Monday,26 June,2017

Shut Down Dan Force Leave – Bolehkah Pekerja DiPaksa Mengambil Cuti Tahunan?

shutdown
Antara soalan yang kerap ditanya oleh pembaca kebelakangan ini adalah soalan yang berkaitan dengan penutupan sementara perniagaan (temporary shut down) dan samada majikan boleh memaksa pekerja mengambil cuti tahunan bila ‘shut down‘ ini berlaku.

Sebelum kita ke topik cuti tahunan itu, elok dulu kita fahami istilah ‘temporary shut down‘.

Shut Down

Penutupan perniagaan secara sementara atau ‘shut down‘ ini merujuk kepada kepada situasi dimana majikan menutup perniagaan dihari-hari tertentu terutamanya di musim perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina atau Krismas memandangkan bisness tidak mengalakkan diwaktu ini disebabkan  pelanggan sibuk bercuti.

Ini dibezakan dengan ‘stand down‘ bila pekerja diminta pulang ke rumah kerana tiada apa-apa kerja dapat diberikan/dilakukan atau berlaku bencana di tempat kerja.

Berdasarkan soalan-soalan yang kami terima, dapatlah kami simpulkan bahawa  hal ini sering berlaku dan banyak majikan yang mengamalkan shut down dimusim perayaan.

Oleh itu soalannya:

  • Adakah ‘shut down‘ ini dibenarkan oleh undang-undang?
  • Jika ya, bolehkah majikan memaksa pekerja mengambil cuti tahunan atau jika tidak ada kelayakkan lagi – mengambil cuti tanpa gaji?

Shut Down Adalah DiBenarkan Oleh Undang-Undang

Hak majikan untuk menutup kedai mereka diiktiraf oleh mahkamah di dalam kes Mahkamah Perindustrian: Goodyear (M) Bhd v National Union of Employees in Companies Manufacturing Rubber Products, July-December 1982, M.L.L.R 105

Bab ini amat jelas.

Namun, isu seterusnya bolehkah mereka mengarahkan pekerja mengambil cuti tahunan semasa shut down?

Dalam kes  Dunlop Malaysian Industries Berhad v Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Dunlop Malaysia (Award No. 76 of 1982), mahkamah menegaskan hak pekerja dengan menyatakan bahawa – Majikan tidak boleh meminta pekerja mengambil cuti tahunan kecuali atas kemahuannya sendiri.

Akan tetapi keputusan mahkamah perindustrian selepas itu agak kabur terutama bila ada terma kontrak dan perjanjian kolektif mengenai hal ini.

head scratch

Dalam kes: Kesatuan Pekerja-Pekerja Continental Tyre PJ Malaysia Sdn Bhd v Continental Tyre PJ Malaysia Sdn Bhd (Award No. 727 of 2015; Industrial Court) yang turut merujuk kepada kes Royal Selangor International Sdn Bhd v Kesatuan Kebangsaan Pekeria- Pekerja Pewter dan Kraftangan Semenaniung Malaysia, mahkamah telah memberikan sedikit idea bagaimana isu ditangani.

Mahkamah melihat:

  • Samada benar-benar wujud shut down dan ia memberi kesan ekonomi (kerugian kewangan) kepada majikan.
  • Wujudnya terma ini dalam perjanjian kolektif atau kontrak kerja.

Dalam kata lain, sebelum majikan boleh memaksa pekerja menggunakan cuti tahunan mereka bila mereka menutup operasi, kedua-dua di atas perlu ada. Ini agak subjektif dan akan sentiasa menjadi topik perbincangan dari sudut undang-undang.

Untuk pekerja, anda lihat kontrak anda atau perjanjian kolektif (jika ada) yang menyebut hal ini. Ada pengamal sumber manusia/undang-undang yang merasakan notis atau circular sudah memadai asalkan ia disebut dalam polisi syarikat dan diedarkan awal untuk maklumat pekerja. Jika ada pertikaian hal ini, terpulang kepada mahkamah untuk memutuskannya.

Untuk sudut kerugian kewangan pula, majoriti perniaga runcit (retail) mungkin boleh hujahkan bila ada perayaan, mereka akan mengalami kerugian kerana kekurangan pelanggan. Atas sebab itu, shut down adalah perkara yang wajar dilakukan.

Apa-apa pun yang penting berdasarkan keputusan mahkamah perindustrian, bukan mudah untuk majikan memaksa pekerja mengambil cuti tahunan sebegini. Biasanya, nasihat yang sering kami berikan sebagai pengamal sumber manusia kepada majikan adalah elakkan dari melakukanya. 😀

 

This Article Was Written By

ISMAIL N is the 'de facto' owner and editor-in chief of DuluLainSekarangLain.Com. A Human Resource practitioner in his normal daily life and consummate blogger in his free time. He is addicted to coffee and Manchester United. Most easily accessed via his Twitter account.

