Friday,28 April,2017

Soalan-Soalan Akta Kerja 1955

soalan akta kerja 1955

Untuk pengetahuan para pembaca budiman, kotak komen untuk semua artikel dalam blog ini adalah di tutup secara automatik selepas 200 hari artikel diterbitkan. Ini adalah salah satu cara yang kami terpaksa laksanakan bagi menghadapi serangan SPAM  dari ‘spammers‘ yang tidak bertanggungjawab.

Oleh kerana masih ramai yang ingin bertanyakan soalan mengenai Akta Kerja 1955 dan Undang-Undang Buruh di Malaysia, maka saya terbitkan artikel ini bagi kemudahan anda bertanyakan soalan.

Mohon Kerjasama

Tolong jangan gunakan ‘Contact Form‘ atau membuat pertanyaan kerana ia kami sediakan khas untuk tujuan komunikasi kami dengan pelanggan/pengiklan. (Kos operasi blog bukanlah murah, maka penaja memang kami perlukan).

Cukuplah ‘engagement‘ antara anda semua dengan kami di blog sahaja agar kami mudah untuk kami menguruskan blog dan terus menerbitkan artikel-artikel yang kami harap dapat membantu dan memberi informasi berguna buat semua pembaca-pembaca kami.

Selain dari itu kami berharap kerjasama anda untuk tidak bertanyakan soalan-soalan/memberi komen:

  • yang diluar topik /di artikel yang tidak berkenaan
  • di Facebook page kami (yang buat masa ini belum mempunyai admin khas)
  • di akaun Twitter

Soalan Akta Kerja 1955

faedah minima akta kerja

Soalan ini paling banyak kami terima. Buat masa ini, anda boleh ajukan di kota komen di bawah sehingga tamat tempoh 200 hari nya. Baca juga artikel-artikel lepas untuk memudahkan anda faham terutamanya artikel:

Terima kasih atas kerjasama anda semua.

This Article Was Written By

ISMAIL N is the 'de facto' owner and editor-in chief of DuluLainSekarangLain.Com. A Human Resource practitioner in his normal daily life and consummate blogger in his free time. He is addicted to coffee and Manchester United. Most easily accessed via his Twitter account.

Ismail N
  • Ismail N

    Komen untuk artikel ini terpaksa saya tutup lantaran terlalu banyak komen bersifat ‘spam’ di sini. Harap maaf dan harap maklum. Terima kasih.
    Buat sementara waktu, anda boleh letakkan komen di artikel ini: https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/akta-perhubungan-perusahaan-1967

    June 2, 2016, 8:56 am
  • harizan

    Assalamualaikum… saya telah bekerja di sebuah syarikat dan belum sampai sebulan kerja. then saya dapat tawaran bekerja di tempat lain. saya memberikan notis 24 jam kerana ingin bekerja di tempat baru. majikan tidak memberikan saya kontrak bertulis untuk ditandatangani. Apabila saya hendak berhenti dia menyuruh saya untuk tandatangan kontrak tersebut dan menyuruh untuk bekerja selama 2 minggu lagi. saya tidak berbuat demikian kerana telah pulang dari tempat kerja. so dah sebulan saya tidak menerima sebarang gaji. apakah majikan boleh berbuat demikian sedangkan saya sudah memberikan notis untuk berhenti? bolehkan saya mendapatkan gaji saya?

    June 2, 2016, 3:52 am
    • HRM

      Majikan perlu bayar gaji (itu satu isu). Isu kedua ialah notis berhenti kerja. Jika anda sudah mula kerja, maka ikatan kontrak sudah bermula. Maka, bila mahu berhenti kerja, kena lah beri notis. Cuba hubungi majikan anda dan selesaikan hal ini dengan baik. Terima kasih.

      June 2, 2016, 8:53 am
  • Nasrul

    Salam
    Saya nak tanya, saya sudah memfailkan saman notis 4 minggu ke atas majikan kerana majikan memecat saya tanpa notis serta merta. Tetapi saya sudah mempunyai pekerjaan baharu dan sudah letih untuk mendapatkan pampasan gaji 4 minggu yang tidak seberapa, jadi, Bolehkah saya mengabaikan kes ini?

    June 1, 2016, 7:59 am
    • HRM

      Boleh. Tapi sebaiknya telefon sahaja dan inform IR Department agar mereka tidak buangkan masa mereka. Terima kasih.

      June 2, 2016, 8:51 am
  • Hafez Jamil

    salam sejahtera..
    saya nak tanya berkenaan cuti sakit..
    baru-baru ni saya kemalangan ditempat kerja..setelah mc 13hari baru saya dapat tahu syarikat tidak akan bayar mc saya sebab socso akan bayar..boleh ke macam tu..dia cakap dia bayar kalau saya kerja waktu mc..proses dengan socso tidak terganggu?saya diberitahu selepas saya sudah bercuti sedangkan saya memerlukan wang..apa perlu saya buat?

    May 31, 2016, 1:01 pm
    • HRM

      Boleh memang boleh. Cuma kebanyakkan syarikat selalunya tolong bayar gaji dulu dan kemudian bila claim Socso keluar mereka akan ambil dari pekerja. Prosesnya lebih rumit. That’s why majikan anda tidak mahu tolong bayar dahulu.

      May 31, 2016, 11:09 pm
  • Zamri

    Salam Tuan, Saya Seorang Jurugambar di sebuah Syarikat Theme Park, saya ingin bertanya…Adakah Ketua (Operation Manager) berhak menahan gaji saya disebabkan kelewatan saya datang kerja?.

    Staff lain semua sudah menerima gaji masing2 dan ada dikalangan mereka juga membuat kesalahan (dtg lewat kerja) yang sama tetapi menerima gaji seperti biasa, cuma saya sahaja yang ditahan dan gaji dibayar melalui cek

    Saya ada berbincang bersama ketua namun katanya saya perlu menghubungi HR namum, setelah menghubungi HR, saya di arah untuk berbincang bersama ketua(Operation Manager)?.

    Dan juga Ketua (Operation Manager) tidak membenar saya menggunakan Alamat Kamera yang disediakan sebelum ini kepada saya disebabkan kesalahan saya datang lewat ke kerja. Kelewatan yang sering saya lakukkan 10-15minit sahaja. Jadi disitu memang mengganggu kerja (tugasan) yang perlu saya lakukan, bagaimana saya ingin membuat kerja jika tiada KAMERA…

    Mohon Bantuan Pihak Tuan Memberi pendapat. Terimakasih

    May 31, 2016, 10:06 am
    • HRM

      Sudah tentu tidak boleh tangguh gaji. Ia asas dalam kontrak kerja. Lewat datang kerja atau ponteng kerja adalah isu disiplin yang perlu lalui prosedur disiplin. Tidak boleh kenakan penalty terhadap pekerja secara unilateral (tanpa pekerja membela diri dan di adili terlebih dahulu).
      Kalau mahu tahan dari guna kamera itu tidak salah, asalkan jangan salahkan pekerja pula jika tidak dapat buat kerja tanpa kamera.

      May 31, 2016, 11:13 pm
  • uthaiyakogilan

    salam tuan/puan
    Saya ingin bertanya bagaimana cara pengiraan untuk pekerja yang berkerja 8 jam sehari dan 48 seminggu ini ditetapkan adakah ianya termasuk dengan waktu rehat tidak kurang 45 minit atau tidak termasuk
    1)contohnya saya berkerja 7jam 15 minit dan mendapat 45 minit rehat= 8 jam?
    2)atau pun saya berkerja 8jam 45 minit bersertakan 45 minit rehat= 8 jam 45 minit?

    dan adakah saya layak mendapat rehat bergaji ataupun rehat tanpa gaji?

    May 30, 2016, 9:07 pm
    • HRM

      8 jam sehari atau 48 jam seminggu itu adalah masa kerja sebenar (tidak termasuk masa rehat). #2 itu betul.

      May 31, 2016, 11:15 pm
  • intan

    Salam tuan,
    Saya ingin bertanya.. Pengiraan sebenar untuk gaji yang telah di tetapkan oleh pejabat puruh macam mana ya? Adakah ini pengiraannya (RM5000/31 x 22(hari bekerja) atau (RM5000/26x 22)

    May 30, 2016, 5:16 am
    • HRM

      Pertamanya, pengiraan di atas untuk tujuan apa?
      Keduanya, berdasarkan kiraan di atas, gaji adalah RM5,000. Pekerja yang bergaji RM2,000 ke atas tidak dilindungi Akta Kerja, oleh itu perlu dirujuk kepada kontrak kerja. Terima kasih.

      May 31, 2016, 11:17 pm
  • Shahidan Yakup

    Salam Admin…berapakah had gaji maksima yang masih layak untuk membolehkan tuntututan kerja lebih masa?

    Jika sudah tidak layak bagaimana pula kiraan atau sebarang peruntukan jika pekerja bekerja lebih masa?

    May 30, 2016, 4:20 am
    • HRM

      1. RM2,000
      2. Tiada peruntukkan dari segi Akta. Itu pekerja kena runding dengan majikan dan perlu dimasukkan dalam kontrak jika kedua-dua pihak setuju. Jika tidak, majikan tidak perlu bayar pada kadar OT jika pekerja berkerja lebih masa.

      May 31, 2016, 11:19 pm
  • Norlie

    Salam,
    Saya pekerja non exec dan bergaji bawah 2k telah disuruh dtg kerja pada hari ahad dan telah diberitahu tidak akan dibayar ot dan akan diberi replacement cuti dengan alasan syarikat tiada bajet. Adakah saya boleh membuat aduan di pejabat buruh?

    May 27, 2016, 11:36 am
    • HRM

      W’salam. Ya, boleh buat aduan. Pekerja yang bergaji di bawah RM2k wajib dibayar pada kadar OT jika di minta buat kerja lebih masa.

      May 31, 2016, 11:20 pm
  • N

    Assalamualaikum En. Ismail,

    Saya ada pertanyaan mengenai cuti tanpa gaji; Ada kakitangan bercuti tanpa gaji selama 60 hari bermula dari 23 Februari 2016 sehingga 22 April 2016 (Jumaat) dan kakitangan tersebut telah masuk semula bekerja pada 25 April 2016. Untuk makluman encik, cut off date gaji kami adalah setiap 21hb hingga 20hb setiap bulan. Jadi, untuk pengiraan gaji bulan Mei, sepatutnya bermula dari 21 April 2016 hingga 20 Mei 2016. Bagi pengiraan gaji kakitangan tersebut, adakah perlu ditolak 23hb dan 24hb April 2016 (kerana dia masuk semula kerja pada 25hb) atau tidak perlu ditolak? Saya ada terbaca di dalam buku Akta Kerja 1955, cuti tanpa gaji melebihi 15 hari perlu ditolak hari cuti rehat tetapi sekiranya kurang dari 15 hari tidak perlu ditolak hari cuti rehat. Adakah ini benar? Sekiranya benar, adakah ini apply untuk kakitangan tersebut di atas? Harap encik dapat membantu.

    May 27, 2016, 2:12 am
    • HRM

      Wow, cuti tanpa gaji selama 60 hari? Pada pendapat saya, jika dia masuk kerja pada 25hb, maka kiraan gajinya perlu juga bermula dari tarikh tersebut kerana dia on ‘unpaid leave’ kan? Unless, anda mahu anggap dari 22 hb hingga 24 hb itu sebagai annual leave? Namun, AL sepatutnya dipohon terlebih dahulu.

      Mengenai 15 hari itu saya tidak aware pula. Yang saya tahu rest day tidak terpakai dalam situasi di mana pekerja dalam maternity leave, sick leave atau temporary disablement. Ia juga dalam kiraan lenght of service perkerja. Boleh bagitahu saya peruntukkan yang anda maksudkan itu? Terima kasih.

      June 1, 2016, 12:00 am
  • veno

    salam sejahtera.. baru2 ni majikan ada maklumkan bahawa kalau kerja pada public holiday takde double pay tpi diganti pada hari lain.. bole ke? perlu ke sy rujuk pejabat buruh

    May 26, 2016, 4:24 pm
    • HRM

      Jika gaji RM2k ke bawah – wajib bayar pada kadar OT. Itu ditetapkan oleh Akta.

      May 31, 2016, 11:23 pm
  • hadi

    Assalamualaikum…jika majikan menyuruh Kita memohon cuti tahunan pada Hari pelepasan am..apakah rate yg majikan perlu membayar Kita..Adakah Sama dengan Hari biasa atau double..

    May 26, 2016, 1:41 am
    • HRM

      W’salam. Rujuk artikel berkaitan dengan cuti umum. Adakah cuti umum tersebut yang dipilih oleh majikan? Jika ya, maka majikan tidak boleh minta pekerja gunakan cuti tahunan.
      Kadar gaji jika berkerja pada cuti umum adalah 3x gaji biasa.

      May 31, 2016, 11:25 pm
  • S

    Boleh ke majikan memaksa staf bekerja lebih masa tapi enggan membayar OT? Untuk sektor swasta, pengurusan pejabat.

    May 25, 2016, 8:55 am
    • HRM

      Majikan boleh minta pekerja lebih masa. Tidak boleh ‘paksa’. Namun, jika pekerja enggan melaksanakannya, ia boleh dikira sebagai ‘engkar arahan’. Majikan boleh take note dalam ‘performance appraisal’ atau ambil tindakan disiplin yang sesuai terutama jika tindakan pekerja boleh menjejaskan operasi syarikat dan dibuat tanpa alasan munsabah.
      Samada perlu dibayar OT pula, ia adalah isu lain. Ia bergantung kepada pekerja layak atau tidak kepada OT. Ini dilihat menerusi samada pekerja dilindungi oleh Akta atau jika tidak, samada ia disebut dalam kontrak kerja. Terima kasih.

      May 25, 2016, 11:59 pm
  • S

    Saya ada beberapa pertanyaan:-

    i) Jika staf dah apply cuti awal dan dah diluluskan, boleh ke majikan memotong gaji atas cuti yang dipohon tersebut? Staf belum dapat pengesahan jawatan atau apa apa surat tawaran lagi. Atau cuti yang dipohon itu tetap dikira sebagai unpaid leave?

    ii) Bagi staf yang sudah mendapat pengesahan jawatan, berapa jumlah cuti tahunan yang sepatutnya diberikan?

    May 25, 2016, 8:54 am
    • HRM

      i) Ia mungkin ‘unpaid leave’. Cuti tahunan bukan automatik. Ia perolehi menerusi tempoh perkhidmatan anda. Rujuk artikel berkenaan cuti tahunan dalam blog ini. Untuk pengesahan lanjut juga, sebaiknya anda bertanya kepada majikan atau jabatan sumber manusia jika ada.

      ii) Jumlah cuti tidak bergantung kepada pengesahan jawatan atau tidak. Ia bergantung kepada tempoh perkhidmatan. Ia juga berbeza dari setiap syarikat mengikut polisi masing-masing.

      May 26, 2016, 12:04 am
  • liz

    seorang pekerja memberi notis letak jawatan pada 23/5/2016, hari terakhir bekerja 28/5/2016,notis berhenti belum satu bulan(diserapkan sebagai kakitangan tetap) bagaimana cara pengiraan gaji untuk staff ini..adakah pengiraan elaun & ot termasuk dlm gaji bulanan.

    May 24, 2016, 12:41 am
    • HRM

      Jika notis adalah satu bulan, maka ia hendaklah berkerja selama satu bulan lagi atau membayar nilai notis itu in-lieu of notice. OT – dimasukkan dalam kiraan gaji bulanan. Elaun – bergantung kepada jenis elaun yang diberikan.

      May 26, 2016, 12:08 am
  • nurul

    hi..sy nak tnya..sy bekerja sebagai pekerja kontrak dgn 1 company kerajaan.kemudian, setelah kontrak tamat saya diberi cuti sehari sebelum sambung kontrak (tetapi ada tolakan gaji selama 1 hari tersebut). kemudian saya telah ditawarkan ke jawatan tetap bermula 1 Mei dan telah dikehendaki menandatangani surat peletakkan jawatan sebagai pekerja kontrak pada 28 april . namun, gaji saya sekali lagi ditolak sebanyak 3 hari iaitu pada 29, 30 dan 1 mei disertai dengan tolakan gaji pokok dan lain2 elaun yang ditawarkan kpd kakitangan awam . persoalan saya adakah wajar penolakan gaji-gaji tersebut tanpa dimaklumkan terlebih dahulu?

    May 22, 2016, 8:06 am
    • HRM

      Saya faham tindakan majikan anda itu. Ia untuk menunjukkan kontrak itu benar fixed term contract atau kontrak untuk jangka masa tertentu. Grace period selama beberapa hari tanpa gaji bagi menunjukkan kontrak telah tamat dan anda sebenarnya ditawarkan kontrak baru. Secara teknikalnya ia memang boleh dilaksanakan dan saya rasa banyak majikan yang buat. Terpulang kepada anda untuk terima kontrak baru itu atau tidak.

      May 26, 2016, 11:33 pm
  • reen

    Hi, saya start kerja 11/1/2016. Resign pada 13/4/2016. Sepanjang tempoh 3 bulan tersebut, saya ada dapat 2 MC. Sekali sebab demam. Sekali lagi saya pengsan di office, so saya balik. Balik tu manager minta MC sebagai bukti. Saya pergi klinik, minta MC. Settle bab tu. Kemudian, saya ada cuti pada 8/4 (Jumaat), apply awal sebab ada urusan peribadi. Unpaid leave sebab takde annual leave. Kemudian pada 11/4 (Isnin) saya ada emergency yang membabitkan family, saya terpaksa minta cuti lagi. Esoknya (12/4) , Majikan jumpa saya. Cakap saya ni pekerja bermasalah. Kemudian cakap syarikat tak benarkan staf bercuti pada hari Jumaat atau Isnin (tiada dalam offer letter). Tambahan pula, cakap saya berpura pura pengsan (rujuk kenyataan di atas) sedangkan ada bukti dari doktor. Majikan kata, kalau saya nak cuti hari Jumaat lagi, saya kena berhenti. So, saya ambil keputusan untuk berhenti(Seperti yang diminta) sebab saya memang ada rancang untuk cuti (akan datang) atas urusan Perkahwinan. Bila situasi macam ni, hingga saat ini pihak majikan cakap taknak bayar gaji saya (Komisen bulan Mac, dan baki gaji bulan April). Sedangkan, atas arahan Majikan untuk saya berhenti. Setahu saya, salah macam mana pun staf tu, masih ada prosedur untuk tegur. Contoh, amaran kali pertama dan sebagainya. Tetapi, pihak majikan terus minta saya berhenti kerja.

    May 20, 2016, 3:49 am
    • HRM

      Majikan tidak boleh minta pekerja berhenti. Kesannya sama dengan majikan memberhentikan pekerja juga – constructive dismissal. Ya, betul dalam soal disiplin, prosedur perlu dipatuhi sebelum tindakan diambil atau pekerja boleh buat aduan atas alasan penamatan kontrak secara salah (unfair dismissal).

      Hal gaji itu, anda boleh minta bantuan JTK jika pembayaran dibuat adalah tidak cukup atau tidak mematuhi terma kontrak. Terima kasih.

      May 26, 2016, 11:38 pm
  • Solehuddin

    Jika cuti umum jatuh pada work day seorang pekerja shift, dan pekerja tersebut ingin bercuti pada tarikh tersebut, adakah perlu memohon cuti, dan patutkah majikan menolak dari kelayakan cuti tahunan tersebut sedang tarikh tersebut adalah cuti umum, sekian terima kasih

    May 20, 2016, 1:06 am
    • HRM

      Pekerja tidak perlu memohon cuti tahunan pada hari cuti umum. Sebaliknya majikan yang perlu memaklumkan samada pekerja dia perlu berkerja atau tidak pada hari tersebut. Jika perlu, maka pekerja perlu dibayar pada kasar hari cuti umum. Jika tidak, maka hari tersebut dia cuti bergaji.

      May 21, 2016, 3:25 am
  • SUZIE ONGIT

    hello, saya mau bertanya perihal anak saya, dia berkerja d Pusat Pelancongan… masallahnya
    dia berkerja boleh d kata kan 24/7 sepanjang bulan…gaji cuma rm1,200.00 saja….majikan janji commission 2% tapi bila hujung bulan d bayar mengikut suka hati boss…..tak ada OT …ada kah ini boleh d lakukan oleh mana-mana majikan d sektor pelancungan? apa tindakan yang boleh d ambil supaya anak2 yang lain tak d buat sedemikian.
    terima kasih.

    May 19, 2016, 5:23 am
    • HRM

      Pertamanya, dia perlu dapatkan penjelasan bagaimana kiraan gaji dibuat. Jika perlu mohon kontrak bertulis. Majikan wajib beri dokumen yang tunjukkan terma pekerjaan ini. Jika ianya tidak dipatuhi, aduan boleh dibuat kepada Jabatan Tenaga Kerja berdekatan.

      May 21, 2016, 3:26 am
  • Nor Azlan Yaacob

    pekerja shift 12 jam sehari dimana 8 jam dikira waktu kerja biasa dan 4 jam ot.. soalan saya pekerja shift malam bekerja pada jam 6.00 pm 20.5.2016 sehingga 6.00 pagi 21.5.2016. sedangkan pada 21.5.2016 adalah cuti umum Vesak day. adakah mereka layak dibayar kerja pada hari PH..

    May 18, 2016, 5:17 pm
    • HRM

      Tidak. Untuk pekerja shift hari kerja anda bermula pada tarikh anda mulakan shift. Jika shift anda mula pada 6.00 pm 20.5.2016. Maka kerja dari waktu itu hingga tamat tempoh shift adalah kerja utk 20.05.2016. Bila anda masuk semula shift pada 6.00 pm 21.5.2016, baru dianggap kerja pada hari cuti umum.

      May 21, 2016, 7:17 am
  • Jacky

    Hi, saya ada 2 pertanyaan:-
    1, Cuti umum jatuh pada off-day/cuti umum
    Waktu kerja saya ialah 6hari/minggu, 8jam/hari. Saya ialah executive level di syarikat. Saya diberi offer “istimewa” oleh syarikat yg membenarkan saya ambil extra satu hari cuti berbayar (bukan jenis annual leave) setiap bulan pada hari Isnin, jika saya balik ke kampung pada hari Sabtu selepas tamat waktu kerja. Jika 1/5/2016 (Ahad) ialah cuti umum, cuti umum ini diganti dgn hari kerja yg berikutnya, iaitu 2/5/2016 (Isnin). Jika gantian cuti umum bertindih dgn cuti berbayar “istimewa” saya, adakah hak cuti “istimewa” saya yg boleh dinikmati sekali sebulan itu boleh diganti dgn hari kerja yg berikutnya, iaitu 3/5/2016 (Selasa)?
    2, Kerja pada hari cuti umum/off-day
    Jika executive level diminta bekerja pada hari kelepasan am yg disetujui syarikat/off-day, adakah mereka akan dibayar upah utk hari cuti mereka dan berhak kepada bayaran tambahan selain dari upahnya pada hari kelepasan am?

    May 18, 2016, 6:16 am
  • Khairul

    Salam admin..sy nk tnya dlm seminggu kita kerja selama 48jam.. Adakah 48jam tu termasuk waktu rehat kita?

    May 17, 2016, 11:57 am
    • HRM

      Tidak termasuk masa rehat.

      May 21, 2016, 7:20 am
  • Afiq

    Boleh ka syrikat sy sesuka hati buat keputusan tanpa undang-undang kelulusan dan bersetujuan dari Jabatan Tenaga Kerja dan perkerja iaitu lewat waktu masuk kerja dan masa mengira OT, kadar potongan gaji perkerja.

    Masa lewat:
    1) 10 minit atau 20 minit akan di tolak 1 jam daripada OT.
    2) 31 minit atau 60 minit akan di tolak 3 jam daripada OT.
    3) jumlah keseluruhan sebulan kelewatan masa akan dikumpur dan di tolak dengan cara x 1 jam atau 3 jam daripada OT.

    Adakah boleh majikan buat demikian atau menyalahi dari segi undang2 buruh?

    May 17, 2016, 5:08 am
    • HRM

      Salah. Majikan tidak boleh penalize pekerja dengan menolak gaji pekerja secara unilateral. Gaji itu terma paling asas. Tak boleh dipotong sesuka hati. Majikan ada dua opsyen – kira ikut masa sebenar pekerja berkerja – Rujuk artikel: Masalaah Lewat Ke Tempat Kerja. Atau ambil tindakan disiplin terhadap pekerja jika ia berulang-kali dibuat pekerja.

      May 26, 2016, 11:41 pm
  • Melisa

    Jika pekerja mengambil advance dr majikan bagi tujuan hendak balik kampung atau nak beli ubat adakah majikan berhak tolak gajipekerja walaupun ada surat persetujuan dari pekerja. Adakah dalam keadaan ini perlu disertakan dgn kebenaran bertulis dr ketua pengarah.

    May 16, 2016, 10:33 am
    • HRM

      Kalau ‘advance’, maka perlu lah dibayar balik kan? Selalunya menerusi pemotongan gaji.

      May 21, 2016, 7:20 am
  • Melisa

    Hi sy nk tanya… Jika waktu rehat staff, majikan suruh buat kerja yg diluar bidang tetapi majikan beri upah makan tengahari.

    Adakah boleh majikan buat demikian atau menyalahi dari segi undang2 buruh

    May 16, 2016, 10:32 am
    • HRM

      Memang lah salah sebenarnya sebab apa-apa kerja diluar masa perlu diBAYAR dengan kadar kerja lebih masa. Namun, terpulanglah kepada pekerja jika mahu berkrompomi dalam hal ini.

      May 21, 2016, 7:32 am
  • Que

    kalau saya bagi notis berhenti kerja dalam tempoh 24 jam boleh tak? sebab selama saya bekerja setahun, saya tidak menerima kontrak apa pun dari majikan,walaupun saya sering kali bertanya pada majikan bila mereka mahu berikan saya kontrak, tapi sering kali majikan mengabaikan pertanyaan saya, gaji saya basic rm900.00 kerja dah lebih setahun elaun takde.

    May 15, 2016, 1:42 am
    • HRM

      Tidak boleh. Perlu bagi notis ya. Rujuk artikel berkaitan dengan penamatan kontrak kerja. Jika boleh pun saya tidak galakkan mana-mana pekerja berbuat demikian. Handover kerja dengan baik kepada pekerja baru agar tidak susahkanya pula.

      May 21, 2016, 7:35 am
  • Shuhada

    Saya pkja spa ..ptot bos byr gaji 7hb..tp kami dpt notis lewat 2 ari..9hb bru dpt..ari ni dh 10hb..bila saya text bos tnya knapa..dye ckp sbb saya absent 2ari..on 8hb dan 9hb..pdahal gaji tu bulan lpas pnya..lg 1..kami kja ada commision..kwn2 saya yg rsign scara elok rmai yg xdpt gaji n commision..saya ingt nk belah cmtu ja..apa pndapat smua?

    May 10, 2016, 1:54 pm
    • HRM

      Kalau majikan begitu dan tiada sebab munasabah berbuat demikian, memang sebaiknya anda usaha cari kerja di tempat yang lebih baik lagi. Namun, berhenti cara baik Jumpa majikan dan berikan notis ssepatutnya dengannya.

      May 21, 2016, 7:37 am
  • LAMSIN

    Syarikat ada 4 orang pemandu termasuk saya.
    3 orang berjadual hari2 dan saya pula memandu 3 kali seminggu dan 3 kali dikehandaki kerja dalam memproses barang. Persoalannya 3 orang itu tidak suka kerja dalam majikan tak kisah. Saya tak suka kerja dalam tp dipaksa..
    Jawatan Pemandu Tetap itu apa maksudnya?
    Bersalahkah saya membantah arahan salah kerana saya adalah ‘Pemandu Tetap’ spt dlm perlantikan jawatan?

    May 9, 2016, 4:00 pm
    • HRM

      Nama jawatan itu tidak penting. Yang penting adalah skop kerja dalam kontrak (jika dinyatakan). Jika tidak disebut, maka majikan bebas mengarahkan pekerja melakukan multi-tasking. Ini amalan yang memang biasa dilakukan zaman ini bagi mengoptimakan masa kerja. Jika tidak patuhi arahan, maka ia dalah engkar arahan dan boleh dikenakan tindakan disiplin.

