Tawaran, Penerimaan Tawaran Dan Balasan

lawyer hartanah

The first requisite of a contract is that the parties should have reached agreement – Treitel, Law Of Contract

Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam artikel yang lalu: Pengenalan Kepada Undang-Undang Kontrak – untuk sesuatu kontrak itu wujud perlu ada  satu perjanjian (agreement) yang boleh dikuatkuasakan undang-undang. Hal ini  telah pun dijelaskan dengan agak mendalam dan untuk artikel kali ini, kita akan melihat pula  elemen-elemen penting yang mewujudkan satu perjanjian. Tiga elemen tersebut adalah: tawaran (offer), penerimaan tawaran (acceptance) dan balasan (consideration).

Keperluan untuk tawaran, penerimaan tawaran dan balasan ini juga boleh dilihat dalam Akta Kontrak 1950 yang berbunyi:

An agreement enforceable by law is a contract” – Seksyen 2(h) Akta Kontrak 1950.

Every promise and every set of promises, forming the consideration for each other, is an agreement”  – Seksyen 2(e) Akta Kontrak 1950.

Oleh itu, jika A membuat tawaran kepada B untuk membeli sebuah Nissan GTR pada harga RM 200,000 (balasan) dan B pula menerima tawaran itu, maka boleh kita katakan di sini bahawa satu perjanjian telah wujud.

Tawaran

Tawaran (offer) juga disebut sebagai janji/cadangan (promise) dalam Akta Kontrak 1950. Tawaran boleh dibuat dalam bentuk janji untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu (to do something or not to do something).

Satu tawaran juga tidak semestinya ditujukan secara spesifik. Tawaran am kepada satu dunia juga boleh mewujudkan kontrak yang mengikat. Tawaran sebegini dikenali sebagai ‘unilateral offer‘ dan boleh difahami menerusi kes yang amat terkenal iaitu kes: Carlill v Carbolic Smokeball Co. [1893] Q.B. 256 (C.A.). Dalam kes ini defendan iaitu, Carbolic Smoke Ball Co. (D) adalah pengeluar dan penjual  The Carbolic Smoke Ball satu jenis penahan selesema, influenza dan penyakit tertentu.

Defendan telah meletakkan iklan dalam pelbagai suratkhabar dan menawarkan 100 pound kepada sesiapa yang mengalami selesema, influenza ataau penyakit yang disebut dalam iklan mereka selepas menggunakan produk mereka mengikut preskripsi. Plaintiff, Carlill membeli Carbolic Smoke Ball  dan menggunakan mengikut preskripsi, akan tetapi ia mengalami influenze yang disebut dalam iklan defendan. Carlill pun mahu defendan membayar 100 pound yang ditawarkan, akan tetapi defendan enggan dengan antara alasan yang diberikan ialah tiada kontrak antara mereka kerana tawaran tidak secara spesifik ditujukan kepada plaintiff.

Carlill membuat tuntuan di mahkamah. Mahkamah membenarkan tuntutan Carlill dan menyatakan tawaran boleh dibuat secara ‘unileteral‘.

Sesuatu tawaran boleh dibuat secara lisan ataupun bertulis. Ia juga boleh dilakukan secara nyata atau tersirat. Dalam kes Preston Corporation Sdn Bhd v Edward Leong [1982] 2 MLJ 22, hakim menyatakan yang berikut:

An offer is an intimation of wilingness by an offeror to enter into a legally binding contract. Its terms either expressly or impliedly must indicate that it is to become binding on the offeror as soon as it has been accepted by the offeree.

Satu tawaran juga mestilah SAH. Pihak-pihak kepada perjanjian hendaklah bersedia untuk menerima obligasi yang wujud dari janji tersebut. Lihat Seksyen 2(g) Akta Kontrak 1950 – “An agreement not enforceable by law is said to be void“.

Ini telah dijelaskan lagi dalam kes: Affin Credit (Malaysia) Sdn. Bhd v Yap Yuen Fui (1984) 1  MLJ 169, yang mana mahkamah berpendapat bila terdapatnya keadaan dimana keadaan tawaran yang tidak sah, maka perjanjian sewa-beli yang terdapat dalam kes itu diistiharkan sebagai batal dari awal lagi (void ab initio). Jadi bagaimanakah kita mahu tentukan samada tawaran dan balasan adalah sah dan satu perjanjian telah wujud?

Tawaran Yang Sah

Seperti yang dinyatakan di atas, untuk sesuatu perjanjian itu wujud, tawaran itu hendaklah dilakukan secara sah. Tiga perkara yang akan dilihat adalah:-

  1. Ia mestilah jelas
  2. Ia mestilah dikomunikasikan kepada pihak yang satu lagi
  3. Ia boleh bersyarat dan tidak bersyarat. Namun jika ia bersyarat, ia cuma sah bila syarat-syarat itu telah dipenuhi.

Tawaran Hendaklah Jelas

Salah satu keperluan utama bagi tawaran adalah ia mesti jelas. Jika janji atau tawaran yang diberikan tidak dapat ditentukan, maka ia tidak akan mewujudkan satu perjanjian yang mengikat.

Dalam kes: Scammell & Nephew Ltd v Ouston [1941] 1 All ER 14, Ouston bersetuju untuk membeli lori daripada Scammell dengan mengikut syarat sewa-beli. Sebelum perjanjian dimetrai sepenuhnya, Ouston menarik diri. Scammell pun menyaman Ouston atas pemecahan kontrak. House Of Lords yang mendengar kes ini memihak kepada Ouston dengan menyifatkan tawaran dengan syarat sewa beli itu tidak jelas dan tidak dipastikan maksudnya.

Tawaran Hendaklah Di Komunikasikan

Sesuatu tawaran itu mestilah sampai ke pengetahuan orang yang ditawarkan itu. Keperluan tentang komunikasi tawaran ini ada dinyatakan dalam Seksyen 4 (1) Akta Kontrak 1950 yang berbunyi:

The communication of a proposal is complete when it comes to the knowledge of the person to whom it is made.

Nampak agak mudah kan? Namun, dari segi praktikal, terdapat isu-isu yang wujud dan perlu dibincangkan. Lihat contoh dalam kes Taylor v Laird [1856] 25 LJ Ex 329. Dalam kes ini Plaintiff telah dilantik oleh defendan untuk mengemudi kapalnya dalam satu expedisi pelayaran. Dalam perjalanan, beliau telah meletakkan jawatan nya. Namun, selepas itu (tanpa memberitahu) defendan, beliau membantu anak-anak kapal dalam pelayaran pulang.

