Perintah Gaji Minima 2018

 

Gaji-Minima

Perintah Gaji Minima 2018 telah diwartakan pada 16hb Oktober 2018 [P.U. (A) 265] dan akan dikuatkuasakan pada 1hb Januari 2019. Perintah ini telah dipinda pada 23hb November 2018 [P.U. (A) 305] dengan menaikkan kadar gaji minima dari RM1,050 kepada RM1,100 selaras dengan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kewangan semasa pembentangan bajet 2019.

 

Pematuhan Perintah Gaji Minima

Sebagaimana perintah-perintah gaji minima terdahulu, ia adalah MADATORI/wajib dipatuhi oleh sektor swasta. Perkara utama yang majikan perlu ingat adalah TIADA pengecualian dikenakan pada mana-mana industri, saiz syarikat atau organisasi mahupun jenis pekerjaan kecuali pekerja domestik seperti pembantu rumah dan tukang kebun.

 

Gaji minima wajib juga diberikan kepada semua pekerja tidak kira sama ada pekerja baru atau di bawah tempoh percubaan. Ia juga terpakai pada pekerja sementara (part-timer).

 

Kadar Gaji Minima

Jadual di bawah menunjukkan kadar gaji minima yang wajib digunapakai oleh majikan mulai 1hb Januari 2019. Majikan bebas menggajikan pekerja dengan gaji bulanan, harian ataupun jam, namun kadar di bawah wajib dipatuhi.

 

kadar gaji minima 2018

 

Bagi pekerja yang dibayar gaji berdasarkan jumlah kerja (piece rate), kadarnya hendaklah tidak kurang dari RM1.100 sebulan.

 

Perintah Gaji Minima 2018 telah memansuhkan Perintah Gaji sebelumnya. Maka, sebarang rujukan tentang gaji minima hendaklah dibuat kepada perintah yang terbaru ini.

55 thoughts on “Perintah Gaji Minima 2018

  1. SAYA INGIN BERTANYA BOLEHKAH TEMPAT TINGGAL DAN MAKAN SEMUA INI DI CAMPURKAN DALAM GAJI MINIMUM, SEBAB MINIMUM GAJI INI KEBANYAKAN KEDAI ATAU PEJABAT YAND BIASA 8 JAM, TIDAK TANGGUNG TEMPAT TINGGAL DAN MAKAN,
    YANG PELANCONGAN ATAU PERHOTELAN INI BIASANYA MEMANG TANGGUNG SEMUA TEMPAT TINGGAL DAN MAKAN MINUM SARAPAN, TENGAHARI DAN MALAM. ELAUN ELAUN JUGA DIBERI KEPADA PEKERJA DALAM SETIAP PERTENGAHAN BULAN, BOLEHKAH ELAUN INI DICAMPUR DALAM GAJI MINIMUM JUGA.

    1. S.2 Akta Kerja menyatakan tempat tinggal dan makan tidak dikira sebagai gaji. Begitu juga dgn elaun makan, OT dan komisen (rujuk Jadual Pertama, Akta Kerja). Berkenaan elaun pertengahan bulan, adakah ia dikira sebagai gaji, ertinya nilainya dicarum utk EPF/Socso/EIS dan dikira dalam kiraan OT?

      1. admin. boleh kah potongan kwsp dan socso majikan masuk dalam gaji pekerja.
        maksud sy. contoh dlm payslip gaji sy rm1500. kwsp sy rm110
        majikan 130
        total rm240.
        potong dari rm1500 tuh?

  2. Salam tuan admin. boleh kah dalam satu syarikat majikan memilih hanya seorg dua sahaja pekerja yg mendapat elaun? (transport,kehadiran) tq

  3. Hi admin. Saya punya satu staff berhenti kerja tanpa apa-apa notis selepas menerima gaji bulan january 2019. Untuk bulan feb dia kerja selama 14hari ( gaji basic rm1000). Ada wajib saya membayar gaji untuk 14days itu?