      May 21, 2016, 8:30 am
  • Shahdan B Mansyur

    Salam Tuan.
    Saya berkerja sebagai pemandu lori treler kontena, gaji pokok saya adalah RM900.00 sebulan dan dibayaran insentif (berlainan kiraan) mengikut trip jarak penghantaran per/kontena ke tempat pelanggan. Dan saya mahu bertanya beberapa soalan
    1. Berapa lamakah waktu berkerja sebagai pemandu lori dalam sehari mengikut undang-undang JTK. Adakah sama mengikut kiraan masa berkerja 8 jam sehari atau lain. Untuk maklumat Tuan saya berkerja 6 hari dalam seminggu dan berkerja lebih 10 jam sehari.
    2. Majikan akan memotong gaji sekiranya saya lewat masuk waktu berkerja melebihi jam 8.00 pagi. Majikan akan mencampurkan masa lewat datang kerja dalam sebulan dan menolak mengikut kiraan 1jam berkerja. Untuk maklumat Tuan waktu balik berkerja saya pula tidak mengikut masa, maksudnya balik berkerja setelah selesai membuat hantaran kontena ke pelanggan. Kadangkala waktu berkerja saya hingga ke 15 jam sejari. Dan majikan tidak pula membayar gaji kerja lebih masa atau apa-apa elaun tambahan.
    3. Adakah saya layak menuntut gaji kerja lebih masa (O.T) kepada majikan. Sekian
    Shah – Selangor

    May 9, 2016, 1:47 pm
    • HRM

      Masa kerja pekerja sehari adalah 8 jam sahaja (tidak termasuk masa rehat). Jika majikan MINTA pekerja berkerja lebih dari tempoh ini, maka bayaran OT hendaklah diberikan kepada pekerja.

      May 26, 2016, 11:45 pm
  • Zaril

    Assalammualaikum.

    Saya mewakili majikan dan saya ada 3 soalan yang hendak diutarakan. Soalan2nya adalah seperti berikut.

    -1) Syarikat saya beroperasi dari pukul 8.30am ~ 5.30pm. Tetapi ada beberapa orang staf saya yang selalu masuk kerja pukul 8.45am keatas. Walaupun telah diberi amaran bercakap tetapi mereka masih datang lambat. Jadi tindakan apa yang saya boleh ambil keatas mereka ini?

    2) Adakalanya bila mereka masuk lambat mereka tidak punch card tetapi waktu balik ada punch card. Apa tindakan yang bole syarikat ambil?

    3) Jika ada staf yang suka bercakap kurang ajar dengan majikan, apa tindakan yang boleh syarikat ambil?

    Sekian terima kasih

    May 9, 2016, 1:46 am
    • HRM

      1. Hal ini telah saya terangkan dulu dalam blog ini. Cadangan tindakan ada disebut dalam artikel: https://dululainsekaranglain.com/human-resources/hr-masalah-datang-lambat-ke-tempat-kerja

      2. Boleh ambil tindakan disiplin terhadap mereka. Namun, polisi mengenai punch card perlu jelas dan konsisten. Satu circular perlu dikeluarkan dan sebaiknya ditandatangani oleh semua pekerja.

      3. Boleh berikan amaran lisan, diikuti bertulis dan jika masih begitu, boleh dikenakan tindakan lebih keras seperti digantung kerja tanpa gaji.

      May 22, 2016, 8:37 am
  • Nadia

    Saya ada sedikit kemusykilan..saya sekarang sedang mengandung..baru-baru ini sy dimasukkan ke hospital kerana mengalami pendarahan..sy kena admit selama sehari kemudian mendapat mc selama seminggu..wajarkah majikan menolak mc tersebut dengan 2 alasan:-
    1) hanya menerima mc dr klinik panel sahaja..sedangkan untuk kes seperti ini klinik panel pun xboleh selesaikan..tetap perlu refer ke hospital..
    2) mereka tidak dapat terima mc yg berpunca dari kes ibu mengandung

    May 5, 2016, 12:03 pm
    • HRM

      Majikan boleh letakkan polisi yang pekerja cuma boleh pergi ke klinik panel sahaja namun ia perlu juga munasabah dengan mengambil kira jarak, kecemasan dan sebagainya. Cuba berbincang dengan majikan dan minta pertimbangan dalam soal ini.

      May 22, 2016, 8:32 am
  • MANZ

    Majikan keluarkan surat pekeliling berbunyi seperti berikut:
    PERTAMA
    Emergency leave is accepted utmost 6 days per year only due to:
    -Personal injury, accident or medical emergency
    -Death, illness, injury,accident, medical emergency relating ti the family
    -Natural disaster such as flood, fire, windstorm and etc.

    Adakah kenyataan selaras dengan peraturan dan undang Akta Kerja, 1955?

    KEDUA
    Consequently, all staffs are advised to take note of the following:
    1) Fill up MC / Emergency leave form after returning back to work. If Attendance reports show “Absent” salary will be deducted for the respective date.

    Bolehkah majikan melakukan potogan gaji seperti kenyataan di atas?

    May 5, 2016, 9:30 am
    • HRM

      PERTAMA: Ya, boleh. Tidak salah. Malah memang banyak diamalkan bagi mengawal salahguna AL dikalangan pekerja.
      KEDUA: Ya, boleh. Leave adalah tertakluk kepada approval. Jika tidak diluluskan, maka ianya adalah cuti tanpa gaji (unpaid leave).

      May 22, 2016, 8:29 am
  • ct

    Slm sy di suruh berhenti kerrja atas arahan bini bos melalaui leader sy…dan ade mcg yg di mengatakn sy pergi cari kerja laen dn ade mengatakn sy biadap dan mengata bos nasib sabar ngn sikap sy tetapi sy tiada slh ap dan tdk pernh di bg amaran n xpernh bergaduh ataw dikomplain majikn..jd sy xthu ap slh sy..dan bini bos suh sy tulis surt berhenti….wajarkah sy g mengadu?

    May 5, 2016, 6:02 am
    • HRM

      Jika disuruh berhenti tanpa sebab munasbah, maka ia adalah constructive dismissal dan salah disisi udang-undang. Rujuk JTK atau Jabatan Perhubungan Perusahaan untuk bantuan lanjut. Terima kasih.

      May 21, 2016, 8:34 am
  • linda

    assalamualaikum dan selamat pagi . saya bekerja di sebuah akademi swasta yag beroperasi dari 10 pagi hingga 8 malam . saya telah di arahkan bekerja dari jam 10 pagi hingga 7 malam dengan tempoh rehat selama 1 jam . soalan saya adakah betul kiraan jam bekerja tersebut ? kerana saya dibenarkan pulang pada jam 6 petang jika saya tidak mengambil masa 1 jam untuk rehat . bermaksud jumlah keseluruhan saya bekerja adalah 9 jam dengan rehat 1 jam atau 8 jam tanpa waktu rehat lansung .terima kasih

    May 5, 2016, 3:53 am
    • HRM

      Ya. Dibenarkan. Saya rasa setakat minum dan makan sekejap sekejap sambil berkerja tu dibenarkan oleh majikan kan?

      May 26, 2016, 11:51 pm
  • Muhammad Ikhwan

    Salam en ismail, sy ingin bertanya sekiranya sy bergaji lebih dr rm2,000 dn sy telah menghantar notis berhenti sebulan mengikut kontrak dgn majikan bolehkah majikan menolak notis sy…?? Sekiranya sy berhenti juga pd tarikh tersebut adakah sy akn dikenakan sbrg tindakkan…??

    May 5, 2016, 2:41 am
    • HRM

      Tidak boleh tolak. Jika kontrak sebut sebulan, maka sebulan lah notis. Yang penting notis disampaikan kepada majikan dan bukan orang tengah.

      May 21, 2016, 8:35 am
  • nan

    Apa pendekatan yang Majikan boleh ambil ,jika ada kakitangan yang mengambil manfaat cuti bersalin sebagai ganti notis mereka.

    May 5, 2016, 1:58 am
    • HRM

      Ini memang susah sikit. Bagi saya HR Department perlu mainkan peranan untuk memantau dan pastikan hal ini tidak berlaku. Kena communicate selalu dengan pekerja dan fahamkan mereka yang ini bukan caranya tinggalkan company & ia tidak bagus utk kerjaya mereka di masa hadapan.

      May 21, 2016, 8:38 am
  • sasa

    Assalamualaikum..good mornink i m sasa saya nk tanya kalu nk resign klu bekerja mula7/3/2016- 5/5/2016 adakah saya harus bagi notis resign kerana kuar ada 3 bulan klu saya bagu notis resign 24jam boleh ke tolong bagi pencerahan segera tq admin sebab ada die bagi sain contract pekhidmatan yg ternyata dalam contract *your employment with company may be terminated bye company or bye yorself on giving seven day notice or seven days wages in lieu of notice (lantikan 7/3/2016-6/9/2016 klu mcm boleh ker saya bagu notis resign 24 jam

    May 5, 2016, 1:06 am
    • HRM

      W’salam. Jika kontrak sudah tulis ‘seven day notice’, maka perlu beri 7 hari notis. Tak boleh tukar ke 24jam kecuali dengan persetujuan majikan.

      May 26, 2016, 11:52 pm
  • suriati

    Saya mendapat 1 job offer verbally dan di suruh mula bekerja pada 24 hb April 2016. Pada 28 hb April, saya pergi satu Final interview untuk job yang saya mengharapkan kerana lokasi yang lebih dekat dengan rumah. Semasa Final Interview, saya di terima. Offer gaji yg lebih tinggi > RM 1000 dari job sekarang, Lokasi lebih dekat, banyak benefit, masa office hour. Job sekarang, masih belum mendapat official offer letter dan saya tak sign apa-apa kontrak. Soalan saya:
    1- Adakah saya bersalah dengan majikan sekarang kerana menyatakan yang saya nak resign kerana menerima offer job yang baru ini?
    2- Bagaimana dengan notis berhenti sedangkan official lettter offer pun saya belum sign lagi?
    3- Manager saya react so unprofessional tentang perkara ini dan cuba untuk menyalahkan saya dan mempertikaikan Sick Leave saya dan medical claim saya?
    4- Adakah saya berbuat salah kerana resignation ini? Salah kah saya memilih kerja yang saya idamkan.

    May 4, 2016, 8:42 pm
  • Amirul

    Salam jika gaji melebihi 2k adakah layak mendapat ot ( dari pukul 5:30 hingga 10 malam) dan bagaimana pula kalau majikan menyuruh saya bekerja pada public holiday @ rest day tetapi tidak dibayar..bolehkah saya membuat aduan untuk tuntutan tersebut

    May 4, 2016, 2:17 pm
    • HRM

      Jika lebih 2k tu terpulang kepada kontrak kerja. Sama juga dengan kerja pada PH dan RD, rujuk kontrak anda. Agak penting bagi pekerja yang gaji lebih 2k meneliti kontrak dengan berhati-hati sebelum menandatanganinya.

      May 21, 2016, 8:45 am
  • mamajd

    boleh ke majikn menetapkan mesti memohon 7 hari sebelum untuk cuti tahunan?
    contoh, ambil cuti pada 7/7/2016, memohon cuti mesti sebelum 01/07/2016.

    May 4, 2016, 1:15 am
    • HRM

      Boleh. Cuma dalam keadaan kecemasan yang munsabah, requirement ini boleh dipertikaikan oleh pekerja.

      May 21, 2016, 8:46 am
  • sasa

    Assalamualaikum…saya nk tanya klu saya start kijo pada7/3 /2016 smpai skrg klu nk bagi notis resign secara 24 jam boleh ker

    May 4, 2016, 12:34 am
  • Nur

    Salam,
    Harap pencerahan dr penulis, (soalan ini utk mereka yang dibayar melebihi 2K)

    Seseorang(bergaji >2K) telah MC/Emergency leave, pada hari MC/EL, beliau telah meminta seorang colleague utk memaklumkan bahawa beliau mengambil MC/EL kepada superiornya. Sebelum itu, superior beliau pernah mengingatkan secara verbal bahawa sesiapa yg bercuti (EL/MC) perlu memaklumkan sendiri kepada dirinya (Superior). Memandangkan beliau menggunakan orang tengah, superior tersebut telah menolak approval cuti tersebut. (utk pengetahuan pihak penulis, superior adalah seorang pendesak, dan suka mendesak pekerja yang MC kembali bekerja walaupun sudah diberi cuti oleh doktor, itu membuatkan pekerja tidak berani memberitahunya secara terus) .Apakah tindakan pekerja dikira salah? Jika tidak, apakah tindakan yang boleh diambil terhadap superior?

    Kedua; Superior itu sering bertindak kasar, memberi kerja yg terlalu banyak sehingga terpaksa pulang melebihi waktu kerja, menjerit memaki hamun jika sesuatu yang tidak menepati citarasanya terjadi. keadaan ini tidak berlaku kepada pekerja lain kecuali Melayu/India. (Superior berbangsa cina). Jumlah kerja yang terlalu banyak menyebabkan hampir 6 org diperlukan utk back up pekerja sekiranya bercuti. Bolehkah pekerja (gaji lebih 2K) mengambil tindakan melaporkan situasi buli terhadap superior kerana bimbang wujud keadaan constructive dismissal, selain itu, pekerja juga amat tertekan, dan mengalamai tension headache/migrain akibat tekanan dari superior.

    Harap dapat membantu dgn segera. Terima kasih tuan penulis…

    May 2, 2016, 3:59 pm
  • aishah

    Assalamualaikum..saya telah menghantar notis berhenti selama sebulan,tetapi pihak majikan tidak menerima notis berhenti tersebut dan mahu saya terus bekerja di sana,seandainya saya tetap berhenti mengikut pada tarikh berhenti tersebut,adakah saya dikira sebagai melarikan diri??

    May 1, 2016, 3:06 pm
    • jamal a.samad

      salam,
      saya ingin kepastian, bekerja selama 8 jam dari jam 8-4 petang, lepas itu sambung kerja lebihmasa dari 4 -11, kalau di kira jumlah jam kerja lebihmasa (4-11 malam) = 7 jam, perlukan ditolak waktu rehat selama 1 jam (7-8 malam) jadi jumlah OT perlu bayar hanya 6 jam atau perlu bayar 7 jam kerja lebihmasa.

      May 4, 2016, 6:07 am
  • aishah

    Assalamualaikum..saya telah menghantar notis berhenti selama sebulan,tetapi pihak majikan tidak menerima notis berhenti kerja tersebut,seandainya saya tetap berhenti mengikut pada tarikh berhenti,adakah saya dikira sebagai melarikan diri???

    May 1, 2016, 3:02 pm
    • Nur

      Hi Aishah….just nak tahu, ape alasan majikan (HR) tidak terima notis tersebut? Adakah sebab boss x hantar kepada HR atau bagaimana?

      May 2, 2016, 4:06 pm
  • Melissa

    Dear Admin, mohon pencerahan ya. Saya seorang kakitangan kerajaan telah diberi kan mc mulai 27/4-6/5 (termasuk 2 hari ditahan Di wad swasta). Boleh kah mc Ini di terima oleh Jabatan Saya?Atau perlukah Saya mendptkan endorsement dr Pihak hospital kerajaan..

    May 1, 2016, 8:44 am
  • Kiniey

    Assalamualaikum. Baru2 ni saya dijangkiti chicken pox. Doktor dari klinik kerajaan memberi saya mc selama 11 hari dalam 3 slip mc, bermaksud saya berulang ke klinik sebanyak 3 kali kerana doktor ingin memastikan keadaan saya sudah sembuh atau tidak bagi mengelak berjangkit pada orang lain. Jadi saya ingin tahu salah atau tidak tindakan syarikat sekiranya mereka bertindak memotong gaji saya untuk mc selama 11 hari atas alasan tidak menggunakan khidmat klinik swasta yang berdaftar dengan pihak sumber manusia? Terima kasih.

    May 1, 2016, 3:41 am
  • James

    EN Ismail, thanks for your write up, very informative.
    My maternity hospital started 32 yrs ago. Recently forced to close as we failed to get licence renewal from KKM due to shortage of Staffs and Drs. There are 3 staffs with basic salary RM2800 and plus allowance totalled RM3100 per month, were when laid off on 16.2.2016. We offered them each RM20k compensation but they refused. They went to labour office to complain about the pampasan kerja on 27.4.2016.

    They said they are entitled to some RM63k, RM62k and RM48k each. Calculated from the first day they worked at a rate of (basic salary + allowances) x 400-600+days.
    20 days for each year of service.

    At laid off time they were aged 69, 65 and 62. Few years back when they reached retirement age, we gave them new contract on yearly basis, but they refused to sign. However we didnt terminate their service, it went on till they were laid off 16.2.16.

    Can you help answer my curiosity?
    1) Pampasan is calculated based on basic salary or total take home pay?
    2) Salary above RM2k, they are not under labour law right? So they cant claim pampasan that way at 20days wage for a year of service?
    3)Their complain on 27.4.16 is already beyond the 60days period to complain. Can we ignore their complain to labour office?
    Thank you so much.

    April 30, 2016, 1:22 am
    • Ismail N

      Thank you for your kind words James. That should inspire me to write more.
      As for your questions – To me, 20k compensation for the employees who are above 60 yrs, is very generous indeed. And yes, those with salary of RM2k are not covered by the Employment Act, ergo, they are also not covered by the Employment (Termination And Lay-Off Benefits) Regulations 1980. As such, the only remedy for them is to go to Industrial Relations Department for wrongful dismissal claim, which I don’t think there’s a case for you to answer as well, provided everything was done according to procedure. You can argue that the 60 days’ time limit has already lapsed.

      For me, you can ignore their claims. The Labour Department or Industrial Relations Department might call you to seek further explanation. Just see them and explain the situation. To avoid the case being dragged for some time, look for a win-win situation.

      Thank you.

      April 30, 2016, 2:07 am
      • James

        Thanks a lot, En Ismail.

        I need some clarification on your comment,
        “As such, the only remedy for them is to go to Industrial Relations Department for wrongful dismissal claim, which I don’t think there’s a case for you to answer as well, provided everything was done according to procedure”

        Can you please clarify, what is the reason you think they have no case against us?

        Actually, when they reached retirement age few years back we DID NOT not issue them termination letter. We only gave them new agreement for yearly contract to work, but they REFUSED to sign, and we let them continued working till laid off on 16.2.2016.

        Could you please elaborate what you meant by , “……..provided everything done according to procedure”

        Thanks.

        April 30, 2016, 1:43 pm
  • Siti Noraniza

    Adakah waktu kerja seperti dibawah dibolehkan?

    Waktu kerja adalah seperti dibawah :-
    Isnin : Offday
    Selasa : Rest Day
    Rabu : 9.30am ~ 8.00pm (1 hour lunch)
    Khamis : 9.30am ~ 8..00pm (1 hour lunch)
    Jumaat : 9.30am ~ 9.30pm (1 hour lunch + 1 hour dinner)
    Sabtu : 11.30am ~ 10.00pm (1 Hour Dinner)
    Ahad : 11.30am ~ 10.00pm (1 Hour Dinner)

    Total working hour per week :-
    9.50 hours x 4 = 38 hours
    10 hours x 1 = 10 hours
    Total = 48 hour / weeks

    Adakah aturan waktu kerja seperti ini dibolehkan?
    Adakah pekerja layak untuk menerima upah kerja lebih masa kerana perkerja berkerja lebih dari 9jam/sehari tetapi tidak melebihi 48jam/seminggu.

    Terima Kasih.

    April 29, 2016, 2:40 am
  • Yee

    Hi, saya nak tanya sikit, saya bermula bekerja di syarikat ini pada 21 Jul 2011, pada masa itu sebagai pekerja yang di bawah kontrak, jadi cuti tahunan saya 14 hari setahun. Tetapi bermula 21 Jul 2015 syarikat menukar kontrak saya sebagai pekerja tetap. Jadi, cuti tahunan saya adalah berapa hari pada tahun 2016?
    Terima kasih.

    April 28, 2016, 7:41 am
    • DLSL

      Rujuk kepada kontrak anda. Samada ianya fixed-term atau tetap, biasanya ditetapkan menerusi tempoh perkhidmatan. Jika anda dilindungi oleh Akta Kerja 1955 (gaji RM2,000 ke bawah), maka garis panduan minima tentang jumlah cuti tahunan setahun perlu dipatuhi. Rujuk artikel cuti tahunan dalam blog ini. Terima kasih.

      April 29, 2016, 11:49 pm
  • Sylvester Lijuin

    Salam ,,, Bolehkah majikan menahan gaji kita tanpa ada apa-apa pemberitahuan atau notis dari majikan, saya telah berkerja disyarikat ini setahun setengah tiba-tiba pada gaji bulan april gaji sya ditahan tanpa ada pemberitahuan atau notis,,,

    April 28, 2016, 2:28 am
    • DLSL

      Bagaimana anda tahu gaji anda ditahan jika tiada memo/notis diberikan? Mungkin ianya lewat disebabkan masaalah kewangan majikan. Cuba tanyakan majikan terlebih dahulu dan mohon penjelasan.
      Apa-apa pun memang salah untuk majikan menahan gaji pekerja tanpa alasan munasabah. Maklumat lanjut dalam artikel ‘upah dan gaji’ dalam blog ini. Terima kasih.

      April 28, 2016, 11:35 pm
  • dayang

    salam.. saya di pihak majikan, ingin bertanya
    1.please accept this letter as my formal notice of resignation effective from 18 may 2016. i hope a month notice is sufficient for you – adakah surat ini menyatakan dia akan last kerja dengan company pada 18 may 2016?
    2. tentang cuti tahunan.. dia bekerja dgn syarikat selama 6 thn. balance cuti 2016 adalah 13.5 hari. adakah saya perlu kira pro rate kena dia tender resign pada 27.4.16

    April 27, 2016, 9:52 am
    • DLSL

      1. ‘Effective from’ bermakna ‘berkuatkuasa dari’. Jika notis di bawah kontraknya adalah 1 bulan, maka hari terakhir dia berkerja adalah 1 bulan dari tarikh effectif surat – 17hb Jun 2016.
      2. Jika syarikat anda mengira cuti tahunan mengikut kalendar tahunan dan baki cutinya adalah 13.5 hari pada 1hb Januari 2016. Maka, jumlah itu perlu dicampur dengan cuti tahunan mengikut pro rata bagi tahun 2016 sehingga 17hb Jun 2016, iaitu tarikh akhir dia berkerja. Terima kasih.

      April 28, 2016, 11:41 pm
  • Lazawardi Bin Mohd Isa

    Assalamualaikum tuan,Saya telah membuat pinjaman peribadi sebanyak 42k.dan gagal membuat bayaran sebanyak 12bln.hutang tertunggak sy sebanyak 4.2k..surat saman telah dikeluarkan dan sy tidak pergi.Baru-baru ini saya telah mendapat panggilan yg mendakwa dr syarikat guaman dan menyatakan akan menyita rumah.soalan saya
    1. pinjaman saya tiada penjamin.bolehkah pihak bank menyita rumah or barang2 ibubapa saya.
    2.sekiranya proses sita berlaku.masih bolehkah menangguhkan proses sita.

    April 27, 2016, 1:00 am
    • Zurainny Ismail

      Waalaikumsalam tuan.
      Sekiranya saman telah dikeluarkan, kemungkinan besar Penghakiman telah diperolehi oleh pihak pemiutang (bank/pihak yang menyaman). Tuan hendaklah meminta salinan asal Penghakiman tersebut dan Perintah utk menyita (jika ada). Teliti semua butiran dgn terperinci, brp amaun yg dituntut & apakah harta yg hdk disita. Scr amnya:
      1. Jika rmh atau barang di bwh nama ibubapa/isteri anda, maka pihak bank x blh menyitanya
      2. Boleh, tapi itu terpulang kepada budibicara pemiutang. Tuan hendaklah segera berbincang dgn mereka ttg cara penyelesaian yg sesuai. Biasanya, mereka akan menuntut pembayaran pendahuluan yg besar utk menangguhkan proses penguatkuasaan penghakiman/perintah.

      April 29, 2016, 11:26 pm
  • qwertyuiop

    Assalamualaikum.
    Saya sudah bekerja selama 3 minggu di sebuah butik. Saya mahu bertanya adakah saya layak untuk menerima gaji untuk 3 minggu saya bekerja kerana saya telah memberikan notis seminggu awal sebelum berhenti kerja. Dan kalau majikan enggan membayar gaji saya bolehkah saya mengadu ke pejabat buruh ? Saya tidak menandatangan sebarang kontrak perjanjian lagi dan tiada perjanjian hitam putih antara majikan

    April 26, 2016, 3:30 pm
    • DLSL

      W’salam. Ramai yang bertanyakan kami akan hal ini. Namun, sebagaimana yang sering kami jelaskan: 1. Tiada kontrak bertulis, tidak bermakna tiada kontrak. 2. Di bawah Akta Kerja 1955, notis berhenti kerja untuk pekerja yg dibawah 2 tahun perkhidmatan adalah 4 minggu.
      Oleh itu, jika majikan tuntut anda utk serve notice itu, maka ia perlu dipenuhi sebelum anda boleh tuntut gaji utk masa kerja 3 minggu itu. Rujuk artikel ini juga: http://dululain.blogspot.my/2016/03/notis-berhenti-kerja-semasa-dalam.html . Ia isu berlainan tetapi agak berkaitan. Terima kasih.

      April 28, 2016, 11:52 pm
  • Diana

    saya nak tanya,

    sy baru bekerja disebuah syarikat pada 15 Nov 2015 dan contract selama 6 bln berakhir pada 16 May 2016. Gaji saya Rm2000 setiap bulan. Pihak syarikat menytakan sy tidak layak mendapat cuti tahunan.dan jika sy hendak cuti sy perlu mengambil unpaid leave.Soalan sy,adakah seorang pekerja contract layak mendapat cuti tahun walaupun dalam LO menyatakan tiada cuti tahunan untuk staff contract seperti saya.

    tq

    April 26, 2016, 2:53 am
  • AMAR FIRDAUS

    Assalamualaikum dan selamat pagi. Saya ingin bertanyakan berkenaan Cuti Ganti. Saya bekerja “shift” 12 jam sehari (siang atau malam), 4 hari seminggu (3 hari cuti), dan hari bekerja tidak menentu mengikut jadual mingguan. Akan tetapi mengikut majikan, saya tidak layak diberi sebarang cuti ganti apabila sebarang cuti umum (Hari Pekerja, Tahun Baru, Merdeka dll) jatuh pada hari cuti (Off Day). Cuti ganti hanya diberi jika cuti umum jatuh pada hari saya bekerja, namum saya juga tidak diberi sebarang upah tambahan (OT) saya bekerja dihari cuti umum tersebut. Saya ada meminta penjelasan dari majikan tetapi saya diberi jawapan bahawa kelebihan tersebut (cuti ganti) tidak tertakluk kepada yang bekerja “shift” (24 hour operation basis). Penjelasan dari pihak tuan/puan berkenaan permasalahan ini amat saya hargai. Terima kasih.

    April 26, 2016, 2:37 am
  • zulhasdee

    bolehkah majikan menyekat gaji pekerja sehingga 2,3 bulan?sehingga kontrak pekerja tamat pun gaji maseh disekat dan tidak dibayar. walaupun tempoh kontrak telah tamat selama 2 minggu.

    April 25, 2016, 5:48 pm
    • DLSL

      Gaji memang tidak boleh disekat. Boleh rujuk dengan majikan mengapa ia tidak dibayar. Jika alasan kurang munasabah, mohon bantuan Jabatan Tenaga Kerja. Terima kasih.

      April 26, 2016, 11:48 pm
  • Shee

    Assalammualaikum, saya nak bertanya. Adakah majikan berhak memanggil pekerja yang sedang bercuti datang masuk bekerja? Jika perkerja tidak mahu masuk bekerja semasa dia sedang bercuti, adakah majikan berhak memotong gaji pekerja tersebut? Kalau setakat suruh masuk bekerja untuk cari dokumen, releven ke? Lepas tu nak potong gaji kalau taknak masuk.