Tuntutan dari plaintiff ditolak oleh mahkamah kerana tidak wujud kontrak antara beliau dan defendan selepas plaintiff meletakkan jawatan. Kerja-kerja yang dilakukan dalam pelayaran pulang tidak mewujudkan sebarang kontrak kerana elemen ‘tawaran‘ tidak wujud bila ia tidak dikomunikasikan.

Komunikasi Tawaran Bertulis

Situasi yang lebih menarik boleh juga dilihat dalam tawaran yang dibuat secara bertulis atau melalui pos, fax, e-mail dan sebagainya. Ilustrasi pada Seksyen 4 Akta Kontrak 1950 ada membantu dengan menyatakan:

(a) A proposes, by letter, to sell a house to B at certain price. The communication of the proposal is complete when B receives the letter.

(b) B accepts A’s proposal by a letter sent by post. The communication of the acceptance is complete –

– as against A when the letter is posted;

– as against B, when the letter is received by A

Dalam kes: Tinn v Hoffman & Co [1873] 29 LT 271 – Defendan telah menulis kepada plaintiff pada 28hb November 1871 dengan menawarkan plaintiff 800 tan besi pada harga 69s setiap tan bersama-sama dengan lain-lain kuantiti pada harga yang sama (setiap tan). Pada hari yang sama juga plaintiff telah menulis kepada defendan dengan menawarkan untuk membeli 800 tan besi pada harga 69s setiap tan dan pada kuantiti yang lain pada harga yang lebih rendah dari yang defendan tawarkan. Di sini terdapat cross-offer atau tawaran bertindih. Oleh itu, plaintiff tidak boleh menggunakan suratnya sebagai alasan penerimaan telah dibuat kerana tawaran dari plaintiff cuma lengkap selepas defendan menerima surat plaintiff.

Bagaimana pula dengan evolusi internet, yang mana terdapatnya jual beli di website dan sebagainya. Bilakah komunikasi tawaran menjadi lengkap? Bilakah tawaran di buat?

Tawaran Bersyarat

Jika sesuatu tawaran mengenakan syarat, maka

Pelawaan Untuk Tawaran

Pelawaan untuk tawaran atau invitation to treat adalah perlu dibezakan dan ia akan dibincangkan dalam artikel selanjutnya. Di harap anda akan terus mengikuti artikel berkenaan undang-undang kontrak di sini. Terima kasih keran sudi membaca.

 – Tawaran, Penerimaan Tawaran Dan Balasan

86 thoughts on “Tawaran, Penerimaan Tawaran Dan Balasan

  1. Assalamualaikum…sy minta penjelasan, sy bekerja disebuah syarikat kontraktor sebagai driver lori. rakan kampung sy yang telah recommend sy untuk bekerja di syarikat berkenaan…sy tidak berjumpa dengan boss company dan juga supervisor…sy dan penolong supervisor hanya berhubung melalui telefon, dan sy telah bersetuju untuk bekerja disana…masa
    sy berjumpa dengan mereka skop kerja tidak diterangkan secara detail hanya diberitahu kpd sy (awak driver sja kalau sy minta tolong baru tolong..kerja kalau siap awal kita balik awal,kalau banyak kerja kita ot, ikut sy.dengan sy kerja senang) hanya itu yg jelas. sy tidak diberi offer letter hanya melalui mulut…berkenaan gaji sy difahamkan oleh supervisor akan dibayar hari masuk kerja ada gaji tak kerja takda gaji..gaji sehari rm60 duit makan rm10 jumlah rm70…dan sy juga difahamkan oleh supervisor disini gaji dibayar sebulan sekali hujung bulan tutup kong awal bulan gaji masuk.boleh pinjam bila takda duit, supervisor juga memberitahu sy disini kalau nk berhenti bgthu saja bila² boleh berhenti tiada paksaan untuk bekerja kalau selesa teruskan kalau ada tempat lain yang bagus dia tidak halang…sebelum sy berhenti hampir semua pekerja sudah tahu sy sudah tidak berminat bekerja disana dan sy ingin berhenti…sy juga telah beritahu kepada penolong supervisor untuk beritahu kepada supervisor yg sy akan berhenti dan penolong supervisor mencari org lain sebagai pengganti tugas sy sebagai driver…sy beritahu awal dalam masa empat minggu sebelum berhenti…dan kini sy sudah berhenti dan telah meminta gaji dikira oleh kerani gaji..namun kerani memberitahu kpd sy sepatutnya sy yg membayar kepada company kerana berhenti mengejut dan tiada surat notis sedangkan sy sudah inform kepada supervisor yg sy sudah tidak mahu kerja lagi dan supervisor telah menghantar gambar kad kong kepada sy untuk claim gaji…supervisor ade lgi beritahu kpd sy 4 hari sebelum sy behenti kalau mahu berhenti ckp je bila2 pon takpa dia tak halang. sy dan supervisor tiada apa² masalah, boss hanya sekali sy pernah jumpa tp tidak bersembang, kerani dan sy tidak pernah berjumpa hanya berhubung melalui telefon berkenaan gaji dan pinjaman…sy hanya berurusan dengan supervisor dan penolong supervisor. sy hanya berpegang dngn apa yg dijelaskan oleh supervisor dan penolong supervisor kepada sy…sedangkan sy telah terangkan kpd kerani seperti mana sy ceritakan diatas…minta penjelasan

  2. Salam tuan, saya nak tanya jika pihak A telah membuat periklanan menjual kereta RM50,000 dan si B telah membuat surat tawaran untuk membeli kereta tersebut dengan harga RM40,000 selepas 5 hari pengiklanan. Kemudian selepas 15 hari, si A membalas surat tersebut dengan mengatakan beliau akan menerima tawaran tersebut jika harga RM45,000. Disebabkan tidak mendapat sebarang jawapan daripada si B. Si A telah menulis surat semula dan menerima tawaran asal si B. Adakah sebarang ikatan kontrak telah berlaku walaupun si B tidak membalas surat tersebut? Terima Kasih.

  3. Sy diterima kerja d sebuah company dari Sept 17, 2019.. Nmun sehingga kini tiada kontrak betulis d mn sy telah bekerja sehingga kini Oct 13,2019.. Dan kami juga tiada slip gaji.. Sy ingin berhenti kerja 24 jam.. Adakah ia d bolehkan? Kami tiada punchcard juga.. Adakah gaji saya akn d thn..?

    1. Walaupun tiada kontrak bertulis, tidak bermaksud tiada ikatan & tanggungjawab. Anda hendaklah memberikan notis 4 minggu jika hendak meletak jawatan (S.12(2) AK 1955). Jika tidak, anda terpaksa membayar ganti notis.