Ismail N

Leave a Comment

  • Zack Reply

    1) Kerajaan membenarkan cuti sakit selama Y hari setahun. Tetapi majikan membenarkan X hari sahaja setahun (nilai X lebih rendah dari nilai Y). Dinyatakan dalam polisi syarikat. Adakah undang – undang membenarkannya ?

    2) Majikan tidak mengiktiraf cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor pakar yang layak atas kes follow up selepas keluar wad. Adakah undang – undang membenarnya ?

    May 14, 2017, 3:50 am
    • amranbakar Reply

      Salam Zack,

      1) Adakah anda maksudkan “cuti sakit kerajaan” itu adalah cuti sakit dalam Akta Kerja 1955?. Jika ya, berdasarkan akta tersebut, cuti sakit bergaji yang wajib disediakan majikan adalah begini: 14 hari bagi yang berkhidmat kurang dari 2 tahun, 18 hari bagi yang berkhidmat 2 tahun dan kurang 5 tahun, dan 22 hari bagi yang berkhidmat 5 tahun dan lebih serta sekurang-kurang 60 hari agregat setahun kalendar jika melibatkan kes dimasukkan ke dalam wad.

      Ini adalah had minimum yang wajib diberikan oleh majikan. Jika majikan nak bagi lebih adalah terpulang dan jika ianya dinyatakan dalam kontrak perkhidmatan secara bertulis, maka majikan perlu mengikut kontrak perkhidmatan berkenaan. Jika tidak maka, majikan dikira melanggar undang-undang.

      2) Kepakaran dalam mengiktiraf kelayakan cuti sakit adalah terletak kepada doktor atau pegawai yang berdaftar (tidak termasuk bomoh o.k). Majikan sewajarnya berlapang dada dalam hal ini. Sekiranya timbul keraguan, majikan perlulah mengambil prosedur tindakan Siasatan Dalaman (Domestic Inquiry) terlebih dahulu sebelum memutuskan apa-apa tindakan yang munasabah mengenai keraguan mereka itu. Jika majikan tindakan potongan gaji atau potongan annual leave atau lain-lain tindakan, maka perlaksanaan tindakan majikan itu adalah tidak sah disisi undang-undang.

      May 21, 2017, 6:49 am
  • saiful Reply

    Assalamualaikum Encik.. boleh kah majikan memaksa pekerja bekerja waktu cuti umum dengan hanya memberi Annual leave satu hari dan tidak membayar gaji lebih masa

    April 23, 2017, 8:02 pm
  • Thomson Reply

    Dear Sir,
    Our employer closes his business for the recent CNY holidays on Monday and Tuesday. Monday is a replacement holiday but our employer requested us to use our annual leave for Tuesday. We have no choice but to sign the annual letter reluctantly, fearing retribution from our employer later on if we don’t. We would like to know whether this annual leave forms are legally bounded on us or otherwise as we signed it out of fear. Thank you.

    February 23, 2017, 2:43 pm
  • Ahmad Reply

    Majikan Telah berbincang untuk membuat shut down atas sebab mereka ingin pergi mengerjakan umrah dan sy melihat kedai mengalami masalah kewangan diatas majikan menanggung hutang yg tinggi.. sy bekerja selama setahun dan bergaji bulanan rm1000 (minimum kerajaan).. majikan ingin shut down selama 2 minggu.. jika saya mengambil cuti tahunan ia hanya 8 hari dan lgi 8 hari gaji sy burn.. dari ap yg sy baca, ” jika majikan gagal menyediakan sebarang pekerjaan kepada pekerja, majikan harus membayar gaji pekerja” dan adakah majikan perlu membayar pekerja yg menerima gaji bulanan selama mna tempoh shut down yg diberitahu itu?

    sila beri penjelasan..

    February 22, 2017, 7:40 pm
  • SYUHAIDA Reply

    Assalamualaikum Encik.

    Bagaimana pula pengiraan gaji bagi ‘stand down’, dimana pekerja diberitahu supaya tidak perlu dtg kerja disebabkan masalah elektrik? adakah perlu ditolak cuti tahunan juga?
    Terima Kasih.