    1. Boleh tolak gaji bulan Februari untuk ganti notis.

      Btw, kenapa gaji basic kurang daripada gaji minima RM1100, dan company bayar gaji bulan Januari lambatkah (selepas 14 hari kerja di bulan Februari)? Jika ya, pekerja blh lapor kpd pihak berkuasa dan majikan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 untuk setiap kesalahan.

  4. Salam Tuan…
    Boleh tahu syarat2 untuk majikan turunkan gaji pekerja? boleh turunkan ikut suka atau ada cara dia?…

    1. Wa’alaikumsalam.
      Ada cara tetapi memerlukan penjelasan yg pajang lebar. JIka anda menghadapi masalah ini, kami syorkan anda bertanya dgn pihak JTK.

  5. Ismail Abdul Karim

    Reply

    Salam sejahtera. Saya pekerja kontrak dalam syarikat BT Secirity services dari tahun 2017 ,gaji pokok rm1000 sebulan. Mengikut gaji minima bagi tahun 2019 adalah Rm1100.
    Kemusykilan saya adalah majikan masih bayar gaji pokok rm1000, majikan beri alasan Tun Mahathir tak bagi duit sebab itu majikan saya masih bayar ikut tangga gaji rm1000. bolih tuan ulaskan masalah saya dan seluruh pekerja dlam syarikat ini.
    Terima kasih.

    1. Sila nasihatkan HR/majikan utk ikut perintah gaji minima. Pihak JTK semakin rancak membuat pemeriksaan sekarang ni – nanti syarikat terpaksa bayar penalti pulak. Jika majikan masih enggan, sila adukan kpd pihak berkuasa. Blh buat aduan secara anonymous.

  6. Salam,
    Minimum wages boleh campur allowance sekali ker, contoh gaji basic RM1000 + Elaun Rm100 = RM1100
    Minta penceerahan

    1. Minimum wages hanya utk gaji basic. Tetapi dlm hal pekerja di sektor perhotelan, service charge/points blh diambil kira dlm menentukan ‘wages’.

  7. Tuan, saya mahu bertanya, adakah dibolehkan untuk majikan menetapkan kadar gaji basic untuk pekerja baru lebih tinggi daripada yang diberikan kepada pekerja lama di dalam jawatan yang sama ? Gaji basic Saya sebagai pekerja tetap yang sudah bekerja 1 tahun 7 bulan, sudah punyai increment tahunan masih lebih rendah daripada gaji basic yang ditetapkan kepada pekerja yang baru berkhidmat 6 bulan.

  8. Sy bekerje di syarikat N.baru2 ni syarikt tmpat sy kerja ad membuat perubahan dr segi pembayaran gaji.sebelum ini tutup ekaun untuk pengiraan gaji adalah hujung bulan pada stiap bulan.dan gaji pada keesokan harinya.tapi untuk tahun 2019,Hr ad buat perubahan dari segi tutup ekaun untuk pengiraan gaji iaitu pada 25 hb pada setiap bulan dan pebayarn gaji tetap pada awl bulan pada bulan seterusnya,tapi menjadi persoalan saya sekarang ialah pada bulan pertama ia akan menyebabkan gaji kitaorg dipotong dengan mengunakan formula ni.

    gaji pokok/26*5.
    adakah dibolehkan majikan membuatn pemotongan seperti ini.

    1. Saya kurang pasti sama ada adil kiraan gaji pokok/26 hari utk tujuan ini sbb jumlahnya lebih besar dari gaji pokok/31 hari. Bahagi 26 hari biasanya utk dapatkan ORP (utk kira OT, elaun bersalin, dll). Saya cadangkan anda bertanya dgn pihak JTK utk kepastian.

      1. Salam tuan.saya sdh bekerja di satu syarikat selama 10 tahun.adakah saya layak nendapat bunos tahunan.selama 10 tahun ni saya tidak pernah dapat bunos daripada syrikat tempat sya kerja skg.