  4. Selamat sejahtera. Saya sudah bekerja syarikat ini selama satu tahun sebagai kerani. Namun sehingga sekarang pihak pengurus tidak memberi sebarang surat lantikan kepada saya. Kadang saya keluar pergi negeri lain atas urusan kerja pejabat. Pejabat saya di KL tetapi pihak pengurus hantar saya ke Imigresen Johor, Imigresen Terengganu, Imigresen Melaka dan Imigresen Seremban. Sebelum saya pergi, mereka bagi duit minyak dan duit tol sahaja. Mereka tidak ada bagi elauns untuk saya padahal saya yang memandu kereta ke Imigresen. Tuan, bolehkah saya membuat aduan? Terima kasih.

    1. Saudari, tanpa surat lantikan, sukar utk menentukan hak2 anda sebagai pekerja. Majikan sebenarnya telah melakukan suatu kesalahan apabila tidak memberikan kontrak kerja bertulis. Adakah majikan membuat caruman epf & socso? Jika tiada, kami syorkan anda melaporkan kpd agensi yg berkenaan. Elaun adalah budibicara majikan, walau bagaimanapun anda blh membuat aduan tentang kegagalan majikan utk memberikan kontrak kerja, sekurang2nya kepentingan anda akan terjaga.

  5. Salam Tuan, saya menerima tawaran kerja sebuah company melalui email dan tertulis proses pengambilan kerja akan mengambil masa selama 1-2 minggu. Selepas 2 minggu tiada sebarang panggilan telefon utk sign letter offer dan saya menelefon terus ke HR company tersebut. Pihak HR memberi saya tarikh sy mula bekerja dan letter offer akan diberikan sebelum mula bekerja, tetapi sampai skrg masih tiada sebarang respon. Hampir 3 bulan saya menunggu untuk letter offer. Bila saya call utk update masih lagi belom terima ape2 keputusan.Apa tindakan yang harus sy buat?

    1. Terpulang kpd anda sama ada hendak tunggu atau cari peluang di tpt lain. Kami tidak tahu kandungan emel tersebut, dan sama ada wujud ikatan kontrak antara anda dgn syarikat. Kemungkinan besar, tiada kontrak. Dan memandangkan sdh hampir 3 bln anda menunggu & kami rasa ‘tarikh mula kerja’ pun sdh berlalu, kami berpendapat sebaiknya anda ‘move on’.

  6. Assalam Tuan, Nak tanya sekiranya pembeli itu ingin membeli barangan dari kedai ABC dan Kedai Abc telah menetapkan HArga Rm 20000 .pembeli cuba tawar menawar untuk mebeli barangan tersebut dengan harga RM 18000 dan kedai abc meminta tempoh sehingga esok hari untuk bagitau keputusan.
    Sementara menunggu Kedai XYZ pula datang tawarkan harga RM 15000 untuk barangan yang sama. Pembeli tersebut ingin membeli dari Kedai XYZ. JAdi apa yang terjadi pada kontrak dgn Kedai ABC atau pon masih tiada kontrak antar kedai tersebt.?

    1. Soalan ni serupa dgn soalan En Asif. Tiada kontrak di antara ABC dgn Pembeli sbb tiada penerimaan terhadap counter-offer & tiada elemen balasan. Sila rujuk Akta Kontrak utk kepastian.

  7. Jika seseorang itu ingin membeli barang dari sebuah kedai X dan Kedai x itu meletakkan harga RM 18000 dan pembeli itu meminta harga Rm 16000. Kedai X memberitahu yang dia akan memberi jawapan pada keesokan hari. sedang menunggu jawapan dari Kedai X, Pembeli itu dipelawa oleh Kedai Z yang meletakkan harga Rm14000 untung barangan yang sama jenis dan quality. JAdi pembeli itu bercadang untuk membeli dari kedai Z.

    Adakah Pembeli telah melanggar kontrak dgn kedai X ?

  8. Assalam tuan. Saya ada 1 soalan. Saya kerja weekend, jumaat sabtu ahad. Tapi boleh ke boss saya (exec) sesuka hati dia menetapkan waktu kerja saya masuk jumaat sabtu sahaja, ahad tak perlu. Atas sebab kepentingan diri seperti dia tak suka saya? Ataupun dia susun pekerja part time dia perlu masuk bila atas sebab dia nak jimat kos? Mohon pencerahan.

  9. Assalamualaikum tuan. Saya pelajar. Bekerja sebagai part time di theme park X. Ada kontrak bertulis. Namun selepas pertukaran hr dan executive baru. Banyak arahan diberikan. Pertama, saya pergi ke hr untuk minta kembali kontrak bertulis dan tangkap gambar sebagai rujukan tapi hr tidak bagi. Bolehkah hr tidak memberikan kontrak bertulis kepada employee sekiranya employee sedikit lupa akan syaratnya dan ingin tangkap gambar sebagai rujukan? Kedua, exec kami menyuruh untuk masuk kerja 15 minit lebih awal (4.15pm) dari waktu yang sepatutnya kami masuk (4.30pm) walhal gaji kami mula dibayar/dikira 4.30pm. Bolehkah exec memaksa kami masuk lebih awal (luar waktu bekerja) 15 minit awal atas alasan untuk briefing? Bukankah briefing diberikan selepas masuk waktu bekerja bukan luar waktu bekerja? Ketiga, kami part time boleh masuk either 4.30pm or 6pm. Sekiranya kami lambat masuk (tak dapat masuk 4.30pm) atas sebab tertentu, exec kami inginkan excuse in details. Boleh ke exec bertindak sedemikian dengan ingin tahu even privacy matter employee yang tak dapat hadir awal ke tempat kerja padahal kami tak sempat masuk 4.30pm, boleh masuk 6pm tapi kena provide excuses in details. Boleh ke exec buat begitu mahukan secara detail walaupun kami hanyalah part time sahaja yang dibayar mengikut jam? Mohon pencerahan. Terima kasih.

    1. Wa’alaikumsalam
      1. Pekerja berhak dpt 1 salinan kontrak kerja
      2. Waktu masuk kerja ikut kontrak. Majikan x blh hukum kalau pekerja msk kerja ikut masa. Tapi pekerja yg dtg lebih awal berpeluang utk menunjukkan prestasi kerja yg baik & jika ingin jadi pekerja full-time, akan mendapat pertimbangan sewajarnya berbanding dgn pekerja yg menunjukkan prestasi biasa2 saja.
      3. Part-timer pun perlu ikut jadual kerja yg ditetapkan agar operasi di tpt kerja berjalan lancar. Majikan berhak utk mendapat maklumat ttg sbb pekerja lewat agar blh direkodkan. Rekod itu penting kerana jika majikan terpaksa mengurangkan pekerja, mereka dpt membuat keputusan terbaik berdasarkan maklumat tersebut.

