. sya ingin meminta pandangan tentang msalah sya bru2 ni. sya tlh di byar gaji 3 bln trmsuk pampasan, tmpa surat & tmpa pngtahuan sya sebab2 di tamat kan kerja. sya rsa amat tidak berpuas hati dgn tndakan yg di ambil.

    sya jga ingin betnya adakah layak org yg memgang pasport bekerja sebgi kerani bhgian industrie maksud sya undang2 buruh.

    dan adakah pekerja yg di ambil majikan pasport perladangan & pekerja bwa umur layak bekerja dlm industrie.

    1. 1. Masalah tentang penamatan kerja boleh diadukan pada JTK yang berdekatan.
      2. Pekerja asing yang diberikan pas di bawah industri tertentu tidak boleh bekerja di industri lain. Ia satu kesalahan di bawah undang-undang imigresen negara kita.

  57. Penamatan Kontrak Akibat Pemecatan Kontrak..

    Majikan mengubah terma kontrak dengan memasukkan terma yang berat sebelah tanpa persetujuan pekerja.

    adakah tindakkan majikan salah?..menambah terma supaya tiada siasatan dalaman.jika berlaku kesalahan pekerja terus diberhentikan.

  58. As salam..sy baru terbaca blog saudara yg sngguh membantu ramai yg sering tertindas esp org kecil spti sy..bbrapa soalan n kemusykilan dr sy cuma mahu tahu duduk perkara sbnr kes seperti sy ini..hrp sngt dpt mmbantu menjelskn mana yg tak jelas ya….
    Probation period 6 bln dr tarikh mula kerja 2 July 2012
    Dlm offer letter, sllh satu pihak kena bg notis penamatan 7hari (dlm probation) tp di bwh terma tempoh percubaan pula dlm lttr offer trtulis mana2 pihak boleh menamatkn perkhidmatan dgn notis 24jam secara bertulis.
    Tp dlm manual terma dan syarat perkhidmatan pula, bg yg dlm probation notis 1bulan di perlukan bg mana2 phk yg nk tmatkn khidmtnya….
    Soalan : Yg mana lebih di utamakan dan di gunapakai oleh akta pekerja?
    2. Dlm tmpoh prcubaan, pihk syarikat boleh mnamatkn perkhidmtn 24jam jika TERBUKTI slhlaku dan memberi maklumat palsu semasa memohon pkrjaan.
    Soalan:Dr pmbacaan sy ttg akta pekerja blm ada yg brtnya o huraikan kes memalsukn mklumat ni.
    Kes : Telah mndftr smbng bljr di uni tmpatan taraf dip tp tak ambk last paper final exam.pnh bt semakan bbrapa tahun dulu..diploma digantung n bole dikeluarkn bila last paper tu diambl.disambung semula..eksekutif diploma..tahun 2004.
    HR tlh memberi notis penamatan prkhidmatan 24jam dr trkh srt 8hb Jan 2013 dan CEO mnasihatkn supaya meletak jwtan. 9hb Jan notis perletakan jwtn di beri tp notis penamatan msh di keluarkn.
    Namun stelah di desak slps hmpr sebulan, satu srt penerimaan prletakn jwtn di keluarkn jg trkh 10Jan.
    Soalan :
    1. Tidak dipanggl membela diri or diberi srt tunjuk sebab dan srt amaran malah tidak juga di panggl secara berbincang antra HR,CEO n pekerja.
    HR claim da call phk uni dan dimaklumkn tlh gagal dan di gugurkan dr progm trsebut.
    Boleh kah di bantah tuduhan itu dan minta CEO menyiasat sendiri sblm memberhentikn pkrja? Dpt report dr HR dan notis serta alasan atas tuduhan itu tidak diberi salinan pd pkrja utk menjawab dan sebagai makluman.
    Adakh kes ini dikira berat tiada pngampunan dan mmg begitu cara trmaktub dlm akta pekerja 1955? Atau bg yg dlm tempoh prcubaan sahaja jln untuk membuang org begitu mudah sprti itu?
    Terbukti blm.dibuktikan …dan tiada ruang prbincangn atau menjelaskan keadaan.di mana hak pkrja spti begini?
    Dlm ms 24jam dr notis pembrhentian , cth 6ptg 8Jan…tempoh tamat 9Jan pkl 6ptg esoknya kan?
    Tp diarahkn kemas brg2 dan mntk acess pass diberi pdnya serta merta. Acess ke bilik CEO n pej tlh di block sejam slpas itu. Dan semasa brkemas mahu meletakkn org bwhannya brdiri luar pntu mngawasinya.
    Mmg begitu ke cara n btlkah etika sebegitu ? Atau hanya bg mereka yg di tuduh memlsukn mklumat o ksalahn brt saja ptt di layan n di usir serta di berhentikn spti penjenayah o binatang ?
    Mgkn apa yg di lakukan mmg kslhn bsr tp setiap dr kita sbgi manusia pnya hak di lyn sbgai manusia dn sbgai pkrja juga wlpn di tngkp polis n dituduh membunuh pn msh ada pluang n ruang utk membela diri dan sblm trima hkmn prlu ada soal jwb dan siasatan..maaf klu sy trsalah tfsir n trsasar jauh.
    Hrp dpt bantu jelaskn dr segi undng yg ada n nshtkn jka mmg sy trslh anggp..
    Trima kasih tk trhingga atas kesudian mmbaca email ini dan membalasnya .

    1. Wow, panjang nya 😀
      Terlalu banyak fakta dalam kes anda ini. Sesetengahnya saya kurang fahami. Sebaiknya anda minta nasihat dari kaunselor JTK dengan bersemuka mereka face to face agar senang mereka menjawab persoalan anda.

      Tentang notis itu, ia berkait rapat dengan kontrak. Amnya, kontrak utama yg dirujuk.. Dalam hal anda, offer letter itu perlu dikaji. Adakalanya ia perlu dibaca bersama dengan dokumen2 lain seperti manual pekerjaan anda. Perlu dilihat perkataan2 yg digunakan dalam offer letter itu ya.

      Begitu juga dalam hal pemberhentian anda dan tuduhan yang dibuat terhadap anda oleh majikan. Perlu lihat juga apakah tuduhan yg dibuat (wording amat penting dalam undang-undang) dan apakah prosedur yg mereka gunaka. Sekali lagi anda boleh mohon JTK membantu membuat siasatan.

      Apa-apa pun borang permohanan kerja perlu diisi sejujurnya kerana ia digunakan sebagai ‘basis’ bagi majikan memilih pekerja selain dari temuduga. Kegagalan memberikan maklumat yang tepat boleh dianggap sebagai ‘misrepresentation’ dan beri kesan pada keesahan kontrak. Namun, ini semua persoalan fakta dan keterangan. Penerangan dari majikan anda juga perlu didengar dan sebaiknya biarlah pihak JTK menjadi org tengah. Terima kasih.

  59. Tuan,

    Saya ada satu soalan berkenaan pengiraan gaji bagi notis penamatan.
    Formula apakah yang perlu kita guna untuk mengira gaji dalam bulan di mana pekerja tersebut menamatkan pekerjaannya? Ada yang mengatakan bahagi 26 dan ada juga yang mengatakan gaji bahagi dengan no. of the month. Yang mana satu betul?

  60. salam…
    saya sudah bekerja di syarikat A selama 9 tahun.
    saya telah diberitahu oleh majikan bahawa, perkihidmatan saya dalam syarikat ini tidak diperlukan lagi.. Adakah saya berhak mendapat pampasan dari majikan saya selama perkhidmat dalam syarikat tersebut..
    jiakalau saya berhak mendapat pampasan tersebut, bagaimanakah pembayaran pampasan ini keatas saya..

  61. boleh ke notis berhenti diberi tempoh selama 2 bulan? sedangkan kami baru bekerja selama 3 bulan?
    dalam kontrak kerja kami ada tertulis bahawa kami haruslah memberi notis berhenti selama 2 bulan. masalah sekarang kami tidak ada confirm dari pihak majikan. kami juga berkerja lebih masa setiap hari, tapi gaji ot kami tidak dibayar, bila di tanya majikan hanya memberitahu ot akan di bayar pada bulan hadapan. boleh ke?

  62. Salam sejahtera.

    Saya ingin bertanyakan situasi yang saya hadapi sekarang. Saya ada terikat dengan kompeni yang saya bekerja sekarang selama 3 tahun (36 bulan). Jika saya keluar kurang dari tempoh 3 tahun (tempoh bond), saya dikehendaki membayar RM 40,000.00(nilai bond) kepada syarikat. Pembayaran itu dikenakan kepada saya sebagai bayaran latihan yang saya hadapi selama 4 bulan.

    Sebelum ini, kumpulan pertama (saya kumpulan kedua) keluar dari kompeni, mereka dikenakan prorate dengan nilai bond terhadap baki tempoh bond(kiranya setiap 1 bulan yang tinggal didarabkan dengan RM1,111.11).

    Namun yang demikian prorate itu tiada dinyatakan dalam agreement bond saya. Sekarang masa saya hendak berhenti, syarikat saya kerja sekarang meminta nilai bond penuh tanpa prorate.

    Soalannya, adakah saya layak mendapat prorate atau tidak?ada ke tidak akta yang mengatakan pasal prorate ini?

    1. Bond dan tajaan latihan ini adalah bersifat ‘kontrak’ dan tidak ada kena mengena dengan Akta Kerja. Oleh itu, anda perlu merujuk pada kontrak kerja yang anda tanda tangani, surat menyurat dari majikan serta company’s handbook jika ada. Dapatkan bantuan peguam bagi tafsiran kontrak jika perlu.

  63. selamat pagi tuan ,
    saya ada mahu tanya tuan pasal misal-kata saya sudah berhidmat di company 1sudah 6 bulan, sampai sekarang belum comfrom,,,, tapi di kontrak saya akan di comfrom kan dalam 3 bulan,,,, tapi sekarang saya ingin menamatkan kontrak saya harus kah saya bagi notice 1 bulan atau 4 minggu,,, atau ikut kontrak yang ada sama saya selama 7 hari satu minggu……

    1. anda perlu merujuk kpd kontrak anda brp lama notis yg diperlukan. Jika ia tidak dinyatakan, maka notis bagi pekerja yg kurang dari 2 tahun perkhidmatan ialah 4 minggu. Soal samada belum confirm atau tidak, tidak menjadi isu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Show Buttons
Hide Buttons