    January 25, 2017, 2:32 am
  • jaja Reply

    assalamuailaikum.
    saya seorang pekerja swasta di sebuah klinik, pekerjaan sy clinic assistant. gaji saya rm1000 basic. 1 hari diberi cuti dan ot wajib setiap minggu.
    1 hari = 38.50
    1jam = 38.50
    ot 1 jam = 7.20
    pub.hol = 9.60

    skop kerja
    *daftar patient
    *dispensing ubat
    *iring patient keluar ( bukakkan pintu sesiapa yg nk masuk dlm bilik doc.
    *stand dekat penjuru pintu sampai patient habis check up. kalau lama lama lah. even kita tk fhm bhasa cina so kena tunggu jeklah.
    *cleaner every day. lap cermin, lap meja, sapu sampah, mop, Baja pokok, bersihkan alquarium, basuh singki, basuh toilet.

    wajarkah gaji dan scope keja yg diberi?

    2. setiap kali doc ambil cuti 3 hari atau seminggu , saya kena ganti berkerja pada hari cuti saya. jadi sebulan sy kena kerja tanpa rehat. hari cuti saya kena kerja separuh hari.

    3. potongan epf majikan itu, adakah sepenuhnya dari pemotongan gaji pekerja?

    4. saya nak berhenti kerja, tapi klinik tiada notif 24jam. apa yg perlu sy buat?

    October 22, 2016, 2:40 am
    • HRM Reply

      1. Saya tidak boleh komen bab ini. Gaji ni biasanya di tentukan oleh pasaran. Jika ada ramai yang sanggup buat kerja-kerja tertentu pada gaji tertentu, maka itulah yang akan ditawarkan oleh majikan.
      2. Memang tidak selesa kan? Namun, sesetengah industri memang begini keadaanya. Cuba imagine pekerja dibahagian penyelenggaraan untuk loji-loji atau kilang yang berfungsi 24 jam. Memang sukar buat pekerja dan majikan juga.
      3. Caruman ialah dari pekerja dan majikan. Boleh rujuk dengan pihak KWSP untuk maklumat lanjut dan semak caruman terkini.
      4. Perlu ikut notis yang ditetapkan.

      November 3, 2016, 11:58 pm
  • Apple Yong Reply

    bolehkah tanya Tuan,saya adalah seorang staff sudah kumpul cuti samapi 36 hari ,boleh kah saya minta dia clearanmce leave dia ,atau bring foward 6 days and another day minta staff clear habis sebelum dalam 1 tahun ?

    June 6, 2016, 10:01 am
    • HRM Reply

      Terpulang kepada polisi majikan. Kebanyakkan majikan akan mengingatkan pekerja selang beberapa bulan utk merancang cuti dan menghabiskannya sebelum akhir tahun atau cuti akan dilupuskan.

      November 3, 2016, 11:52 pm
  • titan Reply

    hoho..

    bahaya gak kalau kena shut down nih.

    March 2, 2016, 6:04 pm
    • Ismail N Reply

      Apa boleh buat. Kalau ekonomi kurang baik, biasalah keadaan ni berlaku.

      March 5, 2016, 8:39 am
  • Faizal Nizam Reply

    Sudah baca satu round. Akan baca sekali lagi untuk dapat better understanding.
    By the way. Good sharing bro.

    February 26, 2016, 2:31 am
    • Ismail N Reply

      Thanks bro.
      Sharing is caring 😀

      February 27, 2016, 12:25 am
  • maza Reply

    wah…. excellent, I just learn about it from u.

    Masa kerja kilang dulu seputar tahun 2000-2002, kerap juga cuti tahunan maza kena potong secara paksa. huk huk..

    tetapi sekarang, hik hik.. siap sanggup minta dipotong dan merayu2 mahu cuti bila musim perayaan tiba.. ahaks..

    anak2 dah besar abg mail, time cuti panjang ni ler baru nak memanjangkan langkah. hahaha

    February 25, 2016, 3:03 am
    • Ismail N Reply

      Ha ha.. ya lah kan.. dulu lain sekarang lain.
      CNY itu hari ada kena suruh ambik leave ker? or sendiri apply leave lagi 😀

      February 27, 2016, 12:24 am
  • onlajer Reply

    Saya rasa undang – undang pekerja an di Malaysia masih agak kabur.. Kerajaan sepatutnya tegas Dan berpendirian teguh tentang cuti ..

    Kesian juga pasal Ada yang sudah terpaksalah cu

    February 22, 2016, 3:00 am
    • Ismail N Reply

      Sebenarnya mahu bertegas pun susah juga. Hak majikan perlu juga dihormati dan dibenarkan beroperasi mengikut keperluan mereka. Perlu diingat jika perniagaan rugi, yang terima akibatnya adalah majikan juga. 😀

      February 24, 2016, 12:10 am
Like Our Facebook Page close[x]
Or wait 15 seconds