  10. Assalamualaikum tuan. Saya bekerja part time di company ni. Company ni ada surat bertulis dan saya sudah bekerja lebih dari 3 bulan. Namun selepas perubahan executive dan hr baru, banyak arahan baru dikeluarkan. First, saya ingin dapatkan semula kontrak bertulis saya tu untuk saya tangkap gambar dan sebagai rujukan kembali, namun hr tidak membenarkan dan tidak beri saya kontrak bertulis tersebut. Salahkah saya untuk memohon kembali kontrak bertulis tersebut dan tangkap gambarnya sebagai rujukan saya (as employee)? Second, executive baru menyuruh pekerja masuk kerja pukul 4.15pm (15 minit lebih awal) walhal gaji kami dikira/dibayar pada bermula 4.30pm atas alasannya untuk briefing. Bolehkah dia (exec) memaksa kami datang lebih awal untuk briefing? 15 minit tidak dibayar dan bukankah sepatutnya briefing diberi selepas masuk waktu kerja bukannya luar waktu kerja? And third, sekiranya kami lewat masuk waktu kerja atas sebab tertentu, exec kami mahukan alasan secara details kenapa masuk lewat bekerja walhal kami hanyalah sebagai part time sahaja. Bolehkah employer seperti sewenang wenangnya nak tahu even privacy matter dari employee yang hanya tidak dapat masuk waktu kerja yang sepatutnya atas sebab2 tertentu? Semua persoalan ni berkait yang saya hanyalah pekerja “part time”. Bolehkah mereka buat begitu pada saya? Mohon pencerahan. Terima kasih.

  11. siti zuharni binti soning

    Reply

    SALAM TUAN jika seorang pergi ke pasar raya , membeli barang yang terletak di rak pameran . Setibanya di kaunter pembayaran penjaga kaunter menyatakan bahawa barang tersebut bukan untuk dijual hanya untuk dipamerkan. Dengan ini individu tersebut bertindak untuk mendakwa perbuatan meletakkan barang di rak pameran merupakan tawaran oleh pihak pasaraya. Adakah tindakan individu itu wajar ? Nyatakan akta kes tersebut?

  12. Assalamualaikum tuan/puan . sekarang saya masih bekerja di sebuah syarikat swasta , dalam bidang perniagaan phone accessories . syarikat ini mengimport barang dari China tanpa K1 Form (legal way) , semua transaction yang di buat adalah under table dan document yang tidak sah , sudah memiliki 6 cawangan . cukup saya terangkan mengenai maklumat syarikat ini . sekarang saya ingin bertanya , saya sudah berkerja hampir 2 tahun , tanpa surat kontrak pekerjaan (offer letter) , tiada cuti tahunan , tiada apa apa cuti diberi kepada pekerja , tidak pernah cuti pada cuti umum kecuali hari raya (3)hari dan bayaran untuk cuti umum tidak mengikut standard yang ditetapkan . apakah hak saya sebagai pekerja tuan/puan ? apakah tindakan yang saya harus lakukan . terima kasih .

        1. Oleh kerana tiada kontrak, blh bawa slip gaji atau sebarang dokumen yg membuktikan/menunjukkan puan bekerja dgn syarikat tersebut. Kalau tiada sebarang dokumen, tidak bermaksud tidak blh membuat aduan. Pihak JTK akan memberi nasihat tentang benda2 yg diperlukan.

  13. Assalamualaikum , tumpang tanya ..saya dahulu pernah berkerja di suatu tempat menjual makanan ..selama 2 tahun..
    Majikan mempunyai 4 cawangan tetapi tidak memiliki lesen perniagaan ..kami di beri gaji cash dan tdk di beri slip gaji
    Potongan epf dan socso juga tidak ada dibuat ..
    Saya telah membuat laporan ke kwsp ..ttg potongan epf ..tetapi tidak mempunyai bukti kukuh ..kerana tidak mempunyai slip gaji ..dan pegawai kwsp mengendahkan kes saya . .saya lihat di dalam akta KWSP 1991 seksyen 59(a) majikan boleh dikenakan tindakan sekiranya tidak memberikan slip gaji..
    Apa perlu saya buat?

    1. Wa’alaikumsalam.
      Berdasarkan maklumat anda, majikan telah melakukan pelbagai kesalahan. Walau bagaimanapun, melainkan anda mempunyai bukti bayaran gaji & bukti bhw anda pernah bekerja dgnnya, sukar bg pihak KWSP mengambil tindakan terhdp bekas majikan anda. Anda blh cuba hubungi pihak JTK utk nasihat memandangkan bekas majikan anda masih mempunyai 4 cwgn. Mrk blh membuat siasatan.

  14. Salam … Bolekah saya tahu di mana sumber-sumber yang boleh saya rujuk untuk mendapatkan contoh kes-kes mengenai Undang-Undang Kontrak di Malaysia ?

    1. Boleh rujuk buku Mengenali Undang-Undang Kontrak Malaysia oleh Sakina Shaikh Ahmad Yusoff (MPH), Contracts Law in Malaysia (LexisNexis) dan Undang2 Kontrak di Malaysia oleh Salleh Buang. Kes2 yang relevan ada dibincangkan dlm buku2 berkenaan, Utk kes2 terkini, blh juga rujuk Current Law Journal atau Malayan Law Journal.

  15. Salam..saya bekerja selama sebulan lebih dan tiada kontrak atau surat tawaran kerja. hari ini saya bagi notis berhenti 24jam dan mintak dengan majikan baki gaji pada bulan ini (2jan – 15hb) tapi majikan taknak bagi kerana notis 24jam. apa tindakan saya boleh buat atau ini kesalahan saya? selama sebulan lebih sy masih lagi dlm tempoh percubaan.

    1. Walaupun anda masih dlm tempoh percubaan, anda tertakluk kpd Akta Kerja. Majikan x boleh dgn sewenang-wenang membuang anda dan anda jg seharusnya menghormati majikan. Kalau ikut Akta Kerja, anda perlu bagi notis 4 minggu. Majikan pun sepautunya memberikan anda kontrak bertulis. Dua2 pihak ada silap. Saya syorkan, kalau anda hendak cuba dapatkan gaji anda, anda blh minta bantuan pihak JTK. Mgkn mrk blh bantu cari jalan tengah.

  16. Salam tuan,

    Satu tawaran pelaburan telah dikomunikasikan tetapi tidak didokumentasikan,

    Tawaran adalah seperti:
    Pelabur membuat pelaburan sebanyak rm100000 dan pihak syarikat bersetuju untuk membayar balik sebaynak rm5 ribu sebulan selama tempoh 60 bulan.

    setelah 19 bulan, pihak syarikat berdiam diri.

    apakah tindakan yang saya dapat ambil?

    harap tuan dapat memberi nasihat kepada saya.

