Perlukah Majikan Memberikan Slip Gaji Kepada Pekerja?

Amalan pemberian slip gaji adalah sesuatu yang sering diketepikan oleh majikan terutamanya dalam industri kecil dan sederhana. Slip gaji merekodkan dengan terperinci apa yang dibayar oleh majikan dan ini termasuklah gaji asas, faedah sampingan (jika ada), bonus, elaun dan pemotongan bagi pembayaran KWSP dan Socso. Pendekata, apa-apa jumlah yang diterima oleh pekerja bagi satu tempoh kerja itu dijelaskan menerusi slip gaji. Sebarang kekeliruan boleh dikemukakan pada pihak majikan dengan merujuk pada slip gaji yang telah diberi. Oleh itu, amalan memberikan slip gaji adalah amalan yang baik dan kegagalan berbuat demikian boleh menimbulkan prasangka yang kurang baik pada pekerja akan soal pembayaran gaji mereka.

Employment Regulations 1957

Di bawah Akta Kerja 1955, majikan diwajibkan untuk membuat rekod pembayaran gaji dan memberikan slip gaji kepada pekerja. Peruntukan ini terdapat dalam Employment Regulations 1957 yang merupakan sebahagian dari Akta Kerja 1955. Regulation 5 menyatakan apa-apa butiran yang perlu disimpan oleh majikan, manakala Regulation 9 menyatakan keperluan agar majikan memberikan slip gaji kepada pekerja.

Perlukah Majikan Memberikan Slip Gaji Kepada Pekerja?

7 thoughts on “Perlukah Majikan Memberikan Slip Gaji Kepada Pekerja?

  1. Hello,, sy mau tanya sy suda kerja selama setahun 6 bulan sy minta bos sy buat kn sy slip gaji tp bos sy tetap tidak mahu buat kn sy slip gaji..

    1. Hello Tan,

      Saya sudah terangkan dlm artikel di atas yg majikan perlu beri slip gaji jika di minta oleh pekerja. Mengapa majikan anda tidak mahu berinya, hanya dia yang tahu.

  2. sy nk tnya didalam surat perlantikan kerja sy ada menyatakan jika nk resign kena 3 bln notis jika dh confirm..mslh skrng majikan smpi skrg belum memberi confirmation letter tu.so perlukah sy patuhi syarat dgn menunggu 3 bln lg.

    1. Amnya tidak kecuali ada terma lain dalam surat itu yang menyatakan sebaliknya.
      Anda boleh minta bantuan kaunselor JTK utk bantu terjemahkan surat tersebut. Berdasarkan maklumat yang anda beri, anda cuma perlu bagi notis 4 minggu sahaja (jika gaji di bawah 2k).

  3. Salam sejahtera, saya sudah bekerja semasa saya berumur 20 tahun,setahu saya kebanyakan Restoran Cina yang sering membuat kesilapan tidak mahu memberi slip gaji kepada pekerjanya,sebab yang pertama : tidak mahu membuat laporan yang betul kepada LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI. Yang kedua: mereka mengutip tunai sahaja, enggan menerima card credit. Yang ketiga: dia ingat semua pekerja bodoh ( tak sekolah ) tak tahu nak minta slip gaji. Dan memohon kerani yang tak tahu mengenai AKTA PEKERJA sama ada dilindungi atau tidak.Bila dah kena, dia ingat dia boleh bayar atau selesai secara diluar jangkaan.

Comments are closed.