  9. hai nak tanya,

    Boleh saya tanya kalau seminggu kerja 6 hari, 9 jam waktu kerja.macam mana nak kira gaji? Contoh basic RM2000/30 hari atau RM2000/26 hari atau RM2000/22 hari.

    Sekian Terima Kasih.

  10. Assalamualaikum Tuan Admin, saya mohon bantuan tentang permasaalahan tuntutan kerja lebih masa (OT) pemandu. Saya berikan dulu satu senario : Pemandu bas diarah membawa pelajar drp Melaka ke Terengganu dan balik ke Melaka setelah tamat program. Pelajar tinggal di Terengganu selama 4 hari. Sepanjang program berjalan, pemandu dan bas tidak digunakan (bertugas). Adakah pemandu layak membuat tuntutan (OT) selama mereka berada di Terengganu walaupun TIADA tugasan diberikan ketika berada di Terengganu. Pemandu telah membuat tuntutan OT dengan alasan mereka berhak kerana tidak balik ke pejabat di Melaka. Soalan saya, adakah tuntutan itu sah dan adakah cara lain utk menggantikan tuntutan tersebut (elaun stanby). Dalam masa yang sama pemandu tersebut juga menuntut Elaun perjalanan, makan dan tempat tinggal….terima kasih.

    1. OT cuma dibayar untuk kerja yang dibuat diluar waktu kerja biasa. Jika waktu kerja biasa ialah 8 pagi hingga 5 petang, maka apa-apa kerja yang dibuat selepas waktu tersebut perlu dibayar pada kadar OT yang ditetapkan.
      Maksud kerja ialah anda ada tugasan yang perlu dilaksanakan. Tidak bebas bergerak dan membuat hal2 lain. Jika anda tidak digunakan (tidak bertugas) seperti yang ada nyatakan di atas, maka OT tidak perlu dibayar biarpun anda sedang outstation. Selalunya, majikan bagi elaun outstation. Cuma elaun ialah budibicara majikan.

  11. Jika operator bekerja sebelum 2019, mereka dapat gaji pokok RM 1000 + elaun tetap RM 200. Bolehkah jika majikan ambil RM 100 dari elaun untuk jadikan gaji pokok RM 1100 (RM 1100 gaji pokok + elaun tetap RM 100)?

  12. hello sir i mau tanya pekerja shift ni.. kalau dah kerja night shift 11-7 pagi lepas tu majikan tetapkan shift seterusnya pukul 3 pm pada hari yg sama… ( 24 hour open mini market)
    yang i pelik bukan masa kerja dia.. tido x melebihi 8 jam pun ok.. tapi untuk yg mengandung ni?? company besar x bagi slip gaji pulak.. minta dptnya bukan slip gaji dapat maki hamun je.. i sgt marah bila dgr keaadaan mcm ni.. hanya harap beliau tlg jawab soalan saya

    1. 3 hingga 11 tu pertukaran shift ke? Bukan setiap hari shift begitu? Apa-apa pun untuk lebih mudah, kami sarankan anda pergi ke pejabat JTK untuk menjelaskan kes dengan lebih lanjut.

  13. Jika operator bekerja sebelum 2019, mereka dapat gaji pokok RM 1000 + elaun tetap RM 200. Bolehkah jika majikan ambil RM 100 dari elaun untuk jadikan gaji pokok RM 1100 (RM 1100 gaji pokok + elaun tetap RM 100)?. Jika tidak boleh, di mana saya boleh dapat akta @ apa2 untuk menunjukkan tidak boleh buat macam ini.

  14. Salam sejahtera admin..ingin bertanya, baru-baru ini, saya telah diberhentikan kerja serta merta oleh majikan saya tanpa sebarang notis, dengan alasan tidak meluluskan cuti kecemasan yang saya terpaksa ambil walaupun ada surat& serta sudah maklumkan pada majikan. Untuk pengetahuan admin saya telah bekerja selama hampir 1 tahun & 1 lagi perkara pihak syarikat telah membuatkan surat perletakkan jawatan yang menyatakan saya ingin berhenti kerja serta merta, bukannya surat penamatan pekerja dari syarikat. Apabila saya minta surat “termination letter”, majikan tersebut maklumkan surat itu sama dengan surat yang telah majikan sediakan untuk saya & enggan mengeluarkan surat tersebut. Saya telah diberi bayaran gaji selama sebulan berserta bayaran untuk baki cuti tahunan saya sebanyak 12 hari, adalah jumlah bayaran ini cukup untuk kes saya ini?…& tolong beri penjelasan apa tindakan lanjut yang perlu saya lakukan..terima kasih..

    1. Sebaiknya anda rujuk ke Jabatan Tenaga Kerja bersama-sama surat-surat yang dikeluarkan untuk nasihat lanjut. Bawa sekali kontrak kerja jika ada berserta dokumen berkaitan untuk rujukan mereka.

  15. 1) Jika tahun 2018 operator pengeluaran dibayar gaji pokok RM 1000 & elaun tetap RM 200, dalam tahun 2019 boleh ke majikan tukar RM 1100 & elaun RM 100 (elaun RM 1000 dimasukkan kedalam gaji pokok untuk jadikan RM 1100)?

    2) Boleh ke jika operator pengeluaran baru masuk tahun 2019, polisi tukar RM 1100 gaji pokok + RM 100 elaun tetap?

    1. Elaun biasanya bersifat kontrak dan budibicara majikan. Samada boleh ditarik balik, perlu rujuk kepada kontrak atau surat pemberian elaun itu. Jika ia tetap & tidak boleh ditarik balik, maka gaji/elaun tidak boleh diubah sedemikian tanpa persetujuan pekerja. Oleh itu, anda kena periksa dahulu status elaun yang diberikan.

  16. Salam hai, boleh saya tanya. Saya bekerja dengan syarikat swasta dan masih lagi dalam tempoh percubaan. Untuk staff yang masih lagi dalam tempoh percubaan layak kah dapat commission/isentif untuk bulan tu kerana saya bekerja cukup sebulan

    1. Insentif atau komisen adalah hak majikan. Terpulang kpd majikan sama ada hdk memberi atau tidak melainkan ia dinyatakan secara spesifik dlm terma kontrak.

  17. Perintah gaji minima 2018

    GM ialah RM 1100.00
    Kadar gaji sejam ialah RM 5.29

    Akta Buruh 1955 menetapkan setiap pekerja mesti diberi 1 hari cuti rehat setiap minggu dan harinya ditentukan oleh majikan.

    Sekiranya pekerja dikehendaki bekerja pada hari tersebut, maka majikan perlu membayar 2 kali gaji sejam didarabkan dgn bilangan jam (Akta Buruh 1955)

    Bagi pengawal keselamatan yg perlu bekerja 7 hari seminggu selama 8 jam sehari maka majikan perlu memberikan tambahan sebanyak :
    2 x RM 5.29 x 8 jam = RM 84.64 sehari

    Maka sebulan menjadi RM 84.64 x 4 = RM 338.56

    Oleh itu gaji kasar sebulan adalah :
    RM 1100.00 + RM 338.56 = RM 1438.56

    Pertanyaan saya :
    1) Adakah pengiraan saya ini benar?
    2) Rata-rata Majikan membayar gaji kasar sekitar RM 1250 – RM 1350 sebulan. Adakah ini memenuhi perintah Gaji minima?

  18. Hello..salam sejahtera..saya ingin bertanya tentang penambahan masa bekerja. Patutkah sesebuah syarikat menambah masa bekerja iaitu 8jam per hari kepada 9jam per hari sejurus gaji minimall rm1100 dilaksanakan ? Saya mohon admin tolong respond dengan soalan saya ini..

    1. Dalam hal ini perlu rujuk kpd terma kontrak pekerjaan & polisi syarikat. Jika puan perly kepastian, sila berhubung dgn pihak JTK.

