Monday,25 July,2016

Perintah Gaji Minima Di Wartakan – P.U. (A) 214/2012

perintah gaji minima 2012

Perintah Gaji Minima atau Minimum Wage Order 2012 telah diwartakan semalam (16hb Julai 2012). Ia agak lewat dari tarikh asal (1hb Julai) sebagaimana yang diumumkan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam sebelum ini. Akan tetapi tarikh kuatkuasanya tetap sama iaitu pada 1hb Januari 2013 bagi majikan yang mempunyai pekerja melebihi 6 orang.

Bagi majikan dengan 5 pekerja atau kurang, tarikh kuatkuasa bagi mereka adalah pada 1hb Julai 2013.

Jangan ada pula yang buang pekerja sehingga tinggal 5 orang sahaja hujung tahun ini pula. 😀

Malaysian Standard Classification of Occupations

Bagi mereka yang diklasifikasikan sebagai professional di bawah Malaysian Standard Classification of Occupations (MASCO), tarikh kuatkuasa adalah pada 1hb Januari 2013 tak kira berapa ramai pekerja yang ada (biarpun 1 sahaja).

gaji minima dulu lain sekarang lain

gaji minima 2 dulu lain sekarang lain

Sumber: www.federalgazette.agc.gov.my

Pewartaan ini telah dibuat dibawah warta kerajaan P.U. (A) 214/2012 dan ditandatangani oleh Datuk Seri Dr S. Subramaniam. Maklumat lanjut mengenai Perintah Gaji Minima DI SINI.

gaji minima 3 dulu lain sekarang lain

Perintah Gaji Minima Di Wartakan – P.U. (A) 214/2012

About The Author

ISMAIL N is the 'de facto' owner and editor-in chief of DuluLainSekarangLain.Com. A Human Resource practitioner in his normal daily life and consummate blogger in his free time. He is addicted to coffee and Manchester United. Most easily accessed via his Twitter account.

Ismail N
  • noor azizah

    Brpa byàràñ gaji mengikut jam kerja di sarawak

    October 14, 2014, 8:01 am
  • Anis

    tumpang tanya,majikan sy memberi basic 500,dan benefit 500,cmpur kduanya seribu,adakah basic 500 tu mengikut akta tu?

    August 19, 2013, 2:01 pm
    • Ismail N

      tidak. basic tu mesti ikut yg menima.

      August 21, 2013, 1:40 pm
      • alvin

        salam 1 malaysia,
        sy kasihan dgn isteri saya yg bekerja di sebuah tadika swasta sebagai pembantu guru sudah setahun dan hanya dibayar gaji rm450 sebulan,masa keja pula dari jam 7am-3pm masih tidak menerima gaji minimun yg telah diwartakan..potongan epf sosco juga tidak dilakukan majikan,tiada surat pelantikan atau pengesahan jawatan dari majikan,payslip juga tiada..6 bulan yg lalu mereka disuruh oleh pengetua tadika itu untuk mengisi 1 borang yg konon nya adalah untuk mendapat permit mengajar kerana jila tiada permit berkenaan gaji tidak dapat naik,dan sehingga hari ini masih permit berkenaan tidak keluar lg..apa yg boleh saya lakukan untuk membantu isteri saya?

        September 4, 2014, 12:12 am
        • Ismail N

          Salam 1 Malaysia Alvin,

          Hal ini perlulah isteri anda adukan pada pihak2 yang berkenaan. JTK untuk soal gaji, EPF bagi caruman KWSP dan Perkeso utk caruman Socso. Cuma mungkin juga sekolah tersebut hadapi masalah kewangan kerana perniagaan tadika ini mmg kurang menguntungkan atas sbb kos pentadbiran yang tinggi. Apa-apa pun terpulang kepada anda dan isteri samada mahu membuat aduan pada pihak yang berkenaan. Terima kasih.

          September 5, 2014, 1:46 am
  • aslinda

    Saya bekerja dekat sebuah syarikat perladangan..sya rasa tidak adil majikan sya memberi gji tidak smpai pn rm800..kononnya sda mengikuti perintah gji minima..pekerja asing smua dpt gji rm800 ke rm1000

    May 10, 2013, 7:29 am
  • azahari

    gji at tmpat kje sy basic + elaun bru dpat ngam2 rm900..slepas pmtongan epf n socso,gji bersih yg sy dlam rm7++ je.btul ke cara pngiraan gji mnimum at tmpat kje sy tu?

