Pengenalan Kepada Undang-Undang Kontrak Di Malaysia

akta kontrak 1950

Kebanyakkan undang-undang di Malaysia termasuk undang-undang kontrak (Contract) adalah dipengaruhi oleh common-law Inggeris. Ini tidak dapat dielakkan kerana pengaruh Inggeris yang wujud semasa tempoh penjajahan mereka di Tanah Melayu dan Borneo sebelum kemerdekaan Tanah Melayu dan wujudnya Malaysia. Kebanyakkan undang-undang Inggeris adalah di bawa bagi tujuan komersial atau perdagangan bagi memudahkan saudagar-saudagar British yang berdagang di sini.

Antara yang terawal di bawa masuk dan digunakan adalah undang-undang kontrak mereka.

Undang-Undang Kontrak Di Malaysia

Meskipun Malaysia kini mempunyai perundangan kontraknya sendiri iaitu Akta Kontrak 1950 (Akta 136), namun secara asasnya prinsip undang-undang Inggeris yang digunakan. Akan tetapi ia telah diubahsuai atau dimodifikasikan agar sesuai dengan keadaan tempatan.

Akta Kontrak ini adalah berasaskan Akta Kontrak India 1872 yang juga merupakan satu kodifikasi dari common-law Inggeris. Akta 136 adalah satu perundangan terpenting bagi hal-hal komersial di Malaysia.

Selain dari Akta Kontrak 1950, mahkamah juga akan merujuk kepadaa keputusan-keputusan kes atau judicial precedent. Namun, penggunaan ‘case law’ ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam Seksyen 5 Akta Undang-Undang Sivil 1956.

Rujuk artikel lepas di bawah tajuk: Sumber Undang-Undang Di Malaysia.

Sebagaimana di dalam common-law, undang-undang kontrak di Malaysia turut mengariskan keperluan yang perlu wujud dalam sesuatu kontrak. Prinsip asas dalam undang- undang kontrak adalah bagi satu kontrak itu wujud, maka perlu wujud perjanjian yang SAH dan boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang terlebih dahulu.

Untuk sesuatu kontrak itu menjadi sah dan boleh dikuatkuasakan undang-undang, elemen-elemen tertentu perlu dipenuhi. Elemen-elemen tersebut adalah:-

  1. Tawaran (offer)
  2. Penerimaan (acceptance of the offer)
  3. Niat (Intention to create legal relation).
  4. Balasan (Consideration).
  5. Kepastian
  6. Keupayaan

Ketiadaan elemen-elemen ini akan mengakibatkan sesuatu kontrak itu tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan.

CONTOHNYA:

  • Sesuatu kontrak yang dimasuki oleh kanak-kanak berusia 13 tahun adalah tidak sah kerana kanak-kanak itu tidak mempunyai keupayaan dari segi undang-undang untuk memasuki kontrak.
  • Satu kontrak dengan perjanjian tanpa balasan adalah batal – Rujuk Seksyen 26 Akta Kontrak dan kes: Phiong Khon v Chonh Chai Fah [1970] 2 MLJ 114

Oleh itu, elemen-elemen ini hendaklah dipenuhi terlebih dahulu sebelum sesuatu kontrak itu dapat dikuatkuasakan. Selain dari itu terdapat banyak isu-isu lain yang boleh membatalkan kontrak dan akan dibincangkan di masa akan datang.

Perjanjian Dan Kontrak

Samada kita sedar ataupun tidak, kita memasuki kontrak hampir setiap hari, malahan beberapa kali dalam satu hari.  Membeli barangan di kedai adalah satu kontrak yang mana penjual bersetuju menjual dan anda bersetuju membeli barangan yang ditawarkan dengan balasan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Kontrak juga tidak perlu bertulis dan tidak semestinya juga mempunyai terma-terma ata syarat-syarat yang banyak di dalam nya.

Dalam menentukan kewujudan dan keesahan sesuatu kontrak, biasanya kita lihat dulu samada wujudnya PERJANJIAN (Agreement) yang boleh dikuatkuasakan undang-undang (legally enforceable). Ini dihuraikan dengan jelas dalam penghakiman Hakim V. C George dalam kes: Sri Kajang Rock Products Sdn Bhd v Mayban Finance Bhd [1992] 1 CLJ 204:

To constitute a valid contract there must be separate and definite parties thereto; this parties must be in agreement, that is, consensus; those parties must intend to create legal relations in the sense that the promises of each side are enforceably simply because they are contractual promises and the promises of each party must be supported by consideration.