    April 25, 2016, 1:49 pm
    • DLSL

      Jika cuti sudah diluluskan, sudah tentunya tidak boleh. Namun, majikan boleh minta pekerja datang jika perlu untuk membantu. Jika tidak pekerja tidak mahu, tidak boleh potong gaji atau ambil tindakan disiplin sebab majikan yang lulusakan cuti. Yang boeh majikan buat ialah take note dan ambil pertimbangan ini semasa buat performance apprisal. Ini ada kena mengena dengan soal tanggungjawab dan komitmen kepada kerja.

      April 26, 2016, 11:52 pm
  • abil

    Saya ingin bertanya. Saya merupakan pekerja kontrak.

    Jika saya kehilangan ahli keluarga terdekat (Nenek), layakkah saya mendapat cuti kematian? Jika layak, berapa hari?

    ada kah tertulis dalam akta? ataupun ianya bergantung pada budi bicara majikan?

    April 25, 2016, 3:25 am
    • DLSL

      Terpulang kepada polisi syarikat mahu beri atau tidak. Ianya tidak diwajibkan oleh undang-undang.

      April 26, 2016, 11:53 pm
  • masni

    sepatutnya kena siasat sebab dinyatakan dalam buku panduan pekerja syarikat. pekerja sudah tidak hadir lebih dari 2hari. tiada call, sms, whatsapp, email or surat berdaftar dari majikan. pekerja sudah tidak hadir dari Julai 2015. surat saman dibawah JTK dikeluarkan pada Disember 2015. majikan caj pekerja berhenti tanpa notis seperti termaktub dalam kontrak. jadi buku panduan pekerja masih boleh digunakan untuk pertahankan diri ke? majikan tidak buat seperti didalam buku panduan tersebut. majikan juga tidak ada bukti yg dia buat seperti dalam prosedur. jadi bagaimana? kesalahan masih pada pekerja tersebut? pekerja tersebut tetap kena bayar ganti rugi ke? tidak adil bukan?

    April 22, 2016, 12:21 am
  • masni

    jadi bagaimana pulak kalau tidak pernah ada sebarang siasatan terhadap pekerja yg ponteng tu tapi terus kepada saman dibawah JTK? bagaimana pulak hak pekerja yg teraniaya? selepas segala bukti2 dikeluarkan tapi keputusan tetap pekerja bersalah, di mana akta yg melindungi pekerja teraniaya? pekerja telah langgar kontrak tapi majikan langgar prosedur, macam mana? sefahaman saya, jika pekerja ponteng – majikan perlu call or at least sms tapi semua itu tidak ada. jika call or sms tiada respon, mereka boleh email or hantar surat berdaftar untuk cari pekerja tersebut. masih tiada jawapan, mereka boleh cari dirumah. tapi itu semua majikan tidak buat. majikan terus saman dan minta ganti rugi. boleh ke macam tu? bukan ke itu langgar prosedur? kesalahan juga kan?

    April 22, 2016, 12:04 am
  • Zanariah Binti Ahmad

    As salam. Bolehkah majikan mengarahkan saya bekerja pada hari cuti umum ,Hari Vesak tanpa bayaran tambahan 2x gaji harian utk 8jam kerana mengantikan cuti itu pada hari lain. Buat pengetahuan Tuan , Hari Vesak telah diwartakan sebagai cuti umum oleh syarikat.

    April 21, 2016, 5:24 pm
    • DLSL

      Kalau sudah pilih Hari Wesak sebagai cuti umum syarikat, maka perlu bayar ikut kadar yang ditetapkan. Tidak boleh tiba-tiba ubah dengan cuti lain. Namun, jika pekerja bersetuju pula maka tiada masaalah. Yang penting kedua-dua pihak ok.

      April 28, 2016, 11:55 pm
  • masni

    Maafkan saya, maksud “yang mana boleh digunakan?” ialah.. kenapa ada berbeza clause dalam kontrak dan buku panduan pekerja? bukan sepatutnya sama ke? kalau pekerja langgar kontrak, buku panduan pekerja boleh digunakan sebagai rujukan ke? mohon pencerahan… tq

    April 21, 2016, 6:44 am
    • DLSL

      Penamatan kontrak atas sebab notis dan tidak datang kerja adalah dua perkara berbeza. Notis ialah bila salah satu pihak mengistiharkan niat untuk menamatkan kontrak. Tidak hadir kerja pula adalah kesalahan dari segi disiplin dan perlu ada prosedur siasatan terlebih dahulu. Rujuk artikel ini: https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/akibat-ponteng-kerja

      Kedua-duanya kontrak dan polisi syarikat adalah mengikat pekerja terutama jika kontrak menyebut bahawa pekerja perlu mematuhi polisi/panduan kerja.

      April 21, 2016, 11:44 pm
  • masni

    salam.. nama saya masni.. saya nak tanya.. kalau dalam kontrak, notis perletakan jawatan selepas confirm ialah 2bulan manakala dalam buku panduan pekerja pulak menyatakan jika pekerja tidak hadir selama 2hari or lebih berturut-turut tanpa memberitahu pihak majikan, secara automatiknya pekerja tersebut diberhentikan.. mohon pencerahan.. yang mana boleh digunakan?

    April 21, 2016, 6:22 am
    • DLSL

      Jawapan adalah sebagaimana di atas. Terima kasih.

      April 21, 2016, 11:45 pm
  • amy

    Hi, apakah tindakan yg perlu saya lakukan: ketua jabatan tidak mewarwarkan jawatan saya kepada staff baru bawahan saya. Carta organisasi jabatan juga tidak diletakkan nama,jawatan sebenar selepas kenaikan pangkat. Menyebabkan staff baru bawahan saya memandang rendah, tidak hormat arahan. Sebelum ini. Saya membuat aduan dijabatan buruh atas sebab tekanan kerja,diskriminasi dan konspirasi ketua jabatan utk saya meletakkan jawatan dengan rela hati. Selepas aduan dan kehadiran jabatan buruh dtg utk mendamaikan. Saya. Di layan seperti tidak dihargai seolah saya melakukan jenayah kerana membuat aduan. Apa perlu saya lakukan?

    April 20, 2016, 10:40 pm
    • DLSL

      Ini tidak ada dalam undang-undang. Ia lebih kepada soal pengurusan syarikat. Soal dalaman – internal matter. Disini anda hendaklah menunjukkan ciri-ciri sebagai pegawai senior di syarikat. Biarpun pegawai atasan tidak menjalankan tugasnya tidak bermakna isu sebegini tidak boleh diatasi. Ini adalah ujian kepimpinan/management untuk anda. Jika anda boleh mengurus staff bawahan tanpa bantuan dari boss anda, maka ciri-ciri seorang pengurus sudah ada dalam anda.

      Bila pangkat semakin tinggi, kerja sebenarnya makin kurang. Akan tetapi tanggungjawab menjadi lebih besar dan ujian lebih berat. Baca juga artikel ini ya: https://dululainsekaranglain.com/human-resources/do-you-have-the-potential-to-become-a-hr-manager

      April 21, 2016, 11:51 pm
  • awang

    salam…nak bertanya…adik sy bekerja di tadika nuri…kmudian mndapat tawarn kerja di tadika kemas…masalahnye adik sy meletakkan notis kurang tujuh hari drp 1bln…bole ke klu adik sy gunekan cuti tahunan di dalam notis tu….

    April 20, 2016, 11:15 am
    • DLSL

      Asalkan masih ada kelayakkan cuti tahunan, ia boleh dimohon kepada pihak pengurusan. Harap anda juga tidak melihat isu pada kontrak dan undang-undang sahaja. Ingat boss itu manusia juga. Ada soft spot dan budibicara. Suruh adik anda berjumpa dan mintak belas simpati. Majikan boleh waive notice jika mahu. Mungkin dia akan minta proper handover yang segera. Tetapi semua ini boleh dirunding. Tak perlu ada pertikaian.

      April 21, 2016, 11:54 pm
  • Haris

    Salam tuan,

    Saya ada berhutang loan kereta dengan sebuah bank tempatan. Kes lebih kurang 13 tahun dahulu. Bebaru ni pihak bank ada call isteri sy (kami baru berkahwin 4 thn) menyatakan untuk dtg menyita harta beliau. Sy kini tinggal dirumah isteri sy, dan segala harta adalah miliknya. Memandangkan sy sudah lama black list, sy hanya bekerja sendiri dan tiada harta benda sendiri.

    Soalan sy: Bolehkan pihak bank menyita harta beliau(isteri) sy sedangkan hutang sy tersebut berlaku sebelum sy berkahwin dgn dia.

    Terima kasih.

    April 20, 2016, 5:30 am
    • Zurainny Ismail

      Kalau harta tersebut di bawah nama isteri, maka sepatutnya mereka x blh menyita harta milik isteri anda. ‘Call’ yg sedemikian adalah salah satu taktik ugutan. Kalau Perintah Mahkamah (cthnya Order for Seizure & Sale), baru serius.

      April 20, 2016, 6:40 am
  • mammuda

    Saya ingin bertanya..saya pekerja kontak didalam tapak peojek..
    Soalan saya..
    1:Boleh kah majikan menunda cuti sakit pekerjanya sehingga projek siap atau tamat kontrak baru dibayar cuti sakit yg ditunda tersebut..sedangkan didalam masa sakit pekerja tersebut memerlukan wang utk perbelanjaan..
    2:Ada kah diboleh kan cuti sakit yg diiktiraf oleh doktor kerajaan tidak diperakui oleh majikan dan tidak dibayar..ianya diiktiraf sebagai cuti sakit tanpa gaji..cuti sakit hanya dibayar jika melalui klinik panel.
    3:Sekiranya saya bekerja pd hari minggu..sepatutnya ianya dibayar dua kali dari gaji biasa..
    Persolanya..jika dlm minggu tersebut saya absent seharii..gaji pd hari minggu yg mana saya bekerja hanya dibayar sebagai kerja hari biasa..adakah ianya diboleh kan..
    Semoga mendapat pencerahan dari Tuan
    Sekian terima kasih.

    April 19, 2016, 2:52 pm
    • DLSL

      1. Cuti sakit yang disahkan oleh klinik panel tidak boleh ditolak oleh majikan. Namun, jika bukan panel atau hospital/klinik yang dibenarkan syarikat, maka majikan ada budibicara.

      2. Biasanya hospital kerajaan sepatutnya diterima oleh majikan. Klinik lain ya mungkin boleh ditolak. Majikan boleh tetapkan polisi begini cuma anda boleh complaint kepada JTK atas alasan prosedur tersebut tidak munsabah/adil kepada pekerja.

      3. Jika hari minggu itu adalah hari rehat anda, maka ia perlu dibayar pada kadar hari rehat. Soal yang anda absent dan gaji dibayar normal, itu sebaiknya anda rujuk dulu majikan dan tanya alasan mereka. Saya perlu sebab dahulu sebelum saya komen. Terima kasih.

      April 22, 2016, 12:00 am
  • Izumi

    Assalamualaikum En. Ismail,

    Adik saya baru sahaja menamatkan Latihan Industri di sebuah syarikat. Saya namakan syarikat ini sebagai Syarikat S. Beberapa minggu sebelum tamat Latihan Industri, Syarikat S mengatakan mereka ingin mengambil adik saya sebagai pekerja, tetapi disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu, Syarikat S telah membekukan pengambilan pekerja tetap dan kontrak terus (permanent and direct contract). Pekerja akan diambil melalui pihak ketiga (third party). Ketika diberitahu, saya memberitahu adik bahawa proses ini adalah biasa, dan saya juga pernah bekerja dengan agensi pekerjaan di mana kontrak adalah antara pekerja dengan agensi dan bukan dengan syarikat . Pihak ketiga (mari namakan mereka sebagai Syarikat P) sepatutnya memberikan kontrak kerja pada 11 April 2016 (hari pertama), tetapi kontrak hanya diserahkan semalam (18 April 2016). Disebabkan kontrak yang agak tebal (20 muka surat tidak termasuk lampiran), adik saya meminta saya meneliti kontrak tersebut. Saya mendapati kontrak ialah Kontrak bagi perkhidmatan perundingan (Contract for Consultancy Services).

    Terma dan syarat dalam kontrak tersebut seolah-olah adik saya adalah sebuah syarikat, dengan antara lain klaus “Liabilities and Indemnities”. Tetapi yang agak mengejutkan kami ialah:

    a) Tiada caruman KWSP, SOSCO dan Potongan Cukai Berjadual kerana status pekerja sebagai perunding dan perunding bertanggungjawab sendiri terhadap carumannya.
    b) Bayaran gaji berdasarkan invois yang akan disediakan oleh Syarikat P (bagi pihak adik saya) untuk dihantar ke Syarikat P semula, dan gaji akan dibayar dalam masa 30 hari bekerja selepas invois diterima. Bermakna, gaji hanya akan diterima sebulan setengah selepas tarikh penghantaran invois. Untuk makluman, gaji bulanan yang ditawarkan ialah MYR 2,300.
    c) Tiada terma mengenai cuti tahunan (annual leave) dan cuti sakit (sick leave) meskipun kontrak untuk 12 bulan
    d) Terma pemberhentian: syarikat P boleh menamatkan kontrak dalam masa 14 hari, manakala perunding perlu memberikan notis 3 bulan untuk penamatan kontrak

    Terdapat juga beberapa terma yang saya rasakan kurang masuk akal memandangkan adik (walaupun sekiranya saya menerima status sebagai perunding) tidak trading as company, but as sole/individual. Tetapi terma seperti tersenarai di atas merupakan terma-terma yang saya rasakan sangat berat sebelah dan tidak adil bagi adik, tidak kira apa statusnya. Syarikat S (sebagai Client kepada syarikat P) seperti tidak tahu-menahu, dan urusan antara pekerja kerana syarikat P tiada kena mengena dengan Syarikat S.

    Soalan saya: Kami bimbang dengan terma caruman KWSP & SOCSO, jadi adakah boleh kami memanjangkan pertanyaan kami kepada pejabat buruh / KWSP? Dan adakah mereka akan/boleh membantu?

    Terima kasih En. Ismail. Semoga diberkati Allah.

    April 19, 2016, 11:11 am
    • Ismail N

      Dalam kontrak ada ‘offer’ dan ‘acceptance’. Meaning jika anda rasa ianya tidak sesuai untuk anda, either for short term atau long term, anda should avoid signing the contract sebab selepas tandatangan ianya akan mengikat.

      Saya aware akan kewujudan kontrak sebegini. Saya ada tulisnya dalam artikel ini: https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/undang-undang-buruh-kontrak-pekerjaan

      Akan tetapi, penggunaan agensi membuatkan status pekerja menjadi kabur sedikit kerana ada lapisan between syarikat yang mengajikan dengan syarikat tempat kerja dilaksanakan.

      Syarikat yang mengaji boleh argue, adik anda di bawah contract for service kerana mereka tidak mengawalnya. Mereka cuma inform dia untuk pergi ke lokasi tertentu dan dia harus buat apa yang patut dan cukup bulan company S akan bayar mereka. If this arguement stand in the court of law, then tiada masaalah dari segi kontrak itu. Tak perlu bayar EPF, Socso, etc. Cuma bayar servis menerusi payment voucher sahaja seolah-olah adik anda seorang kontraktor yang menjalankan spesifik projek untuk syarikat P. Tiada masaalah, Tak perlu sebagai syarikat sebab individu pun ada legal entity sendiri.

      Saya tiada bahan rujukan utk kes sebegini. Perlu rujuk keputusan mahkamah, itu pun jika ia pernah dibawa ke mahkamah. Namun, the fact that ada lagi agensi sebegini mungkin kontrak sebegini masih valid lagi dan boleh diguna pakai.

      Saya tidak rasa kes ini sesuai dirujuk ke EPF atau JTK kerana mereka sudah pun bagitahu syarat-syarat mereka dengan jelas kepada adik anda. Ia bukan kes mereka diam-diam tak bayar EPF atau Socso. Mereka sudah bentangkan terma mereka. Up to your sister untuk accept or not.

      Jika perlu pengalaman kerja dan gaji, maybe dia boleh kerja dahulu dan later cari kerja yang sesuai dengan employment contract yang sebenar. Jika boleh tunggu, then, reject the contract dan cari peluang kerja di tempat lain.

      My 5 cents. 😀

      April 20, 2016, 9:31 am
  • Zukfeli

    As salam Tuan Ismail,

    Saya mempunyai masalah pinjaman peribadi daripada salah sebuah bank, saya telah membuat pinjaman sebanyak RM13k pada tahun 2008 dan bayaran tamat pada tahun 2013 dengan kadar faedah 16% setahun. Setelah saya buat pinjaman, saya mempunyai masalah pekerjaan ketika itu dan tidak dapat teruskan pembayaran. Pada akhir tahun 2015, tunggakkan bertambah sehingga RM 21k. Sekarang ini saya mempunyai kewangan yang sikit kukuh dan ingin membuat pembayaran balik.
    Soalan saya, apakah cara yang terbaik untuk saya buat pembayaran balik tanpa atau sedikit membayar kadar feadah yang dikenakan keatas saya selain melakukan pembayaran penuh.
    Nasihat dan cadangan tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

    April 19, 2016, 10:05 am
    • Zurainny Ismail

      En Zukfeli, biasanya apabila akaun sdh tertunggak sedemikian lama, pihak bank telah melantik agen/firma guaman untuk menguruskan tuntutan. Sekiranya anda x tahu siapa yg mnguruskan akaun anda, maka saya syorkan anda segera ke bank tersebut & dptkan maklumat tepat ttg siapa yg patut dihubungi utk membincangkan soal pembayaran. Biasanya, anda blh mendapat diskaun sekiranya anda blh membuat byrn pendahuluan yg besar (lebih besar amaun yg anda byr, maka lebih besar jg diskaun yg blh anda minta), dan bakinya blh dibayar melalui bayaran ansuran di antara 6 – 24 bln. Jgn segan utk tawar-menawar ya (mulakan dgn diskaun sekurang2nya 50% jika anda mampu membuat byrn pendahuluan yg besar). Walau bagaimanapun, semua ini bergantung kpd polisi bank. Semoga berjaya. 😀

      April 20, 2016, 5:45 am
      • Zukfeli

        Puan Zurainny,

        Berbanyak-banyak terima kasih diatas penjelasan anda.

        April 26, 2016, 5:55 am
        • Zurainny Ismail

          Sama2 En Zukfeli, semoga berjaya. 😀

          April 26, 2016, 6:53 am
  • nur

    Assalam.. saya sedikit confius.. soalan yang pertama saya nak tanya, kalau gaji 1600 sebulan, macam mana kaedah pengiraan dia ye ? saya ade lihat cara pengiraan, tp memang kena bahagi 26hr bekerja ke ? sbb saya tengok untuk bulan 4 ni sampai 30hb, sedangkan saya cuma cuti 1hr (unpaid leave) bulan ni.. Kemudian soalan yang kedua, waktu bekerja saya 8.30am-6.00pm (sudah termasuk waktu lunch), sabtu-ahad memang cuti. jd bagaimana cara pengiraan bagi pekerja yang baru bekerja di sebuah company yang baru, adekah perlu kira hari bekerja saje ke, atau kira sabtu-ahad ? ke tolak sabtu-ahad tu ? mohon penjelasan dan tunjuk ajar.. 🙂

    April 19, 2016, 4:37 am
    • DLSL

      Amnya ialah bahagi dengan 26 utk dapatkan ORP.
      Namun kalau untuk tujuan kiraan ‘upaid leave’ dibahagi dengan jumlah hari dalam sebulan tidak menjadi kesalahan.
      Tapi utk tujuan kiraan OT, wajib ORP diperolehi dengan gaji pokok dibahagi dengan 26.

      April 20, 2016, 5:23 am
  • Nasyra

    Ok. Terima kasih En Ismail. untuk soalan pertama, mereka bergaji bulan. Ini bermakna sekiranya mereka cuti tanpa gaji secara berterusan selama dua bulan, hari sabtu dan ahad perlu di bayar gaji? Begitu ye? Contoh mereka bercuti dari bulan Januari sehingga Februari 2016.

    Maaf bertanya lagi, sebab kakitangan syarikat sering bercuti tanpa gaji untuk tempoh lebih sebulan.

    April 19, 2016, 3:26 am
    • Ismail N

      Ya. Untuk yang bergaji bulan hari rehat mereka ialah hari rehat bergaji.

      April 20, 2016, 5:20 am
  • Nasyra

    Assalamualaikum En Ismail,

    Syarikat saya baru sahaja menubuhkan jabatan HR dan banyak perkara yang kami perlu belajar. Saya ingin bertanya
    1. Bagaimanakah pengiraan gaji bagi pekerja bercuti tanpa gaji selama lebih kurang 2 minggu. Adakah tolakan termasuk hari Sabtu dan Ahad (Sabtu dan Ahad tidak bekerja) dan bagaimana pula pengiraan cuti tanpa gaji selama 2 bulan?
    2. Ada kakitangan wanita yang telah bersalin anak ke-6 dan majikan tidak membayar gaji nya kerana menurut akta bayaran sehingga anak yang ke-5 sahaja. Bagaimana pengiraannya dan adakah ini betul?
    3. Ada kakitangan kontrak yang bercuti tanpa gaji dari 6 April sehingga tamat kontrak iaitu 21 April. Bagaimana pengiraan nya? Adakah tolakan termasuk hari Sabtu dan Ahad atau tidak.

    Mohon bantuan. Terima kasih

    April 18, 2016, 9:15 am
    • Ismail N

      1. Pertamanya – pekerja itu bergaji bulan atau bergaji hari? Jika bergaji hari, maka sabtu & ahad pun tidak perlu dibayar gaji. Jika bergaji bulan, maka hari rehatnya (sabtu & ahad) perlu dibayar gaji. Sama juga dengan cuti selama dua bulan itu.

      2. Ya, jika anak ke-6 tidak perlu dibayar elaun bersalin lagi. Maka cuti bersalin ialah unpaid. Namun, tidak salah jika majikan mahu membayar gaji jika mahu.

      3. Sama dengan #1. Kecuali jika sedang serve notice, yang mana notis perlu dibayar bagi setiap hari yang tidak hadir. Namun, jika majikan mahu waive & approve pun tiada masaalah juga.

      April 19, 2016, 2:21 am
  • Latifah

    Salam Tuan,
    Mohon pencerahan tentang kiraan OT
    1.Basic/26/8 X 1.5 setiap hari ot selepas tugasan 8 jam
    2. PH ialah basic harian (+) 2 X gaji (Betul/salah)
    3. Cuti OFFDAY Basic harian (+) 1 hari gaji + 2 gaji (Betul/salah)
    4. Kiraan OT tersebut ADAKAH dicampur sekali dengan elaun makan/elaun night shift/elaun kehadiran?
    Maaf tuan. Mohon pencerahan tuan. Saya dah scrool tapi tak dapat jawaban yang pasti

    April 18, 2016, 6:03 am
    • Ismail N

      1. Ok
      2. Betul jika kerja 8 jam/normal working hour pada PH
      3. Rest Day (RD) – 1 + 1 utk kerja 8 jam/normal working hour pada RD/Hari Rehat
      4. Tidak

      April 18, 2016, 7:45 am
  • Muhammad Khairuddin

    Assalammualaikum tuan,

    Sekiranya saya mahu berhenti kerja dan mahu offsetkan cuti tahunan saya, adakah dibenarkan?
    Majikan saya telah mengugut mahu saya kerja sampai habis notis walaupon sy dah sign offer letter dgn company lain. Alasan majikan, dia akan bayar, sebab dia takut tak sempat transfer knowledge or cari pekerja baru

    April 17, 2016, 3:56 pm
    • Ismail N

      Jika, anda dilindungi Akta Kerja 1955 (bergaji RM2k ke bawah), ya ada peruntukkan dibawah Akta Kerja yang mengatakan anda boleh gunakan baki cuti tahunan untuk menggantikan notis.

      Namun jika tidak, maka peruntukkan kontrak perlu diikuti. Selalunya majikan mahu pekerja serve notice bagi tujuan handover of duties. Cuba nego dgn majikan baru dan minta tangguhkan hari utk report duty. Walaupun anda ada peluang baru dengan majikan baru, sebaiknya jangan tinggalkan majikan yang lama dalam keadaan yang keruh. Uruskan hand over sebaiknya. Ia bagus untuk rekod/CV anda. Zaman skrg banyak syarikat suka buat background check. So kekalkan hubungan yang baik dengan setiap majikan.

      April 19, 2016, 2:29 am
  • fareez idzuan

    Assalamualaikum.

    Saya sudah bekerja di syarikat swasta selama lebih kurang 7 bulan. Sekarang ini, selama 7 bulan syarikat di tempat saya tidak mencarum gaji pekerja ke KWSP kerana kata mereka syarikat mereka belum berdaftar lagi dengan pihak SSM untuk establish sendirian berhad (sdn bhd).

    Offer letter pun tiada. Sekarang pihak management syarikat saya sudah memaklumkan pada saya bahawa saya sudah confirm daripada tempoh latihan melalui lisan.

    Jadi, saya ingin bertanya sesuatu adakah syarikat tempat saya bekerja itu boleh dikenakan apa-apa tindakan disebabkan tiada caruman dibuat (sekarang bulan April baru dapat sdn bhd)?

    Adakah boleh saya memberi notis resign 24 jam atau seminggu kerana tiada dokumen hitam putih seperti offer letter dan confirmation letter?

    April 15, 2016, 6:49 am
  • shila

    Assalamualaikum…mintak maaf nk brtanya….waktu kerja 8 jam/hari termasuk rehat atau tidak ?

    April 15, 2016, 6:49 am
    • Mr Formality

      Tidak termasuk masa rehat. Majikan misalnya boleh menyuruh pekerja berkerja selama 10 jam sehari dengan 2 jam rehat.
      Alternatifnya, mengatur agar pekerja berkerja selama 48 jam seminggu tidak termasuk masa rehat.

      April 17, 2016, 11:31 pm
  • filza

    Hi saya nak tanya,
    Saya nak letak jawatan tetapi dlm contract saya notis 3 bulan.
    Tetapi saya belum sign contract tersebut.
    Bolehkah saya bagi notis sebulan atau 24jam.

    Terima kasih

    April 15, 2016, 3:09 am
  • Hidayah

    Salam,sy nak dapatkan pencerahan berkaitan probationer staff:
    a) Adakah meraka tidak layak langsung untuk mendapat cuti tahunan (dikira secara pro rata)?

    b) Adakah pihak majikan boleh menyambung tempoh percubaan dgn alasan syarikat tidak mampu untuk menyerap begitu ramai pekerja dlm tempoh percubaan kpd pekerja tetap?

    Mohon penjelasan. Terima kasih.

    April 14, 2016, 10:08 am
    • Mr Formality

      Sebaiknya buat DI dulu. Lihat juga rekod terdahulu, jawatan yang disandangnya (melibatkan soal confidentiality atau tidak) dan decide samada hukuman buang kerja adalah sesuai/reasonable buatnya. Kunci nya ialah ‘munasabah’ atau tidak.
      Jika ia agak keras, maka beri hukuman lebih ringan dahulu seperti digantung kerja tanpa gaji selama dua minggu misalnya.

      April 18, 2016, 7:39 am
      • Hidayah

        Maaf, saya merasakan jawapan yang diberikan tidak menjawab soalan yang saya utarakan di sini:
        a) Saya bertanyakan hak tentang kelayakan probationer staff untuk mendapatkan peruntukan cuti tahunan daripada majikan yang dikira secara pro rata dan juga;

        b) Mengenai adakah pihak majikan boleh menyambung tempoh percubaan dgn alasan syarikat tidak mampu untuk menyerap begitu ramai pekerja dlm tempoh percubaan kpd pekerja tetap?

        April 18, 2016, 10:34 am
        • Mr Formality

          Maaf, sedikit kekeliruan. Terlalu banyak komen yang masuk.
          a) Ia bergantung dengan kontrak dan polisi syarikat. Akta Kerja pun tidak mewajibkan diberikan AL secara pro-rata kecuali bagi mereka yang sudah berikan notis berhenti kerja + belum cukup setahun perkhidmatan.
          b) Boleh dan tiada had berapa lama majikan mahu sambung tempoh percubaan. Namun, bila ada dispute/pertikaian, mahkamah akan lihat juga faktor-faktor lain dan latar belakang isu. Apa yang tertulis di kontrak dan surat menyurat tidak semestinya diikuti bulat-bulat oleh mahkamah.

          April 19, 2016, 2:38 am
  • Farra

    Assalam. Saya ingin bertanya jika syarikat meminta saya transfer ke cawangan yang lain (KL) sedangkan syarikat tahu saya sedang hamil sekarang 28minggu, apa yang patut saya lakukan.?
    Dan jika syarikat meminta saya untuk berhenti apa yang perlu saya lakukan?

    Minta pencerahan. Terima kasih.

    April 14, 2016, 8:00 am
    • Ismail N

      Tulis surat kepada majikan dan mohon pertimbangan dari mereka. Lampirkan surat dari doktor jika perlu. Majikan tidak boleh minta anda berhenti kerja atas sebab ini. Ini dikira sebagai ‘constructive dismissal’.

      April 15, 2016, 2:03 am
  • Zila

    Hi..saya nak tanya,saya sudah bekerja dengan company ini sejak feb 2015 sampai sekarang april 2016,Tetapi sampai sekarang saya belum ada comfirmation letter dari company sya bekerja sekarang.Sekiranya saya berhenti kerja hujung bulan ini,boleh ka saya berhenti notis 24jam.

    April 14, 2016, 2:19 am
  • M.Idham

    Assalam, saya ingin mengetahui sesuatu.. Saya bekerja mengikut shift iaitu 12 jam sehari (4 hari kerja 2 hari cuti). Berdasarkan jam berikut, berapakah jam yang melebihi 48 jam seminggu untuk sebulan kerja? Bagaimana cara kira dan pembayaran ot (lebihan jam dalam sebulan) tersebut?

    April 12, 2016, 3:21 pm
    • Ismail N

      Jika 4 hari kerja pada shift 12 jam. Maka majikan mahu laksanakan jadual kerja anjal dengan menggunakan peranggan ke-2 dalam klausa masa kerja pada EA 1955.

      Oleh itu, OT cuma dikira telah dilakukan selepas 48 jam berkerja atau 4 hari kerja pada shift 12 jam.

      12 x 4 = 48.

      Apa-apa kerja selepas 48 jam pada minggu itu hendaklah dibayar pada kadar OT. Rujuk artikel ini utk cara kiraan OT: https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/cara-kira-ot

      Terima kasih

      April 15, 2016, 2:08 am
  • Nurul

    Assalamualaikum Tuan,

    Saya bekerja di sebuah syarikat retailer, bergaji asas RM900, Elaun Kehadiran RM100 + Elaun shift RM100, waktu kerja saya adalah seperti berikut ;
    1. 4 hari perlu berkerja selama 10.5 jam termasuk 1 jam rehat ; contoh, 9.30am ~ 8.00pm (1 jam rehat).
    2. 1 hari perlu berkerja selama 13 jam termasuk 2 jam rehat ; contoh 9.30am ~ 10.30pm (1 jam lunch + 1 jam dinner)
    3. 1 hari Rest day + 1 hari Off day
    Jumlah waktu berkerja seminggu = 48 jam.

    Soalan saya ialah :-
    1.Seksyen 60A (1) Akta Kerja 1955, ada menyatakan bahawa majikan tidak boleh meminta pekerja untuk berkerja melebihi 8 jam sehari, adakah saya layak untuk menerima bayaran kerja lebih masa kerana waktu kerja sehari saya melebihi 8 jam walaupun jumlah jam kerja seminggu adalah 48 jam?
    2. Bolehkah majikan saya meminta saya berkerja melebihi 12 jam sehari?ontoh 9.30am ~ 10.30pm (1 jam lunch + 1 jam dinner), tetapi tidak melebihi 48jam seminggu.
    3. Sekiranya saya mengambil cuti tanpa gaji selama seminggu, adakah majikan berhak meminta saya berkerja pada hari OFFDAY saya? atau menolak gaji saya selama 6 hari kerana majikan memaklumkan bahawa 5 hari UNPAID LEAVE bersamaan 40 jam berkerja, 8 jam berkerja perlu diganti berkerja pada OFFDAY atau tambahan 1 hari UNPAID LEAVE.
    4. Kadar gaji minimum RM1000 yang disarankan oleh kerajaan bermula Julai, Pihak majikan memaklumkan kepada saya bahawa Elaun shift tidak akan diberikan selepas ini, tetapi gaji asas saya RM900 akan dinaikkan kepada RM1000. Adakah ini dibolehkan?kerana kontrak kerja yang diberikan oleh majikan kepada saya sebelum ini ada menyatakan tentang jumlah Elaun yang akan diberikan.

    Terima Kasih.

    April 12, 2016, 9:03 am
    • DLSL

      1. Kekecualian (iii) di bawah Seksyen 60A (1) Akta Kerja 1955 membenarkan majikan meminta pekerja sehingga 9 jam sehari (dengan persetujuan pekerja). Oleh itu, arrangement ini salah kerama melebihi 9 jam dan tidak mendapat persetujuan pekerja?
      2. Maksud anda 10 jam? Masa rehat tidak boleh dikira. Jawapan saya sama dengan #1.
      *keadaan adalah berbeza jika anda berkerja di Sabah kerana ada sedikit perbezaan dalam peruntukan masa kerja pada Ordinan Buruh Sabah.
      3. Majikan boleh minta (bukan berhak) anda kerja pada hari rehat dengan membayar gaji pada kadar hari rehat. Untuk soalan selanjutnya itu ia agak mengelirukan, tambahan pula majikan tidak boleh melakukan #1 dan #2.
      4. Jika elaun shift itu fixed dalam kontrak, maka ia tidak boleh dibatalkan tanpa persetujuan pekerja.

      April 19, 2016, 3:00 am
      • Nurul

        Terima kasih atas jawapan yang diberikan, saya masih kurang faham,waktu kerja saya adalah seperti dibawah

        Waktu kerja adalah seperti dibawah :-
        Isnin : Offday
        Selasa : Rest Day
        Rabu : 9.30am ~ 8.00pm (1 hour lunch)
        Khamis : 9.30am ~ 8..00pm (1 hour lunch)
        Jumaat : 9.30am ~ 9.30pm (1 hour lunch + 1 hour dinner)
        Sabtu : 11.30am ~ 10.00pm (1 Hour Dinner)
        Ahad : 11.30am ~ 10.00pm (1 Hour Dinner)

        Total working hour per week :-
        9.50 hours x 4 = 38 hours
        10 hours x 1 = 10 hours
        Total = 48 hour / weeks

        Adakah aturan waktu kerja seperti ini dibolehkan?
        Adakah pekerja layak untuk menerima upah kerja lebih masa kerana perkerja berkerja lebih dari 9jam/sehari tetapi tidak melebihi 48jam/seminggu.

        Terima Kasih.

        April 26, 2016, 9:55 am
  • zubaidah

    Saya ingin bertanya akta buruh ini untuk pekerja yang bergaji bawah 2000 sahaja,Bagaimana yang bergaji lebih daripada 2000 ?Akta mane yang perlu dirujuk?

    April 12, 2016, 8:08 am
    • Ismail N

      Untuk yang bergaji lebih RM2,000, maka kontrak kerja akan dirujuk. Oleh itu, jika anda ditawarkan kerja dengan gaji melebihi RM2,000 sebaiknya minta kontrak bertulis dan teliti dulu semua syarat-syarat dalam kontrak kerja anda.

      April 17, 2016, 11:11 pm
  • kid

    saya ada buat kerja sambilan. (part time)
    (isnin-jumaat *6.00ptg-10.00pm) dan sabtu *11.00am-6pm

    Hari kedua kerja -sign agreement (kul 10.08pm sign dan x sempat baca-due to tired sgt)

    setelah sebulan kerja, dan oleh sebab2 tertentu, sy mengambil keputusan untuk berhenti..

    persoalannya;

    1) surat resign telah d beri kpd majikan..namun majikan menolak kerana kata nya “u baru shja kerja.bru a month”. adakah ‘relevan’ untuk pekerja sambilan *part time* dalam agreement untuk berhenti harus d beri 2 bulan notis??? dan jika tidak d beri notis, kena bayar 2 month salary..which is sy hnya bekerja sambilan dan gaji hanya di kira per-jam??

    2) pada hujung bulan ke-2, atas perselisihan faham antara sy dan sorg pekerja maka pada awal bulan ke-3 sy telah menerangkan dan memberitahu “verbal” kepada pekerja tersebut dan di hadapan majikan yang saya tidak akan bekerja lagi. dan majikan sy diam. (untuk pengetahuan anda, majikan sy tahu yg sy tidak akan bekerja lgi pd bulan 4 pertghan, sementara menunggu pekerja baru *replacement* masuk pada 19/4 ini atas persetujuan kedua belah pihak di mana pihak majikan dan juga pihak saya dengan condition “saya x pasti sama ada saya boleh bekerja smpi 18/4”
    dan segala2 nya terlerai pada hari d mana sy telah menerangkan di hadapan pekerja tersebut dan juga majikan. adakah sy layak mendpt gaji bulan ke-2?(memandangkan sy kerja penuh sebulan)

    3) adakah relevan untuk pekerja sambilan tidak boleh mengambil cuti? dan cuti considered as “unpaid leave”?

    4) dan adakah relevan untuk pekerja sambilan dalam semua terms & condition dalam agreement letter?

    April 12, 2016, 7:21 am
    • DLSL

      1) Walaupun anda pekerja separa masa, namun jika anda ada menandatangani kontrak, maka ia hendaklah dipatuhi. Jika perlu notis, maka notis ini juga dipatuhi. Namun, berdasarkan, masa kerja, anda bukanlah dibawah kategori pekerja separuh masa. Anda berkerja 27 jam seminggu iaitu lebih 50% dari normal working hours. Pekerja separa masa cuma berkerja kurang 30%.
      Sebaiknya patuhi notis dahulu dan bawa kontrak kerja ke JTK untuk nasihat lanjut.
      2. Sebagaimana yang nyatakan di atas, rujuk dengan JTK. Saya tidak pasti bagaimana terma kontrak anda sebenarnya.
      3. Bukan tidak boleh ambil cuti. Cuma Annual Leave perlu diperolehi dengan berkerja terlebih dahulu. Rujuk artikel: https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/undang-undang-buruh-cuti-tahunan
      4. Ya, pekerja sambilan pun ada hanya juga dan dilindungi Akta. Rujuk juga : AKTA KERJA 1955 PERATURAN-PERATURAN KERJA (PEKERJA SEPARA MASA) 2010. Boleh baca di sini: http://jtksm.mohr.gov.my/images/akta_kerajaan/peraturan_kerja_separa_masa_bm.pdf

      April 20, 2016, 8:25 am
  • mazaita nejip shah

    – Akta bersalin bagi pekerja
    – Notis pemberhentian kerja bagi pekerja tetap

    April 11, 2016, 9:51 am
    • Ismail N

      Jika pekerja bergaji RM2,000 ke bawah rujuk Akta Kerja 1955 juga. Jika lebih RM2k, rujuk terma kontrak. Tempoh notis adalah berdasarkan kontrak.

      April 17, 2016, 11:12 pm
  • zila

    jika bekerja lebih dari 7 tahun adakah cuti tahunan masih 16hari?

    April 11, 2016, 7:11 am
  • iqa

    assalamualaikum,
    saya telah bekerja selama lima taHun di syarikat ini. namun selepas bersalin pada awal tahun ini, saya bercadang untuk berhenti kerja pada hujung mei,
    saya telah memberi notis berhenti dua bulan walaupun didalam kontrak hanya perlu notis sebulan.
    namun begitu pihak majikan mahu menolak gaji terakhir saya kerana majikan mengatakan bahawa saya perlu bekerja selama 6 bulan selepas bersalin. namun perkara itu tidak pernah tertulis dimana-mana kontrak yang ditandatangani dan hanya dinyatakan setelah mengetahui saya ingin berhenti kerja. saya hanya bekerja selama 3 bulan selepas bersalin di mana dilihat tidak adil bagi pihak majikan kerana telah membayar gaji saya ketika berpantang. cuti tahunan saya yang sepatutnya diberi 15 hari juga ditolak kerana telah cuti berpantang 60 hari serta kerja masih tidak cukup 6 bulan sebelum berhenti.

    persoalannya, adakah apa yang dilakukan oleh majikan itu valid? dan bolehkah saya berhenti dengan notis 24 jam walaupun saya telah menghantar notis berhenti dua bulan?apa yang perlu saya lakukan?

    harap dapat membantu saya. terima kasih.

    April 11, 2016, 3:49 am
    • DLSL

      Apa yang majikan buat itu tidak betul kecuali memang ada dinyatakan dalam kontrak. Namun, anda sudah check tiada kan?
      Akan tetapi jangan pula anda melanggar kontrak dengan memberikan notis 24 jam pula. Selesaikan isu ini secara berasingan.
      Untuk soal notis dan cuti bersalin itu anda boleh mohon bantuan JTK. Sementara menantikan pertikaian selesai ikut sahaja notis pertama yang anda berikan itu.

      April 20, 2016, 5:27 am
  • siti farha binti basiron

    assalam Tuan,

    saya ada soalan ingin bertanya dan sy kurang jelas. situasi adalah seperti berikut :

    2 orang pekerja saya. Pekerja A sudah bekerja di syarikat kami selama 4tahun setengah dan Pekerja B bekerja di syarikat selama 2 tahun. kemudian, mereka berdua berhenti secara mengejut dengan hanya memberikan Notis Berhenti Kerja 24 jam (pada 7/4/2016).

    soalan saya :
    Jadi, saya ingin bertanya, apakan tindakan yang harus syarikat lakukan kerana kalau saya rujuk pada Akta Pekerja, ke dua² pekerja saya itu harus letak notis sekurang²nya lapan minggu.
    Adakah pekerja terbabit perlu membayar semula 2 bulan gaji mereka kepada mereka atau syarikat boleh menerima notis mereka tersebut?

    terima kasih atas perhatian dari pihak Tuan.

    April 11, 2016, 2:53 am
    • DLSL

      Ya, mereka perlu membayar nilai notis yang sepatutnya mereka berikan. Ini perlu dibuat menerusi JTK yang akan menghubungi pekerja terbabit untuk samada kerja dan serve notis itu atau membuat bayaran bagi nilai notis.

      April 20, 2016, 5:29 am
  • Fairuz

    Assalamualaikum..
    Saya seorang penjawat awam yang bertugas di Alor Setar. Saya mempunyai masalah dengan pembayaran gaji mahupun claim yang dituntut. Sehingga kini (10/04/2016) saya dan 6 orang pegawai kanan masih tidak dapat gaji bulan Mac 2016 dan claim dari tahun 2015. Apabila hal ini dibangkitkan pada unit kewangan, mereka menyalahkan akauntan bahagian pembayaran gaji.. Begitu juga sebaliknya akauntan bahagian pembayaran gaji menyalahkan pihak kewangan. Kami di tengah-tengah seakan “bola” yang ditendang sana dan sini.. Persoalan saya:
    1) Adakah kami sebagai penjawat awam termaktub di bawah Akta Kerja 1955? Jika tidak, apakah Akta yang berkaitan?
    2) Apakah yang perlu kami lakukan untuk mendapatkan hak kami iaitu gaji dan claim yang sepatutnya dibayar?
    Saya memohon bantuan pandangan daripada Tuan. Terima kasih.

    April 10, 2016, 9:15 am
    • DLSL

      Akta Kerja tidak terpakai kepada penjawat awam. Cuma minta bantuan dari MTUC untuk mendapatkan hak anda.

      April 20, 2016, 5:31 am
  • PREMA

    bolehkan majikan menolak surat cuti dari klinik lain daripada panel klinik ( 1 sahaja panel)
    dan majikan hanya menerima surat cuti dari hospital kerajaan / klnik kesihatan

    April 8, 2016, 4:14 am
    • Mr Formality

      Boleh. Asalkan ianya munsabah. Contohnya: jika pekerja tinggal amat jauh dari panel clinic, maka prosedur itu boleh di pertikai kerana tidak munasabah buat pekerja ke panel klinik yang amat jauh.

      April 17, 2016, 11:22 pm
  • fazalina mohd isa

    Untuk makluman masa bekerja bagi kakitangan pejabat syarikat ialah dari 8.30-5.30 petang.
    Namun terdapat kakitangan yang datang awal dengan hasrat untuk pulang awal (8.00-5.00ptg) dan seringkali tidak mengikut waktu yang telah ditetapkan oleh syarikat dengan alasan telah bekerja selama 8 jam sehari seperti mana Akta Kerja .
    Adakah amalan ini dibolehkan ? dengan erti kata lain dengan sengaja masuk keluar pejabat
    mengikut masa yang disukai.
    Bolehkah pihak pengurusan mengambil tindakan disiplin ke atas pekerja tersebut

    April 7, 2016, 8:33 am
  • Haslinda M Salleh

    Saya ingin tahu apakah tindakan yang paling drastik dan wajar diambil terhadap staf yang memalsukan cuti sakit? Perlukah kami menjalankan D.I. atau terus membuang sahaja staf tersebut.? Kami telah mendapat informasi dari staf tersebut yang mengaku telah membeli sijil cuti sakit yang palsu sebanyak RM 35 untuk 2 hari sedangkan syarikat ada menyediakan panel klinik.

    April 6, 2016, 8:58 am
    • Mr Formality

      Sebaiknya buat DI dulu. Lihat juga rekod terdahulu, jawatan yang disandangnya (melibatkan soal confidentiality atau tidak) dan decide samada hukuman buang kerja adalah sesuai/reasonable buatnya. Kunci nya ialah ‘munasabah’ atau tidak.

      Jika ia agak keras, maka beri hukuman lebih ringan dahulu seperti digantung kerja tanpa gaji selama dua minggu misalnya.

      April 17, 2016, 11:27 pm
  • srul

    Salam Sejahtera
    Saya nak bertanya mengenai isteri saya yang bekerja di sebuah institusi kewangan. Beliau telah membawa anak saya mendapatkan rawatan di klinik swasta pada awal pagi waktu bekerja seterusnya doktor telah memberikannya ‘time-slip’. Sesampainya beliau di pejabat, beliau di arahkan untuk menggantikan masa tersebut . Soalan saya, adakah perlu dia menggantikan masa yang di ambil semasa di klinik tersebut.

    April 6, 2016, 6:41 am
    • DLSL

      Time slip itu bukan satu kelepasan (leave).
      Terpulang kepada syarikat untuk menetapkan prosedur dalam hal sebegini.

      April 20, 2016, 5:35 am
  • Norain

    Salam En. Ismail
    Individu A bekerja shift sehari (0700-1500) (1500-2300) (2300-0700) bekerja 6 hari seminggu 1 hari cuti
    baru-baru ini majikan memaklumkan untuk mengubah shift kerja kepada (0700-0700) dengan kedudukan (8 jam hakiki – 1 jam rehat dan 4 jam lebih masa – 3 jam rehat) bekerja 5 hari 2 hari cuti dan majikan memaklumkan 3 jam rehat pada kedudukan lebih masa tidak di kira sebagai lebih masa……hanya 1 jam di kira lebih masa dalam 1 hari.
    Persoalannya
    Adakah tindakan majikan ini di benarkan dari sudut undang-undang?

    April 5, 2016, 3:15 pm
    • DLSL

      Ini lebih soal prosedur dalamanan dan kontrak kerja. Anda perlu rujuk kontrak anda samada ia boleh dibuat oleh majikan. Biasanya dalam kerja shift, majikan akan memasukkan klausa yang mengatakan bahawa masa kerja boleh diubah dari semasa ke semasa mengikut keperluan operasi syarikat.
      Asalkan 8 jam sehari atau 48 jam seminggu, ianya tidak melanggar Akta Kerja 1955.

      April 20, 2016, 5:37 am
  • Kelly Yap

    Regarding night shift allowance, if non fixed allowance not sure whether is it calculate in Ordinary Rate Of Pay for overtime?

    April 4, 2016, 7:52 am
    • DLSL

      No. It is not calculated in the ORP.

      April 19, 2016, 5:27 am
  • mohamad Luqman B. Abdullah

    salam,
    Nama saya mohamad luqman (24 tahun), bekerja di syarikat perubatan tradisional sebagai admin. soalan saya :
    1. saya berkelulusan ISM Perakaunan dan saya ditemuduga oleh syarikat tersebut untuk jawatan accountant dan mereka tidak memberitahu langsung mengenai gaji saya, kemudahan-kemudahan lain semasa temuduga tersebut. Saya mula bekerja pada 21 March 2016. Selepas seminggu, saya terima surat perjanjian. Dalam surat berjanjian tertulis beberapa perkara, antaranya jawatan admin basic salary RM 1300 sahaja, tiada kemudahan lain,kerja 8am-5pm, 6 hari seminggu, tiada cuti am.soalan saya, bolehkah saya
    letak jawatan terus kerana syarikat menipu saya(saya telah tandatangani perjanjian) tetapi jawatan saya tidak di-confirm-kan lagi? Saya telah bincang terus mengenai isu ini kepada majikan,majikan kata,dia akan tukar jawatan saya setelah diconfirmkan dan dia akan naikan gaji saya. tetapi saya telah tanya kepada pekerja-pekerja lain, mereka kata majikan itu suka tipu orang,
    Pandangan tuan?

    April 4, 2016, 12:56 am
    • DLSL

      Semasa surat perjanjian diterima oleh anda, adakah anda bertanya majikan? At this point, anda masih boleh menolak perjanjian tersebut kerana ia perlu ditandatangani terlebih dahulu. Sebaik sahaja anda setuju untuk teruskan kerja dengan jawatan berbeza dan gaji berbeza, secara tersirat anda dianggap sebagai bersetuju.
      Sekarang terpulang kepada anda. Jika anda mahu cuba kerja dahulu biarpun sebagai admin dan gaji yang rendah, then anda teruskan sahaja sementara menanti kerja di tempat lain. Alternatively, anda tender resignation. Notis lebih pendek di waktu probation biasanya.
      Doesn’t matter apa orang kata mengenai majikan anda itu. The choice is yours.

      April 20, 2016, 8:45 am
  • dhia

    Sy ade seorg kwn,dia sblm nie kerja swasta,prnh bt personal loan dgn bank. Slpas 4 thn byr mlalui potongn gji, dia dpt kerja gov. Bru tkr kjer mmg xmanpu nk smbung byr, sbb gji kcek. Skrg bank dh hntr surt bank. Apa kesan n tindkn yg harus kwn sy bt. Mmg nk strt byr ble gaji dh stabil.

    April 3, 2016, 7:23 am
    • Zurainny Ismail

      Saya syorkan kawan anda segera pergi ke cawangan bank yg tdekat & bbincang dgn pegawai bank yg berkenaan (cuba tanya customer service utk ‘rescheduling of personal loan’). Ceritakan situasi sebenar & tanya samada blh membuat penjadualan semula pinjaman atau apa2 pilihan lain yg pegawai berkenaan fikir sesuai.

      April 18, 2016, 7:44 am
  • Nurfatin Amelia

    Salam,
    Sy bekerja di sebuah resort sebagai guest service.Masalah sy ialah sy di arah manager untuk bekerja lebih masa melebihi 12 jam sehari bermula dari pukul 7am atas sebab tiada staff kerana mereka bergantung pd pengambilan pelajar praktikal dimana mereka akan bertugas di tempat sy dlm tempoh tidak melebihi 2 bulan. Tetapi,situasi ini kerap berlaku hingga pernah terjadi selama sebulan berturut2 di mana sy perlu bekerja lebih masa hingga la pihak pengurusan dpt pelajar praktikal yg bersesuain.Permulaan sy bekerja,manager memberitahu sy dibenarkn berehat selama 2jam dari pukul 4pm-6pm jika sy dikehendaki bekerja lebih masa.Tetapi,berlainan dgn situasi sekarang di mana sy susah untuk mendapatkan kebenaran untuk berehat atas sebab yang tidak jelas dan kadangkala sy tidak dpt rehat pd waktu mkn@waktu rehat juga.Sy juga di kehendaki bekerja pd cuti hari rehat sy semasa hari sibuk dan akan digantikn cuti rehat pd hari lain.Sy merupakan ibu tunggal dan pihak pengurusan telah mengetahui status sy.Jd amat sukar pd sy untuk mengatasi situasi ini.Setiap kali sy cuba untuk berbincang dgn manager sy,sy akan di salahkn semula dan mereka berkata situasi ini sememangnya menjadi kebiasaan.Apabila sy mengadu pada Bahagian Sumber Manusia (HR),mereka juga tiada jalan penyelasaian pd kes sy kerana semuanya bergantung pd manager sy.Jd,apa yg sy boleh lakukan bg menangani situasi ini.harap dpt bantu sy.

    April 2, 2016, 11:38 am
    • DLSL

      Industri hotel dan hospitaliti memang macam tu. Bukan saya cakap apa yang mereka buat itu betul. Cuma mereka paling affected by the Minimum Wage kan?
      Untuk mengatasi masaalah kos, these are the things yang mereka selalu buat iaitu limitkan pekerja tetap dan gunakan pelajar praktikal.
      12 jam adalah limit utk kerja setiap hari. Jika ada emergency, perlu kebenaran DG JTK dulu. Total OT sebulan pula tak boleh lebih 104 jam. The only way ialah lapor kepada JTK. Cuma biasalah bila hotel terjejas, then ur employment pun mungkin terjejas juga.
      Saya rasa anda kena berfikir dalam-dalam tentang hal ini. Ada beberapa opsyen yang boleh anda buat. Antaranya: continue sahaja, look around for other job, adu dengan JTK, etc. Decide wisely ikut kemampuan diri.

      April 20, 2016, 8:53 am
  • LEE PECK TENG

    COMPANY SAYA TUKAR BOSS BARU, BOSS LAMA ADA KASIH SAYA PAMPASAN SELAMA 2 BULAN. PADA HARI INI , BOSS LAMA MASIH ADA KERJA DI COMPANY INI, SEKARANG SAYA TAHU COMPANY INI TAK ADA TUKAR BOSS BARU . SAYA SANGAT SUKA KERJA DI COMPANY INI , APAKAH SAYA PERLU BUAT ?
    SAYA MINTA KERJA BALIK , 2 BOSS CAKAP TUNNGU BOSS BARU BAGI JAWAPAN .

    April 1, 2016, 10:07 am
    • Mr Formality

      Mungkin sudah ada ‘take over’disyarikat anda berkerja. Hanya menunggu boss baru untuk masuk dan mengambil alih. Bila ada take over sebegini, maka perkara pertama yang perlu boss baru lakukan adalah dengan menawarkan pampasan kepada pekerja di bawah Employment (Termination And Lay-Off Benefits) Regulations 1980. Rujuk di sini: http://dululain.blogspot.my/2015/01/employment-termination-and-lay-off.html

      Jika anda tidak bersetuju dengan tawaran pampasan, maka anda mempunyai dua pilihan:-

      1. Meminta nilai pampasan dikaji semula dengan merujuk ke Jabatan Tenaga Kerja; atau
      2. Mohon dikekalkan dalam jawatan dengan merujuk kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan.

      Walau bagaimanapun, oleh kerana anda telah menerima wang pampasan yang diberi dan bersetuju dengan nilainya, maka anda tertakluk kepada keputusan boss baru anda nanti. Terpulang kepadanya samada mahu mengekalkan anda dalam syarikatnya atau tidak.

      April 18, 2016, 11:23 pm
  • zulkhairi

    assalamualaikum….

    saya adalah seorang yang masih mencari kerja dan telah dipanggil temuduga oleh sebuah syarikat pengawal keselamatan. Dalam temuduga tersebut salah satu syarat perkhidmatannya adalah kontrak pekerjaannya adalah 3 bulan. Setiap 3 bulan saya perlukan mendatangani semula kontrak pekerjaan 3 bulan dan begitulah seterusnya sehingga tamat tender syarikat berkenaan..

    Jadi disini saya ingin mengetahui apakah kontrak yang sesingkat ini merugikan saya jika menerima tawaran kerja tersebut. terima kasih

    April 1, 2016, 9:32 am
    • DLSL

      Pertamanya, kontrak adalah sesuatu yang dirunding. Jika itu tawaran mereka, maka terpulang kepada anda samada mahu berunding lagi atau menerima/menolak tawaran mereka.
      Mungkin syarikat tersebut rasa mereka tidak lama dapat tender. Maka mereka tidak mahu mengikat diri mereka dengan pekerja utk jangkamasa yang lama.
      Namun, kontrak yang pendek tidak bermakna hak2 anda boleh diketepikan sahaja. Jika berlaku pertikaian, mahkamah akan lihat bukan sahaja kontrak, tetapi faktor-faktor lain juga.

      April 19, 2016, 5:32 am
  • RAZIF

    SALAM SAYA INGIN BERTANYA.. SAYA DIBERHENTI KAN KERJA TANPA NOTIS DAN ALASAN YANG TIDAK MUNAHSABAH… BOLEH KAH SAYA MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG2 DAN MEMINTA PAMPASAN KERANA SAYA MEMPUNYAI BANYAK TANGGUNGAN.

    April 1, 2016, 3:51 am
  • Anies

    Assalam. Mohon rujukan.
    Bolehkah waktu bekerja :
    1) melebihi 8jam sehari tetapi
    2) melebihi 10jam termasuk rehat dan
    3) jumlah waktu bekerja mingguan kurang 48jam.
    cth waktu kerja : 8-6.30ptg. rehat 1jam. Tea break 15min pagi , 15 min petang… 5 hari seminggu.

    March 31, 2016, 9:06 am
    • DLSL

      1) ok
      2) ok dgn syarat masa sebenar kerja (tidak termasuk masa rehat) tidak lebih 9 jam & pekerja bersetuju dgn terma ini).
      3) ok.
      4) Masa rehat mesti sekurang-kurangnya 30 minit. Jika tidak, ia tidak dikira sebagai masa rehat.

      April 19, 2016, 5:34 am
  • tiana

    Salam,

    saya ingin bertanya 2 perkara di sini;

    1) Saya ingin bertanya, Bos kami bagi kami cuti selama 4 hari berturut2 semasa cuti perayaan. Tapi, selepas cuti baru kami tahu cuti itu potong dari cuti tahunan kami. Boleh kah macam tu?

    2) sekiranya kami datang lewat ke kerja, bolehkah kami top-up balik masa tu dengan waktu rehat kami?

    March 31, 2016, 5:56 am
  • Anisah Abdullah

    Saya mempunyai seorang kakitangan mula bekerja pada 1hb Oktober 2015 dan diberi 6 bulan tempuh percubaan. Ini bermakna, tempuh percubaan beliau akan tamat pada 31hb March 2016. Namun, beliau didapati telah hamil beberapa bulan ketika dalam tempuh percubaan dan dijangka bersalin pada 15/04/2016. Tetapi, pada 21hb March beliau telah dimasukkan kehospital disebabkan terdapat komplikasi kehamilan. Beliau perlu berada dihospital utk tujuan observation hingga tarikh pembedahan 25/04/2016. Soalan saya, adakah beliau layak utk mendapat cuti bersalin sedangkan beliau belum confirm? Dan , apakah penyelesaian terbaik yg perlu pihak syarikat ambil untuk masaalah ini?

    March 31, 2016, 5:28 am
  • suria

    Saya baru bekerja 4 hari dan ingin berhenti kerja,sebelum bekerja disini saya dan bos saya tidak ade kontrak,dan saya memberitahu yang saya ingin berhenti tetapi bos saya tidak beri,dia menyuruh saya bekerja sehingga dapat pekerja baru, 1)adakah saya berhak untuk berhenti kerja?
    2)Adakah bos saya berhak menahan saya smpai saya jumpa pekerja baru?

    March 31, 2016, 5:09 am
    • DLSL

      1) Majikan tiada hak untuk menghalang pekerja untuk berhenti kerja
      2) Tidak boleh

      April 20, 2016, 5:38 am
  • Fauzul azhan

    Salam saudara ismail
    Sy pekerja di salah sebuah syarikat penerbangan.. bolehkah pihak majikan dengan sesuka hati menyuruh dan memaksa pekerja tandatangan surat pertukaran ke vendor?tanpa membayar sebarang pampasan..malah di ugut sekiranya tidak tandatangan surat berkenaan pekerja akan dikenakan tindakan…

    March 30, 2016, 4:37 am
    • DLSL

      Perubahan terma kontrak perlu persetujuan kedua-dua belah pihak. Tidak boleh ada paksaan atau dibuat secara unilateral.
      Boleh dikira sebagai constructive dismissal juga.

      April 20, 2016, 5:40 am
  • khairil zaidi

    zaidi
    saya ada soalan berkenaan rate overtime saya.basic saya sebulan rm 2000.kalau saya buat perkiraan,rate overtime saya sejam dalam rm 14.35.tapi dalam appointment letter saya dia tulis rate overtime saya adalah sebanyak rm 16.20.boleh tak encik jelaskan mana satukah rate overtime yang patut saya ikut.adakah ikut rate standard jabatan buruh atau ikut rate dalam appointment letter saya tu.sekian terima kasih

    March 29, 2016, 8:01 am
    • DLSL

      Kalau kontrak sudah secara spesifik sebut nilai OT, maka ia perlu diikuti.
      Cuba dapatkan penjelasan HR mengenai hal ini terlebih dahulu.

      April 20, 2016, 5:41 am
  • Faisal Mustapha

    Saya adalah majikan. Saya mendapati seorang pekerja saya tidak amanah (mencuri) dalam mengendalikan kewangan syarikat. Option terakhir saya adalah membuat laporan polis. Tapi atas budi bicara pengurusan memutuskan tidak menggunakan option terakhir tersebut sebaliknya menamatkan perkhidmatan beliau atas kesalahan tidak amanah (CBT). Soalannya bolehkah syarikat memberikan notis pemberhentian kerja 24 jam atas kesalahan salah laku pekerja tersebut atau masih perlu tempoh notis seperti yang tertakluk dalam akta?

    March 29, 2016, 5:45 am
    • DLSL

      Mencuri itu kes berat dan jika dia diamanahkan untuk menjaga kewangan syarikat, maka lebih berat lagi kesalahannya. Umpama ‘harapkan pagar, pagar makan padi’.
      Boleh pecat 24 jam tetapi sebaiknya buat DI dan buktikan dia bersalah terlebih dahulu. Bila prosedur prosper, di masa akan datang kurang masaalah.

      April 19, 2016, 5:39 am
  • azhan

    Salam. Nak bertanya ni.. Mcm mna pulak dgn bomba bantuan yg di tubuhkan oleh jabatan bomba.. Jabatan tidak memikirkan langsung tentang kebajikan. Antara masalahnya.. Jabatan tidak membayar kalau apa2 bila kerja lebih masa.. Tidak mempunyai tarikh yang tetap untuk membayar gaji.. KWSP pun tiada mencarum. Kami dah kerja masuk 2tahun.. Apa yg patut kmi buat tentang hal ni.. Sya berharap admin prihatin dgn masalah kami ni..

    March 29, 2016, 5:29 am
    • DLSL

      Apakah status bomba ini? persatuan, badan berkanun? syarikat?
      Bagaimanakah jenis kontrak yang diberikan?

      April 20, 2016, 5:42 am
  • AIman

    Salam Saudara Ismail,

    Saya ada sedikit kekeliruan disini, mohon pencerahan tuan;

    1. Salah seorang staf tidak disambung kontraknya/non-renewal. Beliau ditawarkan kontrak selama setahun dengan jumlah cuti tahun sebanyak 20 hari. Kontrak beliau bermula pada 1/4/2015 sehingga 31/3/2016. Sehingga ke harini, baki cuti beliau adalah sebanyak 12 hari. Beliau tidak mahu mengambil cuti tersebut dan meminta syarikat untuk membayar baki cuti beliau. Beliau menerima gaji basic sebulan sebanyak RM4xxx.xx

    2. Adakah beliau layak untuk dibayar kesemua baki cuti tersebut dan bagaimanakah pengiraan untuk membayar baki cuti tersebut. Mohon penjelasan dari tuan.

    3. Kerjasama tuan amat saya hargai.

    Terima kasih.

    March 29, 2016, 1:27 am
  • yaya

    Salam..sy ingin bertanya,
    1. berapakah gaji minimum yg perlu dibayar oleh cmpony swasta kpd pekerja?
    2. Adakah dlm tempoh 3bln percubaan,pihak cmpony tidak perlu memotong kwsp/socso?
    3. Jika pekerja ingin berhenti,dan telah memberi resign pd majikan,dari tarikh 12.2.2016-19.2.2016 blh x jika pekerja ingin menuntut gaji dri 1hb-19hb?
    Minta pencerahan dri pihak tuan.

    March 28, 2016, 2:04 pm
    • DLSL

      1. RM900 jika di Semenanjung
      2. Perlu buat caruman juga
      3. Jika tidak ada keperluan notis, maka gaji itu perlu dibayar pada pekerja

      April 22, 2016, 12:04 am
  • Zamri

    Saya seorang student sedang menjalankan kajian mengenai jadual kerja syif
    1. Bagaimanakah cara terbaik untuk buat roster/jadual kerja syif 12 jam sehari merangkumi 4 hari bekerja dan 3 hari cuti.
    2. Bolehkah jika buat roster/jadual kerja 12 jam dengan 4 hari kerja dan 2 hari cuti (ambil kira seminggu 6 hari sahaja instead of 7 hari)

    Jika ada contoh roster/jadual harap dapat berkongsi.

    Terima kasih.

    March 28, 2016, 8:47 am
    • DLSL

      1. RM900 jika di Semenanjung
      2. Perlu buat caruman juga
      3. Jika tidak ada keperluan notis, maka gaji itu perlu dibayar pada pekerja

      April 22, 2016, 12:03 am
      • DLSL

        Maaf. Jawapan di atas utk pembaca sebelum ini.

        1. Jika di Semenanjung anda boleh buat (dengan persetujuan pekerja) 9 jam + 3 jam OT x 4 hari. Kalau di Sabah, boleh 12 jam x 4 hari.
        2. Boleh. Asalkan jika ada OT, perlu dibayar pada kadar OT.

        April 22, 2016, 12:07 am
  • rin

    Saya ingin tahu bagaimana cara untuk mengira cuti tanpa gaji? adakah perlu dibahagikan dengan jumlah hari dalam bulan tersebut atau dibahagikan dengan 26 hari?
    Untuk mengira kerja lebih masa, boleh kah menggunakan kaedah yang sama seperti di atas?

    March 28, 2016, 3:08 am
    • DLSL

      Dalam Akta ada sebut ORP ialah gaji pokok bahagi dengan 26 hari. Ini standard lah dan boleh guna pakai.
      Namun dalam soal cuti tanpa gaji dan anda mahu bahagikan dengan jumlah hari dalam setiap bulan tidak menjadi kesalahan sebab ia menguntungkan pekerja anda. Ingat asal term yang lebih utk pekerja = ok.

      April 19, 2016, 5:41 am
  • Najidah aziz

    Assalamualaikum tuan
    Pekerja saya berikan notis berhenti 3 bulan seperti syarat dlm kontrak lantikan. Namun demikian, pekerja ini terus cabut selepas dpt gaji sedangkan notisnya masih berbaki 2 bulan lebih seperti mana terkandung dlm surat notis perletakan jawatannya. Saya bercadang utk menuntut gantirugi notis kerana pergi begitu saja dan gagal mematuhi notis yang dihantar Olehnya sendiri
    Soalan saya
    1. Bolehkah saya membuat tuntutan ganti notis
    2. Bagaimana caranya utk saya membuat tuntutan

    March 26, 2016, 5:46 pm
  • atiqah

    assalam
    saya bekerja di sebuah kedai hardware dan ditugaskan untuk mengira gaji pekerja, waktu berniaga kami 8pagi-8malam (isnin-sabtu) hari jumaat tutup dan hari ahad pula 8pagi-5petang. waktu rehat 2kali pkl 1-2 dan 5-6. contoh : gaji sehari RM45 dan tiap-tiap bulan kami akan bagi elaun RM50 dan makan kami bagi 2 kali sehari .macam mana saya harus buat kira2 gaji termasuk OT. mohon bantu saya dalam masalah ini. TERIMA KASIH.

    March 26, 2016, 2:41 am
  • Halim Hafiz

    bagaimana untuk menjemput wakil daripada Pejabat Pekerja mengadakan dailog atau taklimat di organisasi saya.
    isu-isu
    1. hak pekerja
    2. perubahan syarat-syarat perkhidmatan hak imbuhan pekerja bila berhenti (yg tercatat dalam skim perkhidmatan) telah di masurkan tanpa persetujuan wargakerja.
    3. Umur persaraan 55 tahun masih dikekalkan hingga hari ini, dimana akta pekerja telah kuatkuasakan pindaan umur persaraan wajib 60 tahun tidak di laksanakan,

    March 25, 2016, 11:23 pm
  • Ellyn

    Hi.
    Saya ada kemusykilan…saya baginsituasi yea..

    Situasi 1:
    Gaji pokok rm900. Kerja 12 sehari. 1 hari cuti mingguan setiap minggu.
    Soalan saya:
    Jika saya hadir bekerja hanya 20 hari biasa untuk 12jam, 3 hari pada cuti mingguan, berapakah gaji yang saya bawa pulang?

    March 24, 2016, 5:33 am
  • Yana

    Sy nk tnye..sy telah beri notis 24jam pd 14/3..so boleh ke sy tuntut Gaji seminggu sy berkerja sblm tu?sy belum confirm..lg pun dlm offer letter kalo lebih 6bulan boleh beri notis 24jam

    March 22, 2016, 2:49 pm
    • roza

      boleh saya jawab?

      Yana, refer balik offer letter awak, sekiranya dalam tempoh percubaan berapa harikah tempoh notis perlu awak beri pada majikan? selalunya sesebuah syarikat akan meminta notis seminggu sekiranya berhenti didalam tempoh percubaan

      March 25, 2016, 8:34 am
    • Ismail N

      Jika dalam offer letter boleh beri 24 jam, maka tiada masaalah untuk beri notis sebegitu. Jika ada gaji yang belum dibayar, ia boleh;ah dituntut dari majikan anda biarpun sehari. Terima kasih.

      April 4, 2016, 12:06 am
  • LYNN RAMLI

    SALAM
    SY MENJALANKAN PERNIAGAAN SAMPINGAN MENJUAL MEJAT TAMAN. SY TELAH MEMBEKAL 10 UNIT MEJA TAMN KEPADA SEBUAH RETOREN.MASALAH SY SEKARANG SYARIKAT TERSBUT ENGGAN MELUNASKAN BAKI BAYARAN. APA YG PATUT SY BAT?

    March 21, 2016, 5:16 am
    • Zurainny Ismail

      Mulakan dgn menghantar notis tuntutan dahulu. Jika notis anda tidak diendahkan, serta tuntutan anda bernilai RM5000 ke bwh dan perkhidmatan anda bkn atas nama syarikat sdn bhd, saya syorkan anda memfailkan tuntutan kecil di mahkamah majistret (dapatkan borang tuntutan (borang 198) di Kaunter Pendaftaran Sivil Mahkamah Majistret). Utk tuntutan kecil, anda x perlu melantik peguam. Pastikan anda mempunyai bukti dokumentasi berkenaan hutang tersebut dan jika ada saksi, lagi bagus.

      March 28, 2016, 12:50 am
  • MOHD FAISAL

    SALAM
    SY NAK TANYA..SY BEKERJA SEBAGAI TUKANG MASAK DI SEBUAH RESTOREN. SY BERHENTI KERJA TANPA NOTIS KERANA MELAKUKAN KERJA LEBIH MASA TANPA BAYARAN DAN TUGAS-TUGAS LAIN.SOALANNYA IALAH, GAJI SY MASIH BERBAKI RM310 (SY TLH MENGAMBIL ADVANCE SBELUM BEHENTI. GAJI HANYA RM1300) ENGGAN DIJELASKAN OLEH MAJIKAN.APA YG PERLU SY BUAT

    March 21, 2016, 5:10 am
    • Ismail N

      W’salam,

      Sebarang tuntutan berkaitan dengan tunggakan gaji atau apa-apa pembayaran wajib yang belum dijelaskan oleh majikan hendaklah diadukan kepada Jabatan Tenaga Kerja berdekatan. Terima kasih.

      April 4, 2016, 12:04 am
  • Rasid

    Salam En Ismail,

    Pekerja yg di arahkan bekerja (pemandu lori pelabuhan) shif 12 jam – bekerja 5 atau 6 hari seminggu tanpa ada waktu rehat khusus ( wktu mkn,solat di lakukan ketika ada kesempatan). Apakah ini di benarkan dan apakah akta yg sesuai bagi merujuk perkara ini.
    – Andaikan jadual kerja 12j X 6 hari (seminggu) =72jm, bagaimana kiraan OT (bekerja tanpa waktu rehat setiap hari)

    March 20, 2016, 1:32 pm
  • Fairuz

    Assalammualaikum dan selamat sejahtera ,
    Saya bekerja di syarikat percetakan dan ingin bertanyakan tentang gaji pokok dibahagi mengikut bilangan hari dalam setiap bulan. Contoh: Feb2016-29hari , Mar-31hari. Gaji pokok untuk bulan Feb dibahagi kepada 29 dan bulan Mar dibahagi kepada 31. Adakah tidak menyalahi undang-undang? Kerana saya dimaklumkan diberi cuti 1 hari setiap minggu.

    March 19, 2016, 8:43 am
    • Zurainny Ismail

      W’salam,
      Anda bertanya mengenai Ordinary Rate Pay (ORP). Untuk tujuan apa ORP dikira? Jika untuk tujuan kira kerja lebih masa (OT), maka gaji pokok dibahagi dengan 26 hari.

      March 28, 2016, 2:30 am
  • siaowei

    BOSS LAMA TAK ADA BAGI SURAT BERHENTI , DAN NASIHAT SAYA CARI KERJA BARU, KERANA COMPANY SUDAH JUAL.COMPANY BARU SUDAH MASUK COMPANY INI. COMPANY BARU HANYA BELI COMPANY , TAK AMBIL PEKERJA LAMA, SEKARANG SAYA BAGAIMANA BUAT?

    March 19, 2016, 8:17 am
    • Ismail N

      Sila rujuk jawapan saya utk soalan anda di bawah (pada soalan anda yg terdahulu). Terima kasih.

      March 21, 2016, 4:19 am
  • Norul

    Saya masih belum dpt surat confirmation kerja setelah 8 bulan bekerja,bila di tanya pada majikan, majikan jawab dah siap tp sabarlah …company ini tidak mempunyai ramai pekerja hanya 3 org yg tetap dan 2 practical student. Jadi bagaimana?

    2. Soalan saya pada majikan kenapa potong gaji saya bila saya apply cuti? jawab majikan cuti akan diberikan bergaji setelah setahun bekerja dengan company mereka. Boleh ke mcm tu? Dalam surat confirmation saya akan diconfirmakan setelah 3 bln bekerja. Now 8 bln, alasannya mcm diatas lah. Tiada staff yg confirm bekerja disini sbb semuanya dah resign.

    March 19, 2016, 4:04 am
    • Zurainny Ismail

      Hi Norul,

      1. Prosedur mengenai pengesahan kerja tidak ditetapkan oleh undang-undang. Oleh itu, majikan tidak terikat untuk mengesahkan mana-mana pekerja ke dalam jawatan mereka. Namun, harus diingat, hak-hak pekerja yang belum disahkan dalam jawatan adalah sama dengan mereka yang sudah disahkan.

      2. Ya, cuti tahunan bergaji adalah dikumpul (accumulate) menerusi tempoh perkhidmatan. Ada majikan yang berikan secara pro-rata selepas beberapa bulan kerja, namun kebanyakkannya tunggu sehingga cukup 1 tahun. Rujuk artikel kami berkaitan cuti tahunan ya.

      March 28, 2016, 2:22 am
  • Fadilah

    Syarikat telah meluluskan pekerja kami untuk cuti tanpa gaji selama 8 hari termasuk sabtu dan ahad. Adakah gaji yang akan dipotong hanya 6 hari atau 8 hari.

    March 18, 2016, 10:00 am
    • Ismail N

      Bergantung kepada status hari Ahad dan Sabtu itu. Jika ianya adalah hari rehat bergaji (biasanya buat pekerja bergaji bulanan), maka hari2 itu tidak termasuk dalam pengiraan.

      March 21, 2016, 4:07 am
  • siaowei

    COMPANY BARU CAKAP TAK MAHU AMBIL PEKERJA LAMA, BOSS BARU HANYA AMBIL COMPANY SAHAJA, TAK AMBIL PEKERJA. APA SAYA PERLU BUAT ? COMPANY BARU BOLEH TAK NAK PEKERJA LAMA?

    March 18, 2016, 9:56 am
    • Ismail N

      Boleh. Company baru boleh tidak mahu ambil pekerja lama kecuali jika dalam Sales & Purchase Agreement beli company ada disebut mesti ambil pekerja lama. Jika tidak, sebelum syarikat lama jual company pada syarikat baru, ia mesti tawarkan faedah penamatan kerja terlebih dahulu. Rujuk Employment (Termination And Lay-Off Benefits) Regulations 1980.

      March 21, 2016, 4:09 am
  • siaowei

    SAYA KERJA DI COMPANY SELAMA 4 TAHUN,
    SEKARANG COMPANY TUKAR BOSS BARU, NAMA COMPANY MASIH SAMA COMPANY LAMA. BOSS LAMA MAHU BAYAR GAJI 1 BULAN BAGI SAYA, DAN SURUH SAYA BERHENTI.
    COMPANY BARU CAKAP TAK MAHU AMBIL PEKERJA LAMA, BOSS BARU HANYA AMBIL COMPANY SAHAJA, TAK AMBIL PEKERJA. APA SAYA PERLU BUAT ? COMPANY BARU BOLEH TAK NAK PEKERJA LAMA?

    March 18, 2016, 5:05 am
    • Ismail N

      Saya sudah jawab soalan ini. Rujuk jawapan di atas. Terima kasih.

      March 21, 2016, 4:10 am
  • NurulNadhira

    Sy nk tnya…sy bkerja di sektor swasta dlm bidang perubatan…sy jugak sdg mengandung..satu hari tu..sy terpaksa buat keja yg agak berat sehinggakan sy jatuh sakit melibatkan bayi dlm kandungan terancam…Untuk pengetahuan tuan, Tmpat keja sy ni tak ada kebajikan untuk pekerja…apakah tindakan yang sewajarnya yg boleh sy ambil??

    March 17, 2016, 4:22 am
    • Ismail N

      Saya sarankan anda ke klinik/hospital dan dapatkan surat sokongan doktor dan kemudian tulis surat kepada pihak pengurusan mohon diberikan tugasan yang ringan sahaja. Terima kasih.

      March 21, 2016, 4:10 am
  • md fairuz

    assslamualaikum..sy nk tanya 1soalan penting.sy br 3hari diberhentikan kerja,disebabkan sy silap tulis trkh pd borang cuti.seingat sy’sy tulis 11khamis,12jumaat,14isnin bln mrch 2016.tetapi pd isnin lps sy mndpt 1msj mengatakn yg sy dbrhentikn kerja dgn alasan sy cuma cuti 2hari shj.jd sy pn call back dn tanya knp?? sy minta phk mjkn mnghntr gmbr form cuti melalui wassup,bila sy tgk rupanya sy tulis 10khamis,11jumaat,13ahad.sy trkejut juga tgk,tp pd 10hb hr khamis sy bekerja!”13 adalah hari ahad’hari cuti.saya sdh dgn kptsn majikan sdgkn dia tau sy cuti 3hari dn knp pd hari khamis sewaktu bkrja phk majikan tak bagitau,,skrg krgnya sy blh btlkn keadaan pd masa tue.skrg sy dh dibuang.ap tindakan yg perlu sy buat.??

    March 17, 2016, 4:09 am
    • Ismail N

      Boleh saya tahu atas alasan apa majikan memberhentikan anda kerja? Jika setakat tidak hadir kerja sahaja, ia tidak memadai. Anda boleh buat aduan di Jabatan Perhubungan Perusahaan (IR Department) dalam hal ini untuk tuntut pampasan atau dikembalikan semua dalam jawatan.

      March 21, 2016, 4:11 am
  • Sulianah

    Saya ingin bertanya. saya ada masalah dengan pembayaran kereta. Bulan disember tahun lalu dan januari tahun ni saya tidak bayar kereta, bulan dua saya bayar separuh. Then kemarin baru ada mesej mengatakan akaun akan disekat berserta dengan jumlah yang perlu dibayar. Persoalan saya, adakah akaun akan disekat serta-merta? Jika disekat,macam mana nak bayar amaun tu? Saya akan bayar full pada gaji minggu depan. Bolehkah pihak bank bagi tempoh?

    March 17, 2016, 1:25 am
    • Zurainny Ismail

      Sebaiknya saudari pergi ke cawangan bank tersebut yg berdekatan dan berbincang dgn pegawai yang berkenaan. Ceritakan masalah saudari dan dapatkan nasihat mereka. Sekatan akaun dan pemberian lanjutan tempoh pembayaran adalah bergantung kpd polisi dan budibicara pihak bank.

      March 21, 2016, 4:30 am
  • Farra

    Salam,

    Saya telah bekerja di syarikat swasta dari April 2013 sehingga sekarang Mac 2016. Masalah yang saya hadapi syarikat sekarang mengalami masalah dalaman dan kewangan. HOD telah memberi hint kepada anak buahnya supaya mencari kerja lain kerana company tidak akan membayar pampasan tetapi akan menyuruh pekerja untuk transfer ke cawangan yang lain. Dalam persoalan ini, di dalam offer letter tidak ada nyatakan untuk transfer ke mana-mana branch. Jika saya tidak bersetuju untuk transfer maka automatiknya saya tidak berminat bekerja dgn syarikat dan pampasan tidak akan dibayar.

    Minta pencerahan.

    March 15, 2016, 8:39 am
    • Ismail N

      Walaupun kontrak tidak sebut mengenai transfer, ia juga tidak letak syarat mengatakan tidak boleh dipindahkan, kan? Secara kontrak ia tidak salah asalkan munasabah dan tiada mala fide (niat jahat) oleh majikan. Majikan boleh hentikan pekerja (menerusi prosedur) atas alasan engkar perintah. Jika pekerja mahu mencabar dan menuntut pampasan – boleh cuba. Tapi perlu tunjukan elemen-elemen seperti syarikat sebenarnya tidaklah rugi sebagaimana yang dicanang atau tindakan pemindahan ada sebab-sebab lain yang menjurus kepada ketidakadilan.

      March 16, 2016, 7:47 am
  • Azliza

    Saya mempunyai tunggakan ansuran bank sebanyak RM4955. Perjanjian sewa beli kereta juga telah tamat tempoh. Boleh ke saya ingin buat penyusunan semula bayaran balik dengan pihak Bank, dan menghentikan tindakan tarik ke atas kereta saya? Ini kerana saya tidak mampu untuk membuat pembayaran penuh tunggakan tersebut kepada pihak Bank.

    March 15, 2016, 2:35 am
    • Zurainny Ismail

      Puan, keputusan tentang penjadualan semula ansuran bulanan tertakluk kpd budibicara & polisi semasa pihak bank. Sebaiknya puan segera hubungi pegawai bank yg berkenaan dan bertanya ttg perkara tersebut, samada blh dibuat atau tidak, dan berbincang ttg cara tbaik utk mengelakkan kenderaan puan ditarik. Sekiranya ditarik selain menanggung kos hutang, puan juga terpaksa menanggung kos tukang tarik kereta, kos penyimpanan, dll lagi.

      March 15, 2016, 2:58 am
  • Azian Nordin

    Saya nak tanya sikit…sekiranya kakitangan telah menghantar surat notis berhenti (satu bulan notis) pada 1 Januari 2016 dan bagitau akan menamatkan perkhidmatan pada 29 Februari 2016.
    Untuk makluman tuan, kakitangan tersebut mengandung untuk tempoh 7 bulan semasa hantar notis..jadi semasa tarikh akhir berkhidmat dia mengandung 8 bulan dimasa jangka bersalin ialah pada bulan March.. Bagaimapun kakitangan itu telah selamat bersalin pada tarikh 27 Februari 2016.
    Jadi, persoalan saya ialah adakah syarikat hanya membayar gaji setakat 29 Februari 2016 atau melanjutkan sehingga 27 April 2016 iaitu tempoh kakitangan layak menerima gaji untuk selama dua bulan.
    Terima kasih.

    March 15, 2016, 12:53 am
    • Ismail N

      Jika hari akhir ialah 29hb, maka gaji ialah setakat 29hb juga. Cuti bersalin bergaji cuma untuk semasa dalam tempoh perkhidmatan sahaja.

      March 16, 2016, 7:47 am
  • nadia

    Assalsmualaikum tuan.

    Jika staf xdtg sehari dlm sebulan (tiada surat doktor/bkn cuti sakit), maka gji d ptong sehari serta elaun kdtangan jga turut di tolak.

    Benarkah begitu?

    March 14, 2016, 6:20 pm
    • Ismail N

      Ya. Sepatutnya begitu kecuali ada kelulusan cuti tahunan dari majikan. Elaun pula rujuk kontrak kerja – bagaimana ia dibayar.

      March 16, 2016, 7:48 am
  • rina

    Macam ne sy dah berkerja di klinik suasta 4 tahun dan sy berhenti kja 15/05/2016 . Sebelem itu sy ada mengambil cuti selma seminggu bermula dri 16-23/02/2016 ada kah sy wajip mengambil cuti tahunan. Dlam setahun sy di bagi cuti hanya semingu sahaja
    (7 hari sahaja) sy ingin tahu adakah sy wajip mndapat cuti tahunan utk tahu ini.

    March 12, 2016, 11:08 am
  • Ditindas

    Waktu mula bekerja 8.30am-5.30pm. Pihak syarikat memberi rehat selama 10minit pada jam 10.30am-10.40 & 3.30pm-3.40pm. Untuk rehat (Lunch) 1.00pm-2.00pm. Masalah disini selepas 5.30pm jika pekerja melakukan kerje lebih masa, waktu overtime akan mula dikira dari jam 5.45pm – 8.45pm. 15 minit (dari 5.30pm-5.45pm) pihak syarikat memberi rehat tanpa di kira sebagai ot. Saya ingin tahu, adakah 15minit itu perlu juga di kira sebagai kerja lebih masa kerana sebelum ini pihak syarikat membayar kepada mana2 pekerja yg melakukan kerja lebih masa bermula 5.30pm – 8.30pm

    March 10, 2016, 1:56 am
    • Ismail N

      Ia bergantung kepada arahan dalam tempoh 15 minit itu. Jika dari pukul 5.30 hingga 5.45, pekerja adalah bebas dan boleh berehat, maka tidak perlu dibayar OT. Tapi jika perlu menjalankan tugasan, maka OT perlu dibayar.

      March 17, 2016, 8:04 am
  • Nora Ghazali

    Assalamualaikum
    Situasi saya ialah saya sudah berkerja 2 minggu bermula dari 15 Jan dan mendapat gaji 1/2 bulan. Masuk bulan kedua, saya sempat kerja sampai 3 Feb sahaja atas faktor kesihatan terjejas disebabkan oleh tekanan kerja yang melampau. Tiada surat tawaran kerja diberikan kepada saya, jadi saya berhenti kerja dengan notis 24 jam menerusi whatsapp dan diterima oleh bekas majikan saya. Soalan saya, adakah saya layak untuk minta gaji pada 3 hari bekerja?

    March 9, 2016, 1:50 pm
  • Ida

    apakah faedah cuti tahunan atau cuti2 lain bagi pekerja part time..
    example: daily working hours: 8am – 1pm
    mohon maklum balas dari pihak tuan/puan.

    Terima Kasih

    March 9, 2016, 8:07 am
  • Dhiya

    Salam’alayk tuan …
    Mohon maaf bertanya …
    Saya telah berkerja pada cuti CNY (8 & 9 Feb 2016) tetapi tidak mendapat kadar upah yang sepatutnya dengan alasan saya tidak memilih tarikh tersebut sebagai salah satu daripada baki 6 hari cuti yang diwartakan (tidak dimaklumkan oleh majikan sewaktu disuruh memilih baki cuti yang diwartakan). Saya telah berkerja dari jam 8am hingga 6pm tetapi kadar upah yang diberi mengikut kadar upah hari cuti umum adalah dari jam 3pm hingga 6pm. Ini merupakan satu ketidakadilan bagi saya. Adakah saya yang tersalah faham? Mohon pihak tuan bantu saya dengan memberikan penjelasan berkaitan isu ini. Terima kasih saya dahulukan …

    March 8, 2016, 11:29 pm
  • sya

    salam , maaf . sy nak tanya , if sy baru bekerja dlm tempoh 6 hari dan sy nk hntr notis berhenti 24 jam boleh tak ? ad risiko untuk kena saman dgn company tak ?

    March 8, 2016, 9:56 am
  • Jeb

    Saya mengajikan seorang pengurus dgn gaji RM5k sebulan. Adakah saya perlu membayar OT jika dia bekerja lebih masa.

    March 7, 2016, 11:13 pm
    • Ismail N

      Terpulang kepada budi bicara anda. Tidak diwajibkan di bawah undang-undang.

      March 10, 2016, 11:43 pm
  • Muhammad Shah

    Assalamu’alaikum,

    Tuan,

    Saya mempunyai sebuah tadika. Salah seorang guru kami masih dalam tempoh percubaan. Beberapa bulan selepas itu, beliau disahkan mengandung.

    Sejak mengandung, beliau dilihat tidak mampu untuk mengendalikan kelas dengan efektif dan sering keletihan.

    Adakah kami boleh memberhentikan pekerja itu?

    Terima kasih

    March 7, 2016, 8:06 am
    • Ismail N

      Tidak boleh. Sebarang pemberhentian atas sebab kesihatan perlu ada pengesahan dari doktor pakar.

      March 17, 2016, 8:08 am
  • muhd

    Salam En. Ismail,

    1) Saya bekerja di firma guaman dengan gaji RM2000 ke atas, saya telah bekerja 1 tahun lebih. Baru-baru ini majikan telah menghantar notis penamatan kerja saya. Tempoh notis adalah 1 bulan. Tempoh notis adalah seperti yang terdapat di dalam kontrak kerja antara saya dan majikan. Tetapi tidak ada sebab dinyatakan dalam notis penamatan kerja saya itu. Di dalam kontrak hanya dinyatakan bahawa “pekerja atau majikan hendaklah memberikan 1 bulan notis bagi penamatan kontrak”

    2) Adakah betul tindakan yang dibuat oleh majikan saya dalam memberhentikan/menamatkan saya?

    3) Adakah apa-apa pampasan yang boleh saya tuntut?

    4) Adakah saya berhak ke atas cuti tahunan saya sekiranya notis penamatan kerja oleh majikan saya adalah muktamad? Untuk mengetahuan Tuan, saya hanya pernah diberikan surat amaran bagi lewat hadir pada November 2015.

    Terima kasih di atas bantuan tuan.

    March 7, 2016, 2:03 am
  • Nur erny nabilla

    saya dijanjikan oleh majikan bahawa dlm offer letter saya,hari mula bekerja pada 11 februari 2016..tetapi setelah 2minggu bekerja masih tidak ada OL..dan kemudian apabila OL sudah dikeluarkan di catatkan pada OL kontrak saya mula bekerja pada 14februari 2016..saya bekerja kontrak untuk 2bulan sahaja dari 11feb2016-31march2016….gaji dibayar melalui cek dan tiada KWSP,EPF,SOCSO,tiada anual leave,tiada overtime claim…sehingga hari ini (6march 2016) saya masih belum terima gaji…dan gaji sy dibayar RM900 berdasarkan sales & marketing OFFICER..dan saya graduan degree..wajarkah sy dibayar sebnyak itu??

    March 6, 2016, 2:13 pm
    • Ismail N

      1. Soal tarikh itu, anda perlu dispute dengan majikan dan minta mereka tukarkan ke tarikh yang betul.
      2. Anda perlu rujuk semula artikel kami berkaitan kontrak kerja: https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/undang-undang-buruh-kontrak-pekerjaan . Jika kontak adalah dalam bentuk ‘contract of service’, maka, EPF, Socso, OT dsb hendaklah dibayar biarpun anda cuma bekerja selama dua bulan.
      3. Jumlah gaji adalah berdasarkan rundingan anda dengan majikan semasa temuduga. Jika anda rasa RM900 tidak cukup dengan kelayakkan anda, maka anda ada hak untuk menolak tawaran dan mencari kerja di tempat lain pula.

      Terima kasih.

      March 6, 2016, 11:52 pm
  • Lamsin

    Suatu hari supervisor memarahi saya kerana saya melawan enggan buat kerja apa yg disuruhnya kerana kerja saya lain dari jawatan dlm perlantikan. Dia suruh saya punch kad dan keluar. Apakah dikira hari itu saya ponting @ bolh kah saya tuntut gaji sehari?

    March 6, 2016, 9:23 am
    • Ismail N

      Ada dua isu di sini:
      1. Keengganan mematuhi arahan pegawai atasan adalah satu kesalahan serius dan boleh dikenakan tindakan disiplin.
      2. Ia bergantung bagaimana #1 ditangani oleh majikan anda. Jika terdapat prosedur disiplin dilakukan mengikut aturan dan anda didapati bersalah, majikan boleh mengenakan tindakan termasuk gaji tidak dibayar pada hari tersebut. Jika tidak, boleh dianggap anda tidak ponteng dan perlu dibayar gaji untuk hari tersebut.

      March 7, 2016, 12:00 am
  • abd rahman bin atan

    Salam En Ismail,
    Saya seorang kakitangan awam. Adakah Ketua Jabatan boleh memaksa/mewajibkan kakitangan(Bakal Pesara) mengambil Cuti Rehat Sekaligus? Rujuk Perenggan 7 dan 10 Perintah Am Bab C (Cuti) – Bakal pesara boleh mengambil kesemua cuti rehatnya sebelum beliau meninggalkan perkhidmatan awam dan..Cuti rehat yang dia berkelayakan boleh diambil pada bila-bila masa dalam tahun itu. So..adakah Ketua Jabatan boleh mewajibkan bakal pesara itu mengambil sekaligus cuti rehatnya dan alasan yang diberikan adalah atas sebab kepentingan kesinambungan tugas tersebut. Mohon pandangan dan ulasan. Terimakasih

    March 6, 2016, 4:20 am
    • Ismail N

      Terus terang saya kurang arif dalam hal berkaitan kakitangan awam. Namun berdasarkan Perintah Am yang anda quote di atas, mereka yang bakal bersara boleh mengambil kesemua baki cuti tersebut sebelum dia bersara secara sekaligus. Sebaiknya rujuk juga dengan pesara kerajaan dan MTUC untuk nasihat lanjut. Adakalanya perintah-perintah kerajaan ini perlu dibaca bersama dengan perenggan/perintah lain. Terima kasih.

      March 7, 2016, 12:22 am
  • Lamsin

    Sekiranya saya membantah perintah majikan kerana mengarah buat kerja lain selain dari jenis kerja yg ditetapkan dalam surat perlantikan jawatan lalu menyuruh saya punch kad balik rumah..saya bersalah kah?

    March 5, 2016, 9:52 am
  • Lamsin

    Assalamualaikum..
    Soalan saya begini..saya mula bekerja dgn kompani dri tahun 2010 sebagai pemandu dgn basik 800 + elaun 100. Pada tahun 2013 bru kompom pemandu tetap dgn basik 1,177 tanpa elaun. Masalahnya sebagai jawatan pemandu tetap saya juga disuruh buat kerja2 lain seperti proses penyediaan, packing barang2 yg akan dimasukan dlm lori..adakah saya patut lakukan kerja2 lain selain dari jawatan dlm surat perlantikan?

    March 5, 2016, 9:39 am
  • FAZLIE

    asslmualikum tuan.sy ad kmuskilan skit dsni,sy sudah brkerja hampir 2 tahun,tetapi ats sebab masalah kluarga yg xdpt dilakkn,sy trpaksa brhenti serta merta,ttapi prsolan sy,adakah sy bleh letak notis 24 jam dan atau pn wajarkah sy mmbiarkan company untuk mnolak sbulan gaji sy pd 7hb,?dan boleh kah sy mnuntut gaji comissyen sy pd 15hb brikutnya?kerna company sy mmbyar gaji pkerja mlalui 2 cara,7hb adalah gaji basic,dan 15hb adlah gaji comisyen..mintak penjelasan dr tuan brkenaan kes sy..trma kasih

    March 5, 2016, 8:25 am
  • wan

    Sekiranya pekerja mengambil cuti TANPA GAJI selama sebulan adakah pekerja tersebut layak mendapat cuti mingguan?

    March 4, 2016, 11:08 am
    • Ismail N

      Maksud anda ‘hari rehat’ atau ‘rest day’. Ya, masih layak dibayar pada RD.

      March 5, 2016, 8:52 am
  • Sue

    Disini saya ingin bertanya,sekiranya seseorg pekerja diberi surat pergantungan adakah dia layak dibayar gaji??

    March 4, 2016, 10:00 am
    • Ismail N

      Jika pergantungan sementara menunggu siasatan, maka setengah hari gaji hendaklah dibayar. Setengah hari lagi dibayar jika siasatan mendapati pekerja tidak bersalah.

      Jika pergantungan ialah satu hukuman selepas inquiry mendapati ada salah laku, maka tiada gaji untuk dalam tempoh penggantungan.

      March 5, 2016, 8:54 am
  • Ainiera

    Assalamualaikum,
    Saya telah berkhidmat di sebuah syarikat hampir 6 bulan dan masih dalam tempoh pemerhatian. Saya ingin meletakkan notis perletakan jawatan disebabkan oleh permasalahan dalaman syarikat. Di dalam kontrak ada dinyatakan bahawa jika saya ingin memberi notis perletakan jawatan, dalam masa 24 jam adalah dibenarkan. Justeru saya ingin bertanya:-

    1) Jika saya meletakkan notis 2 minggu, adakah saya dikira melanggar kontrak?

    2) Adakah gaji saya akan dikira sepanjang tempoh notis tersebut?

    3) Saya belum menerima gaji bulan lepas, adakah gaji saya akan ditahan kerana menghantar notis sebelum gaji dikeluarkan?

    March 4, 2016, 8:46 am
  • muhd

    Salam En. Ismail,

    1) Saya bekerja di firma guaman dengan gaji RM2000 ke atas, saya telah bekerja 1 tahun lebih. Baru-baru ini majikan telah menghantar notis penamatan kerja saya. Tempoh notis adalah 1 bulan. Tempoh notis adalah seperti yang terdapat di dalam kontrak kerja antara saya dan majikan. Tetapi tidak ada sebab dinyatakan dalam notis penamatan kerja saya itu. Di dalam kontrak hanya dinyatakan bahawa “pekerja atau majikan hendaklah memberikan 1 bulan notis bagi penamatan kontrak”

    2) Adakah betul tindakan yang dibuat oleh majikan saya dalam memberhentikan/menamatkan saya?

    3) Adakah apa-apa pampasan yang boleh saya tuntut?

    4) Adakah saya berhak ke atas cuti tahunan saya sekiranya notis penamatan kerja oleh majikan saya adalah muktamad? Untuk mengetahuan Tuan, saya hanya pernah diberikan surat amaran bagi lewat hadir pada November 2015.

    Terima kasih di atas bantuan tuan.

    March 4, 2016, 8:28 am
  • Shahidan Yakup

    Minta penjelasan berkenaan kerja lebih masa seminggu kerana syarikat saya bekerja mengambil kira kiraan 47.5 jam dengan 2 hari cuti rehat seminggu. Ini bermakna setiap staff akan bekerja lebih dari 8 jam sehari iaitu 9.5 jam sehari tidak termasuk waktu rehat.

    Adakah dibenarkan mengambil kira jumlah jam bekerja seminggu & bukannya jam bekerja harian?

    March 4, 2016, 2:43 am
    • Ismail N

      Ya. Boleh. Rujuk artikel berkaitan masa kerja dalam blog ini. Terima kasih.

      March 17, 2016, 8:10 am
  • norfitri

    Salam..sy ingin bertanyakan soalan bg pihak Ibu sy. Ibu sy sudah bekerja di sebuah sykt cleaning service. Baru2 ini Ibu sy ada memohon cuti untuk pulang ke kampung kerana ingin melawat atuk sy yg sakit tetapi cutinya ditolak dengan alasan bahawa jika tiada bukti bahawa menyatakan atuk sy sakit.Adakah perlu bukti meminta bukti sekadar untuk melawat ahli keluarga yg sdg sakit? Sy telah pun membuat surat rayuan dan telah sertakan tiket penerbangan tetapi masih ditolak.Bukankah cuti merupakan hak pekerja?Apakah yg perlu sy lakukan? Mohon pencerahan dr pihak tuan..terima kasih.

    March 2, 2016, 6:55 pm
    • Ismail N

      Ya, cuti adalah hak pekerja. Namun, hak ini juga tertakluk kepada hak majikan untuk meluluskan pada waktu yang sesuai buat mereka dan menyediakan polisi yang sesuai.

      Rujuk artikel lalu mengenai cuti tahunan di blog ini.

      Saya rasa tiada masaalah untuk dapatkan pengesahan surat sakit dari doktor kan? Saya tahu adakalanya macam tidak munasabah, namun dalam begini, sebaiknya anda minta keluarga dapatkan surat pengesahan dari doktor.

      Terima kasih.

      March 5, 2016, 9:16 am
  • Maizura

    Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya.. Sy bkerja di sebuah klinik di cyberjaya.. Gaji ot saya telah disekat.. Atas alasan tidak ingin saya lari or berhenti kerja.. Saya sudah berkerja selama 5 bln.. Tiada Surat tawaran atau potongan efp,socso.. Dlm tempuh percubaan Kate nye.. Dan smlm sy mendapat gaji basic sahaja(by cek).. Hari ni saya cuti utk caskan cek..didapati cek tu dah di cancel kan oleh majikan.. Ape patut tindakan saya?? Boleh ke saya tuntut gaji saya bln yg lepas.. Tolong saya.

    March 2, 2016, 1:40 pm
    • Ismail N

      Tiada surat tawaran dsb, tidak mengapa. Asalkan anda telah berkerja di sana, maka hubungan kontrak majikan dan pekerja telah pun wujud.
      Untuk bantuan gaji, rujuk dengan Jabatan Tenaga Kerja berdekatan. Untuk KWSP dan Socso, anda perlu maklumkan pada KWSP & Perkeso.

      Terima kasih

      March 5, 2016, 9:09 am
  • Syarifah

    Salam,

    saya telah bekerja dengan company Y selama 7 bulan. sebelum ini undang2 di tempat kerja membenarkan saya menggunakan telefon semasa “working hour”, sekarang mereka tidak lagi membenarkan. setiap kali kami lewat ke tempat kerja gaji saya akan dipotong sebanyak rm2.00/5 minit. sekiranya saya tidak bersetuju hendak menandatangani perjanjian baru tersebut, bolehkah majikan memberhentikan saya. tetapi mereka memberikan notis selama 4 minggu untuk saya mencari pekerjaan yang lain. bolehkah begini? mohon pencerahan. dan bolehkah majikan memotong gaji saya sebanyak rm 100 jika saya sudah mendapat warning letter?

    March 2, 2016, 5:28 am
    • Ismail N

      1. Undang-undang mengenai telefon itu adalah hal dalaman syarikat, maka tiada apa-apa yang boleh anda lakukan mengenainya.
      2. Sebagaimana yang nyatakan selalu pemotongan gaji bukan boleh dilakukan sewenangnya kerana ia salah satu perkara yang ASAS atau teras dalam kontrak kerja. Jika lewat, majikan ada opsyen samada mengambil tindakan disiplin terhadap pekerja (perlu ada prosedur) atau guna opsyen ini: https://dululainsekaranglain.com/human-resources/hr-masalah-datang-lambat-ke-tempat-kerja
      3, Jika pemotongan adalah secara salah, anda boleh buat aduan kepada JTK. Jika dibuang kerja secara salah, anda boleh buat tuntutan menerusi Jabatan Perhubungan Perindustrian (rujuk artikel berkaitan dalam blog ini).
      4. Warning letter tidak cukup untuk alasan pemotongan gaji.

      March 3, 2016, 1:22 am
  • Shahidan Yakup

    Berapa lama tempoh maksima seseorang pekerja boleh mengambil cuti tanpa gaji?
    Adakah pihak Majikan berhak untuk menghadkan pengambilan cuti tanpa gaji?

    March 2, 2016, 4:04 am
    • Ismail N

      Tiada had minima atau maksimanya. Bergantung kepada polisi syarikat. Ya, majikan boleh hadkan pengambilan cuti tanpa gaji jika perlu.

      March 3, 2016, 1:23 am
      • Shahidan Yakup

        Terima kasih atas penjelasan anda.

        Satu lagi pertanyaan, sekiranya unpaid leave tidak diluluskan & staf masih tetap tidak hadir bekerja, apakah tindakan yang boleh diambil olah majikan? Adakah ianya diambilkira sebagai ‘Self Terminate’?

        March 4, 2016, 2:22 am
  • Sarah Abdullah

    Saya ingin mendapatkan advice dari pihak Tuan berkenaan isu saya. Saya berkerja dlm bidang F&B dan majikan saya blh dikirakan buli,menghina dan bersikap perkauman terhadap saya. Saya dihina setiap hari dimana dia menyatakan muka saya buruk, dia mengugut untuk menampar dan menerajang saya dan dia tidak memanggil nama saya tetapi memanggil saya Keling sedangkan saya beragama islam[berdarah kacukan melayu dan india]. Saya sering dimalukan sehingga saya menangis. Saya tidak dapat merakam sebarang perbuatannya kerana tidak dibenarkan menggunakan H/P dan CC TV yg berada dipermis selalu ditutup supaya perbuatannya tidak diketahui. Saya sudah penat melaporkan kepada pihak atasan kerana tiada tindakan diambik. Saya hanya ingin mencari rezeki dan dengan keadaan ekonomi sekarang susah untuk mendapatkan kerja baru. Dia pernah mengugut saya yg dia dan kuncunya akan membuat laporan palsu kepada pihak atasan mengenai saya. Saya rasa sangat tertekan dan emosi saya sering tergangu. Keluarga saya susah jadi saya terpaksa bertahan untuk pendapatan saya. Harap Tuan dpt bantu saya kemana harus saya lapor kan situasi ni.

    March 1, 2016, 4:44 pm
    • Ismail N

      Kalau begini ia sudah dikira sebagai kes jenayah. Maka tempat yang sesuai untuk membuat lapuran dan mendapatkan bantuan adalah di balai polis.

      March 3, 2016, 10:43 pm
  • mas

    salam,
    majikan saya secara lisan telah pun mengesahkan jawatan saya dan mengarahkan saya utk membuat surat pengesahan jawatan akan tetapi oleh kerana terlalu byk kerja maka saya terabaikan surat pengesah jawatan saya.
    Baru baru ini saya telah menerima email drpd pihak majikan yang mengatakan tidak sah kan saya dalam jawatan dan saya masih dalam memerhatian.
    Minta pencerahan..

    terima kasih

    March 1, 2016, 10:49 am
  • Raihan

    Hai, saya telah diberi notis pada 15 Feb 2016 memaklumkan yang saya akan diberhentikan pada 23 Mac 2016. Untuk makluman saya masih lagi mempunyai baki cuti tahunan sebanyak 10 hari. Adakah saya ada hak untuk meminta majikan membayar baki cuti tahunan saya? Apakah hak-hak yang lain jika pekerja telah diberhentikan oleh majikan? Majikan maklumkan pada saya, bayaran cuti tahunan adalah budi bicara dia, kalau macam tu dia boleh buat keputusan sama ada nak bayar atau tidak. Betul ke?

    March 1, 2016, 9:33 am
    • Ismail N

      Jika anda sudah mahu berhenti dan masih ada baki cuti tahunan, maka majikan ada dua opsyen iaitu membenarkan anda menghabiskan cuti tersebut atau jika tidak mahu approve leave, perlu membayar nilai cuti tersebut

      March 4, 2016, 11:24 pm
  • Aju

    Tuan,saya nak buat pertanyaan insentif
    gaji pekerja sebelum ini
    basic 1000
    insentif 300
    allowance transport 300
    allowance meal 200
    tanpa notis jan 2016 syarikat menarik insentif dan allowance tanpa memberi apa2 notis dan hanya membayar gaji 1000 shj.adakah isu insentif dan allowance ini boleh di bawa ke JTK?
    dan utk makluman tuan allowance dan insentif dibayar secara cash tidak dinyatakan didalam payslip.adakah isu ini blh memihak kepada pekerja?

    February 29, 2016, 11:32 am
    • Ismail N

      Biasanya elaun dan insentif adalah faedah kontrak dan tertakluk kepada budi bicara majikan. Kebanyakkan majikan memang membayarnya secara tunai untuk membezakannya dengan gaji agar bila ada masaalah di masa hadapan, ia mudah ditarik balik.

      Soal samada anda boleh tuntut menerusi JTK atau tidak bergantung kepada syarat dalam kontrak anda, surat/memo/dsb berkaitan dengan allowance/insentif itu.

      Terima kasih.

      March 4, 2016, 11:25 pm
  • Aman

    Salam,

    Saya ingin mengetahui tempoh cuti bersalin bagi suami yg berkerja disektor swasta.
    Ini kerana isteri saya mengandung anak pertama dan saya dapat tahu tiada cuti khas untuk suami jika isteri bersalin.
    Sekian, terima kasih.

    February 29, 2016, 1:33 am
    • Ismail N

      Undang-undang di Malaysia tidak memperuntukkan paternity leave untuk pekerja. Namun, ada sesetengah majikan memberikannya sebagai faedah di bawah kontrak. Cuba rujuk dengan majikan samada faedah ini diberikan ditempat kerja anda. Terima kasih.

      February 29, 2016, 11:47 pm
  • Fikrie Syah

    Assalamualaikum maaf sy nak tanye , adakah boleh bayaran OT mengikut jam dan bukannya mengikut gaji pokok kita ? Contohnya dekat tempat sy bekerja nie bayaran OT dikira per / hour rm4.50 ..adakah ada undang undang macam nie di Malaysia ? Perlukan jawapan terime kasih

    February 28, 2016, 9:03 am
  • ctee

    Tuan…sekiranya saya telah menerima gaji dan bonus tahunan pada 29-2-16..
    Dan selepas itu saya menghantar notis sebulan berhenti kerja, adakah majikan berhak meminta semula saya memulangkan bonus tahunan saya?
    Mohon pencerahan

    February 28, 2016, 6:51 am
  • eliesa

    Salaam sy ada kemusykilan jika sy telah ditawarkn untuk kenaikan dan semua pihak telah menurunkn tanda tangan termasuk general manager,group general manager dan hr so its consider valid atau tidal hanya kerana direction of operation tidak menurunkn tnda tangan.sy mnta pencerahan dr pihak tuan

    Thank you

    February 27, 2016, 9:39 am
  • nida

    1. PH jika staff tidak hadir sebelum & selepas tidak layak dikira ph sebelum berapa hari?

    2. Saya nak tanya 8-9hb PH. jadi staff saya ada hadir kerja , 10hb staff tersebut mc 11-12hb tidak hardir. Soalannya staff tersebut tidak layak mendapat ph. adakah layak 11-12 dikira ganti ph . (normal pay)

    3. Staff saya 6-7hb MC. 8hb staff tersebut hadir tetapi tidak cukup masa (1jam). 9-10hb tidak hadir. Soalannya 8 hb nak kira macam mana? sebab tak cukup masa 1jam. 9HB saya akan kira ph. 10hb bolehkan saya kira ganti ph utuk 8hb dan bolehkah saya kira 8hb no pay hour (-1) untuk 8hb

    February 27, 2016, 9:14 am
  • EDDIE

    syarikat yang saya berkerja beroperasi selama 20 tahun, selama ini 100 % tenaga perkerja terdiri adalah anak tempatan kecuali bos warga asing dan diikuti rakan kongsi warga tempatan.Baru-baru ini syarikat mula membawa masuk warga asing untuk jawatan berpangkat tinggi dimana kerja-kerja yang dilakukan anak tempatan.Di negara kita ada ramai graduan yang berpontesi yang boleh menjawat jawatan tersebut, kenapa pula pihak majikan mengambil perkerja asing iaitu bangsa sendiri untuk jawatan tersebut tanpa menghiraukan kosnya dan membawa peraturan mengikut negara masing-masing walapun kilangnya beroperasi di malaysia.