    March 21, 2013, 5:36 pm
  • borhan

    gaji lama Rm500 elaun Rm700 = Rm1200. kenaikan gaji pokok menjadikan Rm900 jan 2013, sebaliknya pula elaun Rm700 di potong Rm400 menjadikan Rm300. keseluruhan gaji+elaun menjadi Rm1200. tiada perbezaan.

    February 28, 2013, 4:10 am
    • Dulu Lain Sekarang Lain

      Ia dibenarkan sbb elaun bukanlah satu faedah wajib di sisi undang2 yg majikan perlu berikan. Ia boleh di beri, ditambah dan dikurang kan oleh majikan mengikut budi bicara mereka. Biasanya digunakan sebagai tarikan bekerja di sesuatu tempat kerana ia lebih selamat dari gaji pokok yg tidak boleh dikurangakn tanpa sebab yg baik dan perlu dicarum EPF dan Socso.

      February 28, 2013, 7:06 am
      • rome

        tempat kerja saya basic utk pekerja hari rm36.92(sehari).kerja dalam seminggu cuma 5 hari(isnin hingga jumaat),sekiranya dalam sebulan tu cuma dapat 20 hari atau 21 hari saja.rm36.92 x 21hari=rm775.32 tahap gaji minima pun belum tercapai.ini baru gaji kasar belum tolak EPF dan Socso..apa yg di umumkan kadar gaji minima rm800 bagi di sabah rata-rata belum terlaksana..

        March 29, 2013, 1:18 pm
  • khairul

    jika gaji sudah lbh dr jmlah gaji minima. adakah akan di naikkan juga agar mjadi seragam??

    January 16, 2013, 9:07 am
    • Dulu Lain Sekarang Lain

      Tidak di wajibkan untuk berbuat demikian. Yg penting paling rendah pekerja digajikan pada RM 900 (Semenanjung).

      January 16, 2013, 1:06 pm
  • Ain

    Saya ingin mengambil pekerja secara kontrak. Satu bulan saya akan minta dia kerja 22 hari, 8 jam sehari. Bayaran mengikut kadar gaji minimum rm4.33/jam.
    1. Adakah dia akan mendapat cuti tahunan dan sekiranya ada sebanyak berapa hari utk kontrak 1 tahun.
    2. Adakah dia layak dibayar utk cuti umum, MC
    3. Caruman perkeso adalah wajib, bagaimana dengan caruman KWSP? Tetapi saya berniat utk mencarum KWSP baginya.
    4. Sekiranya pada bulan itu dia tak dpt mencapai bilangan hari bekerja sebanyak 22 hari kerana premis saya tutup contohnya semasa cuti hari raya.. Bagaimanakah gaji dikira?

    January 14, 2013, 4:19 am
    • Dulu Lain Sekarang Lain

      1. cuti umum dia cuma berhak selepas 1 tahun kerja. Anda boleh beri awal jika mahu 😀
      2. Ya utk cuti umum dan MC
      3. EPF adalah wajib juga biarpun setahun sahaja kerja.
      4. Anda perlu bayar gaji utk cuti umum, namun jika beliau gaji hari, maka dia tidak perlu dibayar gaji utk hari-hari kedai tidak beroperasi.

      January 15, 2013, 12:46 am
  • Sanisanz

    salam, saya diambil berkerja sebagai pemandu limo( chaffeur) oleh sebuah syarikat sewa kereta/pelancungan pada awal januari tahun ini. Tetapi, dalam letter offer syarikat menyediakan allowance sebanyak rm900 sebulan, apabila ditanya pada pihak pengurusan, mereka berdolak dalih dan juga peruntukan membasuh kenderaan dan kos pengunaan telefon bimbit adalah di dalam allowance yang di berikan.sedangkan tiada peruntukan. Sekiranya gaji saya rm500, adakah ianya termasuk di dalam allowance yang di berikikan, dan apakah allowance saya bole di potong epf. kerana dalam Offer letter, cuma ada allowance, tiada sebut tentang gaji pokok. apa kah yang perlu saya lakukan. t.kasih

    January 12, 2013, 4:48 am
    • Dulu Lain Sekarang Lain

      Elaun dalam faedah pekerjaan yg bersifat kontraktual.. Susah hendak saya nyatakan berapa gaji anda sebenarnya kerana ia bergantung kepada perkataan2 yg digunakan dalam kontrak atau surat tawaran kerja anda itu.
      Utk soal EPF pula, elaun termasuk dalam definasi ‘wages’ atau gaji yg perlu di kira bagi tujuan EPF dgn syarat ia adalah elaun tetap yg diberikan dalam kontrak.