Dari apa yang dinyatakan di atas, kita boleh simpulkan bahawa:-

  1. Sebelum wujudnya satu kontrak, perlu adanya satu perjanjian;
  2. Perjanjian itu hendaklah di antara dua atau lebih pihak;
  3. Perjanjian itu hendaklah mewujudkan obligasi untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu;
  4. Terdapat niat-niat dari pihak-pihak terbabit untuk mewujudkan perhubungan di sisi undang-undang dimana…..
  5. …sebarang pemecahan janji atau set janji akan memberikan remedi di sisi undang-undang kepada pihak yang satu lagi
  6. Janji atau set janji itu hendaklah juga diiringi oleh balasan (consideration).

Jika anda sekadar bertanyakan peniaga tentang harga sesuatu produk pada kuantiti tertentu bagi mendapatkan diskaun misalnya, maka niat untuk mewujudkan perhubungan kontrak yang sah disisi undang-undang belum lagi wujud.

Oleh itu, apa harga yang dipersetujui oleh peniaga sebelum dipersetujui anda tidak akan mengikat anda dalam satu kontrak yang sah.

Begitu juga terma-terma yang disebut dalam sebutharga itu.

Rujuk kes: Preston Corporation Sdn Bhd v Edward Leong & Ors. [1982] 2 MLJ 22.

Ujian Menentukan Kewujudan Perjanjian Yang Sah

Untuk menentukan wujudnya satu perjanjian yang sah, mahkamah biasanya akan menggunakan ujian yang objektif: Aircharter World v Kontena Nasional [1999] 3 SLR 1. Kewujudan tawaran, penerimaan, balasan dan niat akan dilihat oleh mahkamah berdasarkan keterangan yang dikemukakan di mahkamah.

Konsep tawaran, penerimaan tawaran, balasan dan  perjanjian ini turut disebut dalam Akta Kontrak 1950 di bawah Seksyen 2. Cuma perkataan yang digunakan sedikit berbeza, contohnya:  janji (promise) untuk tawaran.

Untukartikel seterusnya kita akan lihat dengan lebih mendalam mengenai tawaran dan balasan. Ia agak luas dan mungkin mengambil masa yang akan panjang untuk menghuraikannya.

Pengenalan Kepada Undang-Undang Kontrak Di Malaysia

8 Comments

  1. Help me bcs saya tengah buat assingment but idk nk cari dekat mana info pasal kepentingan undang-undang kontrak dalam perbankan. Hopefuly boleh tolong🙏

  2. Assalamualaikum.
    Sya nk tanya situasi begini.

    1. Jikat pekerja dah sign surat perjanjian kontrak bekerja 2 tahun.. bermakna sudah bersetuju dgn syarat syarikat. Selepas 6 bulan kerja mahu berhenti kerja.. dan beri surat letak jawatan.. tetapi surat yg resign di buat pun tidak ikut seperti notis sebulan tetapi berhenti awal pada tarikh.. surat pihak syarikat memang sudah menyatakan melanggar apa2 yg telah di tetapkan payment di tahan.

    situasi pekerja sudah melanggar beberapa terma syarikat.
    1. melanggar surat contrak 2 tahun
    2. selepas 6 bulan melanggar contrak utk berhenti dengan alasan nak buat busines, nak sambung belajar ( ada beberapa unsur penipuan)
    3. surat resign yg di hantar sendiri tidak ikut tarikh berhenti yg sepatutnya.

    bole berikan penerangan yg sepatutnya tuan. terima kasih.

  3. minta bantuan…
    pengenalan yang terperinci dan jelas tentang maksud kontrak dan dapat merujuk kepada peruntukan-peruntukan Akta Kontrak yang relevan…?
    Macamana ye…tq

    1. Pengenalan yang macam mana ya? Kontrak ini adalah subjek yang amat luas dan terlalu banyak isu. Untuk menghuraikan topik ‘formation of contract’ pun mungkin perlu memakan banyak muka surat jika mahu ditulis secara terperinci.

    2. sy tgh nk wat assignment tajuk…nilaikan empat elemen bagi sebuah kontrak yang sah di bawah undang-undang Malaysia. Syorkan pindahan-pindahan yang perlu dilakukan kepada undang-undang Malaysia yang berkaitan dengan elemen-elemen berkenaan….
      Harap dapat bantuan…TQ

      1. 4 elemen itu telah saya senaraikan dalam artikel di atas. You can ignore the last two sbb sesetengah buku tak anggap the last two sbg elemen tapi sebahagian dari topik keesahan kontrak.
        First two elemen telah saya tulis di sini: https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/tawaran-penerimaan-tawaran-dan-balasan
        Belum punyai kesempatan utk tulis selengkapnya.

        Untuk syor itu, anda kena kreatif sikit utk buat cadangan berdasarkan situasi di negara ini. Maaf saya tidak boleh bantu ya. Cuma, sebaiknya anda baca kes-kes terdahulu sbb ia boleh berikan idea.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons