Please disable Ad Blocker before you can visit the website !!!

Prinsip-Prinsip Asas Undang-Undang Fitnah Di Malaysia

by Ismail N   ·  10 years ago  
thumbnail
undang-undang-fitnah
Gambar kredit kepada thenewsmanual.net

Prinsip-Prinsip Asas Undang-Undang Fitnah (Law Of Defamation) Dan Penggunaannya Di Malaysia

Kebelakangan ini kes-kes fitnah (defamation) sering mendapat perhatian media massa. Oleh itu, rasanya agak sesuai juga jika blog ini menulis satu artikel ringkas mengenainya. Mana tahu ada pembaca-pembaca yang yang sudah difitnah atau telah membuat fitnah and ingin mengetahui hak-hak dan tanggungan/liabiliti mereka dari segi undang-undang .

Suka saya jelaskan di sini bahawa satu tuntutan di bawah undang-undang tort fitnah ini bukan sahaja boleh diambil bagi fitnah-fitnah yang disampaikan di alam nyata atau penulisan di media-media konvensional.

Malahan, keputusan-keputusan terbaru mahkamah di Malaysia membenarkan mereka yang difitnah di media baru atau media cyber untuk mendapat gantirugi bagi sebarang fitnah atau tohmahan yang dilemparkan di sana juga.

  • Untuk rujukan bersama, blog ini ada melaporkan tuntuan gantirugi bagi fitnah yang disampaikan di laman web social Facebook baru-baru ini.

  • Anda boleh membacanya  di SINI.

  • Oleh itu, berhati-hati bila menulis atau mengeluarkan kata-kata kerana kelak padah jadinya.

Sebelum kita melihat dengan lebih mendalam pemakaian undang-undang fitnah  di Malaysia, elok juga kita mengenal pasti “Apakah itu fitnah atau defamation?“.

Menurut  kamus Oxford, A Concise Dictionary of Law, 2nd Edition, fitnah atau defamation adalah:

The publication of a statement about a person that tends to lower his reputation in the opinion of right thinking members of the community or to make them shun or avoid him– Oxford, A Concise Dictionary of Law, 2nd Edition

Dalam kata lain, ia merujuk kepada penerbitan kenyataan (lisan atau bertulis) yang mengakibatkan reputasi seseorang itu jatuh di mata masyarakat.

Contohnya: Jika A mengatakan B merogol C dan mengakibatkan B dipandang serong oleh masyarakat, maka kenyataan A itu boleh dianggap sesuatu fitnah, tertakluk kepada elemen-elemen yang digunakan di dalam undang-undang ini.

undang-undang-fitnah-2

Tort Fitnah Di Malaysia

Di Malaysia, tort fitnah wujud dalam tuntutan sivil dan jenayah. Seperti cabang-cabang undang-undang tort yang lain, prinsip-prinsip dalam undang-undang fitnah atau defamation boleh dilihat dalam common law.

Namun, di Malaysia kita juga ada Akta Fitnah 1957 (Defamation Act 1957) yang mengawal selia tuntutan fitnah di bawah undang-undang sivil.



Manakala bagi fitnah dalam undang-undang jenayah, kita akan merujuk kepada Kanun Keseksaan , Seksyen 499 hingga Seksyen 502.

kategori-fitnah

Libel Dan Slander

Fitnah atau Defamation ini boleh dikategorikan kepada dua iaitu libel dan juga slander.

  • Libel adalah fitnah-fitnah yang dilemparkan dalam bentuk yang kekal seperti di buku, majalah, video, filem, tugu dan sebagainya.
  • Manakala slander pula merujuk kepada fitnah yang disampaikan dalam bentuk kata-kata atau gerak gaya (gestures).

Agak penting mengenal pasti yang mana satu slander dan yang mana satu libel kerana undang-undang mengenakan tanggungan berbeza terhadap kedua-duanya.

Satu tuntutan bagi fitnah yang dilakukan secara slander hanya boleh dibuat jika orang yang menuntut (claimant) dapat menunjukkan kerugian khas (special damages , kecuali dalam kes-kes tertentu).

Tetapi dalam libel undang-undang menganggap kerugian telah dialami dan tuntutan boleh dibuat apabila sahaja yang dituntut membuat fitnah secara libel.

Fitnah-atau-tidak

Terdapat  tiga persoalan yang harus dilihat dan ditanya dalam menentukan samada sesuatu tuntutan fitnah boleh dibuat atau tidak.

Tiga persoalan itu adalah:-

  1. Adakah Terdapatnya Kenyataan Fitnah?
  2. Adakah Kenyataan Itu Merujuk  Kepada Orang Yang Menuntut (Claimant)?
  3. Adakah Kenyataan Itu Telah Diterbitkan Atau Sampai Ke Pengetahuan Pihak Ketiga?

Adakah Terdapatnya Kenyataan Fitnah?

Harus diingat kenyataan yang membawa kemarahan sahaja tidak mencukupi untuk dijadikan asas bagi tuntutan dalam tort fitnah.

Ia hendaklah menjatuhkan reputasi seseorang di mata masyarakat (rujuk perenggan ke dua di atas) atau telah mengakibatkan kerugian dari segi profesion seseorang.

Oleh itu, setelah dikenalpasti akan sesuatu kenyataan itu sebagai satu fitnah, maka soalan yang ditanyakan adalah: Adakah ia boleh merendahkan reputasi dan martabat orang yang difitnah di mata masyarakat?

Adakah kenyataan itu akan menyebabkan orang yang difitnah terdedah kepada kebencian, dimalukan atau kehinaaan?  (hatred, ridicule, or contempt  [Rujukan: Sim V Stretch [1936] All ER 1237 (HL).

The question, then, is whether the words in their ordinary signification are capable of being defamatory. . . Judges and text book writers alike have found difficulty in defining with precision the word ‘defamatory’. The conventional phrase exposing the plaintiff to hatred, ridicule, or contempt is probably too narrow. The question is complicated by having to consider the person or class of persons, whose reaction to the publication is the test of the wrongful character of the words used.

I do not intend to ask your Lordships to lay down a formal definition, but after collating the opinions of many authorities I propose in the present case the test: would the words tend to lower the plaintiff in the estimation of right-thinking members of society generally?. . . It is well settled that the judge must decide whether the words are capable of a defamatory meaning. That is a question of law: is there evidence of a tort? If they are capable, then the jury is to decide whether they are defamatory.” – Lord Atkins

Innuendo

Sesuatu kenyataan fitnah juga tidak semestinya bersifat terang-terangan.  Ia mungkin fitnah dalam bentuk tersirat dari yang tersurat (hidden meaning).

Namun, maksud tersirat itu harus difahami oleh orang biasa yang perkataan digunakan itu adalah suatu fitnah (Rujuk kes: Tolley v J S Fry & Sons Ltd [ 1931 ] AC 333 (HL).

Fitnah sebegini juga dikenali sebagai innuendo.

Adakah Kenyataan Itu Merujuk  Kepada Orang Yang Menuntut (Claimant)?

Untuk sesuatu tuntutan fitnah ini berjaya, pihak yang menuntut (claimant) harus menunjukkan yang kenyataan fitnah itu ditujukan kepadanya.  Jika kenyataan fitnah itu tidak merujuk kepada mana-mana orang atau organisasi yang membuat tuntutan, maka tuntutan ini tidak akan berjaya.

Namun, ini tidak bermakna jika kita tidak menamakan individu tertentu  kita akan terlepas dari tanggungan ini.

Dalam kes: J’Anson v Stewart (1787) 1 TR 478, mahkamah memutuskan bahawa kenyataan fitnah adalah merujuk kepada claimant biarpun namanya tidak disebut. Ini kerana terdapat ciri-ciri yang kukuh yang merujuk pada claimant dalam kenyataan fitnah tersebut.

Mahkamah juga mengatakan yang orang biasa yang membaca kenyataan itu pun pastinya akan merasakan bahawa kenyataan itu merujuk kepada claimant.

The court found that although the claimant had not been named, the description was so detailed and the resemblance so strong that a reasonable person reading the article who knew the claimant would assume the article was about the claimant.