  17. salam tuan.. ingin penjelasan sekiranya sy dpt tawaran/ diterima berkerja di sebuah syrikat melalui masej suara(watsap).keesokan harinya saya turun kerja seperti yg diberitahu dlm watsap, sampai di tempat kerja saya terlewat 15minit dan majikan terus menyuruh saya pulang dan tdk mengambil saya berkerja. mohon penjelasan tuan… perlukah terus berbuat demikian tanpa beri amaran pada saya.?.. seperti kedatangan saya cuma sia2 pada hari pertama mula berkerja..

  18. Hai assalammualaikum,saya ingin bertanya tentang kerja part time. Saya merupakan seorang remaja berumur 16 ,sewaktu saya mula masuk kerja,saya tidak menandatangani apa apa kontrak atau perjanjian,sekarang saya sudah berhenti kerja dan menjelaskan kepada majikan saya tentang saya ingin berhenti kerja,untuk makluman encik saya memberitahu majikan saya satu hari sebelum berhenti ,tetapi majikan saya menyuruh untuk sambung kerja lagi 3 hari dan mengugut jika saya tidak lanjutkan kerja selama 3 hari ini,dia tidak mahu membayar gaji. Jadi persoalannya bolehkah saya menuntut gaji saya? Terima kasih

    1. Boleh tuntut. Jika majikan enggan bayar, sila laporkan kpd pihak JTK, biar pihak JTK buat keputusan. Berdasarkan fakta anda, pihak majikan telah melakukan bbrp kesalahan (contohnya, x memberi kontrak bertulis).
      Sebenarnya, mmg anda perly bagi notis sekurang2nya 4 minggu notis tetapi dlm situasi ini, saya rasa majikan x patut menekan anda. Adakah majikan telah membayar caruman KWSP/Socso/EIS? Adakah anda dibayar mengikut kadar gaji minima? Adakah majikan mematuhi undang2 berkenaan pekerja muda (Young Persons)? Semua ini akan akan terbongkar jika majikan berkeras.
      Syabas kerana sdh mempunyai pengalaman bekerja di usia muda! 😀

  19. Assalamualaikum.. saya bekerja sebagai pemandu lori berkerja sudah 2 tahun. Sampai sekarang ni tiada kontrak bertulis.. pada hujung tahun kedua saya minta cuti balik kampung atas urusan tertentu yang saya dah jelaskan kepada majikan dalam borang cuti.. bayaran bonos diterima dan di berikan kepada driver lain.. tapi bayaran saya tiada. Alasan kerja kurang memuaskan. Driver baru 6 bulan bekerja pula diberi bonos.. apa patut saya lakukan. Minta pencerahan

    1. Bonus adalah budibicara majikan (kecuali jika terma kontrak menjanjikan bonus setiap tahun). Majikan berhak menentukan siapa yg akan diberikan bonus & amaun bonus tersebut. Tetapi kontrak bertulis adalah hak pekerja & tuan berhak kpd cuti tahunan. Saya syorkan tuan minta salinan kontrak dan teliti terma kontrak. Jika majikan enggan beri salinan kontrak atau tuan berpendapat berlaku ketidak-adilan, maka tuan boleh merujuk kpd pihak JTK utk nasihat.

  20. assalamualaikum, saya ingin bertanya, saya bekerja di sebuah syarikat swasta hampir 8 bulan , tetapi saya tidak menerima surat tawaran bekerja atau menandatangani sebarang kontrak di syarikat tersebut. sekarang saya inhin memohon untuk menyambung pelajaran secara part time, dalam permohonan tersebut ia menyatakan bahawa jika sedang bekerja, saya perlu lampirkan surat tawaran bekerja. adakah saya berhak untuk dapatkan surat tawaran tersebut? perlukah saya menulis surat menyatakan sebab saya memerlukan surat tawaran tersebut dan memberitahu untuk menyambung pelajaran di dalam surat berkenaan ?

    1. Semua pekerja berhak mendapat salinan terma kontrak pekerjaan sebelum atau pada hari mula bekerja. Sila rujuk Peraturan 8(1), Peraturan Kerja 1957 (Employment Regulations 1957).

  21. Assalamualaikum..sbgai majikan, jika pekerja berhenti tanpa notis apa yg majikan boleh lakukan dan di bwah seksyen apa ianya dijelaskan..kerana ad kwn sy ni keje 1 company dgn sy..tpi dia MIA tnpa alasan..dia juga ada bhutang dgn company yg spatutnya dia lunaskan scra bulanan..boleh kah company failkan saman kpd nya?? notis sbulan spatutnya diserahkan tpi dia brenti tnpa notis..

  22. Assalamualaikum..sbgai majikan, jika pekerja berhenti tanpa notis apa yg majikan boleh lakukan dan di bwah seksyen apa ianya dijelaskan..kerana ad kwn sy ni keje 1 company dgn sy..tpi dia MIA tnpa alasan..dia juga ada bhutang dgn company yg spatutnya dia lunaskan scra bulanan..boleh kah company failkan saman kpd nya?? notis sbulan spatutnya diserahkan tpi dia brenti tnpa notis..

    1. Wa’alaikumsalam,

      Company boleh membuat aduan di pejabat JTK utk tindakan saman. Yg penting, ada alamat rumah beliau, atau beliau blh dicari.

  23. Assalm sy nak tny.. company sy tak de perjanjian hitam putih pun.. secare lisan je semua majikan buat.. tapi kalau sy nk brhnti keje..majikan ckap kne buat notis sebulan.. tpi sy nk brhnti awal.. bolehkah majikan sy tolak gaji sy disebab kan sy nk resign awl? Dan bolehkah dia saman sy sebab x perform surat resign sebulan.. sedagkan sy xdok slip gaji , epf n socso.. mohon pnjelasan..

    1. Saya andaikan tuan adalah pekerja yg jatuh di bwh Akta Kerja.
      Saya x fikir majikan akan saman tuan sbb kalau ya, maka majikan terpaksa jg mengakui pelbagai pelanggaran undang2 yg telah dilakukan. Cthnya, majikan telah melanggr S.10(1) Akta Kerja krn gagal menyediakan kontrak bertuliis. Begitu jg berkenaan EPF/Socso.
      Walaupun x kontrak bertulis, majikan & pekerja masih kena ikut undang2 – iaitu mesti ada notis jika hendak memutuskan hubungan pekerja-majikan. Jika tuan hdk resign awal, tuan blh bincang dgn majikan utk dilepaskan awal & dibayar gaji penuh. Jika majikan hdk tahan/tolak gaji, maka tuan blh merujuk kpd pihak jTK utk nasihat. Sebaiknya tuan terangkan kpd majikan dgn baik sblm merujuk kpd JTK.