      January 12, 2013, 2:53 pm
  • fiona farhana

    Apakah boleh kiranya perkiraan gaji saya lakukan begini:-

    1. Waktu kerja 8 jam tidak termasuk 1 jam waktu rehat = 8+1
    2. Mula kerja jam 7am hingga 4pm dibayar gaji hari/bulan. Rehat 30min jam 10.30am dan rehat kedua 3.30pm (30min). Mula 5pm ke 7pm = 2jam adalah OT.

    December 19, 2012, 1:50 pm
    • Dulu Lain Sekarang Lain

      Masa kerja adalah tidak termasuk masa rehat. Harap rujuk ke artikel masa kerja. Terima kasih.

      December 20, 2012, 12:01 am
  • Angel

    Apa perbezaan upah dan gaji? Jika bagi buruh harian, apa definisinya?

    December 17, 2012, 3:28 am
    • Dulu Lain Sekarang Lain

      beza dari segi perkataan sahaja. Upah harian dikira mengikut kadar harian. Contohnya: RM 20 sehari.

      December 17, 2012, 5:13 am
      • ashrol

        salam..saya pemandu lori,gj pokok rm 400,tp klu dicampurkan dgn gj trip gj saya boleh dpt dlm rm 2500,adakah saya juga boleh mendpt gj minima….tq

        January 27, 2013, 2:52 pm
        • Dulu Lain Sekarang Lain

          Bergantung kepada jenis elaun itu samada ianya tetap atau tidak. Rujuk artikel berkaitan upah dalam blog ini. Terima kasih.

          January 29, 2013, 1:20 am
  • fiona farhana

    Perintah Gaji Minimum 2012 termasuk pekerja asing. Pasti mereka suka bekerja di sini. Soalan terkeluar dari tajuk diatas iaitu berapa tahun dan limit pekerja asing boleh bekerja di Malaysia terutama dalam industri pengilangan? Kiranya ada yang hampir mencapai tahun ketujuh 2013.

    December 16, 2012, 4:43 pm
    • Dulu Lain Sekarang Lain

      ini di bawah kuasa jbtn immigresen. Dah lama saya tak handle.. maaaf saya tak berapa ingat. Perlu check balik dulu.

      December 17, 2012, 5:36 am
  • Kak Long Mawar Merah

    Bagi majikan yang menggaji pembantu rumah termasuk dalam akta ni ke?

    December 11, 2012, 7:03 am
    • Angel

      perintah tersebut untuk domestic saja. untuk kegunaan peribadi, seperti housemaid and driver personal, tidak termasuk.

      December 17, 2012, 3:26 am
  • Yas

    Hmmm…majikan masih ada yg cuba berdolak dalih dgn mende2 nih….union pn x leh nk wat pe2….

    July 30, 2012, 6:51 am
  • amirulfaiz

    err, maafkan saya bertanya. Apa beza diwartakan, dan dikuatkuasakan?

    July 26, 2012, 8:36 am
    • Dulu Lain Sekarang Lain

      warta ialah bila ia telah terbitan utk rujukan umum. Kuatkuasa ialah tarikh bila ia mula dikuatkuasakan/wajib apply. Adakala selepas di wartakan, feedback akan diterima dan pindaan akan dibuat lagi sebelum tarikh kuatkuasa.

      July 29, 2012, 8:15 am
  • Mus

    pekerja mesti tahu hak..

    July 26, 2012, 12:25 am
  • akubiomed

    Akhirnya telah diwartakan. Majikan sudah wajib mematuhi dan melaksanakannya..

    July 19, 2012, 6:15 am
  • maza

    WOOo..

    sudah start!
    luit! luit! luit!..
    hehehhee

    July 18, 2012, 7:45 am
  • ProfHariz

    Dengan ada akta ni, Tak boleh menipu lagi

    July 17, 2012, 7:47 pm
  • Jebeng Otai™

    tuntut la hak anda.. 🙂

    July 17, 2012, 6:32 pm