Bezakan kes J’Anson v Stewart  dengan situasi ini pula: Jika pihak yang dituntut boleh menunjukkan bahawa kenyataan itu merujuk kepada orang lain yang menyerupai claimant, maka tuntutan claimant boleh diketepikan oleh mahkamah terutamanya jika orang yang menyerupai claimant telah suci hati dengan membenarkan suatu kenyataan ditulis mengenai dirinya. Rujuk kes: O’Shea v MGN Limited [2001] EMLR 943.



Adakah Kenyataan Itu Telah Diterbitkan Atau Sampai Ke Pengetahuan Pihak Ketiga?

Untuk sesuatu tuntutan fitnah berjaya ia juga perlu diterbitkan atau sampai ke pengetahuan pihak ke tiga.

Jika ia diutarakan kepada claimant tanpa didengari oleh mana-mana orang lain, maka claimant tidak boleh membuat di mahkamah.

Begitu juga apabila claimant kita mungkin tahu (not possibly foresee) yang apa yang diutarakannya akan diterbitkan di mana-mana atau apa-apa bentuk penerbitan. Ia akan dijelaskan lebih lanjut dalam topik pembelaan nanti, insya-allah.

Siapa Yang Boleh Membuat Tuntutan Fitnah?

Dalam perenggan ke sembilan di atas, ada dinyatakan yang Kenyataan Itu Hendalah Merujuk  Kepada Orang Yang Menuntut. Jika adalah tidak dibenarkan oleh undang-undang untuk kita menuntut bagi pihak yang telah mati atau keluarga terdekat atau rakan-rakan kita.

Pembelaan Dalam Kes-Kes Fitnah

Seperti undang-undang tort yang lain, terdapat pembelaan yang disediakan dalam kes-kes fitnah. Memandangkan, ia satu topik yang agak luas juga, maka saya akan cuba menulis dalan satu artikel khas di masa akan datang, insya-allah.

Namun, buat artikel kali ini, cukuplah anda tahu yang terdapat beberapa pembelaan yang wujud iaitu:

  • Justifikasi/Justification
  • Komen Yang Adil/Fair Comments
  • Keistimewaan Mutalak Dan Tertentu / Absolute and Qualified Privilege
  • Innocent Dissemination
  • Fitnah Secara Tidak Sengaja/Unintentional Defamation
  • Volenti non fit injuria

Terdapat banyak isu yang perlu dilihat dalam undang-undang ini dan saya akan cuba sedikit demi sedikit menulis di blog ini nanti. Buat masa, ini saya harap anda semua dapat faham dengan penerangan yang telah di berikan.

Terima kasih kerana melawat blog Dulu Lain Sekarang Lain. Komen dan cadangan amat di hargai.

Terima kasih.

– Prinsip-Prinsip Asas Undang-Undang Fitnah Di Malaysia
 

24 Comments

  1. ekin

    Adik sy br je 2 ari kene fitnah.. ckap die bogel2., wat maksiat.. bwak laki masuk rumah..kesian die.. mule2 fb die xprivte. Blas2 komen.. sy prvtekn.. tp x buang lg status tu.. so cm ne pendapat??

     
    1. Satu cara yang anda boleh lakukan ialah cetak semua fitnah tu dikertas dan buat lapuran polis dan minta diambil tindakan di bawah jenayah fitnah. Fitnah boleh dalam bentuk sivil dan jenayah.

       
  2. JoJo

    Salam. Nak bertanya Saudara..

    Apakah persediaan yang perlu dilakukan sebelum memfailkan suatu tuntutan saman fitnah di mahkamah?

    1. Adakah perlu membuat repot polis?
    2. Apakah perbezaan saman fitnah, tort, saman teladan dan saman gantirugi hayat?
    3. Siapakah guam yang berkemampuan dan berpengalaman kendalikan kes berkaitan?

    Teringin benar hendak tahu…

     
    1. Sebaiknya rujuk dengan peguam di kawasan anda untuk memastikan ada kes atau tidak pada pihak yg melakukan fitnah tersebut.

       

Comments are closed.