    1. Wa’alaikumsalam,
      Anda kena rujuk Appointment Letter/Kontrak Kerja tentang cuti tahunan semasa dlm tempoh percubaan. Amnya, kalau mengikut Akta Kerja, pekerja layak kpd cuti tahunan selepas 12 bulan berkhidmat. Maka itu, kalau belum layak kpd cuti tahunan, maka gaji akan dipotong.

  24. Mohamed Helmy Bin Sulaiman

    Reply

    salam,jika bekerja tanpa ada sebarang tandangan pada perjajian kontrak pekerjaan adakah bole dikenakan saman?Notis spatutnya diberikan 2 bulan namun perlu berhenti lebih awal sbulan..Bolehkan syarikat menggunakan alasan lapor diri ke syarikat mereka dengan bukti punchcard pembayaran gaji dan sbgainya sbgai satu bukti kita sudah menerima pekerjaan tersebut.

    minta penjelasan..terima kasih

    1. Ya, blh jadi bukti ada hubungan pekerja & majikan. Walau bgmnpun, kalau tuan x menerima sbrg terma mengenai notis, tempoh perkhidmatan kurang 2 thn & tuan tertakluk kpd Akta Kerja, maka notis yg terpakai adalah 4 minggu. Berkenaan saman-menyaman pulak, jika majikan berkeras, mrk pun mgkn blh dikenakan tindakan sbb melanggar s.10 Akta Kerja mengenai tggjwb menyediakan kontrak bertulis.

  25. Assalam.. Smasa sy d trima brkerja d company A compny mmberi sy pnerang scara lisan ttng tugasan sy d beri tugas prcubaan sbgai leader frontliner@boss jga brcadang utk melantik sy sbgai manager frontliner dlm masa trdekat krna sy mmpunyai pngalaman & krna smua staff lama sudah brhnti krja tp hrus mlihat prestasi sy dhulu(boss brjnji utk mmberi surat tawaran@kontrak nmun sy tdak mnerima sbrng surat&sy trtnya2 apakh status jwatan sy) & d bawah sy d bri tnggungjawab utk mnghandle 2org pkrja baru..slepas hmpir sbulan sy brkerja sy mngmbil kputusan utk brhnti krja tampa notis krna bbrpa faktor salah
    1. Majikn melantik smula pkrja yg telah d buang sbgai frontliner manager tmpa pngetahuan staff lain & sy hnya mngetahui apa bila sy ingin memohon cuti & boss mnyuruh sy mminta kbenaran melaluinya ..sy merasakn ianya tidak adil…faktor lantikn beliau adlah krana beliau adlah kekasih majikan sy, soalan sy
    1.adkah sy layak utk menuntut baki gaji sy?
    2.adakah compny boleh d dakwa krna tidak mnyediakn kontrak..krna kontrak lisan yg d beri tidak jelas akan status jawatan sy

    1. Waalaikumsalam Saudara,
      1. Menurut Akta Kerja, jika blm sampai 2 thn berkhidmat, perlu beri notis 4 minggu. Jika x, maka perlu bayar ganti notis.
      2. kalau baru sbln bekerja dgn syarikat, kmgkinan besar syarikat x akan dikenakan tindakan krn x menyediakan perjanjian bertulis. Wlu bgmnpun, itu merupakan budibicara pihak berkuasa.

  26. Kawan sy bekerja d sebuah company detailing atau polish kereta.dia bukn warga tempatan.sebelum oasport dia kena jamin sdh kerja partime selama 3bulan.lepastu dia balik kerna demi pengurusan pasport.kemudia datang surat imigresen.dlm kandungan kerja percubaan selama sebulan.dia pun datang dengan ongkos sendiri.bekerja selama sebulan kemudian balik.beberapa minggu kemudian surat permohonan kerja dan jaminan pasportpun telah lulus.kemudian dia datang lg dengan ongkos bagi 2 dengan majikan.setelah bekerja 3bulan 5 hr.dia d siruh cuti kerna tiada kereta.diapun cuti selama seminggu.kemudia dia turun.tiba2 dia mau d berhentikan kerja tanpa notis dan pasportpun d batalkan..pampasan pun tiada.bila d tanyakan persoalan tu.dia bilang kita tiada perjanjian dan sy punya hak bila sy ingin memecat pekerja sy bila2 masa..persoalan sy.kerna tiada perjanjian tertulis.apakah majikan tersebut boleh sewenangnya memecat pekerjanya tanpa notis?

    1. Puan, tanpa meneliti surat2/dokumen yg ada, kami tidak dpt memberi sebarang komen krn perkara ini sgt rumit. Kami nasihatkan kawan puan merujuk dgn pihak konsulat/kedutaan yg berkenaan.

  27. Assalamualaikum, sy telah bekerja selama 8 bulan tanpa tandatangan kontrak yg bertulis. Sy memberi notis sebulan behenti kerja seperti yg dipersetujui. Namun sy ingin behenti lebih awal dr tarikh notis sepatutnya tamat dan sy bersetuju untuk bayar sebulan gaji. Adakah sy bakal menghadapi tindakan undang2?

  28. Assalam.. Jikalau sy berhenti kerja di kilang swasta sedangkan sy msih diikat kontrak sbnyak 9 bulan lgi.. Apekah hukuman yang akan sy hadapi?
    Adakah kontrak yang tidak mempunyai multi stamp itu sah?

    1. Kontrak itu sah. Cuba kaji kontrak & perhatikan notis yg perlu diberikan jika berhenti kerja. Kalau 1 bulan notis, ertinya tuan kena beri notis berhenti sekurang2nya sebulan sblm tarikh akhir bekerja. Jika tidak, maka tuan hdklah membayar ganti notis tersebut.

  29. salam sejahtera,sy ingin bertanya jika sy mengambil cuti tahunan di dalam tempoh notis perletakan jawatan adakah ia di benarkan?dan conformation letters tidak di berikan selepas 3 bulan bekerja adakah ini diikira sah dan di anggap conform secara automatic ?EPF yg ditolak juga belum di nyatakan di masukkan ke dalam akaun EPF sy..apakah nasihat dari encik?

    1. Waalaikumsalam tuan,
      1. sepatutnya blh habiskan baki cuti tahunan dlm tempoh notis, tapi perlu kelulusan majikan. Jika keperluan operasi syarikat x mengizinkan, maka majikan atau membayar ganti utk baki cuti tersebut.
      2. tiada confirmation letter x bermaksud x kontrak, cuma kalau dlm surat lantikan ada dinyatakan ttg probation, ertinya tuan mgkn masi dlm probation, blm confirm lg.
      3. dptkan pengesahan dr pihak EPF (atau cek online), jika sah blm dibayar tuan dptkan penjelasan dr majikan. Jika majikan enggan membayar, tuan blh mbuat laporan kpd pihak EPF.