    February 27, 2016, 3:49 am
    • Ismail N

      Soalan ini hendaklah diajukan kepada majikan anda. Jika pengambilan pekerja dilakukan mengikut saluran betul dan tidak melanggar apa-apa peruntukkan undang-undang, maka tiada salahnya (legally).
      Ini lebih kepada soal dalaman syarikat dan saya rasa pihak pengurusan pastinya telah berbincang sebelum membuat sebarang keputusan yang melibatkan soal operasi. Mungkin anda perlu jumpa boss dan mohon penjelasan lanjut darinya. Terima kasih.

      March 1, 2016, 11:13 pm
      • Ery

        Saya dah kerja 7 tahun dengan syarikat tempat sy bekerja.cuti tahunan sy ada 16 hari utk thn ni.sy dah apply cuti lebih awal tpi gaji dy dipotong bagi cuti 2 hari dengan alasan hr bahawa chti tahunan adalah pro-rata. Jumlah cuti yg sy ambil adalah 5 hari up to bulan feb. Sy nak tau ada ker policy majikan sy tu betul.sy dah 7 tahun kot.lepas tu cuti tahunan ada lagi. Tak logik langsung potong gaji.mohon pencerahan sblm sy membuat laporan ke jtk.

        March 5, 2016, 9:39 am
  • man

    Salam tuan.. Saya nak bertanya, kalau mendapat surat MC dr. klinik panel atau hospital kerajaan, boleh ker ianya ditolak dari cuti tahunan atau kuota MC tahunan (14 hari)..

    February 26, 2016, 7:57 am
    • Ismail N

      Biasanya gunakan kuota cuti sakit anda (Medical leave).

      March 2, 2016, 11:26 pm
  • hanisah

    Salam, sya ingin bertanya.. saya hantar notis berhenti kerja pada 15.02.2016 dan tempoh notis adalah 1bulan. Tarikh akhir saya bekerja adalah 15.03.2016. Saya mempunyai 2 hari Cuti tahunan. Soalan :-

    1 – Jika saya ingin berhenti pada 2 March, dengan memohon cuti tanpa gaji,bagaimana pergiraan gaji bulan March saya?

    2 – Bolehkah dalam tempoh notis, saya memohon cuti tnpa gaji untuk memendekkan notis berhenti kerja saya?

    February 26, 2016, 7:56 am
  • Hamba Allah

    Salam tuan, mohon pencerahan dan bantuan,saya telah bagi notis berhenti kerja selama sebulan(mengikut kontrak yang diberikan oleh majikan) iaitu pada 29 Januari 2016,dan tarikh terakhir saya berkhidmat adalah pada 28 Februari 2016 atau 29 Februari 2016??

    February 26, 2016, 3:15 am
    • Ismail N

      Tarikh effektif notis dikira dari tarikh notis diterima majikan. Jika majikan terima pada 29hb Januari, maka sebulan ialah sehingga 28hb Februari.
      Terima kasih.

      March 2, 2016, 11:29 pm
  • Farah

    MOHON PENCERAHAN,
    asalam tuan, salahkah jika saya keluar 20minit awal sebelum waktu rehat untuk mengambil anak dari sekolah/tadika. telah meminta izin sebelum keluar dari majikan & supervisor. atau saya perlu menulis surat pelepasan awal.

    February 25, 2016, 4:02 am
  • Nur

    Salam,

    Saya tersampai ke page ni sebab sedang search psl JTK. Saya sedang menghadapi suatu masalah di tmpt kerja.

    1. Syarikat ni, sudah dirombak organisasi beberapa kali sejak setahun yang lalu. Dan hingga kini tiada hitam putih mengenai organisasi yang baru.
    2. Saya pula di pindah ke department lain, namun secara verbal sahaja. Janji2 manis berkenaan kenaikan pangkat dll, sehingga kini tiada apa2. Hanyalah 1 email daripada bos memberitahu bos2 department lain bahawa saya ditugaskan menjadi ketua jabatan yang baru itu.
    3. Saya dah 4 thn kerja di sini, ilmu tentang sistem yang dipakai alhamdulillah ok. Jadi tiada masalah sgt dlm handing over job org yang lepas kpd saya. Satu hari tu, saya telah melakukan sesuatu (kalau ikut IMS document, mmg saya salah), namun ianya bukanlah kesalahan yang besar pun dan tidak merugikan syarikat langsung. Tindakan saya tu pulak urgent sebab ada pengeluaran barang kpd customer.
    4. Kesalahan saya tu telah diperbesar2 kan sehingga ke pengetahuan owner syarikat, yang pd saya memanglah tidak patut. Yang mengadu tu pula, memang tak ngam dengan saya. Dan apa yg disampaikan olehnya pun, ada maklumat yang ditokok tambah.
    5. Kes ini masih lagi berjalan. Cuma sekadar dlm syarikat. Saya tidak terkejut kalau sbb ini saya boleh dibuang kerja kerana, mereka memang suka buang orang suka hati.
    6. Jadi, saya nak tanya. kes saya ni, boleh ke di bawa ke JTK? Kalau boleh, mcm mana, dan apa hak2 yg saya boleh dapat? kalau nk kena byr lawyer fee mahal2, lebih baik diorg jwb kt mahkamah akhirat je esok.

    February 25, 2016, 3:46 am
  • Ahmad

    Salam. Saya mula sakit pada bulan 6/2015. Sebab tak nk mengganggu flow kerja (asyik mc),saya mintaklah unpaid leave. Antara bulan 6/2015 hingga 2/2016, saya mendapat mc dan doctors’ reports yg sah yg menunjukkan saya memang tak fit untuk bekerja. Soalan saya (1), boleh kah saya minta resign tanpa notice? Epf saya dibayar penuh, jadi adakah saya berhutang apa2 pada company? (3) saya menyuarakan hasrat nak resign pada HR tp die berkata company tak suruh orang resign. Tunggu aje komunikasi dari kami. Jadi sekarang saya stuck tak tau nak buat apa. Kalau resign, tak taula camne nak cari kerje baru. Tak resign, takut di medic board kan pulak. Tolong saya, tuan.

    February 24, 2016, 6:12 pm
  • Ululazmi bin Ramli

    Assalam admin, sy mngalami kemalangan pd bln may 2014, sehingga skrg sy msh menerima rawatan/ temujanji bersama doktor pakar..pd bln january 2016 sy mengalami sakit semula di lutut sy semasa kemalangan 2014, rawatan di klinik kesihatan cuma diberi cuti rehat 2 hari dan kemudian dirujuk ke hospital besar bahagian emergency, dan kemudian dirujuk ke pakar orthopedik, dan diberi cuti rehat selama 1 bulan tanpa memasukkan sy ke wad, soalan saya adalah
    1) Adakah cuti sakit sy dikira cuti sakit biasa atau cuti sakit hospital 60 hari?
    2) Majikan hanya membayar gaji saya utk 18 hr dan selebihnya tdk membayar gaji saya.
    3) Kes sy adalah rujukan socso kerana kemalangan pd 2014 semasa pulang bekerja, jd cuti sakit pd 2016 ini sy memanjangkn kpd pihak socso semula, adakah klau socso membayar cuti sakit saya selama 1 bulan, pihak majikan tidak perlu membayar gaji sy pd bln itu?

    February 24, 2016, 1:17 pm
  • HASLINA

    Salam tuan , saya hendak bertanya berkaitan dengan kerja 8 jam sehari . masuk kerja jam 8.00am dan balik 5.00 pm . Waktu rehat jam 11.00am – 11.40 am dan rehat kedua 3.00pm – 3.20 pm . Adakah betul atau tidak masa yang diberikan oleh majikan saya atau masa kerja melebihi masa . Terima kasih

    February 24, 2016, 5:06 am
  • Hj Hajimia Bin Kadir Ali

    We were contracted for employment as Instructor at an aviation training project commencing from 1st January 2014 until 31 December 2015 with mention of annual increment RM xxx and new salary of RM xxxx. by a letter dated 27 November 2013.
    WE WERE NOT PAID ANY INCREMENT FOR 2015.
    By a letter dated 23rd December 2015, we were told that our contract shall expire on 31st December 2015.
    On 30th December 2015, we were given signatured time-table by the management which details us to conduct class on 4th January 2016 and onwards saying that appointment letter will be followed.
    End of January 2016, we received APPOINTMENT AS INSTRUCTOR (for a contract period from 4th January 2016 till 31 March 2016) by a letter dated 6th February 2016.
    When we receive our pay in early February 2016, we found that our Basic Salary, Communication Allowance and Meals Allowances were cut proportionately for the first three days.
    We wish to know weather the actions of our management are correct by law i.e. non-payment of annual increment (2015) and pay cut for January 1st to 3rd 2016.
    To whom should I forward our issues? Thank you.

    February 24, 2016, 4:47 am
  • RUZANNA

    Salam tuan, saya nak tnya bagaimana pula kiraan gaji atau allowance bg pekrja yang dalam cuti bersalin tapi diminta utk bekerja semula selepas 30 hari berpantang? Maksud tidak cukup 60 cuti bersalin..dengan gaji rm2k keatas dan allowance tetap rm450..

    February 24, 2016, 4:19 am
  • wan persie

    assalam,

    sy mempunyai situasi dimana pihak syarikat telah menghantar letter of self termination. ia berikutan ketidakhadiran berkerja pada 10/02/2016 dan 11/02/2016. Tetapi sy telah memaklumkan kepada project manager sy seminggu sebelum itu bahawa saya ingin bercuti atas sebab majlis perkahwinan abg sy pada 08/02/2016. dan pada pagi 10/02/2016 juga sy telah memaklumkan sekali lg kepada PM sy bahawa sy cuti. namun kesilapan sy adalah lambat memohon cuti iaitu pada 13/02/2016 dan apabila sy mohon cuti pada tarikh tersebut, cuti sy telah ditolak. MOHON PENCERAHAN

    February 23, 2016, 7:54 pm
  • melanie

    saya berkerja sebagai sales and marketing assistant di sebuah syarikat pengedaran dengan tempoh percubaan selama 3 bulan;dalam tempoh percubaan itu saya di berikan tugasan2 dimana saya perlu mencapai target contohnya : bulan pertama saya perlu mendapatkan appointment bersama client saya dalam tempoh 2 minggu jika saya berjaya mendapatkannya, separuh dari gaji saya akan di berikan dan jika saya gagal mendapatkannya gaji saya akan di tolak mengikut kadar yg di tetapkan oleh majikan dalam offer letter saya. setelah tugasan appointment bersama client selesai, saya perlu mendaptkan agreement bersama client untuk membenarkan produk(makan&minuman) yg saya edar memasuki pasarannya dan jika saya gagal mendapatkannya saya hanya di bayar 3/4 daripada gaji penuh saya untuk bulan pertama dan jika saya berjaya saya akan mendapat sebulan gaji penuh berserta comission sebanyak 5% daripada jumlah produk yg saya edarkan.. persoalan saya..adakah syarat seperti ini relaven atau di benarkan dalam tempoh percubaan sebagai pekerja? dan bukan kah syarat seperti ini salah di sisi undang2 akta buruh? adakah tidak menjadi 1 kesalahan kepada majikan saya untuk meletakan target kepada saya dlam tempoh percubaan saya berjalan? ..mohon persoalan saya ini mendapat pencerahan dan jawapan dari encik..terima kasih

    February 23, 2016, 6:14 pm
    • Ismail N

      Hmm.. susah untuk saya nyatakan samada ia salah atau tidak. Ia bergantung kepada bagaimana offer letter itu ditulis. Komisyen memang biasanya ikut jumlah jualan. Namun, gaji – sepatutnya tetap. Kedua, ia bergantung juga kepada jenis kontrak yang anda tandatangani. Rujuk juga artikel: https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/undang-undang-buruh-kontrak-pekerjaan

      Cuba tunjukkan offer letter anda kepada kaunselor JTK atau peguam untuk nasihat dan pandangan. Terima kasih.

      February 24, 2016, 11:33 pm
  • Bala

    Tuan,
    Majikan mengurangkan gaji basic saya setelah saya balik dari MC dua bulan. Ini adalah kerana doc beri nasihat utk buat kerja ringan. Kalau tak silap saya hanya elaun dibenarkan kan potong oleh majikan. Adakah gaji pokok juga bole dikurangkan oleh majikan. Saya dah kerja lebih 3 thn di syarikat nie. Cuma nak tau apakah kriteria majikan utk mengurangkan gaji pokok seseorg pekerja.

    February 22, 2016, 5:19 am
    • Ismail N

      Gaji adalah terma asas kontrak dan tidak boleh dikurangkan tanpa persetujuan bersama. Dalam kata lain, pekerja mesti bersetuju, barulah majikan boleh mengurangkan gaji pokok pekerja.

      February 23, 2016, 11:59 pm
  • Ikan Kembung

    Salam tuan,

    Saya menghadiri temuduga di syarikat A dan telah diterima (verbally) bekerja di situ. Sebelum saya akan menyerahkan resign letter ke syarikat B (syarikat sedang bekerja sekarang) saya mestilah menunggu surah tawaran sari syarikat A.
    Namun begitu syarikat A telah membuat pemeriksaan latar belakang syarikat yg pernah saya bekerja tanpa pengetahuan saya dan telah menelefon syarikat B, dan boss saya dapat tahu, dan sekaligus telah menyebabkan saya mengalami kesukaran untuk bekerja. Dan malangnya syarikat A telah menarik balik tawaran bekerja saya.

    Adakah sesuatu syarikat berhak membuat pemeriksaan latar belakang tanpa pengetahuan?
    Apakah yang boleh dilakukan dalam kes ini?

    February 21, 2016, 12:01 pm
    • Ismail N

      Background checking adalah sesuatu biasa dilakukan oleh majikan hari ini bagi memastikan pekerja yang diambil bebas dari sebarang masaalah. Oleh itu, sebaiknya bila anda telah ditemuduga dan ditawarkan jawatan, mohon bakal majikan mengeluarkan surat tawaran kerja terlebih dahulu sebelum meletakkan jawatan.

      February 24, 2016, 12:03 am
  • Escada

    Adakah pekerja layak mendapat cuti ganti untuk hari kelepasan am dimana pekerja dalam cuti hospitalisasi?
    Seperti yang saya maklum, cuti ganti perlu diberi oleh majikan ketika pekerja cuti sakit pada hari kelepasan am.
    Adakah begitu jg untuk hospitalisasi yg lebih dr 60 hari?
    Mohon pencerahan

    February 19, 2016, 7:50 am
    • Ismail N

      Jika cuti umum jatuh semasa pekerja sedang bercuti sakit di hospital, maka ia akan dikira sebagai cuti umum. Oleh itu, kelayakkan cuti hospitalisasi anda pada hari tersebut tidak perlu digunakan.

      February 23, 2016, 11:57 pm
  • Nasra

    Assalamualaikum Tuan
    Saya nk bertanya sebagai majikan, pihak kami akan buat pelarasan gaji baru untuk kakitangan.
    perlarasan gaji ini akan dikuatkuasakan pada bulan Gaji bulan Februari. Sekiranya, ada kakitangan yang meletakkan jawatan dalam bulan januari atau awal februari dengan 3 bulan notis dijangka notis tamat pada mei..apakah kakitangan ini berhak menikmati perlarasan gaji baru.

    February 19, 2016, 5:12 am
    • Ismail N

      Gaji adalah budi bicara majikan asalkan ia mematuhi syarat gaji minima. Oleh itu terpulang kepada anda untuk menetapkan polisi berkenaan gaji.
      Kalau hendak beri boleh. Tak beri pun boleh.
      Apa-apa pun ada kontrak kerja di syarikat sebut hal ini?

      February 21, 2016, 1:54 pm
  • HambaAllah

    Salam, saya seorang juruwang di sebuah stesen minyak, saya telah bekerja sejak bulan 6 2015, jadi soalan saya:
    1. Gaji saya bulan pertama dan kedua hanya rm750 dan telah meningkat kepada rm800 sahaja sehingga sekarang sedangkan gaji minimum yang telah ditetapkan kerajaan adalah rm900. Adakah saya boleh mengadu kepada JKTM dan adakah majikan saya boleh dikenakan tindakan?
    2. Gaji saya dibayar tunai dan EPF & SOCSO juga dipotong. Adakah ini boleh sedangkan setahu saya potongan EPF & SOCSO adalah potongan automatik semasa gaji dimasukkan kedalam akaun bank? Bolehkah majikan membayar gaji secara tunai?
    3. Rakan sekerja saya telah diberhentikan tanpa surat amaran dan notis, adakah tindakan ini salah dan bolehkah JTKM mengambil tindakan? Majikan juga memberitahu bahawa dia tidak mahu membayar gaji namun setelah diminta beberapa kali barulah gaji dibayar dan rakan saya perlu pergi ke rumahnya untuk mengambil gaji.
    Harap tuan dapat menjawab pertanyaan saya secepat mungkin. Terima kasih.

    February 19, 2016, 12:54 am
    • Ismail N

      1. Ya jika di Semenanjung adalah RM 900 dan Sabah/Sarawak ialah RM800. Majikan boleh beri di bawah gaji minima untuk tempoh 6 bulan pertama. Selepas itu perlu patuhi gaji minima yang ditetapkan. Ya, jika aduan dibuat pada JTK, majikan boleh dikenakan tindakan.
      2.Gaji boleh dibayar secara tunai. EPF & Socso dipotong terlebih dahulu untuk tujuan caruman. Semak penyata akaun anda bagi memastikan caruman telah dibuat oleh majikan.
      3. Pemberhentian kerja hendaklah dibuat dengan cara yang adil dan memberi peluang kepada pekerja membela diri terlebih dahulu.

      February 24, 2016, 12:08 am
  • azila

    Salam tuan,

    Setiap bulan saya menerima gaji dan beberapa elaun daripada majikan sebanyak RM1990
    Basic gaji = RM1670
    Elaun (Rumah + Pengangkutan + Kehadiran) = RM180 + RM100 + RM40 = RM320
    Elaun yang saya sebutkan di atas ada tertulis dalam buku service condition syarikat sejak saya mula bekerja tahun 2004.

    Tetapi baru-baru ini (Januari 2016) majikan saya telah mengeluarkan satu buku service condition baru yang mana di dalamnya terlalu banyak perubahan. Termasuk tidak menyatakan tentang elaun rumah, pengangkutan dan kehadiran di dalamnya.

    Apabila saya bertanya kepada majikan kenapa elaun-elaun tersebut tidak dinyatakan di dalam service condition baru? Dia hanya menjawab semua pekerja termasuk saya mesti mengikut saja apa yang terdapat di dalam buku service yang baru. Jika elaun itu tidak tertulis di dalamnya bermakna elaun-elaun itu tidak lagi diberikan kepada pekerja.

    Soalan saya yang pertama:
    Bolehkah majikan bertindak menghapuskan elaun rumah, pengangkutan dan kehadiran yang selama berpuluh tahun pekerja nikmati?

    Kedua:
    Bolehkan majikan mengubah buku service condition tanpa membuat perbincangan dengan wakil pekerja?

    Ketiga:
    Bolehkah majikan bertindak tidak memberikan penerangan tentang perkara-perkara yang telah diubah di dalam service condition yang baru itu?

    Mohon pencerahan tuan. Terima kasih.

    February 18, 2016, 4:58 pm
    • Ismail N

      Anda perlu merujuk kembali kontrak kerja dan lihat kesan buku service condition dan samada ia boleh diubah secara unilateral (oleh satu pihak sahaja).

      Biasanya, elaun memang bersifat sementara kecuali dinyatakan secara spesifik. Namun, anda juga mengatakan bahawa ia telah diberikan selama berpuluh tahun, maka secara tersirat ia boleh bawa persepsi yang ianya telah menjadi suatu yang tetap. Hal ini hendaklah sebaiknya dirujuk ke peguam IR yang berpengalaman. Mungkin ada kes Mahkamah Perindustrian yang relevan. Harap maaf, saya tidak punyai cukup resource untuk menasihati anda dalam hal ini. Terima kasih.

      February 24, 2016, 5:41 am
  • hafiz

    salam,
    sy brkerja sbagai pengawal keselamatan,sy nak tanye 1 perkara..boleh ke ketua pengawal gantung tugas (standby) saya selama 3 hari diatas kesalah sy keluar dari group wassap yg dia reka..??mohon penjelasan..

    February 18, 2016, 1:17 pm
    • Ismail N

      Amnya tidak boleh. Namun, mungkin ada sebab lain yang munsabah – contohnya ia menyukarkannya mengatur roster pengawal keselamatan. Jadi kesalahannya bukan keluar Group Whataspp tetapi lebih kepada tidak mematuhi arahan tanpa alasan munsabah. Ia agak subjektif dan bergantung kepada hujah masing-masing. Kata kunci dalam pertikaian pekerjaan ialah ‘munsabah atau tidak’.

      February 22, 2016, 5:39 am
  • nur

    saya gaji bulanan 1200.00 cam mne nak buat pengiraan overtime..??

    February 18, 2016, 3:08 am
  • nuruliman

    Haii nak Tanya…
    Baru2 ni sempena hri raya cina company tutup selama sminggu..
    2hari drpd nya adalah cuti umum.. dan selebih nya pula cuti atas permintaan company…
    Boleh ker company tolak AL kite utk 5hri cuti tersebut? Atau menolak gaji kite jika kite tiada AL?
    MOHON PENCERAHAN DARI PIHAK TUAN… TQ

    February 17, 2016, 9:52 am
  • qulien

    Kerajaan dan Swasta adakah cuti tahunan itu sama? Adakah majikan berhak meniadakan cuti tahunan untuk pekerja harian?

    February 17, 2016, 3:03 am
    • Ismail N

      1. Tak sama
      2. Boleh tidak approve permohonan cuti jika rasa tarikh yang dipilih tidak sesuai dan ganggu operasi syarikat.

      February 17, 2016, 11:20 pm
  • Aishah

    Saya nak nasihat dari anda..saya bekerja sebagai agent @ majikan dikedai kasut,,kedai saya buka pukul 10am-9:30pm..
    Pada 12/12/2015 saya sepatutnya masuk kerja pukul 10 tetapi saya ada masalah sikit dan tiba2 saya dapat masej dari staff saya yang dia tidak sihat dalam pukul 11:30am,,Saya terus pergi kedai kerna risau padanya,,sampai kedai dalam pukul 12:15 terus masuk kedai menanyakan pada staff baru saya mana staff lagi sorang,,saya jumpa dia dengan bersaksikan staff baru saya dan saya cakap pada staff sakit tuh yang sy bagi dia balik pukul 12:30 untuk pergi klinik dan cuti rehat pada 13/12/2015,,tiba2 staff saya cakap baik saya benti keje je sebab tak heran dengan kerja ni dan terus amik beg,helmet,barang2nya dia pergi ke motornya di hadapan kedai dan hempas beg didalam bakul,,Disebabkan cara dia yang tiba2 itu saya pergi hadapan kedai dan berkata kalau itu akak da cakap saya terpaksa terima,lagi pon saya bagi akk balik rehat dan cuti rehat bukan bentikan akak kerja dan saya berkata tak apalah ini keputusan akk nanti hujung bulan saya beri gaji,,
    Dalam pukul 1:30 dia datang bersama tunangnya dan meninggikan suara berkata pada tunangnya yang saya halau dia macam anjing,sesuka berhentikan dia dan tuduh saya macam2,,Saya berkata benar dan cerita semua kepada tunangnya dengan bersaksikan staf baru saya tetapi staff itu tarik tangan tunangnya keluar dari kedai sambil berkata tunggu dan lihat,,
    Pada hujung bulan (30/12/2015) saya beri masej padanya yang saya ingin beri gaji semasa dia bekerja sampai dia berhenti,,pada malam tu dia datang dan saya bagi gaji kepadanya bersaksikan staff2. Saya kira semua gaji dia sebab tolak hutang dia ambil kasut,beg sekolah dan baju kerja,,resit semua saya copy dan beri gaji bersih padanya,,Dia amik gambar slip gaji dan resit terus keluar dari kedai,,

    Pada pertengahan bulan 1 anggaran 17/1/2016 dia telah masej area manager saya mengatakan gajinya tak cukup dan area manager saya minta semua salinan gaji dan hutangnya pada saya,,Setelah area manager kira semua gajinya cukup dan betul apa saya bagi,,Dan dia tak mampu berkata apa2,,
    Pada 27/01/2016 dia telah membuat aduan kepada pejabat buruh megatakan yang saya berhentikan dia tanpa notis dan saman saya kerna berhentikan dia tanpa sebab,,pejabat buruh bagi 1 tarikh perbicaraan dalam masa terdekat bagi menyelesaikan masalah ini dan saya tidak boleh bawa saksi pada hari tersebut,,
    Staff itu start kerja 19/11/2015 dan not confirm staff,,

    February 16, 2016, 5:45 pm
    • Ismail N

      Saya rasa sudah jawap soalan ini ya. Harap jangan komen dibanyak artikel. Susah saya mahu cari yang mana satu yang sudah dan mana yang belum.
      Terima kasih.

      February 22, 2016, 5:34 am
  • shasha

    salam..

    public holiday for CNY jatuh pada 8 & 9hb Feb 2016.
    Dan company saya mengeluarkan arahan agar 10,11,12 & 13hb feb 2016 cuti utk semua staff.
    Jadi soalan sy…bolehkah 10,11,12 & 13hb feb 2016 menggunakan Annual leave atau company tolak gaji selama 4hari?

    February 15, 2016, 7:26 am
  • Abdul

    Assalamualaikum tuan.. Saya nak tanya, saya baru habis belajar baru baru ini dan menerima tawaran bekerja dengan sebuah syarikat swasta..
    sewaktu tempoh bekerja, syarikat mengalami masalah dengan ejen yg ditugaskan untuk menyelesaikan masalah permit pekerja asing.. saya tidak ditugaskan untuk menyelesaikan masalah itu.. tetapi menurut bekas majikan saya itu jika pejabat imigresen hadir untuk membuat pemeriksaan, saya yg akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang penahanan ke atas syarikat..
    Saya telah memberikan notis 1 bulan untuk berhenti tetapi saya melanggar notis itu kerana rasa insecure dengan situasi saya yg hampir setiap hari membawa pekerja asing yg tidak mempunyai permit itu menggunakan kereta milik saya.. adakah saya perlu membayar kembali notis 1 bulan itu? Atau saya boleh menyuarakan hak saya ke JTK kerana syarikat telah melanggar undang2 dengan menggaji pekerja asing tanpa permit?

    February 15, 2016, 1:18 am
    • Ismail N

      Soal immigresen itu soal lain. Anda tidak boleh campur aduk dengan isu notis. Notis perlu dipatuhi mengikut kontrak anda.
      Pekerja asing yg bekerja tanya permit adalah isu syarikat & imigresen.

      February 17, 2016, 5:13 am
  • Yoginaru

    Mohon pencerahan..
    – Tempoh percubaan atas budi bicara majikan atau ada akta yang menjadi garis panduan dan selalunya berapa lama tempoh percubaan yang sepatutnya (pengawal swasta).

    – Dalam tempoh percubaan boleh tak majikan tidak membuat caruman kwsp pekerja?
    – Apa akta yang boleh membantu untuk tindakan jika majikan tidak mengeluarkan slip gaji untuk pekerjanya. tq

    February 14, 2016, 2:26 am
  • Zulfadzli

    Assalamualaikum tuan.

    Senario yg berlaku pada sy ialah sy bekerja dengan satu syarikat yg membayar pihak ke tiga (agen) untuk satu tugasan kontrak. Dan pihak agen membenarkan utk membuat sebarang tuntutan khas sekiranya bekerja diluar kawasan (kos perjalanan, tol, dan penginapan).

    Atas permintaan tugas dari syarikat utama, sy dan rakan yg lain ditugaskan berasingan di negeri2 tertentu selama 3 bulan.

    Soalan sy, wajarkah pihak agen melambat2kan proses tuntutan khas tadi sedangkan segala kos ditanggung oleh pekerja 100% utk setiap kos perjalanan, tol dan penginapan tadi?
    Setiap kos ditanggung melalui gaji bulanan pekerja sendiri dan mengakibatkan segala komitmen bulanan sepanjang 3 bulan tertunggak.
    Kos sepanjang 3 bulan meningkat 2 kali ganda dari perbelanjaan sepatutnya.
    Contohnya utk sewaan rumah walau tak duduk tetap perlu diteruskan pembayaran. Dan ditambah pula utk membayar sewaan hotel sepanjang bertugas diluar kawasan.
    Akibat dari kelewatan pihak agen membayar tuntutan tadi, sy rasa agak terbeban dari segi kewangan yg diakibatkan oleh kegagalan pengurusan agen mengurus kewangan pekerja.

    Apa tindakan yang boleh sy dan rakan2 ambil sekiranya hak pekerja begini diabaikan?

    Terima kasih tuan

    February 12, 2016, 10:35 am
    • Ismail N

      Jika bayaran adalah menerusi agensi, maka anda perlulah menuntut dengan agensi. Mungkin anda boleh mohon bantuan syarikat tempat anda berkerja dengan mengadukan masaalah anda kepada mereka. Jika tidak wujud hubungan master & servant antara anda dengan agensi (saya rasa tidak), maka anda boleh cuba buat tuntutan secara kontrak di Mahkamah Tuntutan Kecil. Itu pun kena lihat dulu peruntukan kontrak anda macam mana. Dapatkan nasihat peguam jika perlu. Terima kasih.

      February 16, 2016, 3:16 am
  • juliana

    hai. sy baru berumur 21. sy ingin kan penjelasan. sy telah bkerja dengan sebuah syarikat swasta selama 3 bulan dan telah menandatangan kontrak bekerja selama setahun. dan kontrak akan tamat pada 31.12.16. dalam contract tersebut sy perlu mengemukakan notis 2 bulan utk bhenti kerja.. sy bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. soalan nya d sini. boleh ka sy bhenti kerja dengan menghantar notis 2 bulan sebelum contract tamat? dan dalam perjanjian tersebut sy tidak mendapat caruman kwsp. sy dulu tak tau pn kwsp tu penting. boleh kah ini d jadikan alasan untuk sy berhenti kerja juga?

    February 12, 2016, 8:22 am
    • Ismail N

      1. Rujuk kembali kontrak anda. Pasti ada terma berkaitan dengan notis penamatan kontrak. Ikut terma tersebut. Tidak perlu tunggu sehingga tamat tempoh kontrak.
      2. Isu KWSP ialah isu berbeza. Jika ia tidak dibayar, aduan boleh di buat ke pejabat KWSP berdekatan.

      Terima kasih.

      February 14, 2016, 11:08 pm
  • Abdul

    Assalamualaikum tuan, saya hendak bertanya.. jika saya memberi notis berhenti selama 1 bulan tetapi di pertengahan bulan itu saya sudah berhenti atas alasan syarikat terlibat dengan kegiatan jenayah seperti menggaji pekerja asing yg sudah tamat tempoh permit.. saya pula sering membawa pekerja asing yg tiada permit itu ke klinik dan tempat2 lain sepanjang tempoh notis.. adakah saya dibolehkan untuk letak jawatan tanpa notis atau melanggar notis itu? atau saya masih perlu menurut apa sahaja tempoh yg di nyatakan di dalam notis walaupun saya ditahan pihak berkuasa atas kesalahan ini?

    February 12, 2016, 4:52 am
    • Ismail N

      W’salam. Bezakan notis dan kesalahan mengajikan pekerja asing itu. Ia dua perkara yang berbeza. Kecuali jika majikan sudah ‘waive’/abaikan notis itu atau anda ditahan polis/immigresen sehingga tidak dapat hadir kerja lagi, maka ia masih perlu dipatuhi.

      February 14, 2016, 11:05 pm
  • Gunavathy.p

    Adakah cuti hospitalisation termasuk Public Holiday ?

    February 10, 2016, 10:59 am
    • Ismail N

      Tidak. Jika ada PH, cuti hospitalisasi tidak perlu utilise

      February 11, 2016, 11:57 pm
  • Norazam Yusof

    Salam…
    Mohon pencerahan jika ada di dalam peruntukan akta atau mana2 undang2.

    Situasi 1: Hari sabtu kerja separuh hari 08:00 – 12:45 TETAPI untuk pengambilan cuti -akan di tolak SATU hari penuh pada hari Sabtu tersebut. Adakah perkara ini dibenarkan?

    Situasi 2: Cth: kelayakan cuti tahunan 12 hari utk tahun ini. Dan pihak pentadbiran telah menetapkan dari 12 hari tersebut akan di bahagi 12 bulan untuk KUOTA kelayakan bercuti pada setiap bulan. Cth: Kuota Januari 1 hari – Kuota Februari 1 hari : Jika pada Jan tidak ambil cuti akan di bawa kuota ke bulan Februari dan begitu juga seterusnya. Jika mengambil cuti lebih daripada Kuota yang ditetapkan – cuti tanpa gaji akan dikenakan. Setakat ini polisi ini adalah cara lisan sahaja. Adakah ini dibenarkan?

    Di harap dapat membantu: Terima Kasih

    February 10, 2016, 4:17 am
    • Ismail N

      1. Walaupun anda cuma berkerja cuma 1/2 hari pada hari Sabtu, tetapi NILAI gaji yang dibayar pada hari tersebut bersamaan dengan 1 hari. Oleh itu, wajarlah bila tidak hadir, maka gaji yang dipotong adalah 1 hari juga.
      2. Ini adalah isu polisi dan ia agak subjektif. Amnya, majikan dibenarkan untuk menetapkan polisi sendiri sehingga kesahihannya dicabar dimahkamah. Apa-apa pun yang jelas majikan cuma wajib berikan peruntukkan cuti tahunan.

      February 11, 2016, 11:53 pm
  • yati

    Assalamualaikum… saya nak bertanya tentang seorang pekerja di syarikat saya. Dia telah menghantar surat berhenti kerja pada 4/2/2016 dan meminta di lepaskan pada 29/2/2016. Sepatutnya dia memberikan sebulan notis. Sehingga skrg, dia juga telah mengambil cuti sakit sebanyak 2 hari (bulan Januari) dan 3 hari (bulan Februari). Soalan saya :-

    1. macamana pengiraan gaji untuk notis yang diberi tidak sampai sebulan itu (kami bekerja 5 hari seminggu dan setiap sabtu alternate untuk setiap staf, jadi sebulan mereka hanya kerja 2 hari untuk sabtu)

    2. Adakah boleh ditolak gaji untuk mc bagi bulan Februari? (cuti sakit 12 hari untuk setahun).

    Terima kasih.

    February 10, 2016, 4:15 am
    • Ismail N

      1. Anda sebagai majikan boleh samada waive (abaikan notis) itu atau minta dia bayar setiap hari yang dia tidak dapat tunaikan notis itu. Oleh kerana ada 5 hari sebelum cukup satu bulan notis. Maka 5 hari itu boleh ditolak dari gaji terakhirnya. Jika Sabtu 4/3/2016 adalah hari rehat, maka tolak 4 hari sahaja.
      2. MC tu bergantung kepada kelayakkan. Jika masa ada dan memenuhi syarat, maka 5 hari MC itu adalah cuti bergaji dan tidak boleh ditolak gaji.

      Terima kasih.

      February 11, 2016, 5:27 am
  • zam

    Assalamualaikum, Saya bekerja dengan seorang ustaz sebagai pegawai tadbir. Waktu kerja adalah 8.00 hingga 5.30pm. Adakah majikan berhak mengarahkan saya untuk hadir ke kelas agamanya pada waktu mlm jam 9.00 hingga 11pm seminggu sekali?

    February 8, 2016, 4:16 am
    • Ismail N

      W’salam. Tidak, kecuali dengan dinyatakan dengan jelas dalam kontrak yang ia termasuk dalam syarat utama berkerja semasa kontrak ditandatangani.

      February 11, 2016, 5:20 am
  • shah

    Sy bekerja di syarikat swasta sbgi supervisor yg berdaftar di kementerian kewangan,supplies barangan alat tulis @ tender di dalam sekolah2 Dan pejabat swasta…disini sy ingin mengetahui dgn lebih lanjut mengenai 1. Gaji minima bagi pekerja yang bekerja di kedai buku, waktu Dari 8:30 pagi hingga 4:30 petang hari isnin – jumaat…hanya diberi gaji RM650 sebulan Dan tidak diberi potongan kwsp Dan socso…adakah pekerja tersebut layak di carumkan? 2. Insurance nyawa untuk pekerja seperti saya yang bekerja sebagai supervisor yang banyak menghabiskan masa lebih kurang 9 jam dia atas jalan untuk membuat collection sales sekolah2, adakah syarikat saya sepatutnye ada insurance sebegitu utk pekerja selain daripada potongan socso setiap bulan. 3. Kenaikan gaji diberi tidak mengikut sistem permulaan Kerja setahun ke dua tahun OK lame-kelamaan menurun Dan diberi suka hati rase nak naik…naik la!!! Tidak diberi sebab mungkin prestasi Kerja kurang memuaskan atau sebaliknye… Sy berharap pihak tuan dpt memberikan jalan penyelesaian kes sy…terima kasih.

    February 5, 2016, 6:46 pm
    • Ismail N

      Gaji minima utk pekerja-pekerja di Semenanjung Malaysia ialah RM 900 & RM 800 untuk Sabah & Sarawak. EPF & Socso memang wajib dicarumkan. Kenaikkan gaji pula tertakluk pada budibicara majikan. Insuran tidak diwajibkan – asalkan ada Socso.
      Sebaiknya berjumpa dengan majikan dan mohon penjelasan dari mereka sebelum mengambil apa-apa tindakan. Terima kasih.

      February 10, 2016, 12:05 am
  • fahmey

    Sya pkerja pnjawat awan…sabtu ahad cuti majikan paksa datang kerja sabtu ahad boleh ka…klau x datang surat merah…mohon penjelasan

    February 5, 2016, 11:50 am
    • Ismail N

      Perbincangan di sini terhad kepada pekerja-pekerja di sektor swasta. Mungkin anda boleh minta pandangan MTUC utk masaalah pekerja di sektor awam. Harap maaf dan terima kasih kerana mengunjungi blog kami.

      February 10, 2016, 12:01 am
  • Mark

    Hello En Ismail, Apa khabar? Saya ingin mendapat sedikit pandangan dan nasihat dari mu. Soalan saya begini, saya dah berkhidmat dengan satu syarikat 11tahun, dan letak jawatan pada 13 July 2015. Adakah saya tak layak mendapat purata bayaran untuk cuti tahunannya? Kata majikan saya tak kerja sampai satu tahun 2015, lagi katanya dulu majikan tak practice kira purata cuti tahunan. Boleh saya buat aduan di JTK dan adakah menang kes saya ni?

    February 4, 2016, 10:23 am
    • Ismail N

      Cuti tahunan adalah satu hak di bawah Akta Kerja 1955 (jika ada dilindungi Akta ini), atas sebab itu ia wajib diberi. Untuk tahun yang anda belum habiskan, maka layak dapat cuti tahunan berdasarkan pro-rate sebelum kontrak ditamatkan. Terima kasih.

      February 5, 2016, 12:02 am
      • Mark

        Terima kasih atas bantuan En Ismail. Sebab semasa saya letak jawatan, HR kata saya tinggal 13hari annual leave yang dibawa tahun 2014, tapi saya tak dengar pun beliau mengatakan kelayakan annual leave tahun 2015 yang saya telah saya berkhidmat 7bulan pada 2015. Mereka masih bayar komisen yang tertunggak pada July’15 hingga Dec’15 kepada saya tapi tak terima pun bayaran untuk kelayakan annual leave 2015. Lagipun HR kata sudah forfeit sebab annual leave 2015 mesti digunakan sebelum saya henti kerja, kalau tak habiskan, mereka akan forfeit dan saya tak kerja sampai 12bulan untuk tahun 2015. Tak layak untuk mendapat 16hari cuti tahunan. Pada hal saya bukan staff baru, saya kerja 11tahun untuk syarikatnya.

        February 5, 2016, 2:22 am
  • Nurul

    Assallamualaikum Tuan,
    Mohon rujukan,
    Bagaimana untuk membuat pengiraan HRP dan ORP sekiranya waktu kerja adalah seperti dibawah : (Gaji asas RM1100/bulan)
    Mon – 10 jam kerja (termasuk 1 jam rehat)
    Tue – 10 jam kerja (termasuk 1 jam rehat)
    Wed – OFF
    Thu – OFF
    Fri – 12 jam 30 minit kerja (Termasuk 2 jam rehat)
    Sat – 12 jam 30 minit kerja (Termasuk 2 jam rehat)
    Sun – 10 jam kerja (Termasuk 1 jam rehat)
    Adakah cara pengiraan adalah seperti dibawah :-

    1.ORP = 1100 / 26
    2.HRP = (1100 / 26) / 8JAM @ 9JAM?

    berapakah jumlah kerja jam kerja sehari yang perlu diambil sebagai asas pengiraan gaji @ OT?

    Terima kasih Tuan.

    February 4, 2016, 3:31 am
    • Ismail N

      1. ORP masih sama iaitu – dibahagi dengan 26 hari.
      2. HRP di bahagikan dengan masa kerja biasa (tidak termasuk masa rehat). Jika masa kerja biasa pada hari itu adalah 10 jam, maka bahagi dengan 10 jam.

      February 4, 2016, 11:57 pm
      • Nurul

        Terima Kasih Tuan atas penerangan yang diberi.

        February 5, 2016, 6:23 am
  • Aini

    Assalamualaikum En Ismail,

    Saya nk bertanya, April ni genap 2 tahun sy bekerja di syarikat ini. mcm mana kalau semua pekerja lain mendapat bonus tapi sy xdpt. Sy xpernah diberikan warning letter, atau pun ditegur secara lisan atas sebarang kesalahan. Tahun lps sy pernah bercuti tanpa gaji sebulan sbb anak masuk ward, dan sy xdpt sebarang bonus. Tahun ni pun sama. Ada pekerja lain yg baru bekerja bbrp bulan tp dia terima bonus. Harap dpt membantu, Trm Ksh.

    February 3, 2016, 8:22 am
    • Ismail N

      Bonus tu budibicara majikan. Ia dikira sebagai imbuhan yang tidak wajib diberi di bawah undang-undang. Terpulang kepada majikan bagaimana mahu menetapkan cara pembahagian bonus jika ada.

      February 4, 2016, 2:53 pm
  • Ikmal

    Assalamualaikum..sy nk tanya, adakah boleh ambil cuti tahunan setengah hari? Mohon penjelasan jika jawapannya boleh ataupun tidak boleh.Terima kasih

    February 2, 2016, 12:20 pm
    • Ismail N

      Amnya boleh. Namun, ini soal prosedur syarikat. Terpulang kepada syarikat samada mahu benarkan cuti setengah hari atau tidak. Yang wajib bagi majikan ialah memperuntukkan cuti tahunan berdasarkan kehendak Akta Kerja 1955.

      February 4, 2016, 2:50 pm
  • Liza

    Salam En. Ismail,

    Persoalan saya berkenaan cuti bersalin. Saya cuti bersalin selama 2 bulan tetapi majikan cuma membayar gaji saya untuk satu bulan, kerana 1 bulan dianggap cuti tanpa gaji. Dari pembacaan saya setiap pekerja layak mendapat 2 bulan cuti bergaji. Bolehkah saya menuntut gaji saya lagi sebulan tersebut? Bolehkah encik cadangkan artikel berapa dari Akta Kerja 1955 atau Undang-undang Buruh yang boleh saya gunapakai untuk membuat tuntutan tersebut.

    February 2, 2016, 10:40 am
  • aieda

    Adik saya bekerja dipasaraya AEON sebagai promoter minyak wangi tetapi bukan under AEON ibu pejabat ada di Kuala Lumpur.Persoalan saya bolehkah AEON memberhentikan adik saya tanpa notis.Alasan yang di berikan oleh AEON adik beradik tidak boleh bekerja di bawah satu bumbung,sedangkan masa mula masuk kerja tidak di pertikaikan adk beradik . Dua -dua beradik ini bekerja berlainan company tetapi satu department ,si kakak memang staff AEON dan siadik company yang lain. Mereka memaksa adik saya menandatangani surat berhenti kerja sedangkan syarikat adik saya tidak tahu sama sekali mengenai pemecatan itu . Adik saya tidak dapat mencari kerja buat masa ini kerana syarikat tersebut memeberhentikan adik saya tanpa notis.

    February 2, 2016, 9:32 am
  • yasmin

    salam en ismail,

    jika pekerja yang tidak tertakluk di bawah akta buruh..dia menuntut cuti gantian, bagaimana pula formula pengiraan atau kelayakkan yang sepatutnya dia layak bg menuntut cuti tersebut?

    February 2, 2016, 9:10 am
    • Ismail N

      Itu kena rujuk kontrak kerja (jika ada) atau employee handbook atau polisi/prosedur syarikat. Untuk lebih jelas, rujuk dengan Jabatan Sumber Manusia di tempat kerja anda. Terima kasih.

      February 2, 2016, 9:17 am
  • Mohd ISSA bin shahar

    Saya terpaksa mengambil emergency leave, pada masa sama cuti tahunan saya di potong basic salary saya pun di potong. Boleh ke begitu? Saya sudah berkhidmat selama 19 tahun.

    February 2, 2016, 8:22 am
    • Ismail N

      Cuti tahunan biarpun hak pekerja, namun tidak menidakkan hak majikan untuk tentukan bila hari yang sesuai untuk ambil AL. Pastinya ada prosedur di tempat kerja anda yang mengariskan syarat2 untuk AL & EL.
      Sebaiknya rujuk dengan majikan mengapa EL tidak diluluskan, lantaran itu gaji dipotong. Jika tidak munasabah, anda boleh cuba mohon bantuan dengan JTK untuk tindakan lanjut. Terima kasih.

      February 3, 2016, 1:53 am
  • Harun

    saya bekerja hampir 4 tahun
    selama bekerja cuti Publick Malaysia..
    kalau 12 hari Publick Holiday..
    cuti tahun di potong dengan cuti publick tu 12 hari juga…
    sepatutnya cuti publick tak boleh di potong dengan cuti tahun kita…
    masalahnya apa guna cuti tahun yg di beri…

    February 2, 2016, 4:42 am
    • Ismail N

      Cuba dapatkan penjelasan lanjut dari majikan anda mengapa mereka berbuat demikian. Rujuk juga kontrak kerja anda untuk maklumat lanjut. Sememangnya PH tidak boleh diganti dengan AL secara paksaan. Mohon juga bantuan JTK jika perlu. Terima kasih.

      February 2, 2016, 11:22 pm
  • Mona

    Salam En. Ismail,
    Jikalau perkerja (sudah berkerja dengan syt sepanjang 8 tahun) tidak berikan kerjasama kepada rakan rakannya dan menyebabkan prestasi kerja semua merosot dan walaupun verbal warning sudah dibagi tapi masih tidak ada perubahan, bolehkah dia diberhentikan?
    Apakah prosedur yang patut dibuat jika hendak berhentikan dia?

    February 1, 2016, 6:59 am
    • Ismail N

      Dalam kes-kes IR, apa yang penting adalah ‘MUNASABAH’. Atas sebab itu, bila mahu memberhentikan pekerja, beberapa isu perlu dilihat. Antaranya:
      1. Sudahkah dia dipanggil dan diterangkan kesalahan/kelemahannya?
      2. Adakah dia cuba perbaiki kesalahan/kelemahan?
      3. Adakah amaran lisan/bertulis diberikan?
      4. Adakah dibuat KPI/Performance Appraisal? (tak wajib)
      5. Adakah diberi peluang memberi penjelasan?
      6. Adakah rekod untuk semua perkara-perkara di atas?

      Ia adalah satu proses dan banyak syarikat tidak melakukannya. Untuk elak dari sebarang masaalah, maka prosedur dan record keeping hendaklah di lakukan terutamanya jika pekerja mahu diberhentikan atas alasan ‘mutu kerja yang tidak memuaskan’.

      February 1, 2016, 11:44 pm
  • goh wei hua

    soalan : gaji RM 1000.00 sebulan , kerja pada hari ( 8 jam ) 1st january , berapa gaji yang dapat pada hari 1st january . cara~cara kiraan nya.

    terima kasir

    January 30, 2016, 8:20 am
    • Ismail N

      Jika gaji bulanan ialah RM 1,000, maka itulah amaun yang anda akan dapat yang kemudiannya ditolak dengan potongan wajib (EPF) dan Socso. Jika ada ambil cuti tanpa gaji, maka gaji akan dipotong utk cuti tersebut. Jika ada buat OT, maka nilai OT akan ditambah pada gaji.

      February 1, 2016, 8:15 am
  • MOON HARUN

    As Salam… Saya ingin bertanya jika saya mula berkerja pada 04/01/2016(Isnin) hingga hujung bulan(penuh) kerana majikan meminta saya mulakan kerja pada tarikh tersebut(04/01/2016). Adakah 01/01/2016(cuti umum) hingga 03/01/2016(cuti rehat) akan dipotong gaji? Mohon penjelasan dari pihak tuan/puan.

    Sekian Terima Kasih,

    Yang Benar,
    ~MOON HARUN~

    January 30, 2016, 4:34 am
    • Ismail N

      Jika mula kerja 4.0.1.2016, maka tarikh effektif mula kerja juga adalah pada 4.1.2016 juga. Apa-apa cuti yang ada sebelum tarikh itu tidak akan diambil kira.

      February 1, 2016, 3:15 am
  • ms J

    salam en ismail ,

    sya ada soalan di sini dn sya cuba pendek kan , sya pekerja contract , dan kerja sya adalah dalam shift dan memerlukan sya bekerja di cuti am Malaysia . akan tetapi , majikan tidak membayar upah ketika sya bekerja di cuti umum tersebut . apakah perlu sya lakukan setelah sya rujuk kepada majikan kontrak sya tetapi telah diendahkan ? sya juga merasakan supervisor sya telah salah atau sengaja mengenakan pekerjanya utk tidak membayar upah dan sengaja mengubahsuai dokumen yg sya bekerja pada hari tersebut .

    mohon pencerahan .

    January 29, 2016, 11:28 am
  • Khirul Hafiz

    Majikan naya pe kerja.
    Gaji slalu kene potong.
    public holiday kene kerja.tiada imbuhan.
    Kerja 9 jam sehari.

    January 29, 2016, 4:27 am
  • norsiah mahmud

    Syarikat yang saya bekerja akan menamatkan operasi dalam tahun ini. Ada beberapa orang pekerja kami yang telah berkhidmat lebih dari 10 tahun. Dalam surat perjanjian , syarikat akan memberikan sebulan notis. Adakah pekerja berhak menuntut sebarang pampasan daripada syarikat? minta penjelasan. Terima kasih.

    January 28, 2016, 12:55 am
  • titan

    rajin plak hang tulis pasal akta kerja 1955.

    lama tu beb. hehe..

    January 27, 2016, 5:45 pm
    • Ismail N

      Biasalah.. konsepnya ‘sharing is caring’.. 😀

      January 27, 2016, 11:06 pm
  • Siti

    Assalamualaikum..

    Saya nak tanya. Baru2 ni saya dapat teguran dpd pejabat buruh bahawa pengiraan OT staf saya berdasarkan gaji pokok shj adalah salah. Beliau menyatakan pengiraan gaji sejam untuk jenis gaji bulanan adalah berdasarkan gaji pokok+elaun tetap (sekiranya ada). Ini bermakna elaun tetap bulanan staf juga diambil kira dlm pengiraan gaji sejam untuk mengira jumlah OT mereka. Adakah pernyataan ini benar?

    Terima kasih.

    January 27, 2016, 9:43 am
  • nor

    Salam Tuan.
    Saya bekerja di syarikat swasta dan ingin bertanya dua soalan.

    1)
    Adakah seorang pekerja layak dikira MC sekiranya mereka gagal mengemukakan sijil cuti sakit?

    2)
    Bolehkah seorang pekerja mengambil cuti tidak berbayar sedangkan dia masih lagi mempunyai cuti tahunan?

    January 27, 2016, 8:57 am
    • Ismail N

      W’salam.

      Kedua-dua soalan anda adalah bersifat prosedur dan tidak melibatkan peruntukkan undang-undang. Undang-undang cuma mensyaratkan kewajipan memberi cuti sakit dan cuti tahunan berserta jumlah minimanya. Selebihnya terpulang kepada majikan asalkan ‘MUNASABAH’ untuk dipraktikkan.
      1. Majikan boleh mensyaratkan pekerja untuk kemukakan cuti sakit dari doktor atau doktor panel jika perlu.
      2. Boleh jika dia mahu begitu. Cuma apa keuntungan buat pekerja itu?

      Terima kasih.

      January 28, 2016, 2:57 am
      • Zaki

        Pada public holiday saya disuruh bekerja tapi tidak dibayar lebih sebaliknya saya hanya diberi cuti ganti 1 hari untuk hari kerja pada public holiday..adakah majikan ini betul

        January 29, 2016, 3:34 am
  • fira

    sy bekerja di syarikat swasta.baru2 ini pihak pengurusan telah membuat pemarkahan kpi.isunya, sy tiba2 mendapat surat mengatakan performance sy di bawah 50%, tapi sy tidak mengetahui mengenai pemarkahan ini. apakah tindakan yg perlu sy lakukan? dan baru2 ini jg bos sy mengugut sy utk mengeluarkan surat ingkar arahan ats sebab sy tidak memberi kerjasama utk memberi sijil kelayakn ;master’ sy ke pihak pengurusan..apa yg sy dpt jika sy bg?gaji xkn naik, disebabkn pemarkahan yg berat sebelah..kononnya ikut prestasi..kami di sini mcm ditindas..gaji lately terlalu lmbt..apakah sebab2 surat ingkar arahan blh dikeluarkan?adakah seorang bos blh mengugut pekerja sedemikina?

    January 27, 2016, 6:56 am
    • Ismail N

      Pertamanya, saya tidak boleh komen mengenai permarkahan KPI yang dibuat oleh syarikat anda. Ia adalah subjektif dan tertakluk pada polisi syarikat. Oleh itu, perlu ada komunikasi antara anda dengan majikan/wakil majikan. Jika majikan berdiam diri, maka anda hendaklah bertindak positif dan bertanya dengan baik mengenai hal ini. Jika ada komen, perlu juga bersifat positif dan cuba perbaiki prestasi kerja mengikut komen yang diberikan.
      Saya tidak pasti keperluan sijil anda. Memang ada majikan yang ambil pekerja sebab kompetensi sahaja dan jika sijil ini tiada, maka pekerja tidak diperlukan lagi. Oleh itu, sekali lagi perlu berbincang dan bertindak dengan cara yang paling rasional dan selamat.
      Gaji lambat? Perkara biasa di banyak syarikat terutama dewasa ini dalam cuaca ekonomi agak merundung. Anda perlu ada tolerensi dalam hal ini. Jika tidak mampu tahan – ada beberapa opyen seperti adukan pada JTK atau mencari peluang di tempat lain pula. Terima kasih.

      January 27, 2016, 9:27 am
  • maza

    Oh gitew..
    baiklah abg mail. hik hik hik…

    psst. pasal bonus ada tak abg mail.
    ala lala…

    January 27, 2016, 3:24 am
    • Ismail N

      Bonus bukan hujung tahun ker? Ini dah nak masuk Februari laa…

      January 27, 2016, 5:36 am
      • shazrien

        masa cuti bersalin,gaji kita jalan tak?sebab dlm appoinment letter tak tulis pun

        April 9, 2016, 4:36 am
Like Our Facebook Page close[x]
Or wait 15 seconds