  19. selamat Sejahtera
    Boleh saya tanya kalau seminggu kerja 5 hari,macam mana nak kira UNPAID LEAVE? Contoh basic RM2000/30 hari atau RM2000/26 hari atau RM2000/22 hari.

    Sekian Terima Kasih

    1. Pd pendapat kami, jika unpaid leave pendek, gaji bulanan dibahagi dgn jumlah hari pada bulan berkenaan. Tetapi jika unpaid leave itu mengakibatkan pekerja tidak masuk ke pejabat selama sebulan, maka pekerja itu tidak berhak kpd sebarang gaji pada bulan itu.

  20. Terima kasih atas reply dan cadangan. Sy hargai. Sy cuba lapangkan hati utk point yg terakhir sbb ada benarnya. Kerana ada commitment. Tak kan nak berhenti macam tu je. Hihi. Agak berat untuk stay disini memandangkan gaji setiap bulan ada masalah kelewatan dan tak tetap tarikhnya sepanjang sy berkhidmat. Sekali lagi, terima kasih.

  21. saya ditawarkan bulan ini berkerja penuh 10jam selama 5 hari dan 2 hari diberi cuti rehat?tetapi syarikat tidak mengirakan Overtime pada saya.adakah ini telah melanggar undang-undang akta kerja??

    1. Adakah 10 jam itu termasuk waktu rehat? Jika ya, waktu rehat tidak termasuk dalam kiraan waktu kerja. Contohnya waktu kerja yg dipersetujui dlm kontrak adalah 8 pg – 6 ptg; rehat dari 1 ptg – 2 ptg. Masa kerja adalah 9 jam sehari x 5 hari = 45 jam seminggu. Jika anda pekerja yg dilindungi di bwh Akta Kerja, masa kerja yg dibenarkan adalah tidak lebih 8 jam sehari atau 48 jam seminggu. Dalam keadaan sedemikian, majikan tidak perlu membayar OT, jika waktu kerja itu telah dipersetujui dlm kontrak. Jika ia adalah perkara baru yg tiada dlm terma kontrak, maka majikan hendaklah mendapatkan persetujuan pekerja atau membayar OT.

  22. Saya nak bertanya, saya baru kerja di 1 syarikat construction sebagai admin asst selama 5 bulan.
    pada mulanya semasa interview, majikan kata probation adalah selama 3 bulan.
    tapi selepas 3 bulan, pihak majikan telah keluarkan 1 surat untuk lanjutkan phrobation saya. dengan alasan Performance saya “not expected”.
    Yang menjadi tanda tanya, bolehkah pihak majikan menolak 5% daripada gaji saya dengan alasan yg sama – “Performance Not Expected”.
    Adakah labour law sebegitu?
    Jika tiada, apakah tindakkan sewajarnya sy perlu lakukan.

    1. Majikan berhak lanjutkan tempoh percubaan tetapi tidak boleh menurunkan/tolak gaji dgn sewenang-wenangnya. Dari sudut perundangan, saudari blh membuat aduan tentang pengurangan gaji tetapi saya khuatir saudari tidak akan disahkan dlm jawatan. Majikan berhak utk berbuat demikian – non-confirmation, ertinya saudari perkhidmatan saudari akan ditamatkan.
      Oleh itu, saudari hendaklah membuat pertimbangan sendiri – adakah saudari ingin terus bekerja dgn syarikat ini? Jika ya, saya syorkan saudari tingkatkan usaha dan bincang dgn majikan apakah perkara2 yg perly saudari lakukan utk memperbaiki prestasi kerja. Cuba minta company bagi training. Sila rujuk artikel kami : https://dululainsekaranglain.com/human-resources/tips-cemerlang-semasa-tempoh-percubaan-probationary-period dan https://dululainsekaranglain.com/human-resources/10-tips-untuk-menjadi-pekerja-cemerlang
      Jika saudari rasa syarikat ini tidak sesuai dgn saudari, cuba cari kerja lain (tapi jgn tender resignation dulu sehingga dpt tawaran kerja lain).

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.