  30. Hi 3 bulan lalu saya menerima tawaran dari sebuah syarikat swasta. Menurut majikan “offer letter sudah ada tinggal sain. Tapi sampai sekarang masi pending. Gaji pada bulan lalu belum dibayar sehingga ke hari ini dengan alasan bank tak clear cek. 3hari selepas itu sya follow up balik tapi jawapan yang diberikan oleh majikan sangat menyedihkan. He said “kalo tak bole tunggu letak jawatan” .. Until now soalan demi soalan bertanyakan pasal gaji langsung tidak dipedulikan. Bole tak sya buat aduan ke jab buruh if no proper appointment letter and no punch card or thumb print. Apa yang bole mambuktikan bahawa sya memang bekerja di bawah syarikan tersebut. Only evidence yang sya ada is email compa tersebut and whatsPp conversation that he pissed off bila d’tanya pasal gaji.

  31. Salam… Saye nak tya sye dh bekerja 2 tahun labih dgn 1 syrikat swasta… Sye juga tidak diberikan ape2 kontrak @ surat utk dtndtangani smasa mula2 bekerja… Tp sye skrg mngndung dan kerap kne pergi appment hosp… Jd majikan saye tidak berpuas hati kerana sye 2 @ 3 mgu skli cuti pergi appment… Tiap kli sya cuti,saya ade lampirkn surat mc dpd hosp… Patut ke mjikan sye kluarkn surat wrning letter krna sllu bcuti & tbe2 mahu hadkn hari mc sye (maksudnya 14hri shja mc dlm sthun,lain2 tidak dikira)… Lepas tu… Brmula dpd bila baru sya dpt cuti tahunan ye… Dh 2 thun krja tp masih tidak mndapat cuti tahunan… Terima kasih…

    1. Jika anda pekerja yg dilindungi di bwh Akta Kerja, anda berhak kpd cuti tahunan slps 12 bulan bekerja. Sila rujuk https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/cuti-sakit-berbayar dan https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/undang-undang-buruh-cuti-tahunan .
      Tapi kalau buat pre-natal check-up sepatutnya x dikira mc. Bergantung kpd polisi syarikat, majikan blh kehendaki staff mohon cuti pd waktu itu. Biasanya, kalau majikan strict, staff akan buat pre-natal check up waktu off-day. Atau kalau buat di hospital kerajaan (Isnin-Jumaat), mrk akan memohon cuti.

  32. Saya ingin membuat pertanyaan sekiranya saya tidak di bayar gaji selama 5 bulan dan saya ridak mempunyai kontrak perjanjian, perjanjian hanya di buat melalui persetujuan saya dengan majikan sahaja, apakah saya boleh membuat aduan untuk meminta majikan membayar gaji saya?

    1. Puan blh membuat aduan sbb x kontrak bertulis x bermaksud x perjanjian. Walau bagaimana pun, puan hendaklah jg blh mengemukakan bukti utk menyokong tuntutan puan.

  33. Assalamualaikum…..saya telah bekerja di syarikat swasta dekat setahun, kontrak setahun ke setahun…
    kontrak akan tamat pada 28/2/2018….sekiranya syarikat tidak mahu menyambung kontrak saya, adakah saya boleh ambil apa apa tindakan…

    1. Bergantung kpd fakta/situasi kerja anda. Kalau kontrak telah disambung selama bbrp tahun, anda mgkn blh dianggap permanent, bukan on fixed-term contract.

  34. Assalamualaikum, mohon pendapat y lbh arif, saya ditawarkan bekerja di satu syarikat swasta dgn gaji y ditawarkan sbyk RM2300, saya menerima tawaran tersebut, dan menolak tawaran bekerja ditempat lain. Apabila hampir 2 minggu bekerja, pemilik syarikat menjual syarikat tersebut, dalam keadaan saya msh belum menerima sbrg surat tawaran drpd syarikat yang terdahulu dgn alasan syarikat telah dijual dan dia tidak boleh mengeluarkan sebarang surat tawaran. Pengurusan baru mempunyai perancangan berbeza daripada pemilik terdahulu dimana gaji yang ditawarkan adalh RM500 lbh rendah. Isu nya disini, perubahan berlaku sgt mendadak dan meletakkan saya dalam situasi yang sangat mengecewakan. Apa tindakan y boleh saya ambil kerana pemilik terdahulu seolah-olah lepas tangan dgn janji y dibuat dan bagaimana dia boleh membuat keputusan yang besar dlm masa singkat dan pada akhirnya memberi kesan kepada pekerja. Jika pemilik terdahulu sudah merancang utk menjual tidak sepatutnya saya dipanggil temuduga dan ditawarkan bekerja dgn gaji y telah dipersetujui sbyk RM2300. Saya sgt tertekan dgn situasi ini. Kini saya sudah 1 bln bekerja dan msh tidak menerima sebarang surat tawaran dr pengurusan baru. Apa tindakan y sy blh ambil sebagai pengajaran kepada mereka y tidak bertanggungjawab.

  35. Nur aisyahtul amira Binti zulkefli

    Reply

    salam tuan, saya inginkan pencerahan sedikit dimana gaji saya yang separuh lagi telah disekat oleh majikan selepas saya berenti tanpa notis. saya akan diberikan gaji sebanyak dua kali dimana ia diberikan pada awal bulan dan dipertengahan bulan. selain dari itu saya jugak tidak mempunyai sebarang hitam putih dari majikan, adakah saya layak menerima separuh lagi gaji tersebut berikutan gaji tersebut ialah gaji kerja sepenuh bulan 11 dan saya ditransfer ke tempat baru pada bulan 12 dan saya berenti tanpa notis. adakah saya layak mendapat gaji penuh sepanjang saya bekerja ditempat lama?? sekian.

    1. Saya tidak faham berkenaan transfer puan, saya rasa byk fakta yg puan tdk huraikan di sini. Tapi amya, oleh krn puan berhenti tanpa notis, maka ia bergantung sama ada baki gaji puan itu cukup utk membayar ganti notis atau tidak. Majikan mempunyai hak potong gaji utk ganti notis – S.24(2)(b) Akta Kerja.

  36. sy kerje selama hampir 3minggu..semasa interview sy tidak diberikan sebarang dokumen seperti borang kerje..semasa interview bakal majikan cuma jelas kan pasal gaji dan terangkan jika kerja tidak sampai 7 hari lalu berhenti[ TIDAK DI TERANG KAN SAMADA BERNOTIS ATAU TIDAK ] maka pekerja tersebut tidak akan mendapat sebarang bayaran.Persoalan sy,sy telah bekerja hampir 3 minggu dan berhenti tanpa notis dan serte merta dan majikan sy tidak menjelaskan gaji sy,bolehkah perkara ini sy adukan kepada pejabat buruh

  37. Assalamualaikum tn..,saya ingin bertanya,saya mula2 ditawarkn kerja masa interview sebagai permanent stafg,tapi bila 4 bulan kemudian dapat surat tempoh percubaan saya dilanjutkan jadi 6 bulan. Selepas 6bln saya pregnant pun de lmbat untuk confirmkn saya,tiba2 dapat surat jawatan saya contract 2 tahun konon mereka tak suka wanita mengandung. Dan bila habis 2 tahun mereka allowed saya bekerja lagi tapi tanpa official letter,dan sekarang tiba2 manager saya beritahu bos nak berhentikn saya.apa patut saya lakukan dan apa hak saya yang boleh dituntut sebagai ganti rugi?

  38. Assalamualaikum. Saya baru berkerja di satu syarikat ini selama 2 bulan dan selama sebulan saya berkerja saya baru dapat surat tawaran dan majikan memotong gaji saya tanpa alasan yang kukuh. Persoalan saya boleh ke beliau buat macam tu? Dan boleh ke saya berhenti 24 jam?

  39. Salam. Saya baru bekerja di satu syarikat ni selama 2 bulan dan selama 2 bulan ni lah saya tidak mendapat sebarang contract untuk di sign. Kemudian satu hari saya mendapat satu surat mengatakan contract saya akan habis pada 31hb oct tahun ini. So persoalan saya boleh ke macam tu? Boleh ke saya berhenti awal notis 24jam dan minta gaji saya untuk bulan oct tersebut?

  40. sekiranya FTC pekerja akan tamat pada 14/05/2017 tetapi dia start absent pada 09/05/2017 berapa harikah kita boleh meminta ganti notis (in lieu of notice) kepada pekerja tersebut?

  41. Assalam. saya baru berkerja lebih kurang 2 bulan di sebuah syarikat. Pihak pengurusan tidak memberikan surat tawaran dgn alasan tidak perlu just follow labour law. Semasa interview ada diberitahu pekerja perlu datang kerja sabtu jika ade event atau apa-apa kerja penting sahaja, bukan setiap sabtu.

    Saya sebagai perkerja baru mengambil inisiatif untuk datang berkerja sabtu bulan pertama atas niat ingin belajar sebab budak baru. Kawan saya sama tarikh masuk berkerja tidak datang sabtu kerana tidak wajib dan dia perlu jaga anak. Sebagai ihsan, bos telah membayar OT kepada saya kerana datang sabtu walaupun beliau tidak menjanjikannya.

    Isu timbul bila staff lain melihat gaji saya agak tinggi disebabkan OT menyebabkan majikan menarik balik pembayaran OT. Bukan sahaja OT diitarik balik malah kami diwajibkan datang bekerja pada sabtu tanpa bayaran OT. Saya dan kawan saya kurang bersetuju untuk datang setiap sabtu. Kami tiada surat tawaran jadi begitu senang majikan mengubah pendirian tentang kontrak kami.

    Saya ingin tahu hak saya sebagai pekerja kerana saya tidak mempunyai surat tawaran bertulis.

  42. Assalamualaikum.
    Saya nk tanya. Saya bekerja hanya sempat 5 hari saja disebabkan saya kemalangan jalan raya. Dan hari ketiga saya cuti saya telah diberitahu yang saya tidak perlu lagi datang bekerja. Saya mintak upah semasa saya bekerja selama 5 hari tetapi majikan saya kata hanya dapat 2 hari saja disebabkan saya berhenti tanpa notis? walaupun saya dh memberitahu yang saya kemalangan dan bukti sekali. Adakah saya tidak berhak mendapat upah selama 5 hari tu?
    Help me.Hm

  43. salam…sy ingin bertanya majikan sy tidak mberikan kembali kontrak sy sebagai salinan…beliau juga memotong gaji sy dgn kadar yg tinggi…dengan alasan sy belum cukup tiga bulan berkhidmat utk menerima gji yg dtwarkn sperti ddlm kontrak…

  44. As Salam.. Klu x keberatan sy ingin bertanya. Bagaimana sy diarah memegang jawatan serta skop kerja yang berlainan dari contract asal…. Perlukah majikan mengeluarkan contract baru utk kerja tersebut… Tambahan kerja d beri rasanya tidak lah sy rasa bersesuaian dgn sy. Kemungkinan ini salah satu cara utk membuat pekerja meletak jawatan dgn sendiri.. Sy berasa hilang kepercayaan diri klu pihak majikan tidak berterus terang sama ada mereka tidak berpuas hati Atas kerja sy atau mmg tgjwp yg diberi sy utk mengantikN pekerja lain itu mmg betul2 terdesak. Harap dpt memberi pendpt n nasihat. Tq

  45. Assalamualaikum…sy ingin bertanya..sy ditawarkan kjer sebagai video editor disebuah syarikat filem, sebanyak RM2500.00 sebulan..dan sy mula bekerja pd 15hb Okt…pd hujung bulan bos sy tidak memberi gaji setengah bulan tersebut malah mengatakan pada senior bahawa dia akan membayar semuanya di hujung bulan November. Bermakna sy akan mendapat sebulan setengah gaji. Tetapi pd 8hb Disember sy tidak dapat semua itu malah ingin memberi sy suku dr gaji sebulan itu baki setengah bulan itu bos sy x mahu beri krn alasan masa belajar..sedengkan saya berpengalaman selama 20tahun dlm bidang kjer yg ditawarkan..dan bos mula bertukar tawaran..dia akan memberi gaji sbgk RM1500.00 jikalau sy ingin teruskan kjer sy itu..tp sy menolak dn sy meminta gaji sy sebelum ini dibayar penuh…bos memberi alasan sy xberkualiti dlm kjer sedangkan semuanya sy da beri yg terbaik…dan sy pernah minta kontrak perjanjian tp bos kata tak perlu..apakah sy berhak mendapat gaji sebulan itu..walaupun secara lisan?dan apa perlu sy buat..

    1. Kontrak adalah mengikat biarpun lisan. Cuma bila lisan masaalahnya ialah soal pembuktiaan.
      Apa-apa pun jika anda mahu ambil tindakan, anda boleh mohon bantuan Jabatan Tenaga Kerja yg berdekatan. Terima